Ahad, 19 Januari 2014

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jan 2014 12:35 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

felda <b>chiku</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 02 Jan 2014 09:18 AM PST

4 Penjenayah Sempat Sahur Di Rumah Peneroka FELDA

GUA MUSANG – Empat penjenayah sempat bersahur di rumah sebuah keluarga yang dipecah masuk sebelum mereka bertindak melarikan wang tunai dan barangan kemas bernilai kira-kira RM15,000 di Rancangan Felda Chiku 1 di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, penjenayah berkenaan turut bertindak kejam dengan mengikat tangan lima anggota keluarga berkenaan sebelum meninggalkan mereka.

Menceritakan detik cemas itu, Ab. Hani Mamat, 38, berkata, kejadian berkenaan disedari isterinya, Hasro Mohzin, 34, yang ternampak kelibat penjenayah berkenaan sedang berlegar-legar di ruang tamu ketika mereka sedang tidur di situ.

Kata beliau, isterinya kemudian memaklumkan kepadanya sebelum dia bangun dan pergi ke arah penjenayah berkenaan.

"Tiba-tiba suspek mengeluarkan parang dan mengacukan ke leher saya sebelum mengikat tangan saya, isteri dan seorang adik ipar, Azizul, 21, serta mengarahkan kami duduk di ruang tamu.

"Pada masa sama, dua daripada suspek masuk ke bilik bapa mertua saya, Mohzin Abdullah, 60, yang sedang nyenyak tidur. Dia cuba melawan tetapi tidak berdaya lalu diikat tangannya bersama ibu mertua, Ramlah Arifin, 51, dan seterusnya kami dikumpulkan di ruang tamu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Menurut Ab. Hani, kesemua suspek kemudian merampas barang kemas dipakai ibu mertua, wang tunai berjumlah RM4,000, beberapa utas rantai emas dan dua buah komputer riba.

"Mereka kemudian pergi ke dapur dan makan juadah yang kami sediakan untuk bersahur sebelum bergegas keluar menerusi pintu dapur.

"Mengikut dialek percakapan, empat penjenayah itu dipercayai warga Indonesia," katanya.

tetapi kami semua bernasib baik tidak diapa-apakan walaupun menerima beberapa kali ugutan jika berbuat bising," katanya.

Mohzin berkata, kejadian itu merupakan kali ketiga melibatkan keluarganya termasuk dua daripadanya berlaku pada tahun ini.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan dan siasatan lanjut akan dijalankan. – Utusan Malaysia

Artikel disiar pada July 24, 2013 - 3:51 pm oleh Nor Azlina Shaari

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di mengkebang</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jan 2014 11:40 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Adiza saidi: PAGI RAYA <b>DI MENGKEBANG</b>

Posted: 26 Oct 2012 12:30 PM PDT

selepas solat subuh aku segera bersiap ape ape yang patut. adik dan anak buah ku 
juga bersiap dengan urusan masing masing,adik ku bersiap dengan kerja jahitannya
yang belum siap tempahan jahitannya semalam. dia wajib siapkan kerana hari ni  orang
yang tempah datang ambik. sebentar lagi aku nak ke masjid untuk solat sunat  aidul  adha.
7.00 pagi aku mula bergerak ke masjid.
masjid  mengkebang selepas solat raya
                                                   possing  dalam masjid selepas solat
                                             bersama cucu saudara ,mohd naufal
                                 singgah bergambar depan rumah seorang sahabat lama.
                                                           cabang tiga pak da gusi
                                                               rumah ku berubah wajah
                                                        sungai pahi sebelah rumah ku
                                          kenangan di atas jambatan depan rumah

pukul 10.30 bersiap untuk beraya kerumah pak sedara di lembah sentosa 
singgah beraya di rumah pok wil bukit marak
rumah encik zul rakan fb yang paling aktif.

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


pelajar tahfiz ditemui mati tergantung didalam tandas <b>di kok lanas</b>

Posted: 12 Dec 2013 10:49 PM PST

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ) | Berita yang sangat mengejutkan. Kejadian pula berlaku di sebuah sekolah agama di Kelantan. Semestinya kes ini disiasat dengan lebih terperinci. Berdasarkan komen-komen yang terdapat dalam internet, ada yang ragu-ragu dengan punca kematian arwah sebagaimana yang dilaporkan media.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Anda boleh baca laporan penuh Sinar Harian dibawah:

pelajar lelaki bunuh diri asrama kok lanas

Misteri bau busuk dalam tandas asrama di sebuah sekolah di Kok Lanas pagi semalam, terbongkar apabila penyelia asrama terbabit, menemui mayat seorang pelajar dalam keadaan tergantung dengan kain pelekat dalam tandas yang terkunci.

Penyelia terbabit, Zul Atfi Mohamad, 37, berkata, sebagai rutin setiap pagi dia melakukan pemeriksaan bersama pengetua sekolah bagi meninjau setiap keadaan kawasan sekitar sebelum pelajar memulakan kelas al-Quran pada setiap pagi selepas bermulanya cuti sekolah awal Disember lalu.

Menurutnya, hanya apabila sampai di kawasan bilik air di tingkat bawah, dia tercium bau yang amat busuk dan mendapati pintu salah sebuah tandas dalam bilik air asrama terkunci dari dalam.

"Curiga dengan keadaan itu, saya mengambil kerusi yang berada di luar dan cuba memanjatnya bagi meninjau keadaan dari dalam tandas yang terkunci itu. Ketika saya memanjat dinding bilik air berdekatan dengan siling tandas, saya mendapati mayat seorang lelaki separuh bogel dengan hanya memakai baju dan jaket manakala lehernya diikat dengan kain pelekat tergantung dalam tandas dan terdapat kesan darah dan najis di lantai bilik air itu," katanya.

Kata Zul Atfi lagi, sebelum ini sepanjang lima hari bertugas di situ, dia turut melakukan pemeriksaan di seluruh kawasan termasuk di bilik air ini hampir setiap hari bermula Selasa lalu, namun tidak pula tercium bau
busuk.

"Apa pun pihak sekolah menyerahkan kes ini kepada polis untuk tindakan lanjut bagi mengenal pasti identiti mangsa," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, sehingga ini pihaknya sudah mengenal pasti mayat mangsa dan hasil semakan yang dibuat melalui pengetua sekolah itu, mendapati salah seorang pelajar lelaki yang berusia 16 tahun tidak pulang ke rumah.

"Pihak sekolah telah menghubungi keluarga mangsa dan difahamkan pelajar itu tidak pulang ke kampungnya di Pasir Mas, selepas cuti bermula pada 7 Disember lalu," katanya.

Berdasarkan pengecaman yang dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa mangsa, mereka sudah mengenal pasti dan mengecam pakaian serta cermin mata yang dijumpai di tempat kejadian.

"Dari hasil siasatan terhadap mayatnya, pelajar itu sudah tiga hari berada dalam keadaan demikian. Melalui pengamatan yang dijalankan, kejadian terbabit tiada kaitan dengan unsur jenayah dan kes diklafikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

Kini terserah kepada pihak polis untuk membuat siasatan. Manakala orang ramai yang berikan pelbagai andaian kerana ia mungkin boleh mengganggu siasatan polis. Kenapa keluarga arwah, diharapkan tabah dengan apa yang berlaku.

Tags: , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

03 di rantau panjang - Google Blog Search

di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Mangsa Banjir <b>Di Rantau Panjang</b> Meningkat - MyNewsHub.My <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2014 04:44 AM PST


KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan pada petang ini bertambah kepada 1,629 orang berbanding 1,423 orang pagi tadi.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, kesemua mangsa membabitkan 644 buah keluarga dari Rantau Panjang itu kini ditempatkan di lapan buah pusat pemindahan sementara.

Peningkatan jumlah mangsa banjir di kawasan jajahan Pasir Mas itu berikutan limpahan air Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih mencatatkan bacaan melepasi bahaya.

Keadaan itu juga menyebabkan kebanyakan peniaga di zon bebas cukai Rantau Panjang menutup perniagaan mereka hari ini berikutan kawasan digenangi air selain kenderaan ringan tidak boleh memasuki kawasan itu.

Paras air di Sungai Golok, Rantau Panjang pada pukul 5 petang berada pada paras 10.34 meter iaitu melepasi tahap bahaya 9 meter.

Jalan alternatif antara Rantau Panjang ke Jeli iaitu di Panglima Bayu masih lagi ditutup kepada kenderaan ringan.

Laporan itu turut mengesahkan semua pusat pemindahan banjir dalam jajahan Tanah Merah telah ditutup selepas 199 orang mangsa banjir yang ditempatkan di situ dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi tadi. – BERNAMA

Mangsa Banjir Di Rantau Panjang Meningkathttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/FW310208_KB10_130114_BANJIR_JALAN-lpr.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/FW310208_KB10_130114_BANJIR_JALAN-lpr-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan pada petang ini bertambah kepada 1,629 orang berbanding 1,423 orang pagi tadi. Menurut portal rasmi kerajaan negeri, kesemua mangsa membabitkan 644 buah keluarga dari Rantau Panjang itu kini ditempatkan di lapan buah pusat pemindahan sementara. Peningkatan jumlah mangsa banjir di kawasan jajahan Pasir...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan pada petang ini bertambah kepada 1,629 orang berbanding 1,423 orang pagi tadi. Menurut portal rasmi kerajaan negeri, kesemua mangsa membabitkan 644 buah keluarga dari Rantau Panjang itu kini ditempatkan di lapan buah pusat pemindahan sementara. Peningkatan jumlah mangsa banjir di kawasan jajahan Pasir Mas itu berikutan limpahan air Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih mencatatkan bacaan melepasi bahaya. Keadaan itu juga menyebabkan kebanyakan peniaga di zon bebas cukai Rantau Panjang menutup perniagaan mereka hari ini berikutan kawasan digenangi air selain kenderaan ringan tidak boleh memasuki kawasan itu. Paras air di Sungai Golok, Rantau Panjang pada pukul 5 petang berada pada paras 10.34 meter iaitu melepasi tahap bahaya 9 meter. Jalan alternatif antara Rantau Panjang ke Jeli iaitu di Panglima Bayu masih lagi ditutup kepada kenderaan ringan. Laporan itu turut mengesahkan semua pusat pemindahan banjir dalam jajahan Tanah Merah telah ditutup selepas 199 orang mangsa banjir yang ditempatkan di situ dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi tadi. - BERNAMA