Rabu, 4 September 2013

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


indah.com: Tunggu saya <b>di Kota Bharu</b>, kata Dr Agus kepada Nik <b>...</b>

Posted: 22 Aug 2013 02:09 AM PDT

"Setelah kecewa dengan tulisan saya yang alpa untuk memuji dua projek penting kerajaan negeri, TMB mempelawa saya ke pejabat beliau untuk menyelesaikan kekeliruan saya mengenai kerajaan negeri.
"Jawapannya ialah saya bersedia. Esok malam saya bertolak ke tiga buah negara di Eropah dan akan segera berjumpa TMB selepas pulang pada 2 September nanti. Aduhai TMB, tunggu kedatangan saya!" kata Agus dalam tulisannya.
 Dalam wawancara dengan The Malaysian Insider di pejabatnya di Kota Bharu, Nik Amar mempelawa untuk bertemu dengan Agus pada bila-bila masa di pejabatnya.
Agus adalah pihak yang memulakan perdebatan secara terbuka ini apabila menulis dan menyifatkan kerajaan negeri Kelantan hilang keghairahan semasa 100 hari pentadbirannya.
Ia kemudian dijawab oleh Nik Amar melalui kenyataannya kepada The Malaysian Insider dan seterusnya dijawab kembali oleh Agus dua hari lalu.
"Orang seperti Agus ini harus memahaminya. Dia anak Kelantan, takkan tidak tahu. Jika dia tidak puas hati, saya bersedia jumpa dia di pejabat saya di Kota Bharu bila-bila masa," kata Nik Amar kepada The Malaysian Insider.
Agus dalam menjawab kenyataan Nik Amar melalui wawancara itu berkata, Nik Amar syok sendiri ketika menjawab tulisan beliau.
"Apabila TMB menjawab posting saya mengenai isu Kelantan dalam The Malaysian Insider, empat perkara tersentap di hati saya. Pertama, jawapan beliau adalah self-indulgent (syok sendiri). Justeru syok sendirilah, maka jawapan yang beliau berikan penuh fantasi dan terkeluar dari isu sebenar yang saya timbulkan," kata Agus dalam tulisan yang dibuat melalui Facebooknya.
Beliau juga mendakwa jawapan Nik Amar itu tergesa-gesa, alergik dengan kritikan dan tergelincir dari topik.
"Jika ini jawapan yang diberikan dalam peperiksaan, maka markah yang saya berikan kepada jawapan TMB ialah OUB (out of bound). Tergelincir! Jika saya mahu ulas hal ini, teruk jadinya. Maka, biar saya sekadar menjelaskan apakah yang OUB itu?" katanya.
OUB itu, kata Agus, ialah apabila 'kita' tidak menjawab perkara yang ditanya?
"Misalnya, soalan saya ialah "mengapakah kerajaan Kelantan lewat melaksanakan janji untuk melaksanakan lebuh raya rakyat?" Jawapan yang diberikan ialah "kerana Agus tidak puas hati Datuk Husam (Musa) tidak dilantik menjadi Exco." Aduh, berat jawapan itu? Lain ditanya, lain yang dijawab," katanya. – 22 Ogos, 2013.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jun 2013 03:30 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pasukan keselamatan bantu kempen BN <b>di Galas</b>, kata wakil <b>Kelantan</b>

Posted: 27 Nov 2010 08:18 PM PST

[unable to retrieve full-text content]PETALING JAYA: Dalam perbahasan di kongres PKR seorang perwakilan mendakwa anggota pasukan keselamatan turut membantu kempen BN dalam pilihanraya kecil DUN Galas, awal bulan ini. Wakil Kelantan, Syed ...

BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Dec 2012 03:17 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ngeh Wajar Dapat Tanah <b>Di Kelantan</b>

Posted: 23 Dec 2012 10:47 PM PST

MEMANG sekilas pandang artikel ini agak bercanggah dengan artikel yang pertama, tapi skop penulisan kali ini berbeza. Ini ada kena mengena dengan bantahan pelbagai pihak berhubung pendedahan sebuah laman blog pro UMNO baru-baru ini berkaitan dengan pemilikan sejumlah besar tanah oleh pemimpin DAP Perak dari kerajaan Kelantan.

Yang dimaksudkan sudah tentulah Datuk Ngeh Koo Ham yang tadi penulis minta dipecat dari DAP kerana menerima penganugerahan darjah kebesaran Datuk dari raja-raja Melayu.

Tapi itu adalah isu yang sama sekali berbeza dengan yang ini.

Sebetul, kelayakan Ngeh untuk mendapat tanah dari kerajaan negeri Kelantan, tidak perlu dipersoalkan atas beberapa sebab.  Pertama, Ngeh adalah rakyat Malaysia dan layak mendapat tanah dimana-mana bahagian di negara ini secara merit.  Kedua, perolehan tanah itu adalah atas kapasiti syarikat, bukan individu seperti mana tanggapan banyak pihak.

Ketiga, dakwaan yang mengatakan orang luar Kelantan tidak boleh memiliki tanak di Kelantan adalah tidak benar kerana tidak semua tanah di Kelantan berada dalam kawasan Tanah Rizab Melayu dimana orang bukan Melayu tidak boleh memilikinya.

Mengikut maklumat yang disampaikan kepada penulis, hanya 75% tanah di Kelantan berada didalam Tanah Rizab Melayu, baki 25% lagi tidak berada dalam kawasan Rizab Melayu.

Mengikut Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan Tahun 1930, Tanah Rizab Melayu di Kelantan adalah semua tanah di Kelantan, kecuali Daerah Batu Mengkebang, Kuala Krai (Daerah Penggawa), Daerah Galas, Gua Musang, Daerah Temangan, Machang (kecuali Lot No. 183 sehingga Lot No. 193 dan juga 126 sehingga Lot No 223 Pekan Temangan).

Termasuk hahagian-bahagian di dalam Seksyen 6, Seksyen 7, Seksyen 9, Seksyen 10 dan Seksyen 11 Bandar Kota Bharu.

Selain itu, kawasan-kawasan yang terletak di bahagian selatan (termasuk Gua Musang),  terutama yang telah diberi konsesi kepada Syarikat Pembangunan Duff tidak diisytiharkan sebagai rizab Melayu kerana berpegang kepada peruntukan perjanjian pada 10 Oktober 1900 – iaitu sebelum Enakmen Tanah Rizab Melayu 1930 dikuatkuasakan.

Sementara hampir sebahagian besar tanah di Kelantan tidak boleh dipindah milik kepada bukan Melayu, tanah-tanah yang telah diperolehi sebelum kawasan itu diisytiharkan sebagai rizab Melayu, adalah dikecualikan dari larangan dijual kepada bangsa asing (rujuk Seksyen 13A Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan).

Perkara itu dikaitkan pula dengan pemilikan lebih 4,000 hektar tanah oleh syarikat yang didakwa dimiliki sepenuhnya (hampir 99%) oleh Ngeh,  Upayapadu Plantation Sdn. Bhd adalah di mukim Relai dalam jajahan Gua Musang!!  Penulis ulang, Gua Musang (sila rujuk Enakmen Tanah Rizab Melayu di atas).

Jadi dimana salahnya Ngeh memiliki tanah di Kelantan kerana kawasan itu memang bukan kawasan Rizab Tanah Melayu yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja asalkan mendapat kelulusan dari kerajaan negeri Kelantan, terutama Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Soal ada orang Kelantan sendiri tidak memiliki tanah, itu soal lain dan tidak langsung ada kena mengena dengan isu yang dibincangkan. Kenapa Ngeh perlu dipersalahkan jika ada orang Kelantan tidak mendapat tanah?  Itu salah sendirilah, siapa suruh tak memohon?

Lagipun tanah ini adalah untuk dibangunkan projek pertanian (selain pembalakan) yang mampu menyumbang semula ke dalam  ekonomi negeri.

Selama ini UMNO juga yang menuduh kerajaan negeri gagal membangunkan ekonomi Kelantan, tapi bila kerajaan negeri membuat usahasama dengan syarikat yang kebetulan dimiliki Ngeh untuk meningkatkan ekonomi Kelantan, UMNO nak bising pula.

Jadi apa yang betul?

Maka itu penulis percaya isu sebenarnya bukan sangat sebab Ngeh memiliki tanah di Kelantan, tapi dakwaan bahawa tanah itu diserahkan kerajaan negeri sebagai balasan untuk melantik Datuk Seri Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak (rasuah).

Walaupun penulis percaya dakwaan tersebut mengarut tapi penulis mendengar DAP mengambil serius mengenainya dan akan mengambil tindakan susulan.  Jadi penulis meminta semua pihak menanti sehingga DAP mengadakan sesi pendengaran sebelum memberikan apa-apa komen.

Artikel Berkaitan:

  1. Anugerah Datuk: DAP Wajar Pecat Ngeh & Teng
  2. Serah Tanah : PAS Anggap Maklumat Palsu
  3. Umno Jual 74 Ekar Tanah Rizab Melayu Di Gombak
  4. MB Selangor: Rizab Melayu Tidak Diusik
  5. Janji Pas Setiap Rakyat Dapat Tanah Jika Menang PRU

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Air Terjun Jelawang Gunung Stong <b>Dabong</b> | Hidup Biar Sedap

Posted: 19 Jun 2013 10:45 PM PDT

Cuti lepas, sewaktu melalui Lebuh Raya Timur Barat dari Baling untuk balik ke tempat kerja suami di Tasik Kenyir, kami melalui Dabong. Kali pertama melalui Lebuh Raya Timur Barat dulu kami melalui Kota Bharu, bercuti semalamam sebelum meneruskan perjalanan ke Hulu Terengganu.

Kali ini kami melalui lain lain iaitu  jalan  Jeli – Dabong dan Sungai Sam.

Jalan Jeli - Dabong - Sungai Sam
Bagi yang tak biasa melalui jalan raya persekutuan , beginilah keadaan jalannya. Kecil dan sunyi bukan seperti lebih raya.  Jadi jangan terkejut kalau laluan yang tak pernah kita pergi itu boleh buat pengambaran sambil baring-baring  atau planking.

Sepanjang jalan  kita akan dihidangkan dengan kehijauan bukit bakau, langit yang biru bersama awan putih menggebu. Kita akan jumpa beberapa nama kampung yang unik dan menarik perhatian seperti Kuala Balah, Kampung Pak Abu, Kampung Slow Pak Long, Kampung Slow Temiang dan lain-lain.

Selepas Kampung Sungai Batu, dari jauh mata akan terpandang arah air terjun di atas Gunung Stong .  Lokasinya di Dabong iaitu sebuah pekan kecil yang terletak di Gua Musang, Kelantan.  Kalau dari arah pekan Dabong, air terjun ini boleh dilihat beberapa kilometer jauhnya.

 Air Terjun Jelawang

Tak jauh dari jalan utama, kira-kira 500 meter adalah Air Terjun Jelawang yang terletak di dalam Taman Negara Gunung Stong  ( Gunung Stong State Park (GSSP).

Gunung Stong setinggi 1433 meter merupakan puncak yang tertinggi di Kelantan teletak di dalam hutan simpan Dabong.  Terdapat 7 air terjun di Taman Negara Gunung Stong dan Air Terjun Jelawang setinggi 303 meter dari aras laut merupakan ait terjun tertinggi di Asia Tenggara.  Air terjun yang paling tinggi berada dari aras laut.

Kami hanya singgah dalam perjalanan, sekadar melihat disekitar lata air terjun di kaki Gunung Stong.  Terdapat surau, bilik air, gerai makan dan resort di kaki Gunung Stong.

Sebelum memulakan pendaki, pelawat perlu mendaftar di kaunter dan dikenakan tiket RM2 seorang.

Stesen Keretapi Dabong
Selain jalan raya, Dabong boleh dikunjungi melalui keretapi yang akan melalui Stesen Keretapi Dabong.

Pelawat boleh boleh menginap di Rumah Rehat Majlis Daerah Dabong yang terletak kira-kira 500 meter dari stesen keretapi. Harga sewanya antara RM 20 – RM 60 bergantung kepada bilik yang berlainan saiz.  Boleh hubungi Pak Din : 09-9663345. ( sumber : Majlis Daerah Dabong )

Selain Taman Negara Gunung Stong, Dabong juga memiliki tempat menarik lain yang boleh dikunjungi seperti Gunung Ayam, Gua Ikan,Lata Kertas dan Air Terjun Lata Rek.

Sesiapa yang melalui jalan ini, ambil masa untuk mendekati keindahan Air Terjun Jelawang ini.

Bagi mereka yang berminat mendaki, boleh masukkan Gunung Stong didalam lokasi yang mesti dikunjungi.

Run. Mix. Burn!: Report: Mount Stong International Climbathon 2013

Posted: 24 Aug 2013 11:53 PM PDT

Mount Stong International Climbathon 2013

Tarikh: 22 June 2013 | Saturday | 8:00am
Tempat: Resort Gunung Stong, Taman Negeri, Dabong, Kelantan
Masa: 2:15.30 + 1:58.12 = 4:13.43 jam
Daki Naik: Stong Hill Resort, Kebun Getah, Tangga Resort, Baha's Camp, Gua Bogor, Summit.
Daki Turun: Summit, Sang Kelembar, Baha's Camp, perkampungan, kebun getah, Sungai, Stong Hill Resort.

Climbathon. Gunung Stong. Dabong. Kelantan. Sabtu. Makan-angin - Itu antara terma-terma yang meracun aku untuk sertai acara ni.

Climbathon. Dah agak lama tak buat lari dalam hutan dan naik gunung. Last sekali Sabah Adventure Challenge 2012.

Gunung Stong. Kat mana nih? Mula google dan cari info. Baca blogs - Dabong, Kelantan... Lebih 10 tahun lari, belum pernah aku racing di Kelantan. Tambah plak dianjur pada hari Sabtu. Cuti sekolah Kedah = Kelantan. Cikgu plak setuju untuk join. So kitaorang mula kembara bermula 6:15 pagi Jumaat dari Bedong ke Dabong.

Perjalanan santai melalui Baling, Grik dan Jeli. Berhenti merata, tang mana yang rasa menarik dan tertarik seperti tandas. Alhamdulillah tiada kesulitan sepanjang perjalan pergi+balik dan sempat aku sembahyang Jumaat di Dabong.

Dabong.
Aku sempat booking/sewa satu-satunya homestay di Dabong sebulan awal - Rose House Dabong. Pemiliknya Abe Din cukup mesra. Bilik pon kemas dan selesa. Amat disyorkan jika berkenderaan dan merancang untuk ke Dabong+Stong. Pi la menginap Rose House sebab Gunung Stong cuma 5km dari Dabong.

Tapi jika berkumpulan datang dengan keretapi. Elok menginap di Stong Hill Resort. Ada dorm dan chalet. Keperluan asas pon ada seperti tandas, surau, kedai makan dan urusan mendaki boleh dibuat disitu.

Dabong. Pekannya kecil saja. Rasanya separuh daripada taman aku yang berjumlah 300 buah rumah. Balai polis, sekolah, masjid, pejabat-pejabat kerajaan dan stesen keretapi antara yang terdapat di Dabong - Lengkap.

Tapi aku terkilan sampai sekarang. Aku tak teringat langsung nak bergambar dengan Abe Din + homestay yang kami menginap. Berborak panjang petang tu, siap jolok/makan buah dokong... haram sekeping gambaq pon takdak... pap!

Cuma hati2 sikit bila makan tengah hari di Stesen Keretapi.. kitaorang kena sembelih. Mungkin tauke kedai ingat depa ni orang luar, mai sini seumur hidup sekali atau mungkin bahan keperluan agak sukar untuk diperolehi (50km dari Jeli)... aku 'pejam mata' aja. Tapi yang pasti... kitaorang tak pi makan dah kat situ untuk makan malam dan tengah hari esok hari.

Gunung Stong.
Air Terjun dia cukup cantik. Tinggi. Sayup. Dari jalan utama jelas berkemutih derusan airnya. Katanya tertinggi di Asia Tenggara. Hilang seketika penat memandu dari Kedah. Bebudak dalam kereta pon kalut nak bertukaq pakai baju mandi.

Pagi hari perlumbaan, tak berapa ramai peserta yang mendaftar. Memang keadaan biasa bagi acara climbathon jika dibandingkan dengan acara lumba lari jalanan. Alauddin pon, aku racun masuk sebab kategori sekolah rendah cuma ada 11 orang manakala hadiah wang tunai hingga 10 peserta pertama.

..image from Tourism Malaysia, Kelantan.

Lari
Aku silap perkiraan... ingat ketinggian Gunung Stong rendah berbanding Gunung Jerai maka aku boleh tamatkan sebelum 12 tengahari kata kat cikgu.. Rupanya laluan Gunung Stong ke puncak... cukup mencabar fizikal dan mental. Ada yang kena redah sungai, lari atas batang kayu, panjat guna tali, rabat pegang akar pokok, lari atas batu... peh! tercungap keluaq lidah. Aluddin pon dah potong aku di tengah CP2 dan CP3. Kemudian selisih lagi dengan dia antara CP yang sama (Kategori SekMen hingga CP3).


..image from Tourism Malaysia, Kelantan.

CP3-CP4. Sang Kelembar Rock ke Puncak. Langsung tak boleh lari. Mendaki rabat pegang akaq pokok kayu saja. Kemudian kasi laluan pada peserta yang turun. Seksa. Sama jugak ketika turun CP4-CP3.. mengesot turun. Nak lompat-lompat... lutut dah nak kaput.

CP3-CP5, aku banyak berjalan. Lari cuma sekejap pada permukaan rata saja. Turun pon jalan. Lutut dah tak berapa selesa dah. Tambah plak aku pakai kasut lari jalanan. Eeemmm.. hancus. Tapak luaran dah hilang entah kemana. Air pon dah habih sejak dari CP4. Nasib baik aku pakai baju cycling. Ada ruang boh botol air kat belakang. Jadi aku tadah air sungai untuk minum antara CP3-CP5 dan CP5-CP1.

Cikgu dah risau sebab hampir jam 1 aku belom sampai. Siap buat report kat urusetia tanya perkembangan peserta 342.

Penamat
Betul-betul aku silap percaturan.
Terutama pada Alauddin. Beg air memang ada aku bawa. Tapi ingat laluan rendah dan mudah.. jadi aku tak sarankan dia galas beg tuh - beban.

Yang kedua.
Hadiah wang tunai untuk kategori International hingga Top10. Tapi bilang peserta yang daftar cuma 9 orang. Pada mula, memang nak register kategori International semasa tarikh akhir pendaftaran tapi pihak penganjur mohon aku timbang balik. Sebab peserta dari Afrika yang daftar melebihi 10 orang katanya. 10th = RM300 duh!

Yang ketiga.
Jasmin (10 tahun) nak masuk untuk kategori SekMen. Tengah daftar, cikgu terlepas cakap. "Umur Jasmin tak cukop.." Rupanya kategori SekMen perempuan cuma ada 2 orang saja. Hadiah wang tunai hingga top10. Yang ke10 = RM100.

Walaubagaimana pon kami tetap seronok sepanjang perjalanan. Bagi aku.. paling syiok dapat berlari/racing manakala Cikgu dan bebudak gumbira dapat berjalan makan angin. Alauddin dapat RM100. Dia belanja kami makan malam... Cantek!

Sama-sama gumbira.

Hari Pertama
Mount Stong International Climbathon 2013
Pepagi di laluan Baling - Grik
Mount Stong International Climbathon 2013
Sarapan RnR di Grik
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Kolam Air Panas di Jeli
Mount Stong International Climbathon 2013
Tersangkut 'tulang ikan'
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Laluan ke puncak. Merah naik - CP1,CP2,CP3,CP4. Hijau turun - CP4,CP3,CP5,CP1
Mount Stong International Climbathon 2013
Urusetia
Mount Stong International Climbathon 2013
Stong Hill Resort
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Taklimat
Mount Stong International Climbathon 2013
Taman Rekreasi Gua Ikan
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Jadi bebudak balik
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Layan bola kampung extreme depan homestay

Hari ke-2 Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Aku kalah dengan mat baju hijau nih..
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Alauddin - 7th
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Pacer dari sungai
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Makan tengahari untuk semua
Mount Stong International Climbathon 2013
Mengasuh
Mount Stong International Climbathon 2013
..thanks for dinner!
Mount Stong International Climbathon 2013
Pasar malam di Dabong
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013

Labels:

ads