Jumaat, 9 Mei 2014

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Pondok Rahmat: HOSPITAL <b>KUALA KRAI</b> DALAM NOSTALGIA

Posted: 26 Apr 2014 12:31 AM PDT


HOSPITAL KUALA KRAI DALAM NOSTALGIA

Petang Jumaat semalam, 25 April 2014 kami berada di Hospital Kuala Krai yang terletak di atas sebuah bukit dalam bandar Kuala Krai yang mempunyai penduduk multi bangsa. Dari Kota Bharu kami sampai hampir pukul enam petang.


Tujuan kami ialah untuk menziarahi seorang anggota kaluarga yang sakit yang baru beberapa hari diwadkan di hospital itu untuk menerima rawatan lanjut.

Kepada kami sekeluarga, Hospital Keluarga  mempunyai nostalgia yang tersendiri yang tidak mungkin dapat kami lupakan sepanjang hayat kami. Antaranya  pada bulan Julai 2009 isteri saya, Asiah Yaacob telah dibawa ke wad kecemasan kerana mengalami sesak nafas. Waktu itu sudah pukul enam petang lebih.

Waktu sampai di hospital itu, dia masih kuat, boleh turun dari kereta sendiri, dan berjalan sendiri ke wad kecemasan  dan menolak untuk dipimpin. Katanya dia boleh berjalan sendiri.


Dia diarahkan duduk sebuah katil untuk dijalankan pemeriksaan segera  oleh kakitangani perubatan. Keputusan pemeriksaan segera itu tidak ada menunjukkan sebarang pengidapan yang serius.

Kemudian dia dipindahkan ke katil lain di mana dia akan ditempatkan di situ buat sementara waktu. Sebelum dipindahkan ke wad untuk menerima rawatan lanjut. Kami mengucap syukur kepada Alllah dan merasa amat lega.

Namun begitu, tidak lama kemudian, Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah menjemput isteri saya ke pangkuan-Nya. Semoga Allah limpahi rahmat ke atasnya.


Tapi cara layanan seorang doktor yang bertugas dan duduk di meja dihadapan wad yang diselangi beberapa buah katil  tidak menggembirakan kami.
Sebelum itu saya sering mendengar berbagai-bagai rungutan tentang ketidakselesaan orang ramai terhadap layanan-layanan daripada bahagian kecemasan itu. Tapi sukar kepada kami untuk mempercayainya.

Saya mohon maaf kerana terpakasa menyebut perkara yang telah bertahun-tahun berlaku, semata-mata untuk dijadikan iktibar.

Kerana  kelmarin pula ketika kami dalam wad, ada keluarga pesakit merungut tentang rasa tidak selesa hati mereka terhadap layanan yang mereka terima dari wad kecemasan itu. Peristiwa yang sama seperti yang kami alami kira-kira lima tahun dulu juga.

Di samping itu, kelmarin saya lihat bilik wad pun berasak dengan katil-katil yang semuanya dipenuhi dengan pesakit, antaranya ada yang sakit kronis. Ini  mungkin berlaku di mana-mana. Pesakit ramai, wad tidak sejajar dengan pesakit. Tambahan pula, waktu itu masa lawatan di mana keadaannya penuh dengan orang ramai yang datang untuk menzirahi keluarga dan sahabat handai mereka yang terlantar menerima rawatan.

Namun begitu, sebagai rakyat Malaysia mereka tetap bersyukur kerana masih ada ruang kepada mereka untuk diwadkan dan menerima rawatan dengan sebaik-baiknya.

Selain itu salah satu problam lagi yang dihadapi oleh para pelawat hospital ialah tempat parkir kereta yang tidak mencukupi. Saya difahamkan perkara ini telah lama menjadi masalah.

Kelmarin ketika sampai, kami terus naik ke atas bukit mencari parkir khas yng disediakan oleh pihak hospital, tapi setelah berputar-putar tidak ada, kami pun terus turun ke bawah untuk mencari parkir Majis  Daerah Kuala Krai di pinggir jalan raya. Kalau hari bekerja parkir Majis Daserah ini kena bayar, tapi tak apalah asalkan ada parkir kosong. Setelah menunggu-nunggu, nasib baik ada sebuah kereta meninggalkan parkir, dan dapatlah kami memarkirkan di situ. Alhamdulillah.

 
Dari tempat parkir di bawah bukit itu, kami berjalan kaki melintas jalan dan mmendaki bukit ke wad. Kalau orang berusia lanjut, atau orang yang tidak begitu sihat, tentu sukar  untuk berjalan kaki, kerana terpaksa mendaki terus menerus hingga ke kaki wad. Di samping itu kalau kebetulan hujan lebat pula menambahkan kerumitan kepada pelawat untuk berjalan kaki menuju ke wad.

Tapi mujurlah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bangunan hospital Kuala Krai ada dua buah. Hospital baru digunakan tempat pemeriksaan pesakit dan menerima rawatan langsung, terletak  agak jauh dari hospital lama itu. Sementara hospital lama hanya ditempatkan wad kecemasan dan wad-wad pesakit sahaja.

Kemduian kami tiggalkan Hospital Kuala Krai dengan penuh nostalgia, dan dengan harapan pesakit akan sembuh dan semoga layanan hospital kepada orang ramai bertambah baik dengan memberi perkhdimatan yang terbaik kepada masyarakat.

Semoga Allah kabulkan doa kami!

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Apr 2014 09:13 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Apr 2014 09:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Apr 2014 09:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Mar 2014 09:32 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Mar 2014 09:12 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Mar 2014 09:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Apr 2013 09:43 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Dec 2012 09:46 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Sejarah Ringkas Pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang

Posted: 20 Nov 2012 05:19 PM PST

Masjid adalah lambang syiar Islam, ia merupakan pusat yang menghubungkan antara hamba dengan Penciptanya. Masjid bukan saja tempat solat berjemaah, tetapi juga sebagai pusat pendidikan, pengajian keagamaan dan aktiviti kemasyarakatan yang secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhwah islamiyyah sesama manusia.
Pada tahun 1931, Tuan Guru Haji Abdullah Tahir  telah mendirikan Madrasah Ahmadiah di Bunut Payong. Pusat pengajian itu masyhur sebagai Pondok Bunut Payong.  Tuan Guru Haji Abdullah Tahir  merupakan seorang ulama besar negeri Kelantan yang masyhur alim dalam ilmu fiqh.   Pelajar-pelajar pondok Bunut Payong bukan saja terdiri daripada anak tempatan, tetapi juga mereka yang datangnya dari Kedah, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Pahang serta pelajar-pelajar dari Thailand dan juga dari Indonesia.

Pak Su masih ingat beberapa  pelajar Pondok Bunut Payong  yang cemerlang . Mereka ialah Hj Abdul Shukor dari Bangkok, Hj Budin dari Sumatera, Ustaz Abdul Rahman dari Perlis, Hj Husin Rahimi dari Pasir Puteh, Hj Mat Besi Berani dari Bukit Marak, Hj Abdul Aziz dan Hj Mustapha dari Limbat, kedua-duanya menjadi pengasas Pondok Terusan Pasir Tumboh dan Ustaz Fadhil dari Johor yang  selepas itu menjadi menantu Tuan guru. Pelajar-pelajar pondok Bunut Payong bukan saja terdiri daripada anak tempatan, tetapi ramai juga yang datangnya dari Johor, Perlis, Melaka, Pulau Pinang, Pahang serta pelajar-pelajar dari Thailand dan Indonesia.

Beberapa orang anak mukim Padang Enggang  turut serta belajar ilmu agama di Pondok Bunut Payong  yang jaraknya 3 km dengan kampong Padang Enggang. Ilmu yang yang mereka perolehi, mereka ajarkan pula kepada penduduk dan begitulah seterusnya.  Pada ketika itu, penduduk mukim Padang Enggang menunaikan solat  hanya di sebuah surau kecil bersebelahan tanah perkuburan (kubur surau). Di surau ini jugalah kanak-kanak belajar mengaji Al-Quran.

Selain dari itu, kanak-kanak ini juga diajarkan asas Fardhu Ain secara teori dan praktikal.


Bermulanya pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang  apabila Haji Abdullah Wan Ahmad (Pak Lah Kedai Wakaf Che Yeh) telah mewakafkan tanah seluas 0.5 ekar untuk didirikan sebuah masjid pada  pertengahan tahun 1950an.  Hasrat beliau untuk melihat tertegaknya masjid di Mukim Padang Enggang tidak kesampaian, beliau  terlebih dahulu telah dijemput  mengadap illahi semasa mengerjakan fardhu haji di Mekah.

Pada tahun 1959 sebuah jawatankuasa pembinaan masjid telah di tubuhkan oleh Allahyarham Ahmad bin Ismail (Imam Tua) yang bertindak sebagai pengerusi, Allahyarham Cikgu Ahmad Ibrahim (Pakcik Che Gu)  sebagai bendahari yang pada masa itu adalah Guru Besar Sek. Keb. Mulong, Allahyarham Pauzi Ahmad (Pelajar di Pondok Bunut Payong) sebagai setiausaha dan beberapa orang penduduk yang mewakili setiap kampung dalam Mukim Padang Enggang. Kampung-kampung tersebut adalah Kampung Wakaf Che Yeh, Kampung Padang Enggang, Kampung Padang Darat, Kampung Telok Chat, Kampung Rupek, Kampung Baru, Kampung Ijok, Kampung Seterpa, Kampung Jelasin, Kampung Air Deras dan Kampung Tini.



Antara aktiviti dan perancangan yang dilakukan oleh AJK  untuk memulakan pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang:
1)      Membuat kutipan wang dari rumah kerumah. Tugas ini dilakukan oleh semua AJK yang mewakili kawasan masing-masing dalam Mukim Padang Enggang.
2)      Mengadakan jamuan teh sambil menderma dilakukan di tapak masjid tersebut.
3)      Mendapat sumbangan kewangan sebanyak RM1,000.00 dari  Dato Asri Muda yang merupakan wakil rakyat kawasan tersebut.
4)      Husin Musa sawmill telah dipersetujui oleh majoriti AJK sebagai pembekal barangan keperluan untuk pembinaan masjid dengan kaedah pembayaran yang fleksible.
Masjid Mukim Padang Enggang dengan keluasan lantai 2,100 kaki persegi (42' X 50') dapat menampung jemaah seramai 250 orang. Pada peringkat awal, solat jumaat juga disertai oleh jemaah wanita untuk memenuhi ruang masjid yang agak besar dibandingkan dengan bilangan makmun yang tidak ramai. Pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk menarik jemaah mengimarahkan masjid. Pada masa itu bilangan guru agama amat terhad tambahan pula aktiviti kebudayaan mendapat tempat dihati penduduk. Walaupun begitu usaha membesarkan masjid terus dilakukan dari masa kesemasa  dengan mengambil kira bilangan penduduk mukim yang semakin bertambah dan minat mencari ilmu agama dikalangan mereka juga semakin meningkat.

Pak Su dilantik sebagai AJK Pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang pada tahun 1959. Paksu diberi tanggungjawab menjaga  urusan  pembinaan masjid, kebetulan pula Pak Su bekerja di Jabatan Kerja Raya, Kota Bharu dan mempunyai sedikit kemahiran dalam kerja-kerja pertukangan kayu dan binaan bangunan. Pak Su aktif  sebagai AJK selama 53 tahun tanpa henti dan berada dibawah 5 orang imam bermula dari 1959 hingga sekarang. Imam -imam tersebut adalah seperti berikut:
1) Allahyarham Ahmad Bin Ismail (Tok Ayah)
2) Allahyarham Pauzi Bin Ahmad (Tok Imam Pauzi)
3) Ustaz Yassin (Tok Imam Yassin)
4) Ustaz Haji Hanafi Bin Mohamad (Tok Imam Napi)
5) Ustaz Haji Abdul Halim Bin Mat Isa (Imam Tua sekarang)

Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran dan usaha berterusan oleh AJK masjid, bilangan jemaah dewasa dan kanak-kanak  yang datang ke Masjid Mukim Padang Enggang semakin bertambah. Mereka mengimarahkan masjid setiap waktu  untuk melakukan solat berjemaah, iktikaf, berzikir, membaca Al-Quran, mengikuti majlis-majlis ilmu dan menjayakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan serta apa jua program yang mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada penduduk mukim Padang Enggang dan kepada umat islam keseluruhannya.
Wallahu a'lam

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Mar 2014 09:15 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Mar 2014 09:29 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pertandingan bola baling peringkat QIT salor - SK <b>Bunut Payong</b>

Posted: 02 Mar 2014 06:56 PM PST

Ahli pasukan bola baling lelaki yang terlibat dalam pertandingan bersama guru pengiring.

Jurulatih wanita dan guru pengiring yang turut serta dalam pertandingan bola baling yang bertempat di
 SK Pengkalan Kubur ,Salor.

Jurulatih utama yang terlibat sepenuhnya dalam sesi latihan sebelum berlangsungnya pertandingan.

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Jan 2014 09:31 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jan 2014 09:06 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Dec 2013 09:25 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Dec 2013 09:20 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Dec 2013 09:28 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2013 09:18 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jun 2013 09:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jan 2013 09:34 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

haji abdullah tahir <b>bunut payong</b> - syafaah dan barokah

Posted: 15 Nov 2012 05:17 PM PST


SALAH SEORANG ULAMA BESAR NEGERI KELANTAN YANG MASYHUR ALIM DALAM ILMU FIQH. PENDIRI PONDOK BUNUT PAYONG YANG TERKENAL KE SELURUH SEMENANJUNG ITU. SEANGKATAN DENGAN HAJI ALI PULAU PISANG, HAJI YAAKUB LORONG GAJAH MATI, HAJI SAAD KANGKONG, HAJI AHMAD BATU TIGA REPEK, HAJI SALEH PEDADA DLL.
DILAHIRKAN DI KG. SIREH, KOTA BHARU PADA 20 MUHARRAM 1315 BER
SAMAAN 20 JUN 1897, BAPANYA, HAJI AHMAD BIN MOHD. ZAIN YANG BERASAL DARI KG. CHEPA, KEDAI LALAT PERNAH BERKHIDMAT SEBAGAI IMAM TUA DI MASJID LANGGAR, KOTA BHARU (BERKHIDMAT SEHINGGA 1920).
SESUDAH BERGURU SELAMA 15 TAHUN DENGAN TOK KENALI, BELIAU BELAYAR KE TANAH SUCI MAKKAH MENDALAMI PENGAJIANNYA. ANTARA LAIN MENGIKUTI KULIAH TUAN MUKHTAR BOGOR, SYEIKH SAID AL-YAMANI, SYEIKH MOHD. ALI AL-MALIKI DAN BEBERAPA TOKOH YANG LAIN LAGI.
SEKEMBALI KE KELANTAN, BELIAU DIMINTA MENYERTAI KUMPULAN TENAGA PENGAJAR HALAQAT KITAB DI MASJID MUHAMMADI, KOTA BHARU. BAGAIMANAPUN, KHIDMATNYA TIDAK LAMA KERANA PADA 1931, BELIAU MEMULAKAN KEGIATAN KEGURUANNYA SENDIRI DI BUNUT PAYONG YANG DIBERI NAMA MADRASAH AHMADIAH. MADRASAH INI KEMUDIAN TERKENAL KE SELURUH PELOSOK SEMENANJUNG MELAYU SEBAGAI PUSAT PENGAJIAN PONDOK YANG BERPRESTASI TINGGI DI KELANTAN.
DI PONDOK BUNUT PAYONG INILAH TUAN GURU HAJI ABDULLAH TAHIR MENGAJAR KITAB HINGGA KE AKHIR HAYATNYA. BELIAU TERKENAL SEBAGAI SEORANG TOK GURU YANG TEKUN MENGAJAR SERTA MENGAMALKAN DISIPLIN DIRI YANG KERAS LAGI TEGAS.
KERANA KEGIGIHANNYA YANG SEDEMIKIAN MAKA TIDAK PELIKLAH JIKA PONDOK BUNUT PAYONG BERJAYA MELAHIRKAN RAMAI MURID BERILMU TINGGI SEPERTI HJ. HUSAIN RAHIMI, HJ. NIK MAN SUNGAI BUDOR, HJ. ABDUL AZIZ PASIR TUMBOH, HJ. ISMAIL PADANG LEPAI, HJ. ABDULLAH KOK LANAS, HJ. OMAR KUBANG BEMBAN, HJ. ABDUL RAHMAN SLOW MACHANG, HJ. WOOK LUBOK CHEKOK, HJ. NOOR TELIAR, HJ. SAULAIMAN SIRAM, HJ. DAUD BUKIT BUNGA, HJ. YAAKUB KELONG, HJ. GHAZALI PULAI CHONDONG, HJ. ZAKARIA SELISING, HJ. OSMAN PERLIS, HJ. AHMAD KODIANG, HJ. YAHYA JONED GURUN, HJ. IBRAHIM BONGEK, HJ. ABDUL WAHID SUNGAI UDANG, HJ. HUSAIN UMBAI, HJ. AHMAD RELAI, HJ. HASANUDDIN BERHALA GANTANG, HJ. ISMAIL PHUKET, HJ. GHAZALI MUNDOK.
KERANA KETOKOHANNYA JUGA BELIAU DILANTIK MENGANGGOTAI JEMAAH ULAMA MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN BEBERAPA PENGGAL (SEAWAL 1932).
KEMATIAN FUQAHA' INI PADA PUKUL 7.20 PAGI SELASA 4 RABIULAWAL 1381 BERSAMAAN 15 OGOS 1961 MENYEBABKAN NEGERI KELANTAN KEHILANGAN SEORANG TOKOH ILMUAN YANG MENERANGI BUDAYA ILMU DAN DAKWAH ISLAMIAHNYA.

HTTP://RIJALMUHIBBIN.BLOGSPOT.COM/SEARCH/LABEL/ULAMAK%20KELANTAN
http://www.facebook.com/SYAFAAH.dan.BAROKAH
http://www.facebook.com/Para.Pecinta.Habaib.dan.Ulama

Sekolah Kebangsaan <b>Bunut Payong</b>, Kota Bharu,Kelantan: TERIMA <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2013 09:48 PM PDT

                              Pelajar UNIZA merealisasi mural bunga raya di blok bangunan baru.
Amalan budaya kerja'sense of belonging ' menjadi tunggak utama sekolah dalam merealisasikan program-program sekolah termasuk landskap dan mural sekolah.

                                                    Perbincangan dikalangan guru-guru.

                                    Syed ( pelajar UNIZA ) membantu & menyumbang idea.

                                                      'We are proud,we do it ourselves '

                                               Amalan Budaya Kerja 'Teamwork to Success'
                                      Tidak ketinggalan ,Puan Guru Besar , turut mengecat mural.
PK Pentadbiran dan PK Hem juga tidak ketinggalan membantu dalam menjayakan projek sekolah.

Panas...yang penting siap.Ketekunan dalam menyiapkan kerja-kerja walaupun dalam cuaca yang panas .

Pekerja-pekerja juga ' ringan tulang 'dalam membantu,apabila bantuan mereka diperlukan.

Rakaman Visual mural yang telah siap, diblok bangunan baru.
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH DAN SYED ( PELAJAR UNIZA ) .

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


PEMUDA KB: ULasan Kemerosotan Undi <b>Di Manek Urai</b> !!

Posted: 16 Jul 2009 08:33 PM PDT


PAS akan membuat post mortem dalam masa terdekat ekoran kemerosotan ketara undi diperolehi pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai semalam.Disini sudah terbukti PAS tidak pernah ambil tahu akan kebajikan penduduk Manek Urai.Kerajaan BN telah dan sudah pun membantu serta menyumbang untuk rakyat Manek Urai tanpa membuat apa-apa post mortem.


Faktor janji bukanlah pilihan pengundi manek Urai, pengundi PAS sendiri semacam diabaikan oleh pemimpin mereka.20 tahun tiada yang datang menjengok atau bertanya khabar, cuma di datangi ceramah Nik Aziz supaya menerima pemberian dan seolah-olah menghasut untuk unsur rasuah dipraktikan sendiri dikalangan ahli PAS yang tanpa sedar supaya rasuah diutamakan.

Sedangkan Kerajaan BN sudah menjadi kewajipan dan tanggung jawab memberi hak rakyat dan membantu rakyat. Suruh ambil dengan BN sahaja, hak kamu bIla kamu bagi setelah 20 tahun menang di Kelantan? kemana hilang nya peruntukan untuk rakyat? Kalau nak bagi Royalti minyak pulak, betul dapat, tapi kemana akan hilang royalti itu? Masuk poket PKR plak? PAs terima tapi PKR yang Rasa!!

Rata-rata penyokong PAS di manek Urai bukan mengharapkan apa -apa sogokan dari pihak BN,kerana BN tidak pernah menyogok.Bantuan dan sumbangan adalah dari kerajaan yang telah lama diberi kepada rakyat melalui kementerian-kementerian dan juga agensi-agensi berkaitan dalam membela rakyat. En Baharuddin Abdullah , salah seorang ahli PAS di Chuchoh Puteri A merasa bangga kerana di lawati oleh petugas BN dan tiada kempen keatasnya, namun atas dasar perpaduan dan demi bangsa Melayu serta menegakkan agama Islam beliau terharu dengan kunjungan petugas BN yang perihatin atas dasar persahabatan sesama Islam.kerana Islam adalah untuk semua.Bangsa Melayu perlu dibela.

Katanya selama 5 tahun tiada seorang pun dari kalangan PAs menziarahi beliau atau bertanya khabar berita, bukan habuan yang di pinta, cukuplah sekadar bertanya khabar.Begitu juga dengan pasangan suami isteri, dikenali dengan nama pakda dan mak uda, yang sememangnya ahli PAs dan tanpa menafikan apa-apa mengaku dia ahli PAS dan terlibat dengan jentera pilihraya manek urai , merasa terharu dengan kehadiran petugas BN yang sememangnya mengambil berat pengundi disitu.Dia merasa terharu Pihak BN perihatin kepada ahli UMNO sendiri dan tiada pilih kasih dikalangan pengundi.

Semoga dengan cara mesra rakyat ini dapat diteruskan dan beliau yakin dengan pimpinan Dato Seri Najib era perubahan akan berlaku dan yakin rakyat akan bersama membantu demi satu Malaysia.

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Review Sister&#39;s Wedding #6 : Majlis bertandang <b>di Machang</b>

Posted: 07 May 2014 05:18 AM PDT


review tak ikut turutan yea. ikut suka hati nak review yang mana dulu.haha
ingat nak buat review akad nikah tapi memandangkan gambar soft copy ada dengan adik so kita kasi up review lain dulu
kali ni nak buat review sikit pasal majlis menyambut menantu di Machang Kelantan.
idea tetiba datang nak review majlis bertandang dulu
family adik ipar nik ni asal orang Kelantan jugak.
tapi family semua dah pindah duk Selangor
pinjam rumah mak cik diorang untuk buat majlis
majlis ni dibuat sehari selepas majlis kat dewan.majlis simple aje pun.just makan-makan
tak ada pelamin bagai. tak ada official photographer jugak . gambar semua dari kamera sendiri
baju pengantin perempuan, adik nik beli dari MiNaz Boutique.
baju pengantin lelaki recycle baju raya tahun lepas. jimat kos katanya :)

Material: Full Silk Crepe Satin with beaded lace
dari depan dan tepi

veil pun adik bongsu kami DIY .
close up gambar veil

make up sendirian berhad.adik bongsu kami yang make up kan
serba boleh adik bongsu kami ni.dialah mc, dialah wedding planner, pengubah hantaran dan dialah jugak make up artis.
makanan yang pihak lelaki sediakan sedap.makanan kampung style
pak cik kitaorg siap tambah sampai 4 kali kot..huhu
balik rumah cek darah, naik.opsss..haa sedap sangat makanan sampai tak kisah
tengok gambar makanan ni, buat terliur pulak.aduhh..huhu

BLOG KELANTAN: 03 <b>di machang</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Apr 2014 03:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di machang</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Mar 2014 03:16 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :- di machang - Google Blog Search

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran <b>Di Machang</b> - MYNEWSHUB <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2014 01:07 AM PST


KOTA BAHARU – Empat rumah musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Lot 1867, belakang Caltex, Machang di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang Zulkifli Osman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada 8.17 pagi.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, api sedang marak membakar kesemua empat buah rumah yang terletak berhampiran dan api berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata tiga jentera dengan kekuatan 11 pegawai dan anggota dikejar ke lokasi kejadian.

Kerugian ditaksir sebanyak RM300,000 dan punca kejadian masih disiasat.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Machanghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Kebakaran4.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Kebakaran4-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,

KOTA BAHARU - Empat rumah musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Lot 1867, belakang Caltex, Machang di sini hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang Zulkifli Osman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada 8.17 pagi. 'Sebaik tiba di tempat kejadian, api sedang marak membakar kesemua empat...

<p style="text-align: justify;">KOTA BAHARU - Empat rumah musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Lot 1867, belakang Caltex, Machang di sini hari ini.</p> <p style="text-align: justify;">Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang Zulkifli Osman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada 8.17 pagi.</p> <p style="text-align: justify;">"Sebaik tiba di tempat kejadian, api sedang marak membakar kesemua empat buah rumah yang terletak berhampiran dan api berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit," katanya ketika dihubungi.</p> <p style="text-align: justify;">Beliau berkata tiga jentera dengan kekuatan 11 pegawai dan anggota dikejar ke lokasi kejadian.</p> <p style="text-align: justify;">Kerugian ditaksir sebanyak RM300,000 dan punca kejadian masih disiasat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - BERNAMA</p>

ads