03 di tumpat - Google Blog Search |
Lelaki Dikehendaki Polis Cedera Ditembak <b>Di Tumpat</b> | Detik <b>...</b> Posted: 27 Jul 2012 08:05 AM PDT TUMPAT – Seorang lelaki yang dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam 11 kes jenayah cedera ditembak selepas bergelut dengan polis di sebuah stesen minyak di Pasir Pekan dekat sini, semalam. Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata kejadian berlaku ketika suspek berumur 29 tahun membonceng sebuah motosikal ditunggang rakannya dalam keadaan mencurigakan, terserempak dengan dua anggota polis dari Balai Polis Wakaf Bahru yang sedang membuat rondaan jenayah di kawasan itu pada 1.30 petang. "Selepas diarah turun daripada motosikal untuk pemeriksaan, suspek dan rakannya cuba melarikan diri sebelum melanggar sebuah kereta kerana melawan arus menyebabkan mereka terjatuh. "Seorang anggota polis mengarahkan mereka menyerah diri namun suspek mengeluarkan sebilah kapak dan cuba menyerang konstabel itu dan cuba merampas pistol anggota polis itu sebelum suspek ditembak," katanya. Beliau berkata suspek yang cedera di lengan kanan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan keadaannya dilaporkan stabil. Beliau berkata rakan suspek, seorang rakyat tempatan berusia 20-an kemudian berjaya ditangkap orang ramai berdekatan tempat kejadian. Katanya polis turut merampas sebilah kapak dan kelewang serta peralatan pecah rumah dipercayai digunakan oleh suspek. "Suspek terbabit memang dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes jenayah melibatkan pecah rumah di daerah itu," katanya. |
You are subscribed to email updates from di tumpat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |