Sabtu, 11 Jun 2011

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Pahit Manis - 1st Love: Kenduri <b>Di Kota Bharu</b>

Posted: 02 Jun 2011 06:24 PM PDT

As salam. Live from Kota Bharu ni ye. Semlm kt kg my hubby kenduri umah pakciknya a.k.a pernikahan sepupu dia la tu. Hr ni plak kenduri umah sedara yg lain, blk kg 4 hari ni mmg hari2 layan kenduri sedara mara je. huhu.

Dari hari pertama smp Klate Rabu tu, dh start dgn majlis akad nikah mlmnya. Mmg meriah kenduri yg ni coz 1st anak perempuan dlm family tu.

Tgk cik hanim posing baik punya atas pelamin pengantin tu, phewiitt. Sori x sempat tepek byk picca, nti kita continue lain n3 plak ye. Kaum kerabat masih ramai berkumpul ni, kenalah jaga status menantu kesayangan kan. hehe. Kot nmpk pelik je duk layan blog masa org tgh bz cmtu.

Ok lah, ada masa akan update lagi. Got to go, acara kenduri start awal hr ni coz Jumaat kan. Slmt bercuti uols, happy weekend in advance.

- (Video) Prema Yin: Uols Tgk Sndri Video Ni Unsur Lucah Ke Tak?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


DUN <b>Bunut Payong</b> : Artikel penuh: Lot Bazar Tok Guru kecil atas <b>...</b>

Posted: 04 May 2011 08:39 PM PDT

KOTA BHARU, 27 April: Sejak lebih setahun lalu Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB dan Persatuan Arked Uda mendakwa saiz lot niaga di Bazar Tok Guru sempit dan mahal.

Sedangkan mereka lupa saiz lot tersebut diputus berdasar kepada kehendak persatuan kerana mahu kesemua peniaga ditempatkan di tingkat bawah.

Buktinya terkandung dalam minit mesyuarat pada 20 Januari 2010. Ketika itu persatuan diwakili Abdul Salim Ahmad dan Wan Lokman Wan Salleh.

Keluasan asal setiap lot di tingkat bawah 12 x 10 kaki persegi dan jumlah lot sebanyak 107 unit. Namun persatuan tetap mahu 415 peniaga berniaga di tingkat bawah.

Ekoran desakan itu menyebabkan kerajaan negeri mengarahkan pemaju menambah jumlah lot di tingkat bawah bagi memenuhi kehendak peniaga.

Lot tersebut akhirnya dikecilkan kepada 8 x 6 kaki persegi dan memuatkan 368 lot.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, keluasan setiap lot di tingkat bawah sudah dipersetujui wakil-wakil peniaga pada mesyuarat yang diadakan pada 20 Januari 2010.

"Sebelum itu jumlah lot di tingkat bawah memang luas iaitu 12 x 10 kaki persegi iaitu sebanyak 107 unit.

"Tetapi apabila semua peniaga mahu berniaga di tingkat bawah, jadi kita kecilkan kepada 8 x 6 kaki persegi sehingga memuatkan 368 unit.

"Inilah punca yang menyebabkan saiz lot menjadi kecil kerana kesemua peniaga mahu tingkat bawah. Dan keluasan itu sama dengan saiz lot di Pasar Lama MPKB," katanya pada persidangan media di pejabatnya hari ini.

Hadir sama dua anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Takiyuddin Hassan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Nazran Muhamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir Mustafa Salleh.

Turut dijemput hadir pada mesyuarat terseebut Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Salim Ahmad, Pengerusi Persatuan Peniaga Arked Uda, Borhan Mohd Nor dan dua lagi peniaga.

Sebelum ini Salim dilaporkan berkali-kali mendakwa saiz lot di Bazar Tok Guru sempit.

Persatuan itu juga membawa isu tersebut kepada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustafa Mohamed, namun kehendak peniaga terperap begitu sahaja, hanya sekadar mengisi ruang di halaman akhbar.

Timbalan Menteri Besar menegaskan lagi wakil peniaga terbabit bersetuju dengan keluasan 6 x 8 kaki persegi.

"Pengerusi persatuan bersetuju saiz 6 x 8 kaki persegi, dia boleh terima dan cuma beritahu mahu keselesaan.

"Dia juga ada kata tak selesa hendak hisap rokok pun tak sedap dan barang yang dijual melimpah ke luar, sedangkan kita sediakan setor di tingkat bawah," ujar Takiyuddin.

Ahmad berkata, hari ini kerajaan negeri telah putuskan untuk memberi tawaran terakhir kepada peniaga Pasar Lama MPKB dan Arked Uda untuk berpindah ke Bazar Tok Guru melalui PMBK.

Menurutnya kerajaan negeri bersetuju dan melayani hasrat peniaga-peniaga dengan tawaran harga sangat kompetitif iaitu RM63,000 di tingkat bawah dan satu Bazar Tok Guru.

Pembeli di tingkat bawah hanya perlu membayar mulai tahun kedua. Mereka dibenar berniaga secara percuma selama setahun.

Manakala pembeli di tingkat satu hanya perlu membayar pada tahun ketiga.

"Tawaran itu hanya sah sehingga 31 Mei ini dan kalau ada yang belum sempat mendaftar sehingga tarik tersebut kita beri tawaran sehingga akhir Jun depan dengan harga RM70,000.

"Selepas 31 Mei segala urusan pinjaman bank peniaga perlu mengurus sendiri," katanya.

Beliau juga berkata, mulai 1 Julai depan tiada lagi harga diskaun diberi dan peniaga ditawar pada harga asal iaitu RM92,000 di tingkat satu dan RM88,000 di tingkat bawah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


shameel iskandar: Masjid Beijing <b>di Rantau Panjang</b> Kelantan

Posted: 28 Mar 2011 07:47 AM PDT



Rasanya ini adalah bicara kedua saya tentang Kelantan. Sebelum ini saya berbicara tentang WAT SIAM DI KELANTAN dan kali ini, saya ingin berbicara tentang masjid pula. Masjid yang unik lambang kesyumulan islam yang merentasi sempadan bangsa dan budaya. Jika ke kompleks bebas cukai Rantau Panjang, pasti sahaja anda akan terlihat sebuah masjid yang reka bentuk-bentuknya seolah-olah rumah ibadat penganut Budha. Itulah MASJID BEIJING , bukti islam adalah agama untuk semua kerana ciri-cirinya yang bersifat sejagat atau universal.





Sungguh mengagumkan dan Tahniah kepada Kerajaan Kelantan. Percayalah usaha yang sebegini amat berperanan untuk mengikis dan menghakis salah faham masyarakat bukan islam terhadap agama islam. Selama ini, rata-rata masyarakat bukan islam di Malaysia menganggap islam adalah agama untuk orang Melayu dan Arab sahaja









Di Malaysia, terdapat 6.5 juta penduduk berbangsa Cina. Tapi sayang, hanya satu peratus (1%) sahaja yang beragama islam. Iaitu, sekitar 60 ribu orang sahaja daripada 6.5 juta masyarakat Cina di Malaysia yang memeluk islam. Namun, yang anehnya agak ramai pula antara mereka yang memeluk agama Kristian. Mengapa ini terjadi, sedangkan islam dan Cina amat rapat dan akrab dari sudut sejarah. Di negara China yang merupakan tempat asal masyarakat cina di Malaysia, umat islam amat mudah untuk diketemui dan restoran makanan halal juga senang dijumpai. Malah jumlah UMAT ISLAM DI CHINA juga di anggarkan lebih kurang 200 juta dari pelbagai etnik seperti Uyghur, Tajik, Uzbek,Salar, Dongxiang, Khirgiz, Kazakh, Hui. Mengapakah jarak antara islam dan orang Cina di Malaysia begitu jauh. Ada beberapa faktor sebenarnya yang akan saya perincikan dalam entry yang akan datang.





Saya percaya pembinaan masjid bereka bentuk pagoda ini mampu 'menjual' islam dengan lebih luas dan global. Masjid berseni bina Cina ini juga dapat merungkaikan salah faham yang membelit masyarakat Cina di Malaysia selama ini. Apatah lagi ia turut melibatkan imam berbangsa Cina yang dibawa khas dari China terutamanya untuk mengimamkan solat Tarawih. Moga-moga dengan ini, jarak antara masyarakat Cina dengan islam dapat didekatkan. Sedikit sebanyak masjid ini, juga masjid Cina lain yang bakal didirikan oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). akan menyerlahkan islam sebagai agama yang merentasi bangsa dan budaya. DAN inilah yang ingin kita laungkan ke seluruh dunia. Sesungguhnya Islam adalah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya mengatur segenap aspek hidup manusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat.






Di sini saya paparkan maklumat ringkas tentang Masjid Beijing yang terletak di Rantau Panjang Kelantan ini. Masjid ini yang juga dikenali sebagai Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra ( tapi lebih dikenali sebagai Masjid Beijing) mula dibina pada 12 September, 2005 dan akan dirasmikan bulan Ogos 2009. Namun sejak 2007 lagi, ia sudah mula digunakan untuk bersolat tarawih dengan seorang imam yang didatangkan dari Republik Rakyat China. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan sejumlah RM8.8 juta. Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing China. Lebih hebat, cerita tentang masjid ini turut diperkatakan di dalam Berita Indonesia. (Silalah ke laman yang saya maksudkan itu untuk maklumat lanjut ,tapi dalam bahasa Indonesia)



Moga-moga Pembinaan Masjid Berseni bina Cina ini dapat dipertingkatkan lagi terutamanya di kawasan yang mempunyai ramai penduduk berbangsa Cina seperti di Ipoh dan Kuala Lumpur. Sebenarnya, idea pembinaan masjid berseni bina Cina telah dikemukakan sejak tahun 1984 lagi , iaitu serentak dengan penubuhan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Tapi sayang ia terhalang kerana salah faham masyarakat. Ada yang berpendirian islam di Malaysia mestilah 'berwajah' Melayu. Ada juga yang berpendapat jika diwujudkan masjid Cina, perpecahan akan berlaku di kalangan umat islam. Ada juga yang mempersoalkan bahasa Mandarin (atau lain-lain dialek Cina) yang akan digunakan di masjid untuk kuliah dan khutbah Jumaat nanti. Fakta-fakta tentang bantahan ini saya perolehi dari rakaman kuliah agama (VCD) oleh Dr Asri Zainul Abidin. Dan Dr Ridhuan Tee Abdullah juga ada menyatakan tentang salah faham masyarakat terhadap pembinaan masjid berseni bina Cina ini dalam media cetak









p/s = ada pihak tertentu yang mendakwa pembinaan Masjid Beijing yang berseni bina Cina sekali gus menyalahi tradisi Melayu ini melambangkan kekacauan minda MB Kelantan (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat). Bagi mereka, islam mestilah berwajah Melayu dan bercirikan kemelayuan. Tapi, bagi saya, orang yang mempertikaikan pembinaannya merupakan orang yang mengalami kekacauan minda. Sebab Masjid berseni bina Cina ini dibina bagi membuktikan kepada semua sesungguhnya islam merentasi sempadan bangsa dan budaya. Bagi, saya orang Cina Islam seperti Ustaz Hussin Yee dan India Muslim seperti Ustaz Farid Ravi, jauh lebih berguna berbanding 3 orang anak Melayu yang suka menonton filem lucah secara berjamaah (maaf, ini bukanlah entry tentang politik)


www.tips-fb.com Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


LAMAN KL-TODAY.COM » Blog Archive » FA: <b>Kelantan</b> PAS atau <b>Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2011 02:32 AM PDT

Haris Zalkapli

Pasukan bola sepak Kelantan akan bertemu Terengganu pada perlawanan akhir Piala FA di Kuala Lumpur malam ini. Dalam suasana politik yang menyentuh dan menyelinap ke seluruh pelusuk kehidupan pada masa kini, perlawanan ini menjadi satu isu sentral dalam wacana politik popular negara ini.

Seperti juga perlawanan akhir Piala Malaysia pada 2009 dan 2010, simbol politik akan dapat diperhatikan secara meluas menjelang, semasa dan selepas perlawanan Kelantan dan Terengganu malam ini.

Penyokong PAS umumnya mengaitkan Kelantan dengan parti itu, disebabkan penguasaan PAS lebih 20 tahun di negeri itu.

Tetapi, seperti yang disaksikan pada tahun lalu, perlawanan akhir Piala Malaysia melibatkan Kelantan dengan Negeri Sembilan berjaya dimanfaatkan oleh Umno untuk menumpang imej positif.

Perlawanan yang diadakan selepas pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri Galas di Kelantan menyaksikan usaha kedua-dua pihak menggunakan perlawanan itu untuk mendapat manfaat politik.

Secara sedar, kedua-dua PAS dan Umno menggunakan sentimen menuju perlawanan itu untuk menyumbang kepada imej positif masing-masing.

Umno, walaupun kurang dikaitkan dengan Kelantan, berjaya memanfaatkan sentimen sekitar perlawanan itu dan kemenangan pasukan Kelantan melalui beberapa tindakan yang dilakukan, termasuk menyediakan pengangkutan untuk penonton.

Selepas perlawanan, Tan Sri Annuar Musa dilapor meraikan kejayaan dengan memakai baju korporat Persatuan Bola Sepak Kelantan dalam majlis politik, dan sambutan Piala Malaysia yang dibawa ke Kelantan disesuaikan untuk memberi manfaat kepada Umno.

Annuar kekal sebagai orang kuat Umno Kelantan walaupun ada usaha memasukkan tokoh lain ke negeri itu, seperti pada pilihan raya umum 2008.

PAS, untuk tidak ketinggalan membalas dengan memberikan anugerah kepada pemain-pemain Kelantan, mengikat kejayaan pasukan bola sepak itu dengan kerajaan PAS negeri Kelantan.

Hal yang sama dapat diperhatikan ekoran kejayaan pasukan negara menjuarai Piala Suzuki akhir tahun lalu, apabila kedua-dua kumpulan pembangkang dan pemerintah bersaing mendekatkan diri dengan kejayaan itu.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kelihatan cuba mengatasi satu sama lain memberikan ucapan tahniah dan anugerah kepada pasukan negara.

Kelantan, yang seorang pemainnya menjadi salah seorang pemain kebangsaan yang cemerlang, mendapat manfaat imej positif hasil kemenangan itu.

Menteri besar Kelantan muncul di media dalam upacara memberikan anugerah kepada pemain cemerlang itu, Khairul Fahmi Che Mat.

Dalam perlawanan hari ini, Kelantan akan menemui Terengganu, negeri yang juga mudah dikaitkan dengan Umno kerana dikuasai parti itu sejak memenanginya semula pada 2004.

Terengganu pernah diangkat sebagai pasukan PAS dan simbol kejayaan parti itu apabila memenangi Piala Malaysia pada 2001, semasa masih di bawah pemerintahan PAS.

Sentimen politik kepartian membentuk wacana popular penyokong-penyokong PAS pada masa itu, tidak lama selepas sentimen reformasi 1998 menghasilkan perubahan kerajaan di Terengganu pada pilihan raya umum 1999.

Dalam perlawanan di Bukit Jalil malam ini, Terengganu ialah "negeri Umno" bagi penyokong PAS, seperti juga Negeri Sembilan dalam perlawanan Piala Malaysia dengan Kelantan selama dua tahun lalu.

Sentimen ramai penyokong PAS yang mengikuti sukan bola sepak ialah sokongan untuk Kelantan, simbol paling jelas parti itu dalam sukan negara ini.

Semasa, dan paling utama selepas perlawanan malam ini, simbol-simbol politik akan dapat diperhatikan lagi, digunakan semua pihak berkepentingan untuk membina imej positif.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


PAS Akan Tercicir <b>Kelantan</b> Dalam PRU 13

Posted: 07 May 2011 01:31 PM PDT

Muktamar PAS pertengahan tahun ini akan menyaksikan ke arah manakah para perwakilan PAS ingin membawa komitmen Parti Islam Se Malaysia bagi berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke 13 akan datang.

Tiga keputusan yang bakal menyusur. Pertama, mengekalkan tekad PAS memperjuangkan Islam sepenuhnya dan mempertahankan kedudukannya di kubu-kubu tradisinya di Negeri-Negeri Melayu. Kedua, melebarkan arus tsunami 2008 dengan meneruskan usaha meraih sokongan pemilih-pemilih bukan Melayu dan bertapak di kerusi-kerusi campuran di bandar. Atau ketiga, mengekalkan momentum 2008 disamping mempertahankan kedudukannya di kubu-kubu tradisinya di Negeri-Negeri Melayu.

Pilihan yang pertama dan ke tiga boleh mencalari komitmennya terhadap Pakatan Rakyat. Pilihan yang kedua pula boleh mengakibatkan keciciran sokongan terhadap PAS di kubu-kubu tradisinya di Negeri-Negeri Melayu.

Perwakilan PAS harus sedar, walaupun hari ini mereka menikmati jentera Pakatan Rakyat tetapi di dalam berhadapan dengan PRU13 kelak, mereka tidak lagi menikmati kekuatan maya seperti PRU12.

Hari ini kekuatan media dan media maya PAS kembali kendur seperti asalnya sewaktu PRU1999 dan PRU2004. Kekuatan media dan media maya PAS hanya tertumpu kepada pejuang-pejuang dan aktivis-aktivis parti yang dalam kata ringkas hanya mampu berhujah dengan cara totok, penuh kekerasan dan caci-maki menjurus kepada meraih sokongan dari pembaca yang sudah menyokong mereka.

Di Kelantan arus perubahan sudah mula menjadi gelombang. Penduduk di kawasan bandar dan pesisir bandar sudah mula jemu dengan kemelut yang mereka hadapi akibat kegagalan Kerajaan Negeri Pimpinan PAS menyelesaikan isu-isu asas seperti kemudahan air bersih dan sistem saliran yang baik dan kebersihan persekitaran. UMNO pula kembali menikmati sokongan yang meningkat di kerusi-kerusi tradisi mereka termasuk di kawasan-kawasan tanah rancangan yang terlepas dalam 2008.

Keputusan kajian peti-peti undi oleh PAS Kelantan sendiri menyaksikan satu pattern yang membimbangkan. PAS Kelantan sedar mereka berhadapan dengan kekalahan di Kelantan.

Nik Aziz yang putih bersih sudah tercemar dan menjadi orang biasa. Pengganti pilihan Nik Aziz, YB. Dato' Husam Musa pula tidak mungkin dapat diletakkan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri kerana tidak digemari oleh pihak Istana Kelantan yang baru. Calon popular untuk mengganti MB Kelantan itu pula, seperti YB. Dato' Ahmad Yacob dan YB. Dato' Mohammad Amar dirasai oleh Nik Aziz sebagai tidak memiliki kemampuan yang sewajarnya. Maka, di dalam keadaan begini, Nik Aziz tiada pilihan tetapi memilih untuk terus kekal sebagai tunggak PAS di Kelantan.

UMNO Kelantan mahu dua dari tiga pilihan yang ada pada PAS iaitu, sama ada Nik Aziz kekal sebagai tunggak PAS di Kelantan atau, sama ada Ahmad Yakob atau Nik Amar dipilih sebagai penyambung tradisi kepimpinan ulama' di Kelantan. Salah satu daripada 2 pilihan ini, UMNO akan senyum lega.

Tetapi, jika Husam Musa yang dipilih sebagai pengganti Nik Aziz, UMNO akan merasa kelatnya. Apa tidaknya, kebanyakan pimpinan UMNO Kelantan sendiri mengakui kelebihan Husam. Penyokong-penyokong UMNO sendiri akan menyokong Husam.

Husam sendiri berusaha keras untuk memperbaiki hubungannya dengan Istana Kelantan bagaimanapun, pihaknya mendakwa penasihat kepada Al-Sultan Kelantan sebagai penghalangnya.

Kedudukan semasa di Kelantan menyaksikan UMNO berada di dalam kedudukan selesa untuk memenangi 16 buah kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan. Ia di tambah dengan 5 kerusi yang dimenanginya pada 2004 tetapi tewas pada 2008 serta 3 kerusi yang mereka tewas kurang daripada 5% undi dalam tsunami 2008. Keseluruhannya, UMNO dilihat berpotensi memenangi minimum 24 daripada 45 kerusi DUN Kelantan. Kerusi-kerusi tersebut adalah seperti berikut,

A) Kumpulan pertama

  1. N01 Pengkalan Kubor
  2. N04 Wakaf Bharu
  3. N15 Gual Periok
  4. N16 Bukit Tuku
  5. N22 Jelawat
  6. N25 Kok Lanas
  7. N29 Selising
  8. N31 Semerak
  9. N36 Bukit Bunga
  10. N37 Air Lanas
  11. N38 Kuala Balah
  12. N40 Guchil
  13. N42 Dabong
  14. N43 Nenggiri
  15. N44 Paloh
  16. N 45 Galas

B) Kumpunan kedua

  1. N11 Tendong
  2. N23 Melor
  3. N27 Gual Ipoh
  4. N39 Mengkebang
  5. N41 Manek Urai

C) Kumpulan ketiga

  1. N21 Perupok
  2. N34 Temangan
  3. N35 Kemuning

Sementara itu, jika arus pemilih Melayu yang dilihat mula kembali kepada UMNO di dalam beberapa siri pilihanraya kecil semenjak YAB Dato' Seri Najib Razak menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia, PAS turut berkemungkinan besar akan tercicir kerusi-kerusi berikut.

D) Kumpulan keempat

  1. N11 Chetok
  2. N12 Pengkalan Pasir
  3. N20 Tawang
  4. N24 Kadok
  5. N30 Limbongan
  6. N32 Gaal
  7. N33 Pulai Chondong

Kewibaan UMNO Kelantan di bawah pimpinan Dato' Sri Mustapa Mohamed juga dapat diukur dengan kemampuan ia mengembeling jenteranya menyakinkan pemilih bahawa Kelantan dibawahnya akan mampu memperbaiki kualiti hidup masyarakat. Jika pemilih yakin dengannya, kerusi-kerusi berikut juga boleh terus tercicir dari genggaman rapi PAS di Kelantan.

E) Kumpulan kelima

  1. N02 Kelaboran
  2. N05 Kijang
  3. N08 Tanjong Mas
  4. N09 Kota Lama
  5. N10 Bunut Payong
  6. N17 Salor
  7. N19 Demit

Ada eloknya, perwakilan ke Muktamar PAS sempat bertenang seketika dan menghayati kedudukan semasa dari perspektif yang lebih terbuka sebelum mereka membuang undi untuk menentukan arah tuju parti. Namun begitu, saya suka memetik kata-kata seorang sahabat baik dan bekas ADUN PAS Kelantan, kepada saya di dalam pertemuan baru-baru ini.

"Alo Pok Sheih, tak dok nak rusingnya kalau PAS kalah di Kelantan. Bukan kita tak biasa kalah. Bahkan ana masih yakin, PAS dan pimpinan kita lebih kuat dan lebih banyak benda yang kita buat semasa zaman kita kalah banding dengan zaman kita ada kuasa. PAS ni parti Islam, matlamat kita untuk perjuangkan Islam. Biar kalah asal kita jangan ubah matlamat kita…."

Saya hanya mampu tersenyum kagum dengan semangat tersebut.

5.958700 102.146872

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Perkhidmatan helikopter swasta <b>di</b> Kertih dan <b>Pengkalan Chepa</b> <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2011 08:19 PM PDT

Pakar pengangkutan luar pantai, Weststar Aviation Services Sdn Bhd, telah menerima penyerahan tiga buah helikopter terakhir daripada sembilan buah helikopter Augusta Weststar (AW139) yang ditempahnya untuk digunakan bagi pelaksanaan misi pengangkutan luar pantai untuk menyokong operasi minyak dan gas luar pantai di negara ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Weststar, Syed Azman Syed Ibrahim, berkata syarikat itu menyewa khas satu daripada kapal terbang terbesar di dunia, pesawat Antonov, untuk mengangkut helikopter itu.

Helikopter itu akan beroperasi secara rasminya awal bulan depan dengan enam helikopter ditempatkan di Kertih, Trengganu dan dan tiga lagi di Pengkalan Chepa, Kelantan, kata Syed Azman kepada Bernama selepas ketibaan tiga unit helikopter Augusta 139 itu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Weststar, pengusaha penerbangan luar pantai AW139 keempat terbesar di dunia itu menyediakan perkhidmatan helikopter kepada syarikat minyak dan gas seperti Esso Production Malaysia Inc. dan Petronas Carigali Sdn Bhd.

"Kami pasti AW139, dengan prestasi cemerlang, serta ciri-ciri keselesaan dan keselamatannya akan terbukti amat berjaya dalam pasaran luar pantai keseluruhannya di rantau ini," tegas Syed Azman.

Bagi masa depan, kata Syed Azman, syarikat itu akan berusaha untuk memperluas perniagaannya dalam operasi minyak dan gas luar pantai serantau.

Beliau juga berkata syarikat itu sedang mempertimbang untuk membeli beberapa unit helikopter tahun ini untuk memperluas lagi perniagaannya ke pasaran serantau.

Kumpulan itu juga pakar dalam kerja-kerja mengangkut pekerja ke pelantar pengeluaran dan pelantar penggerudian luar pantai serta satu daripada pembekal pesawat sewa awam, perkhidmatan mencari dan menyelamat, perubatan kecemasan serta perkhidmatan latihan, kejuruteraan dan teknikal.

–Bernama

Related article

KomunitiKini

The leading Malaysian website for news and information on community events, food, entertainment and community resources on education and development.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Program MyDaftar <b>di Tumpat</b>, rancangan Umno-BN <b>...</b>

Posted: 26 May 2011 08:02 PM PDT

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar berkata, ia berdasarkan satu maklumat yang diberikan secara bersurat kepadanya baru-baru ini.

Maklumat berbentuk surat itu adalah mengenai satu pengumuman di Masjid-masjid Mukim Tumpat berhubung program pendaftaran itu yang bakal berlangsung 28 Mei ini.
Surat itu datang daripada Kompleks Penggawa Dareah Pengakalan Kubur, dalam Parlimen Tumpat yang telah diedarkan dan dibaca di seluruh Dun Pengkalan Kubur pada Jumaat lalu (20 Mei).
Program MyDaftar ini kata Kamarudin akan diadakan bermula 8.30 pagi hingga 3.00 petang di Dewan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur, Tumpat.
Dalam pengumuman itu, terdapat skrip hebahan agar pegawai masjid yang mengumumkan itu hanya perlu membaca sahaja skrip itu, katanya.
Ianya adalah kononnya untuk pendaftaran kelahiram, kematian, anak angkat, urusan kad pengenalan, kewarganegaraan dan khidmat nasih JPN serta Jabatan Imigresen, katanya
"Yang menjadikan kebimbangan masyarakat dan parti dalam Pakatan Rakyat ini ialah nampaknya dengan pelbagai bentuk pemberian kad pengenalan secara mudah oleh JPN, katanya akan dapat kad pengenalan dalam masa yang singkat" katanya.
Program ini sama seperti apa yang berlaku di Selangor iaitu operasi pemberian kad pengenalan secara segera dan selepas ini pendaftaran pengundi, katanya.
Hal ini kata Kamarudin boleh dilihat dalam kenyataan SPR yang kononnya menyatakan pendaftaran pemilih tiada pendatang asing.
Walhal, dari sudut ketelusan dan pemberian kad pengenalan secara segera ini mengundang satu pandangan bahawa kesahihan kad ini boleh dipertikaikan, katanya.
Kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kononnya tidak ada pendatang asing yang didaftar sebagai pemilih kerana pengesan utama yang digunakan dalam menentukan kelayakan permohonan sebagai pemilih ialah kad pengenalannya tidak relevan, kata Kamarudin.
SPR menyatakan kononnya semasa proses pendaftaran pemilih melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang diguna pakai oleh SPR, pengenalan pemohon akan dihubung kait dengan 'Agency Link-Up System' (ALIS) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Malah ALIS yang mempunyai 33 jenis tapisan atau semakan wajib bagi setiap permohonan, akan menolak permohonan mereka yang bukan warganegara untuk didaftar sebagai pemilih boleh dipertikaikan, katanya.
"Bagaimana tapisan ini boleh dibuat jika kad pengenalan hanya boleh disiapkan dalam masa sehari?, apakah ianya boleh dipercayai, kami bimbang ianya hanya untuk mempastikan pengundi sasaran Umno berjaya didaftarkan," ujarnya lagi.
"Kita akan pantau hal ini, dan pastinya kita akan buat bantahan," ujar beliau lagi.
Sebelum ini Abdul Aziz berkata tapisan dan semakan yang dilaksanakan oleh sistem ALIS bukan sahaja menolak mereka yang bukan warganegara, malah ia juga menolak permohonan daripada mereka yang belum layak dari segi umur dan yang mengemukakan kad pengenalan palsu.
Katanya jika ada pihak tertentu yang mempunyai sebarang bukti berhubung perkara itu, beliau meminta supaya ia dikemuka kepada pihak SPR bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Full Feed Generated by
Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


Homestay <b>di Pasir Mas</b> Kelantan | i-Rumah.com

Posted: 16 May 2011 05:35 PM PDT

- Rumah teres 1 tingkat
- 2 bilik tidur besar
- 1 bilik tidur kecil
- 2 bilik air
- Khas untuk orang islam sahaja.

Sesuai untuk outstation,kenduri-kendara,melawat saudara mara, melancong di kelantan area rantau panjang dan pasir mas,penginapan ketika pendaftaran kemasukan Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas dan lain-lain.

Keistimewaan lain:
- 3 minit ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas
- 5 minit ke Hospital Lati Pasir Mas
- 10 minit ke Kolej Jururawat Pasir Mas
- 10 minit ke Bandar Pasir Mas
- 15 minit ke Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang
- 25 minit ke Kawasan Bebasa Cukai Pengkalan Kubur(Short Cut)
- 20 minit ke Wakaf Che Yeh
- 30 minit ke Bandar Kota Bharu
- 30 minit ke Bandar Tanah Merah(Short Cut)

Kemudahan yang disediakan:
- Bilik tidur utama katil King Size
- Bilik lain katil single size
- Televisyen 29 inci
- Kerusi rehat
- Cerek letrik
- Almari solek(bilik master)
- Almari baju(bilik master)
- Berhadapan Padang Permainan
- View menghadap KKTM

Sewa Harian Berpatutan :
- RM 150.00 semalam
- RM 400 untuk 3 hari(diskaun RM 50)
- RM 100 semalam untuk 4 hari keatas.

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi :

Bakri : 012-2596607

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads