ads

Sabtu, 17 September 2011

03 di mengkebang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di mengkebang - Google Blog Search


Tanah Suku Ekar <b>Di Mengkebang</b>, Kuala Krai – Land for sale Kelantan <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2010 06:10 PM PDT

Sebidang tanah seluas SUKU EKAR untuk dijual
dengan kadar segera. Urgent nak pakai duit.Harga buka untuk jualan adalah RM40,000. Harga
jualan masih boleh dirunding.Untuk maklumat lanjut sila telefon En Ibrahim di
talian tertera.

Contact Seller Email This Post Email This Post

03 di bunut payong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di bunut payong - Google Blog Search


Pilihan raya olok-olok Umno kurang sambutan | :: cina islam | 2011 ::

Posted: 15 Sep 2011 11:00 PM PDT

18 Syawal 1432H. [MOD] -
KOTA BHARU, 16 Sept: Ketika rakyat sibuk dengan sambutan Hari Malaysia, Umno Kota Bharu dan beberapa bahagian di sini kelam kabut pula mengadakan pilihan raya olok-olok.
Mereka menjadikan sekolah milik Jabatan Pelajaran sebagai markas pilihan raya.
Bendera Umno dan Barisan Nasional kelihatan dipasang di pagar sekolah antaranya Sekolah Menengah Sultan Ismail, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, Sekolah Kebangsaan Bunut Payong dan Sekolah Menengah Zainab II.
Malah di sekitar Jalan Telipot tidak jauh dari Sekolah Menengah Sultan Ismail juga dipasang bendera dacing.
Namun sehingga jam 10 pagi tadi hanya kelihatan beberapa penyokong Umno yang datang mengundi di pusat pilihan raya olok-olok tersebut.
Paling ketara tiada sambutan di Sekolah Menengah Sultan Ismail Jalan Telipot. Begitu juga di Sekolah Menengah Kebangsaan Naim Lilbanat.
Ada beberapa penduduk yang keluar mengundi olok-olok itu kelihatan membawa pulang sesuatu sebagai buah tangan.
Namun menjadi mangsa kepada pilihan raya tersebut iaitu guru-guru Kafa yang mengajar di kelas fardhu ain.
Seorang daripada mereka yang diminta datang mengundi di sebuah sekolah di Pasir Tumbuh berkata, beliau terpaksa datang kerana Umno berkuasa ke atas nasib guru Kafa.
"Kami yang dipaksa datang tentunya tidak berani hendak undi selain lambang dacing.
"Tentunya petang nanti akan diumumkan BN menang 100 peratus kerana mereka yang datang mengundi puak-puak Umno dan guru-guru Kafa yang dipaksa," ujarnya.
Ramai melihat program pilihan raya olok-olok atau sebelum ini dipanggil simulasi pilihan raya anjuran Umno tidak mendapat simpati masyarakat.
Malah ramai gelak memanjang dengan telatah Umno mengadakan pilihan raya olok-olok.
Sebelum ini menjelang pilihan raya umum 2008 pilihan raya olok-olok diadakan Umno di seluruh Kelantan.
Ketika itu bagi menarik ramai yang hadir diadakan cabutan nombor bertuah dengan hadiah termasuk basikal dan dibekalkan gula.
Seorang penduduk di Bunut Payong yang dikenali sebagai Mat Deris, 55 berkata, jenama Umno dan BN sudah tidak lagi disukai rakyat di sini.
"Biar pun pelbagai perubahan dilakukan bagi membersihkan imej parti itu, namun selagi pemimpin sama berada di atas Umno tidak mampu pergi lebih jauh dalam politik negara," ujarnya.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di galas kelantan - Google Blog Search


BESI WAJA: “Nik Aziz Boleh Ditewaskan”

Posted: 07 Sep 2011 08:22 AM PDT

Dua tiga hari lepas, saya terbaca secebis berita yang dikeluarkan menerusi Utusan Online bertajuk "Nik Aziz Boleh Ditewaskan". Ungkapan berkenaan telah diucapkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu majlis jamuan hari raya. Antara lain, kandungan berita berkenaan berbunyi:

KOTA BHARU 4 Sept. – Ahli UMNO Kelantan perlu yakin dan tidak gentar untuk berhadapan dengan Pas pada pilihan raya umum akan datang kerana sejarah membuktikan parti itu termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah tewas di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat negeri ini mula menunjukkan perubahan dan ia seharusnya disambut dengan gerak kerja yang tersusun oleh keseluruhan jentera parti.

"Hari ini juga hari penting kerana kesemua jentera kita membulatkan tekad untuk berjuang, kita kena ada keyakinan diri, jangan takut. Ingat, Pas pernah tinggal batu nisan di negeri ini, Nik Aziz pernah kalah pada 1986 kepada Mohd. Zin Abdullah dengan majoriti 259 undi," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Jamuan Hari Raya UMNO Kelantan dan Penyampaian Watikah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) di Bangunan UMNO Negeri di sini hari ini.

Memang benar, dalam pilihanraya tahun 1978, PAS tewas teruk kepada Barisan Nasional. Waktu itulah PAS hanya memenangi 2 kerusi sahaja daripada 30 kerusi di DUN Kelantan. Kekalahan PAS di Kelantan tidak terhenti setakat tahun 1978 sahaja, bahkan ia telah berterusan dalam pilihanraya umum tahun 1982 dan tahun 1986. Di sini, saya bersetuju dengan rumusan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan iaitu tidak mustahil untuk menewaskan PAS di Kelantan.

Sebenarnya, kalau bercakap mengenai sejarah tewas dalam pilihanraya, bukan sahaja Tuan Guru Haji Nik Aziz yang pernah tewas, Datuk Seri Mustapha sendiri pernah tewas di parlimen Jeli di tangan Mohd Afandi Muhammad dalam pilihanraya umum 1999. Jadi, memang kena dan sesuailah bila orang yang pernah tewas bercakap mengenai sejarah ketewasan dalam pilihanraya.

Sepertimana yang telah saya nyatakan tadi, tidak mustahil untuk UMNO Kelantan menewaskan PAS dan seterusnya membentuk kerajaan negeri Kelantan di bawah payung UMNO/BN. Untuk itu, UMNO Kelantan harus meneliti faktor-faktor tertentu sebelum dapat menggenggam kejayaan dalam misinya merampas tampuk pentadbiran negeri Kelantan.

Antara faktor penting ke arah merealisasikan cita-cita UMNO untuk merampas Kelantan ialah UMNO harus memastikan supaya PAS terutamanya di Kelantan berada dalam keadaan bergolak. Salah satu faktor penting kejayaan BN merampas Kelantan dalam pilihanraya tahun 1978 ialah ketika itu PAS di Kelantan sendiri berada dalam keadaan yang tidak stabil. Oleh itu, UMNO bolehlah buat sesuatu supaya berlaku sekali lagi ketidakstabilan dalam PAS. Kalau tidak dilemparkan batu ke air, manakan tahu kecil besar riak-riak pada air berkenaan!

Faktor kedua ialah UMNO sendiri harus memastikan tiada konflik dalaman parti khususnya di Kelantan yang bakal membantutkan usaha untuk memerintah semula Kelantan. Antara faktor penting terlepasnya Kelantan daripada genggaman UMNO/BN dalam pilihanraya umum 1990 ialah kerana berlakunya konflik dalaman UMNO khususnya di Kelantan. Kemuncak kepada konflik berkenaan pada waktu itu ialah perpecahan yang kemudiannya telah melahirkan Parti Melayu Semangat 46. Sesetengah pemimpin utama Parti Melayu Semangat 46 merupakan antara penggerak kuat UMNO/BN Kelantan sebelumnya. Oleh itu, jika pada hari ini masih berlaku lagi sikap berpuak dalam UMNO/BN Kelantan, maka hasrat untuk merampas semula kekuasaan di Kelantan tak ubah umpama mengejar bayang-bayang sahaja. Walaupun ia nampak dekat, sekuat mana pun kita cuba mengejarnya pasti kita tidak akan mendapatnya. Adakah UMNO Kelantan hari ini sudah benar-benar bebas dan lengang daripada konflik dalaman?

Faktor ketiga yang harus dilakukan oleh UMNO Kelantan ialah mencari seorang pemimpin dalam kalangan ahli UMNO yang sekurang-kurangnya sebanding dengan Tuan Guru Haji Nik Aziz. Antara ciri-ciri yang wajib dimiliki oleh bakal pemimpin yang dicadangkan termasuklah tutur katanya mesti lembut, ada program kuliah mingguan, berkelulusan agama dan kalau boleh biarlah dari India atau Mesir, kewarakannya mestilah diiktiraf sendiri oleh masyarakat, kalau boleh biarlah di pangkal namanya ada kalimah "Tuan Guru", cakapnya sentiasa didengar orang ramai terutamanya oleh rakyat Kelantan dan pastikan tokoh yang bakal dicadangkan itu boleh bertutur sekurang-kurangnya 3 bahasa termasuklah bahasa Arab. Sekiranya UMNO Kelantan berkemampuan memperolehi calon yang lengkap mempunyai ciri-ciri sebagaimana di atas, maka dia (calon berkenaan) bakal berupaya untuk mencabar populariti Tuan Guru Haji Nik Aziz. Maklumlah, bak kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, bukanlah mustahil untuk menewaskan Nik Aziz dan ia pernah berlaku kira-kira 25 tahun yang lalu. Soalnya, sudah adakah calon yang mempunyai ciri-ciri sempurna sebagaimana di atas dalam kalangan ahli UMNO Kelantan? Sekiranya tokoh atau calon sedemikian baru di tahap hendak digilap, maka UMNO/BN Kelantan boleh melupakan sahaja cita-citta untuk merampas kekuasaan pentadbiran Kelantan dalam pilihanraya umum yang akan datang. Alasanya ialah kerana syarat-syarat yang diperlukan masih gagal dipenuhi. Lagi pun, tokoh yang diperlukan mestilah tokoh tulen dan bukannya tokoh yang bijak berlakon dan bersandiwara semata-mata.

Faktor keempat yang mesti diberi perhatian oleh UMNO Kelantan ialah faktor pengundi. Saya rasa, jika diharapkan pemilih yang sudah sedia ada di Kelantan, ia bukanlah satu langkah bijak. Ini kerana rata-rata orang Kelantan yang sedia menetap di Kelantan buat masa ini akan memberikan sokongan kepada pemimpin dan kerajaan negeri yang sudah sedia ada. Kesilapan strategi lepas ialah apabila pihak yang berkaitan memanggil pulang perantau Kelantan untuk pulang dan mengundi di Kelantan. Bagi saya, strategi yang lebih berkesan ialah jika pihak-pihak yang berkenaan berupaya untuk memastikan perantau dari luar Malaysia sebagai pemilih yang sah di Kelantan. Saya bukan menuduh atau menuding, tidak sama sekali. Saya sekadar mencadangkan sahaja. Menuduh dan mencadang merupakan dua perkara yang jauh berbeza.

Hakikat sebenarnya, jauh dalam hati Datuk Seri Mustapha, beliau mungkin mengakui kejayaan merampas semula Kelantan daripada tangan PAS tak ubah umpama yang dikejar tak mungkin dapat, yang sedang dikendong pula mungkin akan keciciran. Beliau rasanya turut sedar sokongan dan dokongan rakyat Kelantan terhadap PAS setakat ini masih kukuh dan utuh. Kekalahan PAS di Galas pada hujung tahun 2010 sama sekali tidak boleh dijadikan kayu ukuran kepada sokongan rakyat Kelantan secara keseluruhan terhadap UMNO dalam pilihanraya umum yang akan datang. Sebaliknya wakil-wakil UMNO dalam DUN Kelantan yang menang dalam pilihanraya umum 2008 mungkin sedang sibuk mengatur strategi bagaimana untuk memastikan agar kerusi masing-masing supaya tidak terlepas ke tangan PAS dalam pilihanraya yang akan datang.

Walaupun stadium baru telah dijanjikan, jalan-jalan raya di Kelantan semakin sesak terutamanya pada musim cuti, masalah bekalan air masih belum selesai sepenuhnya, dan lahirkanlah apa sahaja isu yang lain, setakat yang saya tahu, sebahagian besar orang Kelantan masih mahu membangun bersama parti siasah yang jelas mendokong Islam. Orang politik yang bijak bestari seperti Datuk Seri Mustapha memang amat menyedari akan hakikat ini.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


AAKJ.COM: JANJI KERAJAAN <b>KELANTAN</b> JANJI MUNAFIK !!

Posted: 15 Sep 2011 04:54 AM PDT

MINAH menunjukkan bangku yang terpaksa dibina bagi menyelamatkan perabot daripada rosak akibat banjir di Taman Perumahan Thirteen Avenue, Kota Bharu.
Taman Perumahan Thirteen Avenue dilanda banjir sejak 6 tahun lalu

KOTA BHARU: Selama enam tahun, penduduk Taman Perumahan Thirteen Avenue dan kampung sekitar di Wakaf Stan, di sini, terpaksa berhadapan banjir sehingga mereka mengalami kerugian besar.

Setiap kali musim tengkujuh pada hujung tahun, kawasan berkenaan ditenggelami air sedalam dua meter sehingga menyebabkan mereka terpaksa berpindah dan ada yang terpaksa menjadikan pejabat sebagai rumah sementara.
Ketika banjir awal tahun ini, saya, isteri dan dua anak terpaksa tidur di pejabat. - Zabidi Ishak, Penduduk
Kini, kira-kira 300 penduduk di kawasan itu menuntut janji yang pernah dibuat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Nazran Mohamad pada awal tahun ini untuk menyelesaikan masalah banjir berkenaan.

Penduduk, Zabidi Ishak, 42, berkata musim tengkujuh dijangka tiba pada hujung tahun ini tapi masalah banjir di kawasan itu belum diselesaikan.

"Ketika banjir awal tahun ini, saya, isteri dan dua anak tidur di pejabat selama lebih seminggu. Keadaan kami ketika itu amat menyedihkan.

"Ketika itu, MPKB memberi jaminan menyelesaikan perkara berkenaan dalam tempoh dua minggu selepas lawatan mereka ke sini dan MPKB menggali parit sementara sepanjang 200 meter dari kawasan perumahan ke jalan besar.
"Bagaimanapun, parit sementara itu tertimbus dan menimbul masalah apabila ada taman perumahan baru dibina berhampiran sehingga menghalang air ke parit itu," katanya ketika ditemui, di sini.

Zabidi berkata, MPKB turut berjanji akan mengeluarkan seberapa banyak peruntukan bagi menyelesaikan masalah berkenaan kerana kawasan perumahan berkenaan paling teruk terjejas ketika musim tengkujuh di Kota Bharu.

Minah Daud, 61, pula berkata beliau terpaksa membina bangku panjang dalam rumah untuk meletakkan perabot, televisyen dan peti sejuk bagi mengelak kerosakan.

"Walaupun lantai rumah kira-kira satu meter daripada tanah, hujan yang menyebabkan air bertakung di kawasan perumahan boleh mencecah hingga dua meter hingga menyebabkan perabot rosak.

"Pengalaman yang saya tidak dapat lupa adalah pada awal tahun ini apabila saya terpaksa meletakkan anak kelainan upaya (OKU), Noor Fauziah Yusoff, 45, yang tidak boleh berjalan dalam besen untuk menyelamatkannya ketika berpindah," katanya.

BH

03 di tanah merah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di tanah merah - Google Blog Search


Pertemuan Aidilfitri lebih 1500 ahli UMNO <b>Tanah Merah</b> meriah

Posted: 11 Sep 2011 04:08 PM PDT

You are here: Home / Politik / Pertemuan Aidilfitri lebih 1,500 ahli UMNO Tanah Merah meriah

TANAH MERAH 11 Sept. – Lebih 1,500 ahli UMNO Bahagian Tanah Merah menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri Bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 di sini malam tadi.

Walaupun hujan, majlis yang turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz itu tetap berlangsung dalam suasana meriah.

Mustapa dalam ucapannya berkata, melalui pertemuan tersebut, ia boleh dijadikan medan untuk mengatur pelbagai strategi di kalangan ahli dan pemimpin di bahagian tersebut khusus untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Sempena bulan yang mulia ini, kita manfaatkan sepenuhnya pertemuan dalam sebuah keluarga besar pada malam ini untuk sama-sama berjuang dan menyemarakkan semangat Gelombang Merah yang begitu berkobar-kobar kini.

"Situasi ini hendaknya berterusan untuk meraih sebanyak mana ahli baru dan mengekalkan kesetiaan ahli lama," katanya.

Pada majlis tersebut, Mustapa yang diiringi isteri, Datin Seri Kamarzan Ahmad meluangkan masa bertemu dan beramah mesra dengan semua tetamu.

Ikmal Hisham ketika ditemui pula berkata, pertemuan dalam majlis tersebut akan dapat mengakrabkan lagi hubungan semua ahli UMNO di bahagian itu.

"Semua ahli begitu bersemangat untuk bersama-sama di dalam majlis ini walaupun persiapan hanya mengambil masa dua hari. Kejayaan pertemuan pada malam ini dibantu oleh 1,300 orang ahli Jalinan Rakyat (JR).

"JR yang dilantik ini mempunyai peserta di kalangan ahli baru dan lama antara tujuh hingga 10 orang. Mereka bergerak pantas untuk menyebarkan apa juga maklumat termasuk menjayakan majlis pada malam ini. Kumpulan tersebut turut bersama-sama membangkitkan semangat Gelombang Merah bagi menghadapi pilihan raya nanti, " ujarnya.

Sementara itu, Ikmal memberitahu, pihaknya akan mengagih-agihkan kelengkapan alat tulis kepada 2,400 calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula minggu hadapan.

"Alat tulis yang bernilai RM15,000 itu akan diserahkan kepada semua sekolah di Tanah Merah untuk diserahkan kepada calon peperiksaan," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

03 di pulau melaka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di pulau melaka - Google Blog Search


马六甲大岛 / <b>Pulau</b> Besar, <b>Melaka</b> | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 01 Jun 2011 12:00 AM PDT

keyboard shortcuts: previous photo next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

马六甲大岛 / <b>Pulau</b> Besar, <b>Melaka</b> | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 01 Jun 2011 12:00 AM PDT

keyboard shortcuts: previous photo next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved