Khamis, 14 Februari 2013

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


mummybloggers.com: Jambatan Biak-Kandek <b>di Kuala Krai</b> siap 18 <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2013 12:48 AM PST

KOTA BHARU: Pembinaan Jambatan Biak-Kandek merentangi Sungai Pergau di Kuala Krai dijangka siap mengikut jadual dalam tempoh 18 bulan, kata Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustaffa.

Beliau berkata, tiada masalah teknikal yang boleh menghalang jambatan berharga RM32 juta itu siap dalam tempoh yang dijadual.

"Tender bagi pembinaan jambatan itu dikeluarkan dan kerja pembinaannya akan dimulakan tahun ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Makhtar berkata, projek itu yang dilaksana di bawah program pembangunan di kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) adalah antara projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 oleh kerajaan persekutuan.

Projek itu dijangka dapat memberi faedah kepada kira-kira 600 penduduk Kampung Biak dan Kandek selain ribuan pengguna lain yang sebelum ini menggunakan bot sebagai alat perhubungan utama mereka.

Beliau berkata, kerjasama dua hala antara kerajaan persekutuan dan negeri amat diperlukan bagi merealisasikan projek pembangunan di negeri ini terutama yang membabitkan tapak kerana tanah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Sementara itu, Makhtar berkata pelancaran program 'My Beautiful Malaysia Day' peringkat negeri di Pantai Irama, Bachok akan disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed Ahad ini.
Kira-kira 10,000 orang dari 14 kawasan Parlimen di Kelantan akan menghadiri program itu yang turut menyenaraikan gotong royong membersih kawasan masjid dan tanah perkuburan serta aktiviti lain berkonsepkan strategi lautan biru.

Program itu berlangsung serentak di 100 lokasi di seluruh negara untuk mencetus semangat sukarelawan dalam kalangan belia selaras Tahun Sukarelawan Negara.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Markaz Siswazah <b>Kelantan</b>: KHIDMAT KESIHATAN <b>DI</b> DUN <b>GAAL</b> <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2008 09:13 PM PDT

Banner YB DUN Gaal, YB Dr Nik Mazian..
Orang kampung besar kecik, mari nok juppo doktor...
Buleh dapat ubat panadol doktor?
Doktor dari hospital berdekatan...
Beramah mesra dengan pesakit...
Lokasi di Pejabat Penggawa Daerah Gong Datok, Pasir Puteh...

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


Lot Banglo <b>di</b> Daerah <b>Jeli</b>, <b>Kelantan</b> & Mencari Tanah Komersial <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2013 01:12 PM PST

TANAH LOT BANGLO DALAM BANDAR JELI...
TANAH LOT BANGLO DALAM BANDAR JELI SEBELAH/SEPAGAR SEK MEN SAINS

MUKIM : JELI TEPI SUNGAI
DAERAH : JELI
JAJAHAN : JELI
NEGERI : KELANTAN

Keseluruhan Lot : 10 Lot Banglo
Size/Lot : 5220kp@485mp & Keatas
Harga Pasaran Semasa : RM80,000 - RM100,000
Market Value RM18~20/Kakipersegi
PROMOSI SEKARANG HANYA RM9.00 SEKAKI PERSEGI..
#SIAPA CEPAT DIA DAPAT.. LOT TERHAD MENGIKUT TAWARAN & AKAN MENINGKAT MENGIKUT PASARAN SEMASA.

50% lebih murah daripada harga pasaran!!!

Harga Promosi : RM 45,000.00 Keatas
Tawaran istimewa untuk 5 lot terawal sahaja.
* Tambahan RM1 setiap Sekaki Persegi untuk setiap corner lot mengikut harga Promosi sekarang..TQ

TELAH DIJUAL: PETAK NO.
BOOKING: PETAK NO.
BELUM DIJUAL: PETAK NO. 1-10

PETAK: 1 HARGA SEMASA RM162,900 PROMOSI RM90,500
PETAK: 2 HARGA SEMASA RM122,000 PROMOSI RM61,000
PETAK: 3 HARGA SEMASA RM127,400 PROMOSI RM63,700
PETAK: 4 HARGA SEMASA RM108,000 PROMOSI RM54,000
PETAK: 5 HARGA SEMASA RM103,700 PROMOSI RM51,800
PETAK: 6 HARGA SEMASA RM108,000 PROMOSI RM54,000
PETAK: 7 HARGA SEMASA RM93,900 PROMOSI RM45,000
PETAK: 8 HARGA SEMASA RM99,100 PROMOSI RM49,500
PETAK: 9 HARGA SEMASA RM99,100 PROMOSI RM55,100
PETAK: 10 HARGA SEMASA RM99,100 PROMOSI RM55,100

# Info terkini tanah dalam kwsn pembangunan & mempunyai permintaan yang tinggi. ( Status tanah Gred A )
# Proses cuci kwsn & teres bagi tanah tinggi akan berjalan selepas ini.
# Lokasi sangat strategik kerana berada berdekatan dengan BANDAR BARU JELI & kwsn penduduk yg padat.
# Hanya Sepagar/Bersebelahan dgn Sek Men Sains Jeli yang baru siap.
# Hanya 500meter drp jln utama Jeli ke Dabong)
# Hanya 800meter ke bandar Jeli.
# Berdekatan dengan semua kemudahan asas spt Masjid, Hospital, Klinik, Supermarket, Pasar, Stesen Minyak, Balai Polis, Pjbt Pos, Sek Rendah & Menengah, Sek Agama dll.
# Hanya 5km ke Politeknik jeli & 15km ke UMK jeli.
# Nilai pelaburan yang berpotensi tinggi bagi jangkamasa singkat & panjang.
# Potensi peningkatan harga 100%-200% keatas mengikut perkembangan semasa skg.

PROMOSI TERHAD UTK 5 LOT TERAWAL SHJ.. HARGA PROMOSI AKAN MENINGKAT SETELAH PETAK2 PROMOSI DI BOOKING.. TQ

Berminat sila hubungi segera

En. Jeri : +6019-9668718 / 01390000099(sila call sekiranya anda betul2 berminat)


03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


ZAKRI ALI: Ketua Umno <b>Tanah Merah</b> Takbur Longgok Wang RM1 <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 04:15 AM PST


(Ikmal menunjukkan longgokan duit kepada penduduk ladang Kerila, Tanah Merah)

TANAH MERAH: "Wang berkenaan adalah jaminan atau bukti kepada penduduk bahawa saya Ketua Umno Bahagian Tanah Merah mempunyai sumber kewangan bagi membantu penduduk di ladang itu.


"Saya membawa wang sebanyak itu ke majlis berkenaan bagi menyakinkan penduduk bahawa Umno Tanah Merah di bawah saya bukan menabur janji kosong," kata Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, dipetik sebuah akhbar hari ini.

Semalam seorang penduduk dari Ladang Kerilla, Devandran a/l Vadiveloo, 34, mendakwa beliau melihat pemimpin Umno berkenaan membawa wang yang dibungkus di atas meja ketika menghadiri satu program di Kerilla baru-baru ini.

Katanya, perbuatan Ketua Umno Tanah Merah itu secara jelas cuba mengaburi mata masyarakat India dengan menjanjikan sesuatu untuk mereka.

"Saya amat terkejut seorang pemimpin Umno mempunyai wang tunai sebanyak RM1.2 juta. Dari mana seorang pemimpin mendapat wang tunai sejumlah itu.

"Sebagai mewakili masyarakat India di Ladang Kerilla sangat berharap SPRM membuat siasatan terperinci," ujarnya.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa berkata, tidak pernah berlaku sebelum ini ada pemimpin Umno yang didakwa membawa begitu banyak duit untuk dipamerkan kepada orang kampung.

Katanya, pada awalnya ketika diberitahu pekerja di ladang berkenaan beliau kurang yakin, namun apabila ditunjukkan bukti bergambar keraguan hilang.

Katanya, insiden yang berlaku itu bukan perkara kecil sebaliknya ia melibatkan sesuatu berprofil tinggi, mempamerkan longgokan wang di hadapan penduduk kampung menjelang pilihan raya.

"Oleh itu saya berharap pihak berkaitan menyiasat isu tersebut kerana ia membabitkan maruah penduduk kampung," ujarnya di sini.

Semalam lebih 50 penduduk dari beberapa kampung di Dun Gual Ipoh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu Ikmal dan Naib Ketua Umno Tanah Merah, Bakri Mustapa yang didakwa tidak datang mengajar di sekolah.

Surat arah kempen

Sementara itu dalam perkembangan lain jabatan dan agensi di bawah portfolio agama Jabatan Perdana Menteri difahamkan menerima surat arahan daripada pegawai seorang menteri supaya membantu kempen di sebuah kawasan parlimen di Kedah.

Sumber sebuah jabatan berkaitan memberitahu, pihaknya menerima arahan bertulis supaya datang berkempen membantu menteri yang dijangka bertanding di Yan, Kedah.

"Bukan lagi arahan secara lisan sebaliknya dibuat secara bertulis," dakwanya.

- HarakahDaily

ads