Jumaat, 23 Mac 2012

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Saya hendak sembahyang <b>di</b> Masjid Stadium Bukit Merbau, <b>Pasir</b> <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2012 06:51 AM PST

I hb Marc 2012.

Saya telah menaiki bas.

Dari Stadium Bukit Jalil ke Kota Bahru.

Dari Kota Bharu naik kereta private sapu  ke Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Oleh kerana tertarik dengan perancangan PAS negeri Kelantan membina sebuah masjid di dalam Stadium di Bukit Merbau,  Pasir Putih, saya amat teruja dan mengambil peluang untuk berjemaah disitu.

Sungguh indah masjid itu. Lihat gambarajah di atas. Pandang dan lihat sekali semacam stadium, tetapi apabila di lihat sekali lagi semacam masjid. Jikalau dilihat beberapa kali anda tak nampak apa apa. Macam kereta Mercedes jenis baru illuminous.

Siapa boleh berfikiran sebegitu. Hanya PAS boleh.

Sampai sahaja di Bukit Merbau, saya memasuki ruang masjid dan disitu ada penyambut tetamu yang memakai jubah kemas, bertatah belian telah bersedia memberi arah tuju jalanan di dalam masjid.

Bila ke tempat wudud, air nya berpancut sendiri. Tanpa disuruh suruh. Sebut sahaja berkeinginan untuk mengambil wudhu, air pun terpancut keluar. Sungguh moden. Kemasan dalaman pula adalah setaraf dengan Bangunan Clock Tower di Mekah.

Sesungguhnya didalam masjid itu anda boleh lihat "live' pergerakan orang tawaf di Mekah, setiap masa. Ini kata pengunjung, bagi mengambil semperna nama negeri Serambi Mekah.

Sekiranya ada boxing Siam di Hadyai, siaran langsung terus di dalam talian TV di stadium itu. Kekadang ada advertisement besar, "banyak ayam disini" oleh Nandoss.

Dan apabila anda keluar masjid anda merasa anda berada didalam Stadium pula. Anih. Acara lari pecut, atau pecut basikal pun ada di semua laluan larian. Dan disebelah kanan nya terdapat perlawanan bola diantara Kelantan FC dengan Manchester United, dimana Kelantan FC mendahului dengan bilangan gol hampir hampir 20 /0. Saya lihat, ini bukan lah kerana Manchester United tidak kuat, tetapi kerana setiap kali wisel ditiup oleh pengadil, pasukan Kelantan FC dilihat memasuki masjid untuk bersembahyang hajat. Strategi Kelantan FC nampaknya menjadi jadi pada hari saya melawat tempat itu.

Sesekali ternampak pelari yang berjubah berjoging sekeliling masjid, dan sesekali nampak mereka berlari mengikut belakang peminat setia Kardashian berjogging senamrobik dengan memakai seluar pendek dan bertudung kepala lintup.

Anda boleh bergerak disekitar stadium dengan menaiki escalator, tanpa harus berpeluh serta semua bangunan itu berhawa dingin yang amat salju. Kekadang "snow" pun ada. Amat menarik perancangan pembangunan Stadium Masjid Bukit Merbau.

Di Stadium Bukit Jalil banyak surau yang boleh digunakan untuk sembahyang jemaah pada bila bila masa. Tetapi Stadium Bukit Jalil amat lah low-class jika dibandingkan dengan Masjid Stadium Bukit Merbau. Di Bukit Jalil ada surau sahaja. Di Bukit Merbau, macam macam ada.

Anda harus datang sendiri untuk melihat nya. Sungguh indah dan mengasyikan. Bagaikan bulan jatuh ke riba!.

Begitu lah bagaimana baik nya idea yang diilhamkan setelah mengamal tidur diatas riba isteri isteri. Cuba lah.

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Tanah <b>di</b> bekelam <b>jelawat</b> bachok - <b>Kelantan</b> - Sheryna.com.my

Posted: 07 Nov 2010 12:03 AM PDT

Malaysia » Kelantan » Bachok » Property > Land » Tanah di bekelam jelawat bachok

PRIVATE AD

Property type: Land For Sale

Price: RM 30,000

Size: 1 acres

Tanah ada simpanan jalan dari jalan
besar ke tanah.
kedudukan berdekatan dengan jalan besar.
keluasan 349depa.
tanah segi empat comel.
dah ada rumah banglo jalan ikut masuk ke tanah tu.
berdekatan dengan pasar jelawat.
harga buka Rm30ribu.blh kurang lagi.
tengok tanah dulu baru blh bincang harga.
tanah saya sendiri.

 
Mazlan
Bachok, Kelantan, Malaysia
Sunday, 7 November 2010, 15:03
112551
0148691606 (Mention Sheryna when calling! Thanks.)

Reply to this Ad

View related LAND ads:

 LANGKAWI - Shah Alam, Selangor, Malaysia

REMEMBER:
- Deal locally and meet in-person with buyer/seller (in a public place and take a friend with you).
- Never pay with Western Union or Moneygram.
- Don't accept cashier checks or money orders.
- Sheryna.com.my is NOT involved in any transaction (payment services, shipping, guarantee transactions, etc), does NOT offer "buyer protection" and does NOT offer "seller certification".

Sheryna.com.my does not accept any responsibility for the above classified. The advertiser bear all the responsibility. For any problems, please use Report abuse button!

Double Storey Terrace House,Jalan <b>Jelawat</b> 1,Taman Sri Putra <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2012 10:36 PM PDT

Apartment,Bandar Tasik Puteri,Rawang,Selangor For Sale : MYR40500

No. 31-3-B, (Back Portion), 3rd Floor, Jalan Hijau 5/3, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor, Malaysia - 48020

Area : 63 Sq.Mt (Sq. Ft.)

Bedrooms : 3

Bathrooms : 1

MLS # :

Property ID : 14197

Posted on : March 6, 2012

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


DERITA KANAK KANAK BERUSIA 3 TAHUN <b>DI BACHOK</b> <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2012 02:30 AM PDT

DERITA KANAK KANAK BERUSIA 3 TAHUN DI BACHOK, KELANTAN: TUBUH DI PENUHI BULU

0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

No of View :218
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

Tubuh dipenuhi bulu

BACHOK- Ibu mana yang tidak tersentuh bila melihat anak kandung yang dilahirkan tidak seperti kanak-kanak lain yang melalui hidup secara normal.

Namun, bagi bagi Asliza Omar,30,keganjilan tubuh anaknya, Nurul Afida Razi,3, yang berbulu diseluruhi badan tidak pernah membuatkan dia merasa rendah diri.

Menurut Asliza,bulu yang ada pada tubuh anak bongsu dari tiga adik-beradik wujud sejak dilahirkan dan menyebabkan dia mempunyai kad kanak-kanak kurang upaya(OKU).

"Sejak lahir lagi, bulu lebat di badan Nurul, namun dia tiada masalah kesihatan melainkan agak lambat bercakap.

"Saya telah merujuk Nurul Afida ke hospital dan setiap enam bulan dia akan dibawa untuk pemeriksaan. Ujian darah telah diambil dan menunggu keputusan daripada pihak hospital," katanya  ketika ditemui di rumah di Kampung Changgong,semalam.

Asliza berkata, kali pertama sampel darah Nurul Afida diambil ketika berusia dua bulan, namun setelah dua tahun menunggu keputusan,pihak hospital memaklumkan sampel darah anaknya itu hilang.

Oleh itu katanya, dia membawa Nurul Afida kembali ke hospital terbabit pada 3 Julai 2011 dan temu janji terbarunya pada 9 April nanti.

Asliza berkata, dia sendiri tidak tahu bagaimana keadaan itu boleh berlaku terhadap Nurul Afida, namun tidak kekok untuk membawa anaknya itu ke mana-mana majlis.

Dua lagi adik beradik Nurul Afida, Mohd Zulkifli Hanif,8, dan Nurul Aimi,7 normal dan tidak mengalami kesihatan.

Menceritakan keadaannya, Asliza berkata, dia tidak pernah mengalami kejadian yang pelik semasa mengandungkan Nurul Afida, namun mengakui pernah melihat lembaga semasa berada di pantai.

"Sebulan sebelum saya hamil, beberapa minit sebelum Maghrib, saya bersiar-siar di pantai dan tiba-tiba terlihat satu lembaga seperti seekor kambing yang datang dari arah laut.

"Ia berwarna hitam dan berbulu, saya tidak terkejut atau menegur makhluk itu dan menganggap ia biasa sahaja. Beberapa minggu selepas itulah baru saya hamilkan Nurul Afida," katanya.

Bagaimanapun, Asliza berkata, keadaan Nurul Afida tidak seteruk yang dihidapi beberapa kes sama yang berlaku di dunia, sehingga menjejaskan kehidupan seharian.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

Menurutnya, bulu yang tumbuh pada badan Nurul Afida hanya kelihatan lebat, namun tidak menjejaskan saluran pernafasan atau penglihatannya.

Azliza berkata, dia dan suaminya, Razi Mohd Nor,37 yang bekerja sebagai nelayan reda dengan ketentuan tuhan dan mengharapkan anak itu kembali normal setelah mendapat rawatan dari pihak hospital.

Dalam pada itu, ketika dihubungi,Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu (HRPZ) akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Untuk rekod kanak-kanak perempuan di Thailand, Supatra Sasuphan,12, berbulu di seluruh badan dipercayai mengidap Sindrom Ambras itu sejenis penyakit akibat genetik kromosom. Mengikut rekod hanya 50 individu di dunia pernah mengidapnya.

Manakala,di Mumbai, India, tiga gadis Aavita,23, Monisha,18, dan Savitri,18, berdepan kemungkinan menjadi anak dara tua akibat pertumbuhan bulu tidak terkawal akibat penyakit Hypertrichosis Universalis.

Mengikut nisbah, penyakit itu dihidap seorang daripada satu bilion penduduk dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

DERITA KANAK KANAK BERUSIA 3 TAHUN DI BACHOK, KELANTAN: TUBUH DI PENUHI BULU

0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

Ahlussunnah Wadah Suciku: Tanah Lot Termurah <b>di Bachok</b> Kelantan

Posted: 07 Mar 2012 06:00 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Tanah Lot Termurah di Bachok Kelantan. Kepada ikhwan yang sedang mencari2 tapak rumah terutama di Daerah Bachok. Juga untuk pelaburan masa depan. 1-3 tahun mungkin harga mencecah RM35-40K 1 lot... Ada lebih ...

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Berjalan Guna Jari Kaki | Detik Perubahan

Posted: 20 Mar 2012 08:10 PM PDT

KUALA KRAI – Masalah saraf tegang pada kaki menyebabkan seorang orang kurang upaya (OKU) dari Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Mengkebang, di sini, terpaksa berjalan menggunakan jari kaki sejak berusia dua tahun.

Bagi mengatasi masalah kaki kanannya itu, OKU terbabit, Muhammad Isyraff Ismail yang kini berumur 19 tahun menjalani pembedahan ketika berusia lima tahun bagi mengendurkan urat saraf pada bahagian tersebut.

Bapa Muhammad Isyraff, Ismail Abas, 49, berkata, pembedahan itu membolehkan tumit kaki anak sulungnya itu rapat ke tanah seperti insan normal lain tetapi pada masa sama, menyebabkan urat pada lututnya pula menjadi kendur.

"Sebelum pembedahan, anak saya terpaksa terus berjalan sebaik sahaja dia berdiri dan tidak boleh berhenti atau pun memperlahankan pergerakannya.

"Selepas pembedahan pula, dia masih boleh berjalan tetapi mudah lenguh dan tidak boleh berdiri lama menyebabkan dia terpaksa guna kerusi roda," katanya di sini, semalam.

Dia ditemui selepas menerima sumbangan kerusi roda ditempah khas untuk kegunaan Muhammad Isyraff daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman, di sini, semalam.

Hadir sama, Penghulu Mukim Mengkebang, Hussin Taib dan Penghulu Tanpa Mukim Dewan Undangan Negeri (Dun) Mengkebang, juga Ketua Dewan Pemuda Pas Dun itu, Abdul Hashim Jusoh.

Turut menerima sumbangan sama bekas Imam Mukim Jambu, Dun Cempaka, Kota Bharu dan kini menetap di tanah rancangan itu, Wan Chik Wan Omar, 37, yang lumpuh akibat jatuh pokok sejak lebih setahun lalu.

Ismail berkata, keperluan kepada kerusi roda bertambah apabila Muhammad Isyraff melanjutkan pelajaran di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), dekat Bangi, Selangor, Januari lalu.

"Buat masa ini, dia guna kerusi roda yang dipinjam daripada PLPP Bangi untuk teruskan pengajiannya dalam bidang komputer tetapi kami kena tanggung kos baiki kalau rosak.

"Sebab itu, kami sekeluarga amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Abdul Latiff atas sumbangan ini," katanya yang mempunyai seorang lagi anak berusia 16 tahun.

Sementara itu, Abdul Latiff berkata, kerusi roda khas berharga kira-kira RM1,500 setiap satu itu disalurkan melalui Tabung OKU di bawah Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa.

"Untuk tahun ini sahaja tidak termasuk sumbangan hari ini, sudah empat kerusi roda kita beri kepada penduduk Dun Mengkebang yang memerlukan iaitu masing-masing satu di Kampung Bukit Sireh dan Mengkebang serta dua di Chenulang," katanya. – Sinar Harian

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jan 2012 12:00 AM PST

Xpdc ke Felda Chiku Gua Musang bahagian 1

Kali ini penceritaan agak panjang dan saya terpaksa bahagikan kepada 2 bahagian. Part 1 and part 2. Ini memandangkan banyak hari yang kami lalui dan pelbagai pengalaman yang telah ditempuhi.

Kami bergerak ke Gua Musang bermula dari Kajang, Semenyih dan seterusnya ke Ampang dan Keramat. Namun begitu dalam perjalanan ke Ampang kenderaan kami perlu singggah di Sungai Congkak Hulu Langat untuk mengambil salah seorang ahli kumpulan kami.

Sampai di Sungai Congkak untuk ambil Sani@black

Malam-malam begini takde lagi orang berkelah mandi air sungai di Sungai Congkak.

Kami selesai mengumpulkan ahli di Keramat. Tanpa membuang masa dan pada ketika itu jam menunjukkan pukul 1 pagi, kami meneruskan perjalanan menuju ke Gua Musang dengan bertukar ganti pemandu secara bergilir-gilir.

Perjalanan kami agak tidak berapa selesa kerana terlalu banyak barang dan alatan yang dibawa dan dimuatkan di dalam kenderaan. Kesemua barang dan alatan adalah penting setelah berpandukan kepada check list yang telah disediakan bagi mengelak kekurangan alatan dan membawa alatan yang salah dan tidak berguna.

Dalam xpdc ini kami telah diberikan setiap seorang ahli mempunyai tugas masing-masing. Oleh itu setiap ahli perlu bertanggungjawab kepada tugasan yang diberikan. Bro jimi adalah ketua xpdc, Shahril bertindak sebagai pemandu arah, penyelenggara alatan dan sebagai pegawai perhubungan, Sani @ black sebagai AJK kebajikan ahli dan medic, Shahrul pula urusan pengangkutan dan saya mengurus kewangan perbelanjaan sepanjang xpdc.

Berhenti berehat: Bro Jimi sedang mengeluarkan alat laser beliau untuk dipancarkan ke hutan di hadapannya. Akibatnya sesuatu yang mengerikan berlaku. Kedengaran bunyi yang menakutkan dari hutan tersebut. Bro Jimi dan saya lari bertempiaran menyelamatkan diri. (bunyi ngeri tersebut berjaya dirakam)

Sampai di Gua Musang pada subuh hari...

Sampai di Gua Musang tepat pada waktu Subuh. Kami berehat seketika sebelum memulakan aktiviti selanjutnya pada hari pertama ini. Memang mendebarkan dan menanti-nanti saat-saat apakah aktiviti yang kami akan lakukan nanti. Sementara itu Shahril sibuk berurusan dengan orang tempatan dan beberapa orang yang sudah dibuat temujanji sebelum kami berangkat ke lokasi.

Tengok la muatan barang yang kami bawa ini. Padat dan sesak. Kenderaan ini memang terbaik dan lasak. 

Menanti orang yang dijanjikan untuk berjumpa. Baru lepas sarapan pagi. Perut Kalau kosong nak buat kerja pun semua tak boleh.

Sani dan Jimi sedang berbincang mengenai strategi yang akan digunakan untuk aktitviti hari itu. Kepuasan jelas kelihatan setelah baru makan daging kambing.

Sudah sampai orang yang ditunggu-tunggu. Cuaca agak mendung dan suram. 

Hampir nak ke tengah hari barulah kami dapat pergi ke lokasi. Perjalanan agak mencabar dan berliku-liku. Hanya kenderaan yang lasak dan berani sahaja boleh melalui kawasan tersebut. Alhamdulillah kami selamat sampai di lokasi. Sampai di lokasi, keadaan air sungai agak deras sebab hujan. Tapi kami tetap harungi juga sebab sudah alang-alang sampai.

Ikuti gambar seterusnya ini. Kalau nak cerita panjang rasanya ramai yang malas nak baca. Jadi tengok gambar sambil penerangan sikit-sikit. Itu sudah memadai dan seronok.

Suasana di kawasan Felda Chiku. Ikut perancangan nak pergi ke lokasi gua. Tapi tak jadi disebabkan masa dan kos yang tidak dijangka. Insyaallah akan datang boleh pergi lagi.

Sampai di lokasi. Laluan agak becak. Keadaan selepas hujan turun.

Sani memulakan langkahnya dengan penuh bersemangat.

Keadaan air sungai yang naik dan agak deras. Tapi kami redah juga. Lepas ambil gambar ni saya terus 'gedebuk!' jatuh. Licin. Lepas tu berendam aje dalam sungai tu.

Jimi dan Shahril@Steven sedang memikirkan ape yang perlu dilakukan dengan keadaan sungai yang berarus deras.

Semua alatan penting dibawa turun dan diuji fungsinya. Maaf sebab tiada gambar dirakam semasa aktiviti dijalankan disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan dan alatan elektronik seperti kamera tidak kalis air. Dikuatiri rosak sebab terkena air. Perancangan akan datang saya akan usahakan untuk menggunakan kamera tahan lasak dan boleh masuk air.

Kami memperolehi hasil. Walaupun sedikit tapi kami menjumpainya. Kami banyak mengumpulkan pasir dan tanah untuk dibawa balik bagi kerja proses seterusnya menggunakan mesin ayak automatik atau mangkuk biru.

Selepas aktiviti, kami berehat dan makan tengah hari (dah masuk petang) sebelum check in lokasi terusnya. Di sini kami bertukar-tukar cerita dan pengalaman masing-masing.

Lama juga kami bersembang di sini sebab banyak cerita menarik. kami juga membincangkan aktiviti pada keesokan harinya nanti.

Felda Chiku: Perjalanan kami check in di kediaman Brader yang pakai kopiah gambar di atas tadi. Lupe pulak nama dia.

Kuda milik brader tu. Kuda ini pernah mengejar Sani. Mungkin tertarik dengan kemachoan Sani agaknya.

Petang itu kami menggunakan alat ini untuk mengasing emas dengan pasir. Lokasi anak sungai ini tak jauh dari kediaman kami. Hanya 50 meter.

Mengunakan kuasa bateri sahaja. Alat ini beroperasi dangan jayanya sambil diperhatikan secara beramai-ramai. Nampak tak?

Guna bateri kereta. Boleh guna bateri motor juga. Asalkan 12 volt. Jadi ianya selamat dan tiada risiko renjatan elektrik.

Brader tu sedang mandikan kudanya. Kami pun belum mandi lagi. 

Pada sebelah malam kami berpecah tidur di dua kediaman. Shahril, Sani dan Shahrul bermalam di kediaman Brader tu manakala Jimi dan saya bermalam di kediaman ayah Brader tu. Ayah Brader tu dikenali dengan nama Tok Ayah (ingat pulak name).

Berada di kediaman Tok Ayah banyak ilmu yang saya perolehi. Tok Ayah banyak bercerita dan memberikan banyak tips dan ilmu yang berguna yang boleh diamalkan.

Pada keesokan harinya, sebelum bergerak ke kolasi, Jimi dan saya mendengar sedikit taklimat daripada Tok Ayah. Dia banyak memberi petua yang boleh diamalkan dan menunjukkan banyak benda yang kami tidak ketahui.

Tok Ayah bercerita dan menunjukkan sesuatu kepada kami.

Inilah daun pokok limau hantu yang banyak khasiatnya. Tok Ayah berikat sedkit kepada kami untuk dibawa pulang. 

Sudah sarapan pagi tapi masih lagi berhenti minum-minum. Nampak tak air tuak tu? Sani melihat dengan penuh berminat. Tak minum pun. Minum air dalam botol je. Kami menunggu orang yang akan membawa kami ke lokasi lain pula.

Pada hari pertama kami banyak menggunakan alat seperti pam tangan dan mangkuk biru sahaja selain dari dulang plastik. Alat metal detector masih belum digunakan lagi. Pada hari kedua ini alat seperti metal detector dan pin pointer akan digunakan pada lokasi lain yang akan kami redah. 

Sila ikuti sambungan pengalaman kami ini pada post akan datang dengan banyak pengalaman yang lebih menarik lagi....

Full content generated by Get Full RSS.

SAINS: Skor Boleh Dibuat <b>Di</b> mana-mana Dan Boleh Dibuat Oleh <b>...</b>

Posted: 22 Mar 2012 04:33 AM PDT

SHAH ALAM 21 Mac - Hidup di sebalik tirai besi dan tembok batu tidak bermakna segalanya telah berakhir dan tiada lagi harapan untuk membina masa depan yang sempurna.

Ia dibuktikan oleh seorang bekas banduan, Muhammad Zainal Ariff Mat Zain, 23, yang mencatat sejarah kerana muncul sebagai antara pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 Selangor.

Katanya, dia tidak menyangka takdir yang membawa dirinya ke Penjara Kajang, Selangor akibat kesalahan jenayah akhirnya memberikan sinar baru kepadanya.

"Saya berhenti sekolah semasa di tingkatan dua tetapi peluang keemasan yang terbuka ketika dalam penjara menyebabkan saya mengambil keputusan menyambung pelajaran.

"Akhirnya saya berjaya membuktikan walaupun perlu menjalani hukuman, namun saya mampu memperoleh keputusan 6A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2010 iaitu semasa tahun ketiga dalam penjara," katanya yang merupakan pelajar Sekolah Integriti Kajang.

Muhammad Zainal ditemui selepas menerima keputusan dan sijil penghargaan daripada Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah Mad Yunus pada majlis pengumuman keputusan SPM 2011 di sini hari ini.

Menurutnya, setelah berjaya dalam PMR, dia meneruskan pelajaran dan menduduki SPM tahun lalu hingga akhirnya mendapat keputusan 5A+, 1A,1B, dan 1E sekali gus menjadi pelajar terbaik di kalangan penghuni Penjara Kajang.

Dengan kejayaan itu juga katanya, dia berharap mana-mana institusi pengajian tinggi awam bersedia menawarkannya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan.

"Setelah dibebaskan tahun lalu, saya bekerja di kampung di Pasir Mas, Kelantan. Sudah semestinya dengan keputusan ini saya boleh pergi lebih jauh dalam pelajaran.

"Saya berjanji akan belajar dengan tekun untuk membela nasib keluarga di kampung," katanya.

Sementara itu, pelajar cemerlang dari Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang, Muhammad Shafaat So'af, 17, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pula berjaya mencapai keputusan 5A+, 2A dan 4A-.

Muhammad Shafaat yang cacat kaki kiri sejak kecil mengakui pada mulanya sukar berulang-alik dari asrama ke sekolah ekoran kekurangannya itu.

"Namun, atas keprihatinan rakan-rakan dan semangat yang kuat, semua itu saya harungi dengan tabah sehingga berjaya mencapai keputusan yang membanggakan," katanya.

[ Semoga pelajar dari bumi Klate ini insaf nasuha untuk membina imej baru walaupun kesalahan sehingga beliau dipenjarakan bukan atas niat sengaja... mungkin TER sehingga terpalit sama. Cuma bermain difikiran ini, semasa berada dipenjara, siapa guru akademiknya?. Sekiranya pendekatan lebih kepada belajar sendiri, beliau pelajar hebat. Pelajar lain yang berguru bebas pun tak mampu capai?. atau adakah latih tubi merupakan resepi kejayaan akademik beliau?... entah!!! )

Relexon Machinery: KERJA-KERJA PAIP <b>DI</b> FELDA <b>CHIKU</b>, GUA <b>...</b>

Posted: 27 Dec 2011 11:18 PM PST

Kami menyediakan perkhidmatan penyewaan jentera seperti Skylift, Excavator, Backhoe, Lorry Tipper, Welding Generator, Electrofusion Machine, Buttfusion Machine, Mixer dan juga Audio System.

kami juga menjalankan kerja-kerja tanah seperti :

mengambil upah membersih, merata, menggali, menambak, membuat teres dan lain-lain menggunakan excavator.

kerja-kerja jangka masa panjang amat dialu-alukan dan harga boleh dirunding.

ads