Jumaat, 12 Julai 2013

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di kok lanas</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Jun 2013 11:24 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jawatan Kosong Kolej Komuniti <b>Kok Lanas</b> Mac 2013 Terkini 2013

Posted: 02 Mar 2013 04:29 AM PST

Tarikh Tutup : Terbuka – Jawatan Kosong Kolej Komuniti Kok Lanas Mac 2013 Terkini

Kolej Komuniti Cawangan Kok Lanas telah dilancarkan secara rasmi pada 14 Oktober 2005 oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato 'Dr.Hj.Shafie bin Mohd Salleh. Kolej Komuniti Cawangan Kok Lanas adalah sebuah institusi pendidikan dan latihan di bawah pengurusan Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Kolej Komuniti Cawangan Kok Lanas mula beroperasi pada 1 Jun, 2005 di Politeknik Kota Bharu building.On 17 Februari, 2008 majlis perasmian meletakkan batu asas bagi Kolej Komuniti Kok Lanas telah dirasmikan oleh Dato 'Mustapa bin Mohamad. Pada 1 April 2009 Kolej Komuniti Kok Lanas telah berpindah ke premis tetap di Jalan Base Kalong, Ketereh, Kelantan.

Jawatan Kosong di Kolej Komuniti Kok Lanas:

  • Pensyarah Sambilan Harian (Bahasa Inggeris)

CLICK HERE FOR JOB APPLICATION AND HOW TO APPLY

Tags : jawatan kosong pensyarah politeknik 2013jawatan kosong pensyarah politeknikjawatan kosong pensyarah kolej jun 2013kerja kosong pensyarah politekniktutor sambilan kolej 2013kekosongan jawatan pensyarah politeknik 2013jawatan kosong di politeknik kota bharujawatan pensyarah politeknikpensyarah sambilan politeknik 2013jawatan kosong politeknik 2013jawatan kosong tutor politeknik 2013jawatan kosong pensyarah politeknik 2012pensyarah politeknik 2013kerja sambilan kelantan 2013pensyarah politeknik kok lanaspensyarah sambilan di terengganujawatan kosong kolej komuniti terengganu 2013jawatan kosong kolej komuniti terengganujawatan kosong pensyarah kolej politeknik 2013pensyarah part time di johor bharu 2013jawatan kosong politeknikjobterengganujawatan kosong kawasan kok lanas kelantan 2013politeknik johor bahru jawatan kosongkerja kosong politeknik

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jul 2013 11:33 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Jun 2013 11:04 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 18 May 2013 11:05 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2013 11:10 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Rancangan Felda Chiku 2, pagi semalam. – SINAR HARIAN ...

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Perigi Timur: Kelantanku!!! PK HEM Ditembak Mati <b>Di Bachok</b>...

Posted: 08 Jul 2013 03:37 AM PDT


Gambar Guru di tembak Di Bachok , Kelantan MAKLUMAT AWAL SATU KES TEMBAK BERLAKU DI BERHAMPIRAN SEKOLAH KEB. BERIS PANCHOR, BACHOK PADA JAM 2.00 PTG.

SUSPEK TELAH MELEPASKAN 3 DAS TEMBAKAN KE ATAS 1 L MELAYU YANG BERADA DI DALAM M/KAR MERCEDES. MANGSA MATI DITEMPAT KEJADIAN.

Maklumat Mangsa :
Nama : Hashim Mat Zin
Umur : 40an
Kerja: Pen. Kanan HEM Sek. Keb. Beris Panchor, Bachok.


Punca Sebenar Kejadian

Semasa mangsa keluar dari Sek Ren Keb Beris Panchor, mangsa telah ditembak oleh suspek yang tidak dikenali. Kereta mangsa telah terbabas ke kiri jalan dan terhenti dihadapan sebuah rumah alamat Lot 1843, Kg. Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan. Pemeriksaan forensik mendapati 4 das tembakan telah dilepaskan oleh suspek dan 3 mengenai cermin depan, 1 das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu. Manakala pada badan mangsa terdapat 3 das tembakan. 1 anak peluru di percayai .38 telah dijumpai didalam kusyen pemandu. Siasatan awal dapati mangsa selain bertugas sebagai guru turut menjalankan pelbagai perniagaan seperti perniagaan balak, shakle( Direct Selling), kontrak kantin sekolah dan lain-lain . Mengikut maklumat mangsa dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak dan perkara ini sedang dlm siasatan. Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital RPZ II KB utk bedah siasat yg dijangka akan dijalankan malam ini.



03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jun 2013 11:07 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jun 2013 11:25 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Apr 2013 11:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Apr 2013 11:15 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Mar 2013 11:31 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tasya Amir: Last week Kenduri <b>di Jelawat</b>, Esok kat Taman Ria.

Posted: 18 Mar 2011 06:45 PM PDT

Malam ni, kami baru je balik dari majlis Marhaban.
Esok kenduri lah. Majlis ni kat Taman Ria.
Photo pengantin kat bawah ni, selepas majlis
akad nikah last week, yang berlansung di Masjid
Taman Ria. Tiga kali makan kenduri lah. Kenduri
makan masa hari akad nikah, lepas tu makan-makan
di Majlis Doa selamat dan Marhaban, esok pulak
Kenduri Kahwin. Ahad nanti berarak ke Majlis
Kenduri belah Pengantin Lelaki pulak.
 
Lokasi: Taman Ria, Sungai Petani
Rumah: Pak Ndak Shid
Pengantin: Nurul Amira
Kakak Kak Laila dan Kak Nadia

Minggu lepas punya kenduri di Jelawat Kelantan,
tak sempat nak ambik photo banyak-banyak.

Jadual berarak dari Pasir Tumbuh ke Jelawat
sepatutnya pukul 12 tgh hari. Tapi tertangguh tiga
jam pasal hujan lebat. Tiba di Pekan Jelawat pukul
3.30 petang. Rombongan Ayah Nik dari Tanah
Merah tersangkut kat jam dua jam. Banyak
kemalangan di Ketereh katanya.

Kat bawah ni la... photo kami semasa makan
kenduri di Jelawat. Cuaca hujan tak berenti,
jadi photo nye tak berapa elok. Tak sempat
nak ambik banyak-banyak kerana Abang
Amir asyik sakit perut. Cirit dari pagi sampai
malam. Cari tandas merata tempat. Kat Jeli, Tanah
Merah, Kota Bharu dan Jelawat.

Lokasi: Pekan Jelawat, Bachuk
Rumah: Pengantin Lelaki
Besan kepada Ngah Usop, Banggul Besi

Lepas ni pun ada lagi Pesta Kenduri Kahwin.
Meriah sungguh, maklum lah musim cuti. Masing
masing berebut nak buat majlis kenduri.
Tasya tumpang gembira dan seronok. Lagi pun
dapat ramai kawan baru.
See you....

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Mar 2013 12:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Rakyat <b>Kelantan</b> Diminta Sokong Tok Pa | Detik Perubahan

Posted: 16 Feb 2013 10:13 AM PST

tok pa3BACHOK – Rakyat Kelantan perlu memberi sokongan penuh kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk menerajui kepimpinan negeri ini, sekiranya mahu perubahan, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Mustapa mampu melakukan perubahan mengikut cita rasa rakyat, terutama tranformasi ekonomi, jika diberi peluang.

"Kelantan memerlukan kemasukan pelabur asing yang berskala besar untuk menjana ekonominya agar memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian zakat kepada 335 anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Kampung Kemudi hari ini.

Sebelum ini, Mustapa yang juga anggota Parlimen Jeli, disebut-sebut akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeli dan bakal dilantik Menteri Besar Kelantan sekiranya Barisan Nasional (BN) dapat menawan negeri ini pada PRU-13.

Awang Adek, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata kemampuan Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, telah terbukti apabila beliau berjaya menarik sejumlah besar pelaburan asing ke negara ini.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita pada majlis ramah mesra bersama pesara polis di Jelawat, Awang Adek berkata dengan sokongan padu kerajaan pusat, kemampuan Mustapa semakin terserlah untuk membangunkan negeri ini agar setanding negeri lain.

Beliau berkata ini termasuk janji tujuh projek besar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, pembinaan 3,000 unit perumahan rakyat dan pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar.

Selain itu, pembinaan masjid terbesar yang menjadi ikon di negeri ini, mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu serta menyelesaikan masalah air.

"Inilah peluang terbaik untuk rakyat Kelantan berubah, dan saya memberi sokongan penuh terhadap kemampuan beliau," katanya. – BERNAMA

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Mar 2013 11:39 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

#JDAB2013 berjaya bantu 35 orang anak <b>Kelantan</b> melanjutkan <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2013 06:39 AM PST

Skuad Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB2013) memulakan siri penjelajahan mereka di Kelantan hari ini bagi membantu lepasan SPM dari golongan yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.
Mereka tiba di Kota Bharu pada jam 6.00 petang semalam. Misi di Kelantan bermula seawal jam 7.00 pagi di mana konvoi JDAB2013 dilepaskan oleh Datuk Prof. Ir. Sahol Abdul Hamid di kampus Kota Bharu. Skuad JDAB2013 juga disertai oleh artis-artis terkenal seperti Saiful Apek, Adira AF, Danny X-Factor,Syed Aiman dan Fiza.








Sebaik sahaja dilepaskan pada jam 9.00 pagi, skuad JDAB2013 menuju ke Pasar Jelawat, Bachok. Kehadiran mereka di sana disambut meriah oleh masyarakat sekitar Bachok yang menunggu ketibaan mereka di Kedai Kopi Poo berdekatan Pasar Jelawat.
Di sana, seramai 35 orang pelajar berjaya dibantu untuk melanjutkan pengajian ke UiTM.
Skuad JDAB2013 kemudiannya bergerak ke Jeli pada jam 12.00 tengahari. Di sana, Dato Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar mengunjungi pasar di Pekan Jeli.
Di Jeli, sukarelawan JDAB2013 memeriksa mata masyarakat tempatan di atas Klinik Optometrik Bergerak. Cermin mata percuma diberikan kepada orang ramai yang memerlukan.

Gambar Ceramah Utz Kamarudin Omar <b>Di</b> Pekan <b>Jelawat Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2013 06:00 AM PDT

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2013 11:28 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

No comments - Shafie Nor

Posted: 01 Feb 2013 10:49 PM PST

Banyak lagi tanah diserah kepada orang luar jika Pas terus perintah

BACHOK, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Rakyat Kelantan yang bercadang mengundi calon Pas atau parti pembangkang lain pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, secara tidak langsung menyokong lebih banyak lagi tanah milik kerajaan negeri terutama di Ulu Kelantan diserahkan kepada orang luar.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, perkara ini sepatutnya sudah menjadi pengajaran kepada rakyat Kelantan.

"Jika mahu menghentikannya, mereka tidak perlu lagi mengundi calon pembangkang terutama Pas yang bertanggung jawab ke atas pemberian tanah itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk di Jelawat di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, kerajaan negeri tidak seharusnya berdolak-dalih mengenai pemberian tanah kepada orang luar Kelantan dan mereka mesti bertanggungjawab.

"Bagi saya tanah di Kelantan hak milik rakyat Kelantan sekali pun diberi kepada orang luar dengan alasan pembangunan Ladang Rakyat," katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok.

Katanya, sepatutnya rakyat miskin di negeri ini diberi keutamaan untuk memiliki tanah tersebut untuk masa depan mereka yang lebih baik.

Awang Adek berkata, jika Pas ikhlas ingin membantu rakyat miskin tanpa mengira bangsa, lebih baik tanah itu dimajukan oleh agensi kerajaan negeri sendiri yang berfungsi seperti Felda dan Felcra yang terbukti berkesan dan diterima baik semua pihak.

Beliau berkata, jika perbuatan itu tidak dihentikan, kesannya terlalu besar terhadap masa depan rakyat Kelantan selain kekayaan bumi Kelantan dimonopoli orang luar manakala orang miskin akan terus terpinggir di bumi sendiri.

Menurutnya, sekiranya tidak mahu perbuatan itu berulang, rakyat Kelantan perlu mengundi calon Barisan Nasional yang terbukti berkemampuan menjaga kepentingan rakyat. - BERNAMA

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: PRK Kuala Besut ulangi <b>Manek Urai</b>?

Posted: 12 Jul 2013 02:59 AM PDT


BESUT: Pilihan raya kecil Dun Kuala Besut dilihat ramai seperti mengulangi apa yang pernah berlaku pada pilihan raya kecil (PRK) di Manek Urai pada 2009.  Ketika itu BN juga menurunkan calon lulusan ijazah,  bertugas pengurus di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Dan pilihan raya Kuala Besut sekali lagi BN memperjudikan nasib seorang jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mempertahankan Dun terbabit.

Di Manek Urai dan Kuala Besut, calon diketengahkan PAS lulusan SPM, namun berjaya dalam perniagaan. Mohd Fauzi Abdullah (kanan), seorang tauke ikan di Pasar Kuala Krai.

Begitu juga di Kuala Besut, PAS meletak seorang peniaga yang berjaya, Che Long atau nama sebenar Azlan @ Endut Yusof memiliki perniagaan di Kota Bharu.

"Betulkah ada persamaan di antara saya dengan calon PAS di Kuala Besut. Saya pun tidak tahu apabila ada orang kata begitu. Boleh jadi kerana kita sama-sama tidak memiliki sijil tinggi seperti calon BN.

"Kalau begitu baguslah, setidak-tidak boleh mengulangi apa yang berlaku di Manek Urai biar pun menang dengan undi yang tidak besar," kata Mohd Fauzi ketika ditemui di luar dewan penamaan calon di Kampung Raja, hari ini.

Isu persamaan antara calon PAS di Kuala Besut mulai dilihat orang ramai mungkin kerana kedua-duanya ahli perniagaan yang berjaya, biar pun tidak mendapat pendidikan tinggi.

PRU Ke -13 @ Seri Aman N30 & <b>Manek Urai</b> N41 - aLkiSah iTu iNi <b>...</b>

Posted: 05 May 2013 11:42 AM PDT

Hari ahad, 050513 pilihan raya umum kali ke-13 telah di adakan ...pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang tempoh masa pegundian .
Suasana pada hari mengundi dah rasa macam menyambut hari raya..meriah betul....pukul 9:00 pagi siap-siap untuk hantar ummi dan family ke tempat pembuangan undi di Smk Seri Aman ......mujur semuanya tempat yang sama...ummi dah kali kedua mengundi, k.ngah dan k.chik kali pertama ...tok ma & tok bah dah berkali-kali.....Mereka mengundi untuk N30 Dun Limbongan dan P28 Parlimen Pasir Puteh ....

 posing dulu sebelum mengundi
Lepas semua siap mengundi, bawa family sarapan kat bandar pasir puteh.... aku pun dah tak sabar juga untuk mengundi, kali nie pilihanraya ke tiga aku mengundi termasuk masa piliharanraya kecil sblm ni.... Lepas siap makan terus bertolak balik ..
Keadaan jalan yang agak sibuk sepanjang perjalanan.....pukul 3 lebih baru sampai dan terus pergi buang undi di sek keb manek urai baru...family aku semua dah mengundi ...kali ni tok ayoh jadi wakil SPR, tu nampak hensem semacam ...sue kali pertama mengundi..aku, pokteh , pokcik, pok long dan ayoh mengundi di tempat yang sama di SkmuB.... cikla ,k.sal ,sue dan mok mengundi di sek keb manek urai lama,... kami mengundi untuk Dun Manek Urai N41 dan P31 Parlimen Kuala Krai . lepas mengundi pergi pusing tengok jambatan baru yang di janjikan pada piliharaya kecil dulu..Alhamdulillah dah siap.. 




 Sebelah malam , temankan ayoh ammar dan pok teh ke tempat pengiraan undi di Smksyp1....ramai orang berkumpul sambil menanti  pengumuman dari SPR ...masa berkumpul dapat jumpa dengan cgu dan kawan2 yang lama tak jumpa lepas habis sekolah dulu....orang kampung pun ramai juga yang datang untuk dengar pengumuman secara langsung....Alhamdulillah Kerajaan Kelate masih Kekal di bawah kepimpinan ulamak walaupun kali nie agak lewat di umumkan secara rasmi ......Allahuakbar ...Allahuakbar..Allahuakbar..

keputusan rasmi PRU13

N41 Dun Manek Urai - Pas menang Majoriti 1,633 Abe Uji

P31 Parlimen Kuala Krai - Pas Menang Majoriti 2,043 Dr Hatta .

N30 Limbongan - Pas Menang 1,042 Ust Nazlan

P28 Parlimen Pasir Puteh - Pas Menang majoriti 1,888 Nik Mazian




03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Jun 2013 09:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Bo La Weiii: PANAS TELINGA <b>DI BUNUT PAYONG</b> - PINTU KOTA <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2013 10:09 AM PDT


KOTA BHARU, Mac 17 - Seramai 1,200 penduduk menghadiri Ceramah Perdana Anjuran BN Parlimen Kota Bharu di Kediaman Mat Titir Jalan Bt. 2, Bunut Payong, Kota Bharu semalam. Ceramah yang bertajuk "PAS KEMUNGKARAN POLITIK & AKIDAH" disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Hassan Basri (Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor) & Yang Berhormat Dato' Nozula Mat Diah (Adun Pagoh) semalam.
     Program yang bermula pada jam 09:00 malam itu telah mengupas dan mendedahkan pelbagai kesalahan dan salah laku PAS dan kepimpinannya kepada masyarakat. Antara isu yang dibangkitkan oleh Ustaz Hassan Basri kepada kepimpinan PAS adalah mengapa PAS tidak dapat menerima UMNO sebagai rakan perjuangan politik mereka. Katanya lagi, UMNO & PAS ini miliki Tuhan yang sama, rasul yang sama, kiblat yang sama, kitab yang sama dan pelbagai kesamaan berbanding DAP yang terang-terang menolak Islam.

     Selain itu beliau juga berkata, PAS kini telah menggadaikan perjuangan turun-temurun parti itu dengan menggugurkan perjuangan "Negara Islam" kepada "Negara Kebajikan" yang mana diakui oleh PAS bahawa Negara Islam tidak terdapat di dalam Al-Quran. Selain, amanat-amanat songsang yang dikeluarkan oleh pimpinan-pimpinan parti tersebut telah banyak mengelirukan masyarakat sehingga timbul isu Solat Jumaat 2 Imam dan pelbagai lagi yang mana memecah-belahkan masyarakat.

    Seterusnya, Ustaz Hassan Basri turut menyeru ahli-ahli pas yang cintakan agama untuk tidak memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Beliau turut menjelaskan tidak memberi undi kepada PAS tidak bermakna menolak Islam, kerana PAS itu bukan Agama. PAS hanya sebuah parti politik yang menggunakan agama untuk kepentingan semata-mata. Disamping itu, beliau juga melahirkan rasa bimbang terhadap agenda Kristianisasi yang menular dalam kalangan masyarakat dan mengutuk tindakan kepimpinan PAS yang membenarkan Kalimah Allah s.w.t. diguna oleh agama lain.
     Di akhir ceramah beliau, Ustaz Hassan Basri melaungkan takbir dan memberi tahu umum bahawa takbir bukan milik PAS sebagai mana dakwaan PAS "UMNO meniru PAS dengan bertakbir". Beliau turut memberitahu "dengan takbirlah Malayan Union dahulu ditumbangkan di era penjajahan dan Insha Allah dengan takbir kita akan tumbangkan Pakatan Rakyat".

p/s: Insha Allah dengan izin Allah s.w.t. Pintu Kota Darul Naim bukan sahaja bakal bergegar bahkan akan berlaku tsunami perubahan di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Guano Pos PAS di Bunut Payong tutup maso ceramoh ni... Panas Telingo ko belako? Bo La Weiii jadi kuda tunggangan DAP.

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jun 2013 09:18 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jun 2013 09:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jun 2013 09:22 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 10 May 2013 09:22 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Apr 2013 09:38 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Apr 2013 09:35 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Jan 2013 09:29 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Perjalanan Hidup Tuan-Tuan Guru Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan

Posted: 20 Jan 2013 03:33 AM PST


                                          PENGUASA 1 / MUDIR
Nama      : Tuan Guru Hj Hashim b. Hj Abu Bakar
Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Tahun lahir    : 1923M
1.   Belajar di Darul Ulum ad-Diniah, Mekah dari tahun 1936 hingga 1939
2.   Belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hj Abdullah, Merbuk, Sungai Petani,Kedah pada tahun 1942
3.   Belajar di Pondok al-Marhum Tuan Guru Hj Ghazali Batu 26, Bagan Datoh,Perak pada tahun 1940
4.   Belajar di Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jetra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun
5.   Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir sehingga tahun 1953
-Pada tahun 1953 beliau berkahwin dengan adik Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh.
1. Mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama 2 orang iparnya dan menggantikan tempat sebagai Penguasa I atau Mudir  setelah kematian keduanya sehingga sekarang.
2. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad mulai 1995
3. Tokoh Hijraturrasul 1428H peringkat Kelantan
4. Menerima anugerah gelaran Dato' Paduka daripada Pemangku Sultan Kelantan pada tahun 2010
Kembali ke rahmatullah pada 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011M pada jam 1.10 tengahari dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Pondok Pasir Tumboh pada jam 6.30 petang.

                           Pengasas 2 Pondok Pasir Tumboh Kelantan
              BIODATA TUAN GURU HJ ABDUL AZIZ BIN HJ ABU BAKAR 
Tarikh dan tempat lahir  : Awal Ogos 1923M di Kampung Terusan Limbat, Kota Bharu
Nama Ayahanda : Hj Abu Bakar bin Hj Abdul Latif  bin Abdul Ghani (meninggal sekitar 1966) di mana beliau pernah berguru dengan Tok Seridik, Kuala Nipah sewaktu berada di Mekah
Nama Bonda : Hajah Mariam bt Hj Daud iaitu anak kepada Tuan Guru Hj Daud b Hj Hasan (meninggal lebih kurang tahun 1957) yang merupakan seorang ulama' di Kampung Machang Limbat yang sempat berguru dengan Hj Said Kg Lama, Besut, Hj Ismail b Hj Mahmud, Kg Atas Banggol, Kota Bharu, Hj Omar Mentuan dan Hj Nik Man Tua, Jalan Che Su, Kota Bharu.
a.     Belajar asas agama dengan ayahandanya sendiri
b.     1930 bersekolah di Sekolah Melayu Kubang Keranji hingga darjah IV
c.     Pondok Tok Kenali selama 3 tahun tetapi tidak sempat belajar dengan Tok Kenali sendiri disebabkan beliau telah meninggal dunia ketika itu
d.     1940 berpindah ke Pondok Tuan Guru Hj Ali Salahuddin b Awang, Pulau Pisang selama 3 tahun setengah
e.     1943 berpindah ke Pondok Tuan Guru Hj Abdullah Tahir, Bunut Payong
f.        Beliau turut belajar dengan berulang-alik ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu dengan mengayuh basikal untuk berguru dengan Mufti Hj Muhammad Nor b Hj Ibrahim disamping belajar dengan Dato' Hj Ahmad Maher dirumahnya di Medan Tuan Padang dan juga Kampung Puteh
g.     1950 menyambung pengajian di Mekah selama 3 tahun 8 bulan
Antara Usaha dan Kata-kata Perangsang Daripada Ayahanda
1. Semasa kecil ayahandanya Hj Abu Bakar telah membawa beliau dan abangnya Tuan Guru Hj Mustafa untuk bertemu dengan Tok Kenali. Ayahandanya meminta agar Tok Kenali meludah ke dalam mulut kedua anaknya itu tetapi Tok Kenali tidak berbuat demikian sebaliknya bertindak meludah ke dalam bekas air lalu diberikan kepada abangnya dahulu tetapi dia enggan. Air itu diberikan kepadanya lalu diminumnya kemudian diikuti oleh abangnya
2. Ayahandanya sentiasa mengintip anaknya ini pada waktu malam sepanjang belajar di pondok di mana anaknya dapat mengetahui tentang kedatangan ayahandanya  selepas melihat adanya bekalan seperti beras, kayu api dan makanan lain yang diletakkan di atas tangga pondoknya
3. Semasa berada di Mekah maka ayahandanya sentiasa mengutus surat dan diantara kata perangsangnya ialah sebagaimana berikut :
a.     " Wahai anakku! Ayahanda tidak akan mengaku bahawa engkau alim sehingga engkau dapat mengajar dalam Masjidil Haram". 
 Sebelum pulang ke Malaysia pada tahun 1953, beliau sempat mengajar di Masjidil Haram sebagaimana yang dikehendaki oleh ayahnya
b.     " Ayahanda mahukan anakanda belajar sekejap tetapi dapat menandingi ilmu orang-orang lama walau pun terpaksa menghabiskan wang" 
- Beliau menunai permintaan ini dengan belajar lebih masa serta sanggup memberi saguhati kepada 4 orang guru sebanyak RM 25.00 setiap orang sebulan
  • Setelah pulang ke tanahair pada pertengahan tahun 1953 maka beliau bersama abangnya mulai mengajar di atas balaisah kepunyaan ayahandanya.
  • 1954 dengan usaha mereka bersama bapa sepupunya Hj Yazid b Hj Yaakub b Hj Ghani , Penggawa dan orang-orang kampung maka sebuah madrasah untuk tempat berjemaah dan belajar berjaya dibina. Ia dinamakan al-Madrasah ad-Diniah al-Bakriah sempena nama ayahanda tercinta
  • 1950-an beliau dilantik menganggotai Jemaah Ulama' Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sehinggalah beliau meninggal dunia
  • 1978 KDYMM Sultan Yahya Petra telah mengurniakan Pingat Bakti (P.B) kepadanya
Sakit dan Meninggal Dunia
  • Abangnya Tuan Guru Hj Mustafa telah meninggal dunia pada 19 April 1984
  • Beliau sendiri terpaksa berhenti daripada mengajar mulai tahun 1985 kerana sakit angin ahmar
  • Beliau menghembus nafas yang terakhir pada petang Rabu jam 7.10 malam Khamis 17 Jun 1987M bersamaan 20 Syawal 1407H.
                      Pengasas 1 Pondok Pasir Tumboh Kelantan
                           Tuan Guru Hj Mustafa b Hj Abu Bakar
Tempat lahir : Kampung Terusan Limbat, Kota Bharu
Nama Ayahanda : Hj Abu Bakar bin Hj Abdul Latif bin Abdul Ghani (meninggal sekitar 1966) di mana beliau pernah berguru dengan Tok Seridik, Kuala Nipah sewaktu berada di Mekah
Nama Bonda : Hajah Mariam bt Hj Daud iaitu anak kepada Tuan Guru Hj Daud b Hj Hasan (meninggal lebih kurang tahun 1957) yang merupakan seorang ulama' di Kampung Machang Limbat yang sempat berguru dengan Hj Said Kg Lama, Besut, Hj Ismail b Hj Mahmud, Kg Atas Banggol, Kota Bharu, Hj Omar Mentuan dan Hj Nik Man Tua, Jalan Che Su, Kota Bharu.
Pendidikan
a. Belajar asas agama dengan ayahandanya sendiri
b. 1930 bersekolah di Sekolah Melayu Kubang Keranji
c. Pondok Tok Kenali selama 3 tahun tetapi tidak sempat belajar dengan Tok Kenali sendiri disebabkan beliau telah meninggal dunia ketika itu
d. 1940 berpindah ke Pondok Tuan Guru Hj Ali Salahuddin b Awang, Pulau Pisang selama 3 tahun setengah
e. 1943 berpindah ke Pondok Tuan Guru Hj Abdullah Tahir, Bunut Payong
g. 1950 menyambung pengajian di Mekah selama 3 tahun 8 bulan iaitu sehingga tahun 1953.

Tuan Guru Hj Ahmad b Hj Muhammad Yusof ( Tok Bangkok )
Tuan Guru Hj Muhammad Jebing ( Anak saudara Tok Kenali )
Tuan Guru Hj Ismail Perol
Tuan Guru Hj Salahuddin b Awang
Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payong
Tuan Guru Hj Yaakub Kelong
Tuan Guru Hj Syihabuddin al-Mandili
Mufti Hj Mohd Nor b Ibrahim ( Mufti Kelantan )
Syeikh Daud b Sulaiman al-Kelantani
Syeikh Abdul Kadir al-Mandili
Syeikh Sayyid Amin al-Kutubi
Syeikh Yasin al-Fadani
Syed Alawi
Syeikh Ismail Kubang kali (Rantau Panjang)
Membuka pondok

Setelah pulang ke tanahair pada pertengahan tahun 1953 maka beliau bersama adiknya mulai mengajar di atas balaisah kepunyaan ayahandanya.
1954 dengan usaha mereka bersama bapa sepupunya Hj Yazid b Hj Yaakub b Hj Ghani , Penggawa dan orang-orang kampung maka sebuah madrasah untuk tempat berjemaah dan belajar berjaya dibina. Ia dinamakan al-Madrasah ad-Diniah al-Bakriah sempena nama ayahanda tercinta.
a. Aktif dalam politik kepartian dan pernah dibacarakan di Terengganu atas tuduhan mengajar tanpa tauliah oleh musuh politiknya di mana kes ini tidak selesai sehingga beliau menghembus nafas yang terakhir
b. Suka mengumpul 40 jenis barangan besi yang berpangkalkan huruf 'Pa' seperti paku, Pahat. Dan lain-lain
c. Membuat tasbih sendiri menggunakan kayu-kayu daripada pokok yang tidak mempunyai teras seperti betik, ubi dan sebagainya
Sakit dan Meninggal Dunia
Tuan Guru Hj Mustafa telah meninggal dunia pada 19 April 1984.
Antara Murid-muridnya

Tuan guru Hj Abdul Latif b Abdul Rahman(Mudir Pondok Pengkalan Hulu, Keroh, Perak)
Hj Jaafar b Hj Muhammad, Madrasah Merbau Patah, Kuala Terengganu
Tuan guru Hj Muhammad b Hj Ilyas, Pondok Bukit Keledang, Triang, Pahang
Tuan guru Hj Husin b Ibrahim, Pondok Amir, Besut, Terengganu
Tuan guru Hj Abdul Rahman b Awang Kecik, Permatang Jeram, Kubang Pasu, Kedah
Tuan guru Hj Ahmad b Hj Amin, Pondok Sungai Baru, Alor Star, Kedah
Tuan guru Hj Muhamed b Mat Diah ( Pengasas Pondok Beta Hilir, Kelantan)
Tuan guru Hj Ghazali b Hj Abdullah ( Pengasas Pondok Tunjung, Kelantan )
Tuan guru Hj Awang b Yusuf ( Mudir Pondok Gelang Mas, Kelantan)
YB Ustaz Hj Daud b Yusuf (Bekas ADUN Pasir Tumboh dan Timb Pemegang Amanah 2 Pusat Pembangunan Pondok Berhad)
Prof Abdul Hayyi b Abdul Syakur , Pensyarah UM
Ustaz Hj Zawawi b Hj Abdullah ( Mudir Taman Islam, Kemaman, Terengganu)
Ustaz Mokhtar Senik ( Pondok an-Nur, Kuantan, Pahang )
YB Ustaz Taib Azamuddin ( Ahli Parlimen Baling dan bekas imam besar Masjid Negara)
Tuan Guru Hj Abdul Aziz b Hj Hitam, Tanjung Bedil, Alor Star, Kedah
Ustaz Ismail b Taib, Pondok Tembak, Kuala Ketil, Kedah
Pakda Eil, Mudir Pondok Kerasak, Thailand.



           Tok Guru Hj Wan Muhammad Wan Othman @ Ustaz Mat Tendong MUDIR PONDOK PASIR TUMBOH DARI TAHUN 2011 > SEKARANG 

Perjalanan Hidup Al-Marhum Tuan Guru Ustaz Hj Atiqullah Bin Hj Yaacob.

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Dec 2012 09:25 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

SUMBER HARTANAH MALAYSIA -DIREKTORI JUAL BELI <b>...</b>

Posted: 29 Dec 2012 10:04 PM PST

[unable to retrieve full-text content]7 Unit banglo di taman Mesira,Kedai Lalat Kota Bharu; 2 Unit Banglo di Pantai Sabak Berdekatan Sekolah Sabak; 4 Unit Banglo di Belakang Sekolah Bunut Payong Kota bharu; 34 Unit Teres Setingkat di Bandar Pasir Putih ...

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Mar 2013 09:27 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

QUDWAH HASANAH: SKBTK & SK <b>BUNUT PAYONG</b>

Posted: 09 Oct 2012 08:50 AM PDT


Selepas ke SK Zainab (2), kami menyusul pula ke SK Bunut Payong. Nak melawat Pra Sekolah bertaraf 5 bintang.
Alaaa...siannya rombongan kami terpaksa berjalan kaki masuk ke SK Bunut Payong. Macam rombongan ke rumah pengantin. Tema pakaiannya hitam merah. Tapi tak nampak la pulak dulang-dulang hantaran. Ketua rombongan kami (bapa pengantin) yang depan sekali tu, En Mustaffa Kamal bin Haji Jamlus. Hik-hik-hik...

Tuan rumah pula pakaiannya bertema hitam putih. Yang berbaju batik hitam putih tu la tuan rumah yang sedia menyambut kedatangan rombongan kami.  Kami disambut dengan penuh mesra. Ramah tamah gitu. Tersenyum senang En Mustaffa Kamal selaku ketua bila rombongannya disambut baik. Ramah mesra orang Kelantan ni. Terima kasih warga SK Bunut Payong kerana sudi menerima dan menyambut baik kedatangan kami.
Selepas jauh berjalan, kami dipelawa masuk ke bilik jQAF. Alhamdulillah...tersenyum lebar cikgu-cikgi SKBTK bila ternampak gelas-gelas yang siap berisi air oren. Masuk-masuk je semua menuju ke meja air. Semua menarik nafas lega selepas dapat minum air. Mana taknya, kami didera pemandu bas berjalan di bawah terik panas matahari. Berapa kilometer agaknya ya? Habis juga air sebalang tu. Tuan rumah pun macam tau-tau kami kering tekak. Dihidangnya air kat situ. Terima kasih sekali lagi...
Guru Besar SK Bunut Payong, Puan Sharifah Rahayah bt Syed Ahmad memberi ucapan aluan dan taklimat tentang Pra Sekolah yang mencapai 5 bintang. Keramahan dann kemesraan yang ditunjukkan oleh kak Pah menjadi bualan dan disebut-sebut oleh warga SKBTK. 
Ucapan balas dari Guru Besar kami En Mustaffa Kamal. Tidak kurang hebatnya. Balik Kajang lepas ni mesti banyak perubahan yang bakal dibuat. Ya la, nak mencapai taraf 5 bintang bukan senang. Selepas ucapan taklimat tuan rumah dan ucapan balas ketua rombongan (tak ubah majlis meminang), kami dibawa melawat kedua-dua kelas Pra dan kelas pemulihan. Memang hebat kelasnya. Ceria, padat dengan bahan. Tak ada langsung ruang kosong. 
Ni la dia taiko-taiko pra. Yang sebelah kanan tu cikgu Azizah salah seorang guru Pra di Sk Bunut Payong. Yang sebelah kiri berbaju merah tu pula taiko Pra SK Bandar Teknologi Kajang cikgu Zainab. Selamat berkenalan la ya. Dan selamat bertukar-tukar idea. Jangan lupa ambil nombor telefon sekali ya!...


Selepas selesai sesi lawatan, kami dihidangkan dengan hidangan makan tengah hari yang cukup istimewa. Nasi yang tersohor di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Nasi kerabu dengan lauk pauknya sekali. Lengkap. Terima kasih sekali lagi warga SK Bunut Payong.

Memang sedap nasi kerabunya. Tengok tu...semua cikgu dan cikgi Bandar Teknologi Kajang tunduk khusyuk menikmati keenakan dan kelazatan nasi kerabu kuning. Kata orang mak mertua lalu ikut belakang pun tak nampak. Memang la dah namanya pun lalu ikut belakang. Kalau nak suruh nampak lalu sebelah depan la.  
Selesai menikmati hidangan makan tengah hari, kini tibalah acara kemuncak. Acara menyerahkan cenderamata (buah tangan) sebagai tanda perkenalan. GB menyampaikan cenderamata yang kami bawa jauh khas untuk SK Bunut Payong. Istimewa dari kami sebagai tanda ucapan terima kasih kerana sudi menerima lamaran kami beberapa bulan yang lepas. Dan kini tiba masanya menerima kunjungan kami. Takder apa sebenarnya, cuma frame gambar cikgu-cikgi SKBTK. Kalau rindu kami renung-renunglah gambar tu ya!...


Ni pula sesi penyampaian cenderamata dari pihak SKBTK kepada En Alim dan En Rostan wakil JPN Kelantan yang sudi mengiringi rombongan kami selama dua hari ke Kelantan. Terima kasih daun keladi kepada encik berdua.

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Mar 2013 09:36 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pengundi Hantu Gimik Politik Pakatan | Detik Perubahan

Posted: 23 Mar 2013 08:34 PM PDT

imagesKOTA BHARU – Istilah pengundi hantu adalah satu gimik politik pihak pembangkang memandangkan apa yang disuarakan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, hanya dihebahkan melalui media menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, hakikat sebenarnya, apa yang terjadi terhadap pengendali blog pro-Umno Papagomo yang dikategorikan sebagai pengundi hantu dan mempunyai dua nombor kad pengenalan itu ia merupakan satu kesilapan.

"Sudah tentu dalam apa juga sistem sekalipun mesti ada silap, namun kesilapan itu hanyalah satu hal yang kecil, malah pemilik nama Wan Muhammad Azri Wan Deris juga mengaku dirinya, tidak mempunyai kaitan dengan Papagomo dan bukan penulis blog terbabit.

"Jadi saya saya rasa istilah pengundi hantu tidak wujud seperti yang didakwa pembangkang," katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri majlis menyambut menantu pasangan adik beradik, Suhaizan Abdullah dan Raimi Abdullah yang melangsungkan majlis perkahwinan serentak dengan pasangan masing-masing di rumah keluarga mereka di Bunut Payong semalam.

Fatmi berkata, tahun demi tahun pengundi-pengundi berhijrah ke kawasan luar menyebabkan ramai pengundi baru datang dan pergi, maka ada di antara pimpinan kawasan tidak mengenali pengundi-pengundi di kawasan mereka, maka wujudlah istilah pengundi hantu.

"Ia hanya dijadikan sebagai satu usaha pihak pembangkang untuk meyakinkan rakyat bahawa terdapat ketirisan yang berlaku dalam SPR yang sepatutnya tidak dipersoalkan memandangkan badan terbabit mempunyai kewibawaan sendiri sebagai pengendali urusan pilihan raya.

"SPR ini satu badan yang cekap serta efisien dan merupakan pihak yang boleh diharap, jadi dengan hanya satu dua kesilapan kecil kita tidak boleh menuding jari terhadap mereka memandangkan segala yang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan dalam kerajaan," katanya.

Sementara itu ditanya mengenai persiapan Barisan Nasional (BN) dalam PRU13, beliau berkata BN kini giat membuat persiapan PRU termasuk di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) hingga ke cawangan dengan begitu rapi.

"Semua jentera sudah bersiap sedia dan keadaan ini merupakan satu persiapan di seluruh negara dan kita tidak mempunyai sebarang masalah memandangkan sambutan terhadap BN di Kelantan amat menggalakkan.

"Ia dapat dibuktikan melalui ceramah-ceramah BN dan Umno yang mendapat sambutan menggalakkan berbanding ceramah Pas yang kurang mendapat sambutan.

"Keputusan PRU membayangkan apa yang berlaku sebelum pilihan raya itu, jadi pada tahun ini, saya yakin BN akan menang dan mengambil alih tampuk pimpinan di Kelantan yang sudah lama memerintah namun masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki sejak 23 tahun diperintah Pas. – Sinar Harian

ads