Khamis, 28 Jun 2012

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


SABAR desak daratkan minyak <b>di Bachok</b> | GegarKelantan.net

Posted: 24 May 2012 05:28 PM PDT

Oleh Hasnan Yahya

PengerusiSolidariti Anak Bachok Tuntut Royalti - Ahmad Marzuk Shaary

BACHOK, 25.Mei – Pelbagai desakan rakyat negeri ini terhadap isu Royalti Petroleum terus dijalankan namun ia bagaikan mencurah air di daun keladi di pihak kerajaan pusat.

Kini bukan sahaja hak royalty yang patut dimiliki rakyat Kelantan, malah dalam soal pendaratan minyak juga dianak tirikan sedangkan Bachok merupakan satu jajahan yang amat sesuai untuk dilaksanakan pendaratan minyak bukannya di Kemaman, Terengganu.

Menurut Pengerusi Solidariti Anak Bachok Tuntut Royalti dan Pendaratan Minyak ( SABAR ) Ahmad Marzuk Shaary, pendaratan wajar dilaksanakan di Bachok kerana ia lebih dekat jika dibandingkan dengan Kertih.

"Dalam Pembukaan Sidang Dun Dewan Penggal kelima Kelantan baru-baru ni pun Tuanku Al-Sultan telah bertitah agar gas asli yang terdapat di Telaga Bumi Selatan dan Telaga Surya Selatan(Blok PM301) Malay Basin agar dapat didaratkan di Kelantan"ujar beliau.

Di sidang Dun tersebut juga Tuanku Sultan Muhammad ke V telah bertitah gas asli tersebut dapat didaratkan di Kelantan kerana telah disediakan zon industri petroleum seluas 4000 ekar sejak tahun 1990-an lagi.

"Sekiranya ada pihak tertentu yang menghalang langkah pendaratan ini bermakna mereka telah menderhakai titah tuanku sendiri dan ini amat dikesali"katanya lagi.

Ahmad Marzuk juga berkata amat tidak wajar langkah mendaratkan gas tersebut di Kerteh kerana kos yang amat tinggi mencecah RM 15 billion bagi sepanjang 200 KM sedangkan kalau di Bachok hanyalah 150KM sahaja dari ketiga-tiga telaga minyak tersebut.

Bagi pihak SABAR, banyak peluang ekonomi dapat diwujudkan di kawasan jajahan Bachok termasuk perhotelan, pelancongan, struktur prasarana dan sebagainya sekiranya pendaratan gas asli dapat dilaksanakan tersebut.

Sehubungan itu sebagai langkah sokongan yang berterusan kepada Tuntutan Royalti oleh rakyat Kelantan, pihak SABAR akan meneruskan desakan ini semoga beroleh kejayaan.

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


SAINS: Mesyuarat Memperkasakan Tingkatan Enam - Program <b>...</b>

Posted: 27 Jun 2012 01:27 AM PDT

Semalam mulai jam 9.00 pagi berlangsung di PKG Labok, Machang satu mesyuarat bersama dengan Guru Mata Pelajaran bagi Pengajin Am STPM untuk tahun 2012. Meyuarat membincangkan strategi bersama antara SPA JPN-PPD berbantukan cadangan pihak guru berkenaan untuk meningkatkan prestasi PA dalam STPM 2012 nanti. Sebagaimana sedia maklum bahawa PA adalah penentu ukuran kejayaan calon dalam STPM.

Disamping itu juga kata sepakat telah diambil untuk mengubal bahan bantu guru pelajar meliputi semua mata pelajaran yang ditawarkan bagi persediaan Peperiksaan Percubaan STPM yang akan diadakan pada awal September nanti. Bahan yang disediakan adalah berdasarkan format MPM dengan keakuran kepada JPU/JSU yang terkandung  dalam analisis item.

Semoga ikhtiar ini diredhai ALLAH SWT dengan menempah kejayaaan sebagaimana yang didamkan.

Terima kasih, En. Che Nasir (Pegawai Meja STPM Negeri), semua Penyelaras STPM Daerah dan guru PA yang hadir menjayakan mesyuarat tersebut.

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Munna Punya: Aiskrim Baba <b>Di Rantau Panjang</b>

Posted: 27 Jun 2012 08:36 PM PDT

Hujung minggu yang lalu munna sekeluarga balik ke Kelantan. Kebetulan Mek en. abang nak balik ke sana jadi kitaorang hantarkan sambil jalan-jalan kesana. 
Kalau balik ke Kelantan wajib ke Rantau Panjang cari barang-barang sikit di sana. Kali ini munna rembat periuk kukus size 44cm dan toto je. 
Satu lagi yang wajib dibeli di sana ialah aikrim baba ni... memang tercari-cari aiskrim ni kalau ke sana. 
Kakak Meya sedang menikmati aiskrim baba ...pilihan dia dalam aiskrim tu cuma pulut dan jagung je.

Pilihan mana yang berkenan dan nak tambah apa pun tapi harga tetap sama RM2 untuk secawan tu.

Pilihan munna ... semuanya munna isi kat dalam tu dan dgn extra kacang... memang sedap!!

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


MASJID AS-SALAM BUKIT SENTOSA: TOKOH DRS ABDUL GHANI <b>...</b>

Posted: 27 Jun 2012 07:54 PM PDT

Drs. Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris, Tokoh dan Penulis Buku Hadith di Malaysia Seorang tokoh yang sederhana hidupnya dan amat meminati bidang ilmu hadith dan sanggup berbakti demi penyebaran hadith Baginda s.a.w. hingga ke akhir hayatnya. Drs. Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris dilahirkan pada 30 Januari 1933 di Kampung Gaal, Pasir Puteh, Kelantan. Pendidikan Setelah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gaal, Pasir Puteh seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya. Beliau kemudiannya telah melanjutkan pengajian agama pondok Wakaf Bunut, Pasir Puteh Kelantan. Manakala di peringkat sekolah menengah pula beliau telah melanjutkan pelajaran di Kota Bharu di Jami' Merbau al-Ismaili dari tahun 1949 hingga tahun 1945. Semasa di Jamie' Merbau al-Ismaili beliau merupakan salah seorang murid yang pintar dengan mendapat Syahadah Ibtida'iyyah (Mumtaz) dengan pencapaian keseluruhan sebanyak 81.2.18. Setelah menamatkan pengajian peringkat Thanawi di Jami' Merbau, beliau telah menyambung pengajian di peringkat Ijazah Perguruan Tinggi Agama Islam Negeri (P.T.A.I.N) Jogjakarta, Indonesia pada tahun 1955 dengan mengikuti kursus pra perguruan selama 2 tahun hingga 1957. Setelah itu beliau menyambung pengajian lagi di Fakulti Syariah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) al-Jami'ah al-Islamiyah, Jogjakarta Indonesia pada tahun 1957. Semasa di IAIN itu, beliau telah mengikuti kursus Quda' selama beberapa tahun. Akhirnya beliau berjaya meraih gelar Sarjana Agama dari Fakulti Syariah setelah tamat pengajian. Semasa menuntut di IAIN, minat beliau dalam bidang ilmu hadith mula membara apabila beliau amat terpengaruh dengan guru-gurunya seperti Prof Dr. T.M. Hasbi as-Siddiqi yang juga banyak memberi sumbangandalam bidang penulisan buku-buku hadith. Selain dari Prof Dr. T.M. Hasbi as-Siddiqi beliau juga banyak berguru dengan tokoh-tokoh besar seperti Prof Dr Hamka, Profesor Qahar Muzakkir, Prof Mokhtar Ali, Dan Pro Dr Abmad Shalabi dari Mesir Keperibadian Beliau merupakan seorang bapa yang penyayang terhadap anak-anak dan keluarga. Seorang kenalan rapat beliau, En. Nik Mohd Yusoff menyatakan, "Drs. Abdul Ghani Azmi adalah seorang yang tekun dan tetap pendirian dalam sesuatu perkara yang dilakukannya." Malah beliau amat komited dengan tugas dan minat yang mendalam terhadap ilmu hadith sehinggakan beliauakan memperuntukan masa pada setiap hari untuk menulis khususnya dalam bidang hadith. Tidak Fanatik Mazhab Drs Abdul Ghani sempat mempertahankan tesisnya yang bertajuk "Masalah Pidana Mati Kerana Riddah Dalam Hukum Islam" pada 20 September 1963 di hadapan suatu kumpulan yang terdiri dari tiga orang pemeriksa iaitu Prof T.M. Hasbi as-Siddiqi, A. Hanafi (M.A.) dan Wasith Aulawiy (M.A.), tepat pada saat beliau dan rakan-rakanya dipanggil pulang justeru konfrantasi yang tengah mengamuk. Selepas merangkul gelar 'Drs.' Abdul Ghani dikenal sebagai seorang anak muda yang tidak fanatic mazhab. Sangat jelas betapa semasa di Indonesia beliau telah terpengaruh banyak oleh guru-gurunya, di samping terbawa-bawa arus pemikiran pemurnian Islam gaya Muhammadiyah yang pada waktu itu sangat dominan di Jogjakarta. Ketegasannya Terhadap Hadith-Hadith Dhaif dan Maudhu' Ciri menarik daripada personaliti beliau ialah ketegasannya atau katakanlah keterbukaannya dalam menentang amalan-amalan khurafat dan bid'ah dalam masyarakat umat Islam. Beliau pernah menyatakan kekesalannya tentang banyaknya penggunaan hadith-hadith dhaif dan malahan maudhu' dalam kehidupan keagamaan umat Islam, yang akibatnya tidak lain ialah: berlakunya penyimpangan amalan dari ajaran atau sunnah Rasulullah saw. "Saya sangat menyayangkan apabila institusi agama yang sepatutnya berperanan meluruskan amalan umat, tiba-tiba menjadi penyebar hadith dhaif atau maudhu' pula." Kata-kata yang pernah diluahkannya. Menurut beliau, hadis-hadis seperti ini banyak ditemui dalam khutbah-khutbah Jumaat dan khutbah nikah terbitan Majlis-Majlis Agama Islam negeri. Seperti inilah biasanya nada ucapan beliau dan di atas keyakinannya yang seperti ini, selepas bersara, beliau berusaha mengumpul, mengkaji dan menyemak hadith-hadith yang kemudiannya diterbitkan dalm bentuk buku dan sesetengahnya menjadi siri rencana bersambung dalam majalahPengasuh. Beliau berpendapat bahawa memang terdapat banyak amalan dan kepercayaan bi'dah dan khurafat dalam masyarakat umat Islam di Malaysia hari ini. Sebahagiannya tidak lain, menurutnya, adalah kerana meluasnya penggunaan 'hadith-hadith' yang sebenarnya bukan hadith. Malangnya, kata beliau, "Hampir tidak pernah ada usaha lagi membanteras keadaan seperti ini oleh institusi-institusi yang berkaitan atau individi-individu berwewenang." Masih menurut beliau lagi ialah: Turut berperanan dalam penyebaran ini ialah pengajian kitab-kitab jawi yang banyak mengandungi hadith-hadith yang dipertikaikan kesahihannyaa. Juga pengajian kitab-kitab klasik, termasuk tafsir yang memuat unsur-unsur dongeng dan Israiliyyat. "Sayangnya, kitab-kitab inilah yang banyak dipelajari dan dibaca di masjid-masjid dan madrasah-madrasah," katanya. Memberi Tumpuan Pada Menulis Selepas bersara dari menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Kota Bharu dan Ketua ABIM Negeri Kelantan pada Disember 1988, beliau mengunci diri di rumah, memberi perhatian sepenuhnya kepada bidang yang menjadi minatnya selama ini iaitu menulis, tetapi tidak sempat dilaksanakan kerana sibuk dengan tugas jawatan. "Inilah masanya beliau tidak diganggu," kata isterinya. Difahamkan, pada waktu ini, beliau bekerja sepanjang hari di kamarnya, berhabis masa dengan membaca, menulis, menyalin, menyemak dan menterjemah. Selama tempoh ini dia tidak kemana-mana, tidak ada kegiatan kemasyarakat, tidak ada seminar, tidak ada politik dan tidak ada segala-galanya. "Beliah hanya keluar rumah sekali-sekala, itu pun lebih banyak atas urusan keluarga," cerita isterinya. Menurut isterinya lagi, masa kerja beliau cukup padat, iaitu mulai jam 7.30 pagi hingga 12.00 malam. Tidak ada masa rehat, kecuali untuk makan, mandi dan solat. Jadual ini berlangsung tetap untuk selama lima tahun pertama, ertinya sehingga 1993. Mulai 1994 jadual ini berkurang sedikit, tetapi tetap tidak ada hari yang sunyi dari bunyi ketikan mesin taip di rumahnya (beliau masih menggunakan cara lama dalam menulis). "Malah, sehinnga pada waktu beliau ditimpa sakit pada 1996 pun, beliau masih lagi aktif menulis dan menyemak pruf untuk buku-bukunya," lanjut isterinya. Karya-karyanya Drs Abdul Ghani telah menghasilkan sejumlah lebih 20 buah tajuk buku, antaranya 13 judul yang telah terbit (tidak termasuk siri tulisan dalam Pengasuh yang terbit hamper setiap keluaran). Buku-buku yang telah terbit antaranya ialah: 1. Himpunan Hadith-Hadith Sahih (3 Jilid) 2. Himpunan Hadith Maudhu' dan Yang Sangat Dhaif (Jilid 1) 3. Amalan Bi'dah Bulan Muharam, Rejan, Sya'ban dan Ramadhan (al-Hidayah Publishing) 4. Panduan Solat Sunat Rasulullah s.a.w.(Darul Numan) 5. Persoalan Aqidah Islam (terjemahan daripada risalah Syeikh Abdul Aziz Baz) 6. Kewajipan Wanita Islam (Pustaka Aman Press) 7. Kedudukan al-Sunnah Dalam Syariat Islam (terbit sendiri) 8. Dan lain-lain. Manakala buku-buku yang belum terbit (sesetengahnya dalam pruf akhir): 1. Asas Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadith 2. Kutukan dari Langit dan Bumi 3. Himpunan Hadith-Hadith Dhaif (Jilid 1, 2) 4. Solat-Solat Sunat yang bukan Berasal dari Sunnah 5. Dan lain-lain Pulang Ke Rahmatullah Setelah mengalami dan menderita sakit barah selama hampir 2 tahun, akhirnya pada hari Sabtu, 4 April 1998 jam 7.30 pagi, beliau menghembuskan nafas yang terakhir di sisi keluarga di rumahnya berhampiran Masjid Telipot, Kota Bharu, Kelantan. Ramai keluarga dan sahabat kenalan mengiringi jenazah beliau ke tempat peristirehatannya yang terakhir. Beliau meninggalkan seorang balu, Hajah Rashidah binti Haji Wan Ismail, bekas sisiwi Univerisiti Muhammadiyah, Surakarta pada tahun 1961 dan lapan orang anak (empat lelaki dan empat perempuan). Harapan beliau dalam usahanya untuk mempertahankan kesucian agama Islam melalui pemutihan hadith-hadith Baginda s.a.w. amatlah terpuji dan perlu dilangsungkan. Ternyata usaha murni beliau telah diteruskan oleh anak perempuan beliau Cik Ismah yang kini giat menyempurnakan kajian dan penulisan buku yang pernah diusahakan oleh Drs Abdul Ghani Azmi. Walaupun terdapat beberapa pandangan yang berbeza antara beliau dengan beberapa orang tokoh penulis Pengasuh dalam menentukan hadith-hadith yang diklasifikasikan sebagai daif namun apa yang boleh diambil pengajaran ialah semangat dan gaya penulisannya yang dapat diterima oleh pembacaPengasuh. Beliau amat mengharapkan agar dengan terbitnya buku "Himpunan Hadith Da'if Dan Maudu'", "Himpunan Hadith-Hadith Sahih" sebanyak 3 jilid dan banyak lagi dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam dan membantu mereka dalam menjaga kesucian agama. Disusun oleh: Muhammad Abdulloh Suradi, 11 Jun 2011. Rujukan: 1. Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (Jilid 2) diselenggara oleh Ismail Che Daud 2. Kertas Kerja Drs. Abdul Ghani Azmi bin Idris: Tinjauan Terhadap Sumbangan dan Penulisan Beliau dalam Majalah Pengasuh Mengenai Ilmu Hadith oleh Ahmad Faisal bin Abdul Hamid

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


THE FLYING KICK: NASIB MALANG GADIS 15 TAHUN: CULIK <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 26 Jun 2012 02:53 AM PDT


IPOH: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mengalami pengalaman menakutkan apabila diculik di Jeli, Kelantan dan kemudian dibawa ke Grik, Perak, lalu diperkosa.

Mangsa kemudian dibawa ke Thailand untuk dinikahkan secara paksa oleh perogol terbabit tetapi 36 jam kemudian, gadis berkenaan ditinggalkan di tepi jalan di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 8 malam Khamis lalu, pelajar tingkatan tiga itu sedang membantu ibu saudaranya berniaga di kedai makan di Sungai Mekong, Jeli, Kelantan, apabila seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba muncul dan menarik remaja itu ke dalam Proton Wira.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azizul, 43, berkata mangsa dibawa ke Jeli oleh ibu saudaranya yang datang ke rumah keluarganya di Grik. (

SUMBER)

"Saya difahamkan anak saya dibawa ke Kampung Belum Baru, Grik dan dirogol dalam kereta oleh lelaki berusia 30-an itu," katanya sedih ketika ditemui di sini, semalam.

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


putra merdeka: Lebih 40000 Rakyat Sambut PM <b>Di Gua Musang</b> <b>...</b>

Posted: 03 May 2012 08:11 PM PDT

Kehadiran Perdana Menteri di Gua Musang dalam program Komuniti Rakyat 1Malaysia pagi ini disambut meriah oleh rakyat di sekitar hulu Kelantan itu. 
Terdahulu Kuli dalam ucapannya mengharapkan ribuan rakyat yang hadir membuktikan sokongan sebenar rakyat Kelantan kepada UMNO dan BN. Kuli juga meminta PM membina highway dari Gua Musang ke Kota Bharu kerana kesesakan yang teruk sehingga 8 jam setiap kali musim perayaan berlangsung.

PM dalam ucapan perasmiannya sebentar tadi mengatakan bahawa beliau merasakan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan pagi ini merupakan gambaran jelas bahawa rakyat mahukan perubahan pentadbiran Kerajaan di negeri tersebut.
PM memuji kehadiran ribuan rakyat yang berhimpun di Gua Musang ini kerana boleh berhimpun secara aman! bukan seperti setengah pihak yang menganjurkan perhimpunan haram dengan membuat rusuhan dan mahu menggulingkan kerajaan! puak bersih lebih teruk dari beruk di hutan Gua Musang!
PM kata bersedia untuk menimbang permohonan membina highway di Gua Musang, malah keperluan air bersih dan banyak lagi pembangunan akan dapat dilaksanakan jika UMNO/BN berjaya menjadi pilihan majoriti rakyat Kelantan dalam pilihanraya akan datang.
Gua Musang dan Jeli mestilah menajdi contoh dan merupakan asas dalam usaha menawan kembali negeri Kelantan! Sokongan hadirin dalam ucapan PM menggambarkan semangat yang tinggi dikalangan rakyat yang mahukan perubahan!
'Kita tak pernah kacau PAS selama 22 tahun memerintah Kelantan...kita tak perlu berdemo ke Pejabat Menteri Besar walaupun kita mampu buat! kita tak mahu menang pilihanraya kerana menipu! kita mahu menang secara adil' - PM

Lebih 100 rumah, kedai akan dibina <b>di Gua Musang</b> | :: cina islam <b>...</b>

Posted: 07 Jun 2012 05:11 PM PDT

KOTA BHARU: Bandar Gua Musang bakal berubah wajah apabila beberapa buah projek yang membabitkan pembangunan bercampur bakal dibangunkan bermula tahun ini.
Projek yang mengandungi dua fasa itu dimajukan sebuah syarikat swasta True Impression Sdn Bhd dengan Majlis Daerah Gua Musang yang membabitkan tanah seluas 16.7 ekar di Bandar Lama Gua Musang.
Majlis menandatangani perjanjian antara kedua-dua pihak itu disaksikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di sebuah hotel, di sini semalam.
Majlis Daerah Gua Musang diwakili Yang Dipertuanya, Mohd Yusof Hussin dan Ketua Whip MDGM, Hussin Embong.
Manakala syarikat berkenaan diwakili dua orang Pengarah Urusannya, Rusnifa Wahid an Tan May Wee.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sebanyak 33 buah unit rumah, 18 unit rumah kedai akan dibangunkan untuk fasa pertama ini.
Tambahnya, manakala fasa kedua pula akan dibina 73 unit rumah teres disamping beberapa lagi pembangunan lain bagi menampung keperluan masyarakat di situ.
"Gua Musang sebagai sebuah jajahan pintu masuk ke negeri ini perlu disediakan pembangunan yang teratur memandangkan ianya menjadi tarikan pelancong,"ujarnya.

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


(GAMBAR) Himpunan Hijau <b>di Pulau</b> Pinang dan <b>Melaka</b> | Blog <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2012 10:06 AM PDT

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

ads