Khamis, 5 April 2012

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


SAINS: Taklimat Pelaksanaan Kursus Pentaksiran Baharu STPM 2012

Posted: 04 Apr 2012 04:40 AM PDT

Bertempat di BTPN Kelantan, mulai jam 2.30 petang bermulalah taklimat untuk pelaksanaan Kursus Pentaksiran Baharu STPM 2012. Selepas uvapan pengerus maklis, saya diberi kesempatan untuk menyatakan sepatah dua perkataan mengenai pelaksanaan kursus ini.

BADUT RAKYAT: SAH !!! ANWAR IBRAHIM PENGECUT !!! ADAKAH <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2012 06:00 AM PDT

terbukti dah Anwar Ibrahim pengecut,kenapa tak nak jelaskan sekarang.dah nampak dah nak kaut undi.nak tau apa anwar ibrahim kata ??? anwar ibrahim kata nak memilih untuk mendiamkan diri bersabit apa jua dakwaan yang disifatkannya sebagai fitnah sehinggalah Pakatan Haram menang pada Pilihan Raya Umum akan datang.fitnah ??? itu fitnah ker ??? dah jelas perbuatan anda di bogelkan oleh Nalla itu pun kata fitnah ???

" Hasrat saya untuk perjelaskan kepada rakyat apa yang saya lakukan sebaik Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum Ke-13,"katanya.

petang semalam,anwar berucap di Pejabat PKR Dewan Undangan Negeri Paloh,di Bandar Chiku.Nallakaruppan sebelum ini mengatakan Anwar Ibrahim biseksual.Malah Nalla baru-baru ini mendakwa Anwar mempunyai hubungan sulit dengan isteri kepada Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali.

"Ya.Anwar ada hubungan sulit dengan Shamsidar," katanya pada sidang media 28 Mac lalu.

Ketua Umum PKR itu baru-baru ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Nalla yang merupakan bekas rakan karibnya dan Utusan Malaysia yang menyiarkan dakwaan itu.
Saman berkenaan difailkan di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu.

KITA LIHAT APA KATA PEMIMPIN UMNO !!!

Pemimpin Umno menyifatkan kenya­taan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan menyebelahi golongan berpendapatan rendah hanya retorik, populis dan terdesak untuk meraih simpati menjelang Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) akan datang.Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, kenyataan tersebut tidak benar kerana selama ini Barisan Nasional (BN) telah lama berjuang membantu rakyat.Menurutnya,usaha membasmi kemiskinan di negara ini dilakukan melalui pelbagai bantuan untuk membantu rakyat melibatkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

"Usaha tersebut bermula 1970 lagi melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membasmi kemiskinan dan menyusun semula rak yat. Kini usaha kerajaan diteruskan dengan melaksanakan pelbagai transformasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.Menurutnya,Anwar hanya bercakap,sedangkan kerajaan terlebih dahulu merancang dan membantu rakyat.

"Kerajaan merancang dengan teliti dan melaksanakan pelbagai transformasi, antaranya tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu pendidikan, membasmi rasuah, pengangkutan awam, jenayah dan dua program untuk meningkatkan golongan berpendapatan rendah meningkatkan taraf hidup mereka.Anwar hanya retorik untuk populis walaupun sebenarnya bertentangan dengan apa diucapkan," katanya.

Beliau berharap,rakyat tidak menerima segala tuduhan dilemparkan pembangkang tanpa berfikir panjang.Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Harun berkata, Anwar menjadikan dirinya seperti pejuang yang cuba membela golongan berpendapatan rendah.

"Beliau hanya retorik meraih sokongan menjelang PRU13. Tindakan itu sebagai strategi pembangkang yang meletakkan emosi dengan bermain fakta dan angka.Saya yakin rakyat tidak akan terpedaya kerana mereka berpengetahuan dan mempunyai jati diri. Mereka tidak tunduk kepada janji manis pembangkang" katanya.

Idris berkata,rakyat bijak menilai kredibiliti pembangkang setelah melihat sendiri negeri ditadbir kerajaan pembangkang.Sebelum ini, Anwar dalam satu ceramahnya yang dipetik melalui satu portal berita memberitahu,PR akan menyebelahi kumpulan masyarakat kelas bawahan untuk PRU13 akan datang.Menurutnya,perjuangan pada pilihan raya nanti adalah antara golongan berpendapatan rendah dan golongan kaya, iaitu kroni kerajaan.

ADAKAH INI YANG ANDA KATA PEMIMPIN YANG SERING MELAUNGKAN KEADILAN ???

ADAKAH INI YANG ANDA KATA PEMIMPIN YANG JUJUR ???

ADAKAH INI YANG AKAN MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA AKAN DATANG ???

RENUNG-RENUNGKAN

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Azie Kitchen: Pulut Sekaya Telur Kuih Istimewa Negeri Che Siti Wan <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2012 01:15 AM PST




Pulut Seri Kaya Telur atau dipanggil Sekaya Telor oleh orang Kelantan adalah salah satu dari kuih istimewa Kelantan yang menjadi kegemaran saya sejak kecil. Maklumlah orang Kelantan ni suka yang manis manis, alaaa semanis senyuman Che Mek Molek lah. Kalau di Terengganu, dipanggil Kuih Tok Aji Serban kot.
Seingat saya, tak pernah pulak saya cuba memasaknya sendiri sebelum ini kerana jika mahu makan, saya cuma beli 2 keping dari pasar pagi Jelawat. Kuih di Kelantan terutama di kampung kampung masih murah, ada yang 3 biji serial. Tahu ke apa itu serial? Kelantan kan Negeri Serambi Mekah. Kami memanggil rial bukan ringgit. Secara jujur, saya amat bangga menjadi anak Kelantan walaupun suami saya bukan orang Kelantan dan anak anak saya semuanya dilahirkan di luar Kelantan. Jiwa dan semangat Kekelantanan amat tebal di dalam diri saya. Orang Kelantan berpegang pada semangat 1 Kelantan sejak dulu dulu lagi ...


Berbalik pada kuih sekaya ini, saya memang puashati walaupun tak jumpa telur itik. Kalau menggunakan telur itik, kuihnya jadi lagi gebu. Sedap sekali, secukup rasa manisnya dan yang pentingnya ia meleraikan rindu saya pada kampung halaman. Kalau bulan puasa, saya memang gemar membeli kuih ini. Lagi sedap bila dimakan sejuk sejuk, jadi simpanlah sekejap dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Jom kita tengok resepinya di bawah ....


Kuih Pulut Sekaya Telur


Lapisan Bawah
sedikit minyak masak (jika guna santan kotak)


Cara cara:
Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan.

Kukus dengan semua bahan di atas selama 25 minit. Loyang dialas dengan plastik wrap dulu, jika mahu terus menggunakan loyang yang sama.  




Apabila pulut masak, gaul rata rata. Tekan dalam loyang. Taburkan sedikit tepung gandum.


Lapisan Atas
5 biji telur itik (guna telur ayam kampung)
4 biji telur
4 keping gula melaka (saiz sederhana)
1 helai daun pandan

3 kuntum bunga cengkih - di ketuk sedikit
1/4 sk garam halus

Cara-cara :
Satukan telur dan bunga cengkih dan dipukul ringan. Ketepikan.






Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan sehingga gula larut.  








Tuang ke dalam adunan telur, gaul rata dan masukkan sedikit garam.





Tapis dan tuang ke atas lapisan bawah dan kukus semula selama 30 minit dengan api sederhana.  

Angkat dari pengukus dan sejukkan. Tengok permukaannya yang berkedut kedut itu. Seperti juga kuih akok yang permukaannya memang berkedut.



Sejukkan dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan. Lihat tekstur lapisan atasnya.  Hmmm sedap sekali ...





Nota:
Jika terdapat takungan air pada permukaan serapkan dengan tisu dapur.

Boleh juga letak esen vanilla jika tak suka bunga cengkih.

Di masa depan saya mahu guna 2/3 sahaja dari adunan pulut supaya tidak terlalu tebal.

Enjoy ....

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Dua kampung <b>di Pasir Puteh</b> dilanda banjir, 26 orang pindah <b>...</b>

Posted: 01 Jan 2012 02:14 PM PST

Posted on January 2, 2012, Monday

PASIR PUTEH: Seramai 26 orang daripada enam buah keluarga di dua buah kampung di sini dipindahkan ke pusat pemindahan banjir berikutan hujan lebat diikuti angin kencang sejak malam kelmarin.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaharuddin Yahya berkata mereka ditempatkan di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil dan Sekolah Kebangsaan Bukit Awang.

"Ini berikutan rumah kediaman mereka di Kampung Wakaf Bunut,dan Bukit Awang di naiki air antara satu hingga dua meter," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata jumlah itu tidak termasuk seorang mangsa yang menghidap penyakit lumpuh yang dihantarkan ke Hospital Tengku Anis di sini untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, beberapa jalan ditutup kepada kenderaan ringan iaitu laluan dari Pasir Puteh ke Jerteh, Pasir Puteh ke Semerak dan Pasir Puteh ke Kota Baharu.

Seorang mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kamil, Che Abdulah Che Mat, 72, berkata halaman rumahnya dinaiki air hampir paras dada jam 3 pagi semalam. — Bernama

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Kemalangan ngeri <b>di</b> Bukit Cina, <b>Kok Lanas</b> | Lulu pages

Posted: 05 Apr 2012 05:00 PM PDT


Dua lelaki dan seorang wanita maut selepas kereta yang mereka naiki terperosok di bawah sebuah lori dalam satu kemalangan ngeri di Bukit Cina, Kok Lanas, di sini malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Deputi Superintendan Ahmad Zaki Ibrahim, berkata mangsa yang maut di tempat kemalangan dikenali sebagai Tan Phei Shia, 24, bersama dua rakan lelaki, Eyu Win Lee, 30, dan Wee Wai Hwa, 24. Ahmad Zaki berkata, dalam nahas kira-kira jam 7.30 malam itu, ketiga-tiga mangsa mati di tempat kemalangan selepas parah di kepala dan badan akibat tersepit di dalam kereta yang remuk selepas terperosok di bawah badan lori berkenaan.
"Sejurus tiba di tempat kemalangan, kereta yang dipandu Eyu Win Lee, dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori terbabit.

"Bagaimanapun, pemandu lori itu bertindak melarikan diri dan sehingga kini belum tampil membuat laporan polis berhubung kemalangan itu," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Ahmad Zaki berkata, ketiga-tiga mangsa yang tersepit itu dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing yang tinggal di Pasir Mas dan Pulai Chondong, Machang.

"Pihak polis sudah mengambil keterangan daripada saksi di tempat kemalangan untuk membantu siasatan dan nahas berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

.

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


.: Rencana Khas

Posted: 01 Apr 2012 05:24 AM PDT

Pemimpin Umno Kelantan Perlu Belajar Dengan Tok Batin

Satu seminar mengenai masa depan tanah rezab Melayu telah diadakan Sabtu lepas di Convention Centre KTC Kota Bharu Kelantan. Seperti mana kata Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohd Fadzli Hassan semasa merasmi pembukaan seminar itu, tujuan ia diadakan untuk menjawab dan memberi penjelasan tuduhan Umno dan beberapa pemimpinnya terhadap kerajaan Kelantan yang kononnya telah mengadai dan menjual tanah rezab Melayu kepada bukan Melayu.

Cerita karut ini disiarkan secara bersiri dalam akhbar penjilat buntut UBN beberapa hari lalu.Fitnah ini tampaknya menimbulkan kemarahan kepada pihak kerajaan kerana ia merupakan pembohongan mentah.

Tuduhan itu sesuatu yang 'sikir' telinga mendengarnya dan sesiapa pun akan merasa terkilan dan marah sekiranya apa dikatakan itu benar-benar satu realiti.

Selamanya isu tanah sensitif di Kelantan. Sebab tanah merupakah asset dan nyawa serta roh kepada mana-mana rakyat juga bukan saja rakyat Kelantan. Kerana itu pantang ada isu mengenai tanah; penjualan, pemilikan, pengambilan dan sebagainya ia akan diambil kesempatan oleh parti politik untuk dijadikan modal.

Isu mengenai tanah dan pengadaian balak ini berlaku di Kelantan sejak tahun 1959 lagi. Tetapi ia membawa keburukan (impak) besar kepada kerajaan Kelantan pada 1978. Umno menjaja Pas telah mengadaikan kawasan balak berpuluh ribu hektar di Hulu Kelantan kepada syarikat asing.

Walaupun kerajaan Pas cuba menafikan tetapi kerana isu diledak menyebabkan rakyat termakan dan akhirnya kerajaan Pas yang berusia 18 tahun tumbang.

Mengambil iktibar ke atas apa yang pernah berlaku itulah mungkin menjadikan kerajaan negeri menerusi Urusetia Kerajaan Negeri dibawah pengawalan Dr Mohd Fadzli Hassan terpanggil untuk mengadakan seminar berkenaan. Jawaban dan penjelasan terhadap isu-isu cukup sensitif begitu bukan boleh dibuat atas pentas ceramah politik. Ia perlu dibincang dalam dewan berhawa dingin secara ilmiah dan dengan akal yang teduh. Usaha Urusetia itu sepatutnya disambut sebaik mungkin.

Malangnya majlis ilmiah dan seperti itu kurang mendapat sambutan. Sikap yang tidak terliur kepada majlis ilmiah dan bersifat akademik sebegini seharusnya dikikis dari kepala rakyat Kelantan khusunya dari kalangan penggerak kerajaan dan juga merupakan mata telinga parti – lantikan politik.

Sepatutnya merekalah memenuhi dewan. Manakala anak muda pula yang rajin berkokok dan mengula isu-isu politik dalam blog dan Fb tampak ikut liat untuk datang ke majlis seumpama itu.

Tidak hairanlah kalau separuh dewan yang boleh memuatkan 1,500 dihadiri hanya kira-kira 100 orang sahaja. Wajah wakil rakyat juga tidak berapa ramai yang nampak. Yang pasti ialah Adun Limbongan Drs Zainuddin dan Adun Manik Urai Abe Uji. Kekurangan mereka mungkin disebabkan berlaku pertindihan program.

Untuk memberi penjelasan dan membincangkan isu tanah rezab Melayu, pengajur mengundang tiga orang ahli penal; bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi, Dr Nik Mohd Zain, Pengerusi Kewangan, Pembangunan dan Kebajikan Husam Musa dan Ketua Pembangkang Dun Kelantan Tuan Haji Mohamad Alwi bin Che Ahmad yang dilahirkan di Makkah al Mukaramah. Bagaimana pun Alwi tidak hadir kerana kesuntukan masa untuk merasmikan mesyuarat PIBG.

Ketidakhadiran Alwi itu menyebabkan beliau disifat sebagai penakut dan tidak bertanggungjawab. Seaptutnya beliau hadir untuk memberi penjelasan dan juga bukti ke atas tuduhan dilemparkan Awang Adek Hussein dan Mustapa Mohamad seperti mana dilaporksan akhbar usang PB.

Kalaupun beliau sibuk seharusnya beliau wakil kepada mana-mana pemimpin Umno Kelantan yang galak berkokok mengenai isu berkenaan. Dalam hal ini Annuar Musa juga boleh kerana beliau kini tidak banyak sibuk dengan kerja-kerja parti.

Barang kali benar kata pengerusi acara Cikgu Hassan ketidaksanggupan untuk Alwi datang ke seminar itu kerana gerun berdepan dengan rakyat. "Beliau juga mungkin tidak bercadang untuk menjadi MB Kelantan," kata Cikgu Hasan berseloroh disambut takbir Allahuakar. Kerana kalau beliau ada hasrat hendak jadi MB beliau akan berdepan dengan sesiapa saja di mana juga.

Tanpa kehadirian Alwi dan wakilnya Umno boleh dianggap sudah tewas di petang hari lagi.

Manakala moderator seminar itu ialah Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Bandar Baru Tunjung, Che Abdullah yang juga merupakan bekas seorang pegawai kerajaan yang arif mengenai hal ehwal tanah. Banyak input dan pencerahan diberikan Abdullah mengenai status dan kedudukan tanah rezab Melayu Kelantan yang unik.

Begitu juga dengan Dr Nik Mohd Zain banyak memberi input dan pengetahuan berhubung dengan isu-isu pengambilan tanah dan juga akta-akta berkaitan. Dari penjelasannya pengambilan tanah atau pemilikan dan penjualan tanah bukan boleh dilakukan sewenang-wenangnya ia perlu menuruti akta yang sedia ada.

Kertas kerja bertajuk "Isu-Isu Pengambilan Tanah Rezab Melayu (TRM)" lelih lebih bersifat profesional dan akademik. Beberapa fakta atau perangkaan yang diberikan cukup berguna untuk semua pihak mengambil tahu dan tindakan ke atas isu-isu tanah di negara ini. Misalnya mengenai keluasan tanah rezam Melayu mengikut negeri dan juga keluasan tanah rezam yang tidak diganti semula.

Kedua-dua ahli penal bersetuju bahawa akta tanah Kelantan (TRM) jauh lebih baik dan terpelihara (kemah) berbanding dengan akta tanah di negeri-negeri lain. Akta tanah Kelantan juga jauh lebih awal digubal berbanding dengan akta tanah di negeri lain.

Akta tanah Kelantan digubal tahun 1930, diikuti Kedah 1931, Johor 1935, Terengganu 1941. Manakala kerajaan Persekutuan sendiri mengubal akta tanah pada tahun 1960. Sementara itu 85% daripada keluasan tanah di Kelantan 1.3 juta hektar adalah digezat sebagai rezab Melayu. Kedudukan ini menyebabkan Kelantan tidak perlu warta pengeluran tanah rezab digunakan untuk membolehkan ia diganti.

Pada pandangan Husam penggubalan enakmen tanah Kelantan menunjukkan kebijaksanaan para pentadbir tanah terdahulu dan juga sultan serta para ulama. Di mana katanya penggubal itu adil di mana semua rakyat Kelantan dapat memiliki tanah. Orang bukan Melayu diberikan tanah yang tidak digezatkan sebagai rezab Melayu. Di atas tanah ini bukan Melayu boleh memajukan tanah tersebut berdasarkan ia mendatangkan kehasilan kepada kerajaan Kelantan.


Akta tanah Kelantan ini seharusnya difahami betul-betul oleh mana-mana pihak yang ingin bercakap mengenainya kalau tidak menyebabkan mereka terperangkap dengan tektik sendiri untuk memburuk pihak lain. Kesan lain kalau ia tidak difahami menyebabkan timbul kekeliruan yang boleh memburukkan keadaan sebab soal tanah ini sangat sensitif.

Dikesempatan itu Husam yang lebih bercakap dalam naluri politik menjawab tuduhan Umno yang kerajan Kelantan mengadai tanah rezab kepada bukan Melayu. Hal ini dirujuk kepada apa disiarkan dan diungkitkan oleh akhbar penjilat buntut berhubung pemajuan tanah di Mengkebang di Kuala Krai.

Jelas Husam dalam enakmen tanah Kelantan ada beberapa mukim yang diletakkan sebagai kawasan bukan rezab Melayu. Antaranya ialah Galas, Pulai di Gua Musang, Mengkebang di Kuala Krai, Temangan di Machang dan seksyen 1 hingga 11 di Bandar Kota Bharu. Biasanya tanah atau kawasan penempatan orang Cina, Siam dan India telah digazetkan sebagai tanah bukan rezab Melayu.

Jadi tuduhan bahawa kerajaan Pas Kelantan gadai tanah rezab Melayu di Mengkebang ekoran penjualan projek Pelabuhan Darat milik Sajaran kepada sebuah syarikat milik bukan Melayu (Merpati Resources) tidak berbangkit sebenarnya kerana tanah itu termausk dalam bukan rezab Melayu.

"Awang Adek kena mengaji sikit soal enakmen tanah ini," katanya. Bila mendengar kata Husam itu saya teringat kepada pandangan diberikan oleh penghulu Orang Asli yang menghuraikan bahawa di Kelantan tidak ada kawasan tanah adat. Menurutnya yang ada ialah tanah yang direzabkan oleh kerajaan kepada Orang Asli. Nampaknya mengenai anekman tanah Kelantan ini Orang Asli lebih arif dari Awang Adek Hussein dan Mustapa Mohamed.

Meskipun ada kawasan-kawasan tertentu diberikan kepada bukan Melayu tetapi sekiranya ia dimajukan 30% hartanah di situ hendak diperuntukan kepada orang Melayu. Menurut Husam contohnya hotel Ridel ia terletak di kawasan bukan rezam Melayu. Ini bermakna tidak semestinya kawan bukan rezam Melayu tidak boleh dimiliki oleh orang Melayu. Hotel Ridel itu adalah milik orang Melayu.

Manakala mana-mana kawasan atau tanah bukan rezab Melayu kalau ia diberikan kepada orang Melayu ia tidak akan boleh ditarik balik lagi.

Atas kedudukan dan keistimewaan anakmen tanah Kelantan itu menyebabkan kerajaan negeri menerusi Pengerusi Jawatankuasa Tanah Kelantan, Ahmad Yaacob telah mengarahkan tindakan undang-undang diambil kepada pihak yang menuduh kononnya kerajaan Kelantan telah menggadai rezab Melayu. Arahan itu wajar dan tepat kerana si pendusta patut diheret ke mahkamah untuk penganjaran.

Seminar berkenaan ternyata memberi pencerahan berhubung dengan anekmen tanah. Ia wajar diadakan secara lebih khusus dan melibatkan perserta lebih ramai lagi. Tetapi seperti dikatakan tadi sayang seribu kali sayang tidak ada wakil Umno dan juga wartawan akhbar penjilat buntut mengikut seminar berkenaan atau mendapat penjelasan langsung atau terus mendapat pencerahan dari pakar tanah terutamanya dari Dr Nik Mohd Zain bagi tidak tersalah lapor atau membuat laporan yang boleh diketawakan sang babi. [wm.kl.8:00 pm 01/04/12]

Pelajar SMK <b>Mengkebang</b> maut ~ Kemalangan Jalan Raya

Posted: 04 Feb 2012 01:00 AM PST


Inalillahi wainailaihi rojiun

KUALA KRAI - "Mek, kenapa Along jadi gini (Mak, kenapa Along jadi begini)." Itu luahan ibu pelajar Tingkatan Empat, Mohamad Amirfitri Nazri yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Gertak Kangkung, dekat sini, kelmarin.

Perkara itu diceritakan nenek mangsa, Rahmah Awang, 57, ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Kuala Krai (HKK), di sini, malam kelmarin.

Rahmah berkata, pertanyaan menyentuh hati itu dibuat ibu mangsa sebaik sahaja mengetahui kejadian menimpa anak sulungnya yang lebih mesra dengan panggilan Along.

"Saya hanya mampu jawab, nak buat macam mana, perkara dah nak jadi dan memintanya supaya banyak bersabar," katanya kepada Sinar Harian.

Pada kejadian kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, Mohamad Amirfitri maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan sebelum terbabas di jalan menghala ke Sungai Pas, dekat Kampung Gertak Kangkung, di sini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkebang dan anak sulung daripada lima beradik itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Turut hadir menziarahi jenazah di Bilik Mayat HKK, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah dan datuk mangsa, Mohammad Yunus, 68.

Ibu bapa Mohamad Amirfitri bagaimana pun hanya menunggu jenazah anak mereka di rumah di Kampung Peria dan tidak dapat datang ke hospital kerana terlalu sedih.

Rahmah berkata, dia mengetahui kejadian menimpa cucunya itu ketika sedang bersiap untuk menunaikan solat Maghrib kira-kira jam 7 malam selepas dimaklumkan bapa saudara mangsa.

Katanya, sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, dia yang baru siap menyimpan peralatan menjual goreng pisang yang diusahakannya terus bergegas ke tempat kejadian.

"Masa saya sampai di tempat kejadian, cucu saya sudah tidak ada (meninggal dunia) dan mayatnya sudah ditutup dengan kertas surat khabar.

"Kali terakhir saya berjumpa dengan Along dua hari lepas ketika keluar menoreh kerana rumahnya terletak dalam kebun getah datuk dia," katanya yang menyifatkan Mohamad Amirfitri sebagai seorang cucu yang baik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Rahman Ja'apar ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, saksi kejadian diminta menghubungi Ketua Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam daerah, Cif Inspektor Wan Azizi Wan Ahmad atau tampil ke Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai bagi membantu siasatan.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/pelajar-maut-kemalangan-1.21917


03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


BIOGRAFI TOKOH ISLAM: Biografi Hj Abdullah Tahir <b>Bunut Payong</b>

Posted: 01 Apr 2012 12:47 AM PDT

Haji Abdullah Tahir Bunut Payong (20 Jun 1897 - 15 Ogos 1961), merupakan salah seorang 'ulama' besar negeri Kelantan yang masyhur alim dalam ilmu fiqh dan pengasas Pondok Bunut Payong yang terkenal di seluruh Semenanjung. Seangkatan dengan haji Ali Pulau Pisang, Hj Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj Saad Kangkong, Hj Ahmad Batu Tiga Repek, Hj Saleh Pedada dan lain-lain.
Dilahirkan di Kg. Sireh, Kota Bharu, Kelantan pada 20 Muharram 1315 H. bersamaan 20 Jun 1897. Bapanya, Hj Ahmad b. Mohd Zain yang berasal dari Kg. Chepa, Kedai Lalat, Kelantan pernah berkhidmat sebagai Imam Tua di Masjid Langgar, Kota Bharu (berkhidmat sehingga 1920).
Sesudah berguru selama 15 tahun dengan Tok Kenali, beliau belayar ke tanah suci Makkah mendalami pengajiannya. Antara lain mengikuti kuliah Tuan Mukhtar Bogor, Syeikh Said al-Yamani, Syeikh Mohd. Ali al-Maliki dan beberapa tokoh yang lain lagi.
Sekembali ke Kelantan, beliau diminta menyertai kumpulan tenaga pengajar Halaqat Kitab di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Bagaimanapun, khidmatnya tidak lama kerana pada 1931, beliau memulakan pondoknya sendiri di Bunut Payong yang diberi nama Madrasah Ahmadiah. Madrasah ini kemudian terkenal ke seluruh pelosok Semenanjung Melayu sebagai pusat pengajian pondok yang berprestij.
Di Pondok Bunut Payong inilah Tuan Guru Haji Abdullah Tahir mengajar kitab hingga ke akhir hayatnya. Beliau terkenal sebagai seorang tok guru yang tekun mengajar serta mengamalkan disiplin diri yang keras lagi tegas.
Kerana kegigihannya yang sedemikian maka tidak peliklah jika Pondok Bunut Payong berjaya melahirkan ramai murid berilmu tinggi seperti Hj. Husain Rahimi, Hj Nik Man Sungai Budor, Hj. Abdul Aziz Pasir Tumboh dan lain-lain. Kerana ketokohannya juga beliau dilantik menganggotai Jemaah 'Ulama' Majlis Agama Islam Kelantan untuk beberapa penggal (seawal 1932).
Kematian fuqaha' ini pada pukul 7.20 pagi Selasa 4 Rabiulawal 1381 bersamaan 15 Ogos 1961 menyebabkan negeri Kelantan kehilangan seorang tokoh ilmuwan yang menerangi budaya ilmu dan dakwah Islamiahnya.

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Mencari Tanah Idaman Anda: 4 Lot Banglo <b>Di</b> Kg. Bukit <b>Wakaf Bharu</b>

Posted: 03 Mar 2012 12:03 PM PST

[unable to retrieve full-text content]4 Lot Banglo Di Kg. Bukit Wakaf Bharu. Posted by zalsuria4u at 12:03 PM · Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook. 0 comments: Post a Comment. Newer Post Older Post Home. Subscribe to: Post Comments ...

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Allah Taala Memang Nak Tunjuk Beza Antara Umno Dengan Pas <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2012 10:50 PM PST

Oleh Zakrul Adam

Sepanjang penggal PRU12, terdapat 16 buah pilihanraya kecil di seluruh Malaysia. Dua daripadanya di Kelantan iaitu Manek Urai dan Galas. Manek Urai dimenangi oleh PAS menerusi wakilnya, Mohd Fauzi Abdullah atau lebih dikenali sebagai Abe Uji manakala Galas pula dimenangi oleh UMNO menerusi wakilnya, Abdul Aziz Yusoff.

Seperti biasalah, bila dah pilihanraya, maka pelbagai janji ditabur demi memikat hati pengundi. Dan seperti biasa jugalah, PAS akan sentiasa mendabik dada bahawa mereka adalah 'tajalli Allah Taala' yang bukan sahaja memberi manfaat tetapi juga memberi syafaat dalam bentuk syurga.

Nik Abdul Aziz mempertahankan Negara Berkebajikan yang menjadi slogan terbaru PAS. Namun apa yang berlaku di Manek Urai dan dibandingkan pula dengan di Galas, menjelaskan tentang kemudaratan golongan pencipta slogan yang bukan sahaja tidak mempunyai maruah dan harga diri, bahkan akan sanggup berbohong, menipu dan memperdayakan umat manusia asalkan mereka menang pilihanraya.

Janji-janji syurga di Manek Urai nampaknya tidak menjadi realiti. Sebaliknya pengangkatan Abe Uji sebagai wakil rakyat Manek Urai, bukan sahaja menambahkan lagi masalah, sebaliknya membuktikan bahawa PAS sekadar mampu menjanjikan syurga, tetapi tidak mampu membuktikan amalan untuk ke syurga.

Permukaan lantai Pasar Laloh

Abe Uji nampaknya telah diserang oleh gerombolan di dalam PAS sendiri. Pelbagai masalah di Manek Urai mulai ditimpakan ke batang tengkuk Abe Uji. Dikatakan, Abe Uji tidak mampu menggalas tugas sebagai wakil rakyat, sungguhpun Abe Uji telah diberikan restu dan rahmat oleh Nik Abdul Aziz sendiri.

Wakil Rakyat PAS itu dikatakan gagal menyelesaikan masalah jalan kampung yang rosak teruk di Manek Urai. Permukaan lantai Pasar Laloh yang sangat daif juga tidak dititikberatkan. Semak-samun di kiri kanan jalan Kampung Berangan, bukan sahaja mengundang ancaman daripada haiwan berbisa dan buas, sebaliknya menjadi tempat persembunyian peragut dan penjenayah seksual yang amat baik, tidak dipedulikan langsung oleh Abe Uji biarpun masalah tersebut telah berkali-kali dibawa ke pengetahuannya.

Paling menyedihkan ialah apabila para pengundi dan penduduk Manek Urai terlalu sukar untuk melihat batang hidung dan batang tubuh Abe Uji. Semenjak bergelar Wakil Rakyat, Abe Uji bagaikan jijik untuk mencemarkan kakinya ke tanah Manek Urai.

 jalan Kampung Berangan

jalan Kampung Berangan

Berbeza pula dengan Abdul Aziz Yusoff, wakil rakyat UMNO-BN di Galas yang setiap masa ada di Galas dan Gua Musang. Wakil Rakyat UMNO itu amat mudah ditemui dan juga amat mudah untuk diminta bantuan.

Pelbagai masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Wakil Rakyat PAS dahulu, kini berjaya diselesaikan oleh Abdul Aziz Yusoff termasuklah isu perumahan PPRT yang diselesaikan oleh Abdul Aziz Yusoff dengan bantuan Kerajaan Pusat setelah Kerajaan Negeri enggan melayannya.

Begitu juga dengan isu Tanah Adat Orang Asli yang telah dirampas oleh Kerajaan Negeri untuk tujuan pembalakan dan projek Ladang Rakyat yang sebenarnya tidak memberikan keuntungan kepada mana-mana rakyat Kelantan sama ada yang terlibat apatah lagi yang langsung tidak terlibat dengan program tersebut.

Bagi mereka yang terbuka fikiran dan bermata terang, pasti dapat melihat perbezaan yang sangat ketara antara kedua-dua Wakil Rakyat yang dipilih pada dua PRK pasca PRU12. Perbezaan yang paling ketara sudah tentulah, satu pihak berusaha keras menunaikan janji dan satu pihak lagi berusaha keras menabur janji. Satu pihak lagi bekerja untuk memenuhkan janji dan satu pihak lagi tak habis-habis dengan ceramah di sana sini, termasuklah Tuk Guru merangkap Menteri Besarnya sendiri.

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


<b>Kelantan Negeri</b> Termiskin <b>Di</b> Malaysia Tetapi ... | Berita Semasa.My

Posted: 28 Feb 2012 09:22 AM PST

Baru-baru ini hangat berita mengenai perkara ini dimana Kerajaan mengatakan bahawa Kelantan merupakan negeri paling miskin di Malaysia.Namun,beberapa kenyataan balas telah dikemukan bagi menyangkal perkara ini.Menurut sumber berkenaan,Sabah merupakan negara termiskin di Malaysia bukannya Kelantan seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Namun begitu,apa yang menarik perhatian kami adalah maklum yang dinyatakan didalam gambar diatas."Kelantan negeri miskin,tiket bola termahal di Malaysia tetapi stadium sentiasa penuh,keuntungan Tesco di Kelantan tertinggi di Malaysia…."

Menarik kan??Apa pendapat anda mengenai perkara ini?

Incoming search terms:

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Tumpat</b>

Posted: 04 Apr 2012 09:26 PM PDT

[KLIK] KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA DI FACEBOOK

Jajahan Tumpat telah dibina pada 1 Januari, 1949 di Kawasan Padang Mahkota iaitu di hadapan kediaman rasmi Ketua Jajahan dan apabila beroperasi telah diterajui oleh Allahyarham Dato' Nik Hussein bin Nik Zainal (Dato' Kaya Setia) selaku Ketua Jajahan yang pertama. Kepesatan pembangunan yang dialami di Jajahan Tumpat pada waktu itu serentak dengan perkembangan Pelabuhan dan Stesen Keretapi yang merupakan nadi perhubungan dan pengangkutan di Pantai Timur.

Majlis Daerah Tumpat kini mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Penolong Jurutera

2. Juruteknik Komputer

3. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa

4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan : 30 April 2012

Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Tumpat</b> (MDT) - April 2012

Posted: 05 Apr 2012 02:57 AM PDT

JAWATAN:
1. Penolong Jurutera Gred J29
2. Juruteknik Komputer Gred FT17
3. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa Gred J17
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

IKLAN JAWATAN
http://www.mdtumpat.gov.my/jobvacancies
atau
http://www.mdtumpat.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=76556b74-6410-418f-8e2b-461d7bafbc26&groupId=20499

Tarikh Tutup : 30 April 2012

ads