ads

Rabu, 14 Mac 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


.: Susupan Petang

Posted: 14 Mar 2012 10:07 PM PDT

Bukan Senang Untuk Awang Adek
Menang Di Bachok

Banyak orang mengira apabila Nasharudin Mat Isa yang mesra Umno tidak lagi diletak untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bachok, Awang Adek Hussein akan gampang merampas kerusi berkenaan. Perkiraan ini dibuat kononnya Pas tidak ada tokoh selayak Nasharudin yang boleh mempertahankan kerusi Parlimen Bachok.

Seorang setiausaha politik Najib Razak sendiri mengakui kalau Nasharudin bertanding di Bachok sukar untuk Awang Adek menang di kerusi itu. Tetapi sayangnya Nasharudin tidak lagi menjadi sandaran Pas kali ini disebabkan ulahnya sendiri. Walaupun ada bisik-bisik Nasharudin untuk dibawa sekali lagi ke Bachok tetapi harapannya senipis kulit bawang.

Tokoh-tokoh Pas Bachok yang ada kini termasuk dua orang Adun seperti Hassan Mahmod, (Tawang) Abdul Azziz Kadir (Jelawat) tidak mampu untuk mengatasi ketokohan dan kehebatan Awang Adek Hussein sebagai pakar ekonomi yang memiliki kekayaan melimpah ruah.

Hanya Omar Mohamad (Perupok) dikatakan boleh memberi cabaran kepada timbalan menteri itu. Omar pernah mengecewakan harapan Awang Adek untuk jadi MB Kelantan apabila menyembamkan Awang Adek di Perupok.

Sehingga saat ini seakan sudah pasti Omar akan dijadikan sandaran oleh Pas untuk mempertahankan kerusi parlimen Bachok. Jadi dengan ketiadaan Nasharudin, Omar tokoh yang dikatakan sesuai untuk bertanding dikerusi Parlimen. Dalam masa sama ada seorang ahli politik diluar Pas dan PKR dikatakan boleh diharap untuk berdepan dengan Awang Adek. Awang Adek sendiri katanya takut kalau orang ini diletak untuk berdepan dengannya kerana dia tahu akan pengaruh dan sokongan peribadi tokoh ini.

Dia dimaksudkan ialah Zayadi Awang Nuh bekas tokoh pemuda Umno Bachok. Zayadi kini dikatakan tidak lagi berkeyakinan dengan Umno. Keberadaanya di dalam Umno kini hanya kerana menghormatinya ibu (Mak Su Limah) yang merupakan bekas ketua Wanita Umno Bachok yang berpengaruh.

Dia juga dilaporkan bersedia untuk diletak berdepan dengan Awang Adek. Zayadi dikatakan mempunyai keluarga besar di Bachok. Ibunya adalah bekas Ketua Umno Umno Bachok seorang tokoh wanita dimalui di Bachok.

Keluarga Zayadi sejak dari dulu lagi tidak begitu 'nggam' dengan stail dan pembawaan politik Awang Adek Hussein. Atas dasar itulah kalau Zayadi berdepan dengan Awang Adek, boleh simpul tali Awang Adek akan menangis tidak berlagu. Soalnya apakah Zayadi akan diturunkan?

Sekiranya Pakatan Rakyat mahu pastikan kerusi Bachok kekal, formula terbaik ialah meletakkan Zayadi untuk berhadapan dengan Awang Adek Hussein. Bagi merealisasikan ini Pas terutamanya perlu mengamalkan politik terbuka dan understanding.

Usaha sedang dilakukan untuk membawa Zayadi diturunkan ke parlimen Bachok. Sekiranya Pas merasakan mereka tidak berkupayaan untuk berdepan dengan Awang Adek kemungkinan Zayadi akan dijadikan sandaran. Bagai Zayadi sendiri beliau tidak kisah sama ada bertanding atas tikit PKR atau Pas. Namun hati kecil Zayadi dia lebih berminat dengan Pas, apa lagi keluarganya juga dikatakan ramai menjadi penyokong Pas.

Ketika membuat tinjauan ke Bachok dua tiga hari lepas saya berbicara dengan seorang pegawai Kemas, jabatan yang dikenali sebagai mata telinga Umno. Menurut pegawai berkenaan kedudukan Awang Adek di Bachok tidak begitu menyelesakan. Katanya kalaupun bukan Zayadi yang dibawah turun pun, Awang Adek akan kalah. Bagaimana pun kalau benar Zayadi diturunkan ia makin mudah Awang Adek dikalahkan.

Pegawai Kemas itu memberi dua faktor kenapa Awang Adek akan bersungkur sekali lagi. Pertama katanya Awang Adek tidak mendapat sokongan ahli jawatan kuasa bahagian. Sikap Awang Adek yang sombong, agah tidak bertempat menjadikan orang Bachok tidak berapa senang dengan bekas bakal MB Kelantan itu. Meskipun Awang Adek anak nelayan tetapi lagaknya lebih bangsawan dari golongan bangsawan.

Kedua ialah isu rasuah yang dikaitkan dengan Awang Adek. Isu wang derma untuk parti berjumlah RM100,000 yang dimasukkan ke dalam akaun tiga orang pegawainya menjadi perbualan hangat di Bachok. Gara-gara wang itu menyebabkan timbul persepsi buruk ke atas Awang Adek. Ada yang menganggap wang itu sebagai komisyen atas kelulusan projek.

Orang Bachok mempertikaikan mungkin wang derma yang dimasukan ke dalam akaun khas itu bukan setakat itu sahaja, ia mungkin banyak lagi. Kata pegawai itu Awang Adek dikatakan menutup tuduhan itu dengan membawa cerita dia sudah menyaman pihak yang mendedahkan cerita berkenaan.

Selain itu, faktor lain ialah kesepaduan ahli jawatankuasa bahagian menyokong Awang Adek tidak berlaku. Kebanyakan ahli jawatankuasa bahagian tidak mempedulikan Awang Adek, sebaliknya mengemas dan menjaga kedudukan masing-masing. Misalnya timbalan beliau Dr Alias Hussein katanya asyik tumpu ke kawasannya di Jelawat sahaja tetapi tidak untuk seluruh Bachok.

Alias sendiri katanya belum tentu akan dapat merampas kerusi Jelawat. Adun Pas kini, Abdul Azizz Kadir (foto) yang lawprofil disenangi oleh rakyat Jelawat. Azizz katanya tidak banyak cakap tetapi kerajinannya menemui rakyat menyebabkan ia menjadi Adun yang disenangi.

Kata pegawai Kemas itu lagi, tiga orang ahli jawatan kuasa bahagian Bachok tidak tinggal dalam kawasan. Mereka berada di Kuala Lumur dan pulang sekali sekala bila mana ada program besar yang dihadiri menteri sahaja. Keadaan ini menyebabkan gerak kerja untuk menguatkan jentera parti tidak begitu ampuh.

Apa yang berlaku hari ini Awang Adek bergerak menerusi aktiviti yang diaturkan oleh agensi kerajaan termasuk juga JPP Kelantan. Selain itu beliau juga banyak menumpang kegiatan diaturkan oleh Wanita. Jentera peringkat bahagian menurutnya langsung tidak bergerak, seakan-akan ada sebotaj dalaman ke atas Awang Adek.

Berdasarkan hakikat itulah apa yang boleh disimpul harapan Awang Adek untuk menang di Bachok kemudian dilantik menjadi menteri penuh (kalau UBN menang) masih berada dalam mimpi diigauan siang hari. [wm.kl.1:38 t/hari 15/03/12]

03 di kuala krai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di kuala krai - Google Blog Search


GERABAK KERETAPI TERBAKAR <b>DI KUALA KRAI</b> | ABGTEROR <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2012 02:22 AM PST

GERABAK KERETAPI TERBAKAR DI KUALA KRAI | Perkhidmatan kereta api penumpang dari Kuala Lipis ke Tumpat tergendala 20 minit apabila sebuah daripada lima gerabak terbakar kira-kira 7.20 petang semalam. Bagaimanapun, sejumlah 120 penumpang yang menggunakan perkhidmatan tren itu selamat dan gerabak tersebut yang menyediakan generator elekrik bagi menghidupkan pendingin hawa, terpaksa ditinggalkan di Stesen Kuala Krai.

Pengarah Kanan Unit Komunikasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Fazil Ismail, berkata insiden itu berlaku hanya satu kilometer dari Stesen Kuala Krai. Beliau berkata, pemandu lokomotif yang menyedari asap hitam keluar dari koc berkenaan terpaksa menghentikan tren sebelum melakukan pemeriksaan.

"Berikutan itu, tren berkenaan meneruskan perjalanan sebelum meninggalkan koc generator di Stesen Kuala Krai kerana bimbang akan berlaku kebakaran lebih serius, tetapi ia tidak membahayakan penumpang.

"Sebaik tiba di stesen itu, tren berkenaan lewat 20 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Stesen Tumpat dan tiba dengan selamat," katanya.

Mohd Fazil berkata, kejadian itu adalah yang kedua berlaku dalam perkhidmatan kereta api penumpang di Pantai Timur dengan kejadian pertama pada 9 September lalu berhampiran Stesen Merapoh, Pahang. Beliau berkata, kejadian pertama membabitkan gerabak membawa generator elektrik dan alat pendingin hawa yang disambung dengan 14 gerabak Perkhidmatan Kereta api Ekspres Senandung Wau dalam perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lumpur.

VN:F [1.9.15_1155]

Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

VN:F [1.9.15_1155]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GERABAK KERETAPI TERBAKAR DI KUALA KRAI
Reviewed by abgteror on
Rating: 4.5

03 di mengkebang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di mengkebang - Google Blog Search


Raden Ahmad , Pattani: Tengku Ahmad Zainal Abidin (Tengku Sri <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2012 12:17 AM PDT

TENGKU AHMAD ZAINAL ABIDIN IBNU ALMARHUM TENGKU ABDUL KADIR KAMARUDDIN SYAH

Baginda adalah putera kepada Tengku Abdul Kadir Kamaruddin Syah ibnu al marhum Tengku Bongsu. Ayahda baginda adalah Raja Pattani yang terakhir, manakala Bonda baginda adalah Tengku Maryam Kembang Puteri, anakda kepada Sultan Mansur (Sultan Muhammad IV). Sultan Muhammad IV telah megurniakan kepada baginda gelaran Tengku Sri Akar Raja dan melantik baginda menjadi setiausaha sulit kepada Sultan Muhammad IV. Baginda mempunyai ramai isteri termasukah Wan Maryam binti Wan Ali yang berasal dari Kampong Surau, Pekan, Kelantan. (Nama Pekan telah diubahsuai oleh Ali b Mohamad @ Tok Gawo Ali menjadi Pasir Pekan seperti yang digunakanpakai pada hari ini). Wan Ali adalah seorang saudagar dan pengusaha kain sarong tenun yang kaya. Wan Ali mempunyai sebuah kapal bernama Bintang Timur. Pada tahun 1926 kerajaan Kelantan telah menyewa Kapal Bintang Timur Kepunyaan Wan Ali untuk digunakan dalam kerja-kerja membantu mangsa Banjir. Hasil dari perkahwinan baginda dengan Wan Maryam, baginda dikurniakan dengan 2 orang puteri iaitu Tengku Muniratussaniah dan Tengku Mahahi. Berbekalkan modal harta peninggalan Bonda baginda Tengku Maryam Kembang Puteri ( diceritakan bahawa seghuri emas telah ditukarkan dengan seghuri biji getah) dan dengan bantuan Wan Ali, baginda telah mengusahakan sebuah Estate Getah berkeluasan 3 ribu ekar di Batu Mengkebang, Kuala Krai. Semasa baginda mangkat pada tahun 1950an, baginda meninggalkan harta pesaka yang dianggarkan bernilai RM 2 juta. Sebagai menghargai jasa Wan Ali membantu baginda mengusahakan Estate Batu Menkebang, baginda mewasiatkan supaya sebahagian besar Estate Batu Mengkebang hendaklah diberi milik kepada cucu Wan Ali iaitu Tengku Muniratussaniah dan Tengku Mahani, baginda juga berwasiat supaya baginda dimakamkan di Kampong Surau, Pekan (hari ini dikenali sebagai Pasir Pekan).

03 di chiku - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di chiku - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH: Lencana Sekolah / School <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 05:29 AM PST

Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) atau nama ringkasnya SK Sri Chiku (2), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Chiku 2.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) memiliki 108 pelajar lelaki dan 131 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 239 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2)
Felda Chiku 2
18300, Gua Musang
Kelantan, Malaysia


Telefon = 6099284230
Fax = 6099284231

# Lencana ini merupakan sumbangan daripada pihak admin fb dari Sekolah Kebangsaan Sri Chiku 2, Gua Musang , Kelantan.

# Diterima oleh KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH pada 20 Feb 2012.

# Jutaan terima kasih  diatas sumbangan ini. 

# Sumbangan lencana ini adalah hasil daripada maklumbalas pihak sekolah di Facebook Koleksi Lencana Sekolah..

di negeri kelantan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri kelantan - Google Blog Search


<b>Kelantan Negeri</b> Termiskin <b>Di</b> Malaysia Tetapi ... | Berita Semasa.My

Posted: 28 Feb 2012 09:22 AM PST

Baru-baru ini hangat berita mengenai perkara ini dimana Kerajaan mengatakan bahawa Kelantan merupakan negeri paling miskin di Malaysia.Namun,beberapa kenyataan balas telah dikemukan bagi menyangkal perkara ini.Menurut sumber berkenaan,Sabah merupakan negara termiskin di Malaysia bukannya Kelantan seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Namun begitu,apa yang menarik perhatian kami adalah maklum yang dinyatakan didalam gambar diatas."Kelantan negeri miskin,tiket bola termahal di Malaysia tetapi stadium sentiasa penuh,keuntungan Tesco di Kelantan tertinggi di Malaysia…."

Menarik kan??Apa pendapat anda mengenai perkara ini?

Incoming search terms:

03 di gua musang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di gua musang - Google Blog Search


jmc kota bharu: Program Penempatan Pekerjaan (3P) <b>Di Gua Musang</b>

Posted: 12 Mar 2012 09:32 PM PDT

Program Penempatan Pekerjaan (3P) Di Gua Musang
Tarikh     :   24 Mac 2012 (Sabtu)
Masa        :  9:00 pagi - 4:00 petang
Tempat   :   Dewan Sivik
 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved