Rabu, 17 Ogos 2011

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


6 LOT BANGLO <b>DI BACHOK</b> - KOPERASI KELUARGA WAN ZAINAL KELANTAN <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2011 02:02 AM PDT








GAMBAR AKAN DIUPDATE NANTI
BERDEKATAN CABANG 3 MELAWI
BERDEKATAN UMK DAN KOMPLEKS SEKOLAH
LUAS TANAH:  5500- 6500+sqft
LUAS RUMAH : 1498 sq.ft.
2 JENIS BANGLO HAGA DARI  RM 265 600
( SILA REFER PAMPLET DI ATAS )
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


victory: Sejarah Awal <b>Mengkebang</b>

Posted: 05 Feb 2011 04:30 PM PST


Ayahanda Hj Che Soh Majid Imam Mengkebang
Peneroka awal Batu Mengkebang .
Sekitar tahun 1960an, Kerajaan Kelantan telah membuka beberapa tanah rancangan dalam Jajahan Kuala Krai untuk memberi peluang kepada rakyat yang kurang berkemampuan memiliki tanah . Pembukaan tanah tersebut membabitkan Rancangan Kemajuan Tanah Batu Mengkebang, (RKT) Rancangan Kemajuan Tanah Sungai Sam, RKT Manek Urai, RKT Chenulang dan RKT Sungai Sok . Borang-borang permohonan di buka kepada mereka yang berminat untuk menjadi peneroka . Rancangan Kemajuan Tanah Batu Mengkebang merupakan penempatan peneroka terawal daripada RKT yang lain. Hasilnya berbondong-bondonglah orang kampung datang memohon tanah untuk berhijrah membina penghidupan baru. Mereka datang dari segenap Daerah/Jajahan . Ada dari Tumpat, Pasir Puteh, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Bharu, Kuala krai, Bachok dan Hulu Kelantan. Sejarah penerokaan awal RKT Mengkebang penuh sukar dan memilukan , memerlukan pengorbanan dan istiqamah yang tinggi. Mereka terpaksa berbasikal sejauh puluhan batu dari kampung halaman masing masing membawa benih getah, bekalan makanan yang terhad menuju Gucil Kuala Krai dengan keazaman yang tinggi semata mata ingin merobah nasib. Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Begitu kata pepatah melayu. Berbekalkan semangat sengoti (sejati) mereka harungi pelbagai kegetiran kerana yakin disebalik kesusahan pasti ada kesenangan .

" Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri yang mengubahnya "

Tepat dan jelas sekali perumpamaan yang Allah gambarkan dalam Al Quran yang mulia bahawa manusia perlu berusaha dan berikhtiar bersungguh sungguh dengan tekun dan sabar untuk melakukan perobahan dalam kehidupan ini. Mereka tidak boleh berpaku tangan semata mata mengharapkan sesuatu yang turun dari langit secara gratis (percuma ) . Mereka perlu melakukan pengorbanan yang tinggi untuk memperolehi kejayaan . Hanya orang yang mampu bertahan sahaja (tohid istilah Kelantan) kekal sebagai peneroka hingga kini . Mereka yang tidak sanggup menghadapi kesusahan dan jerih perih awal-awal lagi sudah cabut ("surrender"- "give up ") dan pulang ke kampung halaman masing-masing. Sejarah awal Mengkebang penuh dengan ranjau duka yang dilalui oleh peneroka . Tidak sedikit yang demam kura, sakit dan meninggal dunia sebelum tiba ke destinasi . Mereka terpaksa menempuh duri dan onak berjalan kaki meredah hutan , mendaki bukit, menuruni cerun , meniti batang batang kayu yang ditinggalkan pengusaha balak melalui jalan STEWON ( a kind of timber lorry ) yang sungguh menyulitkan .Jika hari hujan, jalan berselut kuning dan licin . Jalan bengkok bengkang berselut kerikil ditengah tengah hutan tebal memerlukan pengamatan tajam jika tersilap langkah kaki tersandung , gelongsor masuk gaung. Bunyi reriang dan cengkerik rimba mengiringi ketibaan senja sungguh meremang dan mendebarkankan dada . Penduduk Mengkebang terpaksa menapak lebih 6 jam (anggaran penulis) dari Gucil memikul beras, gula, ikan kering , budu dan barang keperluan asas lain melalui perkampungan lama Batu Balai dan Belukar Tebu untuk sampai ke rumah masing-masing. Ketika itu tiada kenderaan yang boleh digunakan. Jika bernasib baik dapatlah menumpang stewon yang membawa balak.

Berbekalkan Kudrat Empat kerat

Hutan anugerah Illahi kaya pelbagai spesis flora dan fauna menjadi habitat Gajah, Harimau , Babi dan Mergastua lain bertingkah bunyi suara ungka mengejutkan penghuni rimba dengan kedatangan rombongan manusia. Suasana seperti ini sudah cukup menggambarkan betapa tingginya semangat bapa-bapa kita bersama anak isteri membuat anjakan paradigma melakukan transformasi kehidupan . Dari puncak bukit terpancar mata air yang jernih melalui celah-celah rekahan batu dan akar kayu mengalir mengikut alur dan lurah , membentuk air terjun yang sungguh mengkagumkan. Sungainya yang cernih , dingin dan belum tercemar menjadi tempat permainan anak anak ikan berenang tangkas menongkah arus dengan riang . Burung burung undang terbang rendah memerhati dan mencari peluang menangkap anak anak ikan untuk dijadikan sarapan mereka. Demikian indahnya ekosistem hutan yang diciptakan Tuhan sebagai sumber bekalan oksigen untuk kelestarian hidup manusia dan haiwan . Subhanallah . Bekas tapak kaki Gajah, Harimau dan binatang liar menjadi mainan mata saban hari. Rasa takut, cemas dan gerun sudah hilang dalam dairi kehidupan mereka . Berbekalkan kudrat empat kerat mereka menebang pokok sebesar sepemeluk dan menebas hutan seluas 6 ekar milik mereka tanpa bantuan mesin dan jentera moden . Masing-masing mengerjakan tanah dengan tekun dan sabar untuk ditanam getah dan padi huma . Pokok pokok yang ditebang dibiarkan kering dan sesetengahnya dibakar untuk dijadikan baja (pupuk) yang menyuburkan tanaman . Suasana muhibbah dapat dirasai seperti dalam keluarga sendiri. Saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Konsep menggilirkan kerja di panggil DE GHAA dan ME NGHUUN menjadi amalan mereka. Peneroka awal mempunyai nama yang sangat sinonim dengan tempat tinggal asal mereka sehingga orang lebih mengenali dengan nama gelaran daripada nama sebenar mereka . Gelaran seperti Mat Punai, Mat Merah, Mat Bedil, Mat Che Yah , Mat Gajah, Mat Tok Klong , Pak Mat Banir , Pak Kob Merah (sekadar contoh panggilan) kekal hingga kini .

Rumah Berdinding Kulit Kayu

Peneroka awal membina rumah berdinding dan berlantai kulit kayu beratapkan daun cucuh untuk melindungi hujan dan panas. Lubang-lubang celah dinding jelas kelihatan bilamana kulit kayunya telah kering. Damar hutan digunakan sebagai sumber cahaya disamping pelita minyak tanah yang di buat sendiri. Lantai rumah yang ngokngek ngokngek tidak rata terasa seperti orang sedang berjoget dan beronggeng dansa , menjadi tempat penginapan yang cukup selesa bagi mereka. Tiada peruntukan membina rumah, cuma gotong royong dalam kalangan mereka dengan menjamu nasi berlaukan ikan kering, ikan sungai masak lemak , gulai kulat sisir bersama pucuk paku , berulam kerdas , jering relung dan petai cicah budu menjadi menu yang sungguh menjelirakan (menyelerakan) . JIka teringin mencicipi daging, mereka memasang jerat napuh, pelanduk , landak dan rusa yang tidak sukar di perolehi. Begitulah indahnya semangat kekitaan pada masa itu. Sementara menunggu pokok pokok getah membesar mereka menanam ubi kayu, ubi keledek (ubi stelo ) menugal jagung, pisang , padi huma , tebu , sayur sayuran dan buah buahan untuk menampung kehidupan. Tanaman tersebut sentiasa diserang musuh seperti kera, kakoh, monyet, lutong dan beruang. Diwaktu malam pula , kedengaran sayup sayup suara serigala bersahut sahutan menambahkan lagi debaran . Mereka terpaksa menyalakan unggun api untuk mengelakan kehadiran haiwan pemusnah tersebut. Rutin harian mereka menyemai benih dan menyulat (mengganti) anak getah yang mati di sondol babi hutan.

Land Rover Pengangkutan Utama

Transformasi penduduk bermula sedikit demi sedikit dengan adanya kemudahan pengangkutan Land Rover (lighaba-dailek Kelantan) yang digunakan untuk membawa hasil tanaman berupa buah-buahan dan sayuran ke Pekan Gucil sejauh 13km melalui jalan berbukit curam yang menggerunkan. Jika musim hujan, jalan licin, lecah (becak) dan berselut hingga paras betis . Pengalaman menolak Land Rover yang tersekat dalam selut merupakan fenomena biasa bagi peneroka. Mereka sudah mangli dengan keadaan seperti ini. Mereka tidak punya pilihan kerana itulah satu satunya penghubung yang boleh digunakan. Keadaan jalan seperti ini sangat menguji kecekapan pemandu yang berulang alik dari Mengkebang ke Gucil . Land Rover yang uzur dan tak sempurna menjadi pilihan penduduk Mengkebang untuk TUBEK (keluar pekan) menjual komoditi mereka di Pekan Gucil dan Bandar Kuala Krai (KK). Pernah berlaku peristiwa kemalangan ngeri di Bukit Batu (Bukit Tonggek) . Land Rover yang dipandu Pak Yeh membawa Penyelia Tanah (nama lupa) ke Hospital KK mengalami masalah gear (gear loose) jungkir balik beberapa kali semasa menuruni bukit mengakibatkan penyelia berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian . Ketika itu ayahanda Hj Che Soh ada bersama dalam kenderaan terbabit. Ayah, Pak Will (gemulah ) dan beberapa orang lagi di rawat di hospital KK selama beberapa hari. Peristiwa tersebut masih segar dalam ingatanku (setiap kali melalui bukit tersebut) walau pun masa itu aku masih berumur kira kira 10 tahun dan bersekolah di Kampung Batu Hitam Pasir Puteh , tinggal bersama datuk Majid.

Banjir Besar 1967

Peristiwa banjir besar tahun 1967 yang melanda negeri Kelantan turut menenggelamkan bandar Kuala Krai dan Gucil mengakibatkan semua hubungan terputus. Taburan hujan yang luar biasa menyebabkan air sungai Kelantan ditangga Bradley (tangga Krai) melepasi paras bahaya . Bekalan makanan terpaksa dicatu. Air mencecah pokok kelapa , menghanyutkan rumah rumah penduduk , memusnahkan harta dan jiwa . RKT Mengkebang tidak terkecuali menerima musibah ini. Semua tanaman getah dan kebun peneroka turut musnah termasuk ternakan lembu kambing ayam itik mati dihanyutkan air. Ketika itu kami terperangkap beberapa hari di Gucil dalam perjalanan balik ke kampung di Pasir Puteh melihat datuk Majid yang sakit. Kami terpaksa menumpang di rumah Penyelia En Haris (kalau tak salah) dan beliau bertungkus lumus membantu menguruskan bantuan makanan kepada mangsa banjir termasuk kami. Pengalaman merasai makan nasi beras merah (beras campur) berlauk ikan kering yang dicatu adalah hidangan istimewa di kala menghadapi kesusahan begini. Setelah beberapa lama terkandas dan banjir mulai surut, kami bergegas balik ke kampung Batu Hitam melihat datuk yang sedang sakit. Allah menyayanginya, selang beberapa lama di Kampung , Datuk telah kembali menemui Tuhan. semoga Allah meredhainya. Amin Ya Rabbal Alamin. Setelah lebih empat puluh hari pemergian datuk, ayah bersama mak su dan adik kembali ke Mengkebang ,tinggal lah aku bersama Pak Teh (Bapa Saudara) di kampung meneruskan persekolahan di SK GONG GARU dalam Darjah 5.

Getah Mula Menitik

Hasil jerih payah peneroka selama bertahun tahun akhirnya mereka mendapat rezeki menambahkan pendapatan apabila pokok getah mula menitik mengeluarkan susu . Sejak awal pagi sesudah menunaikan kewajiban kepada Illahi , mereka menuju ladang getah untuk menoreh. Dengungan musik yang mengganggu cuping telinga memaksa mereka memasang ubat nyamuk semasa menoreh. Tidak saja nyamuk, mereka juga berperang dengan pacat yang sangat peka dengan bau manusia. Sesekali terserempak dengan sekumpulan anak-anak babi yang sedang berpesta menyodok tanah mencari makanan . Kumpulan babi terus melarikan diri kedalam hutan sebaik mendengar jerkah (jeritan) penoreh . Demikian sepintas nostalgia yang masih tersemat dalam ingatan penulis . Penoreh membina Pondok MESIN GETAH untuk memproses getah keping. Getah yang siap di mesin nipis di jemur dan di biarkan kering selama beberapa hari sebelum di jual kepada tok peraih . Peraih mengumpulkan hasil belian mereka untuk di jual di Pekan Gucil dengan Land Rover. Land Rover yang sarat muatan getah dengan penumpang terpaksa berdiri bergantungan di belakang memegang besi palang melalui jalan berbukit kerikil berdebu merupakan senario biasa pada waktu itu. Tidak ada rasa gayat, takut dan risau yang penting mereka selamat sampai di Gucil untuk menjual hasil getah kepada Tauke Cina MEK SOM setiap hari .

Sekolah Kebangsaan Batu Mengkebang

Menyedari pentingnya ilmu pengetahuan sebagai tunjang kehidupan , penduduk sepakat membina sebuah sekolah kayu berdinding papan di Pusat (central Mengkebang) . Sekolah tersebut ialah SK Batu Mengkebang (SKBM) . Guru Besar pertamanya Allahyarham Che gu Siddik dan menerima pelajar-pelajar sekitar Mengkebang, Bechah Salak, Pahi dan Gertak Kangkong. Sekolah yang dhaif dan serba kekurangan ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat peneroka menghantar anak-anak mereka. Dalam masa yang sama sebuah sekolah Agama Rakyat As Saadah dibangunkan secara gotong royong untuk memberi didikan agama kepada anak-anak . Pengasasnya ialah Hj Che Soh Majid bersama beberapa orang Ahli Jawatan Kuasa (AJK) terdiri daripada Allahyarham Ustaz Sulaiman dan Sdra. Ab.Malik manakala tenaga pengajar terdiri daripada anak-anak tempatan yang mendapat pendidikan di Kuala Krai dan Pasir Puteh . Mereka tidak mengenakan bayaran hanya sagu hati saja, ikut kemampuan. Kini sekolah sekolah tersebut mencipta kejayaan dengan mengeluarkan ramai pelajar yang menyambung pengajian ke IPTA dan mendapat pekerjaan yang baik dalam sektor awam dan swasta.


Mengkebang meniti arus pembangunan

Beberapa dasawarsa yang lalu, Mengkebang masih dipenuhi hutan dan banyak lagi tanah-tanah yang tidak diusahakan. Namun setelah Kerajaan membina rangkaian jalan menghubungkan Kuala Krai- Gua Musang sebagai laluan utama untuk ke Kuala Lumpur, Mengkebang mendapat tempias arus pembangunan. Jalan raya dari Gucil - Mengkebang dibina dan siap sepenuhnya sekitar tahun 1993 . Jalan ini menjadi laluan alternatif pengguna ke Gua Musang dan Kuala Lumpur ketika musim perayaan. Kini setelah melewati empat dekad, Mengkebang menjadi sebuah mukim yang maju berkembang pesat dengan bekalan elektrik dan air yang sempurna. Sebuah sekolah Menengah iaitu SMK Batu Mengkebang berasrama siap dibina pada tahun 1989-1990 (jika tidak silap) untuk menampung pendidikan anak-anak di peringkat menengah . Sekolah tersebut telah dirasmikan YB Menteri Pendidikan pada masa itu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Mengkebang menjadi sebuah daerah yang bertuah kerana sering menerima lawatan pembesar negara . Sebuah Masjid baru telah siap dibina menggantikan Masjid lama yang uzur . Imam Mukim Mengkebang (Imam Tua) ialah Tuan Haji Che Soh bin Majid juga selaku pendaftar nikah merupakan imam yang paling lama berkhidmat ( 30 tahun) disini (gambar -atas ) . Masjid baru tersebut dilapurkan menelan belanja lebih RM 1 juta yang diumumkan TPM Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak (pada masa itu ) semasa kunjungannya dalam bulan Januari , 2008 . Pejabat KESEDAR juga beroperasi sepenuhnya untuk memberikan khidmat nasihat kepada peneroka. Dalam masa terdekat Balai Polis Mengkebang akan di bina ( jangkaan penulis) berdasarkan tapaknya siap berpagar bertentangan dengan Masjid lama di PUSAT (central Mengkebang ) menggantikan Pondok Polis sedia ada. Dengan adanya pelbagai agensi kerajaan beroperasi sepenuhnya menjadi pemangkin pembangunan Mengkebang seperti Gucil dan Kuala Krai. Nilai hartanah melonjak drastik dengan kemudahan insfrastruktur yang cukup. Penduduk Mengkebang ketika ini dianggarkan seramai lebih lima belas ribu orang dan ramai anak anak generasi kini bekerja sebagai pegawai kerajaan , guru, pengetua , pegawai polis , pegawai tentera , pensyarah , doktor dan usahawan yang berjaya dalam bidang masing-masing. Mengkebang juga telah menjadi sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) sendiri sejak beberapa tahun lalu. Tidak siapa menduga Mengkebang yang suatu ketika dahulu merupakan tempat bermukimnya haiwan liar ,berubah wajah menjadi sebuah daerah moden yang mudah dicapai oleh sesiapa saja melalui rangkaian sistem maya, internet .

Refleksi Penulis

Gambaran senario tersebut di atas adalah berdasarkan memori penulis yang membesar di daerah ini dan mengalami sendiri pahit getir semasa bersekolah di Sultan Yahya Petra Secondary School (SYPSS) , kini ( SMK SULTAN YAHYA PETRA) dalam tahun 1969-1970 (remove class). Masih terkenang memakai uniform sekolah seluar warna kuning baju putih bergosok kanji supaya kelihatan keras dan bersih . Ketika itu Pengetuanya ialah MR. Abd. Malik seorang yang bengis dan ditakuti semua pelajar. Penulis tinggal bersama keluarga Pak Cik Pa ( Hj Jaafar Mat) di Quaters Railway Station Kuala Krai sebelum menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Kamil Pasir Puteh . Refleksi ini menghimbau kenangan penulis ketika musim cuti sekolah menjadi gembala lembu di ladang getah sempadan hutan simpan ( forest reserve) tepi sungai , Blok Hulu Kelantan . Sementara menunggu ternakan memagut rumput, penulis menebas semak samun di dada lorong getah yang sedang membesar . Kenangan ini dirasakan penting untuk dikongsi bersama generasi sekarang yang tidak pernah merasai kesusahan hidup sepertimana orang terdahulu , mudah mudahan menjadi ibrah dan tamsil betapa sukarnya membina sebuah kehidupan . Benar kata pepatah, "Kalau tidak dipecahkan Ruyung manakan dapat sagunya" dan "Berakit rakit ke hulu berenang renang ketepian " . Generasi terawal telah pergi meninggalkan kita buat selamanya namun jasa bakti mereka dapat dilihat, dirasai dan di nikmati anak-anak mereka . Hargailah jasa mereka yang terpaksa berkorban memerah keringat ,darah dan air mata membangun sebuah kehidupan yang selesa untuk anak-anak mereka dengan hasil komoditi getah semasa melambung mencapai harga RM8 hingga RM9 sekilogram . A good life does not just happen, its build in a daily prayer, sacrifice , humanity and love. No success without sacrifice.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


aspirasi mentor 1: Lawatan Penanda Aras ke SK Seri <b>Wakaf Bharu</b> <b>...</b>

Posted: 15 Jul 2011 07:10 AM PDT

                                         
                            Ucapan Terima Kasih kepada Zoom A oleh  Pengerusi MGB Hulu Selangor

Lawatan Penanda Aras merupakan lawatan kerja yang sewajarnya di buat sama ada di dalam daerah atau melangkaui ke negeri-negeri lain malahan sewajarnya ke luar negara. Lawatan kerja secara perkongsian ilmu ini dapat memotivasikan di kalangan yang terlibat bahkan ia merupakan perkongsian pengalaman dalam pengurusan sesebuah organisasi dalam meningkatkan mutu dan kualiti pengurusan. Setiap pentadbir mempunyai keistimewaan tersendiri dalam mengurus jabatan di bawah tanggung jawab dan amanah yang di berinya.

Jesteru itu Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor di bawah kepimpinan Encik Zakaria bin Ismail, Guru Besar SK Serendah telah membawa 26 orang guru besar sekolah kebangsaan ke Kelantan dan Terengganu. Lawatan berobjektifkan mencari alternatif gaya pengurusan dan perkongsian ilmu ke SK Seri Wakaf Bharu ,Tumpat Kelantan sebagai satu penanda aras kepimpinan yang cemerlang . Lawatan ini juga memberi ruang interaksi secara tidak formal di kalangan guru besar di daerah ini melalui pelbagai aktiviti yang di sediakan.
MGB Hulu Selangor di sambut dengan paluan kompang dan pancak silat


Penulis membuat catatan maklumat dari barisan Penolong Kanan SK Seri Wakaf Bharu

Lawatan tersebut telah memberi Impak besar kepada barisan pentadbir sekolah daerah apabila Pegawai Perhubungan MGB-PPDHS Tuan Haji Rahim bin Omar turut serta dalam lawatan ini . Ucapan perasmian dalam mesyuarat Agung Ke 11 Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor, beliau menekankan keperluan kerjasama di kalangan guru besar daerah bagi memastikan kecemerlangan pendidikan di daerah Hulu Selangor serta mengambil iktibar dari lawatan penanda aras ke SK Seri Wakaf Bharu, Kelantan. Kejayaan sekolah tersebut setanding dengan kejayaan beberapa sekolah di daerah Hulu Selangor dan semua guru besar di seru untuk memantapkan kualiti pengurusan yang sedia ada. Beliau turut memaklumkan  kecemerlangan sekolah-sekolah seperti SK Seri Fajar, SK Rasa , SK Ulu Yam Lama dan SK Taman Bunga Raya 1 dalam mengukir kejayaan dan kecemerlangan pengurusan.
Ketika sesi "Terapi Minda" beliau juga turut memberi sumbang saran dan memotivasi secara personel atau kumpulan kecil dalam membantu pentadbir-pentadbir sekolah daerah dalam menghadapi cabaran dalam mengurus sekolah.Peranan kecil tetapi memberi keberkesanan dalam stail pengurusan yang wajar di amalkan sebagai seorang Pegawai Pendidikan Pelajaran Daerah malahan stail kepimpinan seorang guru besar. Bak kata pepatah ular menyusur akar, beliau yang merendah diri tidak jatuh mertabatnya sebagai Pengelola Cemerlang.
Semoga sesi lawatan kerja anjuran Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor akan memberi manfaat kepada ahli yang turut serta dan perkongsian ilmu, pengalaman dan pengurusan yang berkualiti dijadikan iktibar untuk mensarjanakan lagi budaya kerja pentadbir-pentadbir sekolah.



    

Penulis mencuba bakat membuat batik lukisan tangan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Sasar 158 Pelajar Orang Asli ke IPTA » Blog JAKOA

Posted: 14 Aug 2011 07:32 PM PDT

Jabatan Kemajuan Orang Asli menyasarkan 158 orang kemasukan pelajar Orang Asli ke Institut Pengajian Tinggi (IPTA) pada tahun ini. Y.Bhg Dato' Hj. Mohd Sani bin Mistam, Ketua Pengarah JAKOA berkata demikian di Majlis Perasmian Ihya' Ramadhan dan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Cinta Berahi Resort pada 13 Ogos 2011.

Sehingga kini jabatan telah merekodkan 102 pelajar Orang Asli yang layak untuk memasuki IPTA bagi tahun 2011. Jumlah pelajar Orang Asli yang sedang melanjutkan pengajian di IPTA buat masa sekarang adalah seramai 370 orang di peringkat ijazah dan diploma.

Di majlis yang sama Ketua Pengarah JAKOA turut menyampaikan bendera kepada wakil-wakil penduduk kampung Orang Asli di seluruh negeri Kelantan dan Terengganu sempena dengan sambutan bulan kemerdekaan yang ke-54.

Turut bersama hadir di majlis tersebut ialah YB Tuan Abd Aziz bin Yusof, ADUN Galas dan Puan Faridah binti Mat, Pengarah JAKOA Kelantan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi <b>Negeri Kelantan</b> 1432H/2011 <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2011 05:20 AM PDT

By faizal fredley | July 30, 2011

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi kawasan-kawasan di negeri Kelantan untuk tahun 1432H/2011. Anda boleh melihat secara terus atau muat turun (download) melalui pautan yang disediakan.

Waktu Berbuka dan Imsak bagi kawasan di negeri Kelantan

Kelantan

Berikut adalah senarai kawasan yang berada dalam zon-zon waktu di negeri Kelantan:

Zon 1 – Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang (Daerah Chiku)

Zon 2 – Jajahan Jeli, Gua Musang (Daerah Galas dan Bertam) dan Jajahan Kecil Lojing

Sila download salinan jadual waktu berbuka dan imsak negeri Kelantan melalui paparan Sribd di atas.

Sumber: e-Solat JAKIM DAN BELIA MUDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Related posts:

  1. Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi Negeri Johor 1432H/2011
  2. Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi Negeri Terengganu 1432H/2011
  3. Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya 1432H/2011
  4. Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Tahun 2011 Seluruh Malaysia
  5. BANJIR DI KELANTAN

Peluang Menangi Duit Raya Dan Hadiah Dari Puan Bee

Menangi Apple Ipad 2 Malaysia Untuk Teman Setia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


ujang kutik: maghrib <b>di wakaf che yeh</b>; maghrib di jaya jusco <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2011 04:36 PM PDT


Kadang-kadang, kita memuktamadkan persepsi ke atas sesuatu semata-mata kerana pengaruh persekitaran dan warna kulit. Sesuatu yang mempunyai elemen moden, mewah, kekotaan dan sewarna dengannya secara tuntas kita kaitkan dengan kesimpulan negatif – kepura-puraan, penipu,jahil,merosakkan dan sebagainya.
Sebaliknya, sesuatu yang luarannya ada serlahan elemen konservatif, kekampungan, tradisional dan sebagainya, secara rakus kita kaitkan dengan kesimpulan positif – alim, selamat, ikhlas, suci,adab sopan dan sebagainya.   
Saya menginap di salah sebuah hotel di dalam kompleks beli-belah Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan semasa melawat negeri 'Serambi Mekah' baru-baru ini. Saya 'check in' kira-kira 30 minit sebelum masuk waktu solat maghrib. Berpandukan petunjuk yang diberikan oleh kakitangan hotel, akhirnya saya jumpa juga surau yang terletak berhampiran dengan kompleks beli-belah tersebut untuk menunaikan solat maghrib.
Surau tersebut agak besar, moden dan cantik . Berhampiran surau, tersergam kukuh sebuah bangunan dua tingkat yang dijadikan asrama untuk pelajar  tahfiz.
Sebagai menghormati waktu maghrib dan mungkin juga polisi pihak berkuasa, saya difahamkan bahawa urusan perniagaan cuma dijalankan selepas selesai solat maghrib. Sedemikian, pelanggan masih belum ada lagi ketika itu. Yang ada cuma para peniaga yang telah bersedia dengan segala keperluan perniagaan mereka.   
Ketika hampir masuk waktu solat, saya saksikan berduyun-duyun anak-anak muda lelaki di usia belasan tahun dari bangunan asrama datang ke surau. Mereka nampak 'bergaya' dengan mengenakan pakaian 'seragam' - berjubah dan berserban warna putih. Terlintas juga rasa cemburu di hati kecil saya kerana daripada dua orang anak lelaki, tiada seorang pun yang menjadi hafiz.          
Agak mudah untuk membezakan di antara jumaah yang terdiri daripada pelajar tahfiz dengan orang biasa.Selain dari usia muda dan berjubah putih, para pelajar tahfiz memakai serban dengan cara liltan yang tersendiri. Jumaah lain yang memakai jubah dan serban pula tidak ramai.  
Setelah usai solat saya duduk seketika di satu sudut di dalam surau tersebut. Minda saya diusik. Walaupun para peniaga ramai, golongan yang menunaikan solat maghrib berjumaah terlalu kecil bilangannya. Hampir keseluruhan para jumaah adalah pelajar tahfiz. Saya mengeluh, "Ada yang tidak kena dengan pola kehadiran jumaah di surau negeri 'Serambi Mekah' ini. Persepsi awal saya sebagai 'orang luar' jauh tersasar dengan realiti yang disaksikan. Di manakah perginya para peniaga?"
Saya balik ke Kuala Lumpur dengan membawa satu stigma yang bukan sahaja membebankan minda, tetapi juga semakin menebalkan persepsi buruk sangka saya terhadap satu golongan pencari rezeki. Mereka sama sahaja, samada di Kuala Lumpur atau di Wakaf Che Yeh.
Dua hari selepas balik semula ke Kuala Lumpur saya dan keluarga telah pergi 'window shopping' di Pusat Beli Belah Jaya Jusco Setiawangsa. Walaupun kami dilekakan sehingga masuk waktu solat maghrib, isteri dan anak perempuan saya tiada masalah untuk solat kerana mereka ada membawa telekung masing-masing. Kami menunaikan solat maghrib di surau yang disediakan oleh tuan punya kompleks beli-belah terkemuka dan moden tersebut.
Masya Allah. Surau penuh. Sesi pertama solat diimamkan oleh seorang anak muda yang tidak memakai songkok tetapi lancar dan sedap bacaannya. Kebanyakkan jumaah adalah dari kalangan anak muda. Melalui keterampilan mereka, saya cuba mengagak  status, profession dan latar belakang kehidupan mereka. Mereka kelihatan seperti golongan orang terpelajar .  
Setelah selesai solat, saya menunggu isteri dan anak perempuan yang masih belum selesai lagi solat di kerusi panjang yang diletakkan di luar surau lelaki. Ketika itu masih ramai lagi pengunjung pusat beli belah tersebut datang ke surau untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing. Saya seronok dengan senario sedemikian.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


PERANG-PAHLAWAN ERA REVOLUSI ANCAM NEPOTISME GANG: INI KERJA GILA <b>...</b>

Posted: 14 Aug 2011 02:17 AM PDT

INIKAH ILMU ISLAMNYA PANGLIMA UMNO
''Pas hendaklah mencari jalan menutup mulut beliau (Nik Abdul Aziz) yang merosakkan akidah umat Islam di negara ini.
''Lagipun, pendapat beliau bukan pendapat Dewan Ulama Pas, jauh sekali pendapat daripada badan induk Pas,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan-kenyataan Nik Aziz yang sejak kebelakangan ini sering kali mengundang kontroversi.
Terbaru, Menteri Besar Kelantan itu melabelkan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang tidak menyokong calonnya sebagai orang jahiliah.
Nik Aziz berkata demikian pada sidang akhbar di Kampung Radong selepas membantu calon parti itu, Normala Sudirman berkempen untuk Pilihan Raya Kecil DUN Tenang beberapa hari yang lalu.
Pendapat beliau berhubung serangan Lee Kuan Yew terhadap Islam juga dilihat seakan-akan mempertahankan serta merelakan perbuatan Menteri Mentor Singapura itu.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, fatwa Nik Aziz berkaitan politik juga sering berubah-ubah dan tidak berlandaskan nas serta ijmak ulama.
Sementara itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, Mursyidul Am Pas itu sanggup melakukan apa sahaja asalkan cita-cita pembangkang tercapai dan dendam mereka terbalas walaupun agama dijadikan galang gantinya.
''Apa saja yang menguntungkan politik Pas akan dibiarkan berlaku walaupun ia diketahui akan menjejaskan kedudukan agama Islam,'' ujar beliau.Timbalan Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Saleh pula berpendapat, Nik Aziz terlalu banyak menggunakan agama untuk kepentingan politik beliau.
''Saya ingin bertanya kepada beliau, apakah status nenek moyang saya dan mereka yang tidak mengundi Pas sebelum Pas diwujudkan. Adakah mereka ini kafir seperti 'fatwa' yang dikeluarkan Pas?
''Jika Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) disifatkan sebagai pelacur politik, saya ingin bertanya, apakah Nik Aziz ini pelacur agama kerana sikap beliau yang memperdagangkan agama demi memuaskan nafsu untuk berkuasa.
''Anwar dan Nik Aziz ialah gambaran manusia 'putar alam' yang sanggup menjadi pak turut kepada DAP. Nik Aziz sendiri telah memperdagangkan Islam demi kepentingan politik DAP,'' tambahnya.
Ambo Rasa  Nak Jawab Ni Deh!!!

Kenapalah sungguh buta sekali Puak Umno ni,Muka letak kat mana pun ambo tak tahu,Nak tutup mulut TGNA.Melayu mudah lupa sangat sesuai untuk UMNO.Pepatah ada menyebut "Mulut tempayan boleh ditutup,Tapi bukan mulut manusia".Lebih-lebih lagi manusia yang berilmu.Tapi yang tak tahannya dalam duk jahiliah nak jugak berkawan,Apa Umno ni takder MARUAH,Kalau TGNA ni boleh merosakkan akidah umat Islam,apa punya bangang nak buat Perpaduan dengan PAS.Bila ditolak dimakinya Pas.Kesian sungguh dengan Umno ni.Mana kamu nak pigi hah!!!
Beginilah sikap jahil yang tak berajar.Bila orang cakap jahilliah dikatanya sesat,Yang dia sendiri tak sedar dia yang sesat,Bercakap hal agama diatas bukan bidangnya jadilah Isikelaroh.Agak-agaknya mereka ni belajar tentang agama setakat mana?Bukan ambo nak perlekeh atau merendahkannya.Tapi ini adalah hakikat yang terpaksa dijelaskan supaya tidak nanti ada yang kurang arif mengambil pakai apa yang di merapukan oleh bekas menteri yang jaga agama ni.
Bagi ambo apa yang dikatakan oleh TGNA sangat tepat sekali dan tiada salahnya,Sesiapa yang menyokong Umno ni memang jahiliah,Sangat jahiliah,Ambo berani katakannya.Apa tidak jahiliah jika dari kalangan pemimpinnya ramai yang isikelaroh dan ikut sedap mulut menghukum diatas hanya kerana dia seorang menteri.Rakyat jahilliah buta hati gelap perut sahaja yang akan sokong.

Kejahatan,kejahilan,dan kemaksiatan yang dilakukan Umno sepatutnya dijadikan pedoman bila time mengundi,Tapi sayang sekali,akal yg tuhan bagi tidak digunakan dengan baik sehingga setiap makhluk akan membuat tuntutan padanya dihari akhirat kelak.

Nak suruh Allah taala tunjuk macam di Bagan Pinang dulu baru nak reti bahasa.Orang yg conform RASUAH dan dihukum oleh partinya sendiri masih dipilih oleh manusia yang buta sehingga ribut yang begitu kuat melanda dengan dasyatnya.Sama-samalah berfikir dan merenung setiap apa yang terjadi itu.Bukalah kitab mana sekalipun pasti tercatat apa yang berlaku itu pasti ada sebabnya.Semoga diambil pedoman dan iktibar.

Zahid Hamidi Isikelarah Kejahilannya Terhadap Islam

Gesaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya pemimpin PAS solat istikharah berhubung video seks menyerlahkan lagi kejahilannya terhadap hukum feqah di dalam Islam.
Demikian Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali sebagai respons kepada laporan Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk "Nik Aziz digesa solat istikharah".
Kenyataan itu memetik kata-kata Zahid selaku Naib Presiden Umno yang berkata: Saya fikir mereka (pemimpin Pas) perlu melakukan solat sunat istikharah untuk memohon hidayah Allah sama ada segala kebenaran di sebalik video seks itu berpihak kepada Anwar atau tidak.

Khairuddin berkata, kenyataan itu menunjukkan Umno semakin tersepit pada hari ini.
"Tidak cukup dengan kebiadapan Utusan yang menyiarkan karikatur yang menggambarkan persepsi yang negatif terhadap Islam, pada hari ini kita membaca pula kenyataan Naib Presiden Umno yang menggesa supaya pemimpin PAS melakukan solat istikharah dalam menangani isu seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang," katanya.

Jelasnya, solat istikharah tidak dilaksanakan untuk bertujuan yang bertentangan dengan hukum syarak.

Dalam isu ini, katanya seseorang itu tidak dianggap bersalah melakukan kesalahan zina selagimana tidak didatangkan dengan empat orang saksi.
Ini, ujarnya adalah peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT secara jelas di dalam Al-Quran dan Al-Hadis.Ianya merupakan kaedah keterangan yang dipegang di dalam Islam.

Katanya, selagi mana tidak di datangkan 4 orang saksi maka sesorang itu adalah tidak bersalah dan tidak melakukan zina.
"Tiada seorang Islam pun yang berhak untuk keluar daripada ketetapan Allah SWT ini," tegasnya.

Justeru, beliau meminta para alim ulama di dalam Umno seharusnya menasihatkan pemimpin mereka supaya berhati-hati sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan urusan agama sebelum masyarakat turut menjadi haru biru dek kerana kenyataan tersebut.

Ambo Rasa  Nak Jawab Ni Deh!!! 
Sudah terang lagi bersuluh.....inilah rupanya seorang pemimpin Islam yang tak reti hukum hakam dan ikut sedap mulut bercakap diatas tiket ia seorang Menteri.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata tindakan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) melarang masjid dan surau menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di negeri itu tidak akan berlaku jika kerajaan negeri Pulau Pinang sensitif terhadap agama Islam.

zahid hamidi wavingBeliau berkata, perkara itu berlaku kerana kerajaan yang memerintah negeri berkenaan adalah parti yang langsung tidak sensitif terhadap isu-isu agama Islam.

"Saya amat dukacita fatwa yang dikeluarkan oleh JHEAIPP yang selama ini tidak ada sebarang kajian dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai larangan itu," katanya kepada pemberita di Bagan Datoh hari ini.

Ahmad Zahid berkata, larangan yang dikeluarkan oleh JHEAIPP itu adalah arahan daripada pentadbiran kerajaan negeri.
Beliau berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang seharusnya merujuk fatwa itu kepada Yang Di-Pertuan Agong selaku ketua agama.

Katanya, apa yang dikhuatiri sekarang ialah larangan tersebut akan menjadi ikutan kepada negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

azlan"Biarpun kita menghormati agama lain, sebagai sebuah negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, amalan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara harus dihormati," katanya.

Beliau berkata, "dalam soal agama dan bangsa, jangan harus berbeza pendapat walaupun mempunyai fahaman politik yang berlainan, kita harus bersama dalam menegakkan syiar Islam.

"Mereka yang menjadi pemimpin parti politik hendaklah senada memberikan pendapat, jauh sekali memberi pendapat politik sebagai fatwa Islam," katanya.

Ambo Rasa  Nak Jawab Ni Deh!!!
Inilah bukti Artikel ambo yang lepas ambo kata Pecat Mufti ganti Paderi.Mufti yang ikhlas bila mengeluarkan fatwa akan disanggah oleh menteri celaka Umno.Ambo nak tanya layakkah seorang Tok Bomoh Cacing nak keluarkan kenyataan penyakit kanser?Berbelit-belit dibuatnya bila isu yang berkaitan agama dicampur aduk olehnya dengan membelakangkan orang yang bertangunggjawab membuat keputusan dalam hal agama.Inilah puncanya ramai yang MURTAD.

Apa anda fikir tuduhan ini tidak berasas?Jika begitu ambo huraikan sedikit mengenai asasnya apa yang ambo katakan,Tentang larangan menggunakan pembesar suara ini dipolitikkannya sehingga bukan saja Mufti yang tidak diendahkannya bahkan hadis Nabi juga,Hadis dijelaskan oleh Mufti tentang larangan itu adalah hadis soheh,Tapi bila tidak pakai hadis Nabi dan nak pakai kepala otak yang mabuk Toddi beginilah jadinya.

Untuk makluman puak Menteri yang Islam nak jadi Kafir- TIDAK PERCAYA MUFTI TIDAK APA,TAPI JIKA TAK PERCAYA NABI KAFIR.Apa yang diberitahu oleh Mufti itu adalah apa yang ditulis didalam hadis,Hadis ni barang hak datang dari Nabi,Kalau tak ikut, sedikit boleh tahan lagi,Tapi bila melanggar/menolak dengan membuat hukum sendiri dan menolak Hadis Nabi tanyalah Tok Guru Hj Lah Genting pun apa hukumnya,Tak tahulah takut Ulamak Ahzab Umno cakap tak apa.Tinggi pangkat Menteri lagi dari pangkat Nabi ke.


Bukan saja-saja hukum larangan tersebut,tetapi ianya berkaitan dengan gangguan keatas orang lain,Lainlah kalau tidak dibenarkan azan,Payah kalau adanya Menteri yang macam ni,Dia tiada kerja ke dalam kementerian yang dia pegang.Pasal enjin jet hilang pun jawapan dia memang bercelaru macam ni lah,Tapi tidak melibatkan keterangan Hadis tu taknaklah kita hurai lebih-lebih.Kalau rasa tiada kerja sangat ni ambo nak bagi kerja.Silakan jawab kenapa MALAYSIAKU beli 2 buah kapal selam dengan harga RM 6.7 BILLION.Apa hebatnya dengan THAILAND beli 6 buah Kapal selam berharga RM 770 JUTA.

Tak payah nak ganggu urusan berkaitan Agama kalau jahil,Jawab yang mana bertanggungjawab dengan Jawatan.Beza harga kapal selam begitu ketara sekali.Kalau Kafir boleh beli 6 buah dengan harga jauh lebih murah dari Pemimpin yg Digambarkan Islam beli,Apa nak hebat dengan cerita Islam anda?Allah Maha Mengetahui.Jadikan ianya sebagai iktibar kepada semua,Keadaan yang rakus seperti ini akan Allah perlihatkan musibahnya nanti...

REJIMEN ASKAR CINA DIRAJA UMNO


Rejimen 501 Askar Wataniah yang berpangkalan di Kem Sri Rajang di Sibu bercadang menubuhkan satu kompeni kaum Cina dianggotai kira-kira 120 pegawai dan pangkat-pangkat lain.

Timbalan Komandernya, Lt Kol Azman Mohd Yassin hari ini berkata, cadangan itu bersesuaian dengan kedudukan Sibu yang mempunyai ramai penduduk Cina.

NONE"Kami ada tiga batalion di negeri ini dalam rejimen yang terdiri daripada kira-kira 1,600 pegawai dan anggota pangkat-pangkat lain, kebanyakannya bumiputera.

"Ramai orang Cina di Melaka dan Pulau Pinang menyertai Askar Wataniah dan oleh itu, kami ingin melihat keadaan yang sama berlaku di sini," katanya kepada pemberita di Sibu.

Azman berkata, sekiranya cadangan ini menjadi kenyataan, Sarawak akan mencatat sejarah sebagai negeri pertama yang mempunyai satu kompeni Askar Wataniah yang semua anggotanya terdiri daripada kaum Cina. "Kami harap dapat mengambil kira-kira 200 sukarelawan kaum Cina menjelang akhir tahun ini.

"Hari ini, kami mengambil tiga orang," katanya.
Azman berkata rejimen itu memerlukan 40 peratus sukarelawan lagi untuk memenuhi kuotanya.

NONEMereka yang berusia 18 hingga 45 tahun, memiliki kesihatan yang baik dan bersekolah sekurang-kurangnya hingga di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR), layak dipertimbangkan untuk menganggotai rejimen itu.

"Calon yang terpilih akan diberi latihan asas ketenteraan selama sebulan dan dibayar elaun kira-kira RM800 dalam tempoh itu.

"Peluang untuk naik pangkat juga ada dan mereka yang benar-benar meminati kerjaya dalam bidang ketenteraan boleh diserap ke pasukan tentera biasa selepas lima tahun," katanya.


Ambo Rasa  Nak Jawab Ni Deh!!! 

Lepastu nak kata tidak jahiliah lagi kalau sokong Umno-Bn ni.Adakah seorang Leftenan Kolonel layak untuk membuat keputusan berkaitan soal keselamatan negara kalau ianya bukan diputuskan oleh Menteri Pertahanan Agama.Bukan ambo tidak suka kaum cina,Tapi cukuplah dengan apa yang ada.
Walau perkara ini kecil bagi otak udang berfikir,Jangka masa yang panjang akan mendatangkan musibah dengan lebih banyak lagi isu2 seumpama ini,Kenapa tida juga tubuh REJIMEN ASKAR INDIA DIRAJA UMNO.Apakah orang India bukan sebahagian dari pada rakyat Malaysia.Dekat Sentul pun boleh,Sebab situ pun ramai India.Atau dekat mana2 estate ke.Lepas tu REJIMEN ASKAR SIAM DIRAJA UMNO.Baru dinamakan 1malaysia.Walaupun ianya merupakan satu pasukan sukarelawan tapi harus diingat,setiap perkara yang berlaku bermula dari kecil,Sekiranya mendapat sambutan dan line clear dari Menteri bodoh maka yang lebih besar dari tadi pula akan menyusul.
Kebodohan Umno seringkali dibuta pekakkan oleh media.Lihat saja perjanjian air dengan Singapura,Begitu juga perjanjian carigali minyak dengan Syarikat Shell dan kawasan bertindih dengan Thailand, dan bermacam lagi kebodohan Umno diserlahkan oleh generasi warisannya pula.Hancur dan terus hancur,jahanam dan terus jahanam,
Melayu tak payah cerita banyak.Mentang rasa duduk dah senang sikit tak nak peduli soal isu membabitkan kemusnahan negara,Berfikiran pendek dan tidak melihat masa depan anak cucu atau generasi kita nanti.Sekiranya apa yang terjadi ini berterusan fikirlah tentang masa depan anak cucu kita.


Ambo cukup kecewa dengan segelintir kepala otak yang berfikiran sempit dan pentingkan diri sendiri.Lepas tu bila dah terhantuk baru nak menyalak,Buang masa saja.Jangan ingat kesenangan yang ada pada hari ini adalah kesenangan yang hakiki.Walaupun duit kita banyak dalam bank,kalau selalu dicucuk keluar tanpa ada ganti yang masuk ianya akan habis.Ketika itu semuanya tiada makna lagi.

Fikirkanlah dan ingatlah.APA YANG TERJADI HARI INi ADALAH DISEBABKAN UMNO.Sedikit masa lagi apabila berlaku kecelaruan atas dasar yang dibuat oleh tangan UMNO ini sendiri dia akan mengarahkan anjing suruhannya untuk memutarbelitkan fakta supaya rakyat akan menyalahkan Pembangkang.Inilah keja UMNO yang dikatakan DULU,KINI DAN SELAMANYA.Tapi ada jugak yang bodoh dan tak faham terus duk jilat UMNO.Sedangkan UMNO sudah beritahu melalui motto partinya yaitu apa yang terjadi dahulu,kebodohan dahulu,dan apa saja yang dahulu akan kekal hingga KINI dan jika dipih juga lagi akan kekal SELAMANYA.Cuma yang berubah ialah rakyat akan lebih sengsara kerana dunia semakin berubah,Negara lain semakin maju ke depan.Tapi negara kita kekal macam dulu,Kalau dulu 10 tahun lepas pergi kerja kilang gaji pokok RM 450, Hari ini pergi pun gaji pokok sama RM450 dan 10 tahun lagi pun sama RM450 atau kalau naik pun RM550 paling tinggi.Tapi negara lain jauh kedepan tanpa menunggu kita.Apa punya besar kita orang nak tunggu.Mama yang besar atau Big mama.??

Sedarlah wahai sahabatku didalam Umno,tiada untungnya Umno,Kalau nak cakap tengah pakai internet sekarang ni pun adalah Jasa Umno,Baik buang otak dan tak payah pakai otak.Sangat bodoh bila ambo dengar pernyataan itu.Ada internet pun nak di agung-agungkan.Indonesia lagi lama dan hebat dengan Internet ni walau negara mereka digambarkan dengan macam2 perkara.

Kalau tengok dengan mata bukan dengan buta, bahasa pilihan kebanyakannya yang Indonesia ada tapi bahasa Malaysia tiada.Begitu juga dengan telefon. Maknanya Indonesia lagi kedepan berbanding Malaysia,Indonesia mampu buat kapal selam sendiri,Malaysia apa ada?Semuanya dibeli dari yahudi...Banyak perbandingan yang boleh dibuat dengan kemajuan negara jiran yang selama ini disorok oleh kerajaan.Anda carilah sendiri untuk mendapat kepuasan akan nikmat negara yang anda kata perlu di syukuri sampai mati...

Umat Islam dinasihat untuk menghindari sikap suka meminta bagi memastikan martabat umat Islam sentiasa terpelihara.

UMAT ISLAM DIGALAKKAN BERJIMAT CERMAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan tindakan mereka yang suka meminta-minta sebagai tamak dan boros.

NONE"Contohnya kes di Negeri Sembilan, di mana seorang individu bukan sahaja telah menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal malah sanggup meminta bantuan dari sebuah gereja di Seremban," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Iftar Perdana Bersama Asnaf dan penyampaian bantuan Ramadan di Kompleks Pusat Islam di kuala Lumpur malam semalam.

Memberitahu pemberita kemudiannya mengenai larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara semasa subuh oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, beliau berkata pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri itu.

"Kami menghormati keputusan itu kerana ia adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lepas dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu," katanya.

Pada majlis malam ini sumbangan sebanyak RM2.9 juta daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan disampaikan kepada 15,131 penerima sempena program Bantuan Ramadan.

Antara penerimanya ialah golongan saudara baru, fakir, miskin, penuntut Institut Profesional Baitulmal, anak-anak yatim Darul Kifayah dan penghuni Dar
As Saadah.


PENDEKAR SUDAH KELUAR


Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam kesal dengan sikap sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang menonjolkan berita berhubung perkahwinan lelaki sejenis yang akan berlangsung di negara ini tidak lama lagi.

ali rustam wearing songkokBeliau berkata paderi warganegara Malaysia yang membuat pengakuan orientasi seks songsangnya dilapor akan berkahwin dengan pasangan kekasihnya seorang warga Afrika-Amerika tidak lama lagi.

"Dengan memperbesarkan kisah songsang paderi di akhbar berkenaan seolah-olah mengajak dan menggalakkan masyarakat di negara yang terdiri daripada golongan masyarakat majmuk dan anutan pelbagai agama menerima situasi tersebut," katanya ketika berucap pada Majlis Kasih Ramadan anjuran Pergerakan Puteri Umno Kedah di Kampung Air Putih, Junjong di Kulim.

Katanya, tindakan akhbar itu juga membelakangkan keprihatinan masyarakat di negara ini yang menganggap perkahwinan songsang adalah sesuatu yang luar biasa dan dilarang agama.

Beliau berkata orang ramai perlu berwaspa dengan keadaan perkembangan cara hidup masa kini dan jangan mudah terpengaruh dengan budaya songsang itu.

Akhbar itu Khamis lalu melaporkan paderi berusia 41 tahun yang mengaku gay akan berkahwin hujung bulan ini atau awal bulan depan dengan majlis perkahwinan bakal diadakan di New York, Amerika Syarikat dan Malaysia.


Ambo Rasa  Nak Jawab Ni Deh!!!

Untung orang Melaka dapat ketua Menteri macam ni,begitu cakna dengan masalah rakyat,negara dan agama.Janganlah akhbar duk siar2 yang macam tu ya,Apalah akhbar milik Pembangkang ni,Nak kena tarik balik permit tu,Jangan main-main,ini adalah soal maruah kita orang Melayu.Kita wajib pertahankan kroni kita.
Kita jangan jadi macam Kelantan.Diperintah oleh seorang tua yang nyanyuk,Lihatlah keadilan dan kekayaan dalam negeri kita ini yang tiada taranya didalam negara...

BATU BERENDAM (Los Angeles kot): "Selain memenuhi permintaan arwah supaya tidak memaklumkan kepada sesiapa, saya juga tidak ada sesen pun untuk menguruskan jenazahnya.

"Duit yang ada ketika itu hanya cukup untuk membayar tambang bas pergi dan balik kerja pada hari berkenaan," kata Zaini Malek, 48, wanita yang dijatuhi hukuman denda RM250 oleh Mahkamah Majistret di sini, kelmarin kerana menyembunyikan kematian suaminya dengan mencampakkan di bawah pokok pisang, Abd Halim Manan, 70, selama empat hari di rumah mereka di Kampung Batu Berendam, pada Oktober lalu.Berita penuh Klik

PANDANGAN MUFTI PERLIS
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.
"Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa," katanya dalam satu pesanan SMS kepada Malaysiakini.
Sehubungan itu, Dr Juanda berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.
"Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang," katanya.
Menurut Dr Juanda, Jawatankuasa Fatwa Perlis telah membincang hal berkenaan sejak 30 April 2007 dan dalam garis panduan masjid di negeri itu diletakkan satu klausa: 'tidak membaca dan memperdengarkan ssebarang bacaan selain azan dengan kuat ssebelum dan selepas'.
Keputusan itu juga telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Perlis pada 25 Julai 2007 yg dipengerusikan oleh Tuanku Raja Muda Perlis.
MUFTI INI BAKAL LETAK JAWATAN ATAU DIPECAT???

Bukan Ulamak didalam Umno dan bukan Umno bersama Ulamak.Ibarat air dan minyak tidak sekali akan bercampur.Jika bercampur maka akan rosaklah mana2 diantara keduanya.

Mufti muda ini kelihatan agresif dan ikhlas dalam menyampaikan hukum mengenai Islam yang sebenarnya,Ambo tidak tahu berapa lama ia mampu bertahan,Ambo pinta agar Imannya sentiasa kuat dan dilindungi oleh Allah taala setiap perkara maksiat yang akan berlaku dari pembabitannya.

Semoga akan berlaku satu Revolusi yang akan mengikut jejak seperti sahabatnya sebelum ini.Insyaallah.Kalau Mufti Kerajaan Umno sendiri pun balaci tak percaya dan lebih percayakan kemerapuan dari menteri kehilangan....Alamatnya takder apa yang mampu nak diselamatkan lagi.Kalau ulamak Pas cakap,mungkin politik,Ulamak neutral cakap,mungkin cari publisiti,Ulamak Umno cakap,Mungkin...apa lagi????Mungkin di Neraka Hakiki....lu pikirlah sendiri

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


UMNO Online - Kerajaan BN Tingkatkan Nilai Ekonomi <b>Di Gua</b> <b>...</b>

Posted: 25 May 2011 01:01 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Kerajaan BN Tingkatkan Nilai Ekonomi Di Gua Musang 10 Kali Ganda

GUA MUSANG, 25 Mei – Pembangunan infrastruktur kerajaan pusat seperti jalan raya telah meningkatkan pelaburan dan nilai tanah di kawasan pedalaman Hulu Kelantan iaitu Gua Musang dengan kenaikan hartanah sebanyak 10 kali ganda.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata nilai tanah sekitar bandar ini melambung lebih 10 kali ganda daripada nilai tahun 80-an dulu berikutan menjadi rebutan pelbagai pihak untuk dijadikan pusat pelaburan jangka panjang.

"Sebagai contoh harga satu unit kedai yang dahulunya hanya RM50,000, tetapi sekarang meningkat kepada lebih RM300,000 seunit," katanya pada Majlis Perjumpaan Dengan Peserta Program Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Kesedar Sejahtera di Chin Teck, dekat sini, hari ini.

Berikutan itu, beliau menasihati penduduk agar tidak menjual hartanah mereka walaupun ada menerima tawaran kerana mereka akan rugi jika berbuat demikian kerana beliau menjangkakan nilai tanah di kawasan berkenaan akan meningkat.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO bahagian Gua Musang berkata sejak kebelakangan ini juga semakin banyak permintaan orang luar untuk membeli tanah-tanah di sekitar Gua Musang sama ada untuk gudang perniagaan atau pembukaan ladang.

Sejajar dengan Dasar Keberhasilan Negara (NKRA) dalam meningkatkan taraf  hidup rakyat dan memajukan kawasan pedalaman, Kerajaan Barisan Nasional (BN )telah melaksanakan pembinaan jalan raya menghubungkan Kuala Lipis-Gua Musang-Kuala Krai-Kota Baharu bawah pelan Pembangunan Ekonomi Wilayah PantaiTimur (ECER).

Kerajaan pusat juga melaksanakan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak 1,500 unit membabitkan kos pembinaan hampir RM200 juta di Gua Musang yang dijangka siap sepenuhnya dalam masa tiga tahun lagi.

Beliau mengakui dahulu tidak ada siapa yang berminat untuk membuka pelaburan di daerah ini, tetapi selepas kerajaan membina rangkaian jalan dengan kedudukan bandar Gua Musang yang terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia menjadikan ia lokasi strategik.

"Perkara itu ditambah pula dengan pembukaan jalan baru menghubungkan GuaMusang-Jeli, Gua Musang-Cameron Highland, Perak dan Gua Musang-Kuala Berang di Terengganu menambahkan minat orang ramai datang ke Gua Musang," katanya.

Katanya rumah untuk penempatan penduduk miskin itu juga mempunyai nilai tinggi walaupun kerajaan memberi secara percuma kepada mereka.

"Kita harap penduduk terbabit jangan mengambil kesempatan menjual rumah terbabit dan hargailah sumbangan kerajaan itu untuk terus dimanfaatkan sehinggake anak cucu," katanya.

Berita Bertarikh 25 May 2011 Pada 4:01 PM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Utusan Malaysia Online - Terkini

Posted: 05 May 2011 10:25 AM PDT

Bekas tentera dakwa tanah pusaka di Gua Musang diceroboh

Bekas tentera dakwa tanah pusaka di Gua Musang diceroboh

05/05/2011 3:22pm

KOTA BHARU 5 Mei - Seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia mendakwa tanah bergeran milik keluarganya seluas 2.4 hektar di Kampung Kijang Relai, Gua Musang, telah diceroboh sebuah syarikat swasta yang dipercayai terlibat dengan projek Ladang Rakyat.

Abdul Rahman Mohamed, 31, berkata, bahawa sejak pencerobohan di tanah pusaka itu bermula awal tahun lepas, beberapa rundingan dengan pihak syarikat telah diadakan namun gagal menyebabkan beliau melantik peguam bagi membuat tuntutan ganti rugi daripada syarikat yang didakwa milik bukan Bumiputera itu dan berpejabat di luar Kelantan.

"Tanah ini mempunyai geran atas nama bapa saya, Mohamed Noh yang meninggal dunia pada tahun 1998. Keseluruhan tanah adalah seluas 9.6 hektar tetapi syarikat ini telah menceroboh sebahagian tanah itu meskipun saya sendiri sudah beberapa kali cuba menghalang mereka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri peguamnya, Norazli Ahmad.

Abdul Rahman berkata, tanah itu sepatutnya dibahagikan antara beliau dan lapan adik-beradiknya tetapi pembahagian itu kini terjejas disebabkan pencerobohan yang berlaku.

Beliau berkata, aduan telah dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Galian Gua Musang manakala laporan polis telah dibuat pada 24 Mac lepas. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


<b>Melaka</b> - <b>Pulau</b> Sebang 2011 Hungry Ghost Festival | <b>MelakaBest</b>.com

Posted: 17 Aug 2011 01:01 AM PDT

In Malaysia Chinese society,  Some important cultural ceremonies are celebrate annually.  Beside Chinese New Year and Mid-Autumn (Lantern Festival),  Hungry Ghost Month(Chinese Lunar calendar 7th Month) is an important traditional cultural that normally celebrate annually by local Chinese.

Pulau Sebang, a small remote town in Melaka State, had celebrate(Pearl Park)Hungry Ghost Festival last week.  For your information, there are four(4) major ceremonies for Hungry Ghost Festival in Pulau Sebang.

  1. Pearl Park (old time cinema)
  2. Pulau Sebang wet market
  3. Pulau Sebang Sawmill
  4. Taman Clonlee

For those who don't know what is Hungry Ghost Festival, please refer to Wiki info.

Ghost Festival - Burning incense

Ghost Festival - "King Of the Ghost"

Ghost Festival - Foods for "Ghosts"

Ghost Festival - sacrifice goat for ritualistic activity

Ghost Festival - sacrifice pig for ritualistic activity

Burning incense, joss paper, offering foods and papier-mache form of material items such as clothes, gold and other fine goods for the visiting spirits of the ancestors are part of these activities.

Other festivities may include, buying and releasing miniature paper boats and lanterns on water, which signifies giving directions to the lost ghosts and spirits of the ancestors and other deities.

Related posts:

  1. Melaka Events Calendar 2011 – November 1. Event : Fruits Day with FAMA Dates : November...
  2. Melaka Events Calendar 2011 – February 1. Chinese New Year Celebration Date: February Venue : Menara Taming...
  3. Melaka Events Calendar 2011 – April 1. Event : Poco-Poco Dance With Police Dates : April...
  4. Melaka Events Calendar 2011 – September 1. Event : Batik Dates : September 2011 Venue :...
  5. Melaka Events Calendar 2011 – October 1. Event : Photography Exhibition & Competition Dates : October...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

UMNO Online - Diktator Guan Eng Makin Panas Punggong <b>Di Pulau</b> <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2011 10:50 PM PDT

Kategori Suara Bloggers

Diktator Guan Eng Makin Panas Punggong Di Pulau Pinang

Diktaktor, ultrakiasu chauvanis rasis Lim Guan Eng sebenarnya dalam kepanasan apabila mengetahui sudah ada gerakan daripada DAP Pulau Pinang yang mahu menyingkirkan beliau.

Adalah tidak munasabah, kerajaan negeri ini dipimpin oleh orang buangan rakyat Melaka.

DAP Pulau Pinang sebenarnya tidak mampu menahan lagi tekanan daripada akar umbi dan penyokong mereka yang mempertikaikan mengapa pengerusi negeri DAP tidak mendapat jawatan itu sedangkan merekalah yang berusaha sejak puluhan tahun tetapi secara tiba tiba kerusi itu disambar oleh apek Melaka.

Sebenarnya isu ini pernah dibangkitkan oleh Pisau pada awal 2010, Pisau berkesempatan berbual bersama seorang Adun DAP mendengar rungutan terhadap sikap Guan Eng,

Malah Adun tersebut turut mendedahkan beberapa pemimpin dan Adun DAP sendiri sudah lama merancang mahu menyingkirkan Lim Guan Eng dan kroninya.

Selepas pemilihan parti pada Desember 2010 menampakkan betapa barisan calon yang menang kebanyakan adalah kroni dan saudara Lim dan Karpal. Mereka menyusun barisan kepimpinan DAP negeri untuk mengelakkan agar kedudukan Guan Eng tidak tergugat.

Kata Adun DAP," siapa kata Guan Eng kuat dalam DAP, suruh dia lawan la,apa pasal tak bertanding? takut kah? you tengok mana ada dia berani mau lawan , i berani cakap kalau dia lawan mesti comfirm kalah " , katanya lagi "Melaka also reject him, do you think Penang people tak tau apa dia bikin di Melaka kah?"

Sebenarnya ada cerita di sebalik kekalahan Guan Eng di Melaka cuma Pisau tidak sempat mengorek lebih dalam kenapa Guan Eng dihalau keluar dari Melaka.

Pertelingkahan dan perebutan kuasa didalam DAP makin ketara apabila baru baru ini Wong Hong Wai aktivis DAP memerangkap bendahari mengkritik Jeff Ooi kerana hanya memberi kroni-kroni beliau skim perumahan tanpa melalui proses tapisan.

Malah Jeff Ooi turut tendang keluar senarai nama rakyat yang benar benar memerlukan rumah murah.

Wong Hong Wai diarahkan tutup mulut dan diugut akan dipecat apabila mengkritik kroni dan orang kuat Lim Guan Eng.

Di sini kita dapat melihat pertembungan dua kumpulan DAP yang sering bertembung. Satu kumpulan anak negeri Pulau Pinang dan satu kumpulan penjilat dan kroni Lim Guan Eng.

Menariknya apabila Wong Hong Wai mengkritik kerana Jeff Ooi dan Guan Eng tidak telus, bersih dan cekap. Semua ini membabitkan polisi kerajaan negeri yang begitu kuat promosi CAT.

pisau.net

Berita Bertarikh 2 August 2011 Pada 1:50 PM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ads