Khamis, 6 Oktober 2011

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Gulai keladi kenduri kawin <b>di</b> Kg <b>Pasir Puteh</b> Kalumpanf <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2011 10:07 PM PDT

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


MPP Online: Gambar UNIK Nik Aziz.. Najib pun tak boleh buat <b>...</b>

Posted: 05 Oct 2011 07:27 AM PDT


Perkara pertama yang timbul dalam kepala gua bila tengok gambar Pok Nik tu ialah.., apa sebenarnya orang tua tu nak tunjuk dengan ambik wudhuk di tepi sungai? Kat kawasan tu tak ada bekalan air paip ke?

Nak ambik wudhuk tu lain ceritalah.., tapi kenapa perlu Pok Nik sengaja bagi orang ambil gambar dia dan jadikan ia sebagai satu modal politik?

Untuk pengetahuan korang, gambar ni di sebarkan dalam Fesbuk dan juga beberapa blog tegar PAS, kononnya Pok Nik ni memang zuhud dan berjiwa besar sebab sanggup ambik wudhuk di sungai..

Tapi.., maaf cakaplah yee.. Gua berpendapat, Pok Nik tu 2x5 je dengan Ahmad Maslan..

Kalau dulu puak-puak PAS kata Ahmad Maslan gila publisiti bila bergambar sambil menoreh getah di PRK Manek Urai.., macam tu lah juga Pok Nik yang nak cari glamour dengan ambik wudhuk di tepi sungai..

So.., kalau macam ni punya gayanya.., memang sesuai lah Pok Nik tu di gelar ulamak politik.. Semuanya nak dipolitikkkan sampaikan ambik wudhuk pun boleh di jadikan bahan pameran...

Hebat betul Pok Nik.. Najib pun tak boleh nak buat macam tu.... Hahahaha...

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Harussani Sokong Perlaksanaan Hudud <b>Di Kelantan</b>

Posted: 05 Oct 2011 06:52 PM PDT


KUALA LUMPUR, 6 Okt — Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan pentadbiran Najib agar membenarkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan sebagai satu "percubaan" selepas kerajaan pusat terus dengan pendiriannya menyekat langkah sedemikian atas alasan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Mufti Perak, Putrajaya perlu memberi peluang kepada kerajaan negeri Kelantan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melaksanakan hudud memandangkan undang-undang jenayah syariah Islam itu sudah digubal pada 1993.

"Kerajaan pusat perlu beri peluang kepada Kelantan untuk laksanakan hudud, Nik Aziz juga kata sudah bersedia... saya setuju dan sokong, cuma dari segi prosedur pelaksanaan perlu lengkap, lagipun nanti kalau kerajaan pusat tak benarkan nanti orang marah.

"Benarkan Kelantan laksanakan hudud, hudud bukan perkara senang nak dilaksanakan kerana banyak perkara perlu dipatuhi... benarkan sebagai percubaan untuk kita yang lihat bagaimana ia dilaksanakan dan kadar jenayah di Kelantan selepas ia dilaksanakan kemudian baru kita nilai," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Harussani yang sebelum ini berusaha mewujudkan kerjasama politik antara PAS dan Umno, khususnya sejak selepas pilihan raya umum 2008 menegaskan, hukum hudud adalah tuntutan Islam dan ia perlu dilaksanakan sekiranya sudah bersedia.

"Kita nak kurangkan kadar jenayah, sekarang kalau kita lihat kalau merompak hukuman disebat dan dipenjara, jual dadah juga sama, tapi adakah mereka sudah insaf tapi kalau kudung tangan sudah pasti mereka akan berfikir dua kali... Islam laksana hudud, saya setuju," katanya.

Beliau juga berkata, hukum hudud hanya dilaksanakan ke atas umat Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan.

"Bukan Islam tiada kena mengena dalam hukum agama Islam, ia tidak akan dikenakan kepada bukan Islam," katanya.

Ditanya mengenai hukum hudud tiada dalam sistem perundangan negara, Harussani berkata "hal undang-undang saya tidak tahu, saya tak mahu cakap tapi saya setuju dilaksanakan hudud."

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini menegaskan untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP.

Beliau turut meletakkan harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.

Selain itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS serius dalam melaksanakan undang-undang hudud dan mengakui orang bukan Islam termasuk DAP mempunyai hak untuk bersuara menyatakan pendirian masing-masing dalam perkara itu.

Pada 24 September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS pada 1994.

Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

Katanya, kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

Ekoran satu kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa hari sebelum respons Najib itu, Nik Aziz memohon Najib agar menarik balik surat 1994 dan membenarkan kerajaan negerinya melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.TMI

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


UMNO Online - Hudud.. Kenapa Desakan Hanya Untuk <b>Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2011 03:18 AM PDT

Kategori Berita Lain

Hudud.. Kenapa Desakan Hanya Untuk Kelantan, Tidak Di Selangor, Pulau Pinang Dan Kedah

Oleh : Tg Azman Tg Abas

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Pas hari ini dicabar agar mendesak negeri yang diketuai dari kalangan parti pembangkang untuk melaksanakan hukum hudud sepertimana komitmen Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakannya di negeri tersebut.

Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata jika perjuangan mereka sekata, Pas bukan hanya lantang di Kelantan sahaja malah di negeri-negeri yang dikuasai oleh rakan-rakan mereka dari kalangan DAP dan PKR.

Soal beliau kenapakah di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang perkara itu tidak dibangkitkan atau didesak oleh kepimpinan Pas hari ini yang beriya-iya menuduh dan melemparkan pelbagai cemuhan terhadap Barisan Nasional (BN) berhubung isu berkenaan.

"Paling kurang pun tiga negeri selain Kelantan guballah Kanun Jenayah Syariah untuk membuktikan mereka seiring dengan apa yang kononnya diperjuangkan oleh Pas hari ini.

"Ini lain pula ceritanya..desak orang itu..kutuk pihak ini kononnya merekalah pejuang Islam sebenar. Kenapa mereka tidak pula desak dan cemuh kerajaan negeri seperti Kedah, Selangor dan sebagainya. Bukankah Menteri Besar dan Ketua Menteri dari kalangan mereka," katanya.

Serentak itu, bagi membuktikan keseriusan Pas memperjuangkan hukum berkenaan, beliau sekali lagi melontarkan cabaran kepada pemimpin Pas agar menggubal enakmen kanun jenayah syariah (Hudud & Qisas) di negeri yang dikuasai mereka bagi membuktikan kesungguhan parti berkenaan memperjuangkan isu terbabit.

Tegas beliau jika Pas tidak berani untuk menggubal enakmen kanun jenayah syariah di Kedah, Selangor, sepertimana di Kelantan dan Terengganu ketika mereka memerintah dahulu, bermakna Pas berbohong kepada rakyat khususnya kepada penyokong tegar mereka.

"Saya cabar mereka buat perkara ini sebab hari ini di ceruk-ceruk kampung dan pelbagai tempat lain yang menjadi kawasan kubu mereka, ahli-ahli tegar Pas begitu beriya-iya menyatakan bahawa Pas akan melaksanakan hukum Hudud.

"Jadi untuk buktikan perkara itu, saya cabar mereka buat seperti apa yang saya sarankan di atas. Jika mereka takut, bererti Pas mengabdikan diri kepada manusia DAP serta PKR dan bukannya Allah s.w.t. Mereka jangan berdolak dalih lagi," katanya.

Tambah Ustaz Afandi lagi, sudah sampai masanya Pas menunjukkan bukti dan contoh bahawa parti itu benar-benar ingin melaksanakan hukum hudud dengan menjalankan hukum berkenaan tanpa mengambil kira pendapat dan persetujuan daripada sekutu mereka iaitu DAP dan PKR.

"Berdasarkan senario politik semasa hari ini, Pas dilihat cukup takut mempertahankan Islam dan tidak begitu agresif dalam membawa perjuangan berkenaan. Pas hanya agresif membawa perjuangan terbabit di peringkat kampung, namun pada dasarnya mereka tidak berani untuk mengenengahkan dan merealisasikan ke peringkat yang lebih tinggi," katanya. -MediaUMNO

Lagi Berita Berkaitan :

Berita Bertarikh 28 September 2011 Pada 6:18 PM

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


Program CSR dan Majlis Berbuka Puasa MPC <b>Kelantan di Jeli</b>

Posted: 23 Aug 2011 10:25 PM PDT

Dari 22 sehingga 23 Ogos 2011 bertempat di Parlimen Jeli, MPC Kelantan telah berjaya menganjurkan dua program majlis penyampaian sumbangan dan duit raya kepada golongan miskin, ibu tunggal dan anak yatim serta majlis berbuka puasa di dua buah kawasan di bawah Dewan Undangan Negeri Kuala Balah iaitu di Pusat Komuniti Ummah Kuala Balah dan Kampung Sungai Long.

Kedua-dua program ini telah berjaya mengumpulkan penduduk hampir 300 orang semasa majlis berbuka puasa manakala sumbangan diberikan kepada 30 penerima di mana untuk setiap kawasan, 15 orang penerima sumbangan barangan telah dikenalpasti.

Program pada 22 Ogos 2011 telah berlangsung di PKU Kuala Balah di mana sumbangan telah disampaikan sendiri oleh ADUN Kuala Balah, Dato' Abdul Aziz Derashid sementara program pada 23 Ogos 2011 telah berlangsung di Surau Kampung Sungai Long di mana sumbangan telah disempurnakan oleh Pengarah MPC  Wilayah Pantai Timur, En. Kamaruzzaman Kassim.

22 Ogos 2011 - PKU Kuala Balah

23 Ogos 2011 - Surau Kampung Sungai Long

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


LOVE SYAHID: Menghisab Nasib Ibrahim <b>di Pasir Mas</b>

Posted: 04 Sep 2011 07:53 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar

APABILA berbicara soal politik Kelantan orang tidak akan lepas dari memperkatakan ahli politik bernama Inchek Ibrahim Ali atau di kampungnya orang 'kelo' – panggil Mustapa. Tanpa menyebut nama Ibrahim Ali politik Kelantan tidak akan lengkap. Kehadiran beliau dalam kelir politik Kelantan samalah dengan Pak Dogol, Wak Long atau Wak Yah dalam wayang kulit. Watak-watak ini dilihat remeh dan melucukan dalam budaya klasik itu tetapi mempunyai signifiken tersendiri.

Betapa pun sedap dan menarik babak wayang kulit, atau hebatnya Seri Rama bertarung dengan Bota atau Hunuman Kerta Putih, tetapi ia tidak lengkap kalau tidak ada campur tangan Pak Dogol, Wak Long atau Wak Yah. Mereka adalah badut keramat dalam wayang kulit. Demikian juga dengan Ibrahim Ali dalam kelir politik. Ibrahim adalah badut keramat dalam politik.

Suka atau tidak suka dia menghidupkan senario politik Kelantan. Menjadi bahan sejarah dan monumen politik yang senantiasa dikaji. Wataknya bervariasi dalam hal ini. Warnanya melebihi warna pelangi. Berbelang-belang macam rimau dan boleh menyalinkan warna badan macam chemeleon – pak ka. Ada kalanya dia menjadi watak penyelamat dan ada kalanya dia menjadi watak pengacau dan samseng. Kedua keadaan itu boleh dipengaruhi olehnya. Di sinilah kegeligaan Ibrahim yang dikaitkan sebagai seorang ahli politik yang tidak mementingkan moral dan maruah dan 'temooh' - melampau mementingkan kemenangan dan glamour.

Bila sebut Ibrahim jelumu atau kubunya ialah di Pasir Mas. Di sinilah dia bermula dan di sinilah dia mencipta sejarah dan di sinilah dia merasai kepedihan dalam sepak terajang politik. Pasir Mas menjadi kloni membesar, mematang dan mencatat kejayaan buatnya. Pasir Mas senonim dengan diri Ibrahim Ali. Mungkin juga di bumi limbahan logam emas inilah bakal menjadi liang lahad kepada dunia politiknya.

Ibrahim telah meletakkan Pasir Mas sebagai buminya. Dia telah mencangkan begitu dan mempedaya orang Kuala Lumpur. Dia terperasaan dirinya bersinar macam emas. Kerana itu banyak orang menduga Pasir Mas adalah kubu kuatnya. Kawasan survial politiknya. Benarkah begitu?

Bagi mereka yang hanya mendengar dakwaan Ibrahim dan melihat kejayaannya akan meraskaan bahawa Pasir Mas sebagai kubunya. Tetapi kalau didekati dan membuat analisa keputusan serta melihat kepada pengaruh sebenarnya, mungkin tanggapan itu boleh dipersoalkan. Pasir Mas bukan negeri mutlak Ibarahim. Dan diri Ibrahim sendiri tidak secerah kilau emas.

Hakikat ini akan terjawab apabila dilihat kepada keputusan-keputusan pilihan raya (kerusi Parlimen) di Pasir Mas yang melibatkan Ibrahim Ali.

Ibrahim telah bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas sebanyak enam kali dan sekali di kerusi Dun Pengkalan Pasir dalam pilihan raya kecil. Daripada tujuh pertandingan itu Ibrahim menang tiga kali dan kalah empat kali. Secara aggragete kedudukan Ibrahim 3 – 4.

Kali pertama beliau menang ialah pada tahun 1986 untuk kerusi Parlimen Pasir Mas mengalahkan calon Pas Zakaria Ismail dengan kelebihan undi sebanyak 3,376. Ibrahim memperolehi 15,279 undi manakala Zakaria mendapat 11,903 undi. Untuk adil mungkin tidak perlu disebut saat itu Pas Kelantan dalam keadaan lemah yang memudahkan Ibrahim menang.

Pada tahun 1990 sekali lagi Ibrahim menang atas tikit Semangat 46 dengan majoriti lebih besar sebanyak 9,290 undi. Beliau menewaskan Hanafi Mamat dari BN. Beliau memperolehi 20,066 undi manakala Hanafi mendapat 10,776 undi.

Dalam pilihan raya 1995 Ibrahim yang bertanding atas tikit BN tewas kepada Zainuddin M Nor muka baru dengan kekurangan undi sebanyak 3,216. Ibrahim mendapat 19,394 undi manakala Zainuddin mendapat 19,394 undi.

Pilihan raya tahun 1999 sekali lagi memperlihatkan Ibrahim yang bertanding atas tikit BN 'tertumuh makan tanah' kepada calon Pas Ismail Nuh. Ismail menang dengan mendapat majoriti besar 8,292 dengan mengutip jumlah undi sebanyak 23,967 manakala Ibrahim mengutik sebanyak 15,575.

Kekalahan berterusan dialami Ibrahim dan paling teruk ialah pada tahun 2004 apabila beliau bertanding atas lambang bebas – bersendirian. Dalam pertandingan tiga penjuru itu di antara calon Pas Ismail Nuh, calon BN Abdul Rahim Abdul Rahman, Ibrahim mampu mengutip undi sebanyak 6,198. Ismail yang mengutip 17,526 undi menang dengan majoriti 1,251 undi manakala Abdul Rahim meraih 16,275 undi.

Seperti dikatakan tadi Ibrahim seorang yang geliga dan bermuka 'bobon' dalam politik. Kekalahan berturut-turut sebanyak tiga kali itu ditebus dengan kemenangan dalam pilihan raya 2008 lalu atas tikit Pas penuh bergaya. 'Congik cakdong' politiknya berjaya membodek Pas untuk memberi lambang kepadanya. Cerita macam mana Ibrahim membubuh cenduai kepada Pas akan dikisahkan dalam catatan lain.

Hasilnya Ibrahim menang dengan majoriti besar menyamai kemenangan semasa bertanding atas lambang Semangat 46 1990 dulu, dengan mendapat majoriti 8,991 undi. Ibrahim mendapat sebanyak 28,673 undi mengalahkan calon BN Ahmad Rosdi yang mendapat 19,682 undi.

Melihat kepada keputusan-keputusan itu yang merekodkan jatuh bangun politik Ibrahim itu, kini timbul persoalan bagaimana nasib Ibrahim pada pilihan raya akan datang. Apakah beliau akan mencipta sejarah sebagai seorang politik paling canggih dengan mencatat kemenangan atas berbagai lambang atau pun pilihan raya tahun depan bakal mempusarakan Ibrahim dari politik?

Di sini saya tidak mahu meramalkan apakah Ibrahim akan bertanding atas bebas atau pun kembali mencium semula punggung Umno. Ibrahim boleh dan sanggup melalukan apakah saja demi survial politik dirinya. Dipercayai beliau akan menggunakan pengaruh Dr Mahathir Mohamad untuk 'memaksa' Najib memberi laluan kepada Ibrahim. Alasan akan digunakan kalau Nik Aziz sedia bagi laluan kenapa tidak dengan Najib? Dalam percaturan ini Najib dilihat sangat mudah untuk 'disim salbimkan' oleh Ibrahim.

Bagaimana pun apa yang dapat dirumuskan berpandukan keputusan enam pilihan raya itu membayangkan bahawa pengaruh peribadi Ibrahim di Pasir Mas bukan sebesar yang digembur-gemburkan. Bagi melihat pengaruh atau kekuatan Ibrahim sebenar perhatian kepada pencapaian (prestasi) kepada dua pilihan raya disertainya. Pertama pilihan raya 1990 semasa bersama Semangat 46 bergabung dengan Pas di mana Ibrahim bertanding atas lambang Semangat 46, dan kedua dalam pilihan raya lepas (2008) apabila Ibrahim diberi laluan tanpa 'bai'ah' atas lambang bulan.

Dalam kedua pilihan raya itu Ibrahim berjaya meraih majoriti hampir 10,000. Tahun 1990, majoritinya 9,290. Manakala tahun 2008 majoriti yang diraihnya sebanyak 8,991. Pertandingan Ibrahim atas lambang BN tahun 1986 beliau hanya mendapat kurang separuh dari jumlah itu iaitu sebanyak 3,3376. Ini bererti kombinasi Ibrahim dengan Pas dan Semangat 46 cukup menyakinkan dan memang besar. Sementara kombinasinya dengan Umno sangat lemah.

Dalam erti kata lain dapatan itu menunjukkan bahawa kemenangan besar Ibrahim di Pasir Mas adalah atas bantuan dan simpati 'musuhnya' - Pas dan Semangat. Pertandingan atas tikit bulan BN juga menunjukkan pengundi atas pagar di Pasir Mas turut sama menyokongnya. Pengundi bebas sedia menyokong Ibrahim sekiranya beliau bertanding tidak atas lambang dacing.

Selain dari itu keputusan tujuh kali pilihan raya itu juga menjelaskan pengaruh atau kekuatan sebenar Ibrahim Ali. Adalah tidak benar kalau ada pihak mendakwa pengaruh peribadi Ibrahim mencecah belasan ribu.

Untuk mengetahui berapa ramai pengaruh peribadi Ibrahim boleh dilihat kepada jumlah undi yang dipunggut pada pilihan raya tahun 2004 dimana beliau bertanding atas calon bebas - bersendirian. Keputusan ini adalah realistik. Dalam pilihan raya itu beliau hanya mengumpul sebanyak 6,198 undi saja, iaini tidak sampai separuh daripada jumlah undi dikutip oleh calon Pas Ismail Nuh dan calon BN Abdul Rahim yang mendapat 33,801 undi. Pilihan raya itu menyebabkan Ibrahim hilang wang pertaruhan.

Secara specifiknya pengaruh peribadi Ibrahim untuk Dun Permatang Pasir hanya 415 undi saja. Angka ini didapati apabila Ibrahim meraih jumlah itu dalam pilihan raya kecil Dun Pengkaslan Pasir yang mampu dipunggu 415 undi saja. Secara mudahnya pengaruh atau kekuatan Ibrahim untuk ketiga-tiga Dun yang meliputi Parlimen Pasir Mas (Chetok, Pengkalang Pasir dan Tendung) hanya sekitar 1,500 hingga 3,500 sahaja, di mana kalau dijumlahkan kekuataannya sekitar 6,000 undi saja atau kira-kira 10% daripada 59,640 jumlah pengundi berdaftar tahun 2008.

Paluan gendang dan gong serta salakan mengatakan Ibrahim mempunyai kekuatan peribadi sehingga belasan ribu itu hanya ilusi saja dan mungkin angaka-angka itu turut dicampur dengan bayang-bayang angka yang dapat dilihat itu sekitar 6,000.

Tegasnya sukar untuk Ibrahim Ali mengekalkan kerusi Pasir Mas dalam pilihan raya akan datang. Sama ada beliau diberi laluan bertanding atas tikit BN sekalipun, kemenangan untuknya sangatlah tipis, setipis kulit bawang di belah tujuh. Apa lagi kalau beliau bertanding atas tikit bebas berlambangkan payung sekali lagi tindakan itu adalah satu tindakan 'harakiri' baginya. Ibrahim hanya boleh menang sekiranya kesemua calon yang akan mengemukakan kertas pencalonan nanti ditolak oleh SPR.

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Gangguan bekalan air seminggu <b>di Gua Musang</b>

Posted: 05 Oct 2011 04:02 PM PDT

KOTA BHARU 5 Okt. – Kira-kira 7,000 pengguna di jajahan Gua Musang akan mengalami gangguan bekalan air selama seminggu sehingga Isnin depan, disebabkan kerosakan di salah sebuah pam air di loji rawatan air Sungai Ketil.

Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dalam satu kenyataan memaklumkan, gangguan itu turut disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan yang sedang dan telah dijalankan di loji berkenaan.

Jelas kenyataan tersebut, kerosakan dan kerja-kerja pembaikan di loji berkenaan menyebabkan kapasiti pengeluaran bekalan air menurun secara mendadak.

Antara kawasan terlibat ialah bandar Gua Musang, Aring, Limau Kasturi, Jeram Tekoh, Sungai Asap dan Renok, kecuali Ciku.

Menurut kenyataan itu, pembaikan pam dijangka mengambil masa antara tiga hingga tujuh hari dan orang ramai dinasihatkan berjimat serta berhemah dalam penggunaan air.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Informasi dan Talian Aduan AKSB (Pintas) di talian 1300-88-2572.

Dipetik dari Utusan Malaysia

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Pasar Borong <b>Wakaf Che Yeh</b> | GloryDays

Posted: 24 May 2011 06:55 AM PDT


Wakaf Che Yeh adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Mempunyai keluasan suku ekar, ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian wanita.
Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia merupakan pasar borong di waktu pagi, pasar basah diwaktu siang dan berubah menjadi pasar malam pula setelah matahari terbenam. Disini situasi tawar-menawar dan teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka sambil berbual mesra sesama mereka
Pasar Wakaf Che Yeh menjadi simbol perniagaan dan budaya kehidupan penduduk, menjadikan ia tidak pernah lekang daripada pengunjung. Kemeriahan yang wujud di pasar ini menjadikan ia tempat meluangkan masa bersama keluarga pada waktu malam buat penduduk di negeri ini.Bagi masyarakat tempatan, mereka mungkin sekadar 'mencuci mata' dan berjalan-jalan melihat pelbagai jenis barang jualan yang dipamerkan untuk pilihan.Bagi pengunjung yang jarang datang ke Kota Bharu terutamanya yang luar dari Kelantan, Wakaf Che Yeh adalah tempat yang 'wajib' dilawati. Jika pandai dalam tawar-menawar, barang yang boleh dibeli mungkin banyak berbekalkan modal sedikit.
Keadaan bertambah sesak jika menjelang musim cuti perayaan dan musim cuti persekolahan,memandangkan ramai yang bercuti dan mengambil kesempatan untuk membeli belah.Bagi yang ingin berkunjung ke Kelantan ataupun yang belum sampai ke Kelantan,jadikan Wakaf Che Yeh sebagai tempat yang wajib dilawati.
Wakaf Che Yeh 'Pasar Yang Tak Pernah Tidur'
_________________________________________________________

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Tanah Suku Ekar <b>Di Mengkebang</b>, Kuala Krai – Land for sale Kelantan <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2010 06:10 PM PDT

Sebidang tanah seluas SUKU EKAR untuk dijual
dengan kadar segera. Urgent nak pakai duit.Harga buka untuk jualan adalah RM40,000. Harga
jualan masih boleh dirunding.Untuk maklumat lanjut sila telefon En Ibrahim di
talian tertera.

Contact Seller Email This Post Email This Post

ads