Jumaat, 14 September 2012

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search

Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH: Lencana Sekolah / School <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 05:29 AM PST

Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) atau nama ringkasnya SK Sri Chiku (2), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Chiku 2.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) memiliki 108 pelajar lelaki dan 131 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 239 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2)
Felda Chiku 2
18300, Gua Musang
Kelantan, Malaysia

Telefon = 6099284230
Fax = 6099284231

# Lencana ini merupakan sumbangan daripada pihak admin fb dari Sekolah Kebangsaan Sri Chiku 2, Gua Musang , Kelantan.

# Diterima oleh KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH pada 20 Feb 2012.

# Jutaan terima kasih  diatas sumbangan ini. 

# Sumbangan lencana ini adalah hasil daripada maklumbalas pihak sekolah di Facebook Koleksi Lencana Sekolah..

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

Azie Kitchen: Masak Lemak Putih Terung

Posted: 26 Aug 2012 02:03 PM PDT

Hari sabtu lepas, saya Masak Lemak Putih Terung yang dibawa dari Kelantan semasa balik beraya baru baru ini. Seperti biasa, setiap kali balik Kelantan, saya pasti singgah di pekan Jelawat membeli sedikit sayur sayuran yang sangat murah di sana untuk dibawa balik. Selain itu, saya juga membeli lada hijau yang memang khas dibuat Solok Lada. Kat Kelantan, cili dipanggil lada. Saya tak pernah jumpa kalau lada ini ada dijual di sini. Memang saya suka sangat lada ini, sedap dimasukkan ke dalam sayur lemak seperti ini atau dimasukkan bersama bawang besar ke dalam ayam atau ikan goreng. Harga sayuran di sana sangat murah, satu ikat besar yang bersaiz dua genggaman orang dewasa, baru RM5, timun batang satu plastik besar baru berharga RM12, begitu juga dengan ubi keledek yang kesemuanya dijual dalam plastik besar.
Terung yang saya beli ini adalah terung berwarna kehijauan kerana rasanya terung ini lebih lembut dan manis. Bila digandingkan dengan lada hijau solok, memang ngam sangat sangat. Apalagi dimakan dengan sambal Kelantan dan ikan kering goreng ke.  Sedap ikan goreng keropok yang dibeli dari Sabah. Dari pagi, hubby sibuk melayan cina yang datang pasang cassette air cond kat bilik tidur saya. Kena panggil Boy menunggu di bilik tidur saya, sementara hubby turun makan. Di ruang menonton bilik saya telah pun dipasang air cond dinding tapi sebab bilik yang terlalu luas, saya rasa macam tak cukup selesa dengan air cond itu. Terima kasih tak terhingga pada my Laling Hubby yang sangat peka dengan apa sahaja yang menyentuh keselesaan saya. 
OK lah dah panjang pula celotehnya, mari kita tengok cara saya membuat Masak Lemak Putih yang memang masakan yang disediakan oleh bonda saya sejak saya kecil kecil lagi. Cuma dulu semasa di kampung, bonda menggunakan ikan rebus yang ditumbuk dengan bawang merah. Kini saya hanya menggunakan ikan bilis sahaja kerana malas nak merebus ikan.
Bahan bahan:
Terung - hiris nipis
3 biji cili hijau
Ikan bilis
3 ulas bawang merah
Santan
Garam
Gula

Cara cara:
Masak santan dengan ikan bilis dan bawang yang dihiris sehingga hampir mendidih. Masukkan terung dan masak sambil terus dikacau sehingga kuah mendidih.

Masukkan sedikit garam dan gula. Sesuaikan rasa. Akhir sekali, baru dimasukkan cili hijau supaya ianya tidak terlalu layu.

Tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih yang dimakan dengan sambal belacan.

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search

Umno Kuala Krai: CERAMAH PERDANA

Posted: 22 Jun 2011 12:27 AM PDT

Ceramah Perdana di Mengkebang pada 22hb. Jun 2011

Lagi...
Ceramah Politik di Sg. Sam, Kuala Krai pada 15hb. Jun 2011

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

.: Lima Dari Lapan YDP Pas <b>Kelantan</b> Bermasalah Perlu Undur

Posted: 12 Sep 2012 08:37 PM PDT

Sekurang-kurangnya lapan orang Yang Di-Pertua (YDP) Pas kawasan di Kelantan perlu mengundurkan diri dengan sukarela dari dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Sekiranya mereka ikhlas dan sayangkan parti mereka perlu berbuat demikian tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak.  Tindakan ini adalah bagi memastiklan parti tidak tewas.

Lebih afdal lagi mereka perlu memberi laluan kepada muka baru yang dipilih oleh cawangan dan bukannya atas pilihan mereka (kroni).

Sebaik-baiknya pengganti mereka juga perlulah dibuat berdasarkan permintaan pengundi setempat dengan mengambil citarasa umum.

Lapan YDP berkenaan, kecuali YDP Tanah Merah dan Pasir Mas (Ismail Noh) ialah, Nik Mazian Nik Mohamed (Pasir Puteh), Abdul Fatah Haron (Rantau Panjang), Wan Ismail Wan Jusoh (Ketereh), Omar Mohamad (Bachok), Apandi Mohamad (Jeli), Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu).

Lima dari mereka merupakan wakil rakyat sementara yang lain bekas wakil rakyat. Nik Mazian Adun Gaal, Abdul Fatah Haron (Bukit Tuku), Omar Mohamad (Perupok), Wan Ismail Wan Jusoh (Melor) dan Wan Abdul Rahim (Kota Bharu).

Nama-nama mereka ini masih lagi diangkat untuk dipertimbangkan menjadi calon dalam pilihan raya akan datang. Bagaimana pun ada baiknya kalau Pesuruhjaya Nik Abdul Aziz Nik Mat menggugurkan nama mereka bagi mengelak timbul implikasi buruk kepada Pas dalam pilihan raya akan datang. Lebih gentleman lagi mereka sendiri menarik diri dengan cara terhormat.

Pemilihan mereka juga dibimbang akan memberi kesan kepada Pas kerana khidmat dan tanggungjawab mereka kepada parti dan rakyat terabai kecuali Omar Mohamad (Perupok) dan Wan Abdul Rahim (Kota Bharu) yang masih terus aktif dan rajin menemui rakyat.

Wan Abdul Rahim pernah menyatakan kesediaan untuk berundur kerana masalah usia.  Apabila disuakan kawasan Dun Bunut Payong kerana wakilnya Takiyuddin Hassan akan berrukar ke Parlimen, Wan Rahim melahirkan rasa keberatan untuk meneruskan tanggungjawab atas alasan sudah lama.

Manakala Abdul Fatah sudah lima kali menjadi wakil rakyat dua penggal di parlimen tiga penggal Adun. Omar Mohamad pula sudah lima penggal dan pernah memegang jawatan Exco. Begitu juga dengan Wan Ismail sudah memenangi Dun Melor dua penggal. Abdul Rahim sudah tiga penggal sebagai wakil rakyat.

Mengenai prestasi Fatah mungkin Pas sendiri dapat menilai sejauh mana kemampuan YDP Rantau Panjang ini sehingga tidak pernah diangkat untuk menjadi Exco atau pun speaker yang dikira sebagai kenaikan pangkat.

Apandi Mohamad walaupun hanya menang sepenggal tetapi dengan kekalahan dua kali berturut-turut ditangan Mustapa Mohamed sudah memandai. Pas perlu mencari muka baru untuk menyalinkan tempat Apandi. Sekiranya tidak ada muka yang layak mungkin Pas boleh mengambil calon dari luar kawasan.

Prestasi Nik Mazian di Gaal juga tidak begitu memberangsangkan. Sebelum ini beliau pernah dilantik menjadi Exco tetapi digugurkan kerana gagal memberi kesan menyuburkan jawatan itu. YDP Pasir Mas Ismail Noh dan YDP Tanah Merah bagaimana pun sudah tidak dicalonkan lagi untuk pilihan raya kali ini, di sini tidak berbangkit kalau mereka perlu digugurkan. Ismail sedang sakit dilanda stroke.

Bagaimana pun Hanifa Ahmad yang kini Adun Pengkalan Pasir yang memangku jawatan itu juga perlu digugurkan dan diganti dengan muka baru.  

PERHATIAN: Saya akan menyenaraikan nama wakil-wakil rakyat yang perlu digugurkan Pas dari terus bertanding dalam pilihan raya akan datang menurut versi saya. [wm.kl.10:58 am 13/09/12]

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search

10 Tokoh Sertai PAS <b>Di</b> Himpunan Hijau Putrajaya ~ IdaMan

Posted: 10 Sep 2012 12:00 AM PDT

MACHANG: Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Kelantan malam tadi mencatat sejarah apabila 10 bekas pegawai kanan kerajaan dan lagenda bola sepak menyerah borang menyertai PAS.

Antaranya bekas Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan, Fauzi Harun; bekas pensyarah UMT, Prof Dr Salleh Harun; bekas Timbalan Pengurus Besar Pos Malaysia, Abdul Halim Hassan.

Selain itu Timbalan Pengurus Pos, Wan Zain Wan Ahmad, bekas pegawai polis, Nordin Daud, manakala lagenda bola sepak Malaysia iaitu Salleh Ibrahim, Mahadi Yusof, Nik Fauzi Nik Hassan, Ramli Abdullah dan Wan Zawawi Wan Yusof.

Fauzi yang pernah berkhidmat di pelbagai jabatan kerajaan pusat berkata, sebenarnya ramai pegawai kerajaan yang sokong PAS dan Pakatan Rakyat, namun tidak berani tampil ke hadapan.

"Pegawai kerajaan hanya sebagai pelaksana setiap dasar yang digubal oleh orang politik di parlimen.

"Sebab itulah kalau hijau di Putrajaya menjadi kenyataan, kerajaan baru tidak menghadapi masalah untuk mentadbir kerana pegawai yang sama juga bertugas," katanya pada majlis berkenaan.

Beliau juga mendedahkan ketika bertugas di Pahang pernah dipanggil bersama ketua-ketua jabatan lain hadir pada perjumpaan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakub ketika menjelang pilihan raya sebelum ini.

Menurutnya pada majlis itu Menteri Besar bimbang orang Melayu berpecah.

"Saya tampil ke hadapan mengemukakan pendapat, Melayu berpecah kerana ada yang menolak al Quran dan satu lagi mahu melaksanakana ajaran al Quran," katanya.

Kata beliau asas kepada perpecahan orang Melayu berlaku hanya faktor tersebut.

Hadir sama pada program yang bermula sejak Maghrib, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain itu Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Dewan Harian PAS Kelantan, wakil-wakil rakyat dan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS, Lau Chin Chua.
 
Sebelum solat Isya diadakan tazkirah disampaikan Adun Demit, Ustaz Mohamad Mustafa. Ramai yang menunaikan solat hanya berlapik kertas dan rumput.

Padang Majlis Daerah Machang mencatat sejarah baru apabila setiap ruang dipenuhi manusia. Lautan manusia jelas kelihatan dari jauh.

Kehadiran begitu ramai menyebabkan Masjid Bandar Machang yang terletak tidak jauh daripada lokasi perhimpunan difahamkan tidak dapat menampung bekalan air untuk orang ramai berwuduk.

Keadaan itu menyebabkan Air Kelantan Sdn Bhd terpaksa menghangtar lori tangki bagi membolehkan orang ramai mengambil wuduk.

Adun Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqullah menyifatkan kehadiran itu jauh mengatasi program Hari Raya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Sekolah Menengah Hamzah seminggu sebelumnya.

Tuan Ibrahim berkata, Kelantan menjadi destinasi terakhir program Hijau Ke Putrajaya bagi mengambil semangat kekuatan yang ada di sini sebelum melangkah ke Putrajaya.

"Kelantan telah berjaya mengeksport model pentadbiran Islam sejak 1990 lagi. Bermula dari sinilah kesedaran rakyat mulai melebar ke negeri-negeri lain.

"Biar pun sudah lama menang di Kelantan namun banyak sekatan dilakukan kerajaan pusat termasuk melengah-lengah pembayaran geran perkapita, royalti minyak, lebuh raya, dan pelbagai lagi.

"Sekatan itu akan terus berlaku selagi kerajaan BN masih lagi menguasai Putrajaya. Oleh itu kita hendaklah berpakat menukar dan membentuk kerajaan baru di pusat pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya.

http://bm.harakahdaily.net 

PASPB: UMNO MAKIN RESAH!!! 5 bekas pegawai kanan kerajaan <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2012 12:23 AM PDT

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search

.: Lima Dari Lapan YDP Pas Kelantan Bermasalah Perlu Undur

Posted: 12 Sep 2012 08:37 PM PDT

Sekurang-kurangnya lapan orang Yang Di-Pertua (YDP) Pas kawasan di Kelantan perlu mengundurkan diri dengan sukarela dari dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Sekiranya mereka ikhlas dan sayangkan parti mereka perlu berbuat demikian tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak.  Tindakan ini adalah bagi memastiklan parti tidak tewas.

Lebih afdal lagi mereka perlu memberi laluan kepada muka baru yang dipilih oleh cawangan dan bukannya atas pilihan mereka (kroni).

Sebaik-baiknya pengganti mereka juga perlulah dibuat berdasarkan permintaan pengundi setempat dengan mengambil citarasa umum.

Lapan YDP berkenaan, kecuali YDP Tanah Merah dan Pasir Mas (Ismail Noh) ialah, Nik Mazian Nik Mohamed (Pasir Puteh), Abdul Fatah Haron (Rantau Panjang), Wan Ismail Wan Jusoh (Ketereh), Omar Mohamad (Bachok), Apandi Mohamad (Jeli), Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu).

Lima dari mereka merupakan wakil rakyat sementara yang lain bekas wakil rakyat. Nik Mazian Adun Gaal, Abdul Fatah Haron (Bukit Tuku), Omar Mohamad (Perupok), Wan Ismail Wan Jusoh (Melor) dan Wan Abdul Rahim (Kota Bharu).

Nama-nama mereka ini masih lagi diangkat untuk dipertimbangkan menjadi calon dalam pilihan raya akan datang. Bagaimana pun ada baiknya kalau Pesuruhjaya Nik Abdul Aziz Nik Mat menggugurkan nama mereka bagi mengelak timbul implikasi buruk kepada Pas dalam pilihan raya akan datang. Lebih gentleman lagi mereka sendiri menarik diri dengan cara terhormat.

Pemilihan mereka juga dibimbang akan memberi kesan kepada Pas kerana khidmat dan tanggungjawab mereka kepada parti dan rakyat terabai kecuali Omar Mohamad (Perupok) dan Wan Abdul Rahim (Kota Bharu) yang masih terus aktif dan rajin menemui rakyat.

Wan Abdul Rahim pernah menyatakan kesediaan untuk berundur kerana masalah usia.  Apabila disuakan kawasan Dun Bunut Payong kerana wakilnya Takiyuddin Hassan akan berrukar ke Parlimen, Wan Rahim melahirkan rasa keberatan untuk meneruskan tanggungjawab atas alasan sudah lama.

Manakala Abdul Fatah sudah lima kali menjadi wakil rakyat dua penggal di parlimen tiga penggal Adun. Omar Mohamad pula sudah lima penggal dan pernah memegang jawatan Exco. Begitu juga dengan Wan Ismail sudah memenangi Dun Melor dua penggal. Abdul Rahim sudah tiga penggal sebagai wakil rakyat.

Mengenai prestasi Fatah mungkin Pas sendiri dapat menilai sejauh mana kemampuan YDP Rantau Panjang ini sehingga tidak pernah diangkat untuk menjadi Exco atau pun speaker yang dikira sebagai kenaikan pangkat.

Apandi Mohamad walaupun hanya menang sepenggal tetapi dengan kekalahan dua kali berturut-turut ditangan Mustapa Mohamed sudah memandai. Pas perlu mencari muka baru untuk menyalinkan tempat Apandi. Sekiranya tidak ada muka yang layak mungkin Pas boleh mengambil calon dari luar kawasan.

Prestasi Nik Mazian di Gaal juga tidak begitu memberangsangkan. Sebelum ini beliau pernah dilantik menjadi Exco tetapi digugurkan kerana gagal memberi kesan menyuburkan jawatan itu. YDP Pasir Mas Ismail Noh dan YDP Tanah Merah bagaimana pun sudah tidak dicalonkan lagi untuk pilihan raya kali ini, di sini tidak berbangkit kalau mereka perlu digugurkan. Ismail sedang sakit dilanda stroke.

Bagaimana pun Hanifa Ahmad yang kini Adun Pengkalan Pasir yang memangku jawatan itu juga perlu digugurkan dan diganti dengan muka baru.  

PERHATIAN: Saya akan menyenaraikan nama wakil-wakil rakyat yang perlu digugurkan Pas dari terus bertanding dalam pilihan raya akan datang menurut versi saya. [wm.kl.10:58 am 13/09/12]

semanis epal: Selamat Berajaya untuk anak-anak UPSR

Posted: 10 Sep 2012 03:35 AM PDT

SELAMAT BERJUANG UNTUK ANAK-ANAK UPSR

PERBANYAKKAN DOA AGAR DIPERMUDAHKAN SEGALANYA

JAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN DIRI

MOGA-MOGA KEJAYAAN ADALAH MILIK KALIAN.

UNTUK ANAK-ANAK SKFC, LAKUKAN YANG TERBAIK...DOA CIKGU SENTIASA MENGIRINGI PERJUANGAN KALIAN.

P/S : moments being a year 6 pupil was the best...full of sweet memories and lots of precious experiences...If I had a magical power, I dont want to be grow.... terkenang tahun 1999, zaman yang paling dirindui bersama teman-teman seperjuangan di Sekolah Kebangsaan Perupok...Sungguh, terlalu menrindui...

Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau « عباد الرحمن

Posted: 05 Sep 2012 03:41 AM PDT

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

TARIKH 11 Zulhijjah 1325H sehingga 11 Zulhijjah 1425 H genap 100 Tahun Kewafatan Syeikh Ahmad Al-Fathani.

Sempena tarikh tersebut Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara (Pengkaji) mulai aktif mengadakan sambutan khusus mengenai itu. Dilanjutkan dengan yang ke-101 mulai tarikh 11 Zulhijjah 1426H. Dalam peringatan Tahun Ke-101 Kewafatan Syeikh Ahmad Al-Fathani dilaksanakan empat kali peringatan.

Salah satu di antaranya diadakan di Pondok Ribath, pada Sabtu, 5 Jamadilakhir 1427H/1 Julai 2006 M atas usaha dan kerjasama antara Pengkaji dengan Pondok Ribath, judul perhimpunan haul ialah Sambutan Maulidur Rasul Ribath & Haul 101 Tahun Kewafatan Syeikh Ahmad Al-Fathani Serta Para Ulama Johor di Pondok Ribath, Parit Perupok, Muar, Johor.

Pengasas atau pendiri Pondok Ribath adalah salah seorang murid Tok Kenali. Beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Lip. Kerana Tuan Guru Haji Muhammad Lip adalah murid Tok Kenali berertilah beliau adalah cucu murid pada Syeikh Ahmad al-Fathani. Demikian halnya dengan Tuan Guru Haji Ibrahim bin Muhammad Dahan di Kampung Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan.

Haji Ibrahim bin Muhammad Dahan Rembau juga adalah murid dari beberapa orang murid Syeikh Ahmad al-Fathani, yang gurunya yang terakhir ialah Tok Kenali. Jadi Haji Ibrahim bin Muhammad Dahan di dalam pengajian Islam yang bersanad adalah cucu murid pada Syeikh Ahmad al-Fathani. Oleh itu artikel ini memperkenalkan Haji Ibrahim kampung Bongek Aceh Rembau, Negeri Sembilan

Takrif perkataan bongek

Perkataan 'bongek' saya dengar dan ketahui maknanya sejak kecil lagi, kerana sering diucapkan oleh orang-orang yang berasal dari Kampar dan Kuantan (kedua-dua suku kaum itu berasal dari Sumatera, Riau Daratan). Walau bagaimana pun perkataan 'bongek' tidak terdapat dalam Kamus Dewan (Edisi Ketiga/Edisi Baru, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, tahun 1997).

Juga tidak terdapat dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, (Edisi Kedua, terbitan Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia/Balai Pustaka, tahun 1995).

Sungguh pun perkataan 'bongek' tidak terdapat dalam kedua-dua kamus yang tersebut, menurut takrif orang tua-tua Melayu (tahun 1950an) ialah 'perut buncit atau perut besar yang tidak seimbang dengan bentuk tubuh'.

Tanpa saya ketahui rupanya dalam Rembau, Negeri Sembilan terdapat sebuah kampung yang dinamakan Kampung Bongek Acheh. Kemungkinan maksudnya adalah sebuah kampung yang buncit atau besar. Sebelum saya ketahui ada nama kampung seperti tersebut saya baca sebuah artikel tulisan sahabat saya Abdul Razak Mahmud yang dimuat dalam majalah Pengasuh, bilangan 550, Jamadilakhir-Syaaban 1418 H/Oktober-Disember 1997 M, halaman 11, judul Sedikit Tentang Tuan Guru Haji Ibrahim Bongek (1907 – 1997).

Saya tidak sependapat dengan letak perkataan 'bongek' pada judul yang diberikan itu, kerana menggambarkan bahawa orang yang bernama Haji Ibrahim itu adalah seorang yang 'bongek' atau 'buncit'. Bagi saya istilah yang digunakan mesti diperbetulkan dengan 'Haji Ibrahim di Kampung Bongek'. Atau mengikut yang tertulis pada halaman depan karya beliau judul Nur al-Aulad ialah Haji Ibrahim bin Muhammad Dahan Kampung Bongek Rembau. Selanjutnya dalam penulisan artikel ini, digunakan Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau saja.

Yang saya maksudkan ini bukan bermaksud menyalahkan sahabat saya itu, tetapi menempatkan nama yang baik untuk Tuan Guru Haji Ibrahim yang menjalankan aktiviti dakwah dan pendidikannya di Kampung Bongek.

Dari segi lain saya sangat menghargai tulisan Abdul Razak Mahmud dalam majalah Pengasuh itu kerana merupakan tulisan yang pertama memperkenalkan ulama di Kampung Bongek tersebut yang tersebar luas kepada umum melalui sebuah majalah.

Hubungan antara guru, murid dan sanad

Setakat ini belum banyak sumber bertulis yang memaparkan riwayat hidup Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau. Yang ada di tangan saya, yang dijadikan sebagai rujukan untuk menulis artikel ini ialah: 1 – Sedikit Tentang Tuan Guru Haji Ibrahim Bongek (1907 – 1997) oleh Abdul Razak Mahmud, majalah Pengasuh, bilangan 550.

2 – Kertas Kerja Majlis Sambutan 70 Tahun Madrasah Al-Islamiah Haji Ibrahim Kampung Bongek Acheh, 71300 Rembau, Negeri Sembilan yang disediakan oleh Jawatankuasa Induk Sambutan 70 Tahun Madrasah Al-Islamiah Haji Ibrahim Kampung Bongek Acheh, 71300 Rembau, Negeri Sembilan.

3 – Sekilas Catatan Perjuangan Allahyarham Tuan Guru Hj. Ibrahim Bin Hj. Mohd. Dahan tidak terdapat nama penulis.

4 – Profil Ulama Negeri Sembilan Darul Khusus (Tuan Guru Hj. Ibrahim bin Hj. Mohd. Dahan) tidak terdapat nama penulis.

Daripada sumber-sumber yang tersebut di atas saya proses kembali, saya ringkaskan, saya tafsirkan dan saya hubungkan dengan ulama-ulama yang lain terutama kepada Syeikh Ahmad al-Fathani, iaitu guru pada beberapa orang guru Al-Mukarram Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau yang sedang dibicarakan dalam artikel ini.

Nama lengkap, Haji Ibrahim bin Haji Muhammad Dahan bin Hasan. Ibunya pula ialah Lijah binti Muhammad Arsyad. Tuan Guru Haji Ibrahim dilahirkan di Kampung Seri Lemak, Rembau, Negeri Sembilan pada tahun 1325 H/1907M, wafat 29 Rabiulawal 1418 H/3 Ogos 1997M.

Memperhatikan tahun kelahirannya 1325H, bererti bersamaan dengan tahun kewafatan Syeikh Ahmad al-Fathani (wafat 11 Zulhijjah 1325H). Sehingga Zulhijjah 1427H yang baru berlalu, jika kita memperingati 102 Tahun Kewafatan Syeikh Ahmad Al-Fathani bererti kita memperingati 102 Tahun Kelahiran Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau. Berertilah sesuatu ilmu Islam yang mungkin dianggap telah mati atau pun dihakis oleh perkembangan zaman perlu kita hidupkan kembali.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa tahun yang diberikan adalah secara kebetulan saja. Namun walau bagaimana pun sejarah kebesaran ulama perlu kita tonjolkan. Sekurang-kurangnya ada dua orang ulama dunia Melayu yang cukup terkenal murid Syeikh Ahmad al-Fathani adalah guru bagi Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau.

Kedua-dua ulama itu ialah Syeikh Wan Sulaiman bin Wan Shiddiq al-Qad-hi, Syeikh al-Islam Kedah, Darul Aman dan Wali Allah Tuan Guru Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad (Tok Kenali).

Abdul Razak Mahmud dalam Pengasuh menyenaraikan nama para guru Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau, yang berasal dari Kelantan selain Tok Kenali, mereka ialah Haji Ya'qub Legor, beliau belajar fiqh dan hadis, Haji Saad Kangkung, Haji Ali Pulau Pisang, Haji Wan Musa, beliau belajar tasauf, Haji Umar Sungai Keladi, beliau belajar falak, Haji Abdullah Thahir, Haji Ahmad Hakim, Haji Ya'qub Lorong Gajah Mati, dan Haji Nik Mat Nazhir.

Beberapa orang ulama yang disebut oleh Abdul Razak Mahmud itu adalah murid Syeikh Ahmad al-Fathani dan beberapa orang pula adalah murid Tok Kenali atau bererti cucu murid Syeikh Ahmad al-Fathani. Daripada para ulama yang tersebut bersanad kepada Syeikh Ahmad al-Fathani dan selanjutnya akan naik lebih jauh ke atas, semuanya dengan sanad dan salasilah yang sah. Selain salasilah dan sanad kepada Syeikh Ahmad al-Fathani juga kepada ulama-ulama lainnya.

Sanad keilmuan Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau melalui Tok Kenali tentang ilmu nahu, ilmu sharaf, dan ilmu-ilmu Arabiyah lainnya, yang naik kepada Syeikh Ahmad al-Fathani dapat dirujuk kepada kertas kerja saya yang diberi judul Sanad Keilmuan Syeikh Ahmad al-Fathani dan Ulama Di Selangor.

Demikian halnya tentang sanad ilmu akidah atau ilmu tauhid sekiranya Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau juga belajar dengan salah seorang murid Syeikh Ahmad al-Fathani sanadnya dapat dirujuk dalam kertas kerja yang sama.

Sanad ilmu-ilmu yang lain, tentang tasauf, sanad Kitab Hikam, Minhaj al-'Abidin, Ihya 'Ulum ad-Din, Barzanji, Burdah Bushiri, dan lain-lain, dapat dirujuk dalam kertas kerja Sanad Keilmuan Syeikh Ahmad al-Fathani, Aktiviti Pengajian Pondok Kelantan dan Selangor.

Abdul Razak Mahmud juga menyebut kitab-kitab tasauf yang diajar oleh Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau ialah: Minhaj al-Abidin, Hikam Ibnu Atha', ad-Durr an-Nafis, Taj al-Arus dan Siyar as-Salikin. Semua kitab tasauf yang tersebut telah termaktub dalam sanad yang dibicarakan dalam kertas kerja yang tersebut.

Selanjutnya Abdul Razak Mahmud menulis, "Ini tentu saja di samping kitab-kitab fiqh dan akidah yang sangat-sangat diperlukan dan kehidupan individu Muslim seperti Wusyah al-Afrah, Mathla' al-Badrain, Daqaiq al-Akhbar, Kasyf al-Ghaibiyah, Matn al-Jauharah, dan lain-lain."

Mengenai sanad ilmu hadis pula dapat dirujuk dalam kertas kerja judul Sanad Keilmuan Syeikh Ahmad al-Fathani dan Ulama di Kelantan.

Walaupun Abdul Razak Mahmud tidak menyebut judul-judul kitab karangan Syeikh Ahmad al-Fathani

namun dari pelbagai informasi yang saya peroleh bahawa kitab-kitab karangan Syeikh Ahmad al-Fathani masih banyak diajar di beberapa tempat di Negeri Sembilan.

Saya yakin Faridah al-Faraid karya Syeikh Ahmad al-Fathani juga diajarkan oleh Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau. Sewaktu peringatan Tahun Ke-101 Kewafatan Syeikh Ahmad Al-Fathani di Pondok Ribath, Parit Perupok, Muar, Johor beberapa guru agama dalam Muar meriwayatkan bahawa kitab tauhid yang paling banyak diajarkan di seluruh kawasan Muar (Johor) ialah Faridah al-Faraid.

Ustaz Teungku A. Ramlee bin Amen yang pernah belajar di Aceh, berasal dari Melaka dan mengajar di Pondok Ribath, Muar, meriwayatkan bahawa Faridah al-Faraid juga masih banyak diajar di beberapa tempat di Aceh hinggalah sekarang ini (1427 H/2006 M).

Menurutnya pula ada beberapa ulama Aceh walaupun mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang ilmu akidah dan menguasai kitab-kitab Arabiyah yang besar-besar namun Faridah al-Faraid tetap dijadikan kitab wirid yang mesti diajarkan menjadi pegangan yang utama.

Pada awal tahun 1427 H/2006 M saya mulai mengajar 'Unwan al-Falah karya Syeikh Ahmad al-Fathani di Masjid Al-Hidayah Sentul, Kuala Lumpur. Oleh sebab pengajian tersebut disiarkan beberapa kali dalam Bahagian Agama, Utusan Malaysia, Ustaz Arsyad bin Haji Abdur Rasyid menghubungi Pejabat Pengkaji memberitahu bahawa beliau juga mengajar kitab tersebut di beberapa masjid.

Ustaz Arsyad bin Haji Abdur Rasyid adalah salah seorang murid Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau. Di antara masjid yang beliau mengajar kitab 'Unwan al-Falah ialah Masjid Undang Haji Abdul bin Ali, Kampung Tanggai, Johol, juga Kampung Secabang, dan di tempat-tempat lainnya, Negeri Sembilan. Ustaz Arsyad bin Haji Abdur Rasyid juga mengajar kitab 'Unwan al-Falah di Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka.

Pada hari Selasa, 27 Zulhijjah 1427 H/16 Januari 2007 M rombongan jawatankuasa peringatan ini datang menemui saya di pejabat Pengkaji. Ia bagi membincangkan kertas kerja yang akan saya bentangkan.

Ustaz Sofhan bin Abdul Halim memberitahu bahawa beliau juga mengajar 'Unwan al-Falah di Madrasah Aliah Sikamat, Seremban. Ustaz Sofhan bin Abdul Halim juga mengajar Faridah al-Faraid di Masjid Ampangan dan tempat-tempat lain di Negeri Sembilan dalam pengajian yang dikelolanya.

Daripada semua yang saya paparkan jelaslah kitab-kitab ulama silam dunia Melayu terutama dalam konteks ini, karya-karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Syeikh Muhahmmad Shaghir bin Ismail al-Fathani dan Syeikh Ahmad al-Fathani masih banyak diajarkan orang.

Oleh itu bagi memastikan semua kitab Melayu/Jawi tetap hidup sepanjang zaman perlulah perancangan dan persatuan golongan yang faham akan perkara ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ulama Nusantara, sila e-mel pertanyaan ke alamat: pengkaji_khazanah@yahoo.com atau hubungi talian 03-6189 7231.

SUMBER:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0219&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search

PAS Merudum <b>Di Tumpat</b> | Kickdefella

Posted: 11 Sep 2012 09:47 AM PDT

by Sheih on September 12, 2012

Kosong! Majlis hari raya yang hambar.

Usaha sambung nyawa PAS Kelantan di Parlimen Tumpat khasnya di DUN Wakaf Baru berakhir dengan hambar semalam. Di sebelah siangnya majlis jamuan hari raya tidak mendapat sambutan langsung setelah terdapat penentangan diperingkat akar umbi PAS manakala di sebelah malamnya pula tidak lebih 1,500 orang hadir di dalam ceramah raksasa bertajuk "Pertahankan Kerajaan Islam Kelantan".

Jika perhitungan semalam diambil serius bererti hanya 1,500 orang yang mahu mendengar ceramah mengenai mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan. Apa jadi selebihnya? DUN Wakaf Baru mempunyai lebih 20,000 pengundi berdaftar dan Parlimen Tumpat pula mencecah hampir 100,000 pengundi. Ia merupakan antara kawasan Parlimen yang teramai pengundinya. Parlimen Tumpat mempunyai 4 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 3 daripadanya dimenangi oleh PAS dalam PRU 12 2008 lalu.

Sebelum ini pihak penganjur galak meramalkan jumlah kehadiran yang luar biasa kerana beberapa faktor yang antaranya ialah kerana ia dibuat di perkarangan rumah Ketua Cawangan UMNO di dalam DUN Wakaf Baru. Pihak penganjur juga secara terbuka mengucapkan ribuan terima kasih kepada blog ini kerana memberikan pelbagai publisiti untuk program tersebut. Malangnya, blog ini pun tidak mampu untuk membantu PAS di Tumpat dan Wakaf Baru.

Pelbagai aktiviti dan persediaan tidak membuahkan hasil.

Sebelum ini blog ini melaporkan rungutan daripada akar umbi PAS yang mendakwa tidak senang dengan penganjuran yang 'ada udang disebalik batu' kata mereka. Ini mengakibatkan ada dikalangan mereka secara terbuka menyatakan penentangan menerusi sms-sms dan edaran nota.

Ceramah raksasa disebelah malam itu juga menyaksikan kehadiran 3 gergasi PAS hadir memberikan ceramah ialah YB PAS Tumpat, YB PAS Wakaf Baru dan Musyidul AM PAS sendiri iaitu Nik Aziz. Namun begitu nama YB Timbalan Menteri Besar yang juga ADUN PAS Pasir Pekan, iaitu salah satu DUN dalam Parlimen Tumpat tidak pula tersenarai. Turut tercicir ialah ADUN Kelaboran dan juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Kelantan yang tercemar dengan khabar angin menjadi suami kepada bekas penyanyi dan pelakon Abby Abadi.

Mesyuarat demi mesyuarat gagal menjadikan program ini suksess.

Apa yang jelas ialah ahli PAS di peringkat akar umbi kini secara terang-terangan memboikot aktiviti-aktiviti Parti mereka tanpa segan silu lagi. Fenomena ini begitu ketara sejak hampir dua tahun kebelakangan ini bukan sahaja terhadap aktiviti PAS di dalam Kelantan tetapi juga aktiviti-aktiviti PAS Kelantan di Kuala Lumpur dan lain-lain tempat.

Kemabukan pimpinan PAS dengan slogan ke Putrajaya berkemungkinan berakhir dengan kehilangan penguasaan mereka di Kelantan. Yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran.

Pertahankan Kerajaan PAS Kelantan hanya bersandar kepada 1,500 orang pendengar sahaja. Semua foto ehsan KB Guy.

Bahaya rumah tepi jalan , <b>di Tumpat</b> kereta rempuh ruang tamu <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2012 08:17 PM PDT

Klik sini untuk dapat iPhone 5 dengan harga tak masuk akal !!

Di Tumpat , Kelantan, seorang budak lelaki berusia dua tahun yang sejak beberapa hari lalu sering bermain sambil mengibar Jalur Gemilang, maut dalam keadaan masih memegang bendera kebanggaan negara itu selepas dilanggar sebuah kereta yang terbabas sebelum merempuh rumah kedai milik datuknya, kelmarin.

Inilah bahaya buat rumah dekat dengan jalan utama ni ....

Dalam kejadian jam 5.30 petang di Kampung Dalam Rhu, di sini, mangsa, Adam Firdaus Mohd Shukri meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tumpat akibat parah di kepala, badan serta patah tulang rusuk.

Sebelum kejadian, anak bongsu daripada tiga beradik itu bermain sambil memegang Jalur Gemilang di ruang tamu dengan diawasi ibunya, Nik Salwani Abdullah, 26, yang ketika itu menemani dua lagi anaknya, Shahrul Yuzy Faizal, 10, dan Mohd Ikhwan, 5, yang membuat kerja sekolah.

Tiba-tiba, sebuah Mercedes Benz 190E dipandu seorang lelaki berusia 60-an merempuh bahagian depan rumah kedai dan mangsa terseret bersama runtuhan konkrit dinding sebelum terbaring berlumuran darah di satu sudut ruang tamu.

Kanak-kanak itu diangkat neneknya, Aisyah Seberang, 55, ke luar rumah dan dibawa jiran ke Hospital Tumpat, tetapi disahkan sudah meninggal dunia.

Hurrm ...orang tua kalau bawa kereta  jaga-jaga ikut belakang dia , selalu bersantai-santai tak tau mana nak tuju . Bukan semua ye , tapi selalunya macam tu .

Mari sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah . Berita penuh

Klik sini untuk dapat iPhone 5 dengan harga tak masuk akal !!

1 MALAYSIA: PAS Merudum <b>Di Tumpat</b> Bahkan Seluruh Negeri <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2012 05:30 PM PDT

                                           Kosong! Majlis hari raya yang hambar.
Usaha sambung nyawa PAS Kelantan di Parlimen Tumpat khasnya di DUN Wakaf Baru berakhir dengan hambar semalam. Di sebelah siangnya majlis jamuan hari raya tidak mendapat sambutan langsung setelah terdapat penentangan diperingkat akar umbi PAS manakala di sebelah malamnya pula tidak lebih 1,500 orang hadir di dalam ceramah raksasa bertajuk "Pertahankan Kerajaan Islam Kelantan".Jika perhitungan semalam diambil serius bererti hanya 1,500 orang yang mahu mendengar ceramah mengenai mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan. Apa jadi selebihnya? DUN Wakaf Baru mempunyai lebih 20,000 pengundi berdaftar dan Parlimen Tumpat pula mencecah hampir 100,000 pengundi. Ia merupakan kawasan Parlimen yang terbesar di Kelantan. Parlimen Tumpat mempunyai 4 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 3 daripadanya dimenangi oleh PAS dalam PRU 12 2008 lalu.

Sebelum ini pihak penganjur galak meramalkan jumlah kehadiran yang luar biasa kerana beberapa faktor yang antaranya ialah kerana ia dibuat di perkarangan rumah Ketua Cawangan UMNO di dalam DUN Wakaf Baru. Pihak penganjur juga secara terbuka mengucapkan ribuan terima kasih kepada blog ini kerana memberikan pelbagai publisiti untuk program tersebut. Malangnya, blog ini pun tidak mampu untuk membantu PAS di Tumpat dan Wakaf Baru.

                               Pelbagai aktiviti dan persedian tidak membuahkan hasil.
Sebelum ini blog ini melaporkan rungutan daripada akar umbi PAS yang mendakwa tidak senang dengan penganjuran yang 'ada udang disebalik batu' kata mereka. Ini mengakibatkan ada dikalangan mereka secara terbuka menyatakan penentangan menerusi sms-sms dan edaran nota.
Ceramah raksasa disebelah malam itu juga menyaksikan kehadiran 3 gergasi PAS hadir memberikan ceramah ialah YB PAS Tumpat, YB PAS Wakaf Baru dan Musyidul AM PAS sendiri iaitu Nik Aziz. Namun begitu nama YB Timbalan Menteri Besar yang juga ADUN PAS Pasir Pekan, iaitu salah satu DUN dalam Parlimen Tumpat tidak pula tersenarai.

BOLEH DIKATAKAN PELUANG UMNO MERAMPAS KELANTAN INSYALLAH CERAH DENGAN BERKAT KUASA ALLAH....RAKYAT KELANTAN SUDAH MUAK DENGAN KERAJAAN PAS KELANTAN.

Lebih Lanjut lagi Di sini...Terbaik Sekali

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search

Naib Ketua Pemuda UMNO <b>Ketereh</b> Ditemui Mati Dalam Kereta <b>...</b>

Posted: 02 Sep 2012 11:58 AM PDT

Presidan KAFA, Tan Sri Annuar Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh bersama dengan anak allahyarham semasa majlis pengkebumian di Ketereh.

KOTA BHARU – Naib Ketua Pemuda Umno Ketereh, Rosyuri Mat Rifin ditemui mati dalam kereta, dipercayai selepas menonton perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.

Rosyuri Mat Rifin, 42, ditemui dalam keadaan duduk di bahagian pemandu oleh orang awam kira-kira jam 7 pagi tadi.

Allahyarham dipercayai menghidap kencing manis dan jantung.

Dalam pada itu, dipetik Bernama, Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata, mayat Rosyuri ditemui orang ramai di dalam kenderaannya yang diletakkan di tepi jalan di simpang empat lorong belakang al-Quds Travel, di Wakaf Siku.

Katanya, menurut isteri si mati, Rosyuri yang ada bersamanya pada waktu maghrib memberitahunya yang dia hendak menonton bola sepak antara Kelantan dan ATM di Stadium Sultan Muhammad IV.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam tadi selepas menonton perlawanan bola sepak tersebut," katanya.

Azham berkata, mangsa yang beralamat di Kampung Binjai, Ketereh itu ditemui dengan kesan muntah, dan kes berkenaan diklasifikasi sebagai mati mengejut.

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search

Gossip: Aktif Berpolitik, Abby Abadi Sudah Nikah ADUN <b>Kelaboran</b> <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2012 12:16 AM PDT

Gossip: Aktif Berpolitik, Abby Abadi Sudah Nikah ADUN Kelaboran PAS?

Sekali lagi selamat datang ke buletin khas Abby Abadi di'mana kami akan sentiasa memaparkan perkembangan kerjaya politik aktress bergelar 'pendakwah bebas' ini.

Kami perhati juga tulisan Abby Abadi di Twitter dua tiga hari ini bukan sekadar meneruskan dakwah juga kempen politik beliau, namun ada satu gossip politik yang beliau hadapi.

Beberapa laman blog politik ada memetik ura ura mengatakan penglibatan Abby Abadi dalam politik kini lebih serius selepas menikahi salah seorang ahli politik PAS.

Ahli politik yang menjadi mangsa gossip politik ini adalah ADUN Kelaboran Mohd Zaki Hj Ibrahim yang khabarnya kerap di'lihat bersama Abby Abadi di beberapa majlis ceramah anjuran PAS sejak kebelakangan ini.

Namun Abby Abadi pantas menjadikan medium Twitter untuk menafikan sebarang hubungan dengan ahli politik tersebut tetapi tetap meminta peminat untuk mendoakan jodoh'nya cepat sampai.

Menurut Abby Abadi, ini bukan pertama kali beliau mendapat 'jodoh' hasil cakap cakap orang ramai dan mula menerima gossip nakal sebegini sebagai lumrah apabila terlibat dalam dunia politik.

Sekian buletin khas Abby Abadi. Berjumpa lagi di edisi seterusnya jika kami belum bosan. Heh.

Related Posts
Categories
Tag

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search

Sambutan Aidilfitri Tok Guru Nik Aziz <b>Di Pulau Melaka</b>

Posted: 19 Aug 2012 07:29 PM PDT

KOTA BHARU
: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terdapat anggota masyarakat terpesona dengan 'permainan' Barat menyebabkan terpengaruh dengan dakwaan 'agama lain, politik lain'.
Bahkan Islam dianggap mampu mengawal manusia dalam aspek ibadat dan urusan keluarga saja sedangkan Kerajaan Islam lebih mustahak ditegakkan di muka dunia."Dunia ini bukan Arab yang buat, bukan Melayu yang buat, tetapi diciptakan Allah swt.
"Namun oleh kerana kita lena dengan 'permainan' Inggeris, Peranchis, Itali dan sebagainya, maka ada rakyat biasa atau golongan terpelajar, bahkan di kalangan tuk guru sendiri terasa bahawa dakwaan 'agama suku, politik suku' itu betul," katanya.
Malahan menganggap agama hanya untuk menjaga manusia dalam aspek ibadat dan urusan kekeluargaan saja.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian semasa menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka dekat sini, semalam."Sesungguhnya dalam perkara 'urusan agama' dan 'politik' mestilah selari.
'"Itulah perbezaan di antara hidup 'beragama' dengan hidup 'berdemokrasi' yang tidak disebut Eropah," katanya.
Beliau berkata, kalau komunis ada kerajaan, demokrasi ada kerajaan, maka kenapa 'Islam' tidak boleh ada kerajaan, selaras dengan bumi dan manusia serta segala benda di dunia ini dijadikan Allah.
Justeru, kata Nik Aziz, Kerajaan Islam lebih mustahak didirikan di muka dunia ini.
Bahkan dalam perkara agama, sangat penting bagi manusia mengikuti jalan Nabi-Nabi termasuk dalam urusan rumah tangga, peperangan dan lain-lain.
Beliau menambah terdapat manusia yang sibuk dengan 'kebangsaan' dan 'Melayu'.Justeru secara sinis beliau meminta golongan itu supaya mencari 'Nabi Melayu'.
"Ini kerana Nabi Muhammad bukan orang Melayu tetapi orang Arab."(Oleh itu) carilah Nabi Melayu, jangan cari Nabi Arab.
Mengulas sambutan hari raya Aidilfitri 1433 Hijriah, beliau mencadangkan untuk tahun hadapan, kad ucapan Selamat Hari Raya ditambah 'dunia akhirat' pada rangkaian ucapan 'Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin'.Ini penting bagi membolehkan semua kaum mengingati apa itu 'akhirat'.
"Melayu baca teringatkan akhirat, Cina baca teringatkan akhirat. Orang putih baca, teringatkan akhirat."Ini membolehkan kita berdakwah apabila mereka bertanya apa itu 'akhirat'," ujarnya.
Tuan Guru menambah, selepas manusia mati dihidupkan semula, mereka akan ditanya diberi Al-Quran sama ada membacanya atau tidak, diberi telinga sama ada mendengar nasihat Al-Quran atau tidak.
Demikian juga diberi kaki sama ada digunakan pergi ke masjid, diberikan tangan sama ada menggunakan untuk mengundi ke arah mendaulatkan Islam atau menjahanamkan manusia.

ads