Rabu, 24 Ogos 2011

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Tasya Amir: Last week Kenduri <b>di Jelawat</b>, Esok kat Taman Ria.

Posted: 18 Mar 2011 06:45 PM PDT

Malam ni, kami baru je balik dari majlis Marhaban.
Esok kenduri lah. Majlis ni kat Taman Ria.
Photo pengantin kat bawah ni, selepas majlis
akad nikah last week, yang berlansung di Masjid
Taman Ria. Tiga kali makan kenduri lah. Kenduri
makan masa hari akad nikah, lepas tu makan-makan
di Majlis Doa selamat dan Marhaban, esok pulak
Kenduri Kahwin. Ahad nanti berarak ke Majlis
Kenduri belah Pengantin Lelaki pulak.
 
Lokasi: Taman Ria, Sungai Petani
Rumah: Pak Ndak Shid
Pengantin: Nurul Amira
Kakak Kak Laila dan Kak Nadia

Minggu lepas punya kenduri di Jelawat Kelantan,
tak sempat nak ambik photo banyak-banyak.

Jadual berarak dari Pasir Tumbuh ke Jelawat
sepatutnya pukul 12 tgh hari. Tapi tertangguh tiga
jam pasal hujan lebat. Tiba di Pekan Jelawat pukul
3.30 petang. Rombongan Ayah Nik dari Tanah
Merah tersangkut kat jam dua jam. Banyak
kemalangan di Ketereh katanya.

Kat bawah ni la... photo kami semasa makan
kenduri di Jelawat. Cuaca hujan tak berenti,
jadi photo nye tak berapa elok. Tak sempat
nak ambik banyak-banyak kerana Abang
Amir asyik sakit perut. Cirit dari pagi sampai
malam. Cari tandas merata tempat. Kat Jeli, Tanah
Merah, Kota Bharu dan Jelawat.

Lokasi: Pekan Jelawat, Bachuk
Rumah: Pengantin Lelaki
Besan kepada Ngah Usop, Banggul Besi

Lepas ni pun ada lagi Pesta Kenduri Kahwin.
Meriah sungguh, maklum lah musim cuti. Masing
masing berebut nak buat majlis kenduri.
Tasya tumpang gembira dan seronok. Lagi pun
dapat ramai kawan baru.
See you....

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Laman Rasmi Misi Cakna Palestin: Lensa media: Cakna Palestin <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2011 06:19 PM PDT

2011 © Hakcipta Terpelihara Sekretariat Misi Cakna Palestin. Design By Akhi Muaz

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


MPP Online: Tokong diDAHULUKAN.., Masjid diKETEPIKAN...

Posted: 21 Aug 2011 03:30 AM PDT


Di Kelantan, terdapat lebih kurang 1.5 juta orang penduduk.. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%..

Jumlah penduduk Siam di Kelantan pula seramai 13,000 orang yang mendiami 30 kampung. Apa yang gua tahu.., penduduk Siam tinggal di kampung-kampung di daerah Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Tanah Merah, Pasir Mas dan Kota Bharu.

Tapi satu perkara menarik yang patut korang tau ialah.., di Kelantan terdapat patung Buddha tidur yang kedua terbesar di dunia.. Selain tu ada jugak patung Buddha duduk yang kedua terbesar di Asia Selatan.

Semua tu dibina dibawah pentadbiran Pok Nik... Hebat tak Kerajaan PAS Kelantan..?

Yang jadi peliknya.., tak ada satu pun Masjid yang dibina oleh kerajaan PAS sejak dorang memerintah selama 20 tahun lebih di negeri tu.. Huhuhuhu.. Kerajaan PAS ni kerajaan siam atau Isle?

Satu-satunya masjid yang dibina kerajaan PAS yang gua tau ialah di Rantau Panjang.. Yang bestnya.., Masjid tu masih lagi terbengkalai sejak tiga tahun lepas biarpun duit peruntukan RM 1 juta dah diluluskan... Ajaib tak?

Jadi..., korang mesti heran.., kenapa Nik Aziz yang mendabik dada kononnya pejuang Islam tapi tak nak buat Masjid... Gua ada jawapan untuk kehairanan korang..


Pada tahun 2008.., Nik Aziz sendiri mengaku bahawa PAS tidak membina masjid sepanjang 18 tahun pemerintahannya di Kelantan.

Dia kata.., kerajaan negeri hanya membina masjid sekiranya penduduk menyediakan tapak atau membinanya terlebih dahulu.

"Kalau beri, kita tak beri semua (peruntukan), kita beri yang padan (mampu) dengan kita saja. Demo (rakyat) buat dulu masjid, beli tanah dulu baru kita beri (peruntukan)," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal di Kampung Telosan di Pasir Putih.

So.., gua harap kepada sesapa yang ada kengkawan dikalangan penganut PAS tu.., ceritakanlah kat dorang bahawa masjid yang dorang beribadat di Kelantan sekarang ni adalah hasil usaha UMNO/BN..

Tempat sujud dan Mimbar tempat dorang hentam kerajaan selama ni di masjid Kelantan tu pun adalah hasil jerit perih UMNO/BN...

Kalau nak rasa hasil usaha PAS.., bolehlah "sujud" di Tokong Siam Slepping Buddha atau Sitting Budha yee.. Itu je lah yang PAS boleh berbangga punn....

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


TREN LANGGAR GAJAH , SEEKOR DARI DUA GAJAH ITU MATI DIREMPUH TREN ....

Posted: 21 Aug 2011 07:30 PM PDT

Assalamualaikum semua..

hai korang.. selamat pagy .. huhu .. bestnye hari ni bangun lambat sikit daripada biasa sebab hari ni cahaya cuti yeahhh.. selonok.. selonok ngeeee mesti korang jeles kan lalala

saje je cahaya amek cuti hari ni ate cuti pun masih banyak lagi buat ape simpan2 kan hehe.. ok la mangun2 je terus rasa nak hapdate blog sebab baca pasal gajah ni sian gajah tu

korang dah baca ? kalau belum baca lagi meh baca story ni yang cahaya petik dari Metro Online... meh2..

KUALA KRAI: Kira-kira 300 penumpang Ekspres Senandung Timuran, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Johor Bharu cemas selepas tren dinaiki merempuh dua ekor gajah dalam kejadian di Kilometer 407.5, Bukit Abu-Manek Urai, di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 10.40 malam itu, menyebabkan pemandu tren terbabit terpaksa memberhentikan kenderaan secara mengejut sebelum terpaksa melanggar ibu dan anak gajah terbabit yang dilihat sedang melintasi landasan berkenaan.

Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat KTMB, Fazil Ismail berkata, situasi mencemaskan itu menyebabkan perjalanan tren terbabit tergendala kira-kira enam jam sebelum meneruskan perjalanan kira-kira jam 4.30 pagi sebaik koc digantikan dengan yang lain.

"Kejadian berlaku ketika tren KTM berada antara Bukit Abu ke Manek Urai. Ketika itu, dua ekor gajah berkenaan dilihat sedang melintas jalan menyebabkan tindakan memberhentikan kenderaan terpaksa dilakukan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"Meskipun pemandu lokomotif sudah membunyikan hon, tetapi berikutan jarak terlalu hampir menyebabkan berlaku rempuhan sebelum kedua-dua gajah terbabit maut, termasuk anak gajah terbabit tersepit di bawah koc, manakala ibunya pula tercampak ke dalam gaung," katanya ketika di temui di lokasi kejadian, semalam.

Katanya, berikutan kejadian itu, pihaknya terpaksa menggunakan khidmat lokomotif dari Tumpat untuk membawa keluar tren berkenaan ke Kuala Krai, sebelum perjalanan diteruskan.


"Kami terpaksa menggunakan khidmat jengkaut untuk mengeluarkan anak gajah terbabit selepas tersepit di bawah lokomotif selepas terseret kira-kira 700 meter menyebabkan lokomotif berkenaan mengalami kerosakan sebelum ditunda ke Kuala Krai.

"Sebaik tiba di stesen terbabit, perjalanan kemudian diteruskan seperti biasa, manakala kejadian berkenaan tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada penumpang," katanya.

Penduduk Kampung Slow Pak Long, Norzawawi Mohd Nor, 37, berkata kemalangan membabitkan dua ekor gajah itu diketahui kira-kira jam 9 pagi sebelum dia bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat situasi sebenar.
p/s : sian gajah tu ... tapi nasib  baik penumpang semua terselamat.. 
terima kasih kerana sudi membaca..sila datang lagi :)

TANX PADA KORANG YANG SUDI KLIK MY HEARTBEAT ;) sUdi sUdilah KLIK my HEartBeat kat atas ni ye maceh ;)

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


aspirasi mentor 1: Lawatan Penanda Aras ke SK Seri <b>Wakaf Bharu</b> <b>...</b>

Posted: 15 Jul 2011 07:10 AM PDT

                                         
                            Ucapan Terima Kasih kepada Zoom A oleh  Pengerusi MGB Hulu Selangor

Lawatan Penanda Aras merupakan lawatan kerja yang sewajarnya di buat sama ada di dalam daerah atau melangkaui ke negeri-negeri lain malahan sewajarnya ke luar negara. Lawatan kerja secara perkongsian ilmu ini dapat memotivasikan di kalangan yang terlibat bahkan ia merupakan perkongsian pengalaman dalam pengurusan sesebuah organisasi dalam meningkatkan mutu dan kualiti pengurusan. Setiap pentadbir mempunyai keistimewaan tersendiri dalam mengurus jabatan di bawah tanggung jawab dan amanah yang di berinya.

Jesteru itu Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor di bawah kepimpinan Encik Zakaria bin Ismail, Guru Besar SK Serendah telah membawa 26 orang guru besar sekolah kebangsaan ke Kelantan dan Terengganu. Lawatan berobjektifkan mencari alternatif gaya pengurusan dan perkongsian ilmu ke SK Seri Wakaf Bharu ,Tumpat Kelantan sebagai satu penanda aras kepimpinan yang cemerlang . Lawatan ini juga memberi ruang interaksi secara tidak formal di kalangan guru besar di daerah ini melalui pelbagai aktiviti yang di sediakan.
MGB Hulu Selangor di sambut dengan paluan kompang dan pancak silat


Penulis membuat catatan maklumat dari barisan Penolong Kanan SK Seri Wakaf Bharu

Lawatan tersebut telah memberi Impak besar kepada barisan pentadbir sekolah daerah apabila Pegawai Perhubungan MGB-PPDHS Tuan Haji Rahim bin Omar turut serta dalam lawatan ini . Ucapan perasmian dalam mesyuarat Agung Ke 11 Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor, beliau menekankan keperluan kerjasama di kalangan guru besar daerah bagi memastikan kecemerlangan pendidikan di daerah Hulu Selangor serta mengambil iktibar dari lawatan penanda aras ke SK Seri Wakaf Bharu, Kelantan. Kejayaan sekolah tersebut setanding dengan kejayaan beberapa sekolah di daerah Hulu Selangor dan semua guru besar di seru untuk memantapkan kualiti pengurusan yang sedia ada. Beliau turut memaklumkan  kecemerlangan sekolah-sekolah seperti SK Seri Fajar, SK Rasa , SK Ulu Yam Lama dan SK Taman Bunga Raya 1 dalam mengukir kejayaan dan kecemerlangan pengurusan.
Ketika sesi "Terapi Minda" beliau juga turut memberi sumbang saran dan memotivasi secara personel atau kumpulan kecil dalam membantu pentadbir-pentadbir sekolah daerah dalam menghadapi cabaran dalam mengurus sekolah.Peranan kecil tetapi memberi keberkesanan dalam stail pengurusan yang wajar di amalkan sebagai seorang Pegawai Pendidikan Pelajaran Daerah malahan stail kepimpinan seorang guru besar. Bak kata pepatah ular menyusur akar, beliau yang merendah diri tidak jatuh mertabatnya sebagai Pengelola Cemerlang.
Semoga sesi lawatan kerja anjuran Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor akan memberi manfaat kepada ahli yang turut serta dan perkongsian ilmu, pengalaman dan pengurusan yang berkualiti dijadikan iktibar untuk mensarjanakan lagi budaya kerja pentadbir-pentadbir sekolah.



    

Penulis mencuba bakat membuat batik lukisan tangan

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


Anak Seberang: Edisi Klate: Hebatnya Tok Pa Membangunkan <b>Jeli</b>!

Posted: 21 Aug 2011 08:45 AM PDT

Bandar Jeli hasil idea Tok Pa

JELI - Suatu ketika dahulu Bandar Jeli sunyi dan tiada apa yang dapat dibanggakan penduduk.

Namun, suasana itu kini berubah dengan perancangan tersusun hasil idea Ahli Parlimennya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, sekali gus membantu penduduk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Jeli kini membangun pesat dan kepimpinan dan usaha To Pa merubah kawasan luar bandar yang pernah digelar 'Jin Tendang' menjadi antara sebuah pusat pertumbuhan baru di Kelantan.

Namun apa yang dibanggakan penduduk Jeli, kawasan mereka kini dilimpahi pelbagai nikmat kemudahan dan prasarana seperti jalan empat lorong, masjid bandar Jeli, bangunan ruang niaga, astaka Bandar Jeli, dewan Balora, Kompleks ICQ Bukit Bunga dan pelbagai lagi.

Berjuta-juta ringgit telah dilabur di Jeli oleh Kerajaan Persekutuan, hasil sokongan dan kerjasama rakyat kepada Barisan Nasional (BN) sejak kedatangan To Pa ke Jeli.

Kedudukan Jeli di tengah-tengah laluan menghubungkan Perak dan Kelantan, kini banyak berubah dan menjadi semakin sibuk dan membuka banyak peluang perniagaan serta rezeki kepada penduduk apabila Jeli dilihat akan menjadi bandar ilmu nanti.

Pembinaan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Politeknik Jeli, Sekolah Menengah Sains Jeli dan Maktab Rendah Sains Mara antara perubahan demi perubahan ketara Jeli yang akan menjadi mengubah Jeli menjadi sebuah bandar baru kelak.

Kata di kota, janji dilaksana To Pa, membawa tempias keuntungan kepada penduduk Jeli apabila nilai tanah melambung ratusan ribu ringgit apabila projek 'Mega' tersebut di bawa ke Jeli.

Penduduk menyifatkan To Pa sebagai 'Arkitek Pembangunan' dan idea yang dibawanya dilihat berimpak hasil perancangan telitinya untuk kepentingan penduduk tempatan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Menurutnya, usaha To Pa memajukan Jeli bukan kerja mudah dan beliau sangat serius dan pendekatan yang dilaksanakannya cukup baik untuk masa depan penduduk Jeli.

"Kemudahan dan prasarana yang dibawanya bukan sahaja mempercepatkan bahkan menggalakkan lagi pertumbuhan di Jeli.

"Kehadirannya di Jeli juga cukup disayangi, dari sekecil-kecil hinggalah dewasa, sikap dan caranya cukup menambat hati dan memudahkan rakyat untuk mendampinginya," katanya.

AS: Kalau Nak Harapkan Pok Nik, masalah bekalan air bersih dari dulu sampai sekarang pun tak boleh nak diselesaikan lagi.Pakat pikir le orang Kelantan ye.. :)

Lot banglo strtegik <b>di</b> kg gemang <b>jeli</b> – Land for sale <b>Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 08 Aug 2011 02:09 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]rapat dengan jalan besar...kawasan perumahan..kaw tinggi..dekat denan umk.mrsm,masjid dan klinik kg gemang...paqsti menguntungakan..rm 36k.

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Penduduk <b>Kuala Krai di</b> Kelantan menghadapi risiko penyakit <b>...</b>

Posted: 23 Aug 2011 01:58 AM PDT

No of View :318

Kenali apa itu penyakit Kencing Tikus/Leptospirosis<——Klik pada tajuk

Penduduk Kuala Krai di Kelantan menghadapi risiko penyakit leptospirosis atau kencing tikus dari sumber air di kawasan itu, menurut kajian Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER).

Presidennya S. Piarapakaran berkata, air yang digunakan oleh penduduk di kawasan itu berpunca dari mata air kawasan bukit dan terdapat maklumat balas bahawa risiko penyakit kencing tikus dari sumber air ini adalah tinggi.

"Penduduk kawasan ini mengambil risiko tinggi terhadap nyawa mereka dengan menggunakan air dari sumber itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Piarapakaran berkata, kajian Awer juga mendapati mutu air di beberapa kawasan di Kelantan seperti di Kuala Krai, Temangan, Kota Bharu, Machang, Pasir Puteh, Jeli, Bachok, dan Tanah Merah masih tidak memuaskan.

Antara masalah yang dihadapi katanya, ialah bekalan air kotor, keruh dan berbau serta kerap berlaku gangguan bekalan yang tidak berjadual. – Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Sumber air <b>Kuala Krai</b> berisiko penyakit kencing tikus - Utusan Online

Posted: 23 Aug 2011 08:08 AM PDT

Sumber air Kuala Krai berisiko penyakit kencing tikus

Sumber air Kuala Krai berisiko penyakit kencing tikus

23/08/2011 5:04pm

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Penduduk Kuala Krai di Kelantan menghadapi risiko penyakit leptospirosis atau kencing tikus dari sumber air di kawasan itu, menurut kajian Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER).

Presidennya S. Piarapakaran berkata, air yang digunakan oleh penduduk di kawasan itu berpunca dari mata air kawasan bukit dan terdapat maklumat balas bahawa risiko penyakit kencing tikus dari sumber air ini adalah tinggi.

"Penduduk kawasan ini mengambil risiko tinggi terhadap nyawa mereka dengan menggunakan air dari sumber itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Piarapakaran berkata, kajian Awer juga mendapati mutu air di beberapa kawasan di Kelantan seperti di Kuala Krai, Temangan, Kota Bharu, Machang, Pasir Puteh, Jeli, Bachok, dan Tanah Merah masih tidak memuaskan.

Antara masalah yang dihadapi katanya, ialah bekalan air kotor, keruh dan berbau serta kerap berlaku gangguan bekalan yang tidak berjadual. - Bernama

ads