Khamis, 16 Februari 2012

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Ulu Kelate: BIAR BETUL !!!... TAHAP KEPIMPINAN ABE UJI <b>MANEK</b> <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2011 10:30 AM PST

Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya sudah 2 tahun 5 bulan penduduk di Dun Manek Urai telah memperoleh Yang Berhormat baru iaitu YB Mohd Fauzi Abdullah atau lebih di kenali sebagai Abe Uji bagi menggantikan arwah Ismail Yaakob atau Poksu Wel. Tahniah pada Abe Uji dan Al-Fatihah pada arwah Poksu Wel.


Kemenangan telah dicapai oleh parti PAS di Dun Manek Urai ,  maka bermula hari itulah seluruh anak mukim                        
Manek Urai ( tak kira PAS dan UMNO) menggantung harapan kepada Yang Berhormat baru ini bagi menjalankan amanah Allah yakni memelihara kebajikan dan kesejahteraan 12293 orang pengundi kawasan ini.
Terkini, ada desas desus terutama dari kalangan jentera PAS Manek Urai mula mempersoalkan kewibawaan Abe Uji ini. Perbualan hangat di kedai kopi di seluruh Manek Urai , Laloh, Sungai Rek, Karangan , Manjur, Cucuh Puteri, Peria dan Temalir  bahawa Abe Uji tidak mampu melaksanakan agenda kebajikan rakyat sedangkan rakyat sangat-sangat memerlukan kebajikan dari kepimpinan yang boleh di harap  untuk menyelesaikan permasalahan seharian mereka.Dan mereka yang berkata demikian adalah bukannya datang dari jentera PAS yang biasa tetapi dari jentera-jentera rahsia Arwah Poksu Wel yang tak dapat di kesan oleh jentera PAS pusat sendiri pada PRK yang lalu. Semuanya adalah abe-abe hebat belako!!
Di antara kegagalan Abe Uji yang paling ketara adalah menyelesaikan masalah prasarana di seluruh Dun Manek Urai. Di antaranya :
GAGAL MENYELESAIKAN ISU JALAN KAMPUNG YANG ROSAK (MANEK URAI LAMA)
KEADAAN PELANTAIAN PASAR LALOH TERLALU DAIF
KEADAAN PELANTAIAN PASAR LALOH TERLALU DAIF

KIRI KANAN JALAN KAMPUNG DI SELUBUNGI SEMAK SAMUN
DAN BOLEH MENJADI PENYEBAB KEMALANGAN.(KG.KARANGAN)
AMAT JARANG SEKALI TURUN BERSUA JENTERA PAS 
APATAH LAGI ANAK MUKIM . JAUH LAGI LAH!!!
(LIHATLAH PAPARAN PINTU GERBANG MARKAS PAS LALOH)
HANYA SETAKAT INIKAH YANG DAPAT DI KUMPUL 
SEMASA CERAMAH PAS PADA HARI JUMAAT 23 DISEMBER?,2 3 HARI LEPAS SAJA.
Ambo menulis blog ini bukannya ambo nak reka-reka kenyataan  ambo. Ambo anak jati Manek Urai . Kalau ada orang nak kelong ambo mengenai hal-hal Dun Guchil , Manek Urai, Mengkebang , Dabong ,, lupakan hasrat demo. Ambo masak doh dengan kawasan ini. Ambo pun tahu dosa pahala, jadi ambo cuba mengelakkan pernyataan fitnah dan tidak benar. Cuma atas kita fikir, apakah berbaloi jika kita memilih pemimpin yang tidak dapat menjalankan amanah Allah Taala terhadap kita. 
RENUNGKAN DAN SENYUMLAH DENGAN KEBENARAN

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Sungai Rapat Online: Dua maut nahas kereta, lori <b>Di Rantau Panjang</b>

Posted: 09 Dec 2011 12:46 PM PST


Seorang wanita tidak menyangka kemalangan maut disaksikan di Kilometer 10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu ketika dalam perjalanan bersama suami untuk ke rumah ibu saudaranya di sini, melibatkan adiknya yang merupakan antara dua mangsa yang terkorban.

Bagaimanapun, Rosneeda Che Kamaruddin, 23, dari Batu Gajah, Tanah Merah, berkata, dia tidak berhenti melihat kemalangan itu yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi.

Rosneeda berkata, adiknya, Lukmannulhakim , 21, keluar terlebih dahulu dari rumah mereka di Kampung Cherang Lali, bersama dua rakannya dengan menaiki kereta lain dan menuju ke rumah ibu saudara mereka bagi menghadiri majlis kenduri.

"Saya dan suami keluar kemudian. Namun perjalanan kami tersekat apabila jalan di Kilometer 10 sesak akibat kemalangan.

"Kami lalu meneruskan perjalanan dan tidak berhenti menjenguk tanpa menyedari mangsa kemalangan adalah adik saya sendiri.

"Saya masih terkejut dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada telefon adik saya sendiri yang mungkin dihantar polis," katanya ketika di Unit Forensik Hospital Pasir Mas di sini hari ini.

Dalam kemalangan itu, Lukmannulhakim dan rakannya, Mohamad Aiezat Sharifuddin, 21, maut manakala pemandu kereta Proton Iswara yang mereka naiki, Sazali Muhamad, 21, cedera parah dan dirawat di Hospital Pasir Mas.

Mohamad Aiezat berasal dari Kampung Jerangau, Tanah Merah, manakala Sazali berasal dari Kampung Gual Petai Lima.

Jurucakap polis berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta itu gagal dikawal ketika melalui sebuah selekoh lalu terbabas ke laluan bertentangan.

Katanya, kereta itu lalu bertembung dengan sebuah lori membawa muatan ayam mengakibatkan kesemua mangsa terhumban ke gaung sedalam tiga meter.

Bapa Sazali, Muhamad Derasa, 54, berkata, keadaan anaknya masih parah akibat kecederaan di kepala dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Makheter Yaakcob ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


.: Susupan Malam

Posted: 12 Feb 2012 04:41 AM PST

Majlis Temu Mata Anak Kelantan
Jajahan K Krai dan P Puteh Meriah

Tengah hari tadi saya sekali lagi menghadiri majlis Temu Mata dan Bewah anak Kelantan. Kali ini giliran Jajahan Pasir Puteh pula yang bergabung dengan Kuala Krai. Dari beberapa majlis temu mata yang saya hadir, majlis bertempat di Taman Bolton Seri Gombak tadi sungguh meriah dan berjaya.

Lebih dua ribu yang ada pada majlis tersebut yang berlangsung dalam suasana kekeluargaan. Tetamu dijamu dengan masakan nasi gulai kawah. Satu peringkat nasi kehabisan kerana kehadiran di luar jangka.

Paling merujakan saya semua barisan kepimpinan Pas Pasir Puteh dan Kuala Krai hadir pada majlis itu. Turut sama hadir ialah pemimpin PKR dan juga bekas calon UBN untuk kerusi Parlimen Kuala Krai, Prof Che Musa. Lebih nostalgik lagi Che Musa duduk bersebelahan dengan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli.

Saya sempat menyaksikan bercanda penuh mesra dan seolah-olah mereka tidak pernah bertembung dalam pilihan raya. Akhir-akhir ini Prof Che Musa katanya begitu jinak dengan Pas dan sering menghadiri majlis-majlis Pas terutamanya yang diadakan di Kuala Lumpur.

Apakah pensyarah itu akan menyertai Pas tidak lama lagi? Sukar untuk diramalkan buat masa ini. Tetapi kalau Pas mahu memanfaatkan ilmu dan kepakaran yang dimiliki Prof Che Musa apa salahnya. Che Musa adalah salah seorang tokoh pendidik terkenal di negara ini.

Manakala antara pemimpin Pas kedua-dua kawasan itu yang sempat ditemui pada majlis tadi ialah Yang Dipertua Pas Kuala Krai, Abdul Latif Abdul Rahman yang juga Adun Mengkebang, Yang Dipertua Pas Pasir Puteh, Dr Nik Mazian Nik Mohamed yang juga Adun Gaal.

Lain-lain pemimpin ditemui Drs Zainuddin Awang Hamat, Wan Hassan Wan Ibrahim dan lain-lain.

Turut sama hadir ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan Ustaz Ahmad Yaacob. Majlis pertemuan itu diuruskan oleh Persatuan Anak-anak Kelantan di Perantauan (Perakan). Dalam ucapan alu-aluan Pemangku Presiden Perakan Ir Hamzah mengucapkan terima kasih atas bantuan anak-anak Kelantan di perantauan yang menjayakan program berkenaan. [wm.kl.8:00 pm 12/02/12]

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Jengka 19: mStar Online : Mingguan mStar

Posted: 15 Feb 2012 07:11 PM PST


Gunung Stong Ibarat 'Syurga' Bagi Pencinta Alam

Posted:

KUALA KRAI: Panorama aman dan indah Taman Negeri Gunung Stong di Dabong, Kelantan menawarkan terapi minda bagi warga kota yang sudah lumrah dengan kehidupan penuh tekanan dan hiruk pikuk kota besar.

Taman ini terdiri daripada mukabumi yang berceranggah termasuk Gunung Stong setinggi 1,433 meter yang dianggarkan berusia tujuh juta tahun.

Penulis baru-baru ini berpeluang melawat tempat ini bersama 40 anggota Kelab Peminat Fotografi Keretapi Tanah Melayu (KTMB) dalam ekspedisi tiga hari yang julung kali diadakan bertujuan mempromosi eko-pelancongan melalui perkhidmatan kereta api.

Ekspedisi ini bermula dengan perjalanan 10 jam menggunakan Tren Senandung Wau dari Kuala Lumpur menghala ke Tumpat.

Aturcara ini bertujuan mengeratkan hubungan antara anggota kelab sambil berkongsi kemahiran mengambil gambar menerusi aktiviti riadah di samping menghayati keindahan alam semulajadi yang tinggi nilainya di negara ini, kata timbalan presiden kelab Mohd Jasni Mat Nayan.

BAGAIKAN SYURGA DUNIA

Selepas turun di Stesen Keretapi Dabong, kami dibawa ke Taman Negeri Gunung Stong dengan van yang mengambil masa perjalanan 15 minit.

Dari jauh pemandangan indah Gunung Stong muncul perlahan-lahan dengan puncaknya diliputi kabus dan pemandangan hebat air terjun Jelawang, air terjun tertinggi di Malaysia.

Kesempatan ini digunakan penulis untuk merakam beberapa keping gambar sebagai koleksi peribadi serta bukti penulis telah menjejakkan kaki di Gunung Stong.

Menurut pemandu van Yuzaney Yusoff, 41, Gunung Stong meningkat popular sejak diwartakan sebagai Taman Negeri pada tahun 2004 dan telah menarik perhatian pelancong dari Singapura, Jerman, Korea, Switzerland serta Amerika Syarikat.

"Pelancong asing selalunya ramai ke sini pada bulan Jun dan rata-rata mereka datang selepas singgah di Pulau Perhentian.

"Pelancong tempatan pun suka tempat ini, selalunya resort akan penuh ditempah setiap kali tibanya cuti umum seperti Tahun Baru, Tahun Baru Cina, serta musim cuti sekolah," katanya kepada penulis.

"Apa yang menarik di sini selain keindahan flora dan fauna, pelancong akan terpukau dengan keindahan air terjun Jelawang setinggi 303 meter daripada paras laut," katanya.

Yuzaney berkata Taman Negara Gunung Stong juga adalah habitat semulajadi bagi beberapa haiwan liar termasuk gajah, seladang, tapir, harimau serta burung merak.

TERSIMPAN SERIBU SATU MISTERI

Seorang warga tua yang tinggal di kampung berhampiran Stesen Dabong, Ahmad Said, 66, menjelaskan bahawa air terjun Jelawang pada satu ketika dahulu menjadi sumber air masyarakat setempat serta menyimpan seribu satu kisah tentang Puteri Saadong yang menjadi lagenda negeri "Cik Siti Wan Kembang".

"Di kawasan air terjun itu ada batu berbentuk congkak milik Puteri Saadong, ini bukan lagenda tetapi kisah benar selain beberapa penemuan sejarah seperti pinggan mangkuk," katanya.

Sementara itu, pesara tentera, Arman Salleh, 50, yang menetap di Dabong selama 16 tahun berkata Gunung Stong adalah tempat paling istimewa bagi beliau yang sudah biasa meredah hutan sejak berkhidmat dalam tentera.

Beliau gemar mendekatkan diri dengan alam sekitar dan percaya ianya anugerah Tuhan yang tiada tolok tandingnya.

Bagi generasi muda Dabong, Mohd Izzuan Hafiz Mohd Ibrahim Yong, 17, beliau melahirkan rasa bangga kerana nama Dabong terukir dalam peta destinasi pelancongan negara.

"Saya selalu tolong atuk dan nenek berniaga di kedai makan, jadi ramai pelancong singgah untuk menjamu selera di sini terutama pelancong asing yang tidak kekok dengan makanan orang sini," katanya sambil berkongsi pengalaman.

PELUANG EMAS TINGKAT KEMAHIRAN

Bagi penulis dan jurugambar lain, kami menganggap ini satu peluang keemasan kerana dapat merakamkan keindahan alam menggunakan kamera DSLR selain menggunakan kemahiran dan teknik yang dipelajari serta berkongsi bersama rakan-rakan lain.

Siti Sri Nor Intan Fharis Mohd Ani, 25, berkata ini adalah pengalaman baru beliau kerana baru kali pertama menaiki kereta api serta datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang yang kaya dengan flora dan fauna.

"Ekspedisi ini agak mencabar kerana sebelum ini saya hanya mengambil gambar pengantin dan jalanan. "Tetapi hari ini saya banyak mempelajari teknik baru antaranya 'slow-shutter'... ianya ternyata berbeza tetapi saya amat berpuas hati kerana dapat merakamkan banyak gambar di sini yang pastinya akan saya simpan sebagai koleksi peribadi dan rujukan," katanya.

Sementara itu, Abdul Munir Mohd Shukri, 25, pula mengambil peluang ini untuk mempelajari serta berkongsi teknik dan idea bersama rakan jurugambar lain bagi memantapkan lagi kemahiran beliau mengambil gambar.

Beliau juga menyimpan hasrat untuk datang semula ke Gunung Stong bukan setakat untuk aktiviti mengambil gambar malah beliau ingin menawan puncak Gunung Stong dan merasai sendiri pengalaman pahit getir untuk sampai ke puncak.

KEHEBATAN PUNCAK GUNUNG STONG

Walaupun ekspedisi ini tidak berkesempatan mendaki Gunung Stong, pemandu van yang hanya mahu dikenali sebagai Odi sedikit sebanyak memberi penjelasan akan laluan dan pengalaman ke puncak itu.

Pengunjung akan dibawa oleh jurupandu berpengalaman mendaki selama dua jam menuju ke Kem Baha dan bermalam di sana sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung selama empat jam lagi.

"Pengunjung bakal diuji oleh laluan sempit, tebing curam serta licin selain terpaksa memanjat batu yang berbahaya," katanya.

Namun, segala kesukaran dan keletihan akan hilang apabila pengunjung tiba di puncak gunung yang menjanjikan pemandangan menarik serta suasana nyaman dan menenangkan dengan suhu antara 15 dan 18 darjah celsius.

Dari puncak, pengunjung akan menikmati pemandangan mengujakan Taman Negeri Gunung Stong serta dapat melihat puncak gunung Ayam yang diselubungi kabus tebal. - BERNAMA

DKNY Perkenal Haruman Terbaru Verbena-Basil

Posted:

Published: Khamis Februari 16, 2012 MYT 3:33:00 PM
Updated: Khamis Februari 16, 2012 MYT 3:59:55 PM

DONNA Karan New York (DKNY) memperkenalkan haruman terbaru, edisi pureDKNY, Verbena-Basil.

Sebaik semburan pertama menyentuh kulit badan, terhidu aroma citrus segar yang pastinya membuat sesiapa saja tergoda dengan wangian mengujakan itu.

Haruman itu turut didatangkan dengan wangian semula jadi dari pokok basil dan herba verbena yang diperoleh dari Togo, Afrika.

Ia turut mengandungi campuran ekstrak tumbuhan semula jadi seperti bunga jasmin, peony, honeysuckle.

Pure DKNY Verbena didatangkan dalam dua bentuk botol bersaiz 50ml dan 100ml. Botol 100ml dijual pada harga RM355 manakala botol bersaiz 50ml dijual pada harga RM255.

Haruman tersebut boleh didapati di pasaran pada hujung bulan ini.

Bersempena dengan pelancaran haruman terbaru itu, Pure DKNY meneruskan kerjasama dengan CARE, sebuah organisasi kemanusiaan untuk membantu golongan wanita keluar dari kepompong kemiskinan.

DKNY turut melancarkan tabung kutipan derma bagi menyokong program CARE di benua Afrika.

Kerjasama pureDKNY dan CARE bermula pada 2010 dengan pelancaran haruman pureDKNY Vanila.

Menerusi kerjasama itu, mereka bersama-sama mendidik para petani tanaman vanila untuk menyertai program mikrokewangan.

Pengalaman CARE membuktikan apabila komuniti di negara termiskin memiliki asas perkhidmatan kewangan termasuk simpanan tetap, kredit dan insurans, mereka boleh menyelamatkan diri daripada belenggu kemiskinan.

Hasil penjualan tanaman vanila yang rata-ratanya di pelopori oleh petani wanita di Uganda, pureDKNY melangkah setapak lagi ke hadapan untuk menyelamatkan pengeluaran tanaman itu di negara tersebut.

Jurucakap pureDKNY, Angela Lindvall berkata, kunjungannya ke Uganda adalah untuk melihat dengan lebih jelas perkembangan program tersebut.

"Saya bertemu dengan beberapa wanita termasuk Nuella. Sebagai seorang peserta program, dia boleh meminjam dana untuk tujuan penjagaan kesihatan anak-anaknya, melindungi mereka daripada wabak malaria

"Kami membantu mereka yang ingin mengubah kehidupan menerusi revolusi wangian ini," katanya.

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Minyak masak <b>di Kelantan</b> mencukupi – « Persada

Posted: 10 Feb 2012 05:20 PM PST

KOTA BHARU  – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan memberi jaminan, bekalan minyak masak di negeri ini adalah mencukupi.

Timbalan pengarahnya, Wan Shuhaimi Wan Ibrahim berkata, pengguna di negeri ini tidak perlu bimbang mengenai kemungkinan berlaku masalah kekurangan bekalan bahan keperluan tersebut sebagaimana dilaporkan di beberapa negeri lain.

Beliau berkata, ketika ini terdapat 53,162 kilogram minyak masak yang dibekalkan kepada 30 pasar raya utama di negeri ini bagi menampung keperluan harian pengguna.

"Selain itu, terdapat lebih 20,000 kilogram lagi minyak masak di kedai-kedai runcit, sementara 50,183 kilogram lagi masih berada dalam stok dan sedia untuk diedarkan sekiranya berlaku kekurangan bekalan di pasaran," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Wan Shuhaimi diminta mengulas mengenai bekalan minyak masak dan barangan keperluan harian pengguna lain di negeri ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan berlaku kekurangan bekalan minyak masak di Lembah Klang dan Teluk Kemang sehingga menjejaskan pengguna.

Mengulas lanjut, Wan Shuhaimi memberitahu, pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan bekalan minyak masak di negeri ini sentiasa mencukupi termasuk semasa musim perayaan.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang berdepan dengan masalah untuk mendapatkan bekalan minyak masak supaya menghubungi pejabatnya bagi membolehkan tindakan selanjutnya dilakukan.

"Setakat ini, bekalan minyak masak tidak ada masalah di negeri ini, bekalan adalah mencukupi dan pengguna tidak perlu risau. Jika ada sebarang masalah, orang ramai boleh menghubungi pejabat kita untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di beberapa buah pasar raya utama sekitar bandar ini mendapati bekalan minyak masak dalam pelbagai kategori adalah mencukupi dan tiada had pembelian dikenakan ke atas pengguna.

Selain pasar raya, orang ramai juga boleh mendapatkan bekalan minyak masak di kedai Rakyat 1Malaysia yang terletak bersebelahan dengan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan di Menara Perbadanan, Jalan Tengku Petra Semerak dekat sini.

//utusan

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


PKR <b>Di</b> Perbodoh Oleh Pas <b>Kelantan</b> « Terompah Besi ™

Posted: 08 Dec 2011 06:10 PM PST

Pas Kelantan sekali lagi menganaktirikan sekutunya, PKR di negeri itu dalam pembahagian kerusi untuk pilihan raya umum ke 13.

Penganalisa politik berkata pada 2008 isu Pas tidak menghormati PKR dengan pengagihan kerusi yang sedikit dan memberikan kawasan gerenti kalah telah melahirkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong PKR Kelantan.

"Banyak suara dari akar umbi PKR marah dengan tindakan Pas yang menempatkan calon di kawasan yang mudah kalah manakala Pas di kawasan gerenti menang pada pilihan raya umum lalu.

"Ini menyebabkan pemimpin PKR tidak menonjol di Kelantan. Kali ini pergaduhan itu akan menjadi lebih besar kerana PKR mempunyai kedudukan yang kuat sekarang terutama di Selangor," katanya.

Dalam Harakahdaily, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah  berkata, kedua-dua parti masing-masing (Pas dan PKR) telah bersetuju untuk mengekalkan 'status quo' seperti PRU ke-12 pada 2008 lalu.

"Pada PRU 2008, PAS bertanding di 51 kerusi iaitu 11 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dun, manakala PKR pula bertanding di lapan kerusi iaitu tiga Parlimen dan lima Dun.

13 kerusi parlimen yang ditandingi PAS adalah, Kuala Krai, Gua Musang, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pengkalan Chepa dan Jeli.

Kerusi Dun pula adalah Kelaboran, Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kijang, Chempaka, Panchor, Tanjung Mas, Kota Lama, Bunut Payong, Tendong, Pengkalan Pasir, Chetok, Meranti, Gual Periok, Bukit Tuku, Salor, Pasir Tumboh, Demit, Tawang, Perupok, Jelawat, Melor, Kadok, Kok Lanas, Bukit Panau, Gual Ipoh, Kemahang, Selising, Limbongan, Semerak, Gaal, Pulai Chondong, Temangan, Kemuning, Bukit Bunga, Air Lanas, Mengkebang, Manik Urai, Dabong dan Galas.

Kerusi Parlimen bagi PKR pula adalah Tanah Merah, Ketereh dan Machang, manakala Dun pula adalah Paloh, Nenggiri, Guchil, Pengkalan Kubor dan Kuala Balah.

"Di peringkat DUN Pas kuasai 37 kerusi, PKR 1 kerusi manakala Barisan Nasional 7 kerusi.

Advertisement

ads