Bandar Jeli hasil idea Tok Pa
JELI - Suatu ketika dahulu Bandar Jeli sunyi dan tiada apa yang dapat dibanggakan penduduk.
Namun, suasana itu kini berubah dengan perancangan tersusun hasil idea Ahli Parlimennya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, sekali gus membantu penduduk meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Jeli kini membangun pesat dan kepimpinan dan usaha To Pa merubah kawasan luar bandar yang pernah digelar 'Jin Tendang' menjadi antara sebuah pusat pertumbuhan baru di Kelantan.
Namun apa yang dibanggakan penduduk Jeli, kawasan mereka kini dilimpahi pelbagai nikmat kemudahan dan prasarana seperti jalan empat lorong, masjid bandar Jeli, bangunan ruang niaga, astaka Bandar Jeli, dewan Balora, Kompleks ICQ Bukit Bunga dan pelbagai lagi.
Berjuta-juta ringgit telah dilabur di Jeli oleh Kerajaan Persekutuan, hasil sokongan dan kerjasama rakyat kepada Barisan Nasional (BN) sejak kedatangan To Pa ke Jeli.
Kedudukan Jeli di tengah-tengah laluan menghubungkan Perak dan Kelantan, kini banyak berubah dan menjadi semakin sibuk dan membuka banyak peluang perniagaan serta rezeki kepada penduduk apabila Jeli dilihat akan menjadi bandar ilmu nanti.
Pembinaan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Politeknik Jeli, Sekolah Menengah Sains Jeli dan Maktab Rendah Sains Mara antara perubahan demi perubahan ketara Jeli yang akan menjadi mengubah Jeli menjadi sebuah bandar baru kelak.
Kata di kota, janji dilaksana To Pa, membawa tempias keuntungan kepada penduduk Jeli apabila nilai tanah melambung ratusan ribu ringgit apabila projek 'Mega' tersebut di bawa ke Jeli.
Penduduk menyifatkan To Pa sebagai 'Arkitek Pembangunan' dan idea yang dibawanya dilihat berimpak hasil perancangan telitinya untuk kepentingan penduduk tempatan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
Menurutnya, usaha To Pa memajukan Jeli bukan kerja mudah dan beliau sangat serius dan pendekatan yang dilaksanakannya cukup baik untuk masa depan penduduk Jeli.
"Kemudahan dan prasarana yang dibawanya bukan sahaja mempercepatkan bahkan menggalakkan lagi pertumbuhan di Jeli.
"Kehadirannya di Jeli juga cukup disayangi, dari sekecil-kecil hinggalah dewasa, sikap dan caranya cukup menambat hati dan memudahkan rakyat untuk mendampinginya," katanya.