03 di kota bharu - Google Blog Search |
Penyu Nolong <b>di Kota Bharu</b> Posted: 11 Feb 2012 07:52 AM PST Sudah masuk perlawanan ke 7, nampaknya pasukan Terengganu masih terkial-kial mencari keserasian. Kekalahan 2-1 kepada Kelantan tadi jelas menunjukkan kelemahan jentera tengah Terengganu dalam mengawal perlawanan. Penggunaan pemain import dari Brazil, Biano nampaknya benar-benar mengucar-ngacirkan barisan tengah Terengganu. Perkara ini jelas kelihatan sejak perlawanan Terengganu menentang T-Team lagi dimana Terengganu menang 2-1 ketika T-Team hanya bermain 10 orang. Bagi aku, kemasukkan beliau dalam pasukan Terengganu adalah satu pembaziran. Kerana Terengganu sendiri mempunyai pemain tempatan yang sangat mantap di bahagian tengah seperti Syukor Jusoh, Reeshafiq Alwi, Ismail Faruqi dan juga Nordin Alias. Dan bagi aku, Biano ni main terlalu slow, tidak sesuai untuk corak pemainan pantas. Seperti dalam perlawanan menentang Kelantan tadi, hanya selepas kemasukan Syukor Jusoh, Terengganu mula mengimbangi bahagian tengah dan mula mencipta beberapa gerakan menyerang. Tindakan jurulatih Mat Zan Mat Aris memasukkan Abdul Hadi Yahya serta pemain muda, Syamsul Kamal pada perlawanan penting seperti ini merupakan kesilapan besar. Dua-duanya tidak menyerlah terutamanya Syamsul yang kelihatan masih belum serasi dengan Terengganu. Aku jugak tak berkenan sangat dengan corak taktikal Mat Zan Mat Aris. Sebenarnya aku tak nampak pon apa taktik beliau. Macam berterabur. Mat Zan sepatutnya mengubah corak pemainan semasa separuh masa kedua tadi selepas ketinggalan 1-0. Hanya selepas ketinggalan 2-0, baru corak permainan Terengganu berubah. Itu pun dengan kemasukkan Joseph Kalang Tie, Manaf Mamat dan Syukor Jusoh. Kalau tak, memang tak dapat la satu gol saguhati tu. Aku rasa kalau ketiga-tiga pemain ini dimasukkan dari awal, memang kena makan dah skuad Kijang ni. Pujian harus diberikan buat barisan pertahanan Terengganu yang kental bertahan menerima asakan pasukan Kelantan terutamanya di separuh masa kedua. Dan juga buat Sharbinee Allawee yang menyelamatkan sepakan penalti Ghaddar. Kalau tak, memang malu la kalau bolos tiga gol. Aku harap, corak permainan Terengganu akan berubah selepas ini. Buat Kelantan, jual lah Ghaddar tu. Barisan pemain tempatan anda sudah cukup power aku tengok. Kepada pengadil, mu bodo! p/s: Aku menulis hanya suka-suka dan mengikut emosi. |
You are subscribed to email updates from di kota bharu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |