Jumaat, 22 Februari 2013

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


2 ahli Geng Aime mati ditembak | Sinar Harian Online

Posted: 03 Feb 2013 11:11 AM PST

KOTA BHARU – Dua daripada empat penjenayah Geng Aime yang aktif melakukan rompakan bersenjata sejak setahun lalu mati ditembak polis di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari hingga 1 petang semalam, anggotanya berjaya mengesan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki empat suspek terbabit.

Sebelum kejadian, menurut beliau, keempat-empat suspek itu menyamun seorang lelaki berusia 23 tahun yang merupakan seorang kerani di sebuah syarikat di Kuala Krai yang baru mengeluarkan wang sebanyak RM50,000 dari sebuah bank di situ.

"Sebaik mengeluarkan wang, mangsa yang memandu kereta Proton Saga diekori kereta Myvi dinaiki suspek sebelum kereta mangsa dihalang dan suspek menarik keluar kerani bersama sebuah beg yang berisi wang masuk ke dalam kenderaan penjenayah itu," kata beliau selepas merasmikan Majlis Pelancaran Ops Selamat II sempena Tahun Baru Cina di Kubang Kerian dekat sini semalam.

Jalaluddin memberitahu, selepas melarikan mangsa sejauh kira-kira 50 kilometer, suspek kemudian meninggalkan kerani itu di tepi jalan di Kampung Sungai Sam.

Mangsa kemudian terus membuat laporan polis sebelum kenderaan Myvi dinaiki suspek di Kampung Sungai Sam dikesan.

Kosmo

Incoming search terms:

  • geng aime (5)
  • foto geng aime (3)
  • 2 ahli Geng Aime mati ditembak - sinar harian (2)
  • rompakan disungai sam kuala krai (2)
  • kumpulan aime (2)
  • sinar harian kelantan rompakan kumpulan aime (2)
  • Dua penjenayah ditembak mati di sg sam (2)
  • rompakan bank di kuala krai (2)
  • sinar harian kuala krai (1)
  • sinar harian 4 februari 2013 mati ditembak polis (1)
Baca Lagi Yang Lebih Menarik

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Tentera Maya: KOLEKSI FOTO DAN VIDEO HOT #JDAB2013 <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2013 03:43 PM PST

Sebentar tadi baru sahaja selesai Program Jelajah Destini Anak Bangsa peringkat negeri Kelantan Darul Naim. Kali ini programnya agak unik dari sebelum ini kerana ianya turut disertai oleh barisan artis yang popular seperti Saiful Apek, Emma Maembong, Adira AF, Danny X-Factor dan Syed Aiman. Meh aku bagi sedikit ringkasan tentang program hari ini :




Program dimulakan dengan 'Flag-Off' oleh Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof Ir.Dr. Sahol Abdul Hamid di perkarangan UiTM Kota Bharu pada jam 8.00 pagi untuk menuju ke checkpoint pertama iaitu Pasar Jelawat, Bachok. Alhamdulillah, di Kedai Kopi Poo seramai 32 orang pelajar berjaya diterima masuk ke UiTM. Untuk pengetahuan anda, 10 orang daripada mereka ialah pelajar yang pernah gagal di peringkat Ijazah dan atas dasar simpati, mereka telah diberikan peluang kedua oleh pihak JDAB agar dapat membuktikan kebolehan mereka supaya dapat menebus kesilapan lampau.


Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan JDAB 2012 ialah pada kali ini pihak UiTM turut sertakan 2 buah bas khas yang diubah suai menjadi klinik bergerak Optometri dan Klinik Pergigian yang memberi perkhidmatan pemeriksaan mata dan gigi percuma.
Alhamdulillah, kali ini JDAB diterima terbuka oleh rakyat Kelantan kerana mereka sebelum ini diracun olh parti politik tertentu dan mereka sekarang semakin terbuka dan untuk menerima perubahan yang dibawakan oleh PM Najib Razak. BO LA WEI!! :)

LAGI FOTO DIBAWAH :



03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


mi1: Kisah penerima BR1M <b>di Bachok</b>

Posted: 09 Feb 2013 02:52 AM PST

Kisah para penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Bachok, Kelantan dikehendaki angkat sumpah akur janji untuk mengundi UMNO/BN pada PRU 13 nanti telah heboh diperkatakan didunia internet kini.

Para penerima dikehendaki angkat sumpah akur janji yang disediakan seperti mana rakaman gambar yang dimuat naikkan ini.

Begitu terdesak sekali UMNO yang kini talian hayatnya sudah terlalu nipis untuk meraih sokongan demi mempertahankan kuasa di Putrajaya sambil berangan-angan tinggi nak merampas Kelantan dari PAS/PR pimpinan YAB TGNA.

Lagi dekat nak PRU lagi macam-macam kerja yang tak masuk akal perbuatan UMNO/BN terdedah kepada dunia.

Rakyat sudah tidak ada pilihan lagi. Tukar kerajaan UMNO/BN yang sedia ada atau menderita lebih teruk untuk 5 tahun akan datang.

RAKYAT MARHAEN: PRU13 : Penerima BR1M <b>Di Bachok</b> Dipaksa <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2013 08:05 PM PST



Hafiz Musa

Penerima BR1M di Bachok dipaksa bersumpah dgn nama Allah utk sokong Umno... ini kalilah Pertahan Kelantan bersama PAS, Ubah Putrajaya kepada PR...!

Hafiz Musa

Penerima BR1M di Bachok dipaksa bersumpah dgn nama Allah utk sokong Umno... ini kalilah Pertahan Kelantan bersama PAS, Ubah Putrajaya kepada PR...!

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Projek <b>di</b> Kampung Paya Senang, <b>Bunut Payong</b> - sbs indahjaya <b>...</b>

Posted: 12 Oct 2012 06:45 PM PDT


Tuan Guru Haji Abdullah Tahir <b>Bunut Payong</b> (1897-1961)

Posted: 23 Apr 2012 08:33 PM PDT

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SALAH seorang ulama' besar negeri Kelantan yang masyhur alim dalam ilmu fiqh. Pendiri Pondok Bunut Payong yang terkenal di seluruh semenanjung itu. Seangkatan dengan Hj. Ali Pulau Pisang, Hj. Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj. Saad Kangkong, Hj. Ahmad Batu Tiga Repek, Hj. Salleh Pedada dan lain-lain.

Dilahirkan di Kg. Sireh, Kota Bharu pada 20 Muharram 1315 bersamaan 20 Jun 1897. Bapanya, Hj. Ahmad bin Mohd Zain yang berasal dari Kg. Chepa, Kedai Lalat pernah berkhidmat sebagai imam tua di Masjid Langgar, Kota Bharu (berkhidmat sehingga 1920)

Sesudah berguru selama 15 tahun dengan Tok Kenali, beliau belayar ke tanah suci Makkah untuk mendalami pengajiannya. Antara lain mengikuti kuliah Tuan Mokhtar Bogor, Sheikh Said al-Yamani, Sheikh Mohd Ali al-Maliki dan beberapa tokoh yang lain lagi.

Sekembali ke Kelantan, beliau diminta menyertai kumpulan tenaga pengajar Halaqat Kitab di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Bagaimanapun, khidmatnya tidak lama kerana pada 1931, beliau memulakan kegiatan keguruannya sendiri di Bunut Payong yang di beri nama Madrasah Ahmadiah. Madrasah ini kemudian terkenal ke seluruh pelosok semenanjung Melayu sebagai pusat pengajian pondok yang berprestasi tinggi di Kelantan.

Di Pondok Bunut Payong inilah Tuan Guru Hj. Abdul Tahir mengajar kitab hingga ke akhir hayatnya. Beliau terkenal sebagai seorang tok guru yang tekun mengajar serta mengamalkan disiplin diri yang tegas.

Kerana kegigihannya yang sedemikian, maka tidak peliklah jika Pondok Bunut Payong berjaya melahirkan ramai murid berilmu tinggi seperti Hj. Hussain Rahimi, Hj. Nik Man Sg. Budor, Hj. Abdul Aziz Pasir Tumbuh, Hj. Ismail Padang Lepai, Hj. Abdullah Kok Lanas, Hj. Omar Kubang Bemban, Hj. Abdul Rahman Slow Machang, Hj. Wook Lubok Chekok, Hj. Noor Teliar, Hj. Sulaiman Siram, Hj. Daud Bukit Bunga, Hj. Yaakub Kelong, Hj. Ghazali Pulau Chondong, Hj. Zakaria Selising, Hj. Osman Perlis, Hj. Ahmad Kodiang, Hj. Yahya joned Gurun, Hj. Ibrahim Bongek, Hj. Abdul Wahid Sungai Udang, Hj. Hussain Umbai, Hj. Ahmad Relai, Hj. Hasanuddin Berhala Gantang, Hj. Ismail Phuket, Hj. Ghazali Mundok.

Kerana ketokohannya juga beliau dilantik menganggotai Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam Kelantan beberapa penggal (seawal 1932). Kematian fuqaha' ini pada pukul 7.20 pagi Selasa 4 Rabiulawal 1381 bersamaan 15 Ogos 1961 menyebabkan negeri Kelantan kehilangan seorang tokoh ilmuan yang menerangi budaya ilmu dan dakwah Islamiahnya

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


ANAK MAMA MANJA: Cerita <b>di rantau panjang</b>

Posted: 26 Dec 2012 07:43 PM PST

Salam...

Cerita pasal balik kampung suami plak kali ni..kami balik 2 hari je..tak lama sbb suami cuti pun tak panjang...tak kisah la lama atau tak yang penting balik melawat org tua kan..balik akli ni terasa singkat sgt2 masa... Dah la hujan tak berhenti2 selama 2 hari 3 mlm tu...tak byk aktiviti nak buat..just duduk rumah je...

Hari pertama di kampung suami tak kemana pun...kami bersiap nk p klinik mulanya..batuk ikhlas tak baik2 dr duduk kg saya lagi...risau jugak kot2 infection..lagi pun ank sedara saya masuk wad sbb infection..so baik mencegah awal2 kan...tengah2 syok siapkan ank2, tiba2 bapak mertua saya call suami bagitahu dia eksiden... Terlanggar kereta org.... So mintak tolong anak dia p tengok la kan....so suami saya cepat2 keluar p tengok abah dia...saya plak duduk rumah je la...mak mertua plak ada kursus so aktiviti masak tgh hari nampaknyer...kebetulan adik ipar pun ada...suruh dia p beli ayam and sayur2...masak sup je la...hujan2 ni mkn sup best jugak kan....so lepas masak terus sup ank2 mkn..lepas mkn aktif bukan main budak2 ni..try tengok gambar kat bawah..heheh..

Perut kenyang terus bertugas menyepahkan rumah tok mi and tok bah..hahaha...

Saya plak tugas tengok ank2 je hari tu..suami maghrib baru balik..lambat gak bt report eksiden tu...so duk diam2 je la kat rumah..heheh

Hari ke 2... Suami awal2 lagi dah keluar rumah ngan abah dia..nak urus workshop kereta abah...saya and ank2? Still di rumah..tp hari ni urusan suami and bapak mertua saya tak lama..dlm pukul 3 suami dah balik...suami ajak keluar p kedai di rantau pjg lepas tu p pasir mas...p pasir mas sbb nak bwk ikhlas ke klinik...di kedai tak beli apa pun...susah jugak nak ber shopping sbb hujan...nak angkut budak2 time hujan la paling bermasalah...tp sempat gak beli piring luminarc..tu pun sbb nak cukupkan set pinggan tu..tu je la...past tu bergerak p pasir mas....smp pasir mas pun dah dekat magrib...di klinik doc kata paru2 ikhlas ok...dia pun tak demam cuma kahak byk dlm paru2.. So dia bg ubat batuk je la..satu lagi doktor ajar cara menepuk belakang ikhlas utk tujuan membuang kahak dia...bagus jugak doktor ni...detail sikit cara check dia...Sebelum balik kami singgah beli sate dulu..past tu zasss balik....nak jln2 pun susah sbb hujan boleh tahan lebatnyer...So lagi sekali duk diam2 kat rumah mlm tu.. Hehe

Pagi hari ke 3... Alhamdullilah cuaca ok hari ni...2 hari hujan tak berhenti henti..tp korang tahu..bila hujan tak berhenti turun and tiba2 cuaca ok, time tu la air akan naik and berlakunya banjir di rantau panjang..di tempat lain saya tak tahu la..ni org kat sini ckp la..rumah mak saudara and atuk suami pun terlibat ngan banjir ni...rumah mak mertua ni tak naik air pun sbb tempatnya tinggi..so rumah ni jadi tumpuan sanak saudara and kenalan mertua utk tumpang parking kereta...lepas breakfast pagi tu, mertua and suami ajak saya p tengok banjir..tengok banjir tu... Hehe..1 st time saya tengok banjir tau....arae kampung saya tak pernah banjir..kalau setakat air naik sikit, lepas hujan berhenti air surut tu biasala kan..ni betul2 banjir tau...seronok jugak..mcm pesta plak org2 kat rantau panjang ni bila banjir..budak2 siap mandi lagi...suami suruh sofia main air...sofia terus kata tak nak..hahah....jom layan gambar banjir...

Trafik light dah tak ada fungsi...heheTenggelam kedai2..Posing sikit..nak bgtau rahsia ni..saya tak mandi lagi time ni..hahahah....Hasben plak posing

Lepas tengok banjir, kitaorg balik rumah..saya plak cepat2 siapkan budak2 ni sbb nak cepat2 bertolak balik takut hujan turun plak..kalau hujan turun nanti jln akn ditutup...tak pasal2 tak boleh balik nanti...lusa dah meeting..esok pun suami kerja...dlm pukul 12.30 kami bertolak balik...

Balik kali ni byk jugak dugaannya...dugaan pertama ialah tersekat jem di kuala krai...berejam2... Alahai..seksa betul...dengan kerenah ank2 lagi....dugaan kedua lagi mengganggu emosi...tengah2 tersekat jem, boleh plak temperature kereta naik...check punya check, kipas radiator satunya tak berpusing..ni mesti sbb redah banjir...so slow2 hasben bwk kereta cari workshop berdekatan...alhamdullilah jumpa jugak workshop..dlm sejam jugak baru siap kereta tu dibaiki...seratus lebih jugak habis kat situ..tak kisah la kan..asal kereta elok and selamat smp kajang sudah la..so kami pun teruskan perjalanan yang jauh lagi tu..dlm pukul 3 baru selamat smp rumah...penatnyer la.... Smp je terus membuta.....now duk meeting pertama disekolah..sempat lagi update blog..hahah..ok la..nanti cerita pasal tugas saya di sekolah tahun depan....


Posted via DraftCraft app

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


ZAKRI ALI: Ketua Umno <b>Tanah Merah</b> Takbur Longgok Wang RM1 <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 04:15 AM PST


(Ikmal menunjukkan longgokan duit kepada penduduk ladang Kerila, Tanah Merah)

TANAH MERAH: "Wang berkenaan adalah jaminan atau bukti kepada penduduk bahawa saya Ketua Umno Bahagian Tanah Merah mempunyai sumber kewangan bagi membantu penduduk di ladang itu.


"Saya membawa wang sebanyak itu ke majlis berkenaan bagi menyakinkan penduduk bahawa Umno Tanah Merah di bawah saya bukan menabur janji kosong," kata Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, dipetik sebuah akhbar hari ini.

Semalam seorang penduduk dari Ladang Kerilla, Devandran a/l Vadiveloo, 34, mendakwa beliau melihat pemimpin Umno berkenaan membawa wang yang dibungkus di atas meja ketika menghadiri satu program di Kerilla baru-baru ini.

Katanya, perbuatan Ketua Umno Tanah Merah itu secara jelas cuba mengaburi mata masyarakat India dengan menjanjikan sesuatu untuk mereka.

"Saya amat terkejut seorang pemimpin Umno mempunyai wang tunai sebanyak RM1.2 juta. Dari mana seorang pemimpin mendapat wang tunai sejumlah itu.

"Sebagai mewakili masyarakat India di Ladang Kerilla sangat berharap SPRM membuat siasatan terperinci," ujarnya.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa berkata, tidak pernah berlaku sebelum ini ada pemimpin Umno yang didakwa membawa begitu banyak duit untuk dipamerkan kepada orang kampung.

Katanya, pada awalnya ketika diberitahu pekerja di ladang berkenaan beliau kurang yakin, namun apabila ditunjukkan bukti bergambar keraguan hilang.

Katanya, insiden yang berlaku itu bukan perkara kecil sebaliknya ia melibatkan sesuatu berprofil tinggi, mempamerkan longgokan wang di hadapan penduduk kampung menjelang pilihan raya.

"Oleh itu saya berharap pihak berkaitan menyiasat isu tersebut kerana ia membabitkan maruah penduduk kampung," ujarnya di sini.

Semalam lebih 50 penduduk dari beberapa kampung di Dun Gual Ipoh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu Ikmal dan Naib Ketua Umno Tanah Merah, Bakri Mustapa yang didakwa tidak datang mengajar di sekolah.

Surat arah kempen

Sementara itu dalam perkembangan lain jabatan dan agensi di bawah portfolio agama Jabatan Perdana Menteri difahamkan menerima surat arahan daripada pegawai seorang menteri supaya membantu kempen di sebuah kawasan parlimen di Kedah.

Sumber sebuah jabatan berkaitan memberitahu, pihaknya menerima arahan bertulis supaya datang berkempen membantu menteri yang dijangka bertanding di Yan, Kedah.

"Bukan lagi arahan secara lisan sebaliknya dibuat secara bertulis," dakwanya.

- HarakahDaily

ads