Khamis, 4 April 2013

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Gempar! Penghulu Pas Rogol Janda Dalam Semak <b>Di Bachok</b> <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2013 06:26 AM PDT

BACHOK – Gara-gara gila seks, seorang Penghulu Pas di sebuah mukim Jelawat di sini menerima padah apabila dibelasah teruk oleh penduduk kampung ketika cuba merogol seorang wanita berstatus janda di kawasan semak di kampung berkenaan minggu lalu.

Akibat daripada itu penghulu terbabit mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badannya.

Menurut penduduk kampung yang dikenali Mohamad Sidek, sikap liar penghulu berkenaan terhadap mangsa itu sememangnya telah lama mendapat perhatian penduduk kampung dan menunggu masa untuk bertindak.

Katanya, kerakusan itu berlaku selepas penghulu berkenaan dikatakan mengekori mangsa semasa menunggang motosikal secara bersendirian di sebuah jalan di kawasan kampung berkenaan.

"Ketika kejadian mangsa seorang diri menunggang motosikal. Penghulu terbabit mengekorinya sehingga ke kawasan laluan hutan kecil. Disitulah penghulu berkenaan cuba melakukan perbuatan terkutuk itu kepada mangsa.

"Mangsa bernasib baik kerana ada saudara maranya terlihat kejadian itu dan mengekori kereta yang dipandu penghulu terbabit," katanya kepada DetikPerubahan.com ketika ditemui di sini.

Mohamad Sidek berkata, keluarga mangsa hilang sabar dengan perangai syaitan penghulu itu lalu membelasahnya sebelum dileraikan oleh penduduk kampung.

Ceritera gila seks di kalangan pemimpin Pas seakan telah menjadi satu fenomena berikutan banyak berita-berita mengenainya mendapat liputan seluruh media massa.

Sebelum ini, portal ini pernah menyiarkan kisah seorang wakil rakyat dari kawasan Parlimen Bachok yang sudah lanjut usianya tetapi masih 'miang' bercinta dengan seorang guru.

Ekoran daripada itu menyebabkan rumah tangga guru terbabit musnah selepas dikesan suaminya. Detikperubahan

Kesesatan fahaman yang dibawa Pas berterusan mendatangkan musibah kepada rakyat, antaranya seperti rakaman video dibawah, anda mesti tontonnya demi kebenaran.

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jan 2013 11:34 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

sekupangdua: NGEH TERKELUAR DARI SENARAI 20 <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2013 04:30 AM PST

Dah kalau anak Angkat Khir Johari masuk semula dalam senarai 20 undian tertinggi di Kongres Parti DAP di Penang baru-baru ini, nampaknya secara sedar atau tidak NGEH nampaknya bakal terkeluar dari senarai 20, Ngeh juga adalah yang mendapat undian tercorot dalam senarai 20 nama yang diundi semasa dalam pengundian Kongres DAP yang lalu, nampaknya Pengerusi DAP Perak tidak layak untuk menjadi diantara 20 Pemimpin tertinggi dalam DAP

Kalau benar tersingkir dari senari 20 ini, adakah reputasinya makin menurun, adakah sebab lain yang akibatnya dia tersingkir, macamanapun teman masih menunggu dan menjadi tanda tanya bagaimanakah kedudukannya nanti, adakah inisebagai petanda DAp mula tidak disenangi kerana pemimpinnya, kita dikejutkan dengan isu terbaru 10,526 ekar tanah di Chiku, gua musang yang nampaknya telah ditukar milik kepada Upaya Padu Plantation, semakin kecoh bila diselidiki dan didedah oleh blog Pisau.net bila pencariannya dilihat Ngeh sebagai pemiliknya.

Bertambah keliru bila rakyat mula mempersoalkan dari mana datangnya puluhan juta untuk eset tersebut? Terkejut dengan sebenarnya adakah dalam diam dia adalah jutawan yang paling banyak mendendangkan irama mengutuk rasuah konon... nampaknya kalau dikutkan pengiraan jika anak angkat Khir Johari ini layak untuk ditempatkan maka Ngeh terpaksa bye bye dalam senarai 20 tersebut

Tentunya dia sebolegnya nak diadakan semula undian kalau ditanya nanti, apakah ngeh akan berhincit atau merayu undian semula, yang peliknya Parti yang selalu mengatakan BN dan Umno dengan undi hantu sebaliknya tak sampai 2000 undi pun DAP tak boleh kira dengan betul, Tau ker atau kena buat-buat tak tau?

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di kok lanas</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 11:50 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

JAWATAN KOSONG <b>DI</b> KOLEJ KOMUNITI <b>KOK LANAS</b> ~ Jawatan <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2013 05:04 AM PST

Kolej Komuniti Kok Lanas mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara sambilan/sementara.

1.Jawatan: Pensyarah Sambilan Harian (Bahasa Inggeris)

a) Mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang TESL atau mempunyai kelayakan yang setara dengannya.
Calon-calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume dan permohonan tersebut hendaklah sampai ke Kolej Komuniti Kok Lanas; di alamat
Kolej Komuniti Kok Lanas
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
16450 Ketereh, Kelantan.
(UP: Puan Shuhaila binti Ibrahim)
Tel:09-7880400 Fax:09-7880401
Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung Puan Shuhaila Ibrahim ( shuhaila@kkklk.edu.my) di talian 09-7880400.

Kerajaan Tidak Janji Perkara Luar Kemampuan | Detik Perubahan

Posted: 19 Mar 2013 01:17 AM PDT

AMIRUL HAFIZ

imagesKetereh – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad mencadangkan stadium yang termasuk dalam tujuh janji diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Januari lalu dibina di Kok Lanas.

Beliau berkata, ini kerana Kok Lanas mempunyai kawasan sesuai untuk pembinaan projek tersebut.

"Saya harapkan stadium itu dapat dibina di sini (Kok Lanas) sebab kita ada tapak Risda yang cukup luas, yang sekarang ini jadi tapak semaian.

"Pada saya tapak semaian itu tidak sesuai berada dalam bandar dan ia boleh dipindahkan ke tempat lain yang lebih sesuai," katanya ditemui di sini.

Difahamkan, projek pembinaan stadium telah diputuskan dan sekarang ini hanya tinggal untuk mengenal pasti lokasi paling sesuai untuk dibangunkan.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas memberitahu, Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan menabur janji di luar kemampuannya kerana itu hanya menyakitkan hati rakyat.

Bagaimanapun katanya, rakyat negeri ini boleh melihat sendiri ketelusan kerajaan BN apabila sebahagian daripada tujuh janji yang diumukan Perdana Menteri hampir dua bulan bakal terlaksana tidak lama lagi.

"Jumaat lepas Perdana Menteri telah merasmikan upacara pecah tanah untuk projek perumahan rakyat sebanyak 1,000 unit di kawasan parlimen Kota Bharu.

"Projek lebuh raya untuk fasal pertama daripada Wakaf Che Yeh ke Kok Lanas akan ditender pada awal bulan depan. Buat sebelah sini dulu memandangkan laluan trafik di kawasan ini sentiasa sibuk.

"Begitu juga dengan Rapid Kota Bharu sedang menunggu pelaksanaan, manakala masjid sedang menunggu keputusan Tuanku," katanya.

Najib semasa melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu pada 20 Jan lalu, mengumumkan tujuh projek besar untuk memajukan Kelantan.

Antara janji itu adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, membina masjid terbesar yang bakal menjadi ikon di negeri ini, stadium baharu, 3,000 unit perumahan rakyat dan pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu.

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Dec 2012 09:46 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Sejarah Ringkas Pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang

Posted: 20 Nov 2012 05:19 PM PST

Masjid adalah lambang syiar Islam, ia merupakan pusat yang menghubungkan antara hamba dengan Penciptanya. Masjid bukan saja tempat solat berjemaah, tetapi juga sebagai pusat pendidikan, pengajian keagamaan dan aktiviti kemasyarakatan yang secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhwah islamiyyah sesama manusia.
Pada tahun 1931, Tuan Guru Haji Abdullah Tahir  telah mendirikan Madrasah Ahmadiah di Bunut Payong. Pusat pengajian itu masyhur sebagai Pondok Bunut Payong.  Tuan Guru Haji Abdullah Tahir  merupakan seorang ulama besar negeri Kelantan yang masyhur alim dalam ilmu fiqh.   Pelajar-pelajar pondok Bunut Payong bukan saja terdiri daripada anak tempatan, tetapi juga mereka yang datangnya dari Kedah, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Pahang serta pelajar-pelajar dari Thailand dan juga dari Indonesia.

Pak Su masih ingat beberapa  pelajar Pondok Bunut Payong  yang cemerlang . Mereka ialah Hj Abdul Shukor dari Bangkok, Hj Budin dari Sumatera, Ustaz Abdul Rahman dari Perlis, Hj Husin Rahimi dari Pasir Puteh, Hj Mat Besi Berani dari Bukit Marak, Hj Abdul Aziz dan Hj Mustapha dari Limbat, kedua-duanya menjadi pengasas Pondok Terusan Pasir Tumboh dan Ustaz Fadhil dari Johor yang  selepas itu menjadi menantu Tuan guru. Pelajar-pelajar pondok Bunut Payong bukan saja terdiri daripada anak tempatan, tetapi ramai juga yang datangnya dari Johor, Perlis, Melaka, Pulau Pinang, Pahang serta pelajar-pelajar dari Thailand dan Indonesia.

Beberapa orang anak mukim Padang Enggang  turut serta belajar ilmu agama di Pondok Bunut Payong  yang jaraknya 3 km dengan kampong Padang Enggang. Ilmu yang yang mereka perolehi, mereka ajarkan pula kepada penduduk dan begitulah seterusnya.  Pada ketika itu, penduduk mukim Padang Enggang menunaikan solat  hanya di sebuah surau kecil bersebelahan tanah perkuburan (kubur surau). Di surau ini jugalah kanak-kanak belajar mengaji Al-Quran.

Selain dari itu, kanak-kanak ini juga diajarkan asas Fardhu Ain secara teori dan praktikal.


Bermulanya pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang  apabila Haji Abdullah Wan Ahmad (Pak Lah Kedai Wakaf Che Yeh) telah mewakafkan tanah seluas 0.5 ekar untuk didirikan sebuah masjid pada  pertengahan tahun 1950an.  Hasrat beliau untuk melihat tertegaknya masjid di Mukim Padang Enggang tidak kesampaian, beliau  terlebih dahulu telah dijemput  mengadap illahi semasa mengerjakan fardhu haji di Mekah.

Pada tahun 1959 sebuah jawatankuasa pembinaan masjid telah di tubuhkan oleh Allahyarham Ahmad bin Ismail (Imam Tua) yang bertindak sebagai pengerusi, Allahyarham Cikgu Ahmad Ibrahim (Pakcik Che Gu)  sebagai bendahari yang pada masa itu adalah Guru Besar Sek. Keb. Mulong, Allahyarham Pauzi Ahmad (Pelajar di Pondok Bunut Payong) sebagai setiausaha dan beberapa orang penduduk yang mewakili setiap kampung dalam Mukim Padang Enggang. Kampung-kampung tersebut adalah Kampung Wakaf Che Yeh, Kampung Padang Enggang, Kampung Padang Darat, Kampung Telok Chat, Kampung Rupek, Kampung Baru, Kampung Ijok, Kampung Seterpa, Kampung Jelasin, Kampung Air Deras dan Kampung Tini.



Antara aktiviti dan perancangan yang dilakukan oleh AJK  untuk memulakan pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang:
1)      Membuat kutipan wang dari rumah kerumah. Tugas ini dilakukan oleh semua AJK yang mewakili kawasan masing-masing dalam Mukim Padang Enggang.
2)      Mengadakan jamuan teh sambil menderma dilakukan di tapak masjid tersebut.
3)      Mendapat sumbangan kewangan sebanyak RM1,000.00 dari  Dato Asri Muda yang merupakan wakil rakyat kawasan tersebut.
4)      Husin Musa sawmill telah dipersetujui oleh majoriti AJK sebagai pembekal barangan keperluan untuk pembinaan masjid dengan kaedah pembayaran yang fleksible.
Masjid Mukim Padang Enggang dengan keluasan lantai 2,100 kaki persegi (42' X 50') dapat menampung jemaah seramai 250 orang. Pada peringkat awal, solat jumaat juga disertai oleh jemaah wanita untuk memenuhi ruang masjid yang agak besar dibandingkan dengan bilangan makmun yang tidak ramai. Pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk menarik jemaah mengimarahkan masjid. Pada masa itu bilangan guru agama amat terhad tambahan pula aktiviti kebudayaan mendapat tempat dihati penduduk. Walaupun begitu usaha membesarkan masjid terus dilakukan dari masa kesemasa  dengan mengambil kira bilangan penduduk mukim yang semakin bertambah dan minat mencari ilmu agama dikalangan mereka juga semakin meningkat.

Pak Su dilantik sebagai AJK Pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang pada tahun 1959. Paksu diberi tanggungjawab menjaga  urusan  pembinaan masjid, kebetulan pula Pak Su bekerja di Jabatan Kerja Raya, Kota Bharu dan mempunyai sedikit kemahiran dalam kerja-kerja pertukangan kayu dan binaan bangunan. Pak Su aktif  sebagai AJK selama 53 tahun tanpa henti dan berada dibawah 5 orang imam bermula dari 1959 hingga sekarang. Imam -imam tersebut adalah seperti berikut:
1) Allahyarham Ahmad Bin Ismail (Tok Ayah)
2) Allahyarham Pauzi Bin Ahmad (Tok Imam Pauzi)
3) Ustaz Yassin (Tok Imam Yassin)
4) Ustaz Haji Hanafi Bin Mohamad (Tok Imam Napi)
5) Ustaz Haji Abdul Halim Bin Mat Isa (Imam Tua sekarang)

Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran dan usaha berterusan oleh AJK masjid, bilangan jemaah dewasa dan kanak-kanak  yang datang ke Masjid Mukim Padang Enggang semakin bertambah. Mereka mengimarahkan masjid setiap waktu  untuk melakukan solat berjemaah, iktikaf, berzikir, membaca Al-Quran, mengikuti majlis-majlis ilmu dan menjayakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan serta apa jua program yang mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada penduduk mukim Padang Enggang dan kepada umat islam keseluruhannya.
Wallahu a'lam

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Dec 2012 03:36 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

.: Masa Depan Pas <b>Kelantan</b> 20 Tahun Akan Datang

Posted: 23 Dec 2012 08:36 PM PST

RENCANA KHAS                                                                                               

Pengenalan:

Selalu orang bertanya siapa akan memimpin Kelantan selepas Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ada beberapa nama disebut-sebut tetapi tiada siapa pula berani menegaskan nama disebut itu akan jadi MB. Ironisnya pula Timbalan Menteri Besar Kelantan, selalunya akan ternafi ditengah jalan. Keadaan ini menjadi kenan dan menyebabkan persoalan siapa MB selepas Nik Aziz menjadi tanda tanya. Catatan kecil ini akan cuba merungkaikan permasalahan. "

Walaupun Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat nekad untuk berjuang sampai ke akhir hayatnya dalam PAS, dan sanggup mati di atas kerusi pemerintah atas alasan kerana Umno berdegil mempertahankan doktrin sekularismenya, tetapi hakikatnya beliau akan berhenti juga bila sudah sampai masanya nanti. Masa untuk itu sebenarnya sudah terlalu hampir dan rapat. Mengenai semangat dan nekadnya tidak siapa boleh menafikan. Saya sendiri yakin dia akan meneruskan nekad murni itu. Mungkin cita-citanya 'syahid' dalam perjuangan adalah rahsia yang tidak terucap kepada umum dan menjadi rahsia peribadinya.

Walaupun selepas pilihan raya ke- 13 nanti beliau dikatakan tidak akan meneruskan tugasnya, sebagai MB, tetapi saya percaya selagi Nik Aziz mampu mengangkat tangannya ke atas untuk angkat sumpah, beliau akan terus menjadi MB. Alasannya mudah, PAS masih memerlukan dia.

Apakah selepas ini, kalau tertakdir PAS menang besar, alasan ataupun keperluan itu masih berlaku; PAS mahukan Tokguru? Firasat saya mengatakan ia tetap akan berlaku.

Sebabnya tidak akan ada sesiapa tergamak untuk mengatakan; Tokguru, silalah berhenti locing sudah berbunyi. Tidak akan ada walaupun beliau sangat letih dan berhajat begitu untuk menyudahi game seterusnya dan menamatkan permainan. Bukankah ini satu penganiayaan dan zalim? Ketaksuban dan rasa sayang kepadanya begitu tinggi. Kerana itu bila ada yang tersalah cakap, atau ikhlas cakap memberi nasihat orang itu akan menjadi mangsa kritikan dan dicemuh.

Adun Gaal Nik Mazian Nik Mohamad telah memberi pandangan secara umum mengenai keadaan wakil-wakil rakyat yang tidak sihat atau sering uzur agar berundur secara terhormat. Maksud beliau jauh sekali untuk dituju kepada tokguru, namun apa yang terpaksa diterima dicemuh dan disalah anggap kononnya beliau menasihati tokguru. Begitulah tangkasnya persepsi umum sesetengah orang PAS dalam menjaga dan menghormati tokguru.

Sama-sama kita menanti dan menyusuri perjalanan ini yang tidak begitu berliku sangat. Sebenar tidak menjadi masalah apakah selepas pilihan raya umum ke -13 nanti tokguru hendak terus memegang jawatan MB atau tidak, itu bukan perkara pokok. Apa yang hendak disuluh menerusi tulisan kecil ini ialah bagaimanakah PAS dalam tempoh 20 tahun lagi sesudah mahaguru itu tiada? Saya akan cuba menyuluh perkara ini sebagai persiapan melihat futuristik jemaah bernama PAS.

Untuk... membuat perhitungan kewujudan sesuatu empayar dan pengaruh peribadi kita ambil atau meletakan tempoh itu selama 20 tahun. Dalam tempoh ini boleh dijadikan periode jaya atau gagal seseorang pemimpin itu. Masa selama ini cukup munasabah. Allahyarham Mohd Asri Muda merupakan orang pertama mencipta empayar dan menguasai Kelantan menerusi PAS. Walaupun PAS di zamannya memerintah Kelantan selama 18 tahun tetapi Asri terus memimpin PAS selepas itu hinggalah tahun 1982. Asri meninggalkan 'cekandi' perjuangan PAS kepada Nik Aziz selepas tahun 1982.

Tokguru pula sudah melangkah ke tahun 28 sebagai ketua PAS Kelantan dan berjaya membentuk kerajaan selama 22 tahun. Dari segi jangka masa ternyata Nik Aziz lebih cemerlang dan gemilang berbanding Asri. Apalah rekod kedua-dua pemimpin itu akan terpecah di masa akan datang?

Dalam tempoh lebih 20 tahun Asri menguasai PAS beliau berjaya melahirkan beberapa nama yang menjadi pemuka PAS. Antara nama-nama itu ialah Wan Ismail Wan Ibrahim, Abdul Halim Abdul Rahman, (kedua-dua bekas MB Kelantan), Muhammad Nasir (MB), Omar Muhammad, Allahyarham Wan Mohamad Jamil, Zahari Awang dan lain-lain.

Malahan kalau hendak diambil kira Nik Abdul Aziz sendiri lahir dizamannya. Asrilah yang melahirkan Nik Aziz dalam persada politik. Asrilah yang memperkenalkan Nik Aziz pertama kali dalam arina politik dengan menjadikan beliau sebagai calon pada pilihan raya kecil Pengkalan Chepa tahun 1967. Tetapi disebabkan pengakhiran Asri bukan bersama PAS menyebabkan jasa dan budi Asri terhadap Nik Aziz ini jarang dikenang orang. Kemarahan dan kebencian kerana sentimen mengambuskan segala-galanya.

Sejarah telah mencatat Asri sudah meninggalkan legasi dalam hidupnya dengan terzahirnya Nik Aziz sebagai MB sama dia suka atau tidak atau pun sama ada orang ikhtiraf (mengenang) jasa Asri ini waima pun tidak. Walaupun mereka berbeza politik dan Asri tidak pun pernah berjabat tangan secara rasmi dengan Nik Aziz mengucap tahniah kerana menjadi MB, tetapi hakikat mereka ada kaitan tidak boleh dinafikan. Bukti itu sejarah saja boleh mendedahkan dan sejarah juga tidak boleh direka kerena kalau direka ia akan merosakkan sendi dan saraf sejarah. Tokguru sendiri tidak boleh menafikan realiti ini.

Kerja dan amanah perjuangan sudah diberesi oleh Asri apabila Tokguru muncul menjadi wira baru di Kelantan dan penyambung kepada perjuangan PAS. Lebih memberangsangkan lagi wira baru ini berjaya meletakkan nama Kelantan dan PAS di persada alam, ia merupakan kehebatan PAS dan peribadi Nik Aziz sendiri yang juga tentunya terbenih dari Asri. Atas kehebatan itulah menyebabkan orang semacam menjadi gila dengan tokguru ada kalanya terkeluar dari lunas-lunas sepatutnya kalau pun tidak sampai syirik.

Persoalan kini, bagaimana pula dengan Nik Aziz? Orang tidak perlu persoal dalam tempoh 22 tahun dia menjadi MB, tetapi orang akan menilai ke depan bagaiman 20 tahun akan datang. Siapakah yang akan memimpin PAS Kelanhtan dan menjadi hero 20 tahun akan datang? Yang akan menjadi legasi kepada tokguru seperti legasi Asri melahir beliau sehingga memimpin Kelantan dan menjadi MB lebih lama darinya.

Bersambung ke siri (2). [wm.kl. 12:17 t/hari 24/12/12]

Masa Depan Pas <b>Kelantan</b> 20 Tahun Akan Datang - Rakyat Marhaen

Posted: 23 Dec 2012 08:48 PM PST

Pengenalan:
Selalu orang bertanya siapa akan memimpin Kelantan selepas Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ada beberapa nama disebut-sebut tetapi tiada siapa pula berani menegaskan nama disebut itu akan jadi MB. Ironisnya pula Timbalan Menteri Besar Kelantan, selalunya akan ternafi ditengah jalan. Keadaan ini menjadi kenan dan menyebabkan persoalan siapa MB selepas Nik Aziz menjadi tanda tanya. Catatan kecil ini akan cuba merungkaikan permasalahan. "

Walaupun Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat nekad untuk berjuang sampai ke akhir hayatnya dalam PAS, dan sanggup mati di atas kerusi pemerintah atas alasan kerana Umno berdegil mempertahankan doktrin sekularismenya, tetapi hakikatnya beliau akan berhenti juga bila sudah sampai masanya nanti. Masa untuk itu sebenarnya sudah terlalu hampir dan rapat. Mengenai semangat dan nekadnya tidak siapa boleh menafikan. Saya sendiri yakin dia akan meneruskan nekad murni itu. Mungkin cita-citanya 'syahid' dalam perjuangan adalah rahsia yang tidak terucap kepada umum dan menjadi rahsia peribadinya.

Walaupun selepas pilihan raya ke- 13 nanti beliau dikatakan tidak akan meneruskan tugasnya, sebagai MB, tetapi saya percaya selagi Nik Aziz mampu mengangkat tangannya ke atas untuk angkat sumpah, beliau akan terus menjadi MB. Alasannya mudah, PAS masih memerlukan dia.

Apakah selepas ini, kalau tertakdir PAS menang besar, alasan ataupun keperluan itu masih berlaku; PAS mahukan Tokguru? Firasat saya mengatakan ia tetap akan berlaku.

Sebabnya tidak akan ada sesiapa tergamak untuk mengatakan; Tokguru, silalah berhenti locing sudah berbunyi. Tidak akan ada walaupun beliau sangat letih dan berhajat begitu untuk menyudahi game seterusnya dan menamatkan permainan. Bukankah ini satu penganiayaan dan zalim? Ketaksuban dan rasa sayang kepadanya begitu tinggi. Kerana itu bila ada yang tersalah cakap, atau ikhlas cakap memberi nasihat orang itu akan menjadi mangsa kritikan dan dicemuh.

Adun Gaal Nik Mazian Nik Mohamad telah memberi pandangan secara umum mengenai keadaan wakil-wakil rakyat yang tidak sihat atau sering uzur agar berundur secara terhormat. Maksud beliau jauh sekali untuk dituju kepada tokguru, namun apa yang terpaksa diterima dicemuh dan disalah anggap kononnya beliau menasihati tokguru. Begitulah tangkasnya persepsi umum sesetengah orang PAS dalam menjaga dan menghormati tokguru.

Sama-sama kita menanti dan menyusuri perjalanan ini yang tidak begitu berliku sangat. Sebenar tidak menjadi masalah apakah selepas pilihan raya umum ke -13 nanti tokguru hendak terus memegang jawatan MB atau tidak, itu bukan perkara pokok. Apa yang hendak disuluh menerusi tulisan kecil ini ialah bagaimanakah PAS dalam tempoh 20 tahun lagi sesudah mahaguru itu tiada? Saya akan cuba menyuluh perkara ini sebagai persiapan melihat futuristik jemaah bernama PAS.

Untuk... membuat perhitungan kewujudan sesuatu empayar dan pengaruh peribadi kita ambil atau meletakan tempoh itu selama 20 tahun. Dalam tempoh ini boleh dijadikan periode jaya atau gagal seseorang pemimpin itu. Masa selama ini cukup munasabah. Allahyarham Mohd Asri Muda merupakan orang pertama mencipta empayar dan menguasai Kelantan menerusi PAS. Walaupun PAS di zamannya memerintah Kelantan selama 18 tahun tetapi Asri terus memimpin PAS selepas itu hinggalah tahun 1982. Asri meninggalkan 'cekandi' perjuangan PAS kepada Nik Aziz selepas tahun 1982.

Tokguru pula sudah melangkah ke tahun 28 sebagai ketua PAS Kelantan dan berjaya membentuk kerajaan selama 22 tahun. Dari segi jangka masa ternyata Nik Aziz lebih cemerlang dan gemilang berbanding Asri. Apalah rekod kedua-dua pemimpin itu akan terpecah di masa akan datang?

Dalam tempoh lebih 20 tahun Asri menguasai PAS beliau berjaya melahirkan beberapa nama yang menjadi pemuka PAS. Antara nama-nama itu ialah Wan Ismail Wan Ibrahim, Abdul Halim Abdul Rahman, (kedua-dua bekas MB Kelantan), Muhammad Nasir (MB), Omar Muhammad, Allahyarham Wan Mohamad Jamil, Zahari Awang dan lain-lain.

Malahan kalau hendak diambil kira Nik Abdul Aziz sendiri lahir dizamannya. Asrilah yang melahirkan Nik Aziz dalam persada politik. Asrilah yang memperkenalkan Nik Aziz pertama kali dalam arina politik dengan menjadikan beliau sebagai calon pada pilihan raya kecil Pengkalan Chepa tahun 1967. Tetapi disebabkan pengakhiran Asri bukan bersama PAS menyebabkan jasa dan budi Asri terhadap Nik Aziz ini jarang dikenang orang. Kemarahan dan kebencian kerana sentimen mengambuskan segala-galanya.

Sejarah telah mencatat Asri sudah meninggalkan legasi dalam hidupnya dengan terzahirnya Nik Aziz sebagai MB sama dia suka atau tidak atau pun sama ada orang ikhtiraf (mengenang) jasa Asri ini waima pun tidak. Walaupun mereka berbeza politik dan Asri tidak pun pernah berjabat tangan secara rasmi dengan Nik Aziz mengucap tahniah kerana menjadi MB, tetapi hakikat mereka ada kaitan tidak boleh dinafikan. Bukti itu sejarah saja boleh mendedahkan dan sejarah juga tidak boleh direka kerena kalau direka ia akan merosakkan sendi dan saraf sejarah. Tokguru sendiri tidak boleh menafikan realiti ini.

Kerja dan amanah perjuangan sudah diberesi oleh Asri apabila Tokguru muncul menjadi wira baru di Kelantan dan penyambung kepada perjuangan PAS. Lebih memberangsangkan lagi wira baru ini berjaya meletakkan nama Kelantan dan PAS di persada alam, ia merupakan kehebatan PAS dan peribadi Nik Aziz sendiri yang juga tentunya terbenih dari Asri. Atas kehebatan itulah menyebabkan orang semacam menjadi gila dengan tokguru ada kalanya terkeluar dari lunas-lunas sepatutnya kalau pun tidak sampai syirik.

Persoalan kini, bagaimana pula dengan Nik Aziz? Orang tidak perlu persoal dalam tempoh 22 tahun dia menjadi MB, tetapi orang akan menilai ke depan bagaiman 20 tahun akan datang. Siapakah yang akan memimpin PAS Kelanhtan dan menjadi hero 20 tahun akan datang? Yang akan menjadi legasi kepada tokguru seperti legasi Asri melahir beliau sehingga memimpin Kelantan dan menjadi MB lebih lama darinya.

Bersambung ke siri (2).

MSO.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Nov 2012 03:23 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Polis <b>Kelantan</b> sedia hadapi pilihan raya kecil <b>Galas</b> – Perak Today

Posted: 28 Sep 2010 05:36 PM PDT

KOTA BAHRU: Polis Kelantan bersiap-sedia bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dalam menghadapi pilihan raya kecil sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Gua Musang perlu diadakan dalam masa terdekat.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, terserah kepada SPR bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya kecil itu dan anggota polis mencukupi bagi memastikan ia berjalan lancar.

"Semua kekuatan logistik dan tenaga anggota mencukupi, kontinjen Kelantan sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya bagi memastikan suasana aman, selamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Sambutan Hari Raya Kontinjen Kelantan bersama masyarakat di sini, semalam.

Pilihan raya kecil DUN Galas dijangka diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu Che Hashim Sulaiman, 46, meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.

Hashim yang menghidap barah usus menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga kira-kira jam 4.30 petang semalam selepas dimasukkan ke hospital itu beberapa hari lalu.

Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Betis, Gua Musang lewat malam tadi sebaik tiba dari Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 malam.

Abdul Rahim berkata, polis tidak ada masalah bagi menghadapi pilihan raya itu dan berharap kempen yang dijalankan oleh parti-parti terbabit dalam suasana aman dan harmoni.-Bernama

BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Oct 2012 03:16 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PAS <b>Kelantan</b> hanya selamat <b>di</b> 17 kerusi DUN - RasyidZamri

Posted: 29 Sep 2012 03:55 AM PDT

Semasa PRU 11 tahun 2004, PAS pernah hampir tersungkur di Kelantan apabila hanya menang di 24 kerusi DUN manakala baki 21 kerusi DUN lagi dikuasai oleh BN. Ramai pemimpin PAS mengurut dada, tak terjangka sedemikian rupa kebangkitan rakyat Kelantan tika itu.

Dengan jurang majoriti hanya berbeza 3 kerusi sahaja, kerajaan PAS Kelantan senantiasa berada dalam keadaan dihujung tanduk. Tambahan pula sebahagian DUN yang dimenangi PAS tika itu pula majoriti kemenangannya di bawah 1,000 undi sahaja.

Kini, senario yang hampir sama juga tidak mustahil berulang kembali. Gelombang kebangkitan rakyat Kelantan sudah semakin marak hampir ke kebanyakan kawasan DUN dan Parlimen negeri.

Semenjak PAS hanya menang nyawa-nyawa ikan di Manek Urai dan tewas teruk di DUN Galas tidak berapa lama dulu, kedua-dua peristiwa bermakna itu, merupakan antara faktor tambahan yang membantu merancakkan kebangkitan khalayak untuk menolak PAS.

Penglibatan serius beberapa bekas pemimpin PAS turun berkempen di Kelantan dalam membantu UMNO juga memberikan impaknya yang tersendiri. Kesannya, menyebabkan mitos kononnya Kelantan masih kebal di bawah jajahan PAS jelas semakin pudar dari fikiran rakyat.

Tambahan pula beberapa kajian dan culaan trend sokongan terkini baik dari pihak UMNO mahupun PAS sendiri, juga telah mengesahkan kedudukan PAS di negeri Cik Siti Wan Kembang ini sudah tidak selesa seperti dulu.

Realiti tersebut hingga saat ini masih sukar untuk dicerna dek akal fikiran sesetengah pimpinan PAS negeri.

Dalam satu kenyataan terbaru seorang exco kanan kerajaan negeri, Nik Amar Nik Abdullah menyatakan pengaruh PAS di Kelantan tidak tergugat, hakikatnya senario semasa menunjukkan sebaliknya.

Sedangkan beberapa sumber dalaman PAS juga mengakui salah satu laporan kajian yang dilakukan oleh PAS mendapati parti itu hanya selamat betul-betul selamat di 17 kerusi DUN sahaja. Sebahagian besar kerusi selamat itu dikatakan berpusat dalam Parlimen Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.

Ditambah lagi dengan kajian terkini dari UMCEDEL, walaupun tidak berapa tepat dengan senario semasa namun sekurang-kurangnya mengesahkan kebangkitan rakyat sedang berlaku dan populariti PAS di negeri Serambi Mekah itu juga semakin goyah.

Pun begitu, tetap perlu digandakan gerak kerja tambahan supaya kekuatan UMNO dan BN di 25 kerusi yang sudah putih dan kini menjadi kubu kuat UMNO itu bukan sahaja kekal teguh malah baki 3 kerusi lain yang masih kelabu juga perlu diusahakan supaya dapat dikuasai sama.

Paling penting usah sesekali UMNO tersilap langkah atau cuai dalam meraikan kebangkitan rakyat tika ini.

Sekarang pun sudah wujud beberapa gerakan aggresif oleh PAS untuk menarik seramai mungkin pemimpin UMNO yang berpengaruh di peringkat cawangan dan bahagian supaya menyertai PAS, jelas satu usaha terdesak untuk memperlahankan impak kebangkitan rakyat.

Habuan tanah dan konsesi balak misalnya adalah antara sandaran utama dalam percubaan mereka untuk menarik minat pemimpin UMNO yang menjadi sasaran.

Sekalipun jika umpan oleh PAS itu mungkin mengena dan kesannya pula diyakini tidak begitu membimbangkan berikutan di pihak UMNO sendiri turut menyedarinya dan telahpun mengambil langkah perlu untuk menghadapinya, namun langkah berwaspada tetap perlu dipertingkatkan.

Walaupun apapun, senario kini yang sedang memihak pada BN ini jangan dipersia-siakan atau dipandang selesa oleh pimpinan UMNO negeri. Sekarang bukan masanya untuk bergoyang kaki sebaliknya usaha perlu digandakan supaya PAS benar-benar bungkus dalam PRU 13 kelak.

UMNO Online - Pas <b>Kelantan</b> Hanya Selamat <b>Di</b> 17 Kerusi DUN

Posted: 28 Sep 2012 05:08 AM PDT

Kategori Rencana & Pendapat

Pas Kelantan Hanya Selamat Di 17 Kerusi DUN

Semasa PRU 11 tahun 2004, Pas pernah hampir tersungkur di Kelantan apabila hanya menang di 24 kerusi DUN manakala baki 21 kerusi DUN lagi dikuasai oleh BN. Ramai pemimpin Pas mengurut dada, tak terjangka sedemikian rupa kebangkitan rakyat Kelantan tika itu.

Dengan jurang majoriti hanya berbeza 3 kerusi sahaja, kerajaan Pas Kelantan senantiasa berada dalam keadaan dihujung tanduk. Tambahan pula sebahagian DUN yang dimenangi Pas tika itu pula majoriti kemenangannya di bawah 1,000 undi sahaja.

Kini, senario yang hampir sama juga tidak mustahil berulang kembali. Gelombang kebangkitan rakyat Kelantan sudah semakin marak hampir ke kebanyakan kawasan DUN dan Parlimen negeri.

Semenjak Pas hanya menang nyawa-nyawa ikan di Manek Urai dan tewas teruk di DUN Galas tidak berapa lama dulu, kedua-dua peristiwa bermakna itu, merupakan antara faktor tambahan yang membantu merancakkan kebangkitan khalayak untuk menolak Pas.

Penglibatan serius beberapa bekas pemimpin Pas turun berkempen di Kelantan dalam membantu UMNO juga memberikan impaknya yang tersendiri. Kesannya, menyebabkan mitos kononnya Kelantan masih kebal di bawah jajahan Pas jelas semakin pudar dari fikiran rakyat.

Tambahan pula beberapa kajian dan culaan trend sokongan terkini baik dari pihak UMNO mahupun Pas sendiri, juga telah mengesahkan kedudukan Pas di negeri Cik Siti Wan Kembang ini sudah tidak selesa seperti dulu.

Realiti tersebut hingga saat ini masih sukar untuk dicerna dek akal fikiran sesetengah pimpinan Pas negeri.

Dalam satu kenyataan terbaru seorang exco kanan kerajaan negeri, Nik Amar Nik Abdullah menyatakan pengaruh Pas di Kelantan tidak tergugat, hakikatnya senario semasa menunjukkan sebaliknya.

Sedangkan beberapa sumber dalaman Pas juga mengakui salah satu laporan kajian yang dilakukan oleh Pas mendapati parti itu hanya selamat betul-betul selamat di 17 kerusi DUN sahaja. Sebahagian besar kerusi selamat itu dikatakan berpusat dalam Parlimen Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.

Sebahagian besar kerusi selamat itu dikatakan berpusat dalam Parlimen Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.

Ditambah lagi dengan kajian terkini dari UMCEDEL, walaupun tidak berapa tepat dengan senario semasa namun sekurang-kurangnya mengesahkan kebangkitan rakyat sedang berlaku dan populariti Pas di negeri Serambi Mekah itu juga semakin goyah.

Pun begitu, tetap perlu digandakan gerak kerja tambahan supaya kekuatan UMNO dan BN di 25 kerusi yang sudah putih dan kini menjadi kubu kuat UMNO itu bukan sahaja kekal teguh malah baki 3 kerusi lain yang masih kelabu juga perlu diusahakan supaya dapat dikuasai sama.

Paling penting usah sesekali UMNO tersilap langkah atau cuai dalam meraikan kebangkitan rakyat tika ini.

Sekarang pun sudah wujud beberapa gerakan aggresif oleh Pas untuk menarik seramai mungkin pemimpin UMNO yang berpengaruh di peringkat cawangan dan bahagian supaya menyertai Pas, jelas satu usaha terdesak untuk memperlahankan impak kebangkitan rakyat.

Habuan tanah dan konsesi balak misalnya adalah antara sandaran utama dalam percubaan mereka untuk menarik minat pemimpin UMNO yang menjadi sasaran.

Sekalipun jika umpan oleh Pas itu mungkin mengena dan kesannya pula diyakini tidak begitu membimbangkan berikutan di pihak UMNO sendiri turut menyedarinya dan telahpun mengambil langkah perlu untuk menghadapinya, namun langkah berwaspada tetap perlu dipertingkatkan.

Walaupun apapun, senario kini yang sedang memihak pada BN ini jangan dipersia-siakan atau dipandang selesa oleh pimpinan UMNO negeri. Sekarang bukan masanya untuk bergoyang kaki sebaliknya usaha perlu digandakan supaya Pas benar-benar bungkus dalam PRU 13 kelak.

Mr Beruang Biru

Berita Bertarikh Pada 8:08 PM

PAS akan kalah <b>di Kelantan</b> - RasyidZamri

Posted: 27 Sep 2012 10:10 PM PDT

Riuh rendah dan gegak gempita jadinya dalam kem pakatan pembangkang khususnya PAS apabila laporan oleh Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang didedahkan pada umum menunjukkan penurunan keyakinan respondan terhadap PAS di Kelantan.

Dalam laporan terbaru kaji selidik yang dijalankan bermula 1 hingga 16 September 2012 itu, hasil kajian mendapati populariti PAS telah merudum 3% berbanding 44% yang direkodkan semasa kajian sebelumnya yang diadakan pada 31 Mac hingga 15 April 2012.

Di masa yang sama, tahap keyakinan umum terhadap BN pula telah meningkat naik dari 27% kepada 32%. Seimbas lalu kelihatan cuma kecil sahaja kenaikan keyakinan umum pada BN dan hanya sedikit penurunan untuk PAS, namun agak dipandang penuh kerisauan oleh ramai pemimpin PAS.

Hakikatnya di Kelantan suasana lokal agak berbeza dengan negeri lain, sedikit undi berubah banyak kerusi DUN bakal berpindah tangan. Ditambah pula dengan jumlah peratusan respondan yang tidak jelas pendirian yang memberikan jawapan tidak pasti masih agak tinggi mencecah 27%, ia tambah merunsingkan PAS.

PAS amat maklum dalam apa jua situasi, golongan yang dikenali sebagai pengundi atas pagar itu memainkan peranan penting dan biasanya sebahagian besar golongan ini lebih cenderung memilih BN berbanding parti lain.

Sebetulnya, PAS sendiri pun tahu kajian sedemikian tidak semestinya tepat malah banyak pertikaian boleh diperdebatkan, namun senario semasa yang jauh lebih menakutkan sedang marak di kalangan rakyat Kelantan memaksa PAS untuk ambil cakna laporan UMCEDEL itu sebagai sesuatu yang serius.

Tika ini banyak program dan majlis ceramah PAS serta keraian anjuran kerajaan PAS Kelantan semakin kurang mendapat sambutan ramai. Jelas tampak berbeza bila dibandingkan dengan suasana dan mood khalayak sebelum PRU 2008.

Malah dalam satu kajian yang dilakukan oleh PAS sendiri sebagaimana pernah didedahkan oleh beberapa orang pemimpin PAS negeri, juga selari dengan senario masakini apabila laporan culaan oleh PAS itu menunjukkan mereka hanya benar-benar selamat di 17 kerusi DUN sahaja.

Baki kerusi selebihnya daripada 45 kerusi DUN, dilihat condong kepada BN malah sekurang-kurangnya 25 kerusi DUN sudah utuh sebagai kubu kuat BN. Hasil kajian itu juga tidak jauh bezanya dengan kajiselidik skala besar yang beberapa kali dilaksanakan oleh UMNO Kelantan.

Di pihak UMNO dan BN pula, mereka hanya perlu menggandakan usaha dan penerangan supaya momentum kebangkitan sama ada berkekalan ataupun terus mendaki tinggi supaya kelak bila tiba hari mengundi trend semasa ini diterjemahkan kepada sokongan jitu untuk BN kembali memegang tampuk pemerintahan negeri.

Bak kata seorang pemimpin kanan PAS, sesaat pemimpin BN lagho bermakna itu peluang terbaik untuk PAS mematikan momentum sokongan rakyat terhadap BN.

Lebih menarik, perubahan dan kebangkitan gelombang penolakan rakyat Kelantan terhadap PAS semakin terasa selepas Pilihanraya Kecil Manek Urai dan terus meluas selepas BN berjaya menawan semula DUN Galas dari PAS tidak berapa lama dulu.

Ditambah pula dengan rentak songsang yang kerap diambil oleh kepimpinan PAS dalam menhadapi kebiadapan DAP dan acapkali pula PAS menjadi keldai tunggangan untuk kepentingan PKR dan DAP, semuanya itu menjadi rempah ratus yang mengganggu gugat pasak kekuatan parti itu di negeri yang pernah dikenali sebagai kubu kuatnya.

Sementelah lagi sejak beberapa bulan kebelakangan ini bekas naib presiden PAS, Hasan Ali kerap mengunjungi Kelantan dalam menjayakan roadshownya yang mendapat sambutan hangat, tidak sedikit impaknya mengakibatkan keyakinan khalayak terhadap PAS semakin suram.

Jika semua perkembangan ini kekal atau terus meningkat kemudian diterjemahkan dalam bentuk undian untuk BN, nescaya benarlah tanggapan ramai bahawa Aidilfitri 1433 yang baru sahaja berlalu merupakan Aidilfitri terakhir untuk PAS Kelantan.

22 tahun PAS merajai singgah sana tampuk perintahan negeri tanpa membawa perubahan besar yang memberi manfaat untuk rakyat, kini tibalah masanya untuk PAS menerima kenyataan, PRU 13 ini kekalahan untuknya sedang menanti.

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Dokumentari TV9 #JDAB2013 <b>Di Negeri Kelantan</b>. - jelajah destini <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2013 11:38 AM PST

Berikut adalah dokumentari singkat yang telah dirakam oleh TV9 sepanjang perjalanan Jelajah Destini Anak Bangsa di Kelantan pada 21 Februari 2013 lepas. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan pihak Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) turut mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya melanjutkan ke UiTM.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di demit kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 11:07 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Che Hasrah: Harian Metro: Hati

Posted: 18 Mar 2013 08:12 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Uji ketangkasan peserta berkumpulan

Posted:

Bunyinya seperti aktiviti mencari harta karun yang biasa dilakukan pada hujung minggu. Bergerak dari satu stesen ke stesen lain selepas me­nyelesaikan cabaran atau misi yang disediakan.

Satu demi satu misi dilakukan hingga akhir­nya peserta yang tiba dulu di lokasi terakhir diangkat selaku juara.

Namun bagi peserta acara Running Hunt Malaysia yang diadakan sekitar ibu kota minggu lalu, bukan siapa yang tiba dulu jadi sasaran, tetapi tertumpu kepada siapa yang terakhir kekal di gelanggang permainan dengan tanda nama masih terlekat di belakang badan.

Bagi peminat program variasi Korea Selatan, Running Man, konsep pemainan 'mencabut tag nama' menjadi tarikan dan amat dinantikan peserta kerana itulah cabaran utamanya.

Foto

MEMBALING syiling dalam kuali leper menjadi misi pertama yang perlu diselesaikan peserta sebelum ke stesen berikutnya.

Foto

BEBERAPA kumpulan berlari menaiki tren LRT agar tidak diekori pasukan lain sejurus melakukan misi mereka.

Foto

ANTARA peserta Running Hunt Malaysia yang berjaya melaksanakan semua misi sebelum bergerak ke lokasi terakhir.


Biarpun sesebuah kumpulan atau individu berjaya mendahului misi sebelum itu, ia sekadar memberi kelebihan untuk bersembunyi dan menyusun strategi sebelum mencabut tag nama peserta yang tiba seterusnya.


Misi pertama dimulakan di stesen KL Sentral, di mana setiap pasukan seramai enam peserta diberikan kad klu untuk misi seterusnya. Semuanya menerima klu yang sama iaitu perlu membeli tiket tren LRT dari lokasi permulaan sehingga ke stesen KLCC.

Bagaimanapun, setiap pasukan perlu turun di setiap stesen sebelum lokasi terakhir bagi menyempurnakan misi. Di stesen Pasar Seni, peserta perlu membaling duit syiling dalam kuali leper ­dengan diberikan peluang sehingga tiga kali cubaan setiap seorang.

Jika gagal dalam cabaran ini atau mana-mana misi berikutnya, penalti dua tren dikenakan pada pasukan terbabit. Bermakna, kumpulan berkenaan perlu melepaskan dua perjalanan tren LRT sebelum boleh meloncat masuk ke tren ketiga untuk menyambung misi.

Misi diteruskan ke stesen berikutnya dan misi Cham Cham Cham ini memerlukan peserta berpaling ke arah bertentangan daripada ­'tangan kuning' yang diletakkan di depan, contohnya jika tangan menuding ke kanan, muka perlu berpaling ke kiri dan sebaliknya.

Misi ini menjurus kepada daya tumpuan penglihatan peserta, selain fokus kepada bunyi Cham Cham Cham yang dilakukan kru.

Meneka 10 perkataan atau ayat seperti yang dilakonkan (Riddles for Seconds) ­dalam tempoh dua minit pula menjadi cabaran di hentian seterusnya. Apa yang diperlukan ialah kemahiran ­salah seorang ahli kumpulan ­dalam menyampaikan ayat kepada rakannya, sama ada dalam cara lakonan, gerak tubuh atau memberikan klu berkaitan secara lisan.

Misi Twist or Twisted kemudiannya membuatkan pergerakan beberapa pasukan tergendala kerana peserta diminta menyebut sepotong ayat yang bunyinya hampir sama dalam tempoh 30 saat.

Kemuncaknya di stesen akhir apabila setiap pasukan perlu mencari kru berdasarkan klu yang diberi sebelum bergerak ke taman berhampiran Jalan Ampang untuk misi kelangsungan tag nama.

Seperti apa yang berlaku dalam program popular dibarisi nama besar Korea antaranya Yu Jae-suk, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook, Ha-ha, Lee Kwang-su, Gary dan Song Ji-hyo itu, adegan terakhir iaitu mencabut tag nama sememangnya menakutkan.

Kala setiap peserta Running Hunt Malaysia menerima kemeja-T velcro yang mempunyai tanda nama Running Man dalam tulisan Korea di belakangnya selepas pendaftaran, masing-masing asyik cuba mengoyakkannya sesama sendiri.

Menjadi peserta pertama yang dicabut tag namanya juga amat menggerunkan dan ia sememangnya saat paling diingati penulis ­sehingga ke hari ini.

Kisahnya, peserta diminta mencari seberapa banyak bola bertanda 'R' dalam tempoh ditetapkan dan pasukan penulis (Harian Metro) me­ngambil keputusan berpecah kepada tiga bagi memudahkan carian.

Kurang lima minit kami bergerak, penulis bersama seorang ahli pasukan berjaya menjumpai sebiji bola tapi disebabkan kami ralit mencari bola lain di sekitar pokok berhampiran, sekumpulan gadis bertudung mula menghampiri kami.

Semuanya menuju ke arah penulis dan seperti apa yang dilakukan dalam Running Man, penulis sedaya upaya mengelak daripada menjadi mangsa tag nama.

Beberapa kali cuba membolosi mereka, tetapi tidak berjaya hingga penulis mengambil keputusan berbaring di lantai bagi melindungi tag nama.

Dengan rakus dua gadis terus memegang kaki, dua lagi di kedua belah tangan sementara seorang gadis gempal (yang mungkin ketuanya) terus menolak tubuh penulis supaya tangannya berjaya mencangkuk leher penulis. Dengan pantas dia mencabut tag nama ­sehingga koyak kemeja-T yang dipakai lalu menampakkan sebahagian besar belakang tubuh penulis.

Mujur ia berlaku berhampiran pusat beli-belah dan kru penganjur banyak membantu kala penulis bergegas membeli kemeja-T baru.

Misi mencari bola 'R' itu bagaimanapun diubah pada saat akhir atas beberapa masalah, lalu penganjur terus membawa peserta ke tanah lapang untuk acara paling dinantikan tag nama.

Setiap pasukan boleh menurunkan seberapa ramai ahli tapi mengikut jumlah bola yang berjaya dikumpul pasukan terbabit. Seorang demi seorang tersingkir ­hinggalah berakhir dengan pertarungan sengit antara wanita dan lelaki.

Sememangnya ia pengalaman baru bagi kami. Selalunya, insiden menakutkan ini cuma dapat ditonton dalam Running Man tanpa ada perasaan takut atau bimbang kerana penonton terhibur dengan aksi serta gelagat lucu mereka.

Erik Sim Ziheng, 17, yang mewakili pasukan Race In muncul juara selepas berjaya menarik tag nama Teh Shuyi, 21, daripada pasukan Powerpuff Girl, sekali gus membolehkan kumpulannya membawa pulang hadiah utama wang RM300.

Menurut penganjur ­Running Hunt Malaysia, Cheong Wei Ling, aktiviti ini diada­kan sebagai tanda sokongan peminat Running Man di Malaysia serta memberi peluang peminat merasai pengalaman menyelesaikan misi seperti dalam program televisyen popular itu.

"Kami menganjurkannya kerana ia belum pernah diada­kan lagi meskipun Running Man mempunyai ribuan peminat di Malaysia. Penyertaan yang kami terima amat menggalakkan ­hingga perlu dipecahkan kepada dua sesi, tujuh di sebelah pagi manakala lapan pasukan pada sesi petang.

"Dengan adanya Running Hunt Malaysia ini diharap­kan peserta dapat menimba pengalaman baru dan saling menjalin hubungan baik ­sesama peminat Running Man.

"Pada masa sama, kami juga harap ia dapat menarik perhatian produksi Running Man untuk mengadakan rakaman program mereka di Malaysia selepas Thailand, China, Hong Kong, Macau dan Vietnam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/19

Berkorban demi cintakan al-Quran

Posted:

Melahirkan golongan hafiz profesional yang komited menerajui kepentingan agama, bangsa dan negara bukanlah satu tugas mudah kerana ia memerlukan sokongan dan perhatian semua pihak.

Bersandarkan kepada pepatah Melayu yang berbunyi 'jika tidak dipecah­kan ruyung, manakan dapat sagunya', sekumpulan guru yang bertugas di kelas pengajian pondok moden Darul Halim di Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang wajar dipuji kerana mengadakan pelbagai usaha untuk menambah golo­ngan cerdik pandai dalam bidang agama.

Walaupun pelajar di sekolah pondok berkenaan tidak mengharungi sesi persekolahan biasa, mereka tetap diasuh mengikut jadual yang ditetapkan setiap hari bermula waktu Subuh sehinggalah waktu tidur pada jam 11 malam.

Acuan hidup mereka sudah ditetapkan dan mereka melakukannya dengan penuh kerelaan termasuk membersihkan kawasan rumah, memasak dan mengemas serta melakukan kerja khidmat ma­syarakat di komuniti setempat di samping tugas hakiki mereka menghafaz al-Quran dan mendalami ilmu agama.


Peluang bersua muka dengan beberapa penghuni yang berusia antara 13 hingga 21 tahun itu membuktikan keazaman dan kesunggu­han pengurusan sekolah pondok moden itu dalam melahirkan 'pewaris' zaman kegemilangan tamadun Islam suatu ketika dulu.


Pelajar paling dewasa, Ahmad Husaini Ibrahim, 21, berkata, kepentingan ilmu akhirat membuatkannya nekad berpisah sementara dengan keluarga di Kampung Demit, Kubang Kerian, Kelantan.

Menurutnya, walaupun mengalami kesukaran untuk bergerak kerana tergolong dalam orang kelainan upaya (OKU), dia tetap berusaha untuk berdikari dan melakukan yang terbaik mencapai cita-citanya menjadi seorang hafiz satu hari nanti.

Ahmad Husaini tidak menafikan cabaran yang perlu dihadapi setiap hari dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar 'pondok' yang menjurus kepada usaha menghafal al-Quran sepanjang masa.

"Rutin kami bermula selepas Subuh, mengemas bilik, bersarapan dan melakukan aktiviti bebas seperti membersihkan kawasan rumah dan membasuh pakaian.

"Kelas hafazan bermula selepas Zuhur hingga Asar. Di sini, kami menghafaz secara berkumpulan dan teguran dibuat jika berlaku kesilapan ketika menghafaz," katanya.

Bekas pelajar Maahad Tok Kenali, Kota Bharu itu berkata, walaupun menghadapi kesukaran turun naik tangga kerana bilik tidurnya terletak di tingkat atas manakala kelas al-Quran di tingkat bawah, faktor itu tidak pernah menjadi penghalang untuknya bersama rakan lain dalam setiap aktiviti yang diadakan.

"Memang susah sikit tetapi saya tidak kisah selagi dapat beriadah, makan minum dan membaca al-Quran di tingkat bawah rumah dua tingkat ini," kata anak ketujuh daripada sembilan beradik itu.

Ahmad Hafizuddin Abdul Mubin, 16, berkata, walaupun pernah belajar di dua sekolah aliran agama yang turut menyediakan akademik bagi menyeimbangkan pendidikan dunia dan akhirat, anak bongsu daripada lapan beradik itu mengambil keputusan untuk berhenti dan sambung belajar di Darul Halim.

"Saya tahu tanpa kelulusan dalam bidang akademik, penghuni di sini agak sukar mendapatkan pekerjaan tetapi saya percaya rezeki di tangan Tuhan dan Dia sudah menetapkan segala-galanya untuk kita," katanya yang berasal dari FELDA Jengka 2.

Bekas pelajar Maahad Tahfiz Darul Hijrah, Jengka itu berkata, kejayaan dua abangnya, Ahmad Kamri, 28, dan Ahmad Fariduddin, 24, yang menjejakkan kaki ke Universiti al-Azhar, Mesir dan Universiti Islam Medan, Indonesia mendorong­nya belajar di Darul Halim.

"Saya bukan menolak ilmu akademik tetapi amat menyayangi bidang hafazan ini kerana mahu mendalami ilmu agama. Kami bukan saja menghafaz tetapi juga cuba memahami isi kandungan al-Quran itu sendiri.

"Tinggal sepenuh masa di sini juga mengajar kami erti kehidupan berkeluarga. Kami menguruskan keperluan sendiri, memasak, bermain dan bersukan malah turut membantu membersih­kan kawasan persekitaran rumah jiran secara sukarela," katanya yang ditugaskan menyediakan makanan kepada penghuni di situ.

Menurutnya, naskhah al-Quran mempunyai nilai yang sangat tinggi malah diabadikan sebagai khazanah terulung dalam dunia Islam dan menjadi tinggalan Nabi Muhammad SAW yang paling agung.

"Apabila kita cinta kepada al-Quran, ia akan memberi kekuatan untuk menghafalnya. Seronok belajar di sini kerana dunia kami di sini dikelilingi kitab suci al-Quran dan jiwa sentiasa dibasuhi ayat al-Quran dan menjadi pendinding dan penenang jiwa," katanya.

Bagi dua penghuni berasal dari Kemboja, Zakaria Abdullah, 17, dan Mohd Razali Zakaria, 16, kehadiran mereka di Darul Halim secara tidak langsung membantu mereka mendalami ilmu agama.

Bagi Zakaria, peluang belajar al-Quran saat paling indah dalam hidupnya kerana dapat mengetahui kandu­ngan kitab suci itu dengan lebih terperinci.

"Kami bukan setakat menghafal tetapi juga mencari maksudnya dan saya dapat membayangkan betapa indahnya menjalani kehidupan sebagai seorang Islam jika kita mengetahui isi kandungan al-Quran itu sepenuhnya.

"Walaupun baru empat bulan di sini, saya gembira dapat belajar dan melakukan aktiviti secara bersama. Secara tidak langsung dapat melupakan kerinduan kepada keluarga buat sementara waktu," kata anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

Walaupun berasal dari Phnom Penh, keluarga Zakaria sudah lama menetap di Ulu Tiram, Johor dan kehadirannya di Darul Halim secara sukarela kerana mahu menjadi seorang hafiz dan berhasrat kembali ke Kemboja untuk mengajar al-Quran satu hari nanti.

"Saya gembira di sini kerana mempunyai rakan yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain dan saling membantu jika berhadapan masalah dalam apa juga perkara," katanya.

Mohd Razali pula berkata, kehadirannya di Darul Halim berlaku secara tidak langsung apabila seorang guru agama di kampungnya, Kampung Cham mempelawanya ke Malaysia dan belajar agama.

"Saya terus bersetuju kerana tidak mahu menyusahkan keluarga yang sememangnya hidup dalam kemiskinan di sana. Saya masih belajar menyesuaikan diri dengan rakan di sini kerana kurang fasih berbahasa Melayu tetapi ia sama sekali tidak menjejaskan saya untuk menghafal al-Quran," katanya yang dibantu Zakaria menterjemahkan apa yang dikatakan.

Anak ketiga daripada tujuh beradik itu bernasib baik kerana tidak dipinggirkan rakan lain kerana kesukarannya bertutur dalam bahasa Melayu dan kini giat melatih diri untuk berbuat demikian.

"Walaupun kadangkala terbit rasa rindu dan ingin kembali ke pangkuan keluarga, saya terpaksa kuatkan semangat demi membela nasib keluarga dan berhasrat untuk bekerja sebagai guru agama apabila pulang ke kampung," kata­nya.

Pegawai Darul Halim, Mohd Farid Othman, 44, berkata, seramai 16 pelajar sedang mengikuti kelas hafazan di bawah pengawasan Ustaz Abdul Halim Mahmud, 43, yang juga seorang penghafaz al-Quran berpe­ngalaman bermula September lalu.

"Kami hanya menerima pelajar lelaki berusia antara 13 hingga 21 tahun. Di sinilah tempat tinggal mereka dan belajar setiap hari mendalami ilmu al-Quran dan menghafaz sehingga bersedia bergelar seorang hafiz.

"Kejujuran, keikhlasan dan ketekunan mereka menghafal al-Quran setiap hari secara tidak langsung dapat mendidik dan membersihkan hati nurani mereka, sekali gus dapat menghindarkan mereka daripada terbabit dengan gejala salah laku yang semakin menular dalam kalangan remaja mutakhir ini," katanya.

Menurutnya, bukan mudah untuk menarik minat golongan remaja mencintai kitab suci al-Quran dan menjadikannya sebagai 'teman setia' sepanjang hari.

"Justeru, saya hormati dan menghargai semangat juang mereka datang ke sini untuk belajar al-Quran, sekali gus membasahi bibir mereka dengan ayat al-Quran setiap hari demi merealisasikan impian menjadi penghafaz al-Quran," katanya.

Menurutnya, pihak­nya tidak meletakkan syarat tertentu tetapi pelajar yang datang ke Darul Halim mestilah benar-benar ikhlas dan mahu belajar menjadi seorang hafiz al-Quran.

"Walaupun kami me­ngenakan yuran pendaftaran dan pengajian, bagi keluarga yang tidak mampu, kami tidak memaksa mereka menjelaskannya, sebaliknya menyumbang sekadar termampu saja," katanya.

Mohd Farid berkata, Darul Halim yang membawa maksud 'Yang Maha Lemah Lembut' ditubuhkan bagi memenuhi hasrat arwah bapanya, Othman Ibrahim iaitu pengasas Yayasan Othman Ibrahim yang ditubuhkan pada 1985 dengan memberi fokus kepada pembangunan pendidikan Islam.

"Semoga hasrat arwah bapa untuk melahirkan ramai penghafaz al-Quran akan terlaksana dengan kewujudan Darul Halim ini dan mewarnai dunia cendekiawan Islam Pahang satu hari nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/19

BLOG KELANTAN: 03 <b>di demit kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Mar 2013 11:41 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Muslimat PAS <b>Demit</b> & Muslimat PAS <b>Kelantan</b> gigih jalankan <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2007 08:18 PM PST

The image

Jalan keluar masuk Pusat Pemeriksaan Kastam di Zon Bebas Cukai Malaysia-Thailand di Rantau Panjang lumpuh ekoran banjir besar di Kelantan, semalam.

 


Pemandangan dari udara jalan utama Kuantan-Pekan berhampiran Kampung Ubai yang terputus hubungan akibat banjir hampir seminggu.

 

"Muslimat PAS bersama unit dakwah dan halaqah turut mengadakan khidmat kaunseling khusus bagi membantu mereka menghadapi trauma bencana banjir, terutama bagi yang kehilangan orang tersayang," ujar Ketua Muslimat PAS Kelantan, Ustazah Siti Zailah Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau yang juga merupakan Naib Ketua Muslimat PAS Pusat berkata Muslimat PAS Kelantan telah mengambil langkah segera bagi membantu mangsa banjir, sama ada pada tempoh sebelum, semasa dan selepas bencana itu berakhir.

Ini katanaya, pada kebiasaannya, pihak yang menghulurkan bantuan hanya memikirkan keperluan mangsa dari sudut fizikal sahaja, tanpa mengambil kira pengisian rohani serta pembangunan jiwa mangsa yang tertekan akibat tragedi tersebut,"

"Pada peringkat awal banjir, kami mengadakan majlis solat hajat khusus bagi menghadapi kedatangan air bah, kemudian disusuli dengan ziarah bagi menyerahkan bantuan ke pusat pemindahan mangsa banjir. Yang terbaru kami menjejaki mangsa yang terperangkap, rumah mereka terkepung," katanya.

Hari ini, DMPNK turun ke beberapa kawasan seperti Manek Urai di Hulu Kelantan dan Tanah Merah untuk mengagihkan bantuan kepada mangsa yang terperangkap di sana.

Ujarnya lagi, setakat ini mereka telah membentuk 27 kumpulan pasukan ahli Nisa' Kelantan yang membantu membersihkan rumah mangsa yang air surut bermula pada hari ini di daerah Tanah Merah.

Selain bantuan yang disumbangkan oleh kerajaan Kelantan, pasukan Nisa' tersebut juga turut menghulurkan bantuan dengan menyediakan barang-barang keperluan dan penempatan bagi golongan warga emas dan golongan yang sakit serta uzur di Rantau panjang, selain memberikan motivasi kepada mereka.

Menurutnya lagi, satu majlis solat hajat dan tazkirah akan diadakan di Masjid Sultan Ismail Petra bersama Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena memperingati peristiwa wukuf di Arafah pada 18 Disember, esok.

"Ketika kami mengunjungi mangsa di kawasan Sokor Estet, satu tempat di Tanah Merah, kenderaan kami terperangkap sehingga terpaksa ditarik menggunakan rantai. Perjalanan ke sana juga memakan masa selama enam jam untuk masuk ke kawasan tersebut, dan sembilan jam ketika mahu meninggalkan kawasan tersebut," katanya menceritakan pengalaman menjejaki mangsa yang terpaksa makan ubi setelah terputus bekalan beras.

Siti Zailah yang juga merupakan mantan senator Dewan Negara menekankan bahawa tanggungjawab membantu mangsa bencana banjir ini adalah menjadi kewajipan semua pihak, apatah lagi Kelantan yang meletakkan dirinya sebagai negeri kebajikan.

"Saya merayu kepada semua pihak agar menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan, barang keperluan serta makanan bagi meringankan beban mangsa banjir," katanya lagi.

Segala sumbangan kewangan bolehlah dihulurkan kepada 'Tetuan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan – 3018010039791 Bank Islam Malaysia Berhad.

Manakala sumbangan dalam bentuk makanan, keperluan harian serta perubatan boleh diserahkan di Pejabat DMPNK, Tingkat 1, Bangunan Badan Perhubungan PAS Kelantan, Jalan Dato' Pati, Kota Bharu.

Jumlah korban mangsa banjir di Kelantan setakat ini telah meningkat kepada 14 orang yang mana kanak-kanak adalah golongan yang paling ramai. – mns

BLOG KELANTAN: 03 <b>di demit kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Mar 2013 11:27 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

.: Setiausaha Pakatan Tanding <b>Di Demit</b>?

Posted: 23 Sep 2012 08:22 PM PDT

BAKAL CALON                                                                                                             

Setiausaha Pakatan Darulnaim, pertubuhan yang menghimpunkan anak-anak Kelantan di perantauan pro Umno, Roslan Mohamad disebut-sebut bakal diturunkan Umno untuk bertanding di salah satu Dun di Kelantan. Roslan kelahiran Kubang Kerian katanya akan diperuntukan Dun Demit yang terletak dalam Parlimen Kubang Kerian.

Sebelum ini Dun Demit ditanding oleh Mohamad Abdul Ghani yang tewas kepada Muhammad Mustafa dengan kekurangan undi sebanyak, 4,799.

Roslan yang juga merupakan pegawai eksekutif di Proton. Beliau seorang aktif dan mempunyai personaliti yang menarik serta seorang aktivis Ngo yang rajin.

Semasa bertemu dengan beliau dua hari kepas, Roslan tidak menolak desas desus itu dan berkata; "kalau parti berkehendakkan saya sedia untuk mengambil risiko."

Bagaimana pun katanya perbincangan lanjut dengan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed difahamkan masih belum diadakan lagi.

Sebelum ini Najib Razak mengatakan Umno akan meletak calon yang boleh menang tidak kira ianya merupakan pimpinan bahagian atau pun tidak. Kemungkinan Umno meletakkan Roslan juga dikira tepat dengan profesyen dan juga personaliti Roslan yang sedarhana dan seorang berhemat.

Sementara itu seorang lagi winneable candidate Dr Junaidi Abdu Bakar yang disebut-sebut kononnya akan diletak bertanding di Kuala Krai dikatakan sahamnya kini mulai merudum ekoran pemasangan posternya di sepanjang jalan sempena hari raya lalu. Pemasangan poster yang mengalu-alukan kepulangan anak perantau sekali gus untuk mempromosinya itu tidak disenang oleh orang ramai dan ada setengah menganggapnya yang tidak wajar dan satu perbuatan yang ganjil.

Orang ramai menganggap pemasangan papan tanda itu sebagai melampau dan tidak kena pada tempatnya sekaligus menyerlahkan akan keghairahan timbalan naib cencelor (hal ehawal pelajar dan alumni) UPSI. Dalam papan tanda itu beliau turut menyebut jawatan dan kedudukannya serta jawatan dalam pasukan awam. Lantaran itu ada yang mempersenda-sendakan bila pula UPSI membuka cawangan di Kuala Krai.

Sehubungan itu kerusi parlimen Kuala Krai besar kemungkinan Umno akan serahkan kepada Ketua Bahagian Ramzi Abdul Rahman untuk berhadapan dengan dengan calon Pas Dr Mohd Hatta Ramli. Selain Junaidi, Razmi juga berhajat untuk menjadi calon di parlimen Kuala Krai.

Sikap Ramzi yang dikatakan merendah dan tidak menonjolkan diri seperti mana Dr Junaidi mendapat perhatian pucuk pimpinan. Begitu juga dengan jasa dan bakti Ramzi lebih dirasai oleh rakyat Kuala Krai berbanding dengan Junaidi.

Selain itu pengalaman yang dilalui Umno dengan meletakkan Prof Che Musa Che Omar dalam pilihan raya menjadi Umno takut dan phobia untuk meletakkan seorang lagi tokoh akademik di Kuala Krai.[wm.kl.11:02 am 24/09/12]

ads