Jumaat, 30 November 2012

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Lombong Emas <b>Di Kuala Krai</b> sedia di pajakkan.

Posted: 29 Nov 2012 10:58 PM PST

Assalamualaikum dan Hello,

Ada berita baik untuk mereka/ syarikat yg serius dalam mengusahakan pernigaan Emas.

Kerajaan negeri telah bersetuju menyerahkan hak pajakkan melombong.. "Lombong emas" Di mukim Kuala Krai .harganya cukup berbaloi memandangkan harga emas kian naik sekarang dan emas adalah pelaburan terbaik masakini.

Ini detailsnya:

Pajakan Lombong Tanah Kuala Krai - owned by Kerajaan Negeri Kelantan
Luas/ size: 224.6 hektar
Tempoh melombong: 4 tahun dr tarikh pajaakan melombong didaftarkan.
Harga: RM33juta.

Terbuka pada syarikat2 @ individu .

Serius??

Sila contact saya, wakil syarikat pentadbir tnh akan menerangkan segala perincian dan proposal yang lengkap dan yg telah diluluskan oleh kerajaan negeri.

Syila
0133440865/0129739115

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: Peneroka Kesedar Lebir dilulus geran tanah

Posted: 29 Nov 2012 03:22 PM PST


KOTA BHARU: Setelah tinggal di kawasan rancangan kemajuan tanah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) sejak 1980-an, akhirnya impian peneroka mendapat geran hak milik tanah menjadi kenyataan.

Seramai 86 peneroka Kesedar Lebir Gua Musang dilulus surat hak milik tanah pada mesyuarat Exco kerajaan negeri semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, mesyuarat Exco juga turut meluluskan bagi mengazet Akta Tanah di bawah Seksyen 5 di bawah Akta Penempatan Beramai-Ramai (GSA 1960).

"Ia bertujuan memberikan hak milik kepada peneroka-peneroka di Felda Chiku 1 dan Felda Chiku 2 membabitkan kawasan seluas 1,291.06 hektar.

"Dengan menggazetkan akta tanah tersebut, peluang untuk memberikan hak milik kepada mereka yang terlibat di Felda Chiku 1 dan Felda Chiku 2 dapat dilaksanakan," ujarnya selepas mesyuarat Exco.

Pada pertengahan tahun ini kerajaan negeri juga menyampaikan geran lot rumah dan kebun kepada peneroka serta penduduk bukan Islam yang tinggal di Gua Musang pada satu majlis yang diadakan di Dewan Sivik.

Sebelum itu pemimpin Umno menghasut dan cuba menghalang peneroka mengisi borang dan membayar premium tanah pada kadar yang minimum bagi membolehkan mereka mendapat geran hak milik tanah.

Dan sekarang peneroka bakal mendapat geran tersebut seperti dijanjikan kerajaan negeri tanpa termakan hasutan pemimpin Umno.

Husam berkata, geran-geran tersebut akan diberikan kepada peneroka dalam masa terdekat ini.

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Cinta Travel: KAWASAN BEBAS CUKAI <b>RANTAU PANJANG</b>

Posted: 27 Nov 2012 11:09 PM PST


RANTAU PANJANG, KELANTAN

Mengenai Rantau Panjang

Bandar Rantau Panjang adalah terletak bersempadan dengan Sungai Golok, Thailand merupakan pintu keluar – masuk dan pusat membeli belah yang utama di Jajahan Pasir Mas khususnya dan Negeri Kelantan amnya. Jaraknya hanya 25 km dari bandar Pasir Mas dan 40 km dari bandar Kota Bharu.
Rantau Panjang merupakan tempat kawasan bebas cukai yang kedua di Kelantan selepas Pengkalan Kubor Tumpat Kelantan. Bagi mereka yang gemar membeli belah barang-barang seperti pakaian, periuk, pinggang mangkuk, set tilam, dan sebagainya disini lah syurga membeli belah terbesar di Pantai Timur.
 
 Kemudahan Di Rantau Panjang
Bagi mereka yang baru saja menjejak kaki ke Rantau Panjang, tidak perlu risau mengenai kemudahan awam yang terdapat disini. Dari segi tempat letak kereta Majlis Daerah Pasir Mas menyediakan tempat yang lapang untuk meletakkan kereta dan bas persiaran/pelancongan. Kemudahan seperti surau dan tandas juga di sediakan di kawasan sekitar Pekan Rantau Panjang ini. Kemudahan seperti bank juga terdapat seperti ATM (Mybank). Jadi musim sekolah ini merupakan peluang bagi mereka yang gemar bercuti untuk membeli belah sambil makan angin di negeri Cik Siti Wan Kembang.
 
Masjid Yang Unik berlatar belakangkan pembinaan masjid di cina juga dibina di Pekan Rantau Panjang ini.

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Epal Merah Epal Hijau: PAMERAN <b>DI</b> ISTANA <b>NEGERI KELANTAN</b>

Posted: 21 Nov 2012 06:57 PM PST

Bersempena dengan hari keputraan sultan negeri kelantan 2 minggu lepas,
pihak dieorang ade buat pameran khas di istana negeri..
pes time aku masuk istana..
cantik sangat,banyak booth dibuka contohnya macam booth
pahlawan-pahlawan negeri kelantan,
booth tulisan khad..

tapi yang lagi menarik kat dalam istana tu,dioerang ade buat sejarah nabi muhammad SAW,
siap ade buat model rumah rasullullah lagi...ade tunjukkan pedang-pedang sahabat nabi...cantik dan besar..tapi sayangnya kat dalam ni xleh nak ambik gambar..

dah la bnyak aktiviti dibuat dalam tu kecuali hari jumaat je yang tak de aktiviti..
Sapa-sapa yang nak berkunjung ke istana negeri,sila la berbuat demikian dengan cepat sebabnya
pameran tu dibuka sampai akhir bulan ni je,kalau tak salah date la..
bila lagi nak masuk istanakan...

Jom datanglah beramai-ramai sebelum terlambat.




03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


Video - Alwi Dedah Harta Puak Abu Nawas <b>Di</b> Kelantan <b>...</b>

Posted: 29 Nov 2012 10:00 PM PST

Perjuangan dasar Islam khasnya perlaksanaan hukum hudud gagal, namun perjuangan untuk mengtekedarah adalah seperti berikut:

* Dato' Nik Aziz Nik Mat dapat Lot 51 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM40,000 pada 20 Disember 2000

* Dato' Abdul Halim Abdul Rahman dapat Lot 99 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000 pada 18 Disember 2000

* Datin Aminah Abdullah (isteri Abdul Halim) dapat Lot 100 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000

* Ahlaami Abdul Halim (anak perempuan Timbalan Menteri Besar) dapat Lot 101 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000

* Adlina Abdul Halim (anak perempuan Timbalan Menteri Besar) dapat Lot 102 di kawasan relai, Gua Musang bernilai RM45,000

* YB Zulkifli Yaakob (ADUN Sungai Durian) dapat Lot 105 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM44,000

* YB Abdullah Yaakub (ADUN Air Lanas) dapat Lot B08 di kawasan Jeli bernilai RM25,000

* YB Hanafi Daud (ADUN Chetok) dapat Lot B34 di kawasan Jeli bernilai RM20,000

* YB Omar Muhammad (ADUN Perupok) dapat Lot B35 di kawasan Jeli bernilai RM36,000

* YB Nasharuddin Daud (ADUN Meranti) dapat Lot A120 di kawasan Jeli bernilai RM20,000

* YB Mohamed Affandi dapat Lot 19 di kawasan Lojing Dua bernilai RM38,000

* Penceramah Pas, Razak Abas  dapat Lot 37 di kawasan Jeli bernilai RM35,000

* Pengurus Besar PKINK Hanifa Ahmad dapat Lot 23 di kawasan Jeli bernilai RM35,000 pada Disember 1997, dan

* Timbalan Pengurus Besar PKINK Wan Adnan Abdul Kadir dapat dua lot termasuk Lot 39 bernilai RM45,000 pada Disember 2000.


'Membangun Bersama Isle dibawah kepimpinan penyangak'

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


SK <b>Kelaboran</b>: ISU PENDIDIKAN : KSSR KURANGKAN TEKANAN <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2012 08:47 AM PDT


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula tahun ini adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding piawaian global.  KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sejak 1993 mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan. Antara pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Maluri, Saadun Kasim, berkata KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai penambahbaikan iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup.  Beliau yang juga Yang Di Pertua Majlis Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, berkata kurikulum itu turut bersandarkan enam tunjang iaitu komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai.  Pembaharuan lain diperkenalkan KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan.
Ada lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.  Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid.  Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini.

Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa.  Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran.  Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai.
Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid.  Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan.  Guru Penyelaras PBS SK Taman Bukit Maluri, Cheong Oi Lai, berkata pendekatan baru ini membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan dan teratur.  Katanya, portfolio memudahkan guru menyemak rekod pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan mereka dan cara mengatasinya. "Pengukuran tahap pembelajaran murid kini dapat dilakukan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam.
"Setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud murid tahu, band dua (tahu dan faham), band tiga (tahu, faham dan boleh buat), band empat (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab), band lima (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji) serta band enam (murid tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali," katanya. Beliau berkata, band satu peringkat paling asas dan menjadi kayu ukur sama ada murid berjaya menguasai sukatan pembelajaran atau tidak sebelum beralih ke band berikutnya.  Ia memberi ruang kepada guru untuk mengetahui dengan lebih mendalam kebolehan murid mengikuti pembelajaran dalam kelas dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan mereka.
Guru Besar SK Bukit Damansara, Zarina Jamil, berkata walaupun ujian bertulis masih dijalankan seperti dulu, proses penilaian KSSR mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan yang ditonjolkan murid dalam kelas. "Guru perlu memahami etika perguruan, jujur dalam tugas dan tidak boleh melebihkan murid tertentu demi kepentingan peribadi," katanya mengulas mengenai kaedah penilaian murid.  Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Damansara, Datuk Mohd Nadzli Othman, berkata, oleh sebab sebahagian proses penilaian dilakukan oleh sekolah, murid akan berusaha untuk bersaing dengan rakan lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka. Katanya, mereka akan bersaing dengan murid lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka.
Kesimpulannya, pengenalan KSSR menggantikan KBSR bermula tahun ini membabitkan murid Tahun Satu adalah inisiatif memperkasa modal insan negara.

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Adiza saidi: SINGGAH <b>DI PULAU MELAKA</b>.

Posted: 27 Oct 2012 05:40 PM PDT

pulau melaka yang terletak di utara bandar kota baru bersempadan dengan
kampong kedai lalat dengan kota jembal adalah sinonim bagi takyat kelantan.
di hari raya kedua tahun ini aku berkesempatan singgah untuk bergambar kenangan
buat anakcucu ku di hari mendatang bahawa inilah rumah IDOLA KU.

ads