Ahad, 24 Mac 2013

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Pengundi Hantu Gimik Politik Pakatan | Detik Perubahan

Posted: 23 Mar 2013 08:34 PM PDT

imagesKOTA BHARU – Istilah pengundi hantu adalah satu gimik politik pihak pembangkang memandangkan apa yang disuarakan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, hanya dihebahkan melalui media menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, hakikat sebenarnya, apa yang terjadi terhadap pengendali blog pro-Umno Papagomo yang dikategorikan sebagai pengundi hantu dan mempunyai dua nombor kad pengenalan itu ia merupakan satu kesilapan.

"Sudah tentu dalam apa juga sistem sekalipun mesti ada silap, namun kesilapan itu hanyalah satu hal yang kecil, malah pemilik nama Wan Muhammad Azri Wan Deris juga mengaku dirinya, tidak mempunyai kaitan dengan Papagomo dan bukan penulis blog terbabit.

"Jadi saya saya rasa istilah pengundi hantu tidak wujud seperti yang didakwa pembangkang," katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri majlis menyambut menantu pasangan adik beradik, Suhaizan Abdullah dan Raimi Abdullah yang melangsungkan majlis perkahwinan serentak dengan pasangan masing-masing di rumah keluarga mereka di Bunut Payong semalam.

Fatmi berkata, tahun demi tahun pengundi-pengundi berhijrah ke kawasan luar menyebabkan ramai pengundi baru datang dan pergi, maka ada di antara pimpinan kawasan tidak mengenali pengundi-pengundi di kawasan mereka, maka wujudlah istilah pengundi hantu.

"Ia hanya dijadikan sebagai satu usaha pihak pembangkang untuk meyakinkan rakyat bahawa terdapat ketirisan yang berlaku dalam SPR yang sepatutnya tidak dipersoalkan memandangkan badan terbabit mempunyai kewibawaan sendiri sebagai pengendali urusan pilihan raya.

"SPR ini satu badan yang cekap serta efisien dan merupakan pihak yang boleh diharap, jadi dengan hanya satu dua kesilapan kecil kita tidak boleh menuding jari terhadap mereka memandangkan segala yang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan dalam kerajaan," katanya.

Sementara itu ditanya mengenai persiapan Barisan Nasional (BN) dalam PRU13, beliau berkata BN kini giat membuat persiapan PRU termasuk di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) hingga ke cawangan dengan begitu rapi.

"Semua jentera sudah bersiap sedia dan keadaan ini merupakan satu persiapan di seluruh negara dan kita tidak mempunyai sebarang masalah memandangkan sambutan terhadap BN di Kelantan amat menggalakkan.

"Ia dapat dibuktikan melalui ceramah-ceramah BN dan Umno yang mendapat sambutan menggalakkan berbanding ceramah Pas yang kurang mendapat sambutan.

"Keputusan PRU membayangkan apa yang berlaku sebelum pilihan raya itu, jadi pada tahun ini, saya yakin BN akan menang dan mengambil alih tampuk pimpinan di Kelantan yang sudah lama memerintah namun masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki sejak 23 tahun diperintah Pas. – Sinar Harian

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


USTAZ AZHAR DAN USTAZ BOLLYWOOD <b>DI KOTA</b> <b>...</b> - UstazCyber

Posted: 21 Mar 2013 02:15 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]USTAZ AZHAR DAN USTAZ BOLLYWOOD DI KOTA BHARU · Peguam : Mereka yang menipu tentang Anwar akan dis... Kenapa Natang ni Haram Dimakan · Johor tidak lagi simpanan tetap BN · Pandangan Raja Dr. Nazrin ...

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Fakri <b>Galas</b> Harapan - Kelab Penyokong Siber Bola Sepak <b>Kelantan</b>

Posted: 23 Mar 2013 08:32 PM PDT

Ahmad Fakri Saarani

TUMPUAN terarah kepada pemain kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani sebaik sahaja beliau tiba di Kota Bharu untuk melaporkan diri untuk menyarung jersi The Red Warriors (TRW) mengharungi baki saingan Liga Malaysia pada Isnin lalu.

Kehebatan penyerang 24 tahun ini amat ditagih oleh penyokong setia sekali gus mereka beranggapan Ahmad Fakri merupakan individu yang mampu menamatkan krisis ketumpulan jentera serangan TRW dalam saingan liga domestik musim ini.

Persoalannya, mampukah pemain kelahiran Kota Baharu yang pernah beraksi selama tiga bulan bersama Atletico Sport Clube Reguengos (Atletico SC) dalam Divisyen Tiga Portugal itu memenuhi aspirasi penyokong Kelantan setelah barisan penyerang tempatan lain sendiri gagal berbuat demikian sebelum ini.

TEKANAN

Usaha Kafa mengikat kontrak pemain yang mencipta nama bersama Harimau Muda A ini perlu dipandang positif bertujuan memperkasakan pasukan juara tiga piala itu.

Namun, penyokong setia jangan meletakkan harapan tinggi atau memberi tekanan kepada Ahmad Fakri untuk beliau mengubah sesuatu keputusan positif buat Kelantan apabila saingan Liga Super bermula tidak lama lagi.

Bekas penyerang Felda United FC musim lalu itu perlu diberi ruang dan peluang untuk membuktikan keupayaan sebenarnya dan kesabaran cukup penting bagi penyokong Kelantan sebelum menilai prestasi pemain muda itu.

HARAP  

Masih ingat perlawanan suku akhir kedua kempen Piala Malaysia musim lalu, pertemuan Kelantan menentang Felda United FC yang berlangsung di Kota Bharu? Ketika itu Kelantan diambang penyingkiran sebelum jaringan Mohamad Ghaddar pada masa kecederaan membawa bekas pasukannya mara ke separuh akhir.

Yang menjadi tumpuan dalam perlawanan tersebut ialah kelibat Ahmad Fakri yang beraksi di bahagian tengah Felda United FC di bawah bimbingan E Elavarasan ketika itu. Beliau sering mengucar-kacirkan jentera tengah Kelantan sekali gus menyekat usaha anak buah Hodak menjaringkan gol.

Ahmad Fakri jelas mempunyai larian yang pantas, mampu menguasai segenap penjuru padang selain mencipta peluang kepada rakan sepasukannya untuk menghasilkan jaringan. Itulah kelebihan beliau dan sentuhan berbisanya diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya Kelantan dalam mempertahankan kejuaraan Liga Super pada musim ini.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Sep 2012 03:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

"He he he, BN menang?, mana boleh tengok ni dulu" – Nik Aziz <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2012 09:22 AM PDT

Keputusan rasmi Pilihanraya Negeri Kelantan 2008 menunjukkan prestasi PAS masih baik setelah mendapat kemenangan di 38 kerusi undangan negeri dan dibantu dengan 1 kerusi dari bebas.  UMNO memenangi 6 kerusi di Kok Lanas, Pengkalan Kubor, Bukit Bunga, Kuala Balah, Nenggiri dan Paloh.

Majoriti undi terbesar dari UMNO adalah sebanyak 2, 833 (Paloh), 2,090 (Nenggiri), dan 1,381 (Kuala Balah). Sementara PAS mendahului kebanyakan 38 kerusi dengan majoriti besar dari serendah 323 ( Gaal) sehingga 6000 (Tanjong Mas).

Isu yang boleh memecah undi di Kelantan dilihat adalah kesan peranan UMNO selama ini di kawasan yang telah dimenangi dan sejauh mana kah UMNO telah memberi menafaat kepada penduduk di kawasan kawasan tersebut tanpa melihat kepada kepentingan kepartian.

Isu DAP dan gabungan PAS dengan Annuar Ibrahim tidak begitu diambil berat oleh para pengundi, ini adalah kerana isu itu terlalu kecil bagi mereka kerana penduduk Cina merupakan sebahagian kecil di dalam negeri itu. Pandangan mereka UMNO lah yang akan membawa para pedagang Cina tinggal di Kelantan dan ini merupakan satu masaalah besar dalam sosial politik di negeri Kelantan, walaupun kita tahu PAS juga telah membawa sebahagian besar para pelabur Cina ke negeri itu.

Dengan hanya mengharapkan dari pengaruh pengundi luar seramai 150,000 orang, UMNO belum tentu dapat mengimbangi kemenangan di kebanyakan 38 kerusi yang telah di menangi oleh PAS.

UMNO memerlukan sekurang kurang 23 kerusi bagi membolehkan mereka membentuk sebuah kerajaan baru, bermakna mereka harus memenangi sebanyak 17 kerusi dewan undangan negeri dalam PRU 13 dan masih memenangi kawasan kawasan sekarang. UMNO mungkin boleh berusaha memenangi Gual Periok, Wakaf Baru, Selising, Gaal, Kemuning, Air Lanas, Guchil, Dabong dan Manek Urai, dimana peratus majoriti PAS dilihat rendah semasa PRU lepas. Dimana kah 8 kerusi lagi yang mesti dimenangi UMNO?.

Pengubahan structure sosial dan demographi di Kelantan telah dimainkan peranan oleh PAS secara am nya dan perkara ini tidak ada perubahan besar. Ini telah sedikit sebanyak merendah kos sara hidup di negeri itu.

UMNO dilihat telah bertungkus lumus di kawasan Hulu Kelantan membaik pulih secara sistematik keadaan social pengundi di kawasan mereka dengan kos infrastructure yang besar dan sudah tentu kos sara hidup dikawasan ini lebih meninggi. Sekiranya peningkatan kos sara hidup meninggi dalam peratus yang kecil, tetapi pendapatan penduduk dikawasan itu tidak mengikut arus kenaikan kos tersebut, penghijrahan penduduk yang merupakan pengundi ke kawasan yang dimenangi oleh UMNO tentu lah tidak memadai dengan kenaikan bilangan nya dengan jumlah kos infrastructure yang telah dibelanjakan.

Walaubagaimana pun, penghijrahan rakyat Kelantan ke kawasan kawasan yang dimenangi oleh UMNO semakin bertambah, dengan itu diharapkan bilangan dan peratusan jumlah undi kepada UMNO akan bertambah dalam PRU 13 didalam kawasan sekitar dan berdekatan.

Pilihan calun juga amat penting, dan para pelobi UMNO harus meneliti kebolehan para calun membangunkan negeri Kelantan tanpa bantuan orang luar, terutama dari parti parti komponen yang diasaskan dengan jenis kaum. Ini lah dia kerumitan yang dialami oleh UMNO semenjak dahulu lagi, iaitu mencari calun yang berkelayakan seperti itu, kerana sebagai sebahagian komponen parti BN, MCA dan MIC juga mempunyai minat untuk mengambil peranan membangunkan Kelantan.

Disyorkan UMNO membangunkan usahawan Melayu tulin Kelantan yang berkaliber, dan dipilih dari semua ahli termasuk ahli PAS. Dengan itu semangat jati diri anak anak negeri Kelantan terbela dan sekiranya ini menjadi kenyataan, PAS akan kecundang besar. Ini kerana PAS tidak berkemampuan membina rangkaian bijak pandai dan keinginan merapatkan sesuatu kumpulan yang berlainan pendapat, hanya bijak pandai dalam UMNO sahaja yang boleh menguruskan sentimen sebegitu.

Semoga dengan ini kancah politik yang tidak menentu arah di peringkat nasional yang telah disebabkan peranan PAS didalam pakatan rakyat boleh diredakan bagi menyelamat kaum Melayu di seluruh negara.

Berusahalah, dan mungkin Nik Aziz tidak akan ketawa lagi.

Salam. Itu adalah pendapat saya yang merupakan seorang bukan ahli politik.

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


DUNIA ITU: Isu sampah <b>di Dabong</b> selesai

Posted: 27 Sep 2012 11:30 PM PDT


KUALA KRAI - PEMBUKAAN tapak pelupusan sisa pepejal baru di Dabong, awal minggu ini, meletakkan Majlis Daerah Dabong (MDD) kini di landasan betul ke arah menjadikan daerah pedalaman itu sebuah penempatan yang bersih, indah dan sejahtera.

Bukan sahaja mampu menampung sampah penduduk, malah pembukaan kawasan seluas 3.6 hektar itu menamatkan usaha MDD mencari lokasi sesuai untuk dijadikan tapak pelupusan sisa pepejal kekal sejak sekian lama.

Perkhidmatan majlis daerah itu selaku pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam juga dijangka lebih efisien terutama dari segi penjimatan kos dan kepuasan pengguna.

Selain itu, pelbagai masalah berkaitan seperti tempat pembuangan sampah haram; pemandangan kurang menyenangkan; punca penyakit serta pencemaran alam sekitar dan bau diharap dapat diatasi.

Tapak lama ditutup

SETIAUSAHA MDD, Md Yani Mat Zin berkata, dengan pembukaan tapak baru itu, tapak pembuangan sampah di Jalan Sungai Sam--Dabong dan Jalan Kemubu, dekat sini, ditutup sepenuhnya.

Menurutnya, usaha mencari kawasan bagi pembinaan tapak pelupusan itu sudah lama dilakukan MDD namun kini baru berhasil disebabkan halangan tertentu seperti kekangan peruntukan dan kesesuaian lokasi.

Katanya, kejayaan menamatkan pencarian MDD selama bertahun-tahun untuk tapak pelupusan baru itu hasil sokongan banyak pihak terutama Kerajaan Negeri, pejabat tanah dan wakil rakyat.

"Kita (MDD) sudah ada tapak pelupusan sisa pepejal di Bukit Tembeling tetapi jarak dari sini (pekan Dabong) ke sana lebih kurang 55 kilometer, jadi kos pengangkutan agak tinggi.

"Sebab itu, kita perlu tapak pelupusan baru yang lebih dekat untuk sampah dari Dabong dan beberapa penempatan sekitar seperti Kemubu dan Kuala Geris," katanya.

Hanya sementara

DITANYA tapak pelupusan sampah di Jalan Sungai Sam-Dabong yang menimbulkan rungutan ramai kerana terletak di tepi laluan utama, Md Yani berkata, kawasan itu tapak sementara dan dalam proses ditutup sehingga lokasi baru ditemui.

Malahan katanya, ketika laporan akhbar menyiarkan aduan mengenai longgokan sampah di tapak lama itu pada 16 September lalu, kerja menyiapkan tapak baharu sedang berjalan.

"Sebelum ini, tidak jadi masalah kerana tapak ini jauh dari kediaman dan hanya dilalui penduduk tetapi selepas jadi jalan raya dan digunakan orang luar, baru sampah di kawasan ini jadi isu.

"Dulu memang bila musim hujan atau banjir, kita buang sampah di tapak lama tetapi dengan pembukaan tapak pelupusan baru ini, tapak lama ditutup sepenuhnya," katanya.

Kerjasama semua pihak

SUSULAN pembukaan tapak pelupusan baharu itu, Md Yani meminta penduduk dan pihak luar seperti pengusaha asrama dan pelaksana projek pembangunan di Dabong agar lebih prihatin terhadap aspek kebersihan awam.

Katanya, biar pun belum ada tindakan undang-undang diambil ke atas pihak yang membuang sampah di kawasan larangan, MDD memandang serius perbuatan itu dan tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas.

"Jika terpaksa uruskan sampah dalam jumlah banyak seperti pengusaha asrama, mereka boleh minta khidmat kami untuk bantu melupuskannya dengan sedikit caj perkhidmatan," katanya.

Menurutnya, antara lokasi dikenal pasti menjadi tempat pembuangan sampah dan sisa pepejal secara haram sebelum ini ialah di laluan utama ke Kampung Kemubu, dekat Dabong.

Mampu bertahan lama

SEMENTARA itu, tinjauan di Jalan Kemubu mendapati, masih ada pihak berdegil terus membuang sampah di kira dan kanan laluan berkenaan walaupun terdapat papan tanda larangan dipasang MDD.

Manakala, di tapak pembuangan lama yang ditutup di Kilometer 7, Jalan Sungai Sam-Dabong pula, longgokan sampah dan sisa pepejal di tepi laluan utama itu sudah dibersihkan.

Logiknya, dengan jumlah sisa pepejal diuruskan MDD tidak sampai satu tan atau 100 kilogram sehari, tapak pelupusan baru berhampiran simpang masuk ke pekan Dabong itu dilihat mampu bertahan untuk jangka masa panjang.

Sinar Harian 28 Sep 2012

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Rakan 1Klik: Kemajuan dan keindahan <b>Negeri Kelantan</b>….

Posted: 17 Mar 2013 06:38 PM PDT


Pada pertengahan bulan yang lalu saya bersama seorang sahabat telah pergi ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Ketika dalam perjalanan kami melihat banyak pembangunan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memajukan negeri tersebut.. Antaranya pembinaan jalan raya di daerah Gua Musang yang dilihat sedang dibangunkan. Setibanya di pekan Pasir Mas kami lihat begitu banyak kemudahan dan tempat  penginapan yang terdapat di sana dan kami tinggal di Zakinah Guest House bertempat di Tendong Pasir Mas. Lokasinya adalah terletak di jalan besar ke bandar Pasir Mas dan berhampiran dengan  RTC Wakaf Che Yeh yang menjadi pusat pengumpulan semua jenis perniagaan didalamnya dengan kadar harga yang sangat berpatutan. Bagi sesiapa yang inginkan kemudahan boleh lah untuk menyewa di Wisma Zakinah kerana tidak perlu menaiki kereta untuk mendapatkan makanan atau keperluan lain kerana di tingkat bawah bangunan tersebut terletak kedai makan yang beroperasi sehingga lewat pagi.
Tambahan pula pada hari setibanya saya di sana adalah hari di mana pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) fasa pertama dan saya dapat melihat sendiri bertapa gembiranya penduduk di sana mendapat bantuan daripada pihak kerajaan dalam masa-masa yang memerlukan. Selain itu, keesokan hari pula ada sebuah majlis perasmian yang disempurnakan Dato Mustapha Mohamad iaitu pembukaan laluan di Jambatan Sultan Yahya Petra yang kedua telah dibuka untuk memudahkan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas menghala ke Kota Baru. 
Pelbagai program pembangunan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan di negeri Kelantan. Hal ini membuktikan kesungguhan pemimpin dan kerajaan dalam memberikan kemajuan dan kemudahan yang selesa kepada semua rakyat di negara ini agar nikmat pembangunan turut di dikecapi secara menyeluruh.
Rashid: Jika ke negeri Kelantan jangan lupa untuk singgah di RTC Wakaf Che Yeh yang sememangnya terkenal dengan harga barangan yang murah serta pilihan yang pelbagai…

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di jeli kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 11:29 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

.: Plan Untuk Pakatan Menang <b>di Jeli</b>

Posted: 13 Mar 2013 08:44 PM PDT

FOKUS KAWASAN JELI                                                                                    

Dua kawasan parlimen di Kelantan semacam sudah dianggap sebagai telaga buruk oleh PAS di mana harapan untuk memenanginya tipis. Dua kawasan itu ialah Gua Musang dan Jeli. Kedua-dua kawasan ini ditakhtai oleh tokoh Umno yang sudah terbilang akan kehebatan dan budinya kepada rakyat. Umno sendiri menandakan kawasan ini sebagai super white.

Dalam catatan ini saya hendak menyorot kawasan parlimen Jeli saja tidak bawa sama Gua Musang. Apakah kawasan ini benar-benar sebagai sebuah 'telaga buruk' di mana PAS tidak ada harapan untuk menang? Apakah Mustapa Mohamed seorang yang kebal dan mempunyai pelbagai tangkal dan azimat untuk mempertahankan dirinya?

Kata orang kalau hendak seribu daya dan tidak hendak seribu dalih. PAS boleh membaiki nasib malang di Jeli itu kalau mereka mahukan demikian. Tuhan menyuruh kita berusaha kemudian berserah kepadanya. Jalan untuk menang tidak pernah tertutup. Sebenarnya Jeli bukan telaga buruk bagi PAS, begitu juga Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian bukan telaga buruk bagi UBN.

Masih ada formula bagi PAS untuk tidak begitu kecewa di Jeli. Ada alternatif dan usaha ikhtiar lain. Semisalnya jikalau PAS merasakan lemah siku tulang untuk berhadapan dengan Mustapa dan merampas kerusi parlimen Jeli, tetapi PAS dan juga PKR boleh berbuat cara lain untuk mengurangkan pengaruh dan keagungan Mustapa di situ. Caranya ialah tukar strategi.

Kalau untuk merampas kerusi Jeli terlalu penat dan letih sangat, PAS tidak perlu membuang masa untuk berbuat demikian. Biarlah kerusi itu dimiliki Mustapa, sekurang-kurangnya dengan adanya beliau ia boleh memberi faedah kepada rakyat Jeli. Dengan prihatin dan kerajinan serta kedudukan sebagai menteri, Mustapa berjaya merubah Jeli menjadi sebuah bandar dari sebuah lembah 'halimunan' sebeluman ini.

Jadi tenaga digunakan untuk melumpuhkan Mustapa boleh digunakan untuk kawasan lain atau menentang orang lain.  Itu baru dikatakan berstrategi.

Maka PAS perlu tumpukan kepada kerusi state. PAS boleh mengubah pendekatan dan matlamatnya dengan merampas kerusi state. Potensinya ada, memandangkan kepada pola pengundi di Jeli berubah dan tidak sekata. Ertinya undi untuk parlimen tidak sama undi untuk state. Ini bermakna pengundi di Jeli sudah selesa dengan kedudukan Mustapa sebagai menteri, tetapi mereka ralat dengan wakil rakyat statenya.

Contohnya dalam pilihan raya ke-12, 2008 yang lalu, ternyata undi state dan parlimen tidak sekata. Undi diterima Apandi berbeza dengan undi-undi yang diperolehi calon PAS dan PKR di Air Lanas, Bukit Bunga dan Kuala Balah. Kalau dicampur undi PAS (Pakatan) dari ketiga DUN ini Apandi sepatutnya menerima sebanyak 14,812 undi. Tetapi undi hakikat diterima Apandi sebanyak 12,732. Ini bermakna sebanyak 2,074 tidak mengundi Apandi?

Dalam pilihan raya lalu calon PAS di Dun Air Lanas, Abdullah Yaacob mendapat 5,690, calon PAS di Bukit Bunga, Sufely Abd Razak mendapat 5,383 manakala calon PKR di Kuala Balah Mat Sulaiman Mat Daud memperolehi 3,391.

Ertinya kalau kesemua undi yang diberikan kepada calon state itu juga diberikan kepada Apandi ini bermakna Apandi kalah dengan Mustapa sebanyak 2,356 bukannya 4,436. Kekalahan dengan majoriti sebanyak itu bukan boleh disifatkan kekalahan teruk kerana lawannya seorang menteri dan mempunyai 'undi ternak' yang banyak. Undi ternak tu gak, undi askarlah.

Apakah kefahaman yang boleh diambil dari statistik ini. Iya menunjukkan bahawa pola pengundi di Jeli tidak 'menurut' dan selari diantara undi untuk calon Parlimen dengan undi untuk calon state. di sini kemungkinan ada berlaku penolakan kepada Apandi disebabkan pengundi Jeli sudah menerima dan larut dengan kedudukan Mustapa sebagai menteri atau pun kerana masalah peribadi. Tetapi kalau Apandi bertanding di state situasi ini boleh berubah.

Justeru berdasarkan hakikat dan matemetik siasah itu, maka PAS perlu berbuat sesuatu. Apa yang boleh dibuat ialah dengan memindahkan Apandi turun ke DUN agar tidak bertempur dengan Mustapa Mohamed. Apandi merupakan seorang berkelulusan dalam bidang Kejurukuraan dan profesional sepatutnya diselamatkan untuk menggunakan ilmu dan kebolehan yang ada kepadanya.

Dua kerusi DUN yang boleh diberikan laluan kepada beliau, iaitu Air Lanas yang kini disandang oleh Abdullah Yaacob (PAS) ataupun Kuala Balah yang kini disandang oleh Abdul Aziz Derashid (BN). Satu lagi kerusi Bukit Bunga tidak sesuai dan relevan untuk Apandi walaupun beliau YDP PAS Jeli.

Kedua-dua kerusi ini ada ruang untuk Apandi menang. Sekiranya Air Lanas menjadi harapan, Abdullah boleh dipindah ke parlimen untuk menentang Mustapa Mohamed. Perpindahan itu juga sebagai kenaikan pangkat untuk Abdullah, dan sekiranya Pakatan Rakyat menang beliau boleh dilantik menjadi Setiausaha Parlimen atau Timbalan Menteri. Abdullah sudah dua penggal menang dikerusi berkenaan dan kalah sekali.

Sekiranya alternatif ini diambil, kerusi Air Lanas menjadi pilihan, ia tidak menjejaskan hubungan atau status quo yang persetujui di antara PAS dengan Pakatan Rakyat. Kerusi Kuala Balah telah diperuntukan kepada PKR. Dalam pilihan raya lalu calon PKR Mat Sulaiman Mat Yassin kalah kepada Aziz Derashid dengan kekurangan undi sebanyak 1,381 undi. Jumlah itu agak besar juga berbanding dengan kemenangan Aziz sebelum ini yang kecil.

Apandi juga sesuai diletak di kerusi ini kerana Kuala Balah merupakan kampung halamannya. Apa lagi Aziz Derashid sudah tiga penggal menjadi wakil rakyat di mana sudah banyak dosa-dosa politik yang ditompoknya. Lagipun Aziz merupakan anak beranak Apandi juga mungkin pernah sama-sama mandi sungai di Pergau. Tetapi soalnya apakah PKR bersetuju?

Kalau kerusi Kuala Balah diberikan kepada PAS, maka kerusi gantian untuk PKR juga perlu diadakan sekiranya parti itu masih 'gatal' dan 'gelenyer' untuk bertanding. Kerusi gantian ialah parlimen Jeli. Pertukaran begini tidak akan menjejaskan kedudukan Abdullah di Air Lanas. Soalnya apakah PKR mempunyai calon berwibawa? Ketua Wanita PKR yang diura-urakan untuk diletakkan di Kuala Balah sudah tentu tidak layak dan sepadan untuk berhadapan dengan Mustapa di kerusi parlimen.

Jangan apa, sekali Mustapa batuk saja, calon PKR itu boleh melayang. Kalau pertukaran hendak dilakukan, PKR terpaksa mengorbankan ketua wanita mereka. Lupa soal kouta untuk wanita dan sesorang berwibawa perlu dicari bagi menentang Mustapa Mohamed. Buat apa letak calon kalau kekalahan sudah tergenggam dalam kedua belah tangan. Sesiapa boleh diletakan di Jeli dan kalau kalah pun tidak mengapa, kerana lawannya menteri.

Untuk ini PKR mumgkin boleh import pimpinan atau tokoh dari luar kawasan. Dalam konteks ini saya nampak ada dua pemimpon PKR yang boleh dibawa ke Jeli sekaligus untuk melatih mereka berpilihan raya. Seorang dari Kelantan, Dr Wan Suhaimi Wan Daud Ketua Cabang PKR Pasir Mas dan seorang lagi Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau CikguBard yang aktif mengerakan massa menerusi Ngo itu.

Saya percaya plan pertukaran untuk menyelamat kerusi ini tidak menjadi masalah. Kedua pemimpin PKR dan PAS hanya perlu berbincang dan kemukakan cadangan itu kepada pemimpin atasan masing-masing. Atau cukup kalau perbincangan mengenai plan ini dilakukan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bersama Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Husam Musa sahaja. Mereka konsensuskan perkara ini kemudian sampaikan kepada pengetahuna Tokguru Nik Abdul Aziz dan Anwar Ibrahim. Selesai khulu.

Berani saya bertegas, sekiranya status quo yang ada hari ini dikekalkan di Jeli, harapan PAS untuk merampas sekurang-kurang dua kerusi satate tidak akan berjaya manakala untuk menumbangkan Mustapa ibarat langguk panggang dari api. Dan sekiranya plan ini menjadi kenyataan kemungkinan ketiga-tiga kerusi state disapu Pakatan Rakyat dan yang UBN hanya menang menerusi Mustapa sahaja untuk kerusi parlimen. [wm.kl.11:43 am 14/03/13]

AR RISALAH الــرســالـة: Plan Untuk Pakatan Menang <b>di Jeli</b>

Posted: 14 Mar 2013 03:56 AM PDT

MSO

Dua kawasan parlimen di Kelantan semacam sudah dianggap sebagai telaga buruk oleh PAS di mana harapan untuk memenanginya tipis. Dua kawasan itu ialah Gua Musang dan Jeli. Kedua-dua kawasan ini ditakhtai oleh tokoh Umno yang sudah terbilang akan kehebatan dan budinya kepada rakyat. Umno sendiri menandakan kawasan ini sebagai super white.

Dalam catatan ini saya hendak menyorot kawasan parlimen Jeli saja tidak bawa sama Gua Musang. Apakah kawasan ini benar-benar sebagai sebuah 'telaga buruk' di mana PAS tidak ada harapan untuk menang? Apakah Mustapa Mohamed seorang yang kebal dan mempunyai pelbagai tangkal dan azimat untuk mempertahankan dirinya?

Kata orang kalau hendak seribu daya dan tidak hendak seribu dalih. PAS boleh membaiki nasib malang di Jeli itu kalau mereka mahukan demikian. Tuhan menyuruh kita berusaha kemudian berserah kepadanya. Jalan untuk menang tidak pernah tertutup. Sebenarnya Jeli bukan telaga buruk bagi PAS, begitu juga Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian bukan telaga buruk bagi UBN.

Masih ada formula bagi PAS untuk tidak begitu kecewa di Jeli. Ada alternatif dan usaha ikhtiar lain. Semisalnya jikalau PAS merasakan lemah siku tulang untuk berhadapan dengan Mustapa dan merampas kerusi parlimen Jeli, tetapi PAS dan juga PKR boleh berbuat cara lain untuk mengurangkan pengaruh dan keagungan Mustapa di situ. Caranya ialah tukar strategi.

Kalau untuk merampas kerusi Jeli terlalu penat dan letih sangat, PAS tidak perlu membuang masa untuk berbuat demikian. Biarlah kerusi itu dimiliki Mustapa, sekurang-kurangnya dengan adanya beliau ia boleh memberi faedah kepada rakyat Jeli. Dengan prihatin dan kerajinan serta kedudukan sebagai menteri, Mustapa berjaya merubah Jeli menjadi sebuah bandar dari sebuah lembah 'halimunan' sebeluman ini.

Jadi tenaga digunakan untuk melumpuhkan Mustapa boleh digunakan untuk kawasan lain atau menentang orang lain.  Itu baru dikatakan berstrategi.

Maka PAS perlu tumpukan kepada kerusi state. PAS boleh mengubah pendekatan dan matlamatnya dengan merampas kerusi state. Potensinya ada, memandangkan kepada pola pengundi di Jeli berubah dan tidak sekata. Ertinya undi untuk parlimen tidak sama undi untuk state. Ini bermakna pengundi di Jeli sudah selesa dengan kedudukan Mustapa sebagai menteri, tetapi mereka ralat dengan wakil rakyat statenya.

Contohnya dalam pilihan raya ke-12, 2008 yang lalu, ternyata undi state dan parlimen tidak sekata. Undi diterima Apandi berbeza dengan undi-undi yang diperolehi calon PAS dan PKR di Air Lanas, Bukit Bunga dan Kuala Bala. Kalau dicampur undi PAS (Pakatan) dari ketiga DUN ini Apandi sepatutnya menerima sebanyak 14,812 undi. Tetapi undi hakikat diterima Apandi sebanyak 12,732. Ini bermakna sebanyak 2,074 tidak mengundi Apandi?

Dalam pilihan raya lalu calon PAS di Dun Air Lanas, Abdullah Yaacob mendapat 5,690, calon PAS di Bukit Bunga, Sufely Abd Razak mendapat 5,383 manakala calon PKR di Kuala Bala Mat Sulaiman Mat Daud memperolehi 3,391.

Ertinya kalau kesemua undi yang diberikan kepada calon state itu juga diberikan kepada Apandi ini bermakna Apandi kalah dengan Mustapa sebanyak 2,356 bukannya 4,436. Kekalahan dengan majoriti sebanyak itu bukan boleh disifatkan kekalahan teruk kerana lawannya seorang menteri dan mempunyai 'undi ternak' yang banyak. Undi ternak tu gak, undi askarlah.

Apakah kefahaman yang boleh diambil dari statistik ini. Iya menunjukkan bahawa pola pengundi di Jeli tidak 'menurut' dan selari diantara undi untuk calon Parlimen dengan undi untuk calon state. di sini kemungkinan ada berlaku penolakan kepada Apandi disebabkan pengundi Jeli sudah menerima dan larut dengan kedudukan Mustapa sebagai menteri atau pun kerana masalah peribadi. Tetapi kalau Apandi bertanding di state situasi ini boleh berubah.

Justeru berdasarkan hakikat dan matemetik siasah itu, maka PAS perlu berbuat sesuatu. Apa yang boleh dibuat ialah dengan memindahkan Apandi turun ke DUN agar tidak bertempur dengan Mustapa Mohamed. Apandi merupakan seorang berkelulusan dalam bidang Kejurukuraan dan profesional sepatutnya diselamatkan untuk menggunakan ilmu dan kebolehan yang ada kepadanya.

Dua kerusi DUN yang boleh diberikan laluan kepada beliau, iaitu Air Lanas yang kini disandang oleh Abdullah Yaacob (PAS) ataupun Kuala Bala yang kini disandang oleh Abdul Aziz Derashid (BN). Satu lagi kerusi Bukit Bunga tidak sesuai dan relevan untuk Apandi walaupun beliau YDP PAS Jeli.

Kedua-dua kerusi ini ada ruang untuk Apandi menang. Sekiranya Air Lanas menjadi harapan, Abdullah boleh dipindah ke parlimen untuk menentang Mustapa Mohamed. Perpindahan itu juga sebagai kenaikan pangkat untuk Abdullah, dan sekiranya Pakatan Rakyat menang beliau boleh dilantik menjadi Setiausaha Parlimen atau Timbalan Menteri. Abdullah sudah dua penggal menang dikerusi berkenaan dan kalah sekali.

Sekiranya alternatif ini diambil, kerusi Air Lanas menjadi pilihan, ia tidak menjejaskan hubungan atau status quo yang persetujui di antara PAS dengan Pakatan Rakyat. Kerusi Kuala Bala telah diperuntukan kepada PKR. Dalam pilihan raya lalu calon PKR Mat Sulaiman Mat Yassin kalah kepada Aziz Derashid dengan kekurangan undi sebanyak 1,381 undi. Jumlah itu agak besar juga berbanding dengan kemenangan Aziz sebelum ini yang kecil.

Apandi juga sesuai diletak di kerusi ini kerana Kuala Bala merupakan kampung halamannya. Apa lagi Aziz Derashid sudah tiga penggal menjadi wakil rakyat di mana sudah banyak dosa-dosa politik yang ditompoknya. Lagipun Aziz merupakan anak beranak Apandi juga mungkin pernah sama-sama mandi sungai di Pergau. Tetapi soalnya apakah PKR bersetuju?

Kalau kerusi Kuala Bala diberikan kepada PAS, maka kerusi gantian untuk PKR juga perlu diadakan sekiranya parti itu masih 'gatal' dan 'gelenyer' untuk bertanding. Kerusi gantian ialah parlimen Jeli. Pertukaran begini tidak akan menjejaskan kedudukan Abdullah di Air Lanas. Soalnya apakah PKR mempunyai calon berwibawa? Ketua Wanita PKR yang diura-urakan untuk diletakkan di Kuala Bala sudah tentu tidak layak dan sepadan untuk berhadapan dengan Mustapa di kerusi parlimen.

Jangan apa, sekali Mustapa batuk saja, calon PKR itu boleh melayang. Kalau pertukaran hendak dilakukan, PKR terpaksa mengorbankan ketua wanita mereka. Lupa soal kouta untuk wanita dan sesorang berwibawa perlu dicari bagi menentang Mustapa Mohamed. Buat apa letak calon kalau kekalahan sudah tergenggam dalam kedua belah tangan. Sesiapa boleh diletakan di Jeli dan kalau kalah pun tidak mengapa, kerana lawannya menteri.

Untuk ini PKR mumgkin boleh import pimpinan atau tokoh dari luar kawasan. Dalam konteks ini saya nampak ada dua pemimpon PKR yang boleh dibawa ke Jeli sekaligus untuk melatikan mereka berpiliohan raya. Seorang dari Kelantan, Dr Wan Suhaimi Wan Daud Ketua Cabang PKR Pasir Mas dan seorang lagi Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau CikguBard yang aktif mengerakan massa menerusi Ngo itu.

Saya percaya plan pertukaran untuk menyelamat kerusi ini tidak menjadi masalah. Kedua pemimpin PKR dan PAS hanya perlu berbincang dan kemukakan cadangan itu kepada pemimpin atasan masing-masing. Atau cukup kalau perbincangan mengenai plan ini dilakukan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bersama Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Husam Musa sahaja. Mereka konsensuskan perkara ini kemudian sampaikan kepada pengetahuna Tokguru Nik Abdul Aziz dan Anwar Ibrahim. Selesai khulu.

Berani saya bertegas, sekiranya status quo yang ada hari ini dikekalkan di Jeli, harapan PAS untuk merampas sekurang-kurang dua kerusi satate tidak akan berjaya manakala untuk menumbangkan Mustapa ibarat langguk panggang dari api. Dan sekiranya plan ini menjadi kenyataan kemungkinan ketiga-tiga kerusi state disapu Pakatan Rakyat dan yang UBN hanya menang menerusi Mustapa sahaja untuk kerusi parlimen

Shahbudin dot com: Tawan <b>Kelantan</b>: Hanya Angan-Angan <b>...</b>

Posted: 16 Mar 2013 08:42 PM PDT


Jumaat lalu Najib sekali lagi melawat Kelantan. Ia dianggap lawatan terakhir Perdana Menteri ke negeri yang ditadbir oleh Pas selama 23 tahun itu sebelum Parlimen dibubarkan. Jika dalam lawatan terdahulu iaitu tidak sampai dua bulan yang lalu, Najib menaburkan 7 janji yang akan dilaksanakan oleh BN jika berjaya menawan Kelantan, dalam kunjungannya kali ini beliau menghuraikan pula 7 dosa yang telah dilakukan oleh Pas sejak mentadbir negeri itu.

Walaupun huraian Najib tentang janji dan dosa itu banyak yang boleh dipertikaikan dan tidak lebih sebagai serangan politik semata-mata tetapi yang jelasnya ia menggambarkan kesungguhan beliau mahu menawan kembali negeri Cik Siti Wan Kembang itu dan mengembalikannya ke pangkuan BN.

Selain mempertahankan Putrajaya dan menawan kembali Selangor di mana Najib juga merelakan dirinya menjadi Pengarah Pilihanraya negeri itu, nampaknya Kelantan juga turut menjadi sasaran Najib dalam pilihanraya kali ini.

Meskipun Najib nampak bersungguh mahu menawan kembali Kelantan tetapi banyak pihak yang ditemui sangsi dengan sasarannya itu. Sementara beliau menunjukkan kesungguhan ke arah itu, realitinya usaha beliau itu tidak disambut sepenuhnya oleh pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan sendiri.

Kebetulannya Jumaat lalu, saya juga berada di Kelantan dan menyaksikan dari dekat senario politik yang sedang berlaku di negeri itu ketika ini. Walaupun saya tidak hadir di mana-mana majlis yang dihadiri Najib pada hari itu, tetapi apa yang dapat disaksikan dengan mata kepala sendiri mengenai perilaku pemimpin UMNO sendiri sebenarnya amat menyedihkan sekali.

Di sebalik meriahnya sambutan yang diterima Najib di Kuala Krai, Tanah Merah dan Kota Bharu, sebenarnya sikap berpuak-puak dan politik cah keting amat jelas dalam politik negeri Kelantan ini. Tindakan sambil lewa, memulaukan majlis dan tidak menunjukkan komitmen amat jelas dapat dilihat.

Dalam program Najib di Kota Bharu pada petang Jumaat itu misalnya, didapati tidak semua Ketua UMNO Bahagian dan wakil rakyat turut menghadirinya. Beberapa pemimpin yang tidak hadir dan seolah-olah tidak memberi sokongan moral kepada majlis di Kota Bharu itu di mana Ketua UMNO Bahagiannya ialah Fatmi Che Salleh yang juga Setpol Perdana Menteri, didapati hanya duduk bersantai-santai dan berbual-bual kosong di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Antara mereka itu termasuk Ketua UMNO Bahagian, Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan wakil rakyat. Mereka ini tidak menghadirkan diri di majlis yang dihadiri Najib di Kota Bharu tetapi hanya menunggu di lapangan terbang untuk bersalam dan menunjukkan muka ketika Najib mahu berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas itu.

Beberapa ahli UMNO yang ditemui di lapangan terbang itu memberitahu, perkara seperti ini sudah menjadi kebiasaan sejak dahulu lagi dalam politik Kelantan. Mereka ada puak-puak sendiri dan hanya menghadiri majlis yang melibatkan puak mereka saja. Jika majlis oleh puak lain, mereka tidak akan menghadirinya dan lebih rela menghabiskan masa bersantai-santai bersama penyokong sendiri di tempat yang lain.

Tetapi tambahnya, dalam bab menyambut ketibaan Perdana Menteri atau menghantarnya pulang, mereka inilah yang sering berebut-rebut menunjukkan muka dengan harapan terus dipilih sebagai calon dalam pilihanraya akan datang ini.

Ketika di lapangan terbang itu juga, semasa isteri Perdana Menteri tiba kira-kira setengah jam sebelum ketibaan Najib, mereka ini turut berebut-rebut untuk bersalam dan ada setengahnya yang turut mencium tangan Rosmah Mansor yang pada patang itu memakai baju kurung berwarna putih susu.

Kemudian kira-kira setengah jam kemudian apabila Najib tiba di lapangan terbang Sultan Ismail Petra untuk berlepas pulang ke Kuala Lumpur, sekali lagi pemimpin dan wakil rakyat UMNO yang tidak hadir di majlis di Kota Bharu itu menampakkan wajah mereka di depan Najib seolah-olah kesetiaan mereka kepada UMNO tidak perlu diragui lagi.

Daripada gambaran ini, jelas bahawa sikap berpuak-puak dalam politik UMNO Kelantan amat sukar untuk dihapuskan. Walaupun Najib bersungguh mahu menawan kembali negeri itu, ramai yang tidak meyakininya berdasarkan sikap dan perangai pemimpin UMNO itu sendiri. Malah ada yang menggambarkan harapan Najib untuk menawan Kelantan bakal menjadi angan-angan 1Malaysia sahaja.

Dalam perbualan dengan banyak pihak di Kelantan, gambaran yang terpapar ialah pemimpin UMNO Kelantan sebenarnya lebih gemar negeri itu dikuasai oleh Pas berbanding daripada ia dikuasai oleh BN. Ini kerana jika dikuasai Pas, pemimpin UMNO merasakan mereka mempunyai akses terus dengan pemimpin Pusat berbanding jika di negeri itu kuasai oleh BN yang tentunya menyebabkan semua pengaruh, kuasa dan peruntukan akan berpusat di pejabat Menteri Besar pula.

Selama ini pun ramai pemimpin Kelantan menikmati kemewahan dan keselesaan berbanding rakan-rakan mereka di negeri lain kerana kelebihan akses terus dengan pelbagai pemimpin di peringkat Pusat itu.

Dalam masa yang sama, ada juga dakwaan mengatakan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapa Mohamed sendiri dikatakan tidak seserius mana untuk menawan kembali negeri itu daripada Pas. Mustapa dikatakan lebih banyak menumpukan kepada kawasan Parlimen Jeli, dengan banyak peruntukan dan pembangunan hanya ditumpukan di kawasan itu sahaja manakala penglibatannya di kawasan lain dilihat hanya sebagai memenuhi syarat semata-mata.

Yang dipentingkan bagi Mustapa ialah selagi beliau menang di Jeli, selagi itulah beliau akan kekal sebagai menteri sekurang-kurangnya untuk tempoh satu atau dua penggal lagi. Menang di Jeli nampaknya hasilnya tetapi berusaha menawan semula Kelantan belum tentu untung ruginya lagi.

Sementara Najib bersungguh-sungguh mahu menawan Kelantan dan menyerang Pas dengan pelbagai isu, hakikatnya harapan beliau itu lebih mudah menjadi angan-angan berbanding kenyataan. Ii digagalkan oleh pemimpin UMNO Kelantan sendiri. (SH 17/03/2013)

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jeli kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Mar 2013 12:29 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Bukan Husam Saja, PAS <b>Kelantan</b> Juga Perlu Fikir Tawaran <b>...</b> - MSO

Posted: 17 Mar 2013 09:18 PM PDT

ULASAN RASA                                                                                                                

Sehari dua lepas tersebar berita PAS Putrajaya mengundang Husam Musa agar bertanding di kerusi parlimen Wilayah Persekutuan Putrajaya. Berita itu menarik perhatian umum terutamanya pemerhati politik. Dalam laporan itu PAS Putrajaya meminta restu pimpinan tertinggi PAS agar melepaskan Husam ke kawasan elit itu. Tampak bersungguh dan ikhlas PAS Putrajaya membuat tawaran dan jemputan itu.

Yang Dipertua PAS Putrajaya, Mohamad Nazir Zakaria yakin peluang PAS untuk menawan kerusi berkenaan cerah kalau Husam diletakkan bertanding di situ. Ini berdasarkan kepada keputusan pilihan raya lalu di mana PAS kalah tipis dengan Setiausaha Agung Umno Teuku Adnan Mansor. Calon PAS masa itu ialah Mohamad Nor Muhammad yang mendapat 1,304 undi manakala Adnan mendapat 2,734 undi.

Ada benarnya dakwaan Mohamad Nazir itu. Kalau UBN masih meletakkan Adnan Mansor di Putrajaya, UBN akan menghadapi masalah. Banyak janji-jani yang ditaburkan Adnan tidak ditunai. Salah satu ialah janji untuk membina masjid di Persint 8 tidak menjadi kenyataan sampai hari ini. Tanah yang diperuntukan untuk pembinaan masjid itu telah ditukar kepada projek komersial, membina kompleks membeli belah.
Banyak isu yang belum selesai di Putrajaya yang gagal diselesaikan oleh Adnan selaku wakil rakyat. Pegawai kerajaan sendiri dikatakan lebih 50 peratus kurang senang dan kemungkinan akan menolak Adnan dalam pilihan raya kali ini kalau beliau calonnya.

Husam dipilih pula setelah dilihat kepada kebolehan dan penampilan beliau sebagai pemimpin. Daya dan roma Husam sesuai untuk diadukan di kawasan terdiri dari orang-orang cerdik dan tahu menilai kemampuan berfikir untuk memilih seorang pemimpin berwibawa kerana keperibadian, kejuahan akal dan bukan kerana ia 'gemukkan' parti politik semata-mata. Adnan sudah menjadi menteri dan orang sudah tahu apa yang dilakukan dengan jawatan menteri itu, dan kenapa beliau tidak diberikan tanggungjawab itu seterusnya. Ada masalahlah itu.

Sehingga ini tuan tubuh (Husam) tidak memberi respon kepada permintaan itu. Husam tentu sedang menimbang sebaik mungkin tawaran berkenaan dan sudah pasti ia tidak mudah untuk ditolak. Tawaran itu satu pernghormatan tinggi untuk Husam dari mereka yang tahu menilai politik dan kebolehan seseorang tokoh.

Apabila kedudukan Husam menjadi kontroversi di Kelantan, menyebabkan nama Husam melayang-layang ke mana-mana sahaja. Banyak kerusi-kerusi (Parlimen) diluar Kelantan diadukan kepada Husam. Satu segi cara itu menunjukkan Husam sudah tidak diperlukan di Kelantan, tetapi dari sudut lain Husam dirindui oleh kawasan luar Kelantan. Ia juga menunjukkan sahamnya mahal.

Antara kerusi ditawarkan ialah Titiwangsa, manakala di Kelantan Jeli. Tawaran ini walaupun ia menunjukkan satu masalah buat Husam tetapi ia juga menggambarkan kelebihan kepadanya. Misalnya kenapa tidak dinamakan Mohd Amar Nik Abdullah, atau Takiyuddin Hassan atau Wan Ismail Wan Jusoh untuk berdepan dengan Mustapa Mohamed di Jeli. Kenapa? Tanya sendiri dan jawab sendirilah.

Saya tidak perlu mengulas mengenai kedudukan dan reputasi Husam di Kelantan serta tindakan-tindakan untuk 'mengnyahkan' beliau dari bumi kelahirannya sendiri. Kalau saya bercakap ada yang prejudis dan ada konflik interest. Bagi saya tindakan ini boleh disifatkan sebagai orang Kelantan tidak tahu menilai mana intan dan mana kaca, dan membuang tuah, sedia mengambil celaka.

Ia bukan berlaku terhadap politician saja tetapi teknekrat dan korporat juga. Misalnya apa yang berlaku ke atas Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang terpaksa meninggalkan jawatan CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah contoh klasik bagaimana Kelantan membuang seorang yang cerdik menerusi percaturan 'politik budu'.

Mungkin kerana situasi itu dan menyedari Husam merupakan aset kepada PAS menyebabkan PAS Putrajaya menawarkan kerusi berkenaan kepada Exco Kelantan itu. Tidak dapat siapa nafikan Husam adalah pemimpin kreatif serta bijak menghidupkan hayat (isu) politik. Beliau juga tokoh yang ditakuti Umno sebab itulah dia menjadi sasaran fitnah dan adu domba musuh PAS di Kelantan.

Beliau juga antara kesayangan dan kecintaan Tokguru Nik Aziz. Blue eyes Tokguru. Tetapi pelik, kenapa orang Kelantan tidak dapat merasai keistimewaan Husam yang ini serta membaca rasa hati Tokguru? Pelangi yang indah terpadam mata kerana ditabir tirai hitam berdebu... Kepentingan diri melebihi kepentingan negeri dan rakyat.

Sepatutnya soal-soal peribadi atau soal gengsi dan sebagainya tidak dijadikan asas untuk menolak Husam dan menafikan ketrampilannya. Pemain politik yang bijak tidak akan menunjukkan kemarahan di hadapan khayalak, dan kalau menegur biarlah berpada. Marah pula jangan berpanjangan cukup hanya sekerat malam. Bak marah isteri, kalau 'murih' sepanjang malam maka 'bersajalah' malam itu. Sekiranya seseorang itu sudah insaf dan menunjukkan tanda-tanda untuk berbaik, terimalah. Kata orang musuh jangan dicari orang hendak berkawan sambut dengan lapaz 'ahlan wasalam'.

Mengenai penolakkan Husam di Kelantan ini ada juga terlatas di telinga saya kononnya kerana Husam bermasalah dengan istana. Jadi alasan penolakannya dari bertanding di DUN demi untuk tidak menganiayakan dia. Tuduhan ini kabur sebenarnya. Kalau bermasalah apakah masalah itu? Jangan pula kerana perkara seinci dijadikan sedepa, dan hanya kesalahan mencuri ayam kurus terus dihukum untuk dihalau ke luar negeri.

Jikalaulah masalah itu dengan Sultan atau Istana, apakah jalan penyelesaian dan damai tidak ada? Kalau hendak dikira hitung, krisis di antara Tokguru Nik Aziz dengan Sultan Ismail Petra satu masa dulu lagi teruk sehingga menggetarkan bumi Kelantan. Namun apa jadi akhirnya, berkat sepakat, berkat doa dan sokongan rakyat kepada kedua pihak istana dan MB, akhir krisis berakhir dan kedua mereka damai dengan tugas dan amanah masing-masing, duduk bersela lendik semula. Jadi apakah kalau memang wujud masalah itu, ending seperti itu tak berulang lagi?

Perlu disebut antara watak yang memain peranan sebagai pembela dan hulubalang membela Tokguru adalah Husam. Jadi masakan Tokguru sanggup untuk membiarkan Husam akan diserang atau berjelapak dalam masalah tanpa berbuat sesuatu? Tidaklah sekejam itu rasanya Tokguru ini.

Firasat saya mengatakan masalah yang berlengkar disekeliling Husam itu bukan penyakit asal malainkan ia adalah rekaan dan persepsi sahaja. Sebabnya mudah dunia masih belum menyaksikan masalah itu sebenarnya. Maksudnya tidak penzahiran dari pihak istana yang murka ke atas Husam.

Sejarah lama yang menimpa di Temsik atau pun kisah-kisah trajis yang berlaku dalam kerajaan klasik Melaka jangan diulang lagi. Iktibar kepada kesilapan sultan yang mengarah agar bunuh Hang Nadin yang bijak kerana difitnah kononnya suatu hari dia akan mengambil alih pemerintahan Temasik patut dikenang sepanjang zaman. Sikap atau sifat Raja Mendalir atau si Kitol yang menjadi guting dalam lipatan hendaklah dipinggirkan dari kemurniaan minda politik kita. Bebal dan babillah kita kalau terus mengulangi sejarah jahiliah sesudah mengaku Islam.

Perlu diingat untuk melahirkan pemimpin seperti Husam, Takiyuddin Hassan, Mohd Amar Nik Abdullah, Wan Ismail Wan Jusoh, yang kemudian dibuntuti Wan Nik Wan Ngah, Hassan Mahamod, Zulkefli Mamat bukan senang. Hari ini walaupun Kelantan sudah ada pemimpin pelapis baru seperti Dr Mohd Fadzli Hassan, Abdul Fatah Mahmod, atau Mohd Zaki Ibrahim, Abdul Latif Abdul Rahman dan lain-lain namun tahap dan kualiti mereka masih terkebelakang untuk dibandingkan dengan Husam dan mereka yang lain. Pemimpin bukan boleh dicambahkan persis kacang cambah (togel) yang tumbuh dalam masa 12 hari.

Selain nama Husam

Mengenai kerusi Putrajaya selain Husam, ada nama lain yang dihantar oleh Ibu Pejabat Agung PAS untuk bertanding di situ. Nama bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi, Datuk Nik Mohd Zain Nik Yusuf juga diura-urakan. Tetapi nama Zain dibantah atas alasan walaupun beliau seorang teknokrat atau bekas pegawai tinggi kerajaan yang komited dan berjaya tetapi usianya menjadi penghalang.

Bantahan itu berterusan dan ini menyebabkan kerusi Putrajaya menjadi kosong sedang Mohamad Nazir sendiri dirasakan tidak berkemampuan untuk berhadapan dengan Teuku Adnan Teuku Mansor. Dalam mencari siapa layak itu timbul juga nama Mustapa Ali, atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung yang dirasanya pantas berdepan dengan Setiausaha Agung Umno. Cadangan Mustapa ke situ saya fikir tidak ikhlas dan sesuatu yang jauh munasabah melainkan untuk mengelakkan dia dari duduk mengacau di Terengganu saja.

Kalau orang memahami hati budi politik Mustapa beliau tidak perlu dibimbangi sangat. Mustapa sendiri sudah menyedari siapa dia di Terengganu. Nasib dan dirinya tidak ubah seperti ekor ikan bilis kering yang sudah patah 16. Menjadikan ikan tidak lagi, untuk dijadikan sampan jauh sekali. Mustapa hanya melukut di tepi gantang saja. Jawatan sahih beliau menjadi penasihat kepada Presiden PAS. Apa yang naluri dia inginkan ialah berkerja saja sebagai penyelang kegiatannya bermain dengan cucu dan cicit.

Jadi apabila namanya cuba disuakan kepada Putrajaya ia tidak logik dan awal-awal lagi sudah dibantah? Elok. Sekiranya PAS ingin menggunakan akal dan pengalamannya sekiranya PAS memerintah Malaya nanti lantiklah beliau memegang apa-apa jawatan sesusai. Dalam hal ini ada dua jawatan sesuai buatnya, Yang Dipertua Dewan Rakyat dan juga pengerusi SPAD menggantikan tempat Syed Hamid Albar.

Berbalik kepada tawaran untuk Husam tadi ada eloknya kalau beliau menimbang sebaik mungkin. Cuma di sini ingin saya kata kalau dia berhajat untuk ke parlimen dan meninggalkan state kerana kecewa dengan sikap sesetengah rakan PASnya di Kelantan, kenapa dia harus bertanding di Putrajaya. Beliau tidak perlu menggadaikan nyawa politiknya di situ. Dalam politik jangan mencari sakit dan jangan mencekek leher sendiri.

Kalau benar beliau ingin berkhidmat di parlimen, molek kalau beliau kembali kepada kerusi asalnya di parlimen Kubang Kerian. Jaminan untuk menang lebih cerah di Kubang Kerian berbanding dengan Putrajaya. Lagipun Husam sudah menunjukkan kebolehannya, bahkan bakat dan ketrampilan dalam politik terbukti semasa beliau menjadi ahli parlimen Kubang Kerian (1995 - 2004).

Saya masih ingat kata-kata Abdullah Badawi kepada saya tentang Husam; kalaulah semua wakil rakyat seperti Husam, negara akan menjadi lebih maju dan politik kita menjadi lebih sihat. Abdullah tidak pernah terlepas untuk mengikuti perbahasan Husam di Parlimen, kalau pun beliau tidak hadir diikuti menerusi tv khas di biliknya di Putrajaya.

Kecualilah Husam juga memilih untuk kekal di DUN Salor, tidak menjadi satu kepelikan kalau dia juga bertanding di Putrajaya. Untuk bertanding dua kerusi di Kelantan Salor dan Kubang Kerian dirasakan kurang baik kerana ia akan disamakan taraf dengan Awang Adek Hussein atau Mustapa Mohamad, tergila hendak jadi MB.

Bagaimana pun ia tidak akan pelik kalau PAS Kelantan membuat konsesusnya awal bahawa selepas pilihan raya ini Husam adalah menteri besar. Bukan saja di Putrajaya, Husam juga boleh dihantar ke Jeli untuk berdepan dengan Mustapa, tetapi harus ada jaminan dan konsensus itu dulu. Husam mungkin tidak minta dan sebagai ahli parti beliau akur tetapi kondisi dan situasi politik di Kelantan merasakan begitu. Bolehkah PAS Kelantan berbuat begitu?

Tegasnya tawaran PAS Putaraya itu boleh ditilik dan dikaji oleh Husam. Sekiranya keputusan dibuatnya ke Putrajaya, beliau harus berfikir panjang melihat dan menghitung nasib PAS di Kelantan selepas ini. Kalau PAS tertakdir menjadi kerajaan, tenaga dan khidmat orang-orang sepertinya sangat diperlukan untuk mempertahankan kerajaan. Apa lagi kalau tiba-tiba Tokguru Nik Aziz benar-benar akan bersara?

PAS Kelantan jangan menganggap mudah untuk mengendalikan sebuah kerajaan. Tentangan kepada PAS bukan saja dari orang-orang Umno atau NGO penghambat nyamuk dan lalat, tetapi di kalangan pegawai kerajaan juga yang masih beruratsarafkan Umno. Mereka boleh menimbulkan seribu masalah dan mencari seribu daya untuk melemahkan kerajaan dari dalam.

Untuk berdepan dengan kemungkinan dan elemen ini orang-orang yang rajin, komited serta berpengetahuan seperti Husam sangat diperlukan. Apa lagi Takiyuddin Hassan yang juga merupakan Exco ikut sama hendak dipindahkan ke Pusat. Takiyuddin dikatakan bertanding di parlimen Kota Bharu. Saya tidak yakin dengan beberapa orang Exco yang ada kini mampu menghadapi segala tribulasi itu kerana mereka masih baru atau setengah yang usang pula tidak menunjukkan prestasi menyakinkan.

Secara peribadi bagi saya Husam patut fokuskan kepada satu kerusi saja, iaitu DUN Salor. Beliau perlu berada dan diadakan di dalam kerajaan, sama dengan kedudukan hari ini sebagai Exco Kanan ataupun dilonjakkan menjadi TMB atau terus menjadi Menteri Besar.  Banyak kerja beliau yang belum selesai di mana semua projek dan pembangunan dijanjikan adalah tanggungjawabnya.
Walaupun mengikut amalannya ia adalah tanggungjawab bersama (kolektif pinjaman istilah Haji Hadi) semua projek dan janji itu adalah menjadi tanggungjawab bersama. Ingat juga untuk jadi MB syarat utamanya bukan bijak berpidato dan petah menyanggah lawan, tetapi bijak menggerakkan kedua belah otak.

Sedihnya ada satu sikap atau tag line di kalangan wakil rakyat Kelantan, "mu buat mu pikul sendiri" dan "jangan sesekali gala (membajak) di tanah orang", walaupun tanahnya itu menjadi kering kontang dan menjadi tanah 'ran'. Apakah Tokguruku Nik Aziz tahu tag line atau slogan busuk kohong ini? [wm.kl.11:05 am 18/03/13]

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di demit kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 11:07 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Che Hasrah: Harian Metro: Hati

Posted: 18 Mar 2013 08:12 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Uji ketangkasan peserta berkumpulan

Posted:

Bunyinya seperti aktiviti mencari harta karun yang biasa dilakukan pada hujung minggu. Bergerak dari satu stesen ke stesen lain selepas me­nyelesaikan cabaran atau misi yang disediakan.

Satu demi satu misi dilakukan hingga akhir­nya peserta yang tiba dulu di lokasi terakhir diangkat selaku juara.

Namun bagi peserta acara Running Hunt Malaysia yang diadakan sekitar ibu kota minggu lalu, bukan siapa yang tiba dulu jadi sasaran, tetapi tertumpu kepada siapa yang terakhir kekal di gelanggang permainan dengan tanda nama masih terlekat di belakang badan.

Bagi peminat program variasi Korea Selatan, Running Man, konsep pemainan 'mencabut tag nama' menjadi tarikan dan amat dinantikan peserta kerana itulah cabaran utamanya.

Foto

MEMBALING syiling dalam kuali leper menjadi misi pertama yang perlu diselesaikan peserta sebelum ke stesen berikutnya.

Foto

BEBERAPA kumpulan berlari menaiki tren LRT agar tidak diekori pasukan lain sejurus melakukan misi mereka.

Foto

ANTARA peserta Running Hunt Malaysia yang berjaya melaksanakan semua misi sebelum bergerak ke lokasi terakhir.


Biarpun sesebuah kumpulan atau individu berjaya mendahului misi sebelum itu, ia sekadar memberi kelebihan untuk bersembunyi dan menyusun strategi sebelum mencabut tag nama peserta yang tiba seterusnya.


Misi pertama dimulakan di stesen KL Sentral, di mana setiap pasukan seramai enam peserta diberikan kad klu untuk misi seterusnya. Semuanya menerima klu yang sama iaitu perlu membeli tiket tren LRT dari lokasi permulaan sehingga ke stesen KLCC.

Bagaimanapun, setiap pasukan perlu turun di setiap stesen sebelum lokasi terakhir bagi menyempurnakan misi. Di stesen Pasar Seni, peserta perlu membaling duit syiling dalam kuali leper ­dengan diberikan peluang sehingga tiga kali cubaan setiap seorang.

Jika gagal dalam cabaran ini atau mana-mana misi berikutnya, penalti dua tren dikenakan pada pasukan terbabit. Bermakna, kumpulan berkenaan perlu melepaskan dua perjalanan tren LRT sebelum boleh meloncat masuk ke tren ketiga untuk menyambung misi.

Misi diteruskan ke stesen berikutnya dan misi Cham Cham Cham ini memerlukan peserta berpaling ke arah bertentangan daripada ­'tangan kuning' yang diletakkan di depan, contohnya jika tangan menuding ke kanan, muka perlu berpaling ke kiri dan sebaliknya.

Misi ini menjurus kepada daya tumpuan penglihatan peserta, selain fokus kepada bunyi Cham Cham Cham yang dilakukan kru.

Meneka 10 perkataan atau ayat seperti yang dilakonkan (Riddles for Seconds) ­dalam tempoh dua minit pula menjadi cabaran di hentian seterusnya. Apa yang diperlukan ialah kemahiran ­salah seorang ahli kumpulan ­dalam menyampaikan ayat kepada rakannya, sama ada dalam cara lakonan, gerak tubuh atau memberikan klu berkaitan secara lisan.

Misi Twist or Twisted kemudiannya membuatkan pergerakan beberapa pasukan tergendala kerana peserta diminta menyebut sepotong ayat yang bunyinya hampir sama dalam tempoh 30 saat.

Kemuncaknya di stesen akhir apabila setiap pasukan perlu mencari kru berdasarkan klu yang diberi sebelum bergerak ke taman berhampiran Jalan Ampang untuk misi kelangsungan tag nama.

Seperti apa yang berlaku dalam program popular dibarisi nama besar Korea antaranya Yu Jae-suk, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook, Ha-ha, Lee Kwang-su, Gary dan Song Ji-hyo itu, adegan terakhir iaitu mencabut tag nama sememangnya menakutkan.

Kala setiap peserta Running Hunt Malaysia menerima kemeja-T velcro yang mempunyai tanda nama Running Man dalam tulisan Korea di belakangnya selepas pendaftaran, masing-masing asyik cuba mengoyakkannya sesama sendiri.

Menjadi peserta pertama yang dicabut tag namanya juga amat menggerunkan dan ia sememangnya saat paling diingati penulis ­sehingga ke hari ini.

Kisahnya, peserta diminta mencari seberapa banyak bola bertanda 'R' dalam tempoh ditetapkan dan pasukan penulis (Harian Metro) me­ngambil keputusan berpecah kepada tiga bagi memudahkan carian.

Kurang lima minit kami bergerak, penulis bersama seorang ahli pasukan berjaya menjumpai sebiji bola tapi disebabkan kami ralit mencari bola lain di sekitar pokok berhampiran, sekumpulan gadis bertudung mula menghampiri kami.

Semuanya menuju ke arah penulis dan seperti apa yang dilakukan dalam Running Man, penulis sedaya upaya mengelak daripada menjadi mangsa tag nama.

Beberapa kali cuba membolosi mereka, tetapi tidak berjaya hingga penulis mengambil keputusan berbaring di lantai bagi melindungi tag nama.

Dengan rakus dua gadis terus memegang kaki, dua lagi di kedua belah tangan sementara seorang gadis gempal (yang mungkin ketuanya) terus menolak tubuh penulis supaya tangannya berjaya mencangkuk leher penulis. Dengan pantas dia mencabut tag nama ­sehingga koyak kemeja-T yang dipakai lalu menampakkan sebahagian besar belakang tubuh penulis.

Mujur ia berlaku berhampiran pusat beli-belah dan kru penganjur banyak membantu kala penulis bergegas membeli kemeja-T baru.

Misi mencari bola 'R' itu bagaimanapun diubah pada saat akhir atas beberapa masalah, lalu penganjur terus membawa peserta ke tanah lapang untuk acara paling dinantikan tag nama.

Setiap pasukan boleh menurunkan seberapa ramai ahli tapi mengikut jumlah bola yang berjaya dikumpul pasukan terbabit. Seorang demi seorang tersingkir ­hinggalah berakhir dengan pertarungan sengit antara wanita dan lelaki.

Sememangnya ia pengalaman baru bagi kami. Selalunya, insiden menakutkan ini cuma dapat ditonton dalam Running Man tanpa ada perasaan takut atau bimbang kerana penonton terhibur dengan aksi serta gelagat lucu mereka.

Erik Sim Ziheng, 17, yang mewakili pasukan Race In muncul juara selepas berjaya menarik tag nama Teh Shuyi, 21, daripada pasukan Powerpuff Girl, sekali gus membolehkan kumpulannya membawa pulang hadiah utama wang RM300.

Menurut penganjur ­Running Hunt Malaysia, Cheong Wei Ling, aktiviti ini diada­kan sebagai tanda sokongan peminat Running Man di Malaysia serta memberi peluang peminat merasai pengalaman menyelesaikan misi seperti dalam program televisyen popular itu.

"Kami menganjurkannya kerana ia belum pernah diada­kan lagi meskipun Running Man mempunyai ribuan peminat di Malaysia. Penyertaan yang kami terima amat menggalakkan ­hingga perlu dipecahkan kepada dua sesi, tujuh di sebelah pagi manakala lapan pasukan pada sesi petang.

"Dengan adanya Running Hunt Malaysia ini diharap­kan peserta dapat menimba pengalaman baru dan saling menjalin hubungan baik ­sesama peminat Running Man.

"Pada masa sama, kami juga harap ia dapat menarik perhatian produksi Running Man untuk mengadakan rakaman program mereka di Malaysia selepas Thailand, China, Hong Kong, Macau dan Vietnam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/19

Berkorban demi cintakan al-Quran

Posted:

Melahirkan golongan hafiz profesional yang komited menerajui kepentingan agama, bangsa dan negara bukanlah satu tugas mudah kerana ia memerlukan sokongan dan perhatian semua pihak.

Bersandarkan kepada pepatah Melayu yang berbunyi 'jika tidak dipecah­kan ruyung, manakan dapat sagunya', sekumpulan guru yang bertugas di kelas pengajian pondok moden Darul Halim di Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang wajar dipuji kerana mengadakan pelbagai usaha untuk menambah golo­ngan cerdik pandai dalam bidang agama.

Walaupun pelajar di sekolah pondok berkenaan tidak mengharungi sesi persekolahan biasa, mereka tetap diasuh mengikut jadual yang ditetapkan setiap hari bermula waktu Subuh sehinggalah waktu tidur pada jam 11 malam.

Acuan hidup mereka sudah ditetapkan dan mereka melakukannya dengan penuh kerelaan termasuk membersihkan kawasan rumah, memasak dan mengemas serta melakukan kerja khidmat ma­syarakat di komuniti setempat di samping tugas hakiki mereka menghafaz al-Quran dan mendalami ilmu agama.


Peluang bersua muka dengan beberapa penghuni yang berusia antara 13 hingga 21 tahun itu membuktikan keazaman dan kesunggu­han pengurusan sekolah pondok moden itu dalam melahirkan 'pewaris' zaman kegemilangan tamadun Islam suatu ketika dulu.


Pelajar paling dewasa, Ahmad Husaini Ibrahim, 21, berkata, kepentingan ilmu akhirat membuatkannya nekad berpisah sementara dengan keluarga di Kampung Demit, Kubang Kerian, Kelantan.

Menurutnya, walaupun mengalami kesukaran untuk bergerak kerana tergolong dalam orang kelainan upaya (OKU), dia tetap berusaha untuk berdikari dan melakukan yang terbaik mencapai cita-citanya menjadi seorang hafiz satu hari nanti.

Ahmad Husaini tidak menafikan cabaran yang perlu dihadapi setiap hari dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar 'pondok' yang menjurus kepada usaha menghafal al-Quran sepanjang masa.

"Rutin kami bermula selepas Subuh, mengemas bilik, bersarapan dan melakukan aktiviti bebas seperti membersihkan kawasan rumah dan membasuh pakaian.

"Kelas hafazan bermula selepas Zuhur hingga Asar. Di sini, kami menghafaz secara berkumpulan dan teguran dibuat jika berlaku kesilapan ketika menghafaz," katanya.

Bekas pelajar Maahad Tok Kenali, Kota Bharu itu berkata, walaupun menghadapi kesukaran turun naik tangga kerana bilik tidurnya terletak di tingkat atas manakala kelas al-Quran di tingkat bawah, faktor itu tidak pernah menjadi penghalang untuknya bersama rakan lain dalam setiap aktiviti yang diadakan.

"Memang susah sikit tetapi saya tidak kisah selagi dapat beriadah, makan minum dan membaca al-Quran di tingkat bawah rumah dua tingkat ini," kata anak ketujuh daripada sembilan beradik itu.

Ahmad Hafizuddin Abdul Mubin, 16, berkata, walaupun pernah belajar di dua sekolah aliran agama yang turut menyediakan akademik bagi menyeimbangkan pendidikan dunia dan akhirat, anak bongsu daripada lapan beradik itu mengambil keputusan untuk berhenti dan sambung belajar di Darul Halim.

"Saya tahu tanpa kelulusan dalam bidang akademik, penghuni di sini agak sukar mendapatkan pekerjaan tetapi saya percaya rezeki di tangan Tuhan dan Dia sudah menetapkan segala-galanya untuk kita," katanya yang berasal dari FELDA Jengka 2.

Bekas pelajar Maahad Tahfiz Darul Hijrah, Jengka itu berkata, kejayaan dua abangnya, Ahmad Kamri, 28, dan Ahmad Fariduddin, 24, yang menjejakkan kaki ke Universiti al-Azhar, Mesir dan Universiti Islam Medan, Indonesia mendorong­nya belajar di Darul Halim.

"Saya bukan menolak ilmu akademik tetapi amat menyayangi bidang hafazan ini kerana mahu mendalami ilmu agama. Kami bukan saja menghafaz tetapi juga cuba memahami isi kandungan al-Quran itu sendiri.

"Tinggal sepenuh masa di sini juga mengajar kami erti kehidupan berkeluarga. Kami menguruskan keperluan sendiri, memasak, bermain dan bersukan malah turut membantu membersih­kan kawasan persekitaran rumah jiran secara sukarela," katanya yang ditugaskan menyediakan makanan kepada penghuni di situ.

Menurutnya, naskhah al-Quran mempunyai nilai yang sangat tinggi malah diabadikan sebagai khazanah terulung dalam dunia Islam dan menjadi tinggalan Nabi Muhammad SAW yang paling agung.

"Apabila kita cinta kepada al-Quran, ia akan memberi kekuatan untuk menghafalnya. Seronok belajar di sini kerana dunia kami di sini dikelilingi kitab suci al-Quran dan jiwa sentiasa dibasuhi ayat al-Quran dan menjadi pendinding dan penenang jiwa," katanya.

Bagi dua penghuni berasal dari Kemboja, Zakaria Abdullah, 17, dan Mohd Razali Zakaria, 16, kehadiran mereka di Darul Halim secara tidak langsung membantu mereka mendalami ilmu agama.

Bagi Zakaria, peluang belajar al-Quran saat paling indah dalam hidupnya kerana dapat mengetahui kandu­ngan kitab suci itu dengan lebih terperinci.

"Kami bukan setakat menghafal tetapi juga mencari maksudnya dan saya dapat membayangkan betapa indahnya menjalani kehidupan sebagai seorang Islam jika kita mengetahui isi kandungan al-Quran itu sepenuhnya.

"Walaupun baru empat bulan di sini, saya gembira dapat belajar dan melakukan aktiviti secara bersama. Secara tidak langsung dapat melupakan kerinduan kepada keluarga buat sementara waktu," kata anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

Walaupun berasal dari Phnom Penh, keluarga Zakaria sudah lama menetap di Ulu Tiram, Johor dan kehadirannya di Darul Halim secara sukarela kerana mahu menjadi seorang hafiz dan berhasrat kembali ke Kemboja untuk mengajar al-Quran satu hari nanti.

"Saya gembira di sini kerana mempunyai rakan yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain dan saling membantu jika berhadapan masalah dalam apa juga perkara," katanya.

Mohd Razali pula berkata, kehadirannya di Darul Halim berlaku secara tidak langsung apabila seorang guru agama di kampungnya, Kampung Cham mempelawanya ke Malaysia dan belajar agama.

"Saya terus bersetuju kerana tidak mahu menyusahkan keluarga yang sememangnya hidup dalam kemiskinan di sana. Saya masih belajar menyesuaikan diri dengan rakan di sini kerana kurang fasih berbahasa Melayu tetapi ia sama sekali tidak menjejaskan saya untuk menghafal al-Quran," katanya yang dibantu Zakaria menterjemahkan apa yang dikatakan.

Anak ketiga daripada tujuh beradik itu bernasib baik kerana tidak dipinggirkan rakan lain kerana kesukarannya bertutur dalam bahasa Melayu dan kini giat melatih diri untuk berbuat demikian.

"Walaupun kadangkala terbit rasa rindu dan ingin kembali ke pangkuan keluarga, saya terpaksa kuatkan semangat demi membela nasib keluarga dan berhasrat untuk bekerja sebagai guru agama apabila pulang ke kampung," kata­nya.

Pegawai Darul Halim, Mohd Farid Othman, 44, berkata, seramai 16 pelajar sedang mengikuti kelas hafazan di bawah pengawasan Ustaz Abdul Halim Mahmud, 43, yang juga seorang penghafaz al-Quran berpe­ngalaman bermula September lalu.

"Kami hanya menerima pelajar lelaki berusia antara 13 hingga 21 tahun. Di sinilah tempat tinggal mereka dan belajar setiap hari mendalami ilmu al-Quran dan menghafaz sehingga bersedia bergelar seorang hafiz.

"Kejujuran, keikhlasan dan ketekunan mereka menghafal al-Quran setiap hari secara tidak langsung dapat mendidik dan membersihkan hati nurani mereka, sekali gus dapat menghindarkan mereka daripada terbabit dengan gejala salah laku yang semakin menular dalam kalangan remaja mutakhir ini," katanya.

Menurutnya, bukan mudah untuk menarik minat golongan remaja mencintai kitab suci al-Quran dan menjadikannya sebagai 'teman setia' sepanjang hari.

"Justeru, saya hormati dan menghargai semangat juang mereka datang ke sini untuk belajar al-Quran, sekali gus membasahi bibir mereka dengan ayat al-Quran setiap hari demi merealisasikan impian menjadi penghafaz al-Quran," katanya.

Menurutnya, pihak­nya tidak meletakkan syarat tertentu tetapi pelajar yang datang ke Darul Halim mestilah benar-benar ikhlas dan mahu belajar menjadi seorang hafiz al-Quran.

"Walaupun kami me­ngenakan yuran pendaftaran dan pengajian, bagi keluarga yang tidak mampu, kami tidak memaksa mereka menjelaskannya, sebaliknya menyumbang sekadar termampu saja," katanya.

Mohd Farid berkata, Darul Halim yang membawa maksud 'Yang Maha Lemah Lembut' ditubuhkan bagi memenuhi hasrat arwah bapanya, Othman Ibrahim iaitu pengasas Yayasan Othman Ibrahim yang ditubuhkan pada 1985 dengan memberi fokus kepada pembangunan pendidikan Islam.

"Semoga hasrat arwah bapa untuk melahirkan ramai penghafaz al-Quran akan terlaksana dengan kewujudan Darul Halim ini dan mewarnai dunia cendekiawan Islam Pahang satu hari nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/19

ads