Jumaat, 8 Mac 2013

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search

ZAKRI ALI: Mengapa Sulu ceroboh <b>di</b> ambang PRU13?

Posted: 06 Mar 2013 04:00 PM PST

KETEREH- Mungkinkah ada kaitan kemunculan penceroboh yang mendakwa pewaris kesultanan Sulu di Lahad Datu dengan tarikh pembubaran parlimen Malaysia?

Dalam kehangatan isu berkenaan, penggal ke-12 Dewan Undangan Negeri Sembilan akan berakhir pada 22 Mac ini, manakala parlimen pula pada 28 April depan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, ketika suasana politik sekarang dianggap ramai tidak menyebelahi Umno dan BN, tiba-tiba pula muncul isu lain. 

Mungkinkah katanya, dalam suasana itu Umno mencari kaedah lain pula bagi meneruskan kuasa yang ada.

"Sedangkan kita tahu keturunan Sulu ada susur galurnya daripada keturunan Nabi Muhammad saw. Mereka terkenal dengan amalan Islam.

"Bagaimanapun rakyat kecewa cara pengurusan isu Lahad Datu yang dilakukan kerajaan. Kerajaan BN seperti lumpuh. Timbul persoalan kalangan rakyat mengapa penceroboh datang ketika dekat tarikh tarikh PRU13," katanya pada program solat hajat keamanan di Kok Lanas malam tadi.

Pada program berkenaan diadakan solat hajat diketuai anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat.

Program yang bermula solat Maghrib diadakan di padang Maahad Tahfiz Sains Kok Lanas disertai ribuan rakyat Kelantan.

Isu pencerobohan di Lahad Datu yang berlarutan hampir sebulan berakhir dengan tragedi berdarah apabila ramai penceroboh dan anggota keselamatan menjadi korban.

Bagaimanapun isu berkenaan menjadi begitu rumit apabila berita dari Manila mendakwa komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang pernah dilatih di Malaysia akan datang membantu pasukan Kesultanan Sulu di Sabah.

Bekas ketua propaganda MNLF, Hadji Acmad Bayam ketika memberitahu Buletin Manila, MNLF disebutnya mempunyai simpanan senjata yang banyak disembunyi di Sabah dibekal pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Bayam juga mendakwa ramai penduduk Filipina yang tinggal di Sabah telah menyertai perjuangan pasukan Sulu.

Sebelum ini isu kad pengenalan kepada warga asing dibongkar pada perbicaraan dikendalikan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah, di mana ada dakwaan ribuan penduduk Filipina diberi IC.

Husam berkata, projek IC ada kaitan dengan usaha bagi menumbangkan kerajaan PBS di Sabah pada 1995.

Oleh itu katanya, kebimbangan sekarang kerajaan boleh mengulangi sejarah yang pernah dilakukan dengan mengisytiharkan Mageran (darurat) di Kelantan pada 1977 bagi menumbangkan kerajaan PAS.

Beliau juga meluahkan rasa terkejut ketika isu keselamatan diperkatakan meluas, Majlis Keselamatan Negara pula dikatakan menganjur forum politik di Tanjung Chat dengan mengundang pemimpin Umno dan wakil dari selatan Thailand.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, projek IC membabitkan ramai warga asing kemungkinan besar akan menimbulkan krisis serupa pada masa datang.

"Sekarang rakyat Filipina yang membuat onar, mungkinkah pada masa hadapan rakyat Indonesia, Bangladesh atau mana-mana negara yang diberi IC mengambil tindakan serupa.

"Inilah persoalannya sekarang. Di sebalik isu di Lahad Datu seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan kerajaan. Oleh itu kita menuntut Perdana Menteri menjelaskan keadaan sebenar," katanya.

-harakahdaily

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

MalaysiaDaily: Bekas Pengarah P&#39;raya BN Bachok sertai PAS

Posted: 08 Mar 2013 07:24 AM PST

Pengarah Pilihan Raya BN parlimen Bachok pada pilihan raya umum 2008, Zulkifli Zakaria malam tadi menyerah borang menyertai PAS.

Beliau menjejaki langkah bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Dr Zaiyadi Awang Noh. tampil ke pentas ceramah Pakatan Rakyat bagi mendedahkan kepincangan Umno dan kerajaan BN.

Zulkifli (gambar) yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Bachok dan calon BN di Dun Tawang pada 2004 meluahkan rasa kecewa terhadap Umno kerana mempersendakan agama.

"Banyak saya lihat kenyataan pemimpin Umno tidak serius terhadap agama. Dan paling saya tidak boleh terima apabila mereka mempersendakan hudud dan pemimpin MCA mempertikai larangan berjudi di Kelantan.

"Saat itu bermula kesedaran dalam diri saya. Bukan sekali-kali tuduhan pihak tertentu kononnya Haji Zul sekarang sudah tiada duit sebab itu menyertai PAS.

"Macam-macam tuduhan yang dilemparkan terhadap saya. Sebelum ini saya sudah tidak berminat dengan politik dan berhijrah menetap di Sabah negeri asal isteri saya.

"Namun kerana teruk sangat Umno memperlekehkan agama saya muncul kembali di pentas politik," katanya pada ceramah di Kampung Keting, Dun Jelawat malam tadi.

Beliau menyerah borang menyertai PAS kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Hadir sama Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamed, timbalannya, Hassan Mohamood, Naib Yang Dipertua, Abdul Aziz Kadir, Dr Zaiyadi dan Ketua Cabang PKR Bachok, Mat Yatim Ismail.

Kawasan tersebut merupakan kubu kuat Umno sukar ditembusi sebelum ini. Ceramah diadakan di rumah Mustapha Ahmad bekas aktivis Semangat 46.

Pada Januari lalu seramai 250 penyokong dan ahli Umno dari beberapa cawangan juga menyerah borang menyertai PAS pada program ceramah di Kuchelong.

Tahun lepas Mustapha dan bekas anggota jawatankuasa Umno Bachok, Wan Jusoh Wan Ismail juga menyerah borang menyertai PAS.

Difahamkan beberapa nama besar lagi dalam Umno Bachok dijangka meninggalkan parti itu dalam masa terdekat ini.

Zulkifli berkata, tomahan Umno mengatakan sekiranya Pakatan Rakyat menang bukan Melayu menjadi perdana menteri tidak timbul sama sekali.

"Kalau betullah tomahan itu mengapa ketika Umno kuat dan BN mempunyai kuasa dua pertiga di parlimen tidak melakukan pindaan perlembagaan.

"Umno sendiri tidak berani untuk meminda perlembagaan kerana takut hilang sokongan MCA dan MIC. Jadi dakwaan Melayu hilang kuasa hanya sekadar mahu memancing undi sahaja," ujarnya ketika ditemui selepas itu. -HD

03 di ketereh - Google Blog Search

ads