Ahad, 16 September 2012

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Calon baiki jalan ada peluang menang PRU « Persada

Posted: 09 Sep 2012 11:44 PM PDT

KUALA KRAI – Sokongan pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Pertang, dekat sini, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini akan jadi milik mana-mana calon yang dapat menyelesaikan masalah kerosakan jalan utama di kawasan itu.

Seorang penduduk enggan dikenali berkata, desas desus ratusan pengundi di PDM itu akan mengundi calon mewakili Kerajaan Negeri atau Pusat yang membaiki laluan berkenaan sebelum PRU13, makin kuat kedengaran.

Katanya, tindakan dipercayai bagi menyatakan kekecewaan penduduk terhadap kegagalan pihak berkaitan membaiki kerosakan jalan antara Pasir Gajah ke Kuala Pertang sepanjang kira-kira dua kilometer itu sejak sekian lama.

"Kami sudah lama tunggu jalan ini dibaiki, malah sudah muak dengan pelbagai alasan diberikan sebelum ini hingga ramai penduduk nak pulau pilihan raya (PRU13) sebab kecewa.

"Wakil rakyat mana baiki jalan ini sebelum pilihan raya, kami akan sokong tidak kira sama ada Umno atau Pas pada PRU13 nanti," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Keadaan laluan antara Pasir Gajah dan Kuala Pertang yang rosak teruk hingga boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan itu termasuk pelajar pernah beberapa kali disiarkan akhbar ini.

Amaran akan memulaukan pilihan raya jika laluan itu tidak dibaiki sebelum PRU13 juga pernah disuarakan penduduk pada pertemuan bersama ahli politik, pemimpin masyarakat dan wakil agensi kerajaan, Mei lalu.

Penduduk terbabit berkata, pihak berkenaan diingatkan agar tidak pandang ringan desakan terbaru itu kerana undi di PDM tersebut mampu beri kesan besar kepada keputusan PRU13 bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Mengkebang.

"PDM Kuala Pertang ada tujuh cawangan dan jika majoriti pengundi di setiap cawangan beri sokongan kepada seseorang calon, tentu ada ada kesan besar dan boleh jadi faktor kalah atau menang di Dun Mengkebang," katanya.

//sinarharian

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


PAPISMA Cawangan Kelantan: Home Visit <b>di Bunut Payong</b>

Posted: 07 Feb 2012 12:31 AM PST

3 Feb 2012 - PAPISMA Kelantan dijemput bersama-sama Skuad Kito Cakna menjalankan aktiviti Home Visit di sekitar kawasan Bunut Payong.
Program bermula seawal jam 9.30pagi dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil. Sebanyak 10 buah rumah berjaya dilawati. Rata-rata penghuni rumah telah berumur dan penghidapi penyakit seperti stroke, kencing manis, jantung dan kesan akibat kemalangan. 





03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Portal Rasmi Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar <b>Kelantan</b> Mesir (P <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2012 10:02 PM PDT

Kolej Kediaman Wisma Sultan Muhammad Ke-V

Penghuni Siswa 46 Orang.
Penghuni Siswi 60 Orang.
( Kemaskini 01 September 2012 )

Mahasiswa Kelantan yang berminat untuk menghuni Kolej Kediaman Sultan Muhammad Ke-V, boleh mendapatkan Borang Kemasukan di Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Mesir atau melalui Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) pada waktu pejabat.


03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Himpunan Hijau <b>Di Machang</b> 13 Sept Penting

Posted: 11 Sep 2012 08:53 AM PDT

Pas Kelantan berdemo di Machang pada 13 September ini dalam satu acara mega Himpunan Hijau menuju ke Putrajaya. Himpunan ini bermula esok (Rabu) dan kemuncakknya pada 13 Septermbe, demikian menurut Ketua Menurut Ketua Penerangan Pas Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Himpun ini akan menjadi kiatalis pertama menjelang pilihan raya umum akan datang untuk melihat kekuatan sebenar Pas Kelantan. Himpunan itu nanti tidak disertai pemimpin besar PKR Anwar Ibrahim ataupun mana-mana tokoh dari DAP.

Acara itu akan dipenuhi dengan solat, munajat dan ceramah perdana pada sebelah malam yang akan menampilkan Murysidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat presiden Abdul Hadi Awang dan juga timbalannya Muhammad Sabu serta Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sewajarnya seluruh ahli dan penyokong Pas tidak kita lelaki dan wanita menyemarakkan himpunan itu mencapai sasaran dikehendaki. Paling tidak himpunan itu perlu mencecah angka 40,000 hingga 50,000. Sekiranya setiap kawasan dapat menghantar 3,000 peserta pemuda, muslimat dan dewasa, tidak mustahil angkanya akan mencecah 40,000 dan Machang akan kebajiran dengan warna hijau.

Kebanjiran orang pada ceramah anjuran Pas atau PKR di Kelantan sebelum ini terutamanya yang menampilkan bakal PM Anwar Ibrahim tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk melihat kekuatan Pas sebenarnya kerana angka belasan ribuan itu bercampur dengan penyokong PKR dan juga orang atas pagar serta orang-orang Umno yang ingin mendengar bekas tokoh mereka (Anwar) berpidato.


Dengan majlis agak spesifik untuk Pas itu himpunan berkenaan akan dapat menunjukkan kekuatan sokongan terhadap Pas pada masa kini. Sekiranya himpunan itu gagal meraih kehadiran mencecah ke angka itu ia dikira gagal atau Pas Kelantan jangan merasakan sedap duduk untuk berdepan dengan Umno.

Kehadiran dibawa 20,000 akan memberi petanda tidak baik kepada Pas. Jumlah itu menggambarkan keghairan ahli dan penyokong Pas tidak begitu komited. Penting juga nanti jumlah kehadiran himpunan itu perlu mencapai sasaran untuk mengelakkan ia dijadikan bahan kempen oleh Umno.

Kita yakin angka itu akan mencapai sasaran kerana sebelum ini Pas sudah melancarkan gerakan mendaftar ahli baru dengan sasaran melebihi 30,000. Apakah usaha atau projek itu berjaya atau hanya tertinggal di atas kertaas saja. Himpunan itu nanti sedikit sebanyak akan menjawab persoalan itu.

Kegagalan memecatat rekod baru dengan himpunan itu menjadikan Umno akan sedap hati dan mula mengira sokongan terhadap Pas sudah berkurangan dan ini akan menambahkan semangat untuk mereka mempergiatkan usaha menawan Kelantan. Himpunan Hijau adalah himpunan untuk menuju ke Putraja yang memberi simbolik Pas akan mengekalkan kerajaan di Kelantan.

Himpuan itu juga peri penting bagi mengubati beberapa siri himpunan yang dibuat Pas sebelum ini baik semasa himpuan anak-anak perantau di Kuala Lumpur atau pun himpunan majlis hari raya yang kelihatan kurang memberangsangkan. Semua pemimpin perlu melibatkan diri dengan himpunan berkenaan dan jangan ada yang ketinggalan.

Molek juga kalau Tok Guru Nik Aziz mengambil kira kehadiran para wakil rakyat atau mereka yang bakal dicalonkan pada pilihan raya akan datang di himpunan ini. Mana-mana yang menuangkan dari menghadirinya tanpa uzur syarie jangan diambil menjadi calon.

MSO

Sekitar Himpunan Hijau Putrajaya <b>di Machang</b>, Kelantan | Secebis <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2012 08:33 AM PDT

BENAR AKU SUSAH, AKU AKAN BUKTIKAN YANG AKU JUGA BOLEH SENANG DAN MABUKKU JUGA ADALAH KERANA TUHAN.
SEBUTIR PERMATA YANG BERSINAR SESUDAH DIGILAP TIDAK SEMESTI MENJADI MILIKNYA.

SESETENGAH ORANG, DENDAMNYA BERAKHIR HINGGA KE LIANG LAHAD.

"Lidah lebih berbisa daripada pedang kerana ia tidak luka tapi sampai ke hati"

PEJUANG KEBANGSAAN

Sentinel Prime: Optimus, all I ever wanted was the SURVIVAL of our RACE.. You must see.. Why I had to betray you!

Optimus: You didn't BETRAY me. You betrayed YOURSELF!!

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


Peruntukan RM1 Juta Baikpulih Rumah Nelayan Miskin | Detik <b>...</b>

Posted: 13 May 2012 09:15 AM PDT


Awang Adek (kiri) meletakkan bata sebagai simbolik perasmian projek baikpulih rumah nelayan di Perupok.

Oleh IZZ MIQAEL

BACHOK – Kerajaan memperuntukan RM1 Juta bagi projek baikpulih rumah nelayan miskin untuk Jajahan Bachok dan Pasir Puteh yang telah memulakan fasa pertama, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Awang Adek berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM459,000 diperuntukan bagi 53 rumah nelayan di daerah Bachok.

Beliau berkata, projek pertama melibatkan rumah nelayan di Dun Perupok yang dominan mempunyai penempatan nelayan.

"Kebanyakan projek baikpulih ini melibatkan rumah nelayan di Dun Perupok yang terletak di pinggir pantai dan mempunyai bilangan nelayan paling ramai.

"Selain Bachok daerah lain yang terlibat ialah Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Puteh yang memerlukan kos kira- kira RM5 juta bagi 500 buah rumah nelayan di empat daerah terbabit," katanya kepada pemberita ketika melancar program baikpulih rumah nelayan, Amran Ramli, di Perupok, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan, Wan Mohd Adnan Wan Ibrahim.

Awang Adek berkata, nelayan yang terpilih bakal memperolehi peruntukkan di antara RM7,000 hingga RM10,000 untuk membaikpulih rumah dapur, dinding dan atap yang rosak.

"Seperti kita maklum kebanyakan nelayan berada di bawah paras kemiskinan dan mereka ini perlu dibantu.

"Saya percaya bantuan seperti ini amat diperlukan nelayan terutama mereka yang mempunyai keluarga besar dengan rumah yang usang," katanya.

Sementara itu, Amran ketika ditemui berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih terhadap kerajaan persekutuan yang prihatin dengan nasib keluarganya.

"Tanpa bantuan kerajaan persekutuan saya bersama lapan ahli keluarga terpaksa bersesak dalam rumah sempit dengan atap bocor sejak beberapa tahun lalu.

"Untuk membaikinya sendiri saya tidak mampu kerana pendapatan saya sebagai nelayan tidak menentu sekitar RM300 hingga RM600 sebulan. Saya amat berterima kasih di atas bantuan yang diberikan ini," katanya.

YM Paduka Ayahnda Uda: Berada <b>di perupok</b> Bachok kelantan

Posted: 09 Feb 2010 11:14 PM PST


Menjlis perkahwin Abg Long samurai bergambar ayahanda pak uda, ayahandaPutra,ayahanda Sedi Lipan ,Ayahanda Pak Nik askar,Ayahanda Lee Tanah MerahDan Kanda Udi

ads