Petang Jumaat semalam, 25 April 2014 kami berada di Hospital Kuala Krai yang terletak di atas sebuah bukit dalam bandar Kuala Krai yang mempunyai penduduk multi bangsa. Dari Kota Bharu kami sampai hampir pukul enam petang.
Tujuan kami ialah untuk menziarahi seorang anggota kaluarga yang sakit yang baru beberapa hari diwadkan di hospital itu untuk menerima rawatan lanjut.
Kepada kami sekeluarga, Hospital Keluarga mempunyai nostalgia yang tersendiri yang tidak mungkin dapat kami lupakan sepanjang hayat kami. Antaranya pada bulan Julai 2009 isteri saya, Asiah Yaacob telah dibawa ke wad kecemasan kerana mengalami sesak nafas. Waktu itu sudah pukul enam petang lebih.
Waktu sampai di hospital itu, dia masih kuat, boleh turun dari kereta sendiri, dan berjalan sendiri ke wad kecemasan dan menolak untuk dipimpin. Katanya dia boleh berjalan sendiri.
Dia diarahkan duduk sebuah katil untuk dijalankan pemeriksaan segera oleh kakitangani perubatan. Keputusan pemeriksaan segera itu tidak ada menunjukkan sebarang pengidapan yang serius.
Kemudian dia dipindahkan ke katil lain di mana dia akan ditempatkan di situ buat sementara waktu. Sebelum dipindahkan ke wad untuk menerima rawatan lanjut. Kami mengucap syukur kepada Alllah dan merasa amat lega.
Namun begitu, tidak lama kemudian, Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah menjemput isteri saya ke pangkuan-Nya. Semoga Allah limpahi rahmat ke atasnya.
Tapi cara layanan seorang doktor yang bertugas dan duduk di meja dihadapan wad yang diselangi beberapa buah katil tidak menggembirakan kami.
Sebelum itu saya sering mendengar berbagai-bagai rungutan tentang ketidakselesaan orang ramai terhadap layanan-layanan daripada bahagian kecemasan itu. Tapi sukar kepada kami untuk mempercayainya.
Saya mohon maaf kerana terpakasa menyebut perkara yang telah bertahun-tahun berlaku, semata-mata untuk dijadikan iktibar.
Kerana kelmarin pula ketika kami dalam wad, ada keluarga pesakit merungut tentang rasa tidak selesa hati mereka terhadap layanan yang mereka terima dari wad kecemasan itu. Peristiwa yang sama seperti yang kami alami kira-kira lima tahun dulu juga.
Di samping itu, kelmarin saya lihat bilik wad pun berasak dengan katil-katil yang semuanya dipenuhi dengan pesakit, antaranya ada yang sakit kronis. Ini mungkin berlaku di mana-mana. Pesakit ramai, wad tidak sejajar dengan pesakit. Tambahan pula, waktu itu masa lawatan di mana keadaannya penuh dengan orang ramai yang datang untuk menzirahi keluarga dan sahabat handai mereka yang terlantar menerima rawatan.
Namun begitu, sebagai rakyat Malaysia mereka tetap bersyukur kerana masih ada ruang kepada mereka untuk diwadkan dan menerima rawatan dengan sebaik-baiknya.
Selain itu salah satu problam lagi yang dihadapi oleh para pelawat hospital ialah tempat parkir kereta yang tidak mencukupi. Saya difahamkan perkara ini telah lama menjadi masalah.
Kelmarin ketika sampai, kami terus naik ke atas bukit mencari parkir khas yng disediakan oleh pihak hospital, tapi setelah berputar-putar tidak ada, kami pun terus turun ke bawah untuk mencari parkir MajisDaerah Kuala Krai di pinggir jalan raya. Kalau hari bekerja parkir Majis Daserah ini kena bayar, tapi tak apalah asalkan ada parkir kosong. Setelah menunggu-nunggu, nasib baik ada sebuah kereta meninggalkan parkir, dan dapatlah kami memarkirkan di situ. Alhamdulillah.
Dari tempat parkir di bawah bukit itu, kami berjalan kaki melintas jalan dan mmendaki bukit ke wad. Kalau orang berusia lanjut, atau orang yang tidak begitu sihat, tentu sukaruntuk berjalan kaki, kerana terpaksa mendaki terus menerus hingga ke kaki wad. Di samping itu kalau kebetulan hujan lebat pula menambahkan kerumitan kepada pelawat untuk berjalan kaki menuju ke wad.
Tapi mujurlah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bangunan hospital Kuala Krai ada dua buah. Hospital baru digunakan tempat pemeriksaan pesakit dan menerima rawatan langsung, terletakagak jauh dari hospital lama itu. Sementara hospital lama hanya ditempatkan wad kecemasan dan wad-wad pesakit sahaja.
Kemduian kami tiggalkan Hospital Kuala Krai dengan penuh nostalgia, dan dengan harapan pesakit akan sembuh dan semoga layanan hospital kepada orang ramai bertambah baik dengan memberi perkhdimatan yang terbaik kepada masyarakat.
AYAT AL-QURAN HILANG BEBERAPA MUKA SURAT DI PASIR PUTEH | PASIR PUTEH - Beberapa hari lalu warga sekolah agama Maahad Saniah di sini, gempar dengan cerita ayat al-Quran hilang beberapa muka surat yang disedari pelajar sekolah berkenaan.
Berikutan itu, pihak pengurusan Maahad Saniah meminta pelbagai pihak tidak memperbesarkan cerita mengenainya kerana tidak pasti sama ada ia benar-benar lesap atau kesilapan percetakan.
Pengetuanya, Rusli Ariffin berkata, pihaknya sudah menyimpan satu naskhah al-Quran milik surau sekolah itu dan satu naskhah al-Quran bersaiz kecil milik seorang pelajar tingkatan tiga.
"Saya ada tengok al-Quran tersebut tapi saya tidak pasti dan sukar untuk saya tentukan sama ada ia silap cetak atau memang betul ia hilang," katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan semalam.
Menurutnya, penyebaran mengenai berita kehilangan ayat pada muka surat itu menerusi laman sosial perlu dihentikan kerana kepastian sebenar belum diketahui yang mungkin hanya disebabkan kesilapan teknikal semasa proses percetakan.
Al-Quran milik surau sekolah dikatakan hilang sebanyak lapan muka surat yang mengandungi As Sya'ara dan As Syura yang disedari seorang pelajar.
Kitab suci itu sumbangan orang ramai untuk kegunaan surau yang diletakkan bersama 20 lagi al-Quran cetakan syarikat sama yang menjadi milik surau sekolah berkenaan.
Sementara satu lagi al-Quran bersaiz kecil milik pelajar, Nurulhuda Rozali, 15, disedari hilang 15 muka surat yang mengandungi surah-surah seperti al-Furqan, Nuh, al-Jinn, al-Mursalat, al-Mudatsir, sebahagian surah al-Qiamah, al-Insan, an-Naba', al-Infitar, al-Mutaffifin dan al-Inshiqa'.
Menurut Nurulhuda, al-Quran itu memang selalu dibaca di rumah dan di sekolah tapi sebelum ini dia hanya membaca helaian depan.
"Saya belek ke belakang dan terkejut mendapati muka surat kosong, hanya nama ALLAH yang dicetak warna berbeza yang tidak hilang.
"Saya tidak fikir ia kejadian pelik, saya rasa ia mungkin silap cetak kerana saya tidak pasti sama ada saya pernah membelek helaian tersebut atau tidak sebelum ini walaupun al-Quran itu sudah lama saya simpan,' katanya.
Katanya, al-Quran itu diserahkan kepada guru untuk disimpan selepas menyedari beberapa muka surat hilang cetakannya kelmarin. -SinarHarian
TUMPAT: Sebuah premis yang menjalankan aktiviti hiburan secara haram termasuk menjual minuman keras tanpa lesen di pekan Wakaf Bharu di sini, masih berdegil apabila meneruskan operasinya walaupun telah diserbu beberapa kali oleh pihak berkuasa.
Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, Asisten Supritendan Nik Rosdi Nik Yahya memberitahu, dalam serbuan terbaru kira-kira pukul 12 tengah malam tadi, beberapa peralatan karaoke seperti layar putih, projektor serta mikrofon yang dianggarkan bernilai RM5,000 turut dirampas.
"Pusat karaoke haram yang bersebelahan dengan sebuah hotel bajet itu dipenuhi pelanggan bermula pukul 11 malam. Pemiliknya bukan sahaja menyediakan layar putih dan projektor untuk berkaraoke, malah menjual minuman keras.
"Mereka sudah beberapa kali diserbu dan premis disita namun masih berani menjalankan perniagaan sama," katanya ketika ditemui selepas operasi tersebut, di sini malam tadi.
Ketika serbuan dilakukan, terdapat enam pelanggan terdiri daripada lima wanita warga Thailand dan seorang lelaki tempatan sedang duduk sambil meneguk arak.
Menurut Nik Rosdi, kelima-lima wanita warga Thailand tersebut yang mempunyai pas lawatan sosial sah, mendakwa memasuki Malaysia sekadar untuk berhibur bersama rakan-rakan.
"Kami tidak mengesan aktiviti pelacuran di premis ini, namun maklumat diri kesemua gadis terbabit diambil untuk pemantauan," katanya.
Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 6, Enakmen Hiburan Negeri Kelantan kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen.
Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 6 Mei 2014 | Terbitan 7 Mei 2014
Modenas Jaguh winnn.. Tak pernah lagi dengar jaguh terbakar.. Sebab tak ramai pun orang pakai. So, modenas win dalam belantara tak pernah jalan jauh.. #LOL.. Kebakaran ni berlaku kat dabong di kelantan. Kat kawasan pedalaman di kelantan.. Tempat ni mmg susah tahap cipan nak cari tempat baiki motor. Spare part pun ko kena mintak monyet pergi tolong belikan.. #LOL.. Mengikut penyelia dabong, motor ducati milik orang sweden ni terbakar. Sebab maybe kepanasan..
BACHOK - Sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Perikanan merampas 10 bom ikan dan setengah guni bahan mentah campuran habuk kayu, pasir bersama belerang di Kampung Kuala Sungai Mahligai, Kemubu, Dabong, Kuala Krai pada Selasa (28 Januari) lalu.
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Kelantan, Datuk Mohamed Mat Saman berkata, penemuan itu hasil aduan orang ramai dan rondaan dilakukan untuk mengesan aktiviti haram tersebut pada jam 1 tengah hari Selasa lalu.
Beliau berkata, sebelum ini banyak maklumat diterima daripada orang awam mengenai kegiatan terlarang untuk menangkap ikan bernilai komersial seperti kelah yang mendapat permintaan tinggi.
"Menggunakan peralatan bom ikan dan arus elektrik untuk menangkap ikan adalah salah mengikut Seksyen 26 Akta Perikanan 1985. Sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM500 atau penjara.
"Tetapi ketika rampasan itu dilakukan, tiada tangkapan dibuat. Dipercayai ia dilakukan oleh penduduk setempat yang menunggu air sungai surut sebelum mengebom ikan," katanya kepada media di Kompleks Perikanan Tawang, semalam.
Hadir sama, Ketua Unit Penguatkuasaan Jabatan Perikanan Negeri Kelantan, Shahimi Ali dan Timbalan Pegawai Perikanan Kelantan, Yusoff Zakaria.
Selain bom yang siap dibungkus, pihaknya turut merampas dua generator yang digunakan untuk disambungkan ke bateri kereta sebagai punca arus elektrik.
Beliau berkata, lazimnya aktiviti mengebom ikan dilakukan di lubuk ikan di beberapa lokasi termasuk di Sungai Lebir, Sungai Neggiri sekitar daerah Dabong dan Gua Musang.
Muhamed berkata, pihaknya kerap mendapat aduan orang awam mengenai kes sedemikian dan ini adalah rampasan pertama bom ikan tahun ini.
Difahamkan, harga sekilo ikan kelah boleh mencecah hingga RM200 menyebabkan ia menjadi kegilaan pembuat bom ikan di sungai berarus deras di kawasan hulu Kelantan.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar menjauhi kegiatan tersebut yang bukan sahaja merosakkan ekosistem sungai tetapi juga boleh mengancam keselamatan mereka sendiri.
Modenas Jaguh winnn.. Tak pernah lagi dengar jaguh terbakar.. Sebab tak ramai pun orang pakai. So, modenas win dalam belantara tak pernah jalan jauh.. #LOL.. Kebakaran ni berlaku kat dabong di kelantan. Kat kawasan pedalaman di kelantan.. Tempat ni mmg susah tahap cipan nak cari tempat baiki motor. Spare part pun ko kena mintak monyet pergi tolong belikan.. #LOL.. Mengikut penyelia dabong, motor ducati milik orang sweden ni terbakar. Sebab maybe kepanasan..
Kerajaan Pas Kelantan Sepatutnya Selesai Masalah Tanah Orang Asli – TPM
GUA MUSANG, 27 Okt – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan PAS Kelantan tidak memperjuangkan masyarakat Orang Asli yang menghadapi masalah hak milik serta pencerobohan tanah di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Galas di sini.
Timbalan Perdana Menteri berkata masalah tanah termasuk yang berhubung kait dengan pampasan dan pencerobohan sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan negeri.
"Baik isu pengambilan tanah tidak dibayar pampasan, yang ada hubung kait dengan (projek) Ladang Rakyat (yang dimajukan oleh kerajaan Kelantan), (dan) pencerobohan oleh pihak-pihak pengusaha (kebun) yang semakin berleluasa sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan PAS kerana ia di bawah bidang kuasa mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Mesra Minda Bersama Masyarakat Orang Asli di Pos Brooke dekat sini.
Muhyiddin berkata masalah tanah Orang Asli itu akan menjadi antara tugas utama calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff sekiranya menang pada pilihan raya kecil bagi kerusi Galas pada 4 Nov ini.
"Saya percaya kalau calon BN dipilih menjadi wakil rakyat di sini (Galas) dia akan sampaikan perkara itu (kepada kerajaan negeri)," katanya.
Malah, kata Muhyiddin, pencerobohan tanah berkenaan turut mengakibatkan pencemaran sungai yang bertukar warna menjadi merah sedangkan sungaimerupakan sumber penting bagi kehidupan masyarakat Orang Asli.
"Sepatutnya langkah-langkah menangani masalah pencerobohan (tanah) harus ditangani di peringkat kerajaan negeri, jadi nampaknya perkara ini tidak diberikan perhatian," katanya.
Muhyiddin berkata, kerajaan PAS Kelantan sebaliknya lebih berminat untuk membicarakan isu-isu yang bertujuan mengalih pandangan rakyat daripada membangkitkan perkara yang seharusnya menjadi keutamaan.
Semasa berucap pada majlis sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan pusat memperuntukkan RM10.8 juta bagi kebajikan masyarakat Orang Asli di Gua Musang.
Peruntukan melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) itu termasuk pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) melibatkan kos RM7.2 juta di Galas.
Beliau berkata, sebanyak 250 unit rumah Orang Asli turut dikenal pasti bagi dibaik pulih kerana mengalami masalah seperti kerosakan bumbung dan lantai.
Katanya 30 generator dan 75 unit alat tenaga solar akan dibekalkan di kawasan penempatan Orang Asli selain bantuan 100,000 benih pokok getah untuk meningkatkan pendapatan mereka.
"Ini bukan soal (kempen) pilihan raya, ini tanggungjawab kerajaan (BN) untuk turun dan melihat masalah, kalau rakyat hadapi masalah kita bantu," katanya.
Turut hadir ialah Abdul Aziz, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah serta pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Pos Brooke, Rashid Akoh.
Pada majlis itu Muhyiddin, yang merupakan Menteri Pelajaran, bersetuju secara prinsip untuk membina sebuah sekolah menengah di Pos Brooke bagi kemudahan masyarakat setempat dan sekitarnya.
DUN Galas mempunyai 1,889 pengundi Orang Asli iaitu di Pos Balar, Pos Hendrop, Pos Bihai, Pos Hau dan Pos Brooke.
Gua Musang16-18Zulkaedah = 24-26 Oktober (Ahad- Selasa)
Sebagaimana biasa bila berlaku pilihanraya kecil, khususnya di Semenanjung, maka setiap negeri dikehendaki datang membantu calon Pas (Pakatan) dalam pilihanraya tersebut. Demikianlah dengan pilihanraya Galas, Gua Musang, Kelantan, Selangor menghantar pasukan-pasukan pembantu dengan mengenakan giliran bagi setiap kawasan negeri tersebut. Begitulah Serdang ditentukan tarikh datang berkhidmat di Galas, Kelantan pada 24 – 26 Oktober bersama dengan Sg. Besar, Sepang dan PJS yang Adun Bangi dilantik mengetuai kumpulan ini.
Adun Bangi bersama kumpulannya hadir pada tarikh tersebut. Adun Bangi bertolak pada 24 Oktober (Ahad) melalui Simpang Kulai Perak tengaharinya, melalui Cameron Highland, Tanah Tinggi Lojing ke Gua Musang. Kawasan DUN Galas seluas 987 km. persegi, menyentuh tiga negeri iaitu Perak, Pahang dan Kelantan. DUN Galas (N.45) mengikut pecahan UPU terbahagi kepada Bandar Lama Gua Musang, Lepan Tupai, Kg. Baru, Bandar Baru Gua Musang, Sungai Terah, Kg. Batu Papar, Kg. Pulai, Hau, Bihau, Balar, Belatin, Sungai Ber dan Lojing. Dengan melalui Simpang Kulai, Adun dapat melihat kawasan yang luas ini mulai dari Lojing. Sungguhpun kawasan luas, tetapi pengundi bertabur dan kurang. Jumlah pengundi adalah 11,553 dengan pengundi yang paling ramai ialah di Kampong Bharu, 2,150, dikuti Kampong Batu Papan 1,739, Bandar Lama Gua Musang 1,562 dan Bandar Baru Gua Musang 1.185, manakala UPU yang paling kecil dengan pengundi ialah Belatim 160 orang. Dilihat dari segi kaum Melayu 61.7 (7,126), Cina 20.06 (2,317), Orang Asli 16.35% (1.889), India 1.06%% (185) dan lain-lain 0.23% (27). Pengundi Pos bagi DUN Galas ialah 127 orang.
Pasukan dari Selangor ditugaskan membantu di kawasan Bandar Baru Gua Musang. Pasukan yang diketua Adun Bangi dan yang bersama dengannya mendaftar di Rumah Selangor dan menerima arahan dari situ. Tapi oleh kerana petugas rumah Selangor terlampau ramai, kami menumpang bermalam di Rumah Pemuda Selangor di Taman Damar. Petugas Tetap di Rumah Selangor ialah Cikgu Rahmat dan Haji Kamaruddin. Mereka berdua menyelaraskan kehadiran pasukan-pasukan dari kawasan-kawasan Selangor yang hadir.
Antara tugas-tugas yang kami laksanakan ialah menerima arahan dari keputusan mesyuarat Kawasan Besar yang dihadiri oleh Cikgu Rahmat. Mulai pagi 25 Oktober Adun Bangi mengetuai Pasukan Ziarah lebih ersama 15 orang termasuk muslimat ke kawasan belakang Taman Econ Jaya. Rumah yang diziarah ialah lebih kurang 30 buah rumah. Menyemak daftar pemilih depan Econ Jaya, membantu pasukan yang menyediakan bendera yang tugas ini dilakukan oleh pasukan dari Sepang, mempastikan keselamatan pasukan sama ada masa keluar menziarah dan juga di Rumah Selangor. Menerima taklimat pergerakan pasukan pada hari penamaan calon.
Hari penamaan calon adalah hari puncak bagi tugas Adun sebagai ketua memastikan pasukan yang terdiri dari Serdang, Sungai Besar dan Sepang sama-sama hadir. Pasukan dari PJS menurut Haji Kamaruddin tidak ada yang datang mendaftar di Rumah Selangor. Kami keluar dari rumah penginapan Hari Penamaan Calon pagi-pagi hari jam 7.00.Warung tempat minum pagi yang kami singgah sesak dengan mereka yang sama datang untuk minum pagi. Dari Taman Damar kami bertolak ke Masjid Tengku Faris Putera. Di sini menemui ramai pemimpin termasuk Y.B Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Y.B. Husam Musa, Y.B. Mahfuz Omar, Y.B. Salahuddin, Ustaz Nasruddin Tantawi, Y.B. Azmin, YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim dan ramai lagi.Semasa sembahyang hajat beramai-ramai Adun Bangi di saf hadapan berselang makmum dengan Y.B. Dato` Seri Haji Abdul Hadi Awang Presiden Pas. Sembahyang Hajat diimami oleh YAB Tuan Guru Dato` Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan.
Selepas Sembahyang Hajat perarakan ke penamaan calon bermula, iaitu dari Masjid Tengku Faris ke Pejabat Daerah Gua Musang yang agak jauh perjalanannya. Penyokong-penyokong dari Pas mendominasi dari segi jumlah dan sokongan. Mereka datang dari berbagai-bagai negeri memenuhi ruang di sini. Hari penamaan calon ini juga memberi peluang peniaga-peniaga, bukan saja tempatan, tetapi dari luar Kelantan membuka perniagaan mereka yang antara mereka berniaga pakaian, makanan, ubatan, wangian dan berbagai-bagai barangan. Perhimpunan boleh disifatkan sebagai aman. Penyokong-penyokong dari kedua belah pihak Pas (Pakatan) dan Umno (BN) menunggu pengumuman penerimaan calon mereka yang diisytiharkan pada tengaharinya bahawa calon:
PASDr. Zulkefli Mohamed (44)
UMNOAbdul AzizYusoff(49)
Kami bertolak pulang melalui Raub selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Pas Selangor dan menyerahkan tugas.
PETALING JAYA – Perubahan landskap politik di Sarawak yang bakal berlaku dalam tempoh terdekat berkemungkinan menyaksikan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan serentak pada Mac depan.
Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingan yang bakal berlaku selepas penyandangnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan perletakan jawatan perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan.
Ketua Menteri Sarawak itu dijadual membuat pengumuman penting itu pada Isnin.
Suruhanyajaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 23 Mac depan sebagai hari pembuangan undi bagi PRK DUN Kajang manakala proses penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac.
Ini bermakna SPR mempunyai tempoh selama sebulan untuk membuat pesediaan bagi PRK DUN Kajang.
Justeru jika Abdul Taib mengisytiharkan untuk mengosongkan kerusi DUN Balingan yang disandangnya sejak 2001 hari ini (Isnin), SPR mempunyai masa yang cukup untuk mengadakan persediaan bagi melaksanakan kedua-dua PRK itu serentak.
Berdasarkan undang-undang tubuh negeri Sarawak, sebarang kekosongan kerusi DUN sebelum 20 Jun tahun ini perlu diisi menerusi PRK.
Untuk rekod SPR sebelum ini pernah mengadakan beberapa PRK serentak pada penggal Parlimen ke-12 iaitu PRK Parlimen Bukit Gantang (Perak), DUN Bukit Selambau (Kedah) dan DUN Batang Ai (Sarawak) pada 7 April 2009.
Pada 4 Novemver 2010 turut menyaksikan dua PRK diadakan secara bersama iaitu di DUN Galas (Kelantan) dan Parlimen Batu Sapi di Sabah.
Selain itu satu lagi PRK serentak berlaku pada 6 Mac 2011 membabitkan DUN Merlimau di Melaka dan DUN Kerdau di Pahang. – Mstar.com.my
PETALING JAYA - Perubahan landskap politik di Sarawak yang bakal berlaku dalam tempoh terdekat berkemungkinan menyaksikan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan serentak pada Mac depan.
Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingan yang bakal berlaku selepas penyandangnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan perletakan jawatan perlu diisi dalam tempoh...
PETALING JAYA - Perubahan landskap politik di Sarawak yang bakal berlaku dalam tempoh terdekat berkemungkinan menyaksikan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan serentak pada Mac depan.
Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingan yang bakal berlaku selepas penyandangnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan perletakan jawatan perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan.
Ketua Menteri Sarawak itu dijadual membuat pengumuman penting itu pada Isnin.
Suruhanyajaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 23 Mac depan sebagai hari pembuangan undi bagi PRK DUN Kajang manakala proses penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac.
Ini bermakna SPR mempunyai tempoh selama sebulan untuk membuat pesediaan bagi PRK DUN Kajang.
<strong>Justeru jika Abdul Taib mengisytiharkan untuk mengosongkan kerusi DUN Balingan yang disandangnya sejak 2001 hari ini (Isnin), SPR mempunyai masa yang cukup untuk mengadakan persediaan bagi melaksanakan kedua-dua PRK itu serentak.</strong>
Berdasarkan undang-undang tubuh negeri Sarawak, sebarang kekosongan kerusi DUN sebelum 20 Jun tahun ini perlu diisi menerusi PRK.
Untuk rekod SPR sebelum ini pernah mengadakan beberapa PRK serentak pada penggal Parlimen ke-12 iaitu PRK Parlimen Bukit Gantang (Perak), DUN Bukit Selambau (Kedah) dan DUN Batang Ai (Sarawak) pada 7 April 2009.
Pada 4 Novemver 2010 turut menyaksikan dua PRK diadakan secara bersama iaitu di DUN Galas (Kelantan) dan Parlimen Batu Sapi di Sabah.
Selain itu satu lagi PRK serentak berlaku pada 6 Mac 2011 membabitkan DUN Merlimau di Melaka dan DUN Kerdau di Pahang. - Mstar.com.my
Lebih tiga tahun lalu yakni pada 14 Julai 2009 seluruh negara tertumpu pada satu pertarungan sengit membabitkan pertembungan satu lawan satu diantara BN dan PAS dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manek Urai, Kuala Krai Kelantan.
Persaingan sengit yang berpusat di Selatan Kelantan itu walaupun berpihak kepada PAS namun kemenangan yang diperolehinya terlampau tipis hanya dengan kelebihan 65 undi sahaja berbanding 1,352 undi majoriti yang PAS perolehi pada PRU 12 2008.
Bermula dari situ gema kebangkitan Gelombang Merah semakin dirasai sementara di masa yang sama riak resah kerisauan semakin mencengkam kepimpinan PAS di Kelantan.
Kira-kira empat bulan kemudiannya atau lebih tepat lagi pada 4 November 2009, sekali lagi Selatan Kelantan menjadi pentas tumpuan ramai apabila berlaku pertembungan kali kedua membabitkan BN dan PAS, kali ini berlangsung di DUN Galas, Gua Musang.
Kebetulannya baik di PRK Manek Urai mahupun Galas yang lokasinya terletak di Selatan Kelantan ini, kedua-duanya menyaksikan undi sokongan untuk PAS semakin merosot sekalipun jentera pilihanrayanya didokong kuat oleh jentera PR dari PKR dan DAP.
Manakala di pihak BN pula jelas menunjukkan peningkatan undi sokongan yang amat ketara berikutan kembalinya sebahagian penyokong UMNO yang sebelumnya berpaling tadah pada PRU 2008 disamping meningkatnya kesedaran rakyat terhadap kelemahan urus tadbir Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.
Satu perkara yang agak menarik, kejatuhan PAS di Kelantan pada akhir dekad 70-an dulu juga bermula dari Selatan Kelantan berikutan kebangkitan rakyat negeri ini membantah pelbagai penyelewengan konsesi kayu balak yang telah dilakukan oleh pemimpin PAS dan kroni mereka.
Antaranya termasuklah melibatkan tanah seluas 350,000 ekar tanah di yang digadaikan kepada syarikat Timber & Mine dari Singapura untuk tujuan pembalakan.
Jika dilihat pada senario di atas, kelihatan coraknya hampir sama. Tidak mustahil kejatuhan PAS di Kelantan akan bermula dari Selatan dengan mengambil semangat kebangkitan rakyat sebagaimana diterjemahkan dalam PRK Manek Urai dan Galas.
Sementelah lagi, sebahagian besar rakyat Kelantan semakin sedar kewujudan utama Ladang Rakyat di Gua Musang dan Kuala Krai yang membabitkan keluasan tanah lebih 80,000 ekar sebenarnya berkait rapat dengan konsesi pembalakan yang hanya menguntungkan syarikat Cina DAP dan Cina Singapura yang mempunya hubungan rapat dengan kepimpinan PAS Kelantan.
Sementara itu, dalam konteks politik nasional pula, tika ini PR kelihatan begitu memfokuskan tumpuan mereka ke arah selatan tanahair yakni Johor dengan andaian mereka berpeluang memperalatkan masyarakat Cina untuk menyokong PR dalam PRU 13.
Namun melihatkan kesepaduan sokongan yang diterjemahkan oleh rakyat Johor semasa PRK DUN Tenang di mana menyaksikan undi sokongan untuk BN dari majoriti orang Melayu Islam, Cina dan India semakin meningkat naik, jelas sekali PR bakal menghadapi kesukaran untuk mengekalkan 7 kerusi yang mereka miliki apatah lagi menawan kerusi lain.
Di antara Kelantan dan Johor pula, kedua-dua negeri ini menampilkan satu percanggahan pendirian PR yang ketara di mana, mereka sepakat menyokong pembinaan kilang Petrokimia yang disarankan dibina di Bachok Kelantan, sedangkan di Johor pula pakatan pembangkang begitu lantang menentang pembinaan kilang Petrokimia di Pengerang atas nama penjagaan alam sekitar dan tanah rakyat
Kontradiks sebegini menampakkan agenda perjuangan PR lebih banyak menambah keraguan besar dalam fikiran rakyat apatah apabila ia dilakukan oleh kepimpinan PR dan NGO proksinya hasil dari pembiayaan dan hasutan kiasu Singapura.
Johor adalah nadi kekuatan UMNO dan jantung hati BN malah budaya rakyatnya agak berbeza walau berlainan agama dan bangsa, lagi kuat ia diasak lagi rapat kesepaduan rakyat menentang anasir adu domba pembangkang, sebagaimana dibuktikan melalui PRK DUN Tenang.
Baik senario Selatan Kelantan mahupun Selatan tanahair yang membabitkan negeri Johor, kedua-duanya juga berkongsi satu rumusan, kejatuhan PAS di Kelantan dan kemusnahan PR pada PRU 13 tidak syak lagi akan bermula dari Selatan. - Beruang Biru
Disebabkan pergantungan punca pendapatan kepada ladang getah yang mereka teroka tetapi belum lagi diberi geran hakmilik, penduduk Cina Kampong Pulai Gua Musang terpaksa memberi undi kepada PAS.
Kg Pulai ini dikatakan telah diteroka orang-orang Cina suku kaum Hakka. Mereka datang untuk melombong emas di kawasan kampung tersebut.
Semasa zaman penjajahan Jepun, kawasan merupakan kubu penting pergerakan komunis. Kedudukannya yang terpencil dan dikelilingi hutan dengan penduduk Cina yang ramai menjadikan ia kawasan penting bagi komunis menggerakkan kegiatan dan mengembangkan pengaruh mereka.
Kemiskinan yang membuat sebahagian penduduk kampong termakan dakyah komunis semasa itu. Penduduk Cina Kg Pulai bukan peniaga besar atau taukeh-taukeh kaya tetapi kebanyakkan adalah penoreh getah.
Mereka menoreh di atas tanah yang diteroka tetapi belum mendapat geran hakmilik. Bergantung kepada sumber kewangan dan keupayaan masing-masing, kebun yang diusahakan seluas dalam 1 – 6 ekar setiap orang.
Ada seramai 54 orang penduduk kaum Cina Kg. Pulai yang telah lama diberi hak milik tanah keatas tapak rumah dan ladang getah yang telah mereka usahakan.
Sejak 2004, sebanyak 30 pemohonan telah berjaya memperoleh geran hak milik tanah berstatus pajakan selama 30 tahun. Kadar bayaran adalah murah sebanyak RM2,800 setiap lot sebesar 6 ekar. Harga semurah ini yang merupakan tarikkan untuk kekal duduk di Gua Musang.
Selama ini penduduk kaum Cina Kg. Pulai mengambil pendekatan 'usaha dulu baru bayar.' Mereka meneroka secara haram tanpa membayar premium kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang. Bayaran dibuat apabila permohonan diluluskan.
TANAMAN GETAH YANG TELAH PUN DITUAI HASIL DI KG. PULAI
Selagi permohonan tidak diluluskan, kehidupan mereka tidak stabil dan terjamin. Bila-bila masa, tanah yang mereka bergantung hidup boleh terlepas dari tangan mereka.
Ada lebih kurang 60 orang penduduk yang menunggu kelulusan pemilikan tanah. Kebanyakan mereka merupakan generasi kedua yang memohon penambahan tanah.
KAWASAN PENANAMAN GETAH YANG BARU
DIUSAHAKAN OLEH PENDUDUK KG. PULAI
Dikatakan sejak pertengahan 2009, semua permohonan tanah telah dibekukan sementara. Ini yang menimbulkan kerunsingan dikalangan pengusaha tanah tersebut.
Kaum Cina di Kg. Pulai tidak condong kepada mana-mana parti politik. Mereka sedar kawasan Gua Musang adalah kawasan Melayu dan kaum Cina tidak akan berupaya menjadi wakil rakyat sini. Mereka tidak memperolehi apa-apa keuntungan untuk menyokong mana-mana parti.
Apa yang penting kehidupan seharian mereka berjalan seperti biasa dan tidak diganggu. Mereka hanya mahu hidup aman dan sejahtera untuk menghidupkan keluarga.
Pembekuan pengeluaran geran halmilik tahun 2009 mewujudkan perasaan bimbang dikalangan mereka. Mereka takut PAS akan ambil balik tanah mereka. Dengan BN tidak dilihat akan ambilalih kerajaan negeri, mereka terpaksa memberi sokongan undi kepada PAS supaya tanah mereka tidak diambil.
Dakyah perang psikologi PAS menggambarkan seolah-olah sekiranya parti BN memerintah, tanah yang diusahakan mereka akan diambil oleh kerajaan BN untuk membangunkan kawasan tersebut. Ini boleh menyebabkan mereka kehilangan ladang getah dan kehilangan punca pendapatan.
PAS turut menabur janji mereka tidak akan mengganggu kawasan penempatan/ladang mereka. Sekiranya ianya berlaku, pihak PAS berjanji akan menggantikan dengan kawasan lain yang mempunyai luas yang sama.
Sudah 10 tahun PAS berjanji akan beri hak milik, sedarkah mereka PAS hanya pandai menabur janji tetapi tidak dikotakan? Ada yang sedar tetapi keadaan hidup menyebabkan mereka terpaksa telan walaupun pahit realitinya.
'); var s = document.createElement('script'); s.type = 'text/javascript'; s.src = 'http://scripts.chitika.net/getads.js'; try { document.getElementsByTagName('head')[0].appendChild(s); } catch(e) { document.write(s.outerHTML); } }());
');
var s = document.createElement('script');
s.type = 'text/javascript';
s.src = '//cdn.chitika.net/getads.js';
try { document.getElementsByTagName('head')[0].appendChild(s); } catch(e) { document.write(s.outerHTML); }
}());
Tarikh Tutup : 15 Januari 2014 - Jawatan Kosong Majlis Daerah Dabong Januari 2014 Terkini
');
var s = document.createElement('script');
s.type = 'text/javascript';
s.src = '//cdn.chitika.net/getads.js';
try { document.getElementsByTagName('head')[0].appendChild(s); } catch(e) { document.write(s.outerHTML); }
}());
Dabong adalah pekan kecil yang terletak di Gua Musang, Kelantan. 155 km dari ibu negeri, Kota Bharu. Terletak berdekatan adalah Kemubu, Kuala Geris, Bukit Abu dan Kampung Durian Badak. Kawasan ini dikelilingi oleh bukit-bukau pada keempat-empat sisi, menjadikan ia berkesan lembah. Di barat daya, anda akan mendapati Gunung Setong (1422m). Sungai Galas berjalan melalui Dabong. Dari sini, anda boleh mencapai Gua Musang, Poring dan Cameron Highland, tetapi jalan yang agak sempit dan berbahaya. Dabong dikenali oleh pelawat sebagai pintu masuk ke kawasan panas eko-pelancongan di Kelantan.