Khamis, 8 November 2012

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Apek terlibat kemalangan <b>di Bachok</b>

Posted: 25 Aug 2012 10:37 AM PDT

Assalamualaikum,
KOTA BHARU - Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan ketika keluar dari simpang di Kampung Badak, Bachok dekat sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, Khairul Fahmi yang memandu kereta jenis Audi milik bapanya, Che Mat Hussain hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanan.

Khairul Fahmi ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam memberitahu, kemalangan tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas pulang beraya di rumah saudaranya di Bachok.

"Kemalangan tersebut berlaku ketika saya hendak keluar dari simpang dan berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua MyVi.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan ia tidak melibatkan kecederaan serius kepada diri saya," ujarnya.

Sumber


Lain-lain cerita yang menarik:-


03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Kerabu Bersuara: Gambar Program Abby Abadi <b>Di Pasir Puteh</b> <b>...</b>

Posted: 10 Aug 2012 07:55 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Gambar Program Abby Abadi Di Pasir Puteh, Kelantan. http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-. http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos- http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-. http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos- ...

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Hotel mewah <b>di Kota Bharu</b> Kelantan | Hotel di Kelantan

Posted: 29 Sep 2012 12:00 AM PDT

Hotel 4 5 bintang di Kelantan

Jika anda mempunyai bajet lebih dan ingin menginap di hotel mewah bertaraf 3, 4 dan 5 bintang di Kelantan, terdapat 5 buah hotel yang boleh dipilih di sekitar Kota Bharu.

Hotel-hotel ini merupakan hotel bertaraf antarabangsa dan sering menjadi pilihan pada mereka yang sukakan keselesan, layanan dan servis paling memuaskan. Juga menjadi pilihan organisasi mahupun jabatan mengadakan program serta kursus di sini.

Berikut kami senaraikan hotel mewah bertaraf 3, 4 dan 5 bintang yang boleh didapati di sekitar Kota Bharu, Kelantan.

Anda sangat digalakkan untuk membuat tempahan hotel secara online di laman web seperti Agoda kerana kadar online adalah lebih murah daripada walk-in dan tempah online adalah lebih mudah lagi menjimatkan.

Hotel Renaissance

Hotel Rennaisance Kota Bharu

Hotel Renaissance Kota Bharu, merupakan satu-satunya hotel bertaraf antarabangsa 5 bintang di Kelantan. Rekabentuk dan struktur bangunan 20 tingkat ini menunjukkan hotel ini sebagai mercu hotel mewah di Kelantan yang boleh dijadikan penginapan untuk pelbagai urusan.

Lihat maklumat lanjut dan tempah Hotel Renaissance secara online dengan kadar istimewa.


Hotel Grand Riverview

Hotel Grand Riverview

Hotel Grand Riverview merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di tepi sungai Kelantan. Lokasinya yang sangat strategik di tepi sungai Kelantan adalah satu faktor yang menjadikan hotel ini sebagai pilihan kebanyakan pelancong.

Menginap di hotel ini membolehkan anda berjalan kaki sahaja untuk ke tempat menarik seperti Padang Merdeka, Kampung Kraftangan, Kota Ismail Petra, Tambatan Diraja dan banyak lagi. Baca review CutiKelantan.com untuk hotel ini.


Hotel New Pacific

Hotel New Pasific

Hotel New Pacific terletak di Jalan Pengkalan Chepa, tidak jauh dari bandar Kota Bharu. Kedudukan hotel ini membolehkan anda senang untuk akses ke Lapangan Terbang Sultan Ismail dan tempat-tempat menarik lain dengan menaiki kenderaan.

Lihat maklumat lanjut dan tempah Hotel New Pacific secara online dengan kadar istimewa.


Hotel Crown Garden

Hotel Crown Garden

Hotel Crown Garden yang bertaraf 3 bintang ini terletak agak strategik dan berdekatan dengan bandar Kota Bharu. Persekitaran hotel ini menarik dan kemudahan yang disediakan juga selesa.

Lihat maklumat lanjut dan tempah Hotel Crown Garden secara online dengan kadar istimewa.


Hotel Crystal Lodge

Hotel Crystal Lodge terletak berdekatan dengan Hotel Grand Riverview dan tidak mengadap Sungai Kelantan. Namun, hotel ini sentiasa menjadi pilihan di musim cuti sekolah kerana lokasinya yang tidak sibuk tidak seperti di tengah bandar Kota Bharu.

Lihat maklumat lanjut dan tempah Hotel Crystal Lodge secara online dengan kadar istimewa.

Setiap hotel yang dipaparkan di atas mempunyai keistimewaan tersendiri. Antara faktor lain yang menentukan pemilihan anda unuk menginap adalah seperti adanya kolam mandi, kemudahan parkir kenderaan, WiFi, Tv LCD/HD/LED dengan Astro ataupun satelit dan kafe retoran yang menyediakan pelbagai pilihan makanan.

Selamat Bercuti di Kelantan Darul Naim.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Suara Generasi Baru » PAS Tewas Teruk Jika Nik Aziz Tiada

Posted: 02 Nov 2012 02:40 AM PDT

nikaziz

Bukan lagi rahsia pun, kekuatan utama PAS di Kelantan terletak pada pengaruh peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besarnya, yang sejak 22 tahun lalu berjaya dipotretkan oleh jentera propaganda PAS sebagai seorang tokoh ulama dan tok guru.

Malah kekuatan PAS di peringkat pusat juga banyak bergantung harap pada pengaruh Mursyidul Am PAS itu sehingga menenggelamkan ketokohan Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Tanpa kehadiran Hadi, PAS masih boleh bertahan dalam arena politik tanahair namun tanpa kelibat Nik Aziz, nescaya PAS Kelantan dan PAS Pusat bakal terkontang konting tak ubah seperti anak ayam yang kehilangan ibunya.

Itu kepercayaan dan keyakinan yang sudah sebati dalam minda sebilangan besar penyokong dan pemimpin PAS di seluruh negara, kecuali di Kedah dan Terengganu.

Jenama tok guru yang dipotretkan pada batang tubuh Nik Aziz itu pun asalnya merupakan idea dan taktikal strategik PAS hasil dari pengamatan terhadap penghormatan besar yang diberikan masyarakat Kelantan kepada para tok guru pondok yang banyak berjasa memperkembangkan Islam.

Realitinya, bagi sebahagian besar masyarakat pondok masa kini kelibat Nik Aziz tidakpun dianggap sebagai seorang tok guru, lebih-lebih lagi sejak umum mengetahui Kerajaan PAS Kelantan lebih banyak membantu dan menyumbang wang ringgit untuk pembinaan berhala tokong yang tingginya jauh mengatasi menara masjid.

Tapi masjid tempat umat Islam beribadat baru hanya satu didirikan oleh Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Nik Aziz, itupun sebahagian besar sumbangan datangnya dari orang ramai.

Sebelum gelaran tok guru surat pekeliling di cop atas dahi Nik Aziz, beliau hanya digelar sebagai ustaz sahaja, malah hingga kini ramai pimpinan PAS Kelantan yang rapat dengannya, apabila berbicara dengan MB Kelantan itu mereka membahasakan diri Nik Aziz dengan panggilan ustaz sahaja.

Hanya bila berdepan dengan khalayak ramai atau di atas pentas ceramah sahaja, gelaran tok guru diguna pakai atas maksud untuk kepentingan politik mengabui mata khalayak.

Kini apabila timbul desakan demi desakan semakin kuat menuntut Nik Aziz mengundurkan diri sama ada sebagai MB Kelantan mahupun sebagai Mursyidul Am PAS, ramai pemimpin PAS melihat senario tersebut sebagai satu ancaman besar terhadap kelangsungan pengaruh PAS.

Lebih-lebih lagi apabila suara desakan tersebut turut membabitkan sesetengah pemimpin PAS sendiri termasuklah pandangan sinis dari ADUN Gaal yang menyarankan supaya Nik Aziz berundur untuk membolehkan generasi muda PAS mengambil alih tampuk kepimpinan parti.

PAS tahu jika suara-suara desakan sedemikian dibiarkan terus berkumandang, buruk kesannya pada prestasi PAS pada masa depan. Maka mahu tidak mahu, sebahagian pemimpin PAS yang lain terutama dari Kelantan terpaksa tampil mempertahankan Nik Aziz.

Sejak seminggu lalu kita dapat lihat berduyun-duyun pemimpin PAS Kelantan terutama sekali yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri tampil dengan pelbagai kenyataan menyokong Nik Aziz termasuklah yang memuja muji 'kehebatan' Nik Aziz sebagai MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS.

Pada mereka, Nik Aziz tetap masih diperlukan sekalipun tahap kesihatannya sekarang seringkali merencatkan perjalanan urus tadbir negeri dan parti, namun alasan 'ketajaman fikiran' dan 'kehebatan' Nik Aziz sebagai MB serta pemimpin utama PAS dijadikan sandaran untuk membuktikan kemampuan orang tua itu untuk terus menerajui Kelantan dan parti.

Entah celah kangkang mana yang hebatnya orang tua tak sedar diri itu hanya pemimpin PAS yang tahu. Mungkin masing-masing masih mengharapkan keramat air selipar Nik Aziz untuk keberkatan masa depan politik mereka, barangkali ada betulnya.

Apapun, senario ini menjelaskan lagi betapa masih ramai pemimpin PAS dan penyokong mereka tetap utuh berpegang pada doktrin lama bahawa tanpa Nik Aziz bermakna masa depan PAS akan kabur. Dengan kata lain mereka takut sekiranya tanpa Nik Aziz, PAS akan tewas teruk dalam PRU akan datang.

Hakikatnya, bagi kita di pihak UMNO pula, adalah lebih baik Nik Aziz terus kekal ego dengan sikap gila kuasanya, dengan demikian masyarakat umum lebih faham bertapa bernafsunya seorang politikus berlabel tok guru jadi-jadian itu.



03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


135 BENDERA BN DIBAKAR <b>DI PENGKALAN CHEPA</b> - Perigi Timur

Posted: 17 Sep 2012 09:00 AM PDT


KOTA BHARU – Bukan sekali! Malah lima kali, bendera Barisan Nasional (BN) yang dipacakkan di tepi jambatan Kampung Beris Jambu, Chekok di Pengkalan Chepa, di sini dirosakkan, malah dalam kejadian terbaru, kelmarin, sebanyak 135 bendera terbabit turut dibakar.

Perbuatan itu disyaki, dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pimpinan kawasan berkenaan, mengalami kerugian hampir RM5,000 akibat kejadian itu.

Penyelaras Dun Chempaka, Zarina Md Eusope berkata, perbuatan terbabit menunjukkan pelakunya, tidak mempunyai etika dan takut pada bayang-bayang parti sehingga sanggup merosakkan bendera pihak lawan.

"Sepatutnya, golongan terbabit berfikir sebelum melakukan perbuatan itu kerana ia menunjukkan sikap yang kurang matang dan bertindak mengikut perasaan.

"Masing-masing bebas memilih parti yang mereka percaya boleh menerajui kerajaan, tindakan terbabit tidak langsung menunjukkan budaya kita sebagai seorang yang beragama Islam," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, menurut Pentadbir Mukim Dun Chempaka, Zainal Abidin Ibrahim, perkara terbabit berlarutan sejak Mac lalu dan paling teruk kelmarin, kejadian itu mengundang kesediaan dan kemarahan kami, memandangkan pihak terbabit sewenang-wenangnya membakar bendera BN yang kami pacakkan di kawasan itu.

"Kami amat memandang serius mengenai kejadian ini, sepatutnya perkara terbabit tidak berlaku memandangkan kita semua sudah mengecap kemerdekaan ke 55 tahun.

"Seharusnya kita mempunyai sikap yang lebih matang dalam apa jua keadaan dan tidak bertindak mengikut perasaan sendiri," katanya.

Sementara itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) Chekok, setakat ini pihak terbabit sudah menyerahkan perkara itu kepada polis.

"Kita tidak mahu melihat, generasi muda terikut-ikut dengan budaya ganas yang tidak mengikut norma kehidupan, lagipun kita dilahirkan sebagai golongan Melayu yang beragama Islam.

"Seharusnya perkara seumpama ini tidak berlaku di negeri ini memandangkan kita merupakan sebuah negeri di bawah pentadbiran golongan Islam dan diharapkan kejadian seumpama ini tidak berulang," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi berkata, sehingga semalam pihak polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut. – Sinar Harian

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Royalti <b>Kelantan</b> » Blog Archive » Adun cadang sidang khas batal <b>...</b>

Posted: 15 Oct 2012 11:21 PM PDT

KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini menimbulkan persoalan baru apakah kewajaran tindakan Menteri Besar, Datuk Muhamad Nasir pada 1975 menandatangai perjanjian dengan Petronas tanpa mendapat mandat Dun.

"Adakah perlu mendapatkan izin daripada Dun terlebih dahulu sebelum Menteri Besar menandatangani perjanjian dengan Petronas ketika itu kerana ia merupakan isu besar.

"Ini kerana kuasa Menteri Besar untuk pindahkan hak carigali kepada Petronas untuk selama-lamanya merupakan perkara besar di sisi undang-undang," kata anggota Exco, Datuk Husam Musa (gambar atas) ketika menjawab soalan Ustaz Mohamad Mustafa (PAS-Demit).

Kata Husam surat kuasa yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 menyebut memberi kuasa kepada Petronas untuk carigali minyak.

Menurutnya berdasar kepada rentetan tersebut secara jelas menggambarkan Kelantan ada hak ke atas sumber minyak yang terdapat di kawasan perairannya sehingga Petronas perlu mendapat izin untuk dipindahkan kuasa terlebih dahulu pada 1975.

Bagaimanapun kata beliau peguam kerajaan negeri berpendapat dokumen yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 bukan sebuah perjanjian dan ia hanya sekadar surat serah kuasa (kontrak).

Surat kontrak itu menyebut tugas Petronas hanya untuk usaha carigali sahaja.

"Persoalannya sekarang apakah tuan rumah (Kelantan) wajar tidak dimaklumkan terhadap segala hasil carigali tersebut.

"Ini pecah kontrak yang pertama berlaku apabila Petronas hanya menyimpan segala dokumen carigali tanpa memberi maklum balas kepada kerajaan negeri.

"Sedangkan apa yang berlaku di Terengganu pada 13 Mei 1978 Petronas menghantar surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri bagi memaklumkan segala butiran mengenai pengeluaran minyak dan gas serta harga semasa.

"Begitu juga pada 14 Jun 1978 Ketua Pegawai Eksekutif Petronas menulis surat kepada Pegawai Kewangan Negeri Terengganu untuk memaklumkan bayaran royalti yang dibuat," katanya.

Boleh batal kontrak

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan berkata, jadi terpulang kepada Dun atau Exco untuk bertindak membatal surat kontrak (perjanjian) dengan Petronas.

Menjawab soalan tambahan Adun sama katanya sekiranya Petronas masih enggan membayar royalti, Dun boleh mengubal satu enakmen bagi mengenakan fee (cukai) kepada Petronas mengikut kadar royalti yang sepatutnya dibayar.

Husam juga bersetuju dengan pandangan Abdul Fatah Harun (PAS-Bukit Tuku) bagi menulis surat kepada Petronas bagi memaklumkan operasinya di perairan Kelantan dibuat tanpa kelulusan lesen kerajaan negeri.

Mencelah isu sama Hanifa Ahmad (PAS-Pengkalan Pasir) mencadangkan supaya diadakan persidangan khas Dun sebelum akhir tahun ini membincangkan bagi membatalkan surat kontrak kepada Petronas atau sebaliknya.

Hujahnya Petronas begitu samseng kerana tidak memaklumkan perkembangan carigali di perairan Kelantan kepada pihak tuan rumah.

Namun Husam memilih untuk memberi masa kepada Petronas bagi membolehkan mengambil tindakan segera sebelum persidangan khas Dun benar-benar menjadi kenyataan.

"Kita sebenarnya mengambil kira kalau dibatalkan kontrak (perjanjian) dengan Petronas tentunya ia akan memberi kesan besar kepada negara dan dunia.

"Jadi sekarang kita beri notis terlebih dahulu supaya nampak lebih sopan. Namun kena ingat persidangan khas boleh menjadi kenyataan selepas ini," ujarnya.

Iktibar isu Pergau

Ustaz Hassan Mohamood (PAS-Tawang) pula mencadangkan supaya kerajaan negeri mengenakan tindakan serupa seperti dilakukan terhadap Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika isu Pergau pada awal tahun 1990-an.

Husam menjelaskan kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian dan Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli hanya memasangkan kayu halangan di tempat keluar masuk ke projek Hidroelektrik Pergau bagi merundingkan isu yang dituntut kerajaan negeri.

Kata beliau akhirnya Pengerusi TNB ketika itu Tan Sri Ani Arope datang berunding dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga Kelantan berjaya mendapatkan pampasan sebanyak RM110 juta.

"Begitu juga dalam isu minyak sekarang kita boleh pasang reben merah di lautan di sekitar kawasan pelantar kalau kaedah sama mahu diambil," ujarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


Imam ditemui mati dipukul dalam surau <b>Tanah Merah</b>

Posted: 07 Nov 2012 07:10 AM PST


PENDUDUK Kampung Gual Petai Lima, Mat Daud Razak, 64, menunjukkan tempat bilal, Abdullah Nawang, 78, (gambar kecil) rebah dipukul seorang lelaki dipercayai kurang siuman ketika hendak melaungkan azan Subuh di surau itu di Gual Ipoh, Tanah Merah, pagi tadi.

TANAH MERAH: Seorang imam, yang hendak melaungkan azan Subuh, mati akibat dipukul di surau Kampung Gual Petai Lima, Gual Ipoh di sini, hari ini.

Abdullah Nawang, 77, yang cedera parah di leher dan kepala, mati di unit kecemasan Hospital Tanah Merah.
Sehubungan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun di sebuah kedai kopi di Kampung Kulim, kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian pada jam 7 pagi tadi, kata Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Abdul Aziz Mahmud.

Bercakap kepada pemberita di sini, Abdul Aziz berkata suspek yang tinggal tidak jauh dari surau itu pernah mendapat rawatan di Wad Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu.

"Polis percaya Abdullah dipukul menggunakan senjata tumpul atau objek keras, dan polis sedang mencari senjata yang digunakan suspek yang dipercayai dibuang tidak jauh dari tempat kejadian," katanya.

Isteri mangsa, Ramlah Ahmad, 67, yang ketika kejadian berada di ruang solat wanita di surau itu, berkata beliau terdengar bunyi bising seperti orang terjatuh di dalam surau.

"Apabila melihat ke bahagian solat lelaki, saya nampak suami dalam keadaan berlumuran darah di atas sejadah.
"Ketika itu, saya sedang memakai telekung untuk menunaikan solat Subuh. Arwah tidak sempat melaungkan azan," katanya sambil memberitahu bahawa setiap pagi suaminya akan mengimamkan solat Subuh di surau itu.

Abdullah yang menoreh getah di kampung itu meninggalkan seorang isteri dan empat anak serta 20 cucu.

Mayat Abdullah dibedah siasat di Hospital Tanah Merah sebelum diserah kepada keluarga untuk dikebumi.

- BERNAMA

sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/ar...Merah/Article/

ads