Selasa, 4 Disember 2012

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Lembaran Sebuah Kehidupan: Hari Raya Haji 2012 - Part III

Posted: 18 Nov 2012 01:53 AM PST

Part I
Part II
Wallah... Nak raya haji pun nak berpart bagai. This will be the last part, i promise you. Cumanya kalau tak sibuk-sibuk cerita yang part 3 ni tak best la jugak. Sebab raya haji kan Hari Raya Korban. Maka hari ke-2 Hari Raya Haji ini merupakan hari kami (merekalah sebenarnya) geng-geng di kampung melakukan korban. Tumbang berapa ekor tak sure la plak sebab sampai kampung lambat skit. Lembu dah selamat terkorban. Kikiki...

Oleh kerana bawak budak-budak yang eksited nak tengok lembu kena sembelih, atau pun macam lebih kepada orang dewasa yang eksited nak suruh budak-budak tengok lembu kena sembelih, maka kami singgah ke masjid tengok lembu orang lain kena korban.

Seterusnya hanyalah entri bergambar...

the 3 excited siblings nak tengok lembu kena sembelih.
Icad sorang je yang dah mandi



WuuU~~~ banyaknya darah...


Lembu ini gagah. tak berbunyi. tak meragam.

Muka serius masing-masing.
Kakak ipar tak habis-habis menyelami perasaan seekor lembu.
Iman pula tak lama lepas ni, dia menangis.

Sesi sampai kampung lepas tengok lembu kena sembelih, terus buat keje.
Sila kenalpasti pelakon-pelakon tambahan.

Ini situasi sebenar mereka yang betul-betul bekerja
pusat memproses daging lembu



di kala anda melihat gambar  ini, adakah terdetik di hati anda mengapakah ada ramai orang yang memproses telur? adakah memerlukan manusia seramai ini? 

sebenarnya hanyalah seorang daddy yang diperlukan untuk membuat kerja memproses telur tersebut.

few kids trying to help (menyibuk)

tak apalah... kanak-kanak ni kita galakkan aje.
dah besau tak mo tolong, boleh libas dengan batang penyapu.

pak ucu, with little zarif, minah salleh celups and me.. hahaha

daddy sedang gigih memproses kuah mee rebus.
daddy jadi main chef untuk buat mee rebus.
i tell u, daging lembu yang segar baru lepas sembelih kemudian dijadikan kuah mee rebus, kesedapannya adalah tiada tandingan. wah.. kecur air liur kerana teringat sudah...

daging yang telah diproses.
my pak su nak buat nasik daging.
and nasik daging dia adalah sedap tak tipu!

adakah dia ini masih berlakon?


yang tinggal usah dikenang.
semoga dia bersemadi dengan aman.
terima kasih kerana telah sudi dikorbankan.
daging anda adalah sedap!

Mak-mak dara dan anak dara di dapur.
Bahagian memproses, menyiang, memotong dan megembala kambing.
Sekian adalah enri bergambar. Gambar makanan yang telah siap adalah tiada kerana tukang amek gambar kata, bateri habis. Sambil saya malas mengeluarkan charger, saya kata, tak apalah. Maka tiadalah berjaya mengambil gambar makanan-makanan yang sedap marvellous itu. Maka anda harus redha. 

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Kejatuhan PAS & PR Bermula Dari Selatan | MYKMU.NET: DEMI <b>...</b>

Posted: 28 Nov 2012 04:00 AM PST

November 28, 2012   ·   2 Comments

pkrdap-buli-pas

Lebih tiga tahun lalu yakni pada 14 Julai 2009 seluruh negara tertumpu pada satu pertarungan sengit membabitkan pertembungan satu lawan satu diantara BN dan PAS dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manek Urai, Kuala Krai Kelantan.

Persaingan sengit yang berpusat di Selatan Kelantan itu walaupun berpihak kepada PAS namun kemenangan yang diperolehinya terlampau tipis hanya dengan kelebihan 65 undi sahaja berbanding 1,352 undi majoriti yang PAS perolehi pada PRU 12 2008.

Bermula dari situ gema kebangkitan Gelombang Merah semakin dirasai sementara di masa yang sama riak resah kerisauan semakin mencengkam kepimpinan PAS di Kelantan.

Kira-kira empat bulan kemudiannya atau lebih tepat lagi pada 4 November 2009, sekali lagi Selatan Kelantan menjadi pentas tumpuan ramai apabila berlaku pertembungan kali kedua membabitkan BN dan PAS, kali ini berlangsung di DUN Galas, Gua Musang.

Semasa PRK Manek Urai PAS hanya sekadar menang nyawa-nyawa ikan, di PRK DUN Galas pula berikutan semarak Gelombang Merah yang dipelopori UMNO semakin mendapat tempat di hati rakyat, akhirnya menyebabkan PAS tewas terduduk dengan majoriti 1,190 undi.

Kebetulannya baik di PRK Manek Urai mahupun Galas yang lokasinya terletak di Selatan Kelantan ini, kedua-duanya menyaksikan undi sokongan untuk PAS semakin merosot sekalipun jentera pilihanrayanya didokong kuat oleh jentera PR dari PKR dan DAP.

Manakala di pihak BN pula jelas menunjukkan peningkatan undi sokongan yang amat ketara berikutan kembalinya sebahagian penyokong UMNO yang sebelumnya berpaling tadah pada PRU 2008 disamping meningkatnya kesedaran rakyat terhadap kelemahan urus tadbir Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.

Satu perkara yang agak menarik, kejatuhan PAS di Kelantan pada akhir dekad 70-an dulu juga bermula dari Selatan Kelantan berikutan kebangkitan rakyat negeri ini membantah pelbagai penyelewengan konsesi kayu balak yang telah dilakukan oleh pemimpin PAS dan kroni mereka.

Antaranya termasuklah melibatkan tanah seluas 350,000 ekar tanah di yang digadaikan kepada syarikat Timber & Mine dari Singapura untuk tujuan pembalakan.

Selain itu, faktor protes oleh penyokong bekas MB PAS Kelantan, Muhammad Nasir yang di pecat dari PAS kerana sikap mesranya dengan pemimpin UMNO pula kemudiannya menambah parah yang akhirnya menyumbang kepada kembalinya BN menguasai Kerajaan Negeri.

Jika dilihat pada senario di atas, kelihatan coraknya hampir sama. Tidak mustahil kejatuhan PAS di Kelantan akan bermula dari Selatan dengan mengambil semangat kebangkitan rakyat sebagaimana diterjemahkan dalam PRK Manek Urai dan Galas.

Sementelah lagi, sebahagian besar rakyat Kelantan semakin sedar kewujudan utama Ladang Rakyat di Gua Musang dan Kuala Krai yang membabitkan keluasan tanah lebih 80,000 ekar sebenarnya berkait rapat dengan konsesi pembalakan yang hanya menguntungkan syarikat Cina DAP dan Cina Singapura yang mempunya hubungan rapat dengan kepimpinan PAS Kelantan.

Sementara itu, dalam konteks politik nasional pula, tika ini PR kelihatan begitu memfokuskan tumpuan mereka ke arah selatan tanahair yakni Johor dengan andaian mereka berpeluang memperalatkan masyarakat Cina untuk menyokong PR dalam PRU 13.

Namun melihatkan kesepaduan sokongan yang diterjemahkan oleh rakyat Johor semasa PRK DUN Tenang di mana menyaksikan undi sokongan untuk BN dari majoriti orang Melayu Islam, Cina dan India semakin meningkat naik, jelas sekali PR bakal menghadapi kesukaran untuk mengekalkan 7 kerusi yang mereka miliki apatah lagi menawan kerusi lain.

Di antara Kelantan dan Johor pula, kedua-dua negeri ini menampilkan satu percanggahan pendirian PR yang ketara di mana, mereka sepakat menyokong pembinaan kilang Petrokimia yang disarankan dibina di Bachok Kelantan, sedangkan di Johor pula pakatan pembangkang begitu lantang menentang pembinaan kilang Petrokimia di Pengerang atas nama penjagaan alam sekitar dan tanah rakyat

Kontradiks sebegini menampakkan agenda perjuangan PR lebih banyak menambah keraguan besar dalam fikiran rakyat apatah apabila ia dilakukan oleh kepimpinan PR dan NGO proksinya hasil dari pembiayaan dan hasutan kiasu Singapura.

Johor adalah nadi kekuatan UMNO dan jantung hati BN malah budaya rakyatnya agak berbeza walau berlainan agama dan bangsa, lagi kuat ia diasak lagi rapat kesepaduan rakyat menentang anasir adu domba pembangkang, sebagaimana dibuktikan melalui PRK DUN Tenang.

Baik senario Selatan Kelantan mahupun Selatan tanahair yang membabitkan negeri Johor, kedua-duanya juga berkongsi satu rumusan, kejatuhan PAS di Kelantan dan kemusnahan PR pada PRU 13 tidak syak lagi akan bermula dari Selatan.

By


03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Kronolgi Duff Company <b>di Kelantan</b>. | Secebis pemikiran...

Posted: 02 Dec 2012 11:00 PM PST


1) 10 Oktober 1900 mendapat konsesi dari Sultan Muhammad 4 untuk melombong Emas di Sungai Galas, Hulu Kelantan.
2) Jun 1904 Duff Company, melalui anak syarikatnya "The Kelantan Gold Dredging Company Limited." telah membeli 4 buah kapal Korek untuk melombong emas.
3) 1909 Syarikat "Kelantan Gold" (anak syarikat kepada Duff Company) telah memulakan kegiatan melombong emas di daerah sokor yang mana belanja yang digunakan lebih kurang 50,000 pound tetapi malangnya hasil yang diperolehi Cuma 8,524 auns yang bernilai 32,627 pound. (RUGI)
4) Pada tahun 1909 juga syarikat ini telah berubah bidang dari perlombongan kepada Perladangan Getah di Daerah Bagan, Hulu Kelantan dengan keluasan sewaan tanah 1218 ekar (cadangan 40000 ekar untuk penanaman getah di seluruh hulu kelantan.
Kesimpulannya, Pemerintah Kelantan waktu itu telah mengamalkan urus tadbir sebuah kerajaan yang moden dan barangkali ianya perkongsian maklumat dengan Kerajaan Johor pada waktu itu.
Sumber : Kelantan; a state of the Malay Peninsula; a handbook of information (1908)
http://sejarah-kelantan.com/2012/09/27/kronolgi-duff-company-di-kelantan/




Peta ni adalah berkenaan Peta Kawasan Perlombongan dan Perladangan yang disewakan oleh Kerajaan Kelantan kepada beberapa syarikat kosensi pada tahun 1907, berikut disenaraikan:
SyarikatKawasanAktivitiKeluasanTaraf Tanah
Duff Company (syarikat konsesi utama Kelantan-1909)Daerah Bagan, Hulu KelantanPerladangan Getah1218 ekar (cadangan 40000 ekar)SEWA
The Bagan Rubber Company Limited Ibu Pejabat di SingapuraDaerah Bagan, Hulu KelantanPerladangan Getah   
The Batu Mengkebang Planting Estate (Milik Kerabat DiRaja Kelantan: Tengku Petri)Hulu Kelantan Perladangan Getah    
The Bukit Marak Planting Estate (Milik Kerabat DiRaja Kelantan: Tengku Petra Dalam Kebun)Bachok Perladangan Kelapa   
The Pasir Puteh Coconut Estate (diusahakan oleh F.O. Rasmussen)Pasir PutehPerladangan Kelapa   
SyarikatKawasanAktivitiKeluasanTaraf Tanah
Syarikat Duff (Mendapat konsesi daripada Raja Kelantan pada 10 Oktober 1900)
- Jun 1904 Membiayai "The Kelantan Gold Dredging Company Limited.
- Membeli 4 buah kapal korek
       
The Galas River Syndicate Limited dengan Messrs Guthrie & Company Limited ejen di Singapura       
The Bukit Merbau Mining Syndicate, Ibu Pejabat di SingapuraPasir Putih Melombong Emas UnknownPELABURAN
Patterson Simon & Company Limited UnknownMelombong Emas UnknownPELABURAN
The Kelantan Exploration Syndicate LimitedUnknownMelombong Emas UnknownPELABURAN
The Nenggiri Prospecting & Mining ConcessionNenggiri Melombong Emas UnknownPELABURAN
Sumber : Kelantan; a state of the Malay Peninsula; a handbook of information (1908)

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Makan Malam <b>di</b> Marrybrown <b>Pengkalan Chepa</b>, Kelantan | Eyriqazz <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2011 12:46 AM PDT

Malam terakhir di Kelantan sempatlah terjahi Marrybrown Pengkalan Chepa, Kelantan. Mak mertua teringin sangat nak makan di sini. Well, ni first time eyriqazz terjahi Marrybrown.

Beratur. Nasib baik tak ramai sangat orang

Ayam Goreng Marrybrown

Boleh tahan juga rasa ayam marrybrown.Something different. Rasanya lain dari KFC .Tapi tetap sedap.Kesedapan yang berbeza jika dibandingkan dengan KFC. Well, I like it…

Nasi Lemak Marrybrown…Pun sedap…Sambalnya just nice

Black Pepper Chicken Marrybrown Pilihan Isteri. Isteri sukakannya…Sedap juga katanya

Bukan Main manja lagi Alisya dengan Abah Toknya..Mengalahkan manja dengan Papanya

Nyam2, nampak sedaplah Air Strawberri Ummi ni…ALisya nak sikit boleh?

Part bestnya sini ada Playground..Bukan main seronok lagi Alisya

Alisya bersama Ipin…(Anak buah)

Santai…Kerusi ala-ala buaian..Kreatif kan?

Alisya bersama Upin

Overall, memang puas hati makan di Marrybrown ni.Lepas ni bolehla terjahi lagi. Yerla,kata orang,belum cuba, belum tahu kan? Dah cuba, nilaikan sendiri…

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


Petani Kubur Panjang rugi sawah ditenggelami air | Free MalaysiaKini

Posted: 04 Dec 2012 12:38 AM PST

Seramai 20 pesawah di Kampung Perupok, Kubur Panjang di Pendang kerugian lebih RM20,000 akibat sawah mereka yang keseluruhan seluas 28.35 hektar ditenggelami air sebanyak empat kali mulai awal September lepas.

Ketua Unit Padang Kampung Perupok, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubor Panjang, Ahmad Tarmizi berkata kejadian terbaharu berlaku empat hari lalu akibat hujan lebat, ketika anak padi berusia dua minggu.

Beliau berkata punca utama sawah ditengelami air ialah kerana tali air yang sepatutnya menyalurkan air ke Sungai Lampam tersumbat dan menyebabkan air bertakung hampir seminggu.

Tali air itu dikatakan tidak diselenggara sejak 20 tahun lepas.

"Sepatutnya hujung bulan depan, padi sudah boleh dituai," katanya.

Ahmad berkata perkara tersebut pernah diadu kepada Jabatan Perairan dan Saliran, namun gagal diatasi.

Seorang pesawah Ahmad Zaki Ladin, 48, yang mengusakan sawah seluas 1.2 hektar berkata beliau mengalami kerugian kira-kira RM2,000.

"Kita beli benih padi dengan cara berhutang dengan PPK. Satu kampit berharga RM30. Dengan keadaan ini, kita tidak dapat jelaskan hutang sementara hasil padi tidak dapat dipastikan," katanya.

-Bernama

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=57947

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Penemuan Terowong Rahsia 100km <b>Di</b> Palekbang <b>Tumpat</b>

Posted: 03 Dec 2012 10:01 AM PST



Gempar..!! Hangat diperkatakan mengenai lubang rahsia yang dikatakan sebagai terowong purba yang pernah digunakan olen Jepun sepanjang hampir 100km bawah tanah di Palekbang, Kelantan ketika ini..Penemuan terowong purba bawah tanah di Palekbang, Tumpat, Kelantan ini mengejutkan kerana ia mungkin merungkai landskap sejarah baru yang tidak diketahui diketahui sebelum ini..Apa sebenarnya rahsia disebalik penemuan terowong Palekbang, Tumpat, Kelantan ini ?
 berdasarkan kenyataan yang diambil dari Facebook


Melalui perkhabaran yang diterima, terowong ini pada mulanya dijumpai oleh beberapa pekerja kontraktor ketika kerja-kerja pembinaan dijalankan disana..Dikatakan terowong Palekbang Tumpat yang dijumpai ini mungkin mengubah landskap sejarah yang tidak pernah terungkai selama ini dan masih menjadi misteri..

Masyarakat sekitar kawasan Palekbang Tumpat dan Kelantan khususnya yang mengetahui tentang terowong bawah tanah ini dikatakan mula menjenguk tempat penemuan terowong yang mungkin dibina telah lama dahulu tapi tidak diketahui sebelum ini..

Pihak berkuasa tempatan, polis, tentera mula mengawal rapi tempat penemuan terowong purba misteri yang ditemui di sana buat masa ini..

Melalui info yang diterima terowong Palekbang Tumpat, Kelantan ini dikatakan:

Merentasi Sungai Kelantan (panjangnya dikatakan hampir 100km)
Sebagai kubu bawah tanah yang pernah digunakan oleh tentera Jepun dahulu
Kota purba Raja Siam yang mengandungi harta karun
Tempat simpanan emas yang digunakan oleh kerajaan melayu purba

Dikatakan pihak bomba Malaysia masih lagi menjalankan kerja-kerja menyedut air untuk dikeluarkan dari terowong tersebut bagi memudahkan kerja-kerja dijalankan oleh pihak bertanggungjawab ketika ini..
Pihak dari Jabatan Arkeologi hanya dapat memasuki sebahagian sahaja dalam terowong tersebut kerana laluan terowong ini di penuhi air..
Dijangkakan juga kepanjangan terowong ini boleh mencecah hingga ke Tak Bai, Siam..
FB Kelab Pencinta Sejarah Kelantan
 

  
Terowong Bawah Tanah yang dipercaya dijumpai oleh kontraktor ini adalah kawasan "pat dahat"..dimana terowong ini digunakan oleh sebilangan tentera jepun untuk menyerang tanah melayu kelantan..melalui bawah terowong ini juga, tentera jepun membawa segala peralatan perang dan radar serta harta untuk ke sesebuah markas. Tetapi tentera jepun bukan keseluruhan melalui kawasan "pat dahat" itu..pada masa
 ini kawasan dan persekitaran terowong seluas "pintu rumah" dan keadaan geografi pada tahun 1930-1945 tidak seperti hari ini. KPSK menggambarkan "pat dahat" daripada sumber yang pernah bekerja di lapangan terbang Lalang Luas, Machang dan Gong Kedak. Jadi apa yang kita lihat hari ini mungkin bukan pintu utama nak masuk ke dalam terowong. Sebab ada yang pernah masuk dalam terowong seperti ini di Gong Kedak pada tahun 1970an akhirnya keluar dalam keadaan mendukacitakan.
 




sebab ambo pernah kato di KPSK bahawa suatu ketika dahulu Kelantan ni pernah berlaku satu peristiwa di mana "ghaibnya" kerajaan Chermin, "ghaibya" kerajaan Cik Siti Wan Kembang, "ghaibnya" kerajaan Raja Kumar di Pulau Sabar ( sejajar dengan Palekbang hari ini, lokasi sudah jadi Sungai Kelantan separuhnya ) adalah kesinambungan gapo berlaku hari ini..Palekbang hari ini adalah asalnya separuh Kerajaan Kelantan Purba..Kerajaan Raja Kumar di Pulau Sabar dan segala harta jepun di bawa dari markas utama dan sementara Siam ke Tanah Melayu xkan bawok naik kapal laut..mesti melalui darat..ko guana..??? tepuk amai amai belalang kupu kupu..tepuk ramai ramai nanti antara kita dapat tahu.
 



Jadi xhairanlah kalu Palekbang ni ada kontraktor napok lubang dale air..dan dalam lubang tuh penuh dengan air..dan bomba pun sedup nak suruh kering air, nak masuk dale lubang nak cari "pade bola", logik ko akal dale terowong ada pade bola..semuanya bare mistik belako..lagumana kalu lube ni ada arus sapa ko Kuala Takbai..????xkan nak suruh kering air dale tuh, amik masa belako tuh..kemungkinan kebangkitan kerajaan 2 raja bersaudara akan timbul dale masa terdekat..
Sumber daripada: FB This is Kota Bharu

Kawasan larangan di Palekbang dimana tempat dikatakan terdapat penemuan sesuatu yang misteri di tapak bersejarah bekas pelabuhan Palekbang. Kelihatan kerja-kerja membersih giat dijalankan oleh beberapa orang petugas . Sementara di kawasan lapang berhampiran pam pasir Hj. Manaf kelihatan lebih sepuluh orang berkhemah dan mungkin sedang merancang sesuatu.

terdapat sebuah lubang yang kelihatan agak dalam seperti sebuah telaga lama atau terowong yang sebelum ini mungkin tertimbus .

Apapun tempat tu dapat dilihat dengan mata sendiri petang ni. Yang perlu dikorek bukan sekadar terowong tetapi juga sejarah masa silam Palekbang yang suatu ketika dulu dikhabarkan pernah menjadi sebuah bandar pelabuhan.

Mungkin jawapan tepat boleh diberikan oleh penduduk sekitar kawasan tersebut atau tunggu sehingga penemuan terowong Palekbang Tumpat, Kelantan ini diumumkan secara rasmi oleh pihak bertanggungjawab..Apapun kita tunggu dan lihat..


Share Share entry ini di Facebook

ads