Isnin, 6 Jun 2011

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Berceramah <b>Di Machang</b> Malam Ini Walaupun Mungkin Ditangkap « Dewan <b>...</b>

Posted: 30 Apr 2011 10:06 AM PDT

Posted on by pemudasarawak

MALAM ini Anwar Ibrahim akan tampil depan publik kali kedua selepas malam tadi di Ampang Selangor selepas tersebarnya video lucah diserata dunia yang dikatakan watak di dalamnya ada iras-irasnya. Beliau akan berceramah di padang Majlis Daerah Machang malam ini, jam 9:00 malam.

Menurut seorang ustaz muda yang menjadi penjenguk setia blog Merah Tinta melaporkan Kelantan kini sudah jadi macam Barghad di mana penuh dengan polis. "Abang Ti Kelantan dah jadi macam Barghad dah, penuh dengan polis, sekatan jalan raya diadakan di mana-mana saja," begitulah kata ustaz muda ini.

Katanya sekatan bermula di Jalan Kuala Krai menuju ke Machang lokasi di mana Anwar akan berceramah malam ini. Menurutnya sekatan jalan raya juga diadakan setiap tiga kilo meter. Sekatan jalan raya juga dipercaya di buat di Jalan Tanah Merah ke Machang, Jalan dari Pasir Puteh ke Machang dan jalan utama Kota Bharu – Kuala Krai.

Tujuan sekatan ialah untuk menghalang dan menyulitkan orang ramai daripada pergi ke tempat ceramah Anwar. Pagi ini juga sudah disebarkan berita kononnya ceramah Anwar di Machang malam ini dibatalkan. Banyak risalah ditaburkan menghebahkan akan pembatalan itu.

Kain rentang juga digantung memberi tahu akan pembatalan ceramah itu di beberapa jalan raya utama.

Petang tadi majlis Mukasid Syariah yang diadakan di Pusat Islam Lundang melibatkan Anwar Ibrahim mendapat sambutan hangat. Dewan besar Majlis Agama itu penuh sesak. Nampaknya fitnah seks ke atas Anwar sedikitpun tidak mengugahkan minat dan keyakinan orang ramai kepada kredibaliti Anwar sebagai pemimpin.

Majlis itu menampilkan Anwar Ibrahim, dan Dr Mohamad Nur Manuty. Mulanya Husam dijangka hadir dan kain rentang memaklumkan kehadirannya itu telah dipasang beberapa hari lalu.

Bagaimana pun Husam katanya tidak hadir kerana dia ke Penang. Saya yakin kalau Husam hadir jumlah yang datang akan bertambah.

Di sebelah tengah hari Anwar Ibrahim telah mengunjungi Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabatnya di SUK. Tiada kenyataan atau laporan dikeluarkan apakah tujuan pertemuan berkenaan tetapi dipercayai ianya ada kiatan dengan isu video lucah yang kini tersebar di seluruh dunia. Tuan Guru Nik Aziz juga makan tengah hari bersama Anwar.

Perkembangan mutakhir politik hari ini menunjukkan usaha untuk meleburkan pengaruh Anwar dan mengurangkan sokongan dan kepercayaan umum kepadanya tidak menjadi. Keadaan jadi sebaliknya, makin ditekan, makin diasak, makin dihimpit pengaruh dan sokongan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat semakin membuat dan meledak. Perubahan ini amat terasa sekali di Kelantan. Isu video lucah bukan saja tidak dipercayai tetapi menimbulkan kemarahan kepada Umno.

Kita tunggulah perkembangan malam ini, apakah Anwar dibenarkan berucap atau pun tidak. Saya menjangkan Anwar akan dihalang untuk naik ke pentas dan kemungkinan juga akan ditangkap./MSO

Posted on Sunday, May 01
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warung Pak Utih: DSAI <b>Di Machang</b>

Posted: 30 Apr 2011 07:41 AM PDT


DSAI sedang sampaikan ceramah...puluhan ribu hadir...subhanALlah! DSAI gamatkan hadirin isu rompakan kekayaan negara, pemimpin timbunkn kekayaan utk diri dan famili
Sebahagian hadirin kusyuk mengikuti ceramah DSAI...
Kematangan politik rakyat Kelantan...tak pernah percaya fitnah umno/BN
Limpahan hadirin keliling pentas...makin kuat serangan fitnah Umno/BN, makin kuat sokongan rakyat
Tak diangkut dgn bas, tak ada mkn free, tak ada umpan, tak dipaksa...puluhan ribu membanjiri ruang.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Anak Seberang: Alhamdulillah. Orang Kampung Nik Aziz (<b>Pengkalan</b> <b>...</b>

Posted: 02 May 2011 10:05 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Berikutan pengakuan itu, Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty memerintahkan Mohamad Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, dari Pengkalan Chepa, bersembahyang jemaah di tempat pengajiannya serta melaporkan kehadiran kepada Imam ...

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


UMNO Online - UMNO <b>Jeli</b> Dijadikan Kubu Gerakan Gelombang Merah <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2011 05:47 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

UMNO Jeli Dijadikan Kubu Gerakan Gelombang Merah Tawan Kelantan

JELI, 3 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata UMNO bahagian Jeli akan dijadikan kubu dan pangkalan gerakan Gelombang Merah dalam usaha menawan Kelantan daripada tangan Pas pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, bagi memenuhi hasrat itu, UMNO bahagian itu bukan sahaja berazam untuk merampas semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pas di kawasan Parlimen Jeli, malah di seluruh negeri.

"Kita  berazam untuk dijadikan pangkalan hadapan atau kubu dalam mengepalai gerakan Gelombang Merah bagi merampas negeri ini dari tangan Pas pada pilihan raya umum ke-13 akan datang," katanya ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat agung perwakilan UMNO bahagian itu di Kompleks UMNO  BukitNangka, di sini hari ini.

Mesyuarat itu dirasmikan Naib Presiden UMNO,  Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Mohd Shafie sebelum itu turut dibawa melawat Kompleks Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ) Sempadan Kelantan-Thailand di Buketa diiringi kira-kira 200 penunggang motosikal terdiri Pemuda UMNO.

Mustapa berkata hasrat beliau itu akan menjadi kenyataan jika anggota UMNO di semua peringkat bekerja habis-habisan bagi menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

"Ini perlu untuk membela rakyat yang telah menampakkan tanda-tanda untuk berubah melalui perjuangan yang dibawa oleh Kerajaan BN atau UMNO," katanya.

Berita Bertarikh 3 June 2011 Pada 8:47 PM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


buletin prihatin: Mengitai PAS <b>di Pasir Mas</b>.

Posted: 04 Apr 2011 10:40 PM PDT

SAYA mendokong penuh kerajaan pimpinan YAB PM kerana itulah pilihan mejoriti rakyat Malaysia. Pun begitu, saya berdoa dan berharap agar PAS akan terus kuat dan mantap demi membawa wadah perjuangan Islam di Negara ini.

Saya mendapat tahu PAS kawasan Pasir Mas akan mengadakan mesyuarat agongnya pada 30 April akan dating. PAS kawasan Pasir Mas buat masa ini dipimpini oleh Ustaz Ismail Nuh. Saya difahamkan sejak dulu lagi beliau ingin melepaskan jawatan YDP namun dihalang oleh pendokong-pendokong di Pasir Mas. Ustaz Ismail dikehendaki bukan kerna pitis di sakunya. Beliau dikehendaki kerana keikhlasan dan ilmu yang dapat dirasai oleh rakyat di sana.

Pada mesyuarat agong kali ini, saya rasa selain perkiraan jawatan YDP, apa yang lebih wajar dibincangkan dan diusulkan ialah siapakah yang menjadi wakil PAS dalam PRU 13 kelak di Pasir Mas.

Saya tahu Datuk Him begitu giat menjalankan program termasuklah menyebarkan baju kuning kepada mereka yang dikatakan ahli Perkasa. Bahkan gelombang Merah di Pasir Mas pun dikatakan Datuk Himlah penaja utamanya.

Datuk Him di Pasir Mas sama dengan wakil UMNO dah sekali pandang. Demikian kuatnya Datuk Hing berkerja. Justeru, perlulah mereka yang benar-benar padan untuk berhadapan dengan Dautk Hing di Pasir Mas. Bahkan telah ada sungutan di kedai kopi mengatakan UMNO akan menyerah kerusi Pasir Mas kepada Datuk Hing.

Satu pandangan di kalangan pekerja-pekerja tegar di Pasir Mas, mereka "setuju angin" benar kalau Mad Sabu dibawa ke Pasir Mas untuk mewakili PAS dalam PRU kelak. PAS bukan tiada calon hebat di Pasir Mas. Abang Pa ADUN Pengkalan Pasir misalnya, merupakan seorang yang bijak dalam pelbagai percaturan.

Namun tokoh-tokoh hebat ini amat diharapkan untuk mengukuhkan kerajaan Islam di Kelantan. Saya kira hal-hal inilah yang patut diberi perhatian dalam muktamar Pasir Mas 30 April kelak.

Sebagaimana kata Ketua Penerangan Negeri, dalam usaha merampas Malasia, Kelantan tidak kebal dari serangan UMNO. Maka sesuai benarlah percaturan strategic dibuat mulai semalam lagi.

Saya benar-benar mendoakan PAS akan bertambah kuat dengan pengisian keislamannya dalam masyarakat. – 2 Jamadil Awal 1432H.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads