Rabu, 6 Julai 2011

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


TEKONG MANJUNG: JANJI MANIS UMNgOk...SAKSIKANLAH

Posted: 03 Jul 2011 05:30 AM PDT

Dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai, Timbalan Perdana Menteri - Tan Sri Muhyiddin Yasin telah menjanjikan sebuah Jambatan 2 Lorong di Manek Urai yang kosnya pada ketika itu dikatakan mencecah antara 10 hingga 15 juta Ringgit Malaysia.

Jambatan Manek Urai sebelum Pilihanraya Kecil dan Selepas Pilihanraya Kecil Manek Urai masih kelihatan begini...


Sewaktu Pilihanraya Kecil Galas pula, Pimpinan UMNO/BN telah menjanjikan Pembinaan Rumah Mesra Rakyat di 1 lokasi yang telah ditetapkan oleh KERAjaan Pusat.

Sampai ke hari ni, lokasi yang telah ditetapkan itu masih begini...


Semalam dalam Lawatan Kerja sehari Perdana Menteri Malaysia ke Kelantan, Najib telah mengumumkan seperti berikut:
PM: Stadium baru untuk Kelantan jika PAS tumbang

Rakyat Kelantan bakal mendapat sebuah stadium baru sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Itu janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat Kelantan yang mahu sebuah stadium baru dibina bagi menggantikan stadium Sultan Muhammad Keempat, yang semakin uzur.

Kata Najib, bagi membuktikan komitmen kerajaan pusat, janji itu akan dijadikan sebahagian manifesto pilihan raya BN Kelantan yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

"Dalam zaman ICT ni, stadium Kelantan masih ada orang yang 'rukas' (panjat) untuk tukar 'scoreboard'. Inilah yang akan jadi kalau letak orang yang kurang kemampuan di tempat orang yang sepatutnya lebih berkemampuan...jadilah stadium 'rukas'.

"Tapi kalau malam ini diumumkan BN kuasai Kelantan, esok ambo (saya) buat stadium yang cantik dengan sistem scoreboard terkini," katanya yang disambut sorakan 15,000 rakyat.

Beberapa bulan sebelum ini, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Tok Guru Menteri Besar telah mengumumkan seperti berikut:
Kelantan Bakal Dapat Stadium Baru

Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukt Merbau, Pasir Puteh.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," kata beliau.

Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium.

Jangan lupa sejarah pembinaan Stadium di bawah KERAjaan Pusat...

Semalam juga Najib telah mengelentong para Pemandu dan Rakyat Pasir putih seperti yang dilaporkan di
sini.

Jadi kita ada soalan kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak yang berkaitan dengan janji.

  1. Janji untuk bina Jambatan di Manek Urai bagaimana..?
  2. Janji untuk bina perumahan Mesra Rakyat di Galas bagaimana..?
  3. Janji nak bina Stadium kalau PAS tumbang, atau janji nak bina Stadium yang senang "tumbang"..?
  4. Janji Kerajaan Kelantan atau janji KERAjaan Pusat yang kita nak percaya & harapkan..?
Rasanya 2 soalan pun dah terkulat-kulat untuk Najib jawab, jadi Najib akan serahkan pada PenChaChai untuk jawab dalam ruangan komen dibawah dan rasanya PenChaChai tak kan jawab, PenChaChai akan spin pada isu lain macam biasa... apa-apa lahhh...

PAS belum tahu lagi akan tumbang atau tidak di Kelantan dalam Pilihanraya Umum akan datang, yang pastinya Stadium Gong Badak yang nilainya beratus-ratus juta Ringgit Malaysia dah lama tumbang sebelum sempat digunakan.

Yang ni PenChaChai UMphorNO kena jawab dengan Mat Said sebab dia sedang "Kesal".Ahmad Said kesal siasatan Stadium Gong Badak masih lagi tertangguh

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, semalam secara terbuka melahirkan kekesalan kerana kajian struktur Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berharga RM292 juta di Kompleks Sukan Gong Badak, yang sebahagian bumbungnya runtuh lebih dua tahun lalu masih belum siap.

Kerja-kerja pembersihan runtuhan stadium dilaporkan sudah selesai
Beliau berkata, sepatutnya Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengemukakan keputusan laporan kajian mengenai struktur stadium itu yang dibuat syarikat perunding awal bulan ini, tetapi sehingga kini belum siap.

Katanya, lebih mengecewakan perkembangan terbaru yang dimaklumkan oleh JKR negeri bahawa laporan kajian perunding itu dijangka siap pada September pula.

"Saya sebenarnya rasa dukacita dan kecewa sebab dulu JKR beritahu kita bahawa menjelang Jun (bulan ini) kajian perunding akan siap.

"Tetapi, bila mesyuarat rasmi, saya dimaklumkan oleh JKR sendiri jadi September pula," katanya kepada pemberita selepas melawat Stadium Negeri dan Terengganu Ekuestrian Resort (TER) di sini yang akan digunakan untuk program sukan tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (SERIKANDI) selama lima hari mulai 5 Julai ini.  

-Perisik Rakyat

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Ajijoi: Najib ditipu atau menipu <b>di Kelantan</b>?

Posted: 02 Jul 2011 07:39 PM PDT

TAPAK STESYEN TEKSI PASIR PUTEH TIDAK PERNAH DIJUAL: PM SALAH MAKLUMAT

Saya merujuk kepada kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia di Pasir Puteh pagi ini.

Saya selaku anggota Kerajaan Negeri terkejut dengan dakwaan YAB Perdana Menteri bahawa tapak stesyen teksi Pasir Puteh yang beroperasi sekarang telah dijual oleh PKINK. Selain itu, kenyataan beliau juga menyebut tapak itu telah dirampas oleh Kerajaan Negeri melalui PKINK.

Kenyataan Perdana Menteri tersebut tidak berasas sama sekali.

PKINK pada sebarang masa tidak pernah menjual tapak berkenaan, bahkan disediakan percuma untuk perkhidmatan teksi di Pasir Puteh. Walaupun sebelum ini, PKINK mengenakan sedikit bayaran ke atas persatuan pemandu teksi Pasir Puteh, tetapi kini, bagi tujuan kebajikan ahli persatuan tersebut, PKINK tidak mengenakan sebarang bayaran.

Apa yang berlaku ialah ada pihak tertentu pernah memohon untuk membeli tapak berkenaan bagi kemudiannya diserahkan kepada pihak lain untuk dimajukan tetapi permohonan tersebut telah ditolak oleh PKINK bagi mengekalkan kedudukan tapak teksi tersebut.

YAB Perdana Menteri atau sesiapa sahaja boleh menunjukkan bukti atas dakwaan mereka. Sudah tentu Perdana Menteri tidak mampu berbuat demikian kerana isu ini adalah modal atas angin semata-mata.

Selaku rakyat Malaysia, saya merasa malu atas salah maklumat yang disampaikan kepada pemimpin terpenting negara ini sehingga YAB Perdana Menteri menyebut sesuatu yang tidak berasas dalam ucapan beliau.

Saya menggesa agar Perdana Menteri menyemak pihak yang telah memberikan maklumat tidak bertapis seperti itu bagi mengelakkan kenyataan yang sama berulang, yang boleh menjejaskan kredibiliti beliau.

Selain itu, ia juga menunjukkan Barisan Nasional tidak mempunyai isu besar yang boleh dibangkitkan sehingga maklumat tidak berasas pun terpaksa dijadikan modal.

Saya yakin, jika Perdana Menteri sanggup menggunakan maklumat atas angin seperti itu, tentulah dalam isu yang lain juga beliau mudah membeli maklumat bakul sampah, termasuk dalam isu himpunan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil pada 9 julai ini.

Isu yang lebih besar seperti rampasan wang royalti minyak Kelantan tidak pula disebut. Isu-isu janji pilihanraya Pengkalan Pasir, Manek Urai dan Galas yang belum selesai juga tidak disebutkan.

Saya yakin Kerajaan Negeri bersedia memberikan tapak berkenaan untuk dimajukan dengan kemudahan yang lebih baik jika kerajaan pusat serius untuk memajukannya.

Mengenai kononnya majlis Perdana Menteri di Pasir Puteh dihadiri oleh puluhan ribu rakyat jelata, amat malang kerana lawatan yang penting seperti itu hanya dimeriahkan oleh kerahan paksa pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan. Buktinya, semuanya 'dipakaikan' baju merah yang dibekalkan terlebih dahulu. Tidak ada tanda kedatangan sukarela atas pilihan sendiri tetapi datang 'berjemput' siap 'beruniform'.

Lebih menggelikan hati bila bangunan rasmi pejabat kerajaan persekutuan di Wisma Persekutuan telah 'ditawan' oleh Barisan Nasional dengan dipenuhi oleh bendera parti itu.

Ternyata, kedatangan Perdana Menteri telah mencemarkan lagi konsep pemisahan antara parti dan kerajaan dan jika inilah sikap BN yang terus menggunakan premis, harta dan jentera kerajaan untuk kepentingan parti mereka tanpa segan silu, ia perlu terus ditolak oleh rakyat yang cintakan amalan politik yang telus, bersih, amanah dan amalan politik kepartian yang melampau.

Sekian, terima kasih.

Dato' Haji Husam Musa

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan

Naib Presiden , Parti Islam SeMalaysia (PAS)

1 Sya'aban 1432

2 Julai 2011

nota : sebahagian kenyataan di atas adalah maklumbalas kepada laporan berikut;-

02 Julai, 2011 14:28 PM

PM Janji Beri Pejabat Baru Untuk Persatuan Kereta Sewa Pasir Puteh

PASIR PUTEH, 2 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan menyediakan pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Jajahan Pasir Puteh setelah kerajaan PAS Kelantan merampas tapak perhentian teksi di bandar Pasir Puteh itu dan menjualnya kepada sebuah syarikat swasta.

Beliau berkata kerajaan pusat akan mencari lokasi baru yang sesuai untuk dijadikan tapak perhentian teksi di dalam bandar Pasir Puteh.

Beliau juga meluahkan rasa kesal terhadap tindakan kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang memutuskan untuk menjual tapak perhentian teksi di Pasar Lama Pasir Puteh setelah lebih 20 tahun perhentian itu beroperasi.

"Insya-Allah kita akan bantu dirikan pejabat baru," katanya ketika berucap selepas melakukan tinjauan mesra di sini termasuk bertemu dengan Persatuan Pemandu Kereta Sewa Jajahan Pasir Puteh hari ini.

Selain pertemuan dengan Persatuan Kereta Pemandu Sewa, Najib yang dalam lawatan sehari ke Kelantan, turut melawat Pasar Lama Pasir Puteh dan bertemu para peniaga kaum Tionghua di pasar itu dengan meluangkan masa selama setengah jam selepas menghadiri taklimat Umno Bahagian Pasir Puteh selama 45 minit.

Seramai 2,000 rakyat mengambil kesempatan bertemu dengan Perdana Menteri dalam tinjauan mesra itu yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Perdana Menteri juga kesal kerana kerajaan negeri tidak menghormati perjanjian yang telah dibuat berhubung pemberian tapak perhentian teksi itu.

Beliau berkata seharusnya bagi sebuah kerajaan yang mengamalkan konsep demokrasi yang sebenar, kerajaan PAS Kelantan harus menghormati pemberian tanah perhentian teksi itu sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Katanya perhentian teksi itu telah diberikan kepada persatuan berkenaan sewaktu pemerintahan BN di Kelantan oleh Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Tan Sri Hussein Ahmad.

Beliau berkata sewaktu pemerintahan BN, pemindahan hak milik tidak sempat dibuat kepada persatuan teksi berkenaan kerana kerajaan PAS Kelantan mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 1990 dan tidak mengiktiraf penyerahan hak milik itu.

Ia menyebabkan tanah itu menjadi hak milik kerajaan negeri dan diserahkan kepada PKINK untuk dijual dengan harga RM150,000.

-- BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


missina: Merendek <b>di Machang</b>

Posted: 07 Jun 2011 05:40 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]kami bertolak pukul 6am dan sampai balik ke Kedah semula jam 1.30pg,,,urusan penting di Machang hanya memakan masa 2 jam sahaja,,,jangkamasa perjalanan je yang lama,,, apapun aku happy dapat meluangkan masa dengan family ...

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Musafirlalu: Najib kemaruk tawan <b>Kelantan</b>

Posted: 03 Jul 2011 04:05 AM PDT

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya kemaruk untuk menawan Kelantan yang diperintah oleh PAS sejak 21 tahun yang lalu.

Ketika berucap di Machang, Najib yang juga Presiden Umno dengan penuh semangat meminta rakyat Kelantan perlu berubah untuk memilih BN dalam pilihan raya akan datang.

Beliau juga berjanji untuk mendirikan stadium baru jika BN berjaya menawan Kelantan dengan memperlekehkan scoreboard stadium yang masih menggunakan manual, kerana tidak kemampuan pemimpin PAS.

"Sebelum beliau hendak menawan Kelantan, tolong perhati dulu negeri-negeri yang Umno perintah termasuk negeri Pahang," kata Idris kepada Harakahdaily.

Katanya, Kelantan walaupun diperintah oleh PAS tidaklah sampai mengemis untuk membayar gaji kakitangan dan melaksanakan negeri berkebajikan seperti skim kifalah, bantuan makanan kepada orang miskin dan terbaru bantuan perkahwinan.

Belau berkata, jika Umno menawan Kelantan semua skim itu akan dikuburkan, seperti di Terengganu.

"PAS menghapuskan cukai pintu kediaman, selepas Umno menang cukai pintu dikenakan kembali," ujarnya.

Menurutnya,  dalam keadaan Kelantan dinafikan hak mendapat royalti minyak dan hak pendaratan minyak Kelantan terus membangun dengan pesat dari segi spiritual dan material.

"Maklumlah negeri Kelantan seolah-olah berada di planet lain, sehingga hak mendarat minyak dinaikkan ke Songkla Siam yang jauh 270 kilometer, berbanding dengan Kelantan hanya 150 kilometer sahaja.

"Inilah demokrasi ala 1Malaysia," katanya lagi.

Baginya, walaupun scoreboard di stadium Kelantan menggunakan manual, stadium tidak runtuh.

"Kita bimbang jika stadium yang Datuk Seri Najib hendak bina, runtuh pula seperti stadium Terengganu yang berharga RM291 juta.

"Ia hanya sempat 'bernyawa' setahun sahaja, seolah-olah binaan stadium diikat dengan tali pisang," ujarnya.

HarakahDaily

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Nurulhuda Zaharni: Dari Kelantan Ke Negeri Pahang, Singgah <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2011 07:59 PM PDT

Ini adalah Entry tertungak. Tapi nak Post jugak! -Boleh laa..

Pada 16 June yang lepas, Family Zaharni nih mai la KELANTAN sebab nak amik anak pompuan dorang nih yang dah 3 tahun betapa di Kubang Kerian untuk di bawa pulang ke Kuantan.

Bermalam Semalaman di Kubang Kerian. Sempat juga membeli belah di Wakaf Che Yeh yang terkenal dengan barang barang yang murah. Serius! Taktipo! Nanti datang Kelantan singgah la di Wakaf Che Yeh. Macam macam ada. Leh beli bebanyak barang cam Family Huda nih. Penuh Kereta. Wajib!


Sudah tiba di Wakaf Che Yeh dengan bantuan GPS. Nih First time sampai sini. So, GPS sangat sangat membantu.
Okeh! Inilah muatan pabila pulang dari Kelantan. Sangat Kecian sama itu kereta. Mujur takmerangkak je lagi kereta ni.

Dari Kelantan Ke Pahang mestilah melalui sepanjang jalan pantai di Negeri Terenganu. Sempat juga singgah di Pasar Payang. (-Kepayang! Payang larh! Kepayang gak! Tak kire!)


Beli la dua tiga empat jenis buah buah tangan dari sana untuk Jiran tetangga yang terchentaik.



Seriously, Huda agak takgemar dengan Makcik Makcik yang berniaga di Pasar Payang mahupun Pasar Siti Kadijah. Bagi huda, mereka lebih suka memaksa dan mendesak kita untuk membeli tanpa berfikir.

So, kalau takda duit, jangan mimpi la nak tengok tengok ke survey survey dulu kat sini. Kompem kena desak ngan Makcik Makcik nih tuk beli barang mereka. ...bla..bla..bla..

(Nak dengar Huda membebel lagi pasal Pasar nih, Tunggu Next Post tau)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads