Khamis, 7 Julai 2011

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


victory: Sejarah Awal <b>Mengkebang</b>

Posted: 05 Feb 2011 04:30 PM PST

Sekitar tahun 1960an, Kerajaan Kelantan telah membuka beberapa tanah rancangan dalam Jajahan Kuala Krai untuk memberi peluang kepada rakyat yang kurang berkemampuan memiliki tanah . Pembukaan tanah tersebut membabitkan Rancangan Kemajuan Tanah Batu Mengkebang, (RKT) Rancangan Kemajuan Tanah Sungai Sam, RKT Manek Urai, RKT Chenulang dan RKT Sungai Sok . Borang-borang permohonan di buka kepada mereka yang berminat untuk menjadi peneroka . Rancangan Kemajuan Tanah Batu Mengkebang merupakan penempatan peneroka terawal daripada RKT yang lain. Hasilnya berbondong-bondonglah orang kampung datang memohon tanah untuk berhijrah membina penghidupan baru. Mereka datang dari segenap Daerah/Jajahan . Ada dari Tumpat, Pasir Puteh, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Bharu, Kuala krai, Bachok dan Hulu Kelantan. Sejarah penerokaan awal RKT Mengkebang penuh sukar dan memilukan , memerlukan pengorbanan dan istiqamah yang tinggi. Mereka terpaksa berbasikal sejauh puluhan batu dari kampung halaman masing masing membawa benih getah, bekalan makanan yang terhad menuju Gucil Kuala Krai dengan keazaman yang tinggi semata mata ingin merobah nasib. Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Begitu kata pepatah melayu. Berbekalkan semangat sengoti (sejati) mereka harungi pelbagai kegetiran kerana yakin disebalik kesusahan pasti ada kesenangan .

" Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri yang mengubahnya "

Tepat dan jelas sekali perumpaan yang Allah gambarkan dalam Al Quran yang mulia bahawa manusia perlu berusaha dan berikhtiar bersungguh sungguh dengan tekun dan sabar untuk melakukan perobahan dalam kehidupan ini. Mereka tidak boleh berpaku tangan semata mata mengharapkan sesuatu yang turun dari langit secara gratis (percuma ) . Mereka perlu melakukan pengorbanan yang tinggi untuk memperolehi kejayaan . Hanya orang yang mampu bertahan sahaja (tohid istilah Kelantan) kekal sebagai peneroka hingga kini . Mereka yang tidak sanggup menghadapi kesusahan dan jerih perih awal-awal lagi sudah cabut ("surrender"- "give up ") dan pulang ke kampung halaman masing-masing. Sejarah awal Mengkebang penuh dengan ranjau duka yang dilalui oleh peneroka . Tidak sedikit yang demam , sakit dan meninggal dunia sebelum tiba ke destinasi . Mereka terpaksa menempuh duri dan onak berjalan kaki meredah hutan , mendaki bukit, menuruni cerun , meniti batang batang kayu yang ditinggalkan pengusaha balak melalui jalan STEWON ( a kind of timber lorry ) yang sungguh menyulitkan .Jika hari hujan, jalan berselut kuning dan licin . Jalan bengkok bengkang berselut kerikil ditengah tengah hutan tebal memerlukan pengamatan tajam jika tersilap langkah kaki tersandung , gelongsor masuk gaung. Bunyi reriang dan cengkerik rimba mengiringi ketibaan senja sungguh meremang dan mendebarkankan dada . Penduduk Mengkebang terpaksa menapak lebih 6 jam (anggaran penulis) dari Gucil memikul beras, gula, ikan kering , budu dan barang keperluan asas lain melalui perkampungan lama Batu Balai untuk sampai ke rumah masing-masing. Ketika itu tiada kenderaan yang boleh digunakan. Jika bernasib baik dapatlah menumpang stewon yang membawa balak.

Berbekalkan Kudrat Empat kerat

Hutan anugerah Illahi kaya pelbagai spesis flora dan fauna menjadi habitat Gajah, Harimau , Babi dan Mergastua lain bertingkah bunyi suara ungka mengejutkan penghuni rimba dengan kedatangan rombongan manusia. Suasana seperti ini sudah cukup menggambarkan betapa tingginya semangat bapa-bapa kita bersama anak isteri membuat anjakan paradigma melakukan transformasi kehidupan . Dari puncak bukit terpancar mata air yang jernih melalui celah-celah rekahan batu dan akar kayu mengalir mengikut alur dan lurah , membentuk air terjun yang sungguh mengkagumkan. Sungainya yang cernih , dingin dan belum tercemar menjadi tempat permainan anak anak ikan berenang tangkas menongkah arus dengan riang . Burung burung undang terbang rendah memerhati dan mencari peluang menangkap anak anak ikan untuk dijadikan sarapan mereka. Demikian indahnya ekosistem hutan yang diciptakan Tuhan sebagai sumber bekalan oksigen untuk kelestarian hidup manusia dan haiwan . Subhanallah . Bekas tapak kaki Gajah, Harimau dan binatang liar menjadi mainan mata saban hari. Rasa takut, cemas dan gerun sudah hilang dalam dairi kehidupan mereka . Berbekalkan kudrat empat kerat mereka menebang pokok sebesar sepemeluk dan menebas hutan seluas 6 ekar milik mereka tanpa bantuan mesin dan jentera moden . Masing-masing mengerjakan tanah dengan tekun dan sabar untuk ditanam getah dan padi huma . Pokok pokok yang ditebang dibiarkan kering dan sesetengahnya dibakar untuk dijadikan baja (pupuk) yang menyuburkan tanaman . Suasana muhibbah dapat dirasai seperti dalam keluarga sendiri. Saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Konsep menggilirkan kerja di panggil DE GHAA dan ME NGHUUN menjadi amalan mereka. Peneroka awal mempunyai nama yang sangat sinonim dengan tempat tinggal asal mereka sehingga orang lebih mengenali dengan nama gelaran daripada nama sebenar mereka . Gelaran seperti Mat Punai, Mat Merah, Mat Bedil, Mat Che Yah , Mat Gajah, Pak Kob Merah (sekadar contoh panggilan) kekal hingga kini .

Rumah Berdinding Kulit Kayu

Peneroka awal membina rumah berdinding dan berlantai kulit kayu beratapkan nipah untuk melindungi hujan dan panas. Lubang-lubang celah dinding jelas kelihatan bilamana kulit kayunya telah kering. Damar hutan digunakan sebagai sumber cahaya disamping pelita minyak tanah yang di buat sendiri. Lantai rumah yang ngokngek ngokngek tidak rata terasa seperti orang sedang berjoget dan beronggeng dansa , menjadi tempat penginapan yang cukup selesa bagi mereka. Tiada peruntukan membina rumah, cuma gotong royong dalam kalangan mereka dengan menjamu nasi berlaukan ikan kering, ikan sungai masak lemak , gulai kulat sisir bersama pucuk paku , berulam kerdas , jering relung dan petai cicah budu menjadi menu yang sungguh menjelirakan (menyelerakan) . JIka teringin mencicipi daging, mereka memasang jerat napuh, pelanduk , landak dan rusa yang tidak sukar di perolehi. Begitulah indahnya semangat kekitaan pada masa itu. Sementara menunggu pokok pokok getah membesar mereka menanam ubi kayu, ubi keledek (ubi stelo ) menugal jagung, pisang , padi huma , tebu , sayur sayuran dan buah buahan untuk menampung kehidupan. Tanaman tersebut sentiasa diserang musuh seperti kera, kakoh, monyet, lutong dan beruang. Diwaktu malam pula , kedengaran sayup sayup suara serigala bersahut sahutan menambahkan lagi debaran . Mereka terpaksa menyalakan unggun api untuk mengelakan kehadiran haiwan pemusnah tersebut. Rutin harian mereka menyemai benih dan menyulat (mengganti) anak getah yang mati di sondol babi hutan.

Land Rover Pengangkutan Utama

Transformasi penduduk bermula sedikit demi sedikit dengan adanya kemudahan pengangkutan Land Rover (lighaba-dailek Kelantan) yang digunakan untuk membawa hasil tanaman berupa buah-buahan dan sayuran ke Pekan Gucil sejauh 13km melalui jalan berbukit curam yang menggerunkan. Jika musim hujan, jalan licin, lecah (becak) dan berselut hingga paras betis . Pengalaman menolak Land Rover yang tersekat dalam selut merupakan fenomena biasa bagi peneroka. Mereka sudah mangli dengan keadaan seperti ini. Mereka tidak punya pilihan kerana itulah satu satunya penghubung yang boleh digunakan. Keadaan jalan seperti ini sangat menguji kecekapan pemandu yang berulang alik dari Mengkebang ke Gucil . Land Rover yang uzur dan tak sempurna menjadi pilihan penduduk Mengkebang untuk TUBEK (keluar pekan) menjual komoditi mereka di Pekan Gucil dan Bandar Kuala Krai (KK). Pernah berlaku peristiwa kemalangan ngeri di Bukit Batu (Bukit Tonggek) . Land Rover yang dipandu Pak Yeh membawa Penyelia Tanah (nama lupa) ke Hospital KK mengalami masalah gear (gear loose) jungkir balik beberapa kali semasa menuruni bukit mengakibatkan penyelia berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian . Ketika itu ayahanda Hj Che Soh ada bersama dalam kenderaan terbabit. Ayah, Pak Will (gemulah ) dan beberapa orang lagi di rawat di hospital KK selama beberapa hari. Peristiwa tersebut masih segar dalam ingatanku (setiap kali melalui bukit tersebut) walau pun masa itu aku masih berumur kira kira 10 tahun dan bersekolah di Kampung Batu Hitam Pasir Puteh , tinggal bersama datuk Majid.

Banjir Besar 1967

Peristiwa banjir besar tahun 1967 yang melanda negeri Kelantan turut menenggelamkan bandar Kuala Krai dan Gucil mengakibatkan semua hubungan terputus. Taburan hujan yang luar biasa menyebabkan air sungai Kelantan ditangga Bradley (tangga Krai) melepasi paras bahaya . Bekalan makanan terpaksa dicatu. Air mencecah pokok kelapa , menghanyutkan rumah rumah penduduk , memusnahkan harta dan jiwa . RKT Mengkebang tidak terkecuali menerima musibah ini. Semua tanaman getah dan kebun peneroka turut musnah termasuk ternakan lembu kambing ayam itik mati dihanyutkan air. Ketika itu kami terperangkap beberapa hari di Gucil dalam perjalanan balik ke kampung di Pasir Puteh melihat datuk Majid yang sakit. Kami terpaksa menumpang di rumah Penyelia En Haris (kalau tak salah) dan beliau bertungkus lumus membantu menguruskan bantuan makanan kepada mangsa banjir termasuk kami. Pengalaman merasai makan nasi beras merah (beras campur) berlauk ikan kering yang dicatu adalah hidangan istimewa di kala menghadapi kesusahan begini. Setelah beberapa lama terkandas dan banjir mulai surut, kami bergegas balik ke kampung Batu Hitam melihat datuk yang sedang sakit. Allah menyayanginya, selang beberapa lama di Kampung , Datuk telah kembali menemui Tuhan. semoga Allah meredhainya. Amin Ya Rabbal Alamin. Setelah lebih empat puluh hari pemergian datuk, ayah bersama mak su dan adik kembali ke Mengkebang ,tinggal lah aku bersama Pak Teh (Bapa Saudara) di kampung meneruskan persekolahan di SK GONG GARU dalam Darjah 5.

Getah Mula Menitik

Hasil jerih payah peneroka selama bertahun tahun akhirnya mereka mendapat rezeki menambahkan pendapatan apabila pokok getah mula menitik mengeluarkan susu . Sejak awal pagi sesudah menunaikan kewajiban kepada Illahi , mereka menuju ladang getah untuk menoreh. Dengungan musik yang mengganggu cuping telinga memaksa mereka memasang ubat nyamuk semasa menoreh. Tidak saja nyamuk, mereka juga berperang dengan pacat yang sangat peka dengan bau manusia. Sesekali terserempak dengan sekumpulan anak-anak babi yang sedang berpesta menyodok tanah mencari makanan . Kumpulan babi terus melarikan diri kedalam hutan sebaik mendengar jerkah (jeritan) penoreh . Demikian sepintas nostalgia yang masih tersemat dalam ingatan penulis . Penoreh membina Pondok MESIN GETAH untuk memproses getah keping. Getah yang siap di mesin nipis di jemur dan di biarkan kering selama beberapa hari sebelum di jual kepada tok peraih . Peraih mengumpulkan hasil belian mereka untuk di jual di Pekan Gucil dengan Land Rover. Land Rover yang sarat muatan getah dengan penumpang terpaksa berdiri bergantungan di belakang memegang besi palang melalui jalan berbukit kerikil berdebu merupakan senario biasa pada waktu itu. Tidak ada rasa gayat, takut dan risau yang penting mereka selamat sampai di Gucil untuk menjual hasil getah kepada Tauke Cina MEK SOM setiap hari .

Sekolah Kebangsaan Batu Mengkebang

Menyedari pentingnya ilmu pengetahuan sebagai tunjang kehidupan , penduduk sepakat membina sebuah sekolah kayu berdinding papan di Pusat (central Mengkebang) . Sekolah tersebut ialah SK Batu Mengkebang (SKBM) . Guru Besar pertamanya Allahyarham Che gu Siddik dan menerima pelajar-pelajar sekitar Mengkebang, Bechah Salak, Pahi dan Gertak Kangkong. Sekolah yang dhaif dan serba kekurangan ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat peneroka menghantar anak-anak mereka. Dalam masa yang sama sebuah sekolah Agama Rakyat As Saadah dibangunkan secara gotong royong untuk memberi didikan agama kepada anak-anak . Pengasasnya ialah Hj Che Soh Majid bersama beberapa orang Ahli Jawatan Kuasa (AJK) terdiri daripada Allahyarham Ustaz Sulaiman dan Sdra. Ab.Malik manakala tenaga pengajar terdiri daripada anak-anak tempatan yang mendapat pendidikan di Kuala Krai dan Pasir Puteh . Mereka tidak mengenakan bayaran hanya sagu hati saja, ikut kemampuan. Kini sekolah sekolah tersebut mencipta kejayaan dengan mengeluarkan ramai pelajar yang menyambung pengajian ke IPTA dan mendapat pekerjaan yang baik dalam sektor awam dan swasta.


Mengkebang meniti arus pembangunan

Beberapa dasawarsa yang lalu, Mengkebang masih dipenuhi hutan dan banyak lagi tanah-tanah yang tidak diusahakan. Namun setelah Kerajaan membina rangkaian jalan menghubungkan Kuala Krai- Gua Musang sebagai laluan utama untuk ke Kuala Lumpur, Mengkebang mendapat tempias arus pembangunan. Jalan raya dari Gucil - Mengkebang dibina dan siap sepenuhnya sekitar tahun 1993 . Jalan ini menjadi laluan alternatif pengguna ke Gua Musang dan Kuala Lumpur ketika musim perayaan. Kini setelah melewati empat dekad, Mengkebang menjadi sebuah mukim yang maju berkembang pesat dengan bekalan elektrik dan air yang sempurna. Sebuah sekolah Menengah iaitu SMK Batu Mengkebang berasrama siap dibina pada tahun 1989-1990 (jika tidak silap) untuk menampung pendidikan anak-anak di peringkat menengah . Sekolah tersebut telah dirasmikan YB Menteri Pendidikan pada masa itu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Mengkebang menjadi sebuah daerah yang bertuah kerana sering menerima lawatan pembesar negara . Sebuah Masjid baru telah siap dibina menggantikan Masjid lama yang uzur . Imam Mukim Mengkebang (Imam Tua) ialah Tuan Haji Che Soh bin Majid juga selaku pendaftar nikah merupakan imam yang paling lama berkhidmat ( 30 tahun) disini. Masjid baru tersebut dilapurkan menelan belanja lebih RM 1 juta yang diumumkan TPM Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak (pada masa itu ) semasa kunjungannya dalam bulan Januari , 2008 . Pejabat KESEDAR juga beroperasi sepenuhnya untuk memberikan khidmat nasihat kepada peneroka. Dalam masa terdekat Balai Polis Mengkebang akan di bina ( jangkaan penulis) berdasarkan tapaknya siap berpagar bertentangan dengan Masjid lama di PUSAT (central Mengkebang ) menggantikan Pondok Polis sedia ada. Dengan adanya pelbagai agensi kerajaan beroperasi sepenuhnya menjadi pemangkin pembangunan Mengkebang seperti Gucil dan Kuala Krai. Nilai hartanah melonjak drastik dengan kemudahan insfrastruktur yang cukup. Penduduk Mengkebang ketika ini dianggarkan seramai lebih lima belas ribu orang dan ramai anak anak generasi kini bekerja sebagai pegawai kerajaan , guru, pengetua , pegawai polis , pegawai tentera , pensyarah , doktor dan usahawan yang berjaya dalam bidang masing-masing. Mengkebang juga telah menjadi sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) sendiri sejak beberapa tahun lalu. Tidak siapa menduga Mengkebang yang suatu ketika dahulu merupakan tempat bermukimnya haiwan liar ,berubah wajah menjadi sebuah daerah moden yang mudah dicapai oleh sesiapa saja melalui rangkaian sistem maya, internet .

Refleksi Penulis

Gambaran senario tersebut di atas adalah berdasarkan memori penulis yang membesar di daerah ini dan mengalami sendiri pahit getir semasa bersekolah di Sultan Yahya Petra Secondary School (SYPSS) , kini ( SMK SULTAN YAHYA PETRA) dalam tahun 1969-1970 (remove class). Masih terkenang memakai uniform sekolah seluar warna kuning baju putih bergosok kanji supaya kelihatan keras dan bersih . Ketika itu Pengetuanya ialah MR. Abd. Malik seorang yang bengis dan ditakuti semua pelajar. Penulis tinggal bersama keluarga Pak Cik Pa ( Hj Jaafar Mat) di Quaters Railway Station Kuala Krai sebelum menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Kamil Pasir Puteh . Refleksi ini menghimbau kenangan penulis ketika musim cuti sekolah menjadi gembala lembu di ladang getah sempadan hutan simpan ( forest reserve) tepi sungai , Blok Hulu Kelantan . Sementara menunggu ternakan memagut rumput, penulis menebas semak samun di dada lorong getah yang sedang membesar . Kenangan ini dirasakan penting untuk dikongsi bersama generasi sekarang yang tidak pernah merasai kesusahan hidup sepertimana orang terdahulu , mudah mudahan menjadi ibrah dan tamsil betapa sukarnya membina sebuah kehidupan . Benar kata pepatah, "Kalau tidak dipecahkan Ruyung manakan dapat sagunya" dan "Berakit rakit ke hulu berenang renang ketepian " . Generasi terawal telah pergi meninggalkan kita buat selamanya namun jasa bakti mereka dapat dilihat, dirasai dan di nikmati anak-anak mereka . Hargailah jasa mereka yang terpaksa berkorban memerah keringat ,darah dan air mata membangun sebuah kehidupan yang selesa untuk anak-anak mereka dengan hasil komoditi getah semasa melambung mencapai harga RM8 hingga RM9 sekilogram . A good life does not just happen, its build in a daily prayer, sacrifice , humanity and love. No success without sacrifice.


sam/csyahya/722011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Interaktif <b>Bunut Payong</b>: Kelantan sasar 5.8j pelancong

Posted: 02 Jul 2011 09:11 PM PDT

KOTA BHARU - Dijangka 5.8 juta pelancong dari dalam dan luar negara akan mengunjungi Kelantan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kedatangan pelancong dijangka meningkat berbanding 5.3 juta tahun lalu, memandangkan tarikan yang ada di negeri ini.

"Kelantan destinasi yang tidak asing lagi bagi pelancong, kerana ikon sebagai syurga makanan yang dimiliki selain seni budaya dan warisan terunggul yang dimiliki," katanya selepas merasmikan Pesta Nasi 100 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, kelmarin.

Menurutnya, pesta makanan itu termasuk dalam komponen utama carnival seni budaya dan makanan negeri Kelantan.

"Pesta Nasi 100 ini merupakan acara tahunan yang akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri," katanya.

Menurutnya, Nasi 100 mempunyai dua erti iaitu merujuk kepada 100 jenis nasi dan yang kedua melibatkan 100 jenis bahan ramuan yang digunakan untuk menjadikan nasi lebih enak serta berkhasiat untuk dinikmati.

Takiyuddin berkata, pesta kali ini mendapat sambutan menggalakkan pelbagai pihak termasuk hotel bertaraf lima bintang, pemilik- pemilik restoran dan individu yang mahir dalam bidang masakan.

"Selain itu, kerajaan negeri dalam rangka menghidupkan kembali Tahun melawat Kelantan bermula tahun hadapan selepas hampir tiga tahun dihentikan, dan kita mengharapkan agar ia menjadi penyumbang kepada usaha kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini," katanya

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Interaktif <b>Bunut Payong</b> | BLOG - BLOG PARTI PAS

Posted: 03 Jul 2011 07:37 AM PDT

KOTA BHARU - Dijangka 5.8 juta pelancong dari dalam dan luar negara akan mengunjungi Kelantan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kedatangan pelancong dijangka meningkat berbanding 5.3 juta tahun lalu, memandangkan tarikan yang ada di negeri ini.

"Kelantan destinasi yang tidak asing lagi bagi pelancong, kerana ikon sebagai syurga makanan yang dimiliki selain seni budaya dan warisan terunggul yang dimiliki," katanya selepas merasmikan Pesta Nasi 100 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, kelmarin.

Menurutnya, pesta makanan itu termasuk dalam komponen utama carnival seni budaya dan makanan negeri Kelantan.

"Pesta Nasi 100 ini merupakan acara tahunan yang akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri," katanya.

Menurutnya, Nasi 100 mempunyai dua erti iaitu merujuk kepada 100 jenis nasi dan yang kedua melibatkan 100 jenis bahan ramuan yang digunakan untuk menjadikan nasi lebih enak serta berkhasiat untuk dinikmati.

Takiyuddin berkata, pesta kali ini mendapat sambutan menggalakkan pelbagai pihak termasuk hotel bertaraf lima bintang, pemilik- pemilik restoran dan individu yang mahir dalam bidang masakan.

"Selain itu, kerajaan negeri dalam rangka menghidupkan kembali Tahun melawat Kelantan bermula tahun hadapan selepas hampir tiga tahun dihentikan, dan kita mengharapkan agar ia menjadi penyumbang kepada usaha kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini," katanya

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


DUNIAKU YANG INDAH: NEGARAKU MALAYSIA : AYAH DAN ANAK, LAHIRKAN <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2011 12:55 AM PDT

KOTA BHARU: Seorang ayah dihukum penjara setahun enam bulan dan denda RM2,500, manakala anak perempuannya didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas mengaku salah bersekedudukan sehingga mempunyai tiga anak. Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam penghakimannya turut mengeluarkan perintah supaya anak beranak itu tidak tinggal bersama dalam sebuah rumah untuk selamanya bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Lelaki berusia 45 tahun dari Tumpat yang bekerja sendiri itu turut berdepan tambahan penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Anaknya berusia 25 tahun pula berdepan tindakan penjara enam bulan jika gagal membayar denda RM2,000 itu. Mengikut pertuduhan, lelaki itu pada jam 1.30 pagi semalam bertempat di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan anak perempuannya sehingga melahirkan tiga anak.
Wanita itu pula pada tarikh, lokasi dan masa sama didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan bapanya sehingga melahirkan tiga anak.  Berikutan itu, kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda RM3,000.  Berdasarkan fakta kes, bertindak atas maklumat awam, penguat kuasa agama Tumpat membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Wakaf Bharu, sebaik sampai di kediaman itu didapati pintu rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam.

Kemudian pintu rumah dibuka seorang lelaki dan pemeriksaan di sebuah bilik mendapati seorang lelaki serta seorang perempuan sedang tidur. Selain itu, terdapat dua kanak-kanak di samping mereka, hasil soal siasat didapati mereka mempunyai hubungan sebagai bapa dan anak (mahram).  Berikutan itu, kedua-dua mereka ditangkap kerana melanggar undang-undang Kanun Jenayah Syariah 2/85 Negeri Kelantan (tidur sebilik antara bapa dan anak perempuan).  Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman, berkata tertuduh perlu dijatuhi hukuman setimpal memandangkan perbuatan mereka yang keji.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


BcPengurusan: Cerita Seorang Datuk

Posted: 07 Jul 2011 08:01 AM PDT

Artikel ini saya petik dari Mstar Online.

SEBAGAI pegawai nombor 1 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan amat sibuk dengan tugasan.

Ketika Mingguan MStar berkunjung ke pejabatnya di Putrajaya, beliau sibuk melayan stafnya dan orang luar.

Beliau sesekali dicelah dengan deringan telefon bimbit serta siri khidmat pesanan ringkas (SMS). Lumrah bagi seorang pemimpin.

Dalam keadaan sibuk itu, Solah meminta wartawan ini tunggu sebentar agar dapat membereskan kerja-kerja satu persatu.

Walaupun sibuk, Ketua Pengarah JPJ itu tidak pernah menghampakan wartawan serta sesiapa sahaja yang ingin menemuinya.

Sifat-sifat mesra beliau begitu mendekatkan diri dengan orang ramai termasuk wartawan ini.

Apabila peluang tiba untuk menemuramah Solah, soalan pertama terpacul dari mulut: "Adakah ini merupakan cita-cita Datuk sejak kecil lagi?

Solah menidakkannya. "Saya ingin menjadi askar kerana saya suka berlawan, semangat mahu berlawan dan suka berjuang," katanya secara spontan sehingga wartawan ini tergamam mendengar jawapan itu.

 

 

Lantas ditanya kenapa beliau tidak merealisasikan cita-citanya itu. Solah terdiam seketika.

Jawapan awalnya amat ringkas iaitu "Amat menyentuh perasaan". Agaknya beliau tengah menyusun butiran penjelasannya.

Bila penjelasan lanjut diberikan, segala misteri di sebalik cita-citanya yang tidak tertunai itu beransur-ansur terungkai satu persatu.

Titik peralihan, jelas Solah, ialah apabila beliau lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan gred satu. Malah beliau merupakan pelajar terbaik di daerah Pasir Puteh ketika itu.

"Saya cuba masuk ke Universiti Pertanian Malaysia kerana ingin menjadi petani moden. Namun, saya kena sahkan sijil-sijil (peperiksaan) dulu dan hanya Pegawai Daerah (DO) yang boleh lakukan," katanya.

Solah dibesarkan dalam sebuah keluarga petani yang miskin di Kampung Gaal, Pasir Puteh, Kelantan. Beliau ialah anak kampung sejati yang menanam tembakau, menanam padi serta menjala, menjual ikan dan menjual buah-buahan tempatan.

Beliau bijak orangnya dan menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik sejak sekolah rendah lagi.

Untuk mendapatkan pengesahan sijil-sijil tersebut, Solah berkata, dia menyediakan telur ayam, kelapa yang dibersihkan dengan daun mempelas, beras pulut yang dituai dari bendang sebagai buah tangan kepada pegawai terbabit nanti.

"Selepas solat Maghrib, saya bersama ibu bapa saya menaiki beca roda tiga dari Kampung Gaal ke pusat bandar di Pasir Puteh.

"Perjalanan sehala adalah kira-kira dua batu dan memakan masa sejam. Saya berdiri sepanjang perjalanan sementara ibu bapa duduk kerana ruang terhad," katanya sambil menambah bapa saudaranya yang bekerja sebagai tukang kebun di rumah Pegawai Daerah itu membuat temu janji tersebut.

Pertemuan itu bagaimanapun meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap jiwanya.

Memori lampau itu amat mengusik hati Solah sehingga beliau yang tabah serta bengis bagi mereka yang tidak mengenalinya "tewas" apabila mengimbaunya.

Air mata yang berlinangan turun membasahi pipinya. Tangannya menyeluk poket untuk mendapatkan sapu tangan cepat-cepat bagi menyeka air mata yang berguguran.

"Terdapat dua perkara yang mengganggu emosi saya. Pertama, Pegawai Daerah terbabit tidak menghargai kejayaan saya memperolehi Gred 1 kerana dia langsung tidak mengucapkan tahniah.

"Keduanya, dia tidak usik pun buah tangan tersebut sebaliknya menyuruh saya meletakkannya di anak tangga," ujarnya dengan suara yang terketar-ketar kerana kesedihan yang teramat sangat.

Apa tidak sedihnya, Solah membuat persiapan buah tangan itu sejak seminggu. Perjalanan sejam pergi, dan sejam balik.

Tetapi perjumpaan hanya kurang daripada lima minit. Lebih mengaibkan, Pegawai Daerah itu tidak menjemput mereka masuk ke rumah.

Semasa dalam perjalanan pulang, Solah masih ingat ibu bapa dan dirinya diam membatu sepanjang perjalanan kerana terpukul dengan layanan tersebut.

"Dalam benak saya, okey, anda tidak menghormati ibu dan bapa saya kerana saya orang kampung."

Bermula dari detik itu, beliau berjanji tidak akan jadi askar.

"Pertamanya, saya berikrar akan melanjutkan pelajaran ke universiti. Keduanya, bila saya bekerja, saya akan berada di kerusi pegawai daerah itu atau lebih tinggi dan akan buka pintu kepada sesiapa sahaja," tegas Solah.

Justeru, mulai hari pertama bekerja, Solah mengakui beliau tidak pernah menolak sesiapa yang ingin berjumpa dengannya.

Patutlah pintu pejabatnya di Putrajaya sentiasa terbuka luas kepada pengunjung!

Jika diselak zaman persekolahan menengah lagi, semangat berkobar-kobar untuk melawan situasi sudah terbit.

Solah berkata, beliau tidak dapat memohon biasiswa persekutuan kerana borang permohonan hanya diberikan kepada anak-anak cikgu, polis dan kerani.

Katanya, dia mengetahui perkara itu selepas kawan-kawan serta kenalannya yang berjaya mendapat biasiswa itu merupakan anak-anak inspektor polis, kerani dan guru.

Ini menguatkan lagi azamnya untuk 'menewaskan' mereka dalam bidang pendidikan. Biasiswa tersebut bernilai RM15 sebulan yang dimasukkan dalam buku akaun.

"Kawan yang mendapat biasiswa pernah belanja tengok wayang 25 sen untuk filem kelas ketiga ketika itu," katanya.

Akhirnya, Solah mendapat gred pertama manakala kawan-kawannya mendapat gred dua.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


! wAnt a PeaCefuL liF3: hujung minggu <b>di machang</b> !

Posted: 29 Jun 2011 01:15 AM PDT

horey horey ! dpt g machang . leh jumpa dgn tersyg . hehehe . sambilsambil tue leh join BrassBand camping . eh3 , tak sedar ke diri tuuu dah jd mantan ? alah , bia la . nak jgk g jenguk adikadik wat keje . bkn kena byr pun . lg pun duk kt umah bkn ada keje apa pun .

camping kali nie bertarikh 23 - 25 june 2011 . camping part 1 . yeay ! boleh gedikgedik dgn budak part 1 . bkn slalu pun . kali nie jer . hehehe . jom kita cite perjalanan camping nie . dan pengalaman sebagai MANTAN . pengarah projek camping nie ; tuan amali mohd shukor . oh tidak !! mcm xcaye kan . en.tersyg jd PP . heeee .

khamis...
pkl3 ptg bertolak dari umah . harapharap sempat la join aktiviti ptg nie . dah janji dah dgn mantanmantan yg laen . then sampai machang pkl 5 lbh . letak brg dlm bilik , then siapsiap utk trun . ceh ! bajet mcm komander lg . hahah . kali nie tumpang bilik 'syera' . naseb baek rumate2 dia takde . blh la bermaharajalela kejap . hehehe .

then turun jumpa diorg . aku pulak excited tgk ramai sgt pelatih part 1 nie . klu tak silap 83 org kot . aktiviti ptg tue mcm biasa lah . ddk dlm group . cipta trademark . dan mcm2 lg lah . tp yg plg seronok , diorg nie dpt brg amanah . setiap group dpt 3 . tau dpt apa ? telor . hah ! jagalah korg . jgn sampai pecah . jgn sampai di rampas . hehehe .

mlm tue diorg ada ceramah dgn En.Khairul . campur skali dgn pelatih kesatria . kt aud300 . tp aku pulak turun lwt . biasa la , kan dah jd mantan . hahah .

teringat time dulukala
" group nie plg bagus , nak ambek air pun beratur "
bersama mantan dan komander
jumaat...
hari kedua camping . mcm biasa lah . turun pkl 7 pg . tp kali nie berkumpul kt pdg . sbbnya ? nak masuk hutan pg tue . camping kali nie diubahsuai ckit . masuk hutan hari jumaat pg . tp aku , mcm biasa lah . kan mantan . turun lwt pun xkesah lah . bkn ada kerja pun . hehehe . nak join masuk hutan pun aku xbwk kasut . so , nnt diorg kua dari hutan . kita turun la . hehehe . tp yg bestnya , si PP tue pun xmasuk hutan jgk . ceh ! PP curi tulang . hahah . so apa lg , jlnjln bersama PP lah pg tue .

tak tau lah apa yg diorg buat kt dlm hutan tue . sbb aku xmasuk skali kan . tp yg penting , mandi dlm kolam dgn air yg 'jernih' tue xketinggalan .

then lps solat jumaat , kna trun pkl 230 pulak . aktiviti apa pun aku xtau . ikut jer trun pkl 230 ptg . kali nie aku bagus ckit . turun sama2 ngan diorg .

kali nie diorg kna reka sesuatu . dgn menggunakan kayukayan yg diambil dari hutan pg td . kt sini blh la tgk betapa kreatifnya diorg nie .

hah ! lps asar nk buat apa pulak ea ? pk punya pk . dpt la 1 idea . kita tunjuk la ckit2 alat kt pelatih . bia nnt diorg smgt ckit nk turun KO . slot nie diambil alih oleh 'pakman' .

yeay ! mlm nie aktiviti mlm kebudayaan . mlm nie kena turun awl lah . xleh terlepas nie . mesti best punya . heeee . memilih aktiviti betullah si mantan nie . mcm2 persembahan yg di persembahkan oleh pelatih nie . ada yg buat tarian , rajalawak . mcm2 lah lagi . haish , kreatif betul mereka nie .

lps je mlm kebudayaan , tuan amali pulak nk bg hellnight . so , terpaksa lah memekakkan telinga dgr dia mrh2kan pelatih . lma jgk kot . sampai dah takde suara beliau .

then lps smua2 tue . masa utk kenakan mantan c.puan aina . kita buat suprise party ckit . jln ceritanya . pkl230 ptg . pakat2 dgn mantan c.puan mia . nak turun dl . tak nak bg aina ikut . sbb nk g beli kek utk dia . klu dia ikut ssh la nnt nak kua . then ajak la en.suami g machang . tp dia pulak kena jaga budak . terpaksa la merempit g machang dgn c.puan mia . naseb bek slmt g n slmt blk . dan yg tertulis atas kek tue ' happy birthday budak kecik ' .

sabtu...
hari ketiga & last . hish , sedih la pulak nak kna tgalkan lg daerah machang nie . dan terpaksa la berjauhan dgn yg tersyg . dan jugak pelatih2 sekalian . tp nak wat cmne kan . sedar la ckit diri tuuu dah grad . hahaha .

okey . pg nie aku turun lmbt . terlbh tido lah pulak . si PP nie pulak xkejutkan aku . tp dgr2 cite dia pun trun pkl8 . ceh ! baik punya PP . aku xtau sgt la aktiviti pg tue . tp mcm biasa lah . turun pkl7 pg . ada la senamseni ckit2 . tp semalam diorg tido kat PI . aku pulak tido kt kolej . lg best . ada katil . hahaha .

jengjengjeng . nie aktiviti yg plg aku tunggu . explorace . bia pun turun lwt . tp aku ttp tak terlepas . aku pun jaga checkpoint jgk . skali ngan tuan amali . best jgk . heheh , klu camping yg aku handle sblm nie pun , tak pernah aku involve dlm explorace nie . keje aku tunggu bdk sakit je . hahaha , buang tabiat lah kali nie .

kt checkpoint tuan amali nie , pelatih kena mkn roti bersama belacan dan budu . korang pernah rasa ? klu nak rasa , blh la jumpa tuan amali . mkn sama2 dgn dia . sbb dia pun xmkn budu . hahaha . sedap2 dia je sruh org mkn . then dia psycho pelatih2 dia ckit . sandwich bersama pacat dan lintah . hah ! smuanya geli geleman . naseb lah korg .

hah tgk ! aku yg berkuasa . hahah . cepat ikut aku .

maka berakhirlah camping part 1 utk sem nie . seronok lah lyn junior2 nie . will miss u . ceh ! gatal lah pulak . sblm tue ada la sedikit cendrhati . utk mengubat lelah2 anda semua .

PP muka macho bg hadiah
huh ! penat . tp seronok !
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


PAPISMA <b>Kelantan</b>: NiCE 2011 Kini Bermula...

Posted: 07 Jul 2011 04:01 AM PDT

Alhamdulillah segala puji dipanjatkan ke hadrat Ilahi, perancangan yang telah lama disusun kini telah tiba. Sebentar tadi program National Ibnu Sina Conference & Community Engagement 2011 telah di rasmikan oleh Dr. Shah Jihan (Naib Presiden I, Papisma Pusat).

Selama empat hari program ini berlangsung, sama-sama kita doakan agar Allah mempermudahkan segalanya.Kepada semua urusetia & peserta, selamat ber NiCE 2011 diucapkan.



InsyaAllah laporan akan disediakan oleh pihak urusetia dari semasa ke semasa untuk semua ahli Papisma seluruh dunia (termauk yang berada di calcutta & sydney) sehingga NiCE 2011 pada tahun ini melabuhkan tirainya...

Disediakan oleh :

-al-

AbulHaafiz

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PAPISMA <b>Kelantan</b>: Hospital Mesra Ibadah - Dr Mohamad Najib Mat Pa

Posted: 07 Jul 2011 05:37 AM PDT

Kuliah Maghrib malam pertama disampaikan oleh Dr. Najib, Pensyarah di Jabatan Pendidikan Peruabtan, USM. Menghuraikan tentang konsep Jospital Mesra Ibadah.

Dr. Mohamad Najib menyampaikan ceramahnya

Peserta muslimin khusyuk mendengar

Begitu juga dengan peserta muslimat

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


Lumba Haram <b>di Pasir Mas</b> | Kelantan | currentlife2u

Posted: 07 Jul 2011 12:11 AM PDT

Empat remaja yang berlumba haram maut apabila motosikal yang ditunggang mereka merempuh satu sama lain dalam kejadian di Kampung Banggol Chicha, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mereka ialah Mohd Amirul Afiq Baharom, 17, Raja Ahmad Muzamil Raja Mansor, 18, Mohd Fikri Mat, 19, dan Abdul Muhaimin Makhtar, 21.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

4 Remaja Maut Ketika Lumba Haram <b>Di Pasir Mas</b> | MyNewsHub (BM)

Posted: 06 Jul 2011 08:17 PM PDT

PASIR MAS – Empat remaja yang berlumba haram maut apabila motosikal yang ditunggang mereka merempuh satu sama lain dalam kejadian di Kampung Banggol Chicha, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mereka ialah Mohd Amirul Afiq Baharom, 17, Raja Ahmad Muzamil Raja Mansor, 18, Mohd Fikri Mat, 19, dan Abdul Muhaimin Makhtar, 21.

"Mereka mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan semuanya maut di tempat kejadian," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya, Mohd Fikri adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong, manakala Abdul Muhaimin pula pelajar sebuah polikteknik di sini.

Mengulas kejadian 6.40 petang itu, Haliludin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas motosikal Honda EX5 yang ditunggang Mohd Fikri meletup dan terbakar ketika sedang berlumba.

"Tiga lagi yang menunggang motosikal masing-masing tidak sempat mengelak mengakibatkan mereka saling merempuh.

"Siasatan mendapati hanya Abdul Muhaimin yang mempunyai lesen memandu manakala tiga lagi tidak mempunyai lesen, sementara dua daripada mereka tidak memakai topi keledar," katanya.

Beliau berkata, laluan yang digunakan empat remaja terbabit juga belum dibuka kepada umum namun sering digunakan sebagai lokasi lumba haram oleh golongan remaja.

Haliludin turut meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil membantu siasatan.

Sementara itu, di Bilik Mayat Hospital Pasir Mas, hampir 200 sanak saudara dan rakan mangsa memenuhi kawasan terbabit.

Ibu Mohd Amirul Afiq, Noraini Yaacob, ketika ditemui berkata, arwah anaknya itu sentiasa keluar menunggang motosikal pada sebelah petang.

"Pada petang semalam katanya hendak ke rumah sepupu dan tidak tahu pula begini jadinya," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Kerabu Bersuara: Isu BERSIH Buat Najib Dan Hishamuddin Jadi Bengong!

Posted: 06 Jul 2011 05:30 AM PDT

Bersih: Menteri KDN canggah kenyataan Najib

Rizal Tahir

KOTA BHARU, 6 Julai: Kelmarin Perdana Menteri kata kerajaan sanggup sediakan stadium untuk Bersih 2.0 berkumpul, Ahad lalu Yang di-Pertuan Agong menitahkan kerajaan melaksana segala amanah secara adil dan bijaksana.

Anehnya hari ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilapor berkata, tangkapan ke atas aktiviti berkaitan perhimpunan Bersih 2.0 akan berjalan seperti biasa.

Persoalannya siapa lebih berkuasa di antara Menteri Dalam Negeri (KDN) atau Perdana Menteri.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, kenyataan Menteri Dalam Negeri tidak memperlihatkan semangat seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong.

"Pemuda PAS menjunjung kasih di atas titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ampuni perkenan menerima mengadap wakil Bersih 2.0 semalam.

"Jelas perjuangan Bersih sudah mendapat perhatian sewajarnya ketua tertinggi negara. Oleh itu Perdana Menteri yang menjalankan tugas bagi pihak tuanku perlu menterjemahkan titah baginda secara adil," katanya di sini.

Semalam Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga diterima mengadap ekoran kenyataan Yang di-Pertuan Agong menitahkan hendaklah dipastikan tuntutan demontrasi tidak membawa kemusnahan kepada negara.

Sehari selepas itu Datuk Seri Najib Razak pula menyatakan kerajaan sanggup menyediakan stadium untuk Bersih 2.0 berkumpul daripada pagi sehingga malam.

Namun hari ini Menteri Dalam Negeri pula menegaskan tangkapan ke atas aktiviti berkaitan perhimpunan Bersih 2.0 akan diteruskan.

Abdul Latif berkata, janji Perdana Menteri bersedia membenarkan himpunan Bersih diadakan di stadium perlu dilaksanakan tanpa berdolak dalih lagi.

Katanya, jangan pula meletakkan sebarang syarat bagi menggagalkan himpunan itu kerana ia dianggap boleh menimbul rasa tidak senang di kalangan peserta Bersih 2.0.

"Pemuda PAS juga menggesa pihak berkuasa membebaskan segera semua tahanan Bersih dan menggugurkan dakwaan terhadap mereka sebagai merealisasikan persafahaman yang telah dicapai.

"Kami juga berharap tiada lagi sebarang bentuk provokasi dan penahanan baru hanya kerana memakai baju kuning.

"Pihak keselamatan juga tidak wajar lagi membuat sekatan jalanraya sehingga menghalang peserta Bersih hadir pada perhimpunan di stadium 9 Julai ini," ujarnya.

Menurutnya yang juga Adun Mengkebang sewajarnya titah Tuanku diambil perhatian serius kerajaan khasnya Suruhanjaya Pilihan Raya bagi memastikan pilihan raya umum ke-13 lebih bersih, adil dan telus.

Ikat jamin RM4,000

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan seorang peniaga, Zakaria Cik Wail, yang ditahan ketika menjual kemeja T di Dataran Ilmu Jumaat lalu hari ini dibebas dengan ikat jamin sebanyak RM4,000.

Sebutan kesnya akan dibuat pada 9 Ogos depan di Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Bagaimanapun pihak pendakwa menukar pertuduhan ke atas Zakaria daripada Seksyen 4 (1) (c) tuduhan menghasut kepada Seksyen 47 Akta Pertubuhan kerana menjual barangan pertubuhan haram (Bersih).

Beliau dibawa ke mahkamah di sini pagi tadi dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat. Turut berada di mahkamah anggota jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri dan ahli keluarga Zakaria.

Kelmarin seorang lagi pemuda, Mohd Amizul Fazly Muhamed Sudin didakwa di Mahkamah Majistret Bachok atas tuduhan serupa.

Pada Ahad lalu beliau ditahan kerana mempamerkan sehelai Baju Bersih 2.0 di sebuah kedai di Permatang Piah, Mahligai. Anggota jawatankuasa Pemuda PAS Bachok itu juga diikat jamin RM4,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads