Rabu, 14 September 2011

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Pekerja Warga Indonesia Maut Dirempuh Kereta Api : My Berita

Posted: 12 Sep 2011 06:38 AM PDT

KUALA KRAI — Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia maut dirempuh kereta api ketika traktor yang dipandunya melintasi landasan berdekatan Ladang Mengkebang dekat Sungai Durian, di sini, hari ini.

Mangsa, Mohd. Rizwan Mohd Saiful, 26, yang berasal dari Lombok, Indonesia maut selepas tercampak dari traktor dan mengalami kecederaan parah di bahagian sebelah kanan badannya manakala traktor yang dipandunya terputus tiga akibat perlanggaran itu dalam kejadian 9 pagi.

Ketua Polis Daerah, Supt. Abdul Rahman Jaapar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kejadian itu.

"Sebelum kejadian dipercayai enjin traktor dipandu Mohd Rizwan, yang bekerja di Ladang Mengkebang, Sungai Durian, telah mati secara tiba-tiba di kawasan melintas di atas landasan yang mungkin disebabkan lebihan muatan.

"Mangsa juga kemungkinan tidak menyedari kereta api yang sudah semakin hampir dan gagal menyelamatkan diri sebelum dirempuh," katanya.

Rahman berkata, setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan menolak sebarang perbuatan khianat.

Sumber

TRAKTOR PUTUS 3 : <b>DI</b> REMPUH KERETAPI | RAFINA MIMI

Posted: 12 Sep 2011 04:50 PM PDT

Assalamualaikum..

simpati betul dengan nasib yang menimpa seorang suri rumah ini yang baru saja mendirikan rumahtangga selama 9 bulan tetapi terpaksa redha dengan pemergian suami tercinta kerana meninggal dalam kemalangan yang melibatkan sebuah traktor di pandu suaminya putus 3 di rempuh keretapi..berita selanjutnya di bawah..

KUALA KRAI: "Malam sebelum kejadian, dia (arwah suami) datang kepada saya sebelum berbaring di atas riba. Perkara itu (bermanja), tidak pernah dilakukannya sejak kami bernikah sembilan bulan lalu," kata suri rumah, Nor Aziah Mat Naim, 24.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam, suaminya, Mohd Rizwan Mohd Saful, 26, yang juga pekerja ladang sawit maut apabila traktor muatan sawit dipandunya dirempuh sebuah kereta api penumpang yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Gua Musang ketika cubaannya melintasi pintu di Ladang Mengkebang, Sungai Durian, dekat sini, gagal.

Insiden terbabit menyebabkan mangsa tercampak kira-kira tiga meter dari tempat kejadian sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Krai dekat sini, akibat cedera parah di kepala dan badan.

Rempuhan itu menyebabkan kenderaan dipandu mangsa terputus tiga, manakala kereta api yang membawa kira-kira 20 penumpang terbabit meluncur ke hadapan sebelum berhenti beberapa meter dan meneruskan perjalanan sejam kemudian.

Nor Aziah berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan kerani ladang berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian dan mendapati suaminya dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

"Ketika saya memangkunya, suami masih bernyawa dan pipinya masih panas, tetapi dia sudah tidak sedarkan diri kerana kecederaan parah di bahagian sebelah kanan badan dan kepalanya.

"Saya sempat melihat mukanya semakin pucat sebelum disahkan meninggal dunia oleh anggota pasukan perubatan dari Hospital Kuala Krai yang tiba di tempat kejadian kira-kira jam 9.30 pagi," katanya ketika ditemui di Bahagian Forensik HKK, di sini, semalam.

Katanya, dia reda dengan kematian suaminya itu, namun tidak menyalahkan mana-mana pihak berhubung kejadian itu.

KELAB GREENBOC: Khianat: Kenderaan Orang Awam Dirosakkan <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2011 02:30 AM PDT

Rosakkan kereta lambang kekeringan hujjah

KUALA KRAI, 14 Sept: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan perbuatan merosakkan kenderaan masyarakat awam yang menghadiri majlis forum atau ceramah umum anjuran Pakatan Rakyat khususnya PAS adalah tindakan mereka yang kekeringan hujah untuk berlawan.

Gambar: Kereta wartawan Sinar yang diconteng dan dicalarkan

Bahkan, Ketua DPPNK Ustaz Abd Latif Abd Rahman mendakwa perbuatan itu satu tindakan bagi menghidupkan semula perbuatan ala Pemuda Tahan Lasak Umno yang diamalkan suatu ketika dahulu.

"Mereka cuba hendak menghidupkan semula perbuatan seperti itu kerana tidak ada hujah hendak berlawan dengan kerajaan negeri atau pemimpin PAS.

"Justeru kalau Umno betul berani, tampillah berdebat (terutama dalam konteks isu serangan terhadap Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu), dan YB Mat Sabu pun sudah mencabar – kalau berani, berhujah, berdebat.

"(sebenarnya) Mereka berani ugut di belakang, namun tidak berani berdepan," dakwa Ustaz Latif ketika dihubungi pemberita sebentar tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang mengulas perbuatan merosakkan kenderaan awam termasuk kereta yang diletakkan di kawasan Dataran Stadium Sultan Mohamad Ke-IV semasa Forum Rakyat berlangsung semalam.

Dalam kejadian semalam, beberapa kenderaan pengunjung yang diletak di bahu jalan dipercayai dicalar dan dispray dengan cat setelah digoreskan dan ada yang ditikam tayar kenderaan itu dengan menggunakan benda tajam.

Difahamkan, kebanyakan kenderaan yang menjadi mangsa semalam ialah kenderaan pengunjung yang diletak di jalan berhadapan Gelanggang Seni, di Gelanggang Tenis dan di Jalan Hospital dekat Stadium Sultan Mohamad Ke-IV.

Dalam satu tinjauan, antara kenderaan itu termasuk kenderaan petugas media dan wartawan tempatan.

Antaranya termasuk kenderaan Wartawan Kanan Sinar Harian Kelantan Suhaiza Abu Bakar, 35.

Ekoran kejadian itu semalam, beliau telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada pukul 1.30 tengah malam semalam.

"Saya meletakkan kenderaan saya, Harrier di Jalan Hospital dekat Stadium pada jam 8.50 malam sebelum membuat liputan majlis Forum Rakyat di Dataran.

"Kereta saya dicalar dan dispay cat sepanjang satu depa pada sebelah pintu kiri kereta apabila saya kembali ke kereta saya pada 12.30 tengah malam apabila setelah selesai membuat liputan majlis," katanya ketika dihubungi pemberita.

Pengunjung Forum Rakyat Nasir Ismail, 45, dari Pohon Buloh, Pasir Mas mendakwa kenderaannya (Ansa) telah dicalar dan dispray dengan cat.

"Mereka spray dengan membuat line memanjang dengan cat pada bodi kereta saya, dan saya menganggarkan kos RM1,000 bagi memulihkan semula," katanya kepada pemberita.

Dalam hubungan ini, DPPNK menurut Ustaz Latif, akan mengambil peranan proaktif dalam usaha mempertingkatkan kawalan keselamatan di tempat ceramah atau majlis awam khususnya anjuran Pakatan Rakyat atau PAS.

"Untuk masa-masa akan datang, kita akan kerahkan seramai mungkin Anggota Unit Amal kita khususnya pada program yang besar yang terbabit dengan pemimpin besar dan mempertingkatkan kawalan keselamatan bukan saja membabitkan pergerakan lalu lintas jalan," katanya. -HD

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


AMBIGA DENGAN DAP JUGAKKAH YG KENCING KAT <b>MANEK URAI</b>

Posted: 04 Jul 2011 09:01 AM PDT


Dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai, Timbalan Perdana Menteri - Tan Sri Muhyiddin Yasin telah menjanjikan sebuah Jambatan 2 Lorong di Manek Urai yang kosnya pada ketika itu dikatakan mencecah antara 10 hingga 15 juta Ringgit Malaysia.

Jambatan Manek Urai sebelum Pilihanraya Kecil dan Selepas Pilihanraya Kecil Manek Urai masih kelihatan begini...


Semalam dalam Lawatan Kerja sehari Perdana Menteri Malaysia ke Kelantan, Najib telah mengumumkan seperti berikut:
PM: Stadium baru untuk Kelantan jika PAS tumbang

Rakyat Kelantan bakal mendapat sebuah stadium baru sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Itu janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat Kelantan yang mahu sebuah stadium baru dibina bagi menggantikan stadium Sultan Muhammad Keempat, yang semakin uzur.

Kata Najib, bagi membuktikan komitmen kerajaan pusat, janji itu akan dijadikan sebahagian manifesto pilihan raya BN Kelantan yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

"Dalam zaman ICT ni, stadium Kelantan masih ada orang yang 'rukas' (panjat) untuk tukar 'scoreboard'. Inilah yang akan jadi kalau letak orang yang kurang kemampuan di tempat orang yang sepatutnya lebih berkemampuan...jadilah stadium 'rukas'.

"Tapi kalau malam ini diumumkan BN kuasai Kelantan, esok ambo (saya) buat stadium yang cantik dengan sistem scoreboard terkini," katanya yang disambut sorakan 15,000 rakyat.

Beberapa bulan sebelum ini, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Tok Guru Menteri Besar telah mengumumkan seperti berikut:
  Kelantan Bakal Dapat Stadium Baru

Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukt Merbau, Pasir Puteh.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.
"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," kata beliau.

Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium.

Jangan lupa sejarah pembinaan Stadium di bawah KERAjaan Pusat...

Semalam juga Najib telah mengelentong para Pemandu dan Rakyat Pasir putih seperti yang dilaporkan di
sini.

Jadi kita ada soalan kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak yang berkaitan dengan janji.

  1. Janji untuk bina Jambatan di Manek Urai bagaimana..?
  1. Janji untuk bina perumahan Mesra Rakyat di Galas bagaimana..?
  1. Janji nak bina Stadium kalau PAS tumbang, atau janji nak bina Stadium yang senang "tumbang"..?
  1. Janji Kerajaan Kelantan atau janji KERAjaan Pusat yang kita nak percaya & harapkan..?
Rasanya 2 soalan pun dah terkulat-kulat untuk Najib jawab, jadi Najib akan serahkan pada PenChaChai untuk jawab dalam ruangan komen dibawah dan rasanya PenChaChai tak kan jawab, PenChaChai akan spin pada isu lain macam biasa... apa-apa lahhh...

PAS belum tahu lagi akan tumbang atau tidak di Kelantan dalam Pilihanraya Umum akan datang, yang pastinya Stadium Gong Badak yang nilainya beratus-ratus juta Ringgit Malaysia dah lama tumbang sebelum sempat digunakan.

Yang ni PenChaChai UMphorNO kena jawab dengan Mat Said sebab dia sedang "Kesal".Ahmad Said kesal siasatan Stadium Gong Badak masih lagi tertangguh

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, semalam secara terbuka melahirkan kekesalan kerana kajian struktur Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berharga RM292 juta di Kompleks Sukan Gong Badak, yang sebahagian bumbungnya runtuh lebih dua tahun lalu masih belum siap.

Kerja-kerja pembersihan runtuhan stadium dilaporkan sudah selesai

Beliau berkata, sepatutnya Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengemukakan keputusan laporan kajian mengenai struktur stadium itu yang dibuat syarikat perunding awal bulan ini, tetapi sehingga kini belum siap.

Katanya, lebih mengecewakan perkembangan terbaru yang dimaklumkan oleh JKR negeri bahawa laporan kajian perunding itu dijangka siap pada September pula.

"Saya sebenarnya rasa dukacita dan kecewa sebab dulu JKR beritahu kita bahawa menjelang Jun (bulan ini) kajian perunding akan siap.

"Tetapi, bila mesyuarat rasmi, saya dimaklumkan oleh JKR sendiri jadi September pula," katanya kepada pemberita selepas melawat Stadium Negeri dan Terengganu Ekuestrian Resort (TER) di sini yang akan digunakan untuk program sukan tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (SERIKANDI) selama lima hari mulai 5 Julai ini.  

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Hotel <b>di</b> sekitar <b>Wakaf</b> Che Yeh | Hotel <b>di</b> Kelantan

Posted: 11 Sep 2011 11:45 PM PDT

Hotel di sekitar Wakaf Che Yeh ini antara hotel yang masih lagi baru dan sangat dicadangkan
oleh penulis. Sesuai jika mempunyai jadual yang padat dan ingin jadikan hotel sebagai
tempat tidur sahaja. Kelebihan menginap di sini adalah lokasinya yang strategik di samping
boleh bersiar-siar di pasar malam wakaf che yeh pada sebelah malam dengan hanya berjalan
kaki. Untuk ke Bandar Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pasir Mas juga mudah. Yang sering
menjadi tumpuan adalah:

  1. Hotel Polyland
  2. Hotel Ridel Cawangan Wakaf Che Yeh
  3. Seroja Inn
  4. Ombak Inn
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Tanah <b>di gaal</b> 2 ekar chekear estate – Land for sale <b>Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2010 10:46 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]TANAH DI GAAL 2 EKAR UNTUK DI JUAL RM100K,LOKASITANAMAN GETAH,UNTUK YANG SERIUS DIRECT CALLOWNER UNTUK MAKLUMAT LANJUT09-765 55 03/013-94 22 949(ABG MAT)SEGERA(BROKER XPERLU)

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Tengku Ismail @ Tengku Bongsu <b>Machang</b> Mangkat hari Ini

Posted: 06 Sep 2011 10:08 PM PDT



Almarhum Tengku Ismail (Tengku Bongsu Machang) ibni Tengku Puteh Jantan

07.09.2011, Rabu - Innaa Ilayhi Wa Innaa Ilayhi Raaji'oon Dukacita Dimaklumkan Ayahanda kepada Yang Mulia Tengku Yang Dipertua Persatuan Kerabat Long Gaffar Kelantan telah mangkat pada pagi ini 07.09.2011 bersamaan 09 Syawal 1432H. Almarhum Tengku Ismail (Tengku Bongsu Machang) ibni Tengku Puteh Jantan ibni Tengku Chik Leper ibni Long Jenal ibni Long Gaffar mangkat dalam usia 110 tahun kerana gering tua (sakit tua) pada jam 10:00hrs tadi dirumah Almarhum di Machang. Jenazah dan akan dikebumikan Insyallah pada malam ini di Tanah Perkuburan Bakat, Machang. Syah sempat menghubungi YM Tengku Yang Di Pertua sebentar tadi untuk mengucapkan takziah kepada beliau dan keluarga atas kemangkatan Ayahanda beliau.

PERTUBUHAN KERABAT LONG GAFFAR KELANTAN atau singkatannya PKLGK telah ditubuh dan didaftarkan pada tahun 1987 (782/87). Tujuannya adalah bagi menghimpunkan seluruh kaum kerabat keturunan Long Gaffar dan menjaga kebajikan mereka. YM Tengku Yang Di Pertua PKLGK sekarang adalah Yang Mulia Dr. Tengku Ibrahim Tengku Ismail.

Al-Fatihah ......... Semuga Roh Almarhum Tengku Ismail Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. Amin.

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Dua beranak bergelut dengan dua lelaki yang menceroboh rumah <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2011 05:09 PM PDT

No of View :413

 SAUFI menunjukkan pahat yang digunakan oleh penyamun yang memecah masuk rumahnya di Kampung Pulau Gajah Hilir, Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam.

Dua beranak berhadapan detik cemas apabila mereka terpaksa bergelut dengan dua lelaki yang menceroboh rumah mereka di Kampung Pulau Gajah Hilir, Sabak, Pengkalan Chepa dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, Hasmah Ali, 54, tidak cedera namun anak keenamnya, Saufi Jusoh, 28, mengalami luka pada kedua-dua belah tangannya akibat bergelut dengan seorang penjenayah yang bersenjatakan pedang.

Sebelum kejadian, cerita Hasmah, dia baru bangun daripada tidur untuk menunaikan solat Subuh sebelum terkejut melihatkelibat dua lelaki di dalam biliknya.

"Saya menyangka mereka adalah anak-anak saya yang masuk ke bilik sebelum dua lelaki terbabit tiba-tiba menerkam ke arah saya dan cuba menutup mulut saya dengan tangan.

"Saya menjerit sebelum Saufi masuk ke bilik dan menerkam salah seorang lelaki terbabit manakala seorang lagi lelaki melarikan diri melalui pintu dapur," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Hasmah berkata, dua penceroboh tersebut tidak sempat mencuri apa-apa barang miliknya termasuk barangan kemas seperti rantai, loket dan gelang yang dipakainya bernilai RM40,000.

"Saya bersyukur Saufi tidak mengalami kecederaan yang serius," tambahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Veteran PAS <b>Gua Musang</b> meninggal dunia | :: cina islam | 2011 ::

Posted: 11 Sep 2011 09:49 PM PDT

14 Syawal 1432H. [MOD] -
GUA MUSANG, 12 Sept: Aktivis veteran PAS yang juga seorang usahawan, Zakuan Taib, 69 meninggal dunia akibat sakit kanser di Hospital Gua Musang kira-kira jam 2 pagi tadi.
Allahyarham sebelum ini dirawat di hospital sejak tiga bulan lalu. Beliau meninggalkan dua isteri dan lima anak. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Papan II pagi tadi.
Sebelum itu solat jenazah ke atasnya diadakan di rumah salah seorang isterinya di Taman Rahimah, Kampung Pulai.
Allahyarham Zakuan merupakan seorang usahawan berjaya. Beliau juga memiliki stesen pam minyak Petronas.
Sebelum menyertai PAS beliau merupakan antara pengasas Parti Melayu Semangat 46 di Gua Musang dan mempunyai hubungan rapat dengan bekas presiden parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah.
Bagaimanapun sebelum Semangat 46 dibubar Allahyarham menyertai PAS dan pernah dilantik sebagai anggota jawatankuasa PAS kawasan Gua Musang.
Yang Dipertua PAS Gua Musang, Abdullah Hussain berkata, kematian Allahyarham Zakuan merupakan satu kehilangan besar memandangkan Allahyarham seorang aktivis PAS yang komited terhadap perjuangan.
"Allahyarham banyak menabur jasa kepada perjuangan Islam di sini sepanjang hayat selepas meninggalkan Semangat 46.
"Beliau merupakan antara penggerak utama PAS memandangkan Gua Musang merupakan kubu Umno sejak kawasan parlimen itu diwujudkan," katanya.
Pada Ramadan lalu isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan rombongan Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan (Purnama) menziarahinya.
"Semoga rohnya ditempatkan bersama orang soleh," kata Ustaz Abdullah yang juga Penyelia Parlimen Gua Musang. Al Fatihah


03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


jawatan kosong <b>di</b> majlis daerah <b>ketereh</b> ~ info kerjaya - jawatan <b>...</b>

Posted: 13 May 2011 09:05 PM PDT


Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Di dalam Perkhidmatan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam yang boleh diperolehi dengan bayaran RM2.00 di Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam(Bahagian Pentadbiran , 16450 Kota Bharu, Kelantan. Borang juga boleh didapati dengan menghantar surat 20cm x 23cm bersetem, wang pos RM2.00 dan beralamat sendiri. Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa mengembalikan borong permohonan.


TARIKH TUTUP JAWATAN KOSONG  : 05 JUN 2011

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga

IKLAN JAWATAN KOSONG  KLIK SINI

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Manplus Foto: Ikatan Setia - Kasih Tercipta <b>di Pulau</b> Sebang <b>Melaka</b>

Posted: 13 Sep 2011 11:34 AM PDT

   Dipetang itu 9 Sept 2011 - 11 Syawala 1432H
Tercipta suatu detik terindah untuk keluarga tersayangku
Putera bongsu kami MOHD ZAIDI telah selamat diijab qabulkan
dengan pilihan hatinya ' ANIZA HJ.JAMALUDDIN'
Doa dan harapan ayah bonda
Semoga anakanda berdua selamat dan sejahtera menempuh alam
dunia " Kekeluargaan " yang damai dan abadi...InsyaAllah.....

马六甲大岛 / <b>Pulau</b> Besar, <b>Melaka</b> | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 31 May 2011 12:00 AM PDT

ads