Jumaat, 18 Januari 2013

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


PESAN AYAH YA: Solat Jumaat <b>Di KUALA KRAI</b>

Posted: 17 Jan 2013 11:13 PM PST

Senang hati bila jadi orang pencen, nak gi mana pun beres. Hari ini kawe gi Kuala Krai dan sempat solat jumaat di Masjid Tengku Faris Putera, Kuala Krai.
Khatib sebut pasal kalimah Allah yg tengah hangat le ni. Bila dah tersungkur baru nak beringat. Melayu mudah lupa, kata keramat bekas PM Tun M.

Begitulah nasib orang melayu, bila kuasa ekonomi hilang, salah ko pihak lain kacau daun. Begitu juga bila kuasa politik nak hilang tuduh orang lain juga buat sslah. Kini ugama islam dah nyawa ikan pun tuduh pihak lain juga yang abaikan. PAS punca perpecahan melayu, PAS salah tafsir ugama dan buat fatwa sesat, PAS tak reti jaga ekonomi hingga orang melayu miskin belaka.

Kalau dikaji sejarah, islam dah bertapak lama di Malaysia tetapi "puak puak" yg jadi talibarut penjajah yang menghancurkan islam. Dan puak puak ni le dari merdeka hingga le ni jahanamkan ekonomi, politik dan agama islam di Malaysia. Tapi bila terlanjur buat silap, cepat cepat tuduh puak lain yang silap bak kata pepatah" lempar batu sembunyi tangan".

Tapi perkara jahat tak selamanya boleh ditutup, "ayam terlepas tangan bau tahi", kata bidalan orang tua, begitulah nasib puak puak yang masih angkuh jaga Malaysia walaupun kerap buat silap.

Kepada saing saing yg reti ekonomi, yg tahu politik dan ada kesedaran agama, marilah kita pakat pakat sebarkan kebenaran demi masa depan ugama islam, bangsa melayu dan survival ekonomi kita. Jangan sampat kita merempat dibumi sendiri. Nak solat pun minta izin dengan penjajah. Malu.....

PRU13 adalah saat paling baik kita gunakan kuasa kita untuk tukar kepada yang lebih baik. Mari kita ubah..

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Perakan Malaysia » Anok <b>Bachok Di</b> Perantauan

Posted: 11 Jan 2013 11:04 PM PST

perantau bachok

Anok Bachok di Perantauan male ni " nak main boling antara Pemuda Bachok dan Pemuda Perantauan Bachok" – perantau berminat nak bersama contact 0132346828 / 013304 3861

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Kerajaan Pusat Baik Pulih 500 Rumah Penduduk Miskin <b>Di Pasir</b> <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2012 05:51 PM PST

PASIR PUTEH, 17 Dis (Bernama) — Kerajaan Persekutuan melalui agensinya berjaya membaik pulih 500 rumah penduduk miskin di sekitar Pasir Puteh, melibatkan peruntukan sebanyak RM2.6 juta pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata seramai 2,500 anggota keluarga terdiri daripada nelayan dan petani yang mendiami rumah tersebut, kini mendiami rumah yang lebih selesa.

"1Malaysia Development Berhad (1MDB) membaik pulih 100 rumah nelayan miskin dengan peruntukan RM1 juta," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja membaik pulih rumah seorang penduduk miskin Yusuf Mamat, 78, di Kampung Tualang di sini, Isnin.

Zawawi berkata, sebanyak 200 rumah lagi dibaik pulih di bawah kendalian Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dengan perbelanjaan RM500,000.

"Baki 200 rumah dibaik pulih melalui peruntukan di bawah projek Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh.

– BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


QUDWAH HASANAH: SEPAGI <b>DI KOTA BHARU</b>

Posted: 11 Jan 2013 07:16 PM PST


Hujung minggu kedua persekolahan 2013 ni aku kembali sekali lagi ke sini. Demi anak-anak. Tahun ni anak ku yang sulung bakal menduduki PMR. Kena la ambil berat sikit. Pastikan dia hadir ke kelas tution. Kali ni aku berkesempatan berkunjung ke suatu tempat di Kota Bharu. Tepi sungai Kota Bharu. Aku tak tahu apa nama tempat ni. Cuma aku masih ingat lagi, masa usia kanak-kanak aku pernah datang sini. Ikut abang bertandang di rumah kawannya. Masa aku sekolah menengah sekali lagi aku berpeluang masuk ke rumah rakit ni. Rumah yang sama. Hiasan dalamannya cukup menarik. Ini adalah kali ketiga aku ke sini. Sayangnya cuma dapat lihat dari luar saja. Kata penduduk sini, rumah rakit sekarang dipenuhi dan didiami oleh orang asing yang merupakan pekerja binaan di sini.

Kenapa aku ke sini? Tak ada tempat lain lagi yang aku nak pergi. Seorang diri. Tenangkan fikiran. Hilangkan rasa gundah di jiwa.  Aku membesar di kampung. Depan sungai belakang pun sungai. Aku rindu semua tu. Sayangnya aku tak dapat balik ke kampung sendiri. Takut. tapak rumah ku dah jadi hutan belukar. Takut nak masuk sendirian. Di sini, boleh mengingatkan aku kehidupan zaman kanak-kanakku. Aku sendirian di sini tak ada siapa yang nampak. Nak termenung? nak meraung? Nak bercakap sendiri? Nak menangis? Nak meratap? Semua boleh. Tak ada siapa yang tahu. Kecuali aku dan DIA. Ya Allah... Aku redha dengan segalanya.

Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, 
maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu 
dengan SESUATU yang tidak dijangka.

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


(JKP) Zon 4 MDKPI - Majlis Daerah <b>Ketereh</b>

Posted: 13 Jan 2013 01:04 PM PST

Majlis Pelancaran Dan Perasmian Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 4 Majlis Daerah Ketereh telah diadakan pada 21 RabiulAkhir 1432H bersamaan 26 Mac 2011 di Taman Anggerik, Kok Lanas. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam YM. Tengku Azmi bin Tengku Jaafar.  Turut hadir di majlis ini ialah Setiausaha Majlis Daerah Ketereh, Ahli-ahli Majlis Daerah Ketereh, pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Ketereh serta penduduk setempat. Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mewarna, pertandingan tarik tali, persembahan dikir barat, pameran dan ekspo serta forum perdana.

Majlis Pelancaran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 4 MDKPI
 

Majlis Pelancaran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 4 MDKPI

ads