Khamis, 14 Julai 2011

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Pistol dan peluru dirampas dari dua individu <b>di Kuala Krai</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2011 01:47 AM PDT

Polis Kelantan menahan dua lelaki dan merampas sepucuk pistol bersama 38 butir peluru hidup di sebuah bengkel
kenderaan di Simpang Empat Sungai Sam di Kuala Krai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng berkata kedua-dua lelaki terbabit iaitu seorang pekerja bengkel berumur 20 tahun dan majikannya berumur 30 tahun ditahan pada Sabtu kira-kira pukul 9.10 malam.

"Kedua-dua lelaki penduduk tempatan itu kemudian membawa anggota polis ke sebuah bengkel di mana senjata api dan peluru itu ditemui. Setelah diperiksa polis mendapati pistol itu jenis Revolver .38 SPL bersama 38 butir peluru dan sebutir kelongsong peluru," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya, hari ini.

Lai berkata pistol itu dipercayai dari sebuah negara jiran. Katanya kedua-dua suspek itu mempunyai rekod lampau melibatkan kes jenayah membabitkan dadah serta curi kenderaan.

Bagaimanapun, polis masih menyiasat beberapa kes jenayah lampau melibatkan suspek itu yang kini ditahan reman dan akan didakwa di mahkamah Isnin ini.

Lai berkata kedua-dua lelaki itu akan didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1960 yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara antara tujuh hingga 14 tahun.

- Bernama

Related article

The leading Malaysian website for news and information on community events, food, entertainment and community resources on education and development.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Diari seorang suri rumah: Satu malam <b>di</b> KFC <b>Kok Lanas</b>

Posted: 31 May 2011 06:15 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Satu malam di KFC Kok Lanas. cerita dia akan di update kemudian hari.. so.. tengok je dulu & buat spekulasi sendiri. Posted by Norhaida at 6:15 AM. Labels: Fuzael, suka-suka ...

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Jenayah Seksual <b>di Kota Bharu</b> Membimbangkan | Gossip Artis <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2011 07:59 PM PDT

KOTA BHARU - Jenayah seksual membabitkan remaja di daerah ini kian membimbangkan apabila tujuh kes rogolmelibatkan sesama pelajar berusis antara 13 tahun hingga 17 tahun, di laporkan dalam tempoh dua minggu lalu.

Lebih mengejutkan, ada di antara mereka mengaku telah melakukan hubungan seks sebanyak sembilan kali.

Ketua polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Osman berkata, tiga daripada mangsa merupakan pelajar perempuan berusia antara 13 hingga 15 tahun dan empat lagi berumur 16 hingga 17 tahun, sementara kesemua suspek lelaki berusia 16 hingga 17 tahun telah di tahan. Beliau berkata, sepanjang empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 30 kes rogol di laporkan (melibatkan semua peringkat usia) dan tujuh kes yang di catatkan dalam dua minggu lalu adalah yang tertinggi berbanding sebelumnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Interaktif <b>Bunut Payong</b>

Posted: 05 May 2011 07:03 AM PDT

KOTA BHARU, 27 April: Sejak lebih setahun lalu Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB dan Persatuan Arked Uda mendakwa saiz lot niaga di Bazar Tok Guru sempit dan mahal.

Sedangkan mereka lupa saiz lot tersebut diputus berdasar kepada kehendak persatuan kerana mahu kesemua peniaga ditempatkan di tingkat bawah.

Buktinya terkandung dalam minit mesyuarat pada 20 Januari 2010. Ketika itu persatuan diwakili Abdul Salim Ahmad dan Wan Lokman Wan Salleh.

Keluasan asal setiap lot di tingkat bawah 12 x 10 kaki persegi dan jumlah lot sebanyak 107 unit. Namun persatuan tetap mahu 415 peniaga berniaga di tingkat bawah.

Ekoran desakan itu menyebabkan kerajaan negeri mengarahkan pemaju menambah jumlah lot di tingkat bawah bagi memenuhi kehendak peniaga.

Lot tersebut akhirnya dikecilkan kepada 8 x 6 kaki persegi dan memuatkan 368 lot.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, keluasan setiap lot di tingkat bawah sudah dipersetujui wakil-wakil peniaga pada mesyuarat yang diadakan pada 20 Januari 2010.

"Sebelum itu jumlah lot di tingkat bawah memang luas iaitu 12 x 10 kaki persegi iaitu sebanyak 107 unit.

"Tetapi apabila semua peniaga mahu berniaga di tingkat bawah, jadi kita kecilkan kepada 8 x 6 kaki persegi sehingga memuatkan 368 unit.

"Inilah punca yang menyebabkan saiz lot menjadi kecil kerana kesemua peniaga mahu tingkat bawah. Dan keluasan itu sama dengan saiz lot di Pasar Lama MPKB," katanya pada persidangan media di pejabatnya hari ini.

Hadir sama dua anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Takiyuddin Hassan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Nazran Muhamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir Mustafa Salleh.

Turut dijemput hadir pada mesyuarat terseebut Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Salim Ahmad, Pengerusi Persatuan Peniaga Arked Uda, Borhan Mohd Nor dan dua lagi peniaga.

Sebelum ini Salim dilaporkan berkali-kali mendakwa saiz lot di Bazar Tok Guru sempit.

Persatuan itu juga membawa isu tersebut kepada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustafa Mohamed, namun kehendak peniaga terperap begitu sahaja, hanya sekadar mengisi ruang di halaman akhbar.

Timbalan Menteri Besar menegaskan lagi wakil peniaga terbabit bersetuju dengan keluasan 6 x 8 kaki persegi.

"Pengerusi persatuan bersetuju saiz 6 x 8 kaki persegi, dia boleh terima dan cuma beritahu mahu keselesaan.

"Dia juga ada kata tak selesa hendak hisap rokok pun tak sedap dan barang yang dijual melimpah ke luar, sedangkan kita sediakan setor di tingkat bawah," ujar Takiyuddin.

Ahmad berkata, hari ini kerajaan negeri telah putuskan untuk memberi tawaran terakhir kepada peniaga Pasar Lama MPKB dan Arked Uda untuk berpindah ke Bazar Tok Guru melalui PMBK.

Menurutnya kerajaan negeri bersetuju dan melayani hasrat peniaga-peniaga dengan tawaran harga sangat kompetitif iaitu RM63,000 di tingkat bawah dan satu Bazar Tok Guru.

Pembeli di tingkat bawah hanya perlu membayar mulai tahun kedua. Mereka dibenar berniaga secara percuma selama setahun.

Manakala pembeli di tingkat satu hanya perlu membayar pada tahun ketiga.

"Tawaran itu hanya sah sehingga 31 Mei ini dan kalau ada yang belum sempat mendaftar sehingga tarik tersebut kita beri tawaran sehingga akhir Jun depan dengan harga RM70,000.

"Selepas 31 Mei segala urusan pinjaman bank peniaga perlu mengurus sendiri," katanya.

Beliau juga berkata, mulai 1 Julai depan tiada lagi harga diskaun diberi dan peniaga ditawar pada harga asal iaitu RM92,000 di tingkat satu dan RM88,000 di tingkat bawah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


SESUATU YANG INDAH: minggu ke sana ke mari makan: nasi minyak part 1

Posted: 14 Jul 2011 09:06 AM PDT

minggu 28hb mei -> 5hb jun 2011 ialah minggu kenduri kendara.

untuk menjayakan minggu tersebut, aku dah apply cuti 1 minggu.hehe. bos pun dah pelik "awak ke yang nak kahwin?"
rakan-rakan ofis dah tahu perancangan ni start dari awal januari lagi. dah bagitau awal-awal, senang nak standby pengganti.
Turutan event:
28 mei subuh: drive ke sg petani. sepupu perempuan kahwin. sampai tengahari. tidur sana semalam


29 mei pagi: drive ke uitm bukit mertajam. hantar adik dan angkut barang dia. lepas tu pergi kenduri sepupu sebelah laki dia pulak.kat area penang gak.

29 mei petang: drive balik ke seremban

30 mei (isnin): mode berehat di seremban

31 mei (selasa) subuh: drive ke kota bharu. first time ikut jalan gua musang-kuala krai.

31 mei (selasa) petang: sampai di wakaf bharu, kota bharu. tidur kat homestay.

1 jun (rabu):

Ikhwan @ Alang @ my bro selamat bernikah. dapat lagi kakak ipar baru.alhamdulillah.
Malam ke wakaf che yeh plak.shopping. tapi mak, makcik-makcik n da geng jelah yang bershopping

2 jun (khamis) tengahari: kenduri / persandingan alang.


2 jun (khamis) petang: drive balik ke seremban. jalan jem nak keluar kota bharu.

3 jun (jumaat) 3 pagi : selamat sampai di seremban

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Video kekecohan <b>di</b> Pilihanraya Kecil <b>Galas</b> – Ketua Polis <b>Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2010 06:49 AM PDT

sumber- www.youtube.com/user/BHonline1

Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas hari ini dicemari dengan pergaduhan, dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan khemah Barisan Nasional (BN) untuk meraih undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi, di sini.

Dalam kejadian pada 8.15 pagi, sekumpulan penyokong PAS telah memasuki kawasan di sebelah BN, menyebabkan penyokong BN meminta mereka supaya keluar dari kawasan itu.
Seorang saksi, Mahmud Ismail, 56, berkata keengganan penyokong PAS untuk berpindah ke kawasan khemah parti mereka mencetuskan insiden maki-hamun antara kedua-dua pihak sehingga menyebabkan penyokong PAS mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyokong BN.
"Reaksi daripada kata-kata kesat itu mendorong penyokong BN hilang sabar dan berlakunya pergaduhan antara kedua-dua pihak namun tiada kecederaan serius berlaku berikutan kepantasan polis bertindak," katanya.

Dalam tempoh beberapa minit, polis tiba bersama empat trak kecil dan beberapa anggota Pasukan Penggempur Ringan untuk meleraikan pergaduhan itu.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Kontijen Sarawak Datuk Ahmad Soffian Md Yassin yang juga Timbalan Pengarah Operasi Markas Taktikal Polis (Martek) DUN Galas, berkata pihaknya telah mengarahkan kedua-dua penyokong parti supaya bersurai dan berada di khemah parti masing-masing.

"Kita juga telah menggantung garisan kuning polis untuk membuat sempadan bagi membahagikan kawasan kedua-dua penyokong parti itu dan tiada sebarang tangkapan dibuat," katanya. – BERNAMA

petikan-berita harian

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


PAPISMA <b>Kelantan</b>: PAPISMA <b>Kelantan</b> Pindah Pejabat Baru

Posted: 20 Jun 2011 07:20 AM PDT

Pergi mendaki di Gunung Daik,

Hendak menjerat kancil dan rusa,

Bergotong-royong amalan yang baik,

Elok di amalkan setiap masa.

Berakit-rakit ke hulu, 

Berenang-renang ke tepian,

Bersakit-sakit dahulu,

Bersenang-senang kemudian.



Alhamdulillah, pada hari jumaat yang lepas, PAPISMA Kelantan berjaya mengadakan gotong-royong memindahkan barangan-barangan milik PAPISMA Kelantan ke pejabat baru yang juga terletak di bandar Kubang Kerian, Kelantan.
Alamat Pejabat Baru PAPISMA Kelantan,

PAPISMA Cawangan Kelantan,
PT471, Jalan Sri Demit,
Kubang Kerian,
16150, Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.

No. Tel: 019-9009321

Ribuan terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi hadir membantu memindahkan barang-barang PAPISMA Kelantan. Tidak keberatan ana menyebut nama-nama sahabat yang hadir. 1. Akhi Hashairi, 2. Akhi Qumat, 3. Akhi Hasme Zam, 4. Akhi Najib, 5. Akhi Syakiran, 6. Akhi Hisham 7. Akhi Faiz, 8. Akhi Syahril, 9. Akhi Nik Azrizie, 10. Akhi Arif Fahmi, 11. Akhi Hanif. Kiranya ada nama yang tertinggal, ana minta maaf.


Semoga Allah membalas budi dan jasa kalian. Wahai Allah, eratkan ukhwah antara kami. Bertemu dan Berpisah kami hanya keranaMu wahai Allah.... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Taman Tema Arab City Akan Dibuka <b>Di Melaka</b> | ! Oh New Beb !

Posted: 11 Jul 2011 05:30 PM PDT

, » Taman Tema Arab City Akan Dibuka Di Melaka
Best Blogger Tips Best Blogger Tips

>Orang Sedang Membaca! OMG !

Konspirasi Lakonan Mangsa Meninggal Dunia Bersih Di Bongkar!

Arab City yang dikatakan pertama seumpamanya di dunia, merupakan satu usaha beraniyang akan melihat saluran tanah di pulau indahPulau Melaka berubah menjadi destinasipelancong-bertemakan Arab bertaraf dunia yang menawarkan kombinasi sempurna iklimyang harmoni, budaya, makanan,glamor, mewah, hiburan dan mesra rakyat.

Arab City adalah inisiatif  pertama seumpamanya, dan Malaysia telah dipilih sebagai negara dari mana visi untuk Arab City akan menjadi kenyataan. Konsep Bandar Raya Arab adalahuntuk berkhidmat sebagai jambatan antara dunia Arab dan negara tuan rumah, dan di peringkat yang lebih besar sebagai pautan untuk menubuhkan dan menggalakkan peluangpelancongan, hubungan perdagangan dan pertukaran kebudayaan pada skala global.

Fakta ringkas:

  • Ia di bangunkan di Pulau Melaka dan disebahagian tanah tebus guna di persisiran pantai Melaka. 
  • Projek ini dibangunkan hasil usaha sama antara syarikat pemaju, Golden Corporate Heritage Sdn Bhd (GCH) dan kerajaan Melaka. GCH yang berpangkalan di Kuala Lumpur merupakan usaha sama antara rakan kongsi Dubai, Arab Saudi dan Malaysia. Syarikat itu mempunyai pejabat cawangan di Dubai dan Arab Saudi dengan kepentingan dalam hartanah, perdagangan serta minyak dan gas.
  • Projek bernilai RM250 juta ini akan mempunyai tiga lokasi utama iaitu PulauMelaka, Klebang dan Sungai Melaka (Kampung Jawa).  
  • Ia diterapkan dengan unsur-unsur kebudayaan masyarakat Arab dengan menyediakan muzium Mesir Kuno, taman tema, teater, spa untuk golongan lelaki dan wanita serta 20 restoran makanan asli Arab, persisiran berpasir oasis, bazar dan gerai kraftangan.
  • Fasa pertama projek itu di Pulau Melaka dijangka siap Disember 2011 manakala keseluruhan projek dijangka siap pada 2013.

Gambar sekitar tapak pembinaan:

Buat Duit Percuma!
Pengalaman mencari harta karun yang menarik dari rumah anda sendiri! Klik!
Anda Wanita? Tengok sini! Klik!
Dapatkan Kereta Vios Terbaru Dengan Bayaran Muka Rendah! Klik!
Beli Seluar Jeans Untuk Raya! Murah! Klik!
Pakej Broadband Paling Laju Dan Termurah! Klik!

Noted : Segala artikel di dalam ini datangnya dari pelbagai sumber. Admin akan letak sumber di setiap akhir artikel. Jika artikel itu tiada sumber, itu bermakna artikel berkenaan merupakan hasil dan research daripada admin sendiri. Anda dibenarkan untuk mengambil/menyalin artikel di dalam blog ini dengan syarat jangan lupa creditnya. Happy Reading :)

About author

Anda ingin mencari peluang untuk manambah pendapatan kedua tanpa mengganggu kerja anda sekarang? Kalau anda inginkan perubahan, sahut cabaran kami! Kami akan tunjukkan kepada anda cara nak BUAT DUIT HARI-HARI!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads