Khamis, 1 November 2012

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Terengganu My Heritage: &#39;Gear Box&#39; Restoran Pak Ya, <b>Pasir Puteh</b> <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2012 09:17 AM PDT

Kali ini blogger ingin berkongsi entry berkaitan makan-makan di negeri jiran Terengganu iaitu Kelantan Darul Naim. Destinasi kali ini adalah Restoran Pak Ya Gear Box di Pasir Puteh Kelantan. Ia terletak sebelum bandar Pasir Puteh di sebelah kanan jalan jika anda dari Bandar Jerteh.
Apa yang disajikan di sini pasti megujakan anda iaitu Sup Gear Box dan banyak lagi masakan tradisi Melayu Pantai Timur seperti Gulai Siput Sedut, Gulai Lemak Ikan Haruan, Daging Bakar, Ikan darat goreng, sayur cendawan dan macam-macam yang pasti mengecurkan air liur anda. 
Walau apapun lauk yang di pilih raja segala lauk iaitu 'budu' pasti menjadi keutamaan bersama ulam ulaman segar beserta kerabu mangga bersantan.
Tentang sup Gear Box pula, apa yang istimewa disini ia dibaluti dengan daging yang banyak, memang sedap dengan hirupan lemak dalam tulang bersama straw.. fuhh memang betul-betul 'belasah gear box.
Restoran ini antara pilihan ramai waktu tengahari. Jika anda ke Kota Bharu bolehlah singgah di sini. Boleh dikatakan kalau dikawasan Pasir Puteh - Kota Bharu mudah untuk mencari Nasi Sup atau gear box lagipun harganya amat berpatutan.

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


iPhone Shield: Re: [Advertisers_Heaven] Rumah banglo <b>di kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 08 Jul 2012 09:43 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Rumah banglo di jelawat kelantan ingin dijual keluasan tanah 0.3428 hektar- RM350,000 harga boleh runding.... alasan untuk jual kerana ingin membuat rumah berdekatan dengan keluarga berminat sila sms 0192376913 ...

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


SAINS: PBS semakin cerah <b>di</b> kalangan guru

Posted: 01 Nov 2012 04:17 PM PDT

 

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran menjelaskan guru tidak akan berasa terbeban sekiranya memahami konsep perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).Kenyataan Lembaga Peperiksaan menyebut, daripada kajian soal selidik yang dijalankan mengenai kesediaan guru melaksanakan PBS secara dalam talian (online) pada September lalu mendapati 84.2 peratus daripada 46,929 guru Tingkatan 1 sekolah menengah seluruh negara memahami konsep PBS.Kira-kira 90.7 peratus daripada 89,618 guru Tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah juga didapati memahami konsep dan cara melaksanakan PBS. 
''Kira-kira 9,006 atau 10 peratus guru Tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah dan 7,979 atau 17 peratus guru Tingkatan 1 di sekolah menengah jelas tentang konsep Pentaksiran Sekolah iaitu komponen akademik PBS," menurut kenyataan tersebut. 
Selain itu, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, guru juga kurang memahami mengenai cara melaksanakan pentaksiran seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (pentaksiran formatif). Hal ini demikian kerana, kesukaran guru membina instrumen pentaksiran yang pelbagai bentuk kerana masih terikat dengan fahaman dan kebiasaan menilai pencapaian murid menggunakan ujian berbentuk kertas dan pensel. 
"Pengurusan evidens murid dalam PBS yang dikatakan memakan masa yang banyak dan ruang yang besar adalah perlu bagi memastikan penguasaan murid dalam pembelajaran direkod untuk melihat pertumbuhan dan perkembangan murid sepanjang tempoh persekolahan'', kata kenyataan itu.
Bagi mengatasi permasalahan itu, Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Fail Showcase (FS) diperkenalkan.Pendekatan itu membolehkan seorang murid memiliki sebuah FPM sahaja untuk menyimpan evidens bagi semua mata pelajaran yang dipelajarinya. FS merupakan fail menyimpan evidens terbaik bagi semua deskriptor untuk setiap mata pelajaran dan digunakan sebagai rujukan piawai evidens serta disediakan mengikut tahun atau tingkatan bergantung kepada keputusan Jawatankuasa PBS sekolah.
Pada masa yang sama, kesukaran guru mengakses Sistem Pengurusan PBS telah dikenal pasti sebagai antara faktor penyumbang kepada masalah yang dihadapi guru. Langkah interim (bersifat sementara) yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran bagi mengatasi masalah tersebut adalah dengan menyediakan hosting khas yang berasingan bagi Sistem Pengurusan PBS dan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). 
"Proses migrasi hosting bagi sistem tersebut telah selesai dilaksanakan pada akhir September lalu dan didapati sistem tersebut setakat ini stabil serta boleh diakses," jelasnya.
Sementara itu, bagi memastikan guru Tahun 1, 2 dan 3 dan Tingkatan 1 dan 2 memahami dan boleh melaksanakan PBS sebelum 31 Disember ini, Lembaga Peperiksaan telah merangka pelan tindakan penambahbaikan pelaksanaan PBS. Antara perancangan tersebut termasuklah menyediakan Latihan Hands-on PBS secara in-situ kepada pejabat pendidikan daerah dan guru contoh PBS di seluruh negara. Latihan ini dijalankan mulai pertengahan Oktober hingga pertengahan Disember ini.
Lembaga Peperiksaan juga akan menyediakan bahan sokongan dan khidmat pementoran PBS dalam talian bertujuan membantu guru memahami dan boleh melaksanakan PBS seperti yang dihasratkan sekali gus mengurus perubahan yang berlaku dengan baik setelah memahami konsep agar mudah melaksanakan PBS nanti.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lama-lama semakin jelas,, yang peting berusahalah untuk pencerahan ... ramai rakan tentunya sedia membantu

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


QUDWAH HASANAH: SKBTK & SK <b>BUNUT PAYONG</b>

Posted: 29 Oct 2012 08:34 AM PDT


Selepas ke SK Zainab (2), kami menyusul pula ke SK Bunut Payong. Nak melawat Pra Sekolah bertaraf 5 bintang.
Alaaa...siannya rombongan kami terpaksa berjalan kaki masuk ke SK Bunut Payong. Macam rombongan ke rumah pengantin. Tema pakaiannya hitam merah. Tapi tak nampak la pulak dulang-dulang hantaran. Ketua rombongan kami (bapa pengantin) yang depan sekali tu, En Mustaffa Kamal bin Haji Jamlus. Hik-hik-hik...

Tuan rumah pula pakaiannya bertema hitam putih. Yang berbaju batik hitam putih tu la tuan rumah yang sedia menyambut kedatangan rombongan kami.  Kami disambut dengan penuh mesra. Ramah tamah gitu. Tersenyum senang En Mustaffa Kamal selaku ketua bila rombongannya disambut baik. Ramah mesra orang Kelantan ni. Terima kasih warga SK Bunut Payong kerana sudi menerima dan menyambut baik kedatangan kami.


Selepas jauh berjalan, kami dipelawa masuk ke bilik jQAF. Alhamdulillah...tersenyum lebar cikgu-cikgi SKBTK bila ternampak gelas-gelas yang siap berisi air oren. Masuk-masuk je semua menuju ke meja air. Semua menarik nafas lega selepas dapat minum air. Mana taknya, kami didera pemandu bas berjalan di bawah terik panas matahari. Berapa kilometer agaknya ya? Habis juga air sebalang tu. Tuan rumah pun macam tau-tau kami kering tekak. Dihidangnya air kat situ. Terima kasih sekali lagi...


Guru Besar SK Bunut Payong, Puan Sharifah Rahayah bt Syed Ahmad memberi ucapan aluan dan taklimat tentang Pra Sekolah yang mencapai 5 bintang. Keramahan dann kemesraan yang ditunjukkan oleh kak Pah menjadi bualan dan disebut-sebut oleh warga SKBTK. 



Ucapan balas dari Guru Besar kami En Mustaffa Kamal. Tidak kurang hebatnya. Balik Kajang lepas ni mesti banyak perubahan yang bakal dibuat. Ya la, nak mencapai taraf 5 bintang bukan senang. Selepas ucapan taklimat tuan rumah dan ucapan balas ketua rombongan (tak ubah majlis meminang), kami dibawa melawat kedua-dua kelas Pra dan kelas pemulihan. Memang hebat kelasnya. Ceria, padat dengan bahan. Tak ada langsung ruang kosong. 


Ni la dia taiko-taiko pra. Yang sebelah kanan tu cikgu Azizah salah seorang guru Pra di Sk Bunut Payong. Yang sebelah kiri berbaju merah tu pula taiko Pra SK Bandar Teknologi Kajang cikgu Zainab. Selamat berkenalan la ya. Dan selamat bertukar-tukar idea. Jangan lupa ambil nombor telefon sekali ya!...


Selepas selesai sesi lawatan, kami dihidangkan dengan hidangan makan tengah hari yang cukup istimewa. Nasi yang tersohor di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Nasi kerabu dengan lauk pauknya sekali. Lengkap. Terima kasih sekali lagi warga SK Bunut Payong.

Memang sedap nasi kerabunya. Tengok tu...semua cikgu dan cikgi Bandar Teknologi Kajang tunduk khusyuk menikmati keenakan dan kelazatan nasi kerabu kuning. Kata orang mak mertua lalu ikut belakang pun tak nampak. Memang la dah namanya pun lalu ikut belakang. Kalau nak suruh nampak lalu sebelah depan la.  


Selesai menikmati hidangan makan tengah hari, kini tibalah acara kemuncak. Acara menyerahkan cenderamata (buah tangan) sebagai tanda perkenalan. GB menyampaikan cenderamata yang kami bawa jauh khas untuk SK Bunut Payong. Istimewa dari kami sebagai tanda ucapan terima kasih kerana sudi menerim lamaran kami beberapa bulan yang lepas. Dan kini tiba masanya menerima kunjungan kami. Takder apa sebenarnya, cuma frame gambar cikgu-cikgi SKBTK. Kalau rindu kami renung-renunglah gambar tu ya!...


Ni pula sesi penyampaian cenderamata dari pihak SKBTK kepada En Alim dan En Rostan wakil JPN Kelantan yang sudi mengiringi rombongan kami selama dua hari ke Kelantan. Terima kasih daun keladi kepada encik berdua.

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


E&#39;RAZ FADLI: Penjenayah Bersenjata Bebas <b>di Machang</b>, Kelantan

Posted: 01 Nov 2012 05:04 AM PDT

Penjenayah Bersenjata Bebas di Machang, Kelantan
"SEORANG penjenayah paling dikehendaki polis Kelantan, Zawa Abd. Halim ditembak mati dalam satu kejadian di Kilometer 45 Jalan Machang-Kuala Krai, Machang, semalam. - UTUSAN/AIZZUL A. MAJID"
Mesti ramai yang dah tahu kes ni.. E'raz dah tak nak ceritakan kes ni.. Siapa yang belum baca kes ni, korang boleh klik BERITA ini.. Sedikit info, kes tembak-menembak dua anggota polis, seorang penjenayah tegar dan paling dikehendaki di negeri Kelantan! Sempat menyamun sepasang suami isteri dan melarikan kereta Perodua Myvi yang ketika itu bayi lelaki mereka sedang tidur di tempat duduk belakang.. Selepas terbabas, berlaku la tembak-menembak dan seorang rakannya yang masih bebas.. Bayi lelaki selamat..
Ibu bapa E'raz berada di Machang.. Bila dapat tahu kes ni, cepat-cepat call mereka dan tanya keadaan.. Pintu rumah, tingkap apa semua memang dinasihatkan tutup sebab risau seorang penjenayah yang masih bebas tu (dikatakan bersenjata) berada di kawasan kampung itu.. Begitu juga dengan kakak yang berada di kawasan Machang juga.. Diharapkan tiada kes berlaku lagi dan penjenayah berkenaan ditangkap!

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Bila @nikabdulaziz akan bersara? - RasyidZamri

Posted: 22 Oct 2012 09:52 AM PDT

SUDAH pastilah ramai pemimpin dan penyokong Pas tidak selesa apabila ada pihak yang cuba mendesak Datuk Abdul Aziz Nik Mat berundur daripada jawatan Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas.

Walaupun mereka memahami keterbatasan yang ada kepada tok guru yang sudah 45 tahun berkecimpung dalam dunia politik namun mereka tidak mahu meminta beliau berehat.

Bagi sesetengah pemimpin dan penyokong Pas, Nik Abdul Aziz adalah tonggak kekuatan parti itu sama ada di Kelantan atau seluruh negara.

Sebut sahaja siapa sahaja dalam Pas sama ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Harun Taib, Datuk Haron Din atau Datuk Seri Azizan Abdul Razak, kesemua mereka dianggap tidak mampu menandingi populariti Nik Abdul Aziz.

Malahan ada yang menilai kekuatan Pas banyak bergantung kepada Nik Abdul Aziz terutamanya di Kelantan. Tanpa beliau belum pasti Pas akan mampu berdiri megah sejak 1990 di negeri Cik Wan Kembang itu.

Selain Pas yang dilihat begitu bergantung kepada Nik Abdul Aziz, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP juga mahu Menteri Besar Kelantan itu terus berada dalam kepimpinan Pas.

Mereka tidak mahu Nik Abdul Aziz berundur kerana pengaruh beliau amat penting dalam usaha untuk memastikan penyokong-penyokong Pas terus memberi sokongan kepada pakatan pembangkang.

Tambahan pula Nik Abdul Aziz sering dilihat pembela paling utama pemimpin-pemimpin pembangkang yang berhadapan dengan masalah.

Bagaimanapun sama ada penyokong Pas mahupun pakatan pembangkang, mereka terlupa bahawa populariti Nik Abdul Aziz bukanlah seperti dahulu lagi.

Aku masih ingat bagaimana satu ketika dahulu, pemimpin-pemimpin UMNO di Kelantan cukup berhati-hati kalau diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz, mereka bimbang kenyataan yang dibuat boleh mengurangkan sokongan.

Mereka takut kalau-kalau kenyataan membidas Nik Abdul Aziz akan memberi kesan kepada sokongan politik mereka kerana kononnya Nik Abdul Aziz cukup dihormati seluruh lapisan rakyat Kelantan.

Aku tidak menafikan fakta berkenaan kerana Nik Abdul Aziz adalah pemimpin paling popular dalam kalangan penyokong pembangkang bukan sahaja di negeri tersebut tetapi juga di seluruh negara.

Mungkin faktor-faktor inilah yang menyebabkan Nik Abdul Aziz sukar untuk bersara. Sebab itulah beliau menyatakan pada 3 Februari lalu bahawa beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur tetapi ditolak oleh Pas Kelantan.

"Saya nak sebut satu rahsia untuk tidak bertanding, tapi disergah oleh Pas Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik sehingga ke hari ini," kata Nik Abdul Aziz ketika itu.

Jesteru timbul persoalan bilakah Nik Abdul Aziz akan bersara dan menyerahkan kedudukannya kepada pemimpin lain dalam Pas?

Sebenarnya, apa yang perlu diakui oleh pemimpin dan penyokong Pas ialah Nik Abdul Aziz tidak begitu berpengaruh seperti suatu masa dahulu.

Aku diberitahu bagaimana di warong-warong kopi di Kelantan, sudah ada keberanian di kalangan rakyat negeri itu untuk mengkritik Nik Abdul Aziz secara terbuka. Mereka tidak segan silu atau takut-takut lagi seperti mana sikap pemimpin-pemimpin Umno Kelantan suatu ketika dahulu.

Walaupun keputusan pilihanraya umum 2008 menyaksikan Pas terus berkuasa di Kelantan namun populariti Nik Abdul Aziz semakin merudum.

Selain tindak tanduk beliau mengenai kenyataan-kenyataannya yang acap kali mencetuskan polemik, corak pentadbiran Pas Kelantan juga turut menunjukkan pelbagai kelemahan.

Keputusan pilihanraya kecil Dewan Undagan Negeri (DUN) Manek Urai tidak berapa lama dulu menyaksikan Pas menang dengan majoriti tipis 56 undi diikuti dengan kekalahan di DUN Galas sudah menjadi bukti bahawa Pas tidak boleh bergantung kepada Nik Abdul Aziz selama-lamanya.

Tambahan pula ketika ini, pelbagai kelemahan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan semakin terdedah dan menyaksikan bagaimana sudah ada dalam fikiran rakyat negeri itu mahu mengubah haluan politik mereka.

Keadaan ini berlaku kerana dalam Pas, mereka terlalu takut untuk meminta Nik Abdul Aziz berundur biarpun mereka tahu sejauh manakah kudrat Mursyidul Am berusia 81 tahun tersebut.

Mungkin kerana keadaan itulah, Nik Abdul Aziz pernah berkata, beliau tidak akan menetapkan sebarang tempoh masa untuk berundur serta tidak akan tunduk kepada tekanan dan gesaan daripada luar parti itu.

"Saya sendiri lebih tahu mengenai kesihatan saya dan parti (Pas) lebih tahu keadaan dan kedudukan saya.Kalau saya rasa kesihatan saya semakin teruk atau parti minta saya berundur, saya berundur.

"Selagi tubuh saya sihat dan parti tidak minta saya berundur, saya tidak akan berundur," kata Nik Abdul Aziz dalam satu majlis baru-baru ini.

Persoalannya siapakah di dalam PAs yang berani meminta Nik Abdul Aziz untuk berundur? Apatah lagi pemimpin-pemimpin Pas amat bergantung kepada populariti tok guru itu seolah-olah 'Nik Abdul Aziz itu Pas dan Pas adalah Nik Abdul Aziz.

Tafsiran ini berlaku kerana biar pun Pas mempunyai Presiden dan barisan kepimpinan politiknya, namun populariti dan pengaruh mereka tidaklah sehebat Nik Abdul Aziz.

Mereka tidak mahu jika Nik Abdul Aziz benar-benar bersara,ia akan menyebabkan pengaruh Pas juga merosot dan paling ditakuti ialah krisis politik di Kelantan berikutan persaingan untuk mengantikan Nik Abdul Aziz.

Oleh itu tidak perlulah mana-mana pihak menaruh harapan bahawa Nik Abdul Aziz tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang atau bersara daripada politik.

Apatah lagi sudah ada ura-ura Menteri Besar yang sudah 22 tahun memimpin Kelantan itu akan bertanding di kerusi parlimen dan DUN dalam pilihan raya Umum ke-13.

"Boleh jadi ya dan boleh jadi tidak. Semuanya ada kemungkinan. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing berhubung desas-desus ini. Mungkin kalau dilihat dari segi kesihatan akan ada yang kata tahap kesihatan membataskan beliau(Nik Abdul Aziz) untuk bertanding dua kerusi. Namun harus diingat, beliau mempunyai aura tersendiri yang mungkin diperlukan oleh pakatan pembangkang.

"langkah meletakkan Mursyidul Am Pas di kedua-dua kerusi berkenaan dilihat akan memberi kelebihan kepada pakatan pembangkang terutamanya Pas kerana ia akan memberi keyakinan kepada rakyat untuk menyokong parti itu memandangkan beliau dilihat tokoh yang mampu memimpin Kelantan dan Malaysia amnya," Kata bekas Pengarah Plihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haroon kepada sebuah portal berita baru-baru ini.

Begitu hebatnya sandaran pakatan pembangkang kepada terutamanya Pas kepada Nik Abdul Aziz.

Bagaimanapun satu perkara yang sering dilupakan oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong tentang Nik Abdul Aziz ialah rakyat tahu menilai sejauh manakah kemampuan Menteri Besar Kelantan itu untuk terus berpolitik.

Mungkin Pas boleh terus bergantung kepada Nik Abdul Aziz namun semua itu tidak akan mendatangkan kebaikan kepada parti itu di masa depan.

Bak kata ADUN Gaal, Dr. Nik MAzian Mohamed, pemimpin Pas tidak wajar 'melepaskan baton' hanya selepas mereka 'lenguh di tengah jalan.' - Utusan

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


ADUAN RAKYAT - MASALAH NELAYAN PARIT <b>PERUPOK DI</b> DUN <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2010 09:15 AM PST

Parit Perupuk Laut, Rabu 3 Mac 2010


YB Dr. Mohammad  Taslim bersama AJK DUN Maharani telah  menemui nelayan-nelayan di Parit Perupok Laut, Jalan Jonid, Muar. Nelayan-nelayan tersebut melalui Persatuan Nelayan  telah mengadu di   Pusat Khidmat ADUN Maharani, Parit Bakar,Muar berkaitan peparitan di Jeti mereka. Parit laluan mereka ke laut terlalu sempit, cetek dan di kiri kanan parit  ditumbuhi pokok-pokok. Masalah ini telah diajukan kepada pihak yang bertanggungjawab beberapa tahun yang lalu tetapi sehingga sekarang tidak ada tindakan. Sekiranya mereka ini berlarutan ini akan menjejaskan pendapatan para nelayan.YB Dr Mohammad telah mengajukan masalah ini kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Muar untuk tindakan lanjut.

Pada hari Rabu 3 Mac 2010 jam 10.45 pagi YB Dr Mohammad telah turun padang bersama rakyat untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh nelayan tersebut.Turut hadir wakil Juruterta JPS Daerah Muar dan wartawan akhbar Cina (Sin Chew Jit Poh, Nanyang Siang Pau, China Press dan Oriental  Daily News). Mereka mendengar permasalah nelayan serta keluhan mereka. 

YB Dr Mohammad, para tetamu  dan wartawan  telah  dibawa menaiki bot nelayan untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh para nelayan di situ. Pihak JPS berjanji akan membawa masalah  kepada pihak yang berkenaan  kerana kawasan ini juga di bawah  kelolaan Majlis Perbandaran Muar.Masalah di jangka dan diharap dapat diselesaikan dalam tahun ini juga.

 Di antara permohonan nelayan tersebut ialah:
1. Mendalam dan melebarkan parit laluan mereka ke Selat Melaka,
2. Menebang pokok-pokok yang menutupi tebing parit,
3. Mendirikan pondok yang berlampu di jeti,
4. Menaiktaraf jalan di tepi parit menghala ke laut,
5. Memasang lampu jalan dan lampu isyarat supaya mudah mereka kembali ke jeti ketika keluar waktu malam atau awal pagi.

 Perahu tersadai di atas lumpur menunggu air pasang

baru nelayan dapat turun ke laut.Ini merugikan masa mereka.

Cetek...sempit...semak....inilah laluan nelayan ke laut.

Nak ke laut? Perahu pu tak boleh lalu....

Perhatikan betapa ceteknya  parit semasa air surut. 
Perahu/bot nelayan  terpaksa menunggu air penuh baru boleh ke laut. 
Ini merugikan masa dan menjejaskan tangkapan mereka.

YB Dr Mohammad bersama AJK DUN Maharani,

En.Adam Ketua Persatuan Nelayan

dan wakil Jurutera JPS Muar 

 YB Dr Mohammad dan Wakil Jurutera JPS di temuramah wartawan

YB menyerahkan salinan surat aduan  kepada  JPS .

diperhatikan oleh (kiri) En. Mohamad Husein,Ketua Kampong Sri Jong

dan (kanan) Sdr Abd Razak. 

En Adam menerima salinan surat aduan dpd YB Dr Mohammad

Serius nampaknya YB berbincang dengan wakil JPS

 Wartawan menemuramah para nelayan

Wartawan turut turun ke laut untuk membuat tinjauan

Pengalaman yang tidak boleh dilupakan,ke laut bersama nelayan

YB dan AJKnya bergambar bersama Ketua  nelayan.

Dari kiri Sdr Lokman,Sdr Abu Bakar,En Adam,YB dan Sdr Rozi

Sedikit  sumbangan kepada En. Adam yang mewakili  nelayan

Berita di atas tersiar dalam semua akhbar perdana berbahasa Cina edisi Johor

keesokan harinya.


 



03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


Ahlussunnah Wadah Suciku: Tanah <b>di Pasir Mas</b> Kelantan Untuk <b>...</b>

Posted: 22 Sep 2012 10:01 PM PDT

Tanah 3.5 ekar di Kg. Pusu 40 Pasir Mas, kelantan untuk dijual dengan kadar segera!.

Lokasi Strategik;
0.5 Km dari Bandar Baru Pasir Mas.
0.5 dari Institut Kemahiran Mara.
0.5 km dari Lebuh Raya Pasir Mas-Rantau panjang.

Harga (tanpa broker) RM550,000.00 sahaja.
Tepi Jalan- memanjang hingga ke sungai. Harga sehingga 31 Disember 2012 sahaja.

Jan 2013, harga akan dinaikan kepada 1juta.

Sesuai untuk tapak/projek perumahan, Stesyen Minyak, Pusat Tahfiz, Institusi Pendidikan, Kem Latihan dan sebagainya.

Berminat sila hubungi : 01114965308 (En. Azmi ) atau 0199884482 (Cikgu Khamaruddin)

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


Adun <b>Kelaboran</b> dan Abby nafi sudah bernikah | Pencacai SeMalaysia

Posted: 02 Aug 2012 10:48 AM PDT

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan beliau telah bernikah dengan artis Abby Abadi, yang bulan lalu menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup.

Wakil rakyat Pas itu menegaskan, segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter pro-Umno sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali.

Katanya, itu semua adalah permainan politik yang mahu menjatuhkan karier beliau.

"Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana isu ini boleh timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ditanya pernahkah beliau berjumpa Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan sebelum ini, Mohd Zaki, 41, menjelaskan, beliau hanya baru sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah pada sebuah program dianjurkan di kawasan beliau, 3 Julai lalu.

"Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah.

"Saya masih memberi masa kepada pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini agar tarik balik kenyataan fitnah itu sempena Ramadan ini dan jika dia enggan berbuat demikian, baru saya akan fikir untuk mengambil langkah seterusnya, yang dirasakan wajar demi membersihkan nama saya," kata bapa kepada lima cahaya mata ini.

Abby pantas menjawab dakwaan mengenai perkara itu menggunakan medium laman sosial twitter sebagai platform menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan Mohd Zaki tetapi tetap meminta peminatnya agar mendoakan semoga jodohnya cepat sampai.

Seorang pengikut twitternya @wariechemanan bertanya kepada Abby, "hai abby... betulkah cerita saya dengar you dah kahwin dengan YB Kelaboran" dan Abby menjawab pertanyaan itu sambil menegaskan, itu semua fitnah semata-mata.

Abby turut menambah, ini bukan kali pertama dia mendapat 'jodoh' hasil cakap-cakap orang ramai dan menerima gosip sebegini sebagai asam garam dan lumrah kehidupan apabila dirinya terbabit dalam dunia politik.


03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Jom Beli Akok dan Bahulu <b>di Gua Musang</b>

Posted: 31 Oct 2012 04:52 PM PDT

Siapa suka makan akok, sila angkat tangan, memang sedap kuih ni, lemak, manis dan sekali makan nak lagi.
Bahulu pun sedap especially kalau makan panas-panas kan?
Inilah rupanya acuan @bekas yang digunakan untuk memasak bahulu mahupun akok. Kalau tak silap bahan-bahan yang digunakan adalah tepung gandum, air, telur, gula dan entah apa lagi.
Hari tu masa balik Kelantan singgah kat kedai Pengusaha Akak dan Bahulu di Gua Musang. Memang panas-panas lagi. 
Kalau balik Kelantan melalui jalan Gua Musang, mesti perasan dengan kedai ni. So lain kali kalau lalu ikut jalan ni, beli jangan tak beli. Harga akok adalah 3 untuk RM1 manakala bahulu pula 4 untuk RM1. Selamat mencuba.

ads