Selasa, 29 Januari 2013

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


30,000 Orang Dijangka Sertai Himpunan Rakyat 1Malaysia <b>Di Pasir</b> <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2013 04:36 AM PST

imagePASIR PUTEH. – Kira-kira 30,000 rakyat dijangka menyertai Program Himpunan Rakyat 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai di sini Khamis ini.

Pengerusi Pembangunan Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, mereka terdiri daripada rakyat pelbagai peringkat termasuk guru, petani, nelayan, pekebun dan peniaga kecil.

Zawawi, yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, memberitahu pemberita di sini hari ini kehadiran Muhyiddin akan memberi suntikan dalam usaha Barisan Nasional (BN) untuk merampas empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

Beliau berkata, ia juga memberi harapan besar untuk menawan kerusi Parlimen Pasir Puteh yang turut dimenangi PAS pada PRU Ke-12.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Cherang Rotan Tengku Hussin Tengku Abdul Rahman berharap kehadiran pemimpin nombor dua negara itu akan dapat memberi suntikan semangat kepada golongan petani yang masih hidup dalam kemiskinan.

Katanya, sebilangan besar penduduk di Pasir Puteh terdiri daripada golongan petani yang sentiasa berharap mendapat pembelaan daripada sebuah kerajaan yang mampu mengubah taraf hidup mereka, setelah terbukti kerajaan PAS gagal berbuat demikian.

Muhyiddin dijadual memulakan lawatan sehari ke negeri ini dengan mengadakan perjumpaan tertutup bersama pemimpin BN Kelantan di Kota Baharu.

Beliau kemudian akan mengadakan perjumpaan khas bersama pemimpin masyarakat dan badan bukan kerajaan sebelum menghadiri perjumpaan khas bersama penjawat awam persekutuan dan negeri di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. – BERNAMA

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Lembaran Sebuah Kehidupan: 2012 - 2013

Posted: 09 Jan 2013 01:54 AM PST


cerita singapore masih belum sempat dihabiskan. kita kira hutang la k.

cerita resolusi 2013 dan pencapaian 2012 masih berdraft dalam minda.
azam nak pergi kerja tak nak lambat dah, tak mampu ditunaikan wlaupun baru 6 hari bekerja dalam tahun 2013. tak baguz, tak baguz..

too much things happen menjelang akhir tahun 2012.

plan hujung tahun - kakak nak bersalin, dia balik ke Kedah, then saya nak siapkan tempahan kawan-kawan. tapi kita hanya merancang, Tuhan Maha Kaya. Dia yang menentukan. nasib baik dapat kawan-kawan yang sangat memahami.

24 Disember 2012
my sis admitted kat hospital. bersedia untuk bersalin anak kedua.

25 Disember 2012
Alhamdulillah. my sis give a birth to a very cute baby girl.
petang itu, my mom and my brother  yg kebetulan berada di Kedah, turun KL untuk menyambut kehadiran baby baru. ayah dan adik berada di Kedah kerana adik saya menjalani pemeriksaan kerana sakit kepala di hospital sungai petani.

26 Disember 2012.
Omma standby untuk pulang bersama kakak supaya kakak dapat berpantang di Kedah.
Kakak masih tak dibenarkan keluar dari Hospital Pusrawi.

27 Disember 2012
Ditakdirkan adik saya has to go under a surgery. bilamana omma berada di KL untuk menyambut cucu barunya. Tiba-tiba dikhabarkan adik akan ditransfer ke Hospital Alor Setar untuk menjalani pembedahan membuang cecair di dalam kepala. Maka bergenanglah air mata seorang ibu. Baru tiba di KL, sudah bergegas mahu ke Alor Setar pula.

Maka hanya tinggal appa n omma di kedah sana.

28 Disember 2012
Thorn apart antara kakak yang bersalin kat sini dengan adik yang sakit dengan ibu bapa yang dah tak berapa nak kuat itu di sana, me n my bro decide untuk tolong pergi tengok keadaan di sebelah sana dahulu.

29 Disember 2012
Maka sabtu malam selepas saya pulang dari kerja (ganti cuti), kami pulang secara bergu. all the way sampai Bertam, abang saya yang drive. Saya tido. ngantuk sangatlah. Then tukar driver kat Tapah ke manatah. i drove all the way to Alor Setar. sampai 3.30 pagi terus roger daddy yang tidur kat Balai Pelawat Hospital Alor Setar.

oh My Mak! Balai Pelawat Hospital Alor Setar ni, orang merokok kat dalam tu! Padahal dah tampal No Smoking! No Brain betullah! Tapi daddy rileks saje baring dalam tu, maybe dah penat sangat kot. My bro dah tak boleh blah dah coz dia memang tengah batuk-batuk. Kami tido dalam kereta. Kamon la Kementerian KEsihatan please saman orang-orang kat dalam tu.

The day yang kami sampai, daddy dan omma sudah kepenatan kerana telah berhari-hari di hospital. Alhamdulillah, i think i did make the right decision untuk tag along my bro yang nak balik tengok keadaan omma dan daddy.

7.00 am, menanti omma turun dari menemani adik di wad. she was trying to be tough. but she cried when she said adik nak makan, dia nak keluar hospital.tapi lepas makan dia muntah balik. i hug her and i was trying my best not to let my tears drop too.

My sis sms me - dont tell mom. But baby suspected ada problem. dia muntah aje lepas susu.

We spent the day at Hospital Alor Setar.
4.30pm - adik saya dibenarkan keluar. off we go to Sungai Petani.

31 Disember 2012.
Me and my bro masih berada di Kedah. membantu mana yang terdaya sebab adik pun baru lepas surgery. mak ayah pun masih kepenatan. lewat petang itu, kami terima panggilan dari KL. baby akan dibedah keesokan harinya kerana muntah.susu yang diminum tidak masuk ke dalam badan. disyaki ada masalah
saluran makanan. Baby dipindah ke hospital Pantai Bangsar kerana doktor di Pusrawi tak availabe ketika itu.

1 January 2013.
Keadaan di Kedah kelihatan sudah stabil. Kakak sudah pulang ke rumah di KL.
Keesokannya me and my bro akan bekerja. What a new year! maka pagi itu selepas breakfast, kami bertolak untuk melihat keadaan di KL pula.
lewat petang - Alhamdulillah. baby selamat dibedah.
malam itu, saya sempat membawa Amin berjalan-jalan di k4, beli selipar baru, makan KFC.

2 January 2013. (3.30 am)
saya sedang tidur di dalam bilik. terbangun kerana terdengar tangisan Amin di luar. Saya biarkan sahaja dahulu kerana abang ipar dan kakak ada di luar. Kedengaran bunyi muntah. Amin memang selalu muntah. Biasanya lepas dia muntah, dia akan lega. Namun dia masih menangis, menjerit kesakitan. Saya buka pintu bilik menjenguk keadaan. Abang ipar sedang mendukung Amin yang sedang menjerit sambil mengurut-urut belakang Amin. 'Ya Allah, dugaan apa lagi ni ya Allah',said him. Abang ipar sudah tak keruan. Kakak yang dalam pantang tak dapat nak banyak bergerak. Saya lihat lantai, tiada sebarang kesan muntah.

Abang ipar decide nak bawa Amin ke klinik. Kakak minta saya ikut abang ipar sekali. Sampai depan klinik, Amin sudah berhenti menangis, dalam ribaan saya, mata sudah terpejam. Saya tanya, Amin sakit perut lagi? dia angguk. Amin nak jumpa doktor? dia anggguk. Mengantuk tapi masih sakit.

Abang ipar ambil Amin dah letak atas ribaan dia sambil berkira-kira untuk masuk klinik atau tidak. Actually Amin memang dari baby lagi kerap muntah sebegitu. Muntahnya bersembur macam pili bomba. Dah banyak hospital dan klinik pakar kanak-kanak mereka tanyakan, minta periksa keadaan Amin. semuanya kata Amin ok sahaja. cuma kena kawal makanan dia.

"Kalau aku check dengan klinik ni, mesti dia cakap takde apa-apa jugak ni. Kita pergi hospital la." Dia serahkan Amin atas ribaan saya. and off we go to HKL.

Kami masuk bahagian Kecemasan dan Trauma. Doktor terus check dia. Keadaan perut Amin masih keras. I was away, uruskan parking kereta yang park tempat ambulans. Abang ipar was with Amin all the time. Dia muntah masa tengah check. Amin terus warded. Alhamdulillah, doktor HKL dapat kenalpasti masalah Amin.

laluan saluran makanan Amin kecil. sebab itu dia selalu muntah. Kali ini, saluran tu dah bengkak, jadi dah tersumbat.

5.45am, abang ipar suruh saya pulang dulu dengan kereta dia. 6.30am saya kembali ke hospital dengan my bro yang naik motor untuk pulangkan kereta abang ipar. Abang ipar maklumkan, Amin mungkin dibedah juga, but please dont inform your sister first.

baby berseorangan di Hospital Pantai. Abang ipar menemankan Amin seharian di hospital. My sis masih belum tahu keadaan Amin yang bakal dibedah esoknya. She thought the doctor only nak check dan analisa Amin. Amin kena puasa 1 hari. Poor boy.

petang pulang dari kerja, saya diminta jagakan Amin sebentar. Abang ipar berkejar ke rumah melihat keadaan kakak.my sis kata dia mengigil sejuk. Dia masih di rumah, tak tahu keadaan. Kami biarkan dia dapat rehat dulu.

Amin bercucuk wayar sana sini. Rabak hati ni tengok dia. "Amin tak atit. Amin tak atit". kata dia. "Amin nak alik umah Amin."  i just need to find ways to distract his attention.

Malamnya my sis call. Dia baru tahu Amin akan operate esok. She insist to come. Dia pergi Hospital Pantai dahulu menjenguk baby. Dalam pukul 12 tgh malam, dia sampai untuk temankan Amin. Mata saya dah rabak sangat dah, tak larat nak drive balik rumah. Maka me n my sis tido sekatil tepi katil budak sakit. Ayahnya tidur dalam kereta.

Saya tanya my sis, nangis tak masa tau Amin kena bedah? Dia kata, of course la dia nangis. Tapi dia kata, abang ipar pujuk dia, katanya, selama ni Amin asyik muntah je. Elok juga bagi dia. Selama ni tak tau punca. Kita patut bersyukur sekarang dah dapat tau punca dia. Untuk kebaikan dia jugak.

T___T

Malam itu Amin tantrum. Dia mahu balik rumah. Dengan wayar yang bercucuk sana sini dia cuba bangun. "Amin tak atit. Amin nak alik umah Amin." Me and my sis was in tears.

3 January 2013
Alhamdulillah. Amin selamat dibedah. dia perlu puasa lagi 4 hari tanpa air. tanpa makanan.

4 January 2013 - 8 January 2013
bermulalah episod berulang-alik ke hospital by my bro in law and my sis. hanya ibu bapa sahaja yang boleh melawat baby di Hospital Pantai. Maka kami ini hanya boleh pergi melawat Amin di HKL.

petang itu, mom and dad buat surprise. mereka turun ke KL tanpa pengetahuan kami. mesti diorang tau, kalau tanya, mesti kitorang tak bagi turun. They need their rest after few days taking care of adik kat hospital. Adik? dia pun kena heret sekali. Kasihan lepas operation kena travel jauh.

5 January 2013
saya kerja. T__T

6 January 2013
Amin dibenarkan minum. Sebab dia tak boleh minum banyak lagi, we have to alter the air kotak ribena tu, tinggal separuh je untuk dia minum. dia korek-korek and tuang kotak tu sehingga ke titisan terakhir.
everytime dia nampak makanan, dia cakap "Amin nak acik ntit je" (Amin nak nasik sikit je). berulang-ulang kali.

Petang tu Amin berak. dia berak while hugging my sis and i was sitting next to my sis. We were so happy that dia berak!!!
Its a huge success. Usus dia dah berfungsi seperti biasa.

7 January 2013
Amin dah boleh start makan. He had his first roti.
Baby pun dah boleh start minum susu ibu sikit.

mom, dad and adik pulang ke SP.

8 January 2013.
Amin discharge from HKL.
Malam itu baby pula discharge from Hospital Pantai.
Kakak kata, Amin and adik macam kembar pula...

Alhamdulillah... semoga mereka semua cepat recover.

Amin had duodenal stenosis. and adik had duodenal atresia. both kena operate di perut.

We make this not really joke but to just cheer things up.
Maknya bersalin normal, anak-anak yang kena operate perut.

I am so geram the baby is so cute! Amin is all tantrum tak sure coz dia sakit or coz of kehadiran adik baru yang mencuri perhatian mamanya. Now, they are all at my house.

kes Amin and baby is considered a minor case. Kalau lihat kanak-kanak lain, serius meruntun jiwa! semoga ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana bertabah dan disembuhkan anak-anak anda dari segala jenis penyakit.

Semoga yang sakit cepat sembuh. Semoga yang sihat terus sihat.
Ya Allah, kau jauhkanlah penyakit-penyakit dari kanak-kanak lain. Sembuhkan mereka juga ya Allah.
Amin...

10 January 2013
adik saya pula akan check follow up kat Hospital Alor Setar.

Semoga nothing serious with him. Semoga dia sihat dan baik-baik aja. semoga sembuh. semoga dilindungi kami sekeluarga.
Amin....

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


kami,vespa dan wardah.: selamat tiba <b>di</b> nilai..

Posted: 29 Jan 2013 04:56 PM PST

Salam..syukur Alhamdulillah..kami selamat tiba di nilai pada isnin petang yang lalu..pada 15hb,ummi dan wardah dijemput oleh nanny dan pakcik2 kat airport peng.chepa..lepas tu kami terus singgah umah nenda ummi kat sana..
hampir 2minggu kami di kampung..suka3..cakap je ape nak makan? semuaa ada.. tapi seingat ummi..makanan yang paling banyak ummi beli dan makan..laksa penang dan laksam kelantan..kalau ikutkan hari2 nak ke pasar siti khadijah..kat sana,macam2 kueh mueh ada..laksa pulak boleh beli ikut kilogram...biasanya sekilo rm9 berserta kuah dan segala ulam2 yg ada.hihi bila balik umah mertua pun macam tu jgak..ajak abi ke pasar jelawat..beli kueh2 dan laksa lagikkkk..kami berdua memang suka jalan2 cari makan nih.. :) beli apa yang susah nak dapat kat sini je..mcm kueh mueh tu..mmg susah la nak dapat yg versi kelantan. "koleh kacey", "koleh ubi", "cek mek", ada satu nama tu...ummi dah lupa..nanny ada beli suruh ummi try..katanya best ni..kat kg pun jarang ada..alaa..tapi ummi lupa nama kueh tu..huhu
so,asbab kerja ummi makan3 dan rehat..maka,bertambah la berat badan ni..before ni 45kg..kalau naik pun xsampai 50kg..laaanii..rm53kg..yayyy! misi berjaya! haha orang lain takut berat naik..tp ummi makin suka..yelaaa..sekian lama men'nguruskan' diri..makan byk tp susah nak naik..mungkin ulang2 alik naik tangga hari2 ke kampus kottt.hihi
26hb lepas, ada majlis menghantar menantu ( ore kelate panggil) hihi semestinya empunya diri aunty jannah dan uncle salehin..pakcik dan makcik mawar..ok ucapan kami.semoga kekal bahagia hingga ke syurga..hari tu..ummi yang jadi mak andam..tapi xtau la ok ke dak..sebab ummi kalau makeup muka sendiri boleh la..bila makeup muka orang,mcm xreti gitu..hehe papepun cik nah tetap sweet..dan lawa.. :)
isnin 28hb..kami bertolak dari kelantan pada pukul4 pagi..singgah di rumah tok sedara abi kat gua musang..umi suka..sebab rumah dia ya Ampun..punya la luass..dan elegant..rumah seluas 6000kaki persegi..ada 5bilik..dapur kecik,dapur basah..ruang tamu yang sangat2 besar..bilik tonton tv pun best..wahhh..maklum la kerja best..gaji lumayan. :)
maka kami mula berkhayal..nak buat rumah sebesar itu juga..haha..walaupun keluasan tanah kami xsampai 6000 kaki..mimpi yang mungkin xsampai ke bulan.. :P
ok..continue balik..lepas berhenti makan dan mandikan mawar kat sana,kami meneruskan perjalanan..xsampai setengah jam..tayar avatar pecah..dan kami berkampung di sungai yu selama 1jam lebih..syukur ramai yang bantu kami tukarkan tayar..especially warga kelantan yang sudi berhenti dan tolong abi..hikmahnya..kami xperlu call pomen sekitar sana utk meminta bantuan..kerana menurut kata salah seorang yang membantu kami..mungkin kami akan dikenakan caj yang agak melampau memandangkan tayar kami pecah ditengah2 hutan..dan kedai waktu itu pun tutup..Alhamdulillah...mereka xamek satu sen pun..walaupun abi bertekad untuk memberi sebagai upah kerana sanggup membantu dalam keadaan cuaca yang agak panas..jadi begitulah perjalanan kami untuk pulang ke sini..
kami tiba jam 4.30 ptg..12jam perjalanan..dah macam nak balik johor pulak..hehe..pape pun kami happy..

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Terkini! Fatwa Terbaru Umno Dijumpai <b>Di Kota Bharu</b> - Kerabu <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2013 10:27 PM PST


Nik Abdul Aziz Nik Mat

[admin] Fatwa yang selalu geng "syaitan yang dikenali" sebut-sebutkan dan bisik-bisikkan di telinga orang-orang awam.

Foto di ambil di Kedai Baru, Kota Bharu

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


UMNO Online - Siapa Calon BN <b>Di Manek Urai</b>?

Posted: 26 Jun 2012 12:00 AM PDT

Kategori Berita Pilihan

Siapa Calon BN Di Manek Urai?

KUALA KRAI, 26 Jun – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memaklumkan bahawa Barisan Nasional akan meletakkan calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sememangnya ditunggu-tunggu.

Apa yang pasti debaran semakin terasa apabila ramai pihak termasuklah golongan pembangkang sendiri menimbulkan persoalan berkaitan siapakah calon yang akan diletakkan oleh UMNO selaku ahli komponan dalam BN?

Dalam hal ini, tentunya calon yang akan menjadi wakil kepada BN adalah anak tempatan dan mempunyai nilai kepimpinan dengan latar belakang pendidikan sebagai jaminan untuk menjadi teraju dan suara rakyat dalam mengharungi masa hadapan.

Kerusi DUN Manek Urai kosong berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob kerana sakit jantung.

Berita Bertarikh Pada 26 June 2009 2:52 PM

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Bicara <b>Kelantan</b>: PENCINTA KEDAI KOPI WAJIB BACA! 7 JANJI <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2013 08:57 PM PST


Dan sekarang seperti skrip yg biasa2 kita dengar di kedai2 kopi. Orang Hijau masih rancak duk perlekeh dan persendakan 7 janji YAB PM yg akan dilaksanakan di Kelantan.

Dan ayahanda tercinta Dato Husam Jamnapuri sekali lg buat kenyataan bodoh..

"Jika royalty Petroleum Kelantan diberikan sebagaimana tuntutan sebanyak RM12 billion, Kerajaan Negeri boleh laksanakan sendiri apa yg dijanjikan"
yg bab royalti minyak tu satu hal, belum masa utk di ulas. bila Kickdefella cabar Presiden ROYALTI berdebat, si Husam ni xkasi debat pasal dia tahu akan kalah. kihkihkih.. maknga punyer org!
ok, berbalik kepade 7 JANJI NAJIB, tlng baca dan ingt dlm kepala.
1. Highway KB - K.Krai (Husam bilang dapat royalti die sendiri blh buat)
 Laporan Audit Negara 2011 menjelaskan peruntukan yg diberi oleh pusat kpd kerajaan negeri utk kerja-kerja jalan pun tak dapat dilaksanakan dgn baik.
Pengauditan yang dijalankan pada bulan September hingga Disember 2011 mendapati secara keseluruhannya, pelaksanaan kerja penyenggaraan jalan negeri adalah tidak memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan seperti yang dijelaskan dalam perenggan-perenggan berikut. Secara ringkasnya, kelemahan yang ditemui adalah seperti di bawah:
· Rancangan membaru muka jalan tidak dilaksanakan.
· Kualiti kerja penurapan kurang memuaskan.
· Kerosakan permukaan dan bahu jalan tidak disenggarakan dengan baik.
· Penyenggaraan perabot jalan tidak dilaksanakan.
· Jambatan dan pembetung tidak disenggarakan serta longkang tersumbat.
· Perbelanjaan tidak mengikut Arahan Amanah.
Dalam tempoh 2009 hingga 2011 Kerajaan Negeri hanya memperuntukkan sejumlah RM111.32 juta atau 42.9% daripada sejumlah RM259.73 juta pemberian Kerajaan Persekutuan untuk penyenggaraan Jalan Negeri kepada JKR, PTJ dan PBT.
- Rujuk Laporan Audit 2011
Macamana?? Peruntukan yg kerajaan pusat beri utk jln negeri pun xdapat buat dgn baik, ni nak buat highway? puii..
2. Stadium Baru bagi menggantikan SSMIV (Husam bilang dapat royalti die sendiri blh buat)
Laporan audit menyebut dalam dalam projek pembangunan Lembah Sireh usahasama antara kerajaan Negeri dgn syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd, syarikat tersebut mesti membina beberapa buah projek fizikal termasuk sebuah Stadium Tertutup Wanita yg sepatutnya siap pd 2007 bernilai RM25 juta sbg timbal balas kpd pajakan tanah seluas tidak melebihi 1000 ekar tetapi masih gagal dilaksanakan. Ini menunjukkan ketidakcekapan kerajaan negeri dlm mengurus tadbir projek.
- Rujuk Laporan Audit 2011
macamana?! nak buat stadium baru konon.. Stadium yg korang pakat dgn Liziz Standaco pun xbuat2 lg. Spatut da siap 2007. sekarang da berapa tahun??! puii..
3. 3000 Perumahan Rakyat (Husam bilang dapat royalti die sendiri blh buat)
Laporan Ketua Audit Negara 2011 menegur kelemahan kerajaan Pas Kelantan dalam projek membina Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) biarpun diberi peruntukkan sebanyak RM19 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Melalui peruntukan itu kerajaan negeri merancang membina tujuh projek RAKR melibatkan 838 unit rumah. Daripada peruntukkan tersebut sebanyak RM8.33 juta telah dibelanjakan sehingga akhir tahun lalu tetapi projek RAKR masih tidak berjalan sepenuhnya.  
Dalam tempoh RMK-9 tiada langsung projek RAKR dibina sebagaimana yang dirancang malah pembinaan projek sambungan RMK-8 secara usaha sama melibatkan dua blok pangsapuri yang mempunyai 160 RAKR di Wakaf Mek Zainab tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Sebanyak 56 daripada 100 unit rumah yang dibina di RAKR Gaal, Pasir Puteh belum dapat dijual walaupun projek tersebut siap tahun 2007. Sehingga akhir tahun 2010, tunggakan ansuran sewa beli dan sewa rumah berjumlah RM9.40 juta. Seramai 56 pembeli belum menjelaskan bayaran pembelian rumah secara terus berjumlah RM2.45 juta walaupun rumah tersebut diduduki/diserah kunci melebihi setahun.
Audit turut memberi pandangan bahawa kelemahan perancangan menyebabkan pelaksanaan projek RAKR di Kelantan tidak dapat dilaksanakan.
Kegagalan Kerajaan Negeri membina rumah sebagaimana yang dirancang menyebabkan rakyat memerlukan rumah kos rendah tidak dapat memilikinya terutama bagi 1,913 pemohon yang berdaftar sehingga akhir tahun 2010.
Laporan itu turut menyatakan sepanjang tempoh perlaksanaan RAKR Kelantan (1976-2010) sebanyak 4,768 unit rumah dibina oleh kerajaan Negeri.
Daripada jumlah itu sebanyak 3,746 unit dibina untuk jualan secara sewa beli, 778 unit untuk jualan terus manakala 244 unit lagi untuk disewa.

 - Rujuk Laporan Audit 2010

Macamana?? Pusat dah salur duit utk buat pun masih xbuat jgk. pastu nak tunggu royati nak baru nak buat?? puii...
4. Masalah Air selesai (Husam bilang dapat royalti die sendiri blh buat)
 Hakikatnya Kerajaan pusat telah menyalurkan kepada Kerajaan negeri hampir RM 600 juta sejak 2000 untuk selesaikan masalah air. Butiran nya seperti berikut :
-  Peruntukkan tersebut diberikan dalam dua bentuk, geran dan pinjaman mudah sebanyak RM597 juta tanpa sebarang faedah
-  Geran disalurkan melalui jabatan dan agensi Kerajaan Pusat yang kemudiannya akan bekerjasama dengan syarikat Air Kelantan Sdn Bhd untuk pelaksanaannya. Sebagai contoh pembinaan loji baru, pemasangan paip dan sebagainya. Setelah siap projek ini, ia akan diserahkan kepada AKSB secara percuma dan AKSB yang dapat hasilnya
-  Berikut adalah pecahan geran yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan isu air di negeri ini :       
-          1. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
-          i) Bekalan air - RM265 juta.
-          ii) Menaik taraf loji - RM81.5 juta   
-          2. Jabatan Kesihatan
-          Program Bekalan Air Dan Kebersihan Alam Sekeliling  (Bakas) - RM53.4 juta.
-          3. Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) - RM36.2 juta.
-          4. Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)
-          Pembinaan dua loji di Gua Musang dan Pasir Puteh - RM22 juta
-          5. Peruntukkan Khas Timbalan Perdana Menteri - RM2.5 juta.

Macamana?? lg skali pusat bantu, tp korang buat apa?! sembang kemaih, cakap xjatuh.. puii...
5. Masjid terbesar sbg mercu tanda Kelantan (Husam bilang dapat royalti die sendiri blh buat)
- 22 tahun perintah PAS hanya mampu buat Masjid Beijing kat Rantau Panjang dgn kos RM 7.5 juta. Ok, kalau diorang kata apa perlu masjid banyak2 tapi xder makmun habis kenapa dibina juga Masjid Beijing? ini bermakna mereka bukan xnak bina masjid, tp xmampu. kenapa xmampu sedangkan dah lebih 20 tahun perintah Kelantan? krn mereka xpandai jana pendapatan negeri. sapa xpandai? Nik Aziz, Husam dan juak2 nya.. apa yg mereka pandai? pandai beri ceramah semata2.. puii..
6. BAS RAPID KOTA BHARU (Husam bilang dapat royalti die sendiri blh buat)
masalah penarik beca di Kota Bharu yg 'sejemput' tu pun UMNO negeri yg tolong setel..
xnapok jale nk arap ko Husam... puii
7. Kampus UiTM bandar (Husam bilang dapat royalti die sendiri blh buat)
-Husam nak bina Universiti sendiri di Kelantan?? cer fikir logik die..
- masalah SAR pun pusat yg bantu..
- tadika PASTI pun mintak yuran. puii..
MORAL OF THE STORY.. HUSAM NI BABUK... PENCACAI DIA DI KEDAI KOPI 2X BABUK..

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


ADUKATARUNA: R <b>di</b> istana <b>Kelantan</b> sebelum install <b>di Jeli</b>.

Posted: 10 Aug 2012 04:12 PM PDT

Dalam tajuk khusus hasil bumi, kami bukan parti politik. Kami tak lawan UMNO dalam menuntut hasil bumi sendiri. Tapi lawan pengkhianat anak negeri. Dalam UMNO ada pejuang hasil bumi seperti Ku Li. Tapi ramai pengkhianat. Kaptennya ialah Stopa. Ini adalah video beliau mengaku menyekat hak Kelantan.


2 geografi penting untuk motif dapatkan hail bumi sendiri. Bachok (Awang Adek) dan Jeli (Stopa). Bachok dah merebak. Tinggal Jeli. Sebelum Jeli diinstall R, kami terlebih dahulu ke istana. Kerana maklumat mengatakan Stopa akan menggunakan kekuatan muka tak malunya dengan duduk sebelah Sultan Kelantan ketika isu pengkhianatannya tinggi.

R memberi isyarat kepada Stopa di istana. Tapi antara ciri pemimpin politik yang perlu ada ialah muka tak malu. Siyes!
R sangat laris di kalangan generasi muda. Tak pernah mana-mana NGO yang produknya laris dan diulang cetak. Trendy dan chicky?

Semalam, walau tidak praktikal dari segi waktu (bulan puasa, berbuka, terawih, etc), namun, R tetap berjaya ke Jeli. Alhamdulillah R dah berjaya diinstall di Jeli. Semoga ianya merebak seperti Bachok.
SB Tumpat dengan muka tak malunya hadir dan makan hidangan.

 Presiden R memberikan penjelasan semasa mengenai perjalanan dan kepentingan isu R.
R di Singapore! Di tanah milik nenek moyang yang diserahkan UMNO kepada Lee Kuan Yew.

 Jeming paling glamer di kalangan wanita Jeli. Jodohmu kat sini, Ming. Awatif KIAS tu bagi ke gua jer la.

 Rohinga yang juga cuba mencari jodoh di Jeli.
Simbolik install success. Penyerahan bendera dan mafla R kepada kepala R Jeli. Kepala aktivis Jeli, Cikgu Asri, sebelah jubah tu, adalah lelaki Batu Kikir, Negeri Sembilan. Menetap di Jeli.

 Syam Ghaz sedang menghasut penduduk Jeli.

Penduduk Jeli mendengar penjelasan kepentingan isu demi masa depan anak-anak Kelantan.

Devit Bekem first time makan kerang.

Jeming dilamar oleh ibu2 di Jeli. Anak muda ini sangat menghiburkan. Kalau dia duk rumah makcik hari2, mesti happy. Happy la makcik. Kami dah lama menderita dengan beliau bila duduk satu meja makan.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: PRU13 : PAS <b>Kelantan</b> Perlu Gugurkan 20 <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2013 01:39 AM PST

Demi mengemukakan satu barisan calon yang berkualiti dan mantap ke arah mewujudkan sebuah kerajaan berwibawa selepas pilihan raya umum akan datang (insyaAllah) PAS Kelantan perlu menggugurkan 20 hingga 23 orang wakil rakyatnya dari terus menjadi calon.

Adalah dibimbangi kalau PAS tidak bersedia menggugurkan wakil-wakil rakyat ini ia bakal mempengaruhi pengundi untuk tidak memilih PAS dalam pilihan raya akan datang. Mereka ini perlu digugurkan kerana beberapa sebab dan faktor.

Antaranya, kerana menghadapi masalah kesihatan kronik, mengalami kes-kes peribadi, (mini skandal) kurang berprestasi sebagai wakil rakyat parti memerintah dan sudah lebih dari dua penggal menjadi Adun atau tidak kurang tiga kali bertanding dalam pilihan raya.

Sekiranya PAS ataupun Pesuruhjaya PAS negeri Nik Abdul Aziz Nik Mat merasa berat hati untuk membuat pertukaran kerana pertimbangan-pertimbangan tertentu, setidak-tidaknya 15 wakil rakyat yang ada sekarang perlu digugurkan tanpa berkompromi. Mereka ini diklasifikasikan berhadapan dengan masalah boleh menjejaskan peluang PAS untuk memenangi 2/3 kerusi di DUN Kelantan.

Dalam pilihan raya umum ke-12 lalu PAS mendapat 38 kerusi DUN dan tujuh kerusi Parlimen. Kerusi-kerusi parlimen ialah; Kota Bharu, Kuala Krai, Rantau Panjang, Tumpat, Pasir Puteh, Pengkalan Chepa dan Bahcok. Pasir Mas PAS serahkan kepada Inchek Ibrahim Ali. Tiga lagi kerusi parlimen milik PKR, Ketereh, Machang dan Tanah Merah manakala dua dimenangi UBN, Gua Musang dan Jeli.

Dari 20 orang wakil rakyat tadi ia meliputi dari semua kawasan Parlimen, dengan kedudukannya tiga Pasir Puteh dan Kota Bharu, masing-masing dua Rantau Panjang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Bachok dan satu masing-masing di Ketereh, Jeli, Kuala Krai, Machang dan Pengkalan Chepa.

Sekiranya PAS akan melakukan pengguguran, sekurang-kurang 15 wakil rakyat, ini bermakna PAS akan mendapat 17 ADUN baru dalam pilihan raya akan datang. Dua kerusi lagi yang tidak melibatkan pengguguran wakil rakyat dijangka di Bunut Payung dan Tendong. Tendong wakilnya meninggal. Manakala sekiranya benar PAS akan mengambil alih kerusi Pengkalan Kubur ia menjadikan 18 muka baru.


Kerusi Pengkalan Kubur yang diberikan kepada PKR besar kemungkinan ditarik balik kerana kegagalan parti berlambangkan mata itu berkerjasama sesama sendiri di Pengkalan Kubur.

Dalam kelompok 18 muka baru itu PAS bolehlah mengenal pasti calon-calon yang berktrampilan di dalam berbagai bidang; iktisad, hubungan luar, pelancongan, perdagangan, pertanian, politik, sosial dan sebagainya untuk dipilih menjadi anggota Majlis Mesyuarat Negeri (Exco).

Bagaimana pun sangat afdal bagi PAS sekiranya parti itu mampu untuk menukar 20 hingga 23 orang Adun bagi digantikan dengan muka baru. Pertukaran lebih separuh itu akan memberi gambaran PAS Kelantan benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan dari segi kepimpinan dan juga persiapan bagi memperbaiki kelemahan pentadbiran sebelum ini khasnya di barisan anggota Exco Kelantan. Pertukara itu juga bakal merombak struktur parti di peringkat kawasan kerana selalunya wakil-wakil rakyat menjadi pemimpin utama dalam parti dan kedudukan mereka terlalu lama.

Perubahan besar itu juga menunjukkan komitmen dan iltizam Nik Aziz begitu serius bagi meletakkan kerajaan Kelantan sebagai kerajaan contoh dalam Pakatan Rakyat. Belum pernah berlaku dalam sejarah PAS membuat rombakan calon-calonnya lebih 50% dan apakah kali ini bakal dicatat Nik Aziz?

Sehingga hari ini saya difahamkan nama wakil-wakil rakyat yang dicadang untuk dilakukan pertukaran sudah pun sampai ke pengetahun Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan. Dipercayai tokguru sedang menghalusi dan melihat implikasi dari segala aspek jika pertukaran hendak dilaksanakan. Beliau dikatakan tidak menolak cadangan berkenaan dan sedia menerima input nuntuk tujuan itu.

Dalam pada itu sebahagian besar ahli parlimen PAS juga dijangka akan bertukar wajah. Yang sudah hampir pasti ialah untuk kerusi Pengkalan Chepa (Abdul Halim Abdul Rahman), Kubang Kerian (Sallahuddin Ayub), Bachok (dia tu) dan Kota Bharu (Wan Abdul Rahim Abdullah). Sallahuudidn di pindah ke Johor manakala 'dia tu' tiada dalam senarai calon PAS. Wan Abdul Rahim dan Abdul Halim dikatakan sedia untuk berundur. Lainnya kerusi Pasir Puteh (Muhammad Hussein) juga dikatakan akan bersalin wajah.

Di kerusi Parlimen Pasir Mas PAS sudah tentu akan mendapat muka baru. Kerusi yang digadaikan kepada Ibrahim Ali tanpa ditebus itu akan diambil balik dan PAS mengura-urakan akan menurunkan Timbalan Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abdul Nik Aziz untuk bertanding di situ.

Jika ini berlaku seperti mana dirancangkan, hanya Siti Zailah Yusuf (Rantau Panjang), Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) saja ahli parlimen dijangka tidak berubah tempat.

Menyentuh mengenai kemungkinan PAS tidak dapat menukar kesemua 20 orang wakil rakyat yang patut dibersarakan ialah kerana masalah pengganti. Di kawasan-kawasan tertentu tidak ada orang atau pengganti yang setanding dengan wakil rakyat yang ada kini. Ketiadaan tokoh ini menyebabkan PAS tidak ada pilihan lain selain mengekalkan yang sedia ada.

Beberapa kerusi yang tiada tokoh pengganti antara Air Lanas (Jeli), Kota Lama (Kota Bharu) Demit (Kota Bharu), Chetok (Pasir Mas), Perupok (Bachok), Tanjung Mas (Kota Bharu).

MSO.

ads