Ahad, 12 Februari 2012

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Dia buat dah: Maut jemput menantu, cucu <b>di</b> hospital

Posted: 12 Feb 2012 08:59 PM PST

GUA MUSANG: "Pilu hati saya apabila ayah sepatutnya mengambil isteri dan anak di Hospital Gua Musang (HGM), tetapi jenazahnya pula yang tiba di hospital sama," kata Mohd Shukri Muhamad, 25, anak kepada Muhamad Zakaria, 53, yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya, di Kilometer 16, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, Muhamad yang juga peneroka Rancangan Tanah Felda Chiku Tiga, di sini, memandu kereta dengan ditemani seorang rakannya untuk mengambil menantu dan cucunya di HGM.

Ketika dalam perjalanan, Muhamad cuba memotong kenderaan lain di kawasan selekoh sebelum bertembung sebuah kereta dari arah Gua Musang ke Kuala Krai.

Muhamad meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan, manakala rakannya, Mohd Razali Said, 50, parah dan masih dirawat di HGM. Pemandu sebuah lagi kereta tidak cedera.

Mayat Muhamad dihantar ke HGM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rancangan Tanah Felda Chiku Tiga, petang kelmarin.

Mohd Shukri berkata, sebelum kejadian, dia menghubungi bapanya yang memandu kereta di sekitar Rancangan Tanah Felda Chiku Tiga, meminta mengambil isterinya, Zulina Ab Wahab, 26, dan anaknya, Mohd Shahmin, 2, di HGM.

"Anak saya baru keluar wad kelmarin akibat demam dan ditemani ibunya. Saya minta ayah mengambil mereka.

"Bagaimanapun, selepas setengah jam berhubung dengan ayah, saya terkejut apabila dimaklumkan rakan, ayah maut dalam kemalangan dan jenazahnya dihantar ke HGM. Saya hubungi isteri dan dia memaklumkan jenazah ayah sudah sampai di HGM, sebelum saya bergegas ke sana," katanya. Menurut Mohd Shukri, dia benar-benar tidak menyangka panggilan telefon setengah jam sebelum kejadian adalah perbualan terakhir dengan ayahnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

myMetro | Maut jemput menantu, cucu di hospital:

'via Blog this'

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Enam Kampung <b>Di Bachok</b> Terjejas

Posted: 27 Dec 2011 04:22 AM PST

27/12/2011 20:22:00

Fenomena air pasar besar turut melanda Pantai Irama Bachok, Kelantan malam semalam.

Kejadian bermula jam 8 malam itu mencemaskan penduduk di sekitar persisir Pantai Bachok.

Kira-kira 40 keluarga membabitkan enam kampung, terpaksa berjaga selama lapan jam setelah rumah mereka di tenggelami air sedalam 0.2 hingga 0.4 meter.

Kampung terbabit, Kampung Pantai Damak, Kampung Perupuk, Kubang Golok, Bandar Lama, Kampung Burung dan Kampung Tanjung Chat.

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Susupan Malam

Posted: 12 Feb 2012 04:41 AM PST

Majlis Temu Mata Anak Kelantan
Jajahan K Krai dan P Puteh Meriah

Tengah hari tadi saya sekali lagi menghadiri majlis Temu Mata dan Bewah anak Kelantan. Kali ini giliran Jajahan Pasir Puteh pula yang bergabung dengan Kuala Krai. Dari beberapa majlis temu mata yang saya hadir, majlis bertempat di Taman Bolton Seri Gombak tadi sungguh meriah dan berjaya.

Lebih dua ribu yang ada pada majlis tersebut yang berlangsung dalam suasana kekeluargaan. Tetamu dijamu dengan masakan nasi gulai kawah. Satu peringkat nasi kehabisan kerana kehadiran di luar jangka.

Paling merujakan saya semua barisan kepimpinan Pas Pasir Puteh dan Kuala Krai hadir pada majlis itu. Turut sama hadir ialah pemimpin PKR dan juga bekas calon UBN untuk kerusi Parlimen Kuala Krai, Prof Che Musa. Lebih nostalgik lagi Che Musa duduk bersebelahan dengan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli.

Saya sempat menyaksikan bercanda penuh mesra dan seolah-olah mereka tidak pernah bertembung dalam pilihan raya. Akhir-akhir ini Prof Che Musa katanya begitu jinak dengan Pas dan sering menghadiri majlis-majlis Pas terutamanya yang diadakan di Kuala Lumpur.

Apakah pensyarah itu akan menyertai Pas tidak lama lagi? Sukar untuk diramalkan buat masa ini. Tetapi kalau Pas mahu memanfaatkan ilmu dan kepakaran yang dimiliki Prof Che Musa apa salahnya. Che Musa adalah salah seorang tokoh pendidik terkenal di negara ini.

Manakala antara pemimpin Pas kedua-dua kawasan itu yang sempat ditemui pada majlis tadi ialah Yang Dipertua Pas Kuala Krai, Abdul Latif Abdul Rahman yang juga Adun Mengkebang, Yang Dipertua Pas Pasir Puteh, Dr Nik Mazian Nik Mohamed yang juga Adun Gaal.

Lain-lain pemimpin ditemui Drs Zainuddin Awang Hamat, Wan Hassan Wan Ibrahim dan lain-lain.

Turut sama hadir ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan Ustaz Ahmad Yaacob. Majlis pertemuan itu diuruskan oleh Persatuan Anak-anak Kelantan di Perantauan (Perakan). Dalam ucapan alu-aluan Pemangku Presiden Perakan Ir Hamzah mengucapkan terima kasih atas bantuan anak-anak Kelantan di perantauan yang menjayakan program berkenaan. [wm.kl.8:00 pm 12/02/12]

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Mangsa banjir <b>di Pasir Puteh</b> kekal 120 - Utusan Online

Posted: 02 Jan 2012 05:41 AM PST

Mangsa banjir di Pasir Puteh kekal 120

Mangsa banjir di Pasir Puteh kekal 120

02/01/2012 12:48pm

KOTA BHARU 2 Jan. — Keadaan banjir di Pasir Puteh masih tidak berubah sehingga pagi ini, dengan bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di tiga pusat pemindahan di jajahan itu kekal 120 orang.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir negeri, ia membabitkan 28 keluarga yang berada di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, Sekolah Kebangsaan Kampung Nara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil.

"Mereka dipindahkan sejak pagi semalam berikutan hujan lebat sebelum itu," katanya.

Beliau berkata, tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan di jajahan berkenaan ketika ini.

Sehingga pukul 9 pagi, hanya Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras bahaya dengan bacaan 9.86 meter (bahaya 9 meter).

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan cuaca di sebelah pagi mendung disusuli hujan renyai sekali sekala. — BERNAMA

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


CITY BLOGGER .....ISLAM FOR ALL....ISLAM MEANS PEACE

Posted: 12 Feb 2012 03:34 AM PST

Dari sehari ke sehari, Nik Aziz dimalukan oleh orang yang pernah dihinanya. Bukan kecil anak bila Nik Aziz bercakap tentang agama. Kalau dijadikan bahan berhujah, mungkin akan menimbulkan konflik beragama di seluruh dunia. Malah akan menyebabkan para ulama akan terpinga-pinga kerana bijaksananya Nik Aziz apabila berhujah agama. Sedangkan hakikatnya, Nik Aziz hanyalah seorang ahli politik tua yang sudah kehilangan modal untuk meneruskan hidupnya selaku ahli politik!!! Kehebatan Nik Aziz sudah beransur-ansur hilang. Perasaan hormat orang ramai terhadap Nik Aziz juga telah dicabut oleh Allah Taala, terutama yang berasbab musababkan menantunya Ariffahmi serta KEBODOHAN Nik Aziz dalam urusniaga perniagaan seperti yang berlaku dalam rancangan Ladang Rakyat di Dabong. Mungkin beranggapan statusnya sebagai Tok Guru, maka tindak tanduknya tidak akan dipertikaikan. Namun, agak malang bagi Nik Abdul Aziz dia terlupa bahawa ada 'mata' lain yang lebih melihat setiap perbuatannya. Nik Abdul Aziz dan para pemimpin PAS seringkali menyalahkan UMNO kerana menghilangkan tanah rezab Melayu semenjak 53 tahun UMNO memerintah Malaysia, tetapi selama 20 tahun memerintah Kelantan, berapa pula luas tanah Melayu yang telah PAS hilangkan dan gadaikan kepada syarikat-syarikat Cina? Tiada sesiapa pun yang mahu membuktikan kecurangan PAS kepada orang Melayu, Bumiputera dan kaum Pribumi di Kelantan. Ladang Rakyat di Dabong telah dijual kepada syarikat bukan bumiputera dengan harga RM12.75 juta. Ladang Rakyat kononnya untuk rakyat miskin di Kelantan. Kononnya untuk menyaingi FELDA yang dikatakan tiris, tidak mampu mengubah nasib Melayu, mencekik darah dan sebagainya. Maka sejumlah tanah seluas 2,963 ekar di Mukim Kandek, Dabong telah diserahkan kepada Rahmat Ibrahim dan Amnah Ibrahim atas nama Ladang Ternakan Maju Sdn. Bhd (LTM) pada 23 Mac 2006. Yang mendapat keuntungan daripada tanah yang diserahkan kepada Rahmat Ibrahim dan Amnah Ibrahim itu adalah dua tiga orang pemimpin PAS dan taukeh Cina, bukan orang miskin Kelantan sebagaimana yang didakwa. Sebabnya Rahmat Ibrahim dan Amnah Ibrahim hanya proksi kepada taukeh Cina yang memiliki Leong Hup Holdings Sdn. Bhd (LHH). Apabila Kerajaan Negeri Kelantan atau lebih tepat lagi Nik Abdul Aziz menandatangani perjanjian dan penyerahan tanah di Dabong itu kepada Rahmat dan Ibrahim, serta-merta kedua-dua beradik tersebut melepaskan pegangan mereka di dalam Ladang Ternakan Maju Sdn. Bhd kepada Leong Hup Holdings Sdn. Bhd dengan penjualan saham milik mereka bernilai RM12,750,000 (Ringgit Malaysia Dua Belas Juta Tujuh Ratus Lima Puluh Ribu). Penjualan pemilikan turut merangkumi kesemua aset dalam LTM kepada LHH. Satu transaksi perniagaan yang sebenarnya sangat ketara pembohongannya. Rahmat Ibrahim dan Amnah Ibrahim hanyalah penyedap cerita untuk menunjukkan PAS Kelantan sebenarnya bekerja dengan orang Melayu tetapi kedua-dua orang Melayu itulah yang telah 'menjual' tanah yang dipajakkan kepada Leong Hup Holdings bersama-sama semua aset Ladang Ternakan Maju Sdn. Bhd. Paling menarik apabila Leong Hup Holdings Sdn. Bhd turut memiliki tanah seluas 10,095 ekar untuk Fasa 1 Ladang Rakyat di Jajahan Gua Musang. Tanah tersebut berstatus pajakan untuk 99 tahun. Pembohongan demi pembohongan tentang Ladang Rakyat dibuat. Dan yang paling menarik apabila dikatakan PAS Kelantan mendahului rancangan pembangunan tanah, kononnya dengan menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah negeri. Padahal apa yang berlaku ialah Rancangan Pembangunan Tanah Persekutuan telah pun bermula di Kelantan pada tahun 1958, setahun selepas merdeka. Salah satu daripada tanah rancangan tersebut bertempat di Pasir Kelang dalam Jajahan Kuala Krai, yang dinamakan sebagai Rancangan Pembangunan Tanah Pasir Kelang (RPTPK). RPTPK merupakan perintis kepada penubuhan FELDA dan FELCRA. RPTPK mendapat bantuan dan pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan, bukannya kerajaan negeri! Nik Abdul Aziz sebenarnya tidak lebih daripada seorang tua BEBAL yang dipaksa berbohong bagi pihak orang lain. Puluhan ribu hektar tanah di Kelantan, khususnya di Hulu Kelantan telah diserahkan kepada pihak luar bagi mendapatkan keuntungan segera. Dengan menggula-gulakan RM200 sebulan kepada para peserta Ladang Rakyat, pemberian tersebut tidak langsung mengurangkan kemiskinan. Keutamaan pengagihan dividen diberikan kepada penyokong tegar PAS. Persepsi PAS Kelantan untuk menunjukkan ladang tersebut kepunyaan rakyat, sebenarnya hanya retorik kosong. Ladang itu bukan hak rakyat sebaliknya milik pemodal-pemodal serta kapitalis Cina terutama dari Singapura. Dan pendedahan tanah Ladang Rakyat Dabong sudah cukup untuk membuktikan bahawa jerit-pekik Nik Aziz tentang tanah rezab Melayu yang kononnya digadaikan oleh UMNO sepanjang 53 tahun memerintah, sebenarnya taktik untuk menutup perangai jahat PAS Kelantan yang telah pun menggondolkan dan merampas tanah di Hulu Kelantan untuk diserahkan kepada orang asing. Posted in: akan faham maksudnya Anda mungkin juga meminati: LADANG RAKYAT : PAS TIDAK RAMPAS TANAH RAKYAT TAPI RAKYAT ... EDISI GALAS : Apa Sudah Jadi Ladang Rakyat? Selangor Bangkit : Bekas pekerja ladang dakwa Xavier ... LinkWithin

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Komen Blogger dan Ahli PAS Kekalahan Mereka <b>di Galas</b> dan Fakta <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2010 03:30 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Baca juga pandangan ahli PAS yang membuat ulasan kekalahan mereka di GALAS di blog GB di sini http://greenboc.blogspot.com/2010/11/kalau-bukan-di-kelantan-paspr-kalah.html. Faktor-faktor kekalahan PAS diGalas: ...

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Majlis Temu Mata Anak <b>Kelantan</b> Jajahan K <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2012 05:41 PM PST

Tengah hari tadi saya sekali lagi menghadiri majlis Temu Mata dan Bewah anak Kelantan. Kali ini giliran Jajahan Pasir Puteh pula yang bergabung dengan Kuala Krai. Dari beberapa majlis temu mata yang saya hadir, majlis bertempat di Taman Bolton Seri Gombak tadi sungguh meriah dan berjaya.

Lebih dua ribu yang ada pada majlis tersebut yang berlangsung dalam suasana kekeluargaan. Tetamu dijamu dengan masakan nasi gulai kawah. Satu peringkat nasi kehabisan kerana kehadiran di luar jangka.

Paling merujakan saya semua barisan kepimpinan Pas Pasir Puteh dan Kuala Krai hadir pada majlis itu. Turut sama hadir ialah pemimpin PKR dan juga bekas calon UBN untuk kerusi Parlimen Kuala Krai, Prof Che Musa. Lebih nostalgik lagi Che Musa duduk bersebelahan dengan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli.

Saya sempat menyaksikan bercanda penuh mesra dan seolah-olah mereka tidak pernah bertembung dalam pilihan raya. Akhir-akhir ini Prof Che Musa katanya begitu jinak dengan Pas dan sering menghadiri majlis-majlis Pas terutamanya yang diadakan di Kuala Lumpur.

Apakah pensyarah itu akan menyertai Pas tidak lama lagi? Sukar untuk diramalkan buat masa ini. Tetapi kalau Pas mahu memanfaatkan ilmu dan kepakaran yang dimiliki Prof Che Musa apa salahnya. Che Musa adalah salah seorang tokoh pendidik terkenal di negara ini.

Manakala antara pemimpin Pas kedua-dua kawasan itu yang sempat ditemui pada majlis tadi ialah Yang Dipertua Pas Kuala Krai, Abdul Latif Abdul Rahman yang juga Adun Mengkebang, Yang Dipertua Pas Pasir Puteh, Dr Nik Mazian Nik Mohamed yang juga Adun Gaal.

Lain-lain pemimpin ditemui Drs Zainuddin Awang Hamat, Wan Hassan Wan Ibrahim dan lain-lain.

Turut sama hadir ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan Ustaz Ahmad Yaacob. Majlis pertemuan itu diuruskan oleh Persatuan Anak-anak Kelantan di Perantauan (Perakan). Dalam ucapan alu-aluan Pemangku Presiden Perakan Ir Hamzah mengucapkan terima kasih atas bantuan anak-anak Kelantan di perantauan yang menjayakan program berkenaan.
MSO.

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


Dia buat dah: Guru, dua pelajar antara enam ditahan

Posted: 11 Feb 2012 04:14 PM PST


BACHOK 11 Feb. - Tindakan polis menyerbu sebuah resort yang diubah suai menjadi pusat karaoke haram di Perupok di sini tidak sampai sebulan lalu, masih belum memberi pengajaran kepada pemiliknya apabila masih menjalankan aktiviti tersebut.

Dalam serbuan terbaru pukul 12.10 tengah malam semalam oleh sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dengan dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok, pusat karaoke itu masih beroperasi seperti biasa.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ab. Rahim Che Ghani berkata, enam pelanggan termasuk seorang guru dan dua pelajar yang asyik berhibur ditahan dalam operasi tersebut.

"Mereka yang ditahan termasuklah seorang guru dan dua pelajar yang mana salah seorang daripadanya penuntut di sebuah kolej manakala, yang lain merupakan nelayan dan peniaga.

"Ketika serbuan, terdapat tiga pelanggan termasuk seorang perempuan berada dalam sebuah bilik dan sedang menyanyi sementara, tiga lagi sedang berada di bahagian depan premis berkenaan dipercayai sedang menunggu giliran untuk karaoke," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, seorang warga Bangladesh berusia 22 tahun dipercayai penjaga pusat karaoke tersebut turut ditahan untuk membantu siasatan.

Ab. Rahim berkata, dalam serbuan berkenaan, pihaknya merampas 10 jenis barangan termasuk dua pembesar suara, sebuah pemprosesan pusat, sebuah televisyen dan set sistem bunyi dianggarkan bernilai RM10,000.

Katanya, siasatan mendapati pemiliknya masih berdegil menjalankan kegiatan karaoke walaupun premisnya telah diserbu pada 13 Januari lalu.

"Dalam serbuan pertama, kita merampas kesemua peralatan karaoke dalam bilik yang beroperasi sebagai pusat karaoke di premis berkenaan. Difahamkan, pemilik terbabit dikenakan denda RM2,000 manakala barangan dilupus.

"Selepas serbuan pertama, pusat karaoke ini dipercayai menjalankan operasi tidak mengikut masa ditetapkan kerana bimbang premis mereka diserbu lagi," katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap premis berkenaan mendapati pemiliknya tidak mempunyai lesen pihak berkuasa tempatan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan 1998.

Utusan Malaysia Online - Timur:

'via Blog this'

CINTA ITU MENGASYIKKAN 1: BILA AGAMA KURANG DIDADA <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2012 11:40 PM PST

Janda tiga anak Thailand ke tali gantung


SHAH ALAM - Seorang wanita warga Thailand dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kokain seberat 765.9 gram dengan cara menelannya dua tahun lepas.
Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan Raveeploy Sangkam, (gambar) 28, dari Bangkok gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tandas bilik Wad 6B, Hospital Serdang, di antara pukul 6.35 petang 5 November dan pukul 11.05 malam pada 8 November 2010.

Resort bertukar karaoke diserbu



INILAH resort yang diubah suai menjadi pusat karoake di Pantai Perupok, Bachok kelmarin.



BACHOK - Tidak serik. Tidak sampai sebulan selepas kali pertama diserbu, sebuah resort yang diubah suai menjadi pusat karaoke di Pantai Perupok dekat sini diserbu sekali lagi kerana didapati terus menjalankan kegiatan tersebut malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab. Rahim Che Ghani berkata, bertindak atas maklumat awam dan hasil risikan selama seminggu, sepasukan lapan anggota yang diketuai oleh Inspektor Mohd. Kamal Bawa menyerbu premis berkenaan pada pukul 12.10 malam.
Menurut beliau, dalam serbuan tersebut polis menahan enam orang pelanggan terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan berusia antara 19 hingga 51 tahun.
"Mereka yang ditahan termasuklah seorang guru dan dua pelajar termasuk salah seorang penuntut di sebuah kolej manakala yang lain merupakan nelayan dan peniaga.
"Ketika serbuan, terdapat tiga pelanggan termasuk seorang perempuan berada dalam sebuah bilik dan sedang menyanyi manakala tiga lagi juga termasuk seorang remaja perempuan berada di depan premis berkenaan dipercayai menunggu giliran untuk berkaraoke," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Dua bayi maut akibat wabak AGE di Hilir Perak



HANG SOON melawat seorang daripada enam pesakit AGE yang sedang dirawat di Hospital Tapah semalam.



TAPAH – Sebanyak dua kematian akibat wabak Acute Gastroenteritis (AGE) atau penyakit berjangkit bawaan air dan makanan direkodkan di daerah Hilir Perak di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, dua kes tersebut membabitkan kanak-kanak masing-masing berusia 10 dan dua bulan pada minggu lalu.
Katanya, walaupun Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) masih menyiasat punca sebenar kematian, pihaknya percaya ia disebabkan daripada renjatan akibat kekurangan air dalam badan.
"Kita tidak dapat buat spekulasi punca sebenar sama ada sebab bakteria atau virus kerana kedua-dua bayi berkenaan tidak pernah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan kerajaan sebelum kematian," katanya selepas melawat pesakit-pesakit kes berkenaan di Hospital Tapah di sini semalam.

47 rumah rosak dilanda ribut



SEBUAH kereta rosak dihempap pokok durian akibat ribut di Kampung Padang Lalang, Nibong Tebal kelmarin.



NIBONG TEBAL - Sebanyak 47 rumah di beberapa kampung di sekitar kawasan Tasek di sini mengalami kerosakan teruk akibat dilanda ribut malam kelmarin.
Kawasan yang terlibat dalam kejadian selama 20 minit bermula pukul 8 malam itu ialah Kampung Tasek, Kampung Sekolah, Kampung Seberang Tasek, Kampung Padang Lalang, Kampung Kepala Gajah, Taman Puteri Gunung, Kampung Balik Bukit dan Kampung Sepulau.
Kejadian itu juga menyebabkan beberapa kereta dan motosikal rosak akibat dihempap bumbung dan pokok.
Bagaimanapun, tiada kehilangan jiwa dilaporkan.

Keluarga miskin terpaksa berlapar



RAHMATUNISA (dua dari kiri) memberi susu kepada anak bongsunya sambil diperhatikan Muhammad Nor (dua dari kanan) dan dua anak mereka di George Town semalam.



GEORGE TOWN - Kesempitan hidup menyebabkan sebuah keluarga yang tinggal di flat Sungai Pinang dekat sini kerap berlapar kerana kehabisan bekalan makanan.
Berikutan itu, Muhammad Nor Abdullah, 33, dan isterinya, Rahmatunisa Jeelani, 33, serta empat anak mereka yang berusia di antara dua hingga 15 tahun terpaksa mengharapkan sumbangan daripada jiran-jiran.
Malah, keluarga itu hanya menunggu masa untuk diusir keluar akibat tidak mampu membayar sewa rumah yang tertunggak sejak enam bulan lalu.
Rahmatunisa yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah bank di sini juga sedih apabila anak sulungnya, Muhammad Saiful Rahman, 15, terpaksa berhenti sekolah baru-baru ini disebabkan kekangan kewangan.
"Dengan pendapatan hanya RM500 sebulan, saya terpaksa menanggung semua perbelanjaan rumah kerana suami hanya mengambil upah menjaga gerai buah dengan gaji RM10 sehari," katanya di sini semalam.

Hamza hina Rasulullah ditangkap






KUALA LUMPUR - Seorang penulis Arab yang dikehendaki pihak berkuasa Arab Saudi kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW akan dihantar pulang ke negara itu selepas proses dokumentasi terhadapnya selesai.
Mohammad Najeeb A. Kashgari atau lebih dikenali sebagai Hamza Kashgari, 23, ditahan pada pukul 9.40 pagi di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang kelmarin ketika dia mahu meninggalkan Malaysia.
Sebelum ditahan, dia yang merupakan kolumnis akhbar Al-Bilad di Arab Saudi dipercayai telah berada di negara ini sejak dua hingga tiga hari lalu selepas melarikan diri dari negaranya.
"Hamza ditahan polis negara ini atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW pada sambutan Hari Maulidur Rasul baru-baru ini," kata satu sumber di sini semalam.

Artis tunai umrah


LEGA dan syukur Diva mendengar bila selebriti kita ramai yang mahu menunaikan umrah tahun ini. Tidak kira usia dan status, masing-masing punya masa tersendiri untuk mengerjakan ibadah dengan cara dan kudrat masing-masing.
Diva dengar antara artis yang akan mengerjakan umrah ialah Aizat, Noh, Altimet dan Youk Bunkface. Diva tumpang bangga kerana mereka ini muda-muda lagi dan sememangnya rajin bekerja.
Diva dengar, aktres cantik dan manis bertudung Irma Hasmie turut mengerjakan umrah buat kali ketiga. Begitu juga dengan Alyah yang akan menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Diva tumpang gembira dan senyum. Semoga nanti sampai juga masa Diva untuk ke sana.

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


BIRO R n D DARUSSYIFA: tokong siam <b>di tumpat</b>

Posted: 21 Jan 2012 08:09 AM PST

kes hari ni agak menarik, antaranya jin sekeluarga empat ekor mengaku dah ada dlm badan seorang makcik sejak lebih 20 tahun lepas, diupah dan berasal dari sebuah tokong di sempadan siam,hanya beberapa tahun lepas baru kehadirannya dirasai oleh keluarga makcik tersebut. dah puas pergi bomoh sehingga  sampai putus asa, akhirnya tergerak nak pergi DS, kali pertama mereka dtg. Mereka (jin2 ini) beragama buddha....ok sambung esok dah ngantuk ni...bukan apa sebab ada pengajaran dari cerita ni yg boleh dikongsi.

DIALOG RAKYAT: Anak <b>Tumpat</b> Bergulai Kawah, Bertemu Mata <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 12:09 AM PST

MSO

Malam

tadi warga Tumpat yang berada di lembah Kelang telah berhimpun dalam satu majlis Temu Mata dengan para pemimpin Tumpat terdiri dari wakil rakyat Parlimen dan Dun bertempat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak, di Taman Melawati Hulu Kelang.

Kira-kira 400 orang hadir. Dalam majlis itu anak-anak Tumpat selain dijamu dengan masakan gulai kawah yang menjadi resipi kesukaan rakyat Kelantan didendangkan dengan persembahan dikit barat serta disulami dengan acara cabutan nombor bertuah.

Mereka juga bersalaman dan bertemu mata dengan wakil rakyat kesayangan masing-masing. Semua wakil rakyat Pas hadir, Kamaruddin Jaafar, Ahmad Yaacob, Che Abdullah Nawi dan Zaki Ibrahim.

Penyelia Dun Pengkalan Kubur Ustaz Rosdi dan Ketua Cabang PKR Tumpat Shahrom yang disebut-sebut akan bertanding di Pengkalan Kubur juga hadir sama.

Sambutan meriah dalam majlis itu menandakan warga Tumpat di perantau terus memberi sokongan dan dokongan kepada kerajaan yang ada hari ini.

Kehadiran itu disambut dengan penuh kegembiraan dan ramah mesra oleh para pimpinan Pas Tumpat.

Ahmad Yaacob Adun Pasir Pekan yang juga TMB Kelantan semasa memberi ucapan alu-aluan berterima kasih atas sokongan dan komitmen anak-anak Tumpat di perantauan berharap sokongan sedemikian berterusan.

Katanya sokongan rakyat Kelantan seluruh diperlukan untuk mempertahankan kerajaan Pas Kelantan.

"Kita perlu sokong kerana kerajaan Kelantan adalah kerajaan yang hendak membangun Islam," ujarnya. Beliau menarik perhatian sekiranya Kelantan jatuh ke tangan Umno sudah pasti cici-ciri keIslaman dan pembangunan Islam yang ada hari ini akan hilang.

"Seperti mana kata Tok Guru Nik Aziz, kalau Umno menang, judi akan dibuka semula, riba akan berlaku semula sedangkan apa yang ada di Kelantan hari ini mendapat pujian ramai dan menempati pentadbrian sebuah negara Islam," ujarnya.

Kamaruddin Jaafar yang turut memberi ucapan alu-alu dengan memberi gambaran Kelantan sebuah negeri yang hebat dan rakyatnya berani melakukan perubahan sejak awal lagi.

Katanya, hari ini kita bercakap fasal Arab Spring kebangkitan rakyat menjatuhkan kerajaan diktator seperti di Mesir, Libya dan sebagainya, sebenarnya rakyat Kelantan juga telah melakukan Arab Spring beberapa kali tahun 1959, 1990 dan 2008.

"Jadi Arab Spring ini menandakan keberanian dan keterbukaan rakyat Kelantan yang sekaligus Kelantan menjadi pemandu perubahan untuk negeri-negeri lain di Malaysia ini," ujarnya.

Turut sama memberi ucapan ringkas ialah Adun Wakaf Baru yang juga Exco Kelantan Che Abdullah Nawi dan Adun Kelaburan Zaki Ibrahim yang juga timbalan Speaker.

Majlis Temu Mata itu adalah siri majlis pertemuan anak-anak Kelantan dari seluruh jajahan di Kelantan di mana ianya dikendalikan oleh Persatuan Anak Kelantan Di Perantau (Perakan).

Beberapa jajahan telah pun mengadakan majlis pertemuan masing-masing, hari ini bertempat di Taman Bolton Seri Gombak akan berlangsung majlis pertemuan anak-anak Kelantan dari jajahan Pasir Puteh dan Bachok.

Selepas ini akan menyusul pula majlis pertemuan anak-anak Kelantan dari Jajahan Pasir Mas dan Gua Musang yang dikira sebagai penutup siri pertemuan ini dan kelewatan majlis temu mata untuk jajahan ini adalah kelemahan pimpinan di jajahan berkenaan.

ads