Jumaat, 21 Mac 2014

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Dua Beradik Maut Dirempuh Kereta <b>Di Kuala Krai</b> - Kamaluddin&#39;s Blog

Posted: 24 Feb 2014 10:01 AM PST

- Tuesday: 2014-02-25 02:01:58'.

Dua beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka telah dirempuh oleh kereta ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Kemalangan berlaku di Kuala Krai, Kelantan kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Kemalangan berlaku ketika dua beradik terbabit menyeberangi jalan di persimpangan Jalan Kampung Lata Rek, Laloh, Kuala Krai.

Mangsa Haizum dan adiknya Norasmaida Ibrahim dirempuh kereta Proton Perdana yang datang dari arah Kuala Krai menuju ke Gua Musang.

Pemandu kereta yang juga seorang pengurus sebuah bank di Gua Musang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Krai.

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Dirogol bergilir-gilir oleh tiga kenalan <b>di Kok Lanas</b> | Pilihan Anda

Posted: 25 Jan 2014 06:00 PM PST

Desperado | 1/26/2014 | 0 comments

KOTA BHARU - Malang tidak berbau. Seorang gadis berusia 16 tahun, dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki yang dikenali, selepas dipaksa menaiki motosikal di Kok Lanas di sini, Rabu lalu.

Mangsa yang merupakan pelajar sebuah sekolah di Kok Lanas, ditahan dua suspek yang menaiki motosikal dengan menghalang jalan mangsa yang ketika itu dalam perjalanan ke sekolah kira-kira jam 7.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang mengenali kedua-dua suspek, dipaksa menaiki motosikal yang ditunggang oleh salah seorang dari mereka.

"Mereka kemudiannya membawa mangsa ke sebuah bangsal di kawasan tali air dan salah seorang suspek bertindak meraba payudara mangsa.

"Perlakuan kedua lelaki itu tidak berhenti di situ, malah membawa mangsa ke rumah kawan mereka yang tinggal berdekatan dan di rumah itu mereka bertindak merogol mangsa bergilir-gilir dalam sebuah bilik di rumah terbabit," katanya kepada media di sini.

Azham berkata, selepas kejadian itu, mangsa berjaya melarikan diri dan pulang ke rumah dan menceritakan kepada bapanya mengenai kejadian dia dirogol oleh ketiga-tiga suspek.

"Bapa mangsa membawanya ke balai polis dan membuat laporan mengenai kejadian itu.

"Buat masa ini, kesemua suspek sudah dikenal pasti dan pihak polis akan membuat tangkapan terhadap suspek untuk tindakan lanjut," katanya.

Kes disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol gadis bawah umur.

Category:

PERINGATAN:
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Oh! Kemalangan <b>di Kota Bharu</b>. Kereta Melekat Di Tiang | Oh! Media

Posted: 15 Mar 2014 01:50 PM PDT

ohmedia-kemalangan-petronas-cica-kota-bharu-1

Kemalangan ini dilaporkan berlaku dalam jam 1:30 pagi tadi (16 Mac 2014) di Jalan Chica, Kota Baru berhampirak di Petronas baru jalan menghala ke Pasir Puteh. Dikatakan kereta yang dipandu laju tersebut hilang kwalan sebelum melekat di tiang.

kemalangan-kota-bharu
kemalangan-kota-bharu
kemalangan-kota-bharu
kemalangan-kota-bharu

+ Laporan Zulfazdly Ishak.

OHMEDIA: PANDU LAJU, MAUT MENUNGGU.

Note: Ini adalah posting untuk ohtidak.com. Anda melihat post ini di ohartis.com kerana pihak kami sedang giat menyatukan semua web kami di dalam satu portal. Kesulitan amatlah dikesali.

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di gua musang</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2014 03:16 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kian Ming desak KPN ambil tindakan serius salah guna kuasa <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2014 10:22 PM PDT

KUALA LUMPUR, 12 MAC: Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyiasat terperinci aduan keganasan polis terhadap tiga Orang Asal dari Gua Musang, baru-baru ini.

Beliau berkata, segala pertuduhan terhadap tiga Orang Asal Temiar iaitu Itam Ajang, Rahman Uda dan Anes Akai harus digugurkan jika polis terbabit didapati bersalah bertindak tidak profesional, sekaligus mencemar nama baik pasukan keselamatan itu.

"Penahanan tiga individu itu sangat tidak adil kerana mereka sebenarnya yang menjadi mangsa serangan ganas dan rampasan tanah adat oleh All Green Agritech Sdn Bhd.

"Ini jelas merupakan satu persendaan peringkat tertinggi terhadap keadilan apabila mangsa serangan ganas pula yang dituduh atas kesalahan jenayah. Apakah polis Gua Musang membuat cubaan 'membalas dendam' kepada mereka kerana membuat laporan salah guna kuasa di Bukit Aman.

"Kejadian ini juga dipertikaikan mengenai kemampuan polis Gua Musang untuk melindungi penduduk Orang Asal Temiar di Kampung Tauhu, Lojing, kaitan mereka dengan syarikat dan majikan pekerja asing yang melakukan serangan," katanya dalam kenyataan.

Pada 26 Februari lalu, enam Orang Asal Temiar di Lojing diserang oleh kira-kira 40 hingga 100 pekerja asing Myanmar ketika dalam perjalanan ke mesyuarat kampung. Dua daripada mereka iaitu Itam dan Rahman, cedera teruk membabitkan 7 dan 15 jahitan, manakala motosikal milik Anes dirosakkan dengan jentolak.

Ketiga-tiga mangsa keesokannya membuat laporan di Balai Polis Daerah Gua Musang, namun diberitahu supaya menyelesaikan perkara itu dengan majikan pekerja asing itu. Mereka juga diminta menerima pampasan RM500 daripada majikan terbabit.

Polis juga meminta mereka mengatakan bahawa kecederaan yang dialami adalah akibat jatuh motosikal kerana berada dalam keadaan mabuk.

Selang beberapa hari, 5 Mac lalu, enam Orang Asal itu termasuk mangsa dengan bantuan Majlis Peguam membuat aduan di Bahagian Tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Empat hari berselang, tiga daripada mereka ditahan dan direman di Balai Polis Gua Musang untuk siasatan menerusi Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Kemudian pada 11 Mac lalu, mereka didakwa di Mahkamah Majistret Gua Musang mengikut Seksyen 148 dan mengaku tidak bersalah. Hakim menetapkan ikat jamin RM2,000 setiap seorang. Namun, sehingga semalam, mereka tidak dapat mengepos wang jaminan kerana tidak mempunyai akses dana mencukupi. -Roketkini.com

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Pasir Mas</b> (MDPMas) - 29 Mac 2014

Posted: 16 Mar 2014 01:07 PM PDT

Sila kongsi jawatan kosong ini :

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPMas) Mac 2014. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada rakyar Negeri Kelantan) dipelawa memohon jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPMas) sebagai:

1. Penolong Pegawai Tadbir N27
2. Penolong Akauntan W27
3. Penolong Pegawai Penguatkuasa N27


Tarikh tutup permohonan pada 29 Mac 2014
Lokasi : Kelantan
Sektor : Kerajaan

Muat turun iklan jawatan dan cara memohon disini (pdf)

Share this :

ads