Rabu, 15 Mei 2013

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Apa Cerita Bendera PGayR Dikibarkan <b>Di</b> IKBN <b>Bachok</b>, Kelantan <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2013 07:26 AM PDT



Lagi parasit bertapak di dalam institut pengajian tinggi awam yang dibiayai oleh Kerajaan. Parasit terbaru dijumpai di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bachok, Kelantan. Parasit yang makan gaji dengan Kerajaan dan bergelar warden didapati mengantung bendera PGayR di dalam institut. Tiada bendera Malaysia atau bendera Kelantan digantung, sebaliknya hanya bendera bermat satu digantung di tiang. 
Gambar-gambar ini telah di"post"kan oleh pelajar-pelajar berkenaan di Facebook sehingga menyebabkan kemarahan warden berkenaan. Pelajar-pelajar berkenaan telah menerima sistem pesanan ringkas SMS yang berbunyi, "u better delete, u r facing a big trouble". Mungkin selepas selesai PRU-13 kelak, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) boleh mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas warden berkenaan. Ini kerana sebagai Institusi Pengajian Awam, perbuatan mengibarkan bendera parti adalah tidak beretika dan pihak Kementerian perlu mengambil tindakan.

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Apr 2013 11:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Apr 2013 11:50 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 11:49 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Lembaran Sebuah Kehidupan: Kuku <b>di</b> jemariku II

Posted: 28 Feb 2013 11:19 PM PST

<Kuku di jemariku>
Oleh kerana banyak bahagian kuku yang telah mati dan kering lalu tercunggit keluar hingga nampak annoying di mataku dan juga dihatiku, maka kuku itu telah ku semadikan dia...
Daku cuba kikis-kikis bahagian yang masih bersambung dengan isi itu untuk menyingkirkan semua bahagian kuku di atas. tetapi alangkah malangnya kerana usahaku sia-sia belaka. Kuku yang masih bersambung dengan isi itu tidak dapat daku singkirkan dia. Maka kekallah ia buat sementara disitu, menunggu kuku baru menolaknya hingga terAFUNDI keluar.
Kuku yang telah mati itu, ku korek-korek, kemudian ku potong-potong ia.. sehingga terjadilah begini....

felda <b>chiku</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 24 Mar 2013 09:24 AM PDT

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Nov 2012 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Nov 2012 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Nov 2012 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Nov 2012 08:18 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) atau nama ringkasnya SK Sri Chiku (2), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Chiku 2. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) memiliki 108 pelajar lelaki dan 131 pelajar ...

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Dec 2012 09:34 AM PST

Lembaran Sebuah Kehidupan: Satay Kambing.

Posted: 20 Mar 2013 09:24 PM PDT


Kambing adalah haiwan kegemaranku. Maksud aku, bila aku nampak kambing, aku nampak dia sebagai sedap. Walaupun dia masih berjalan di tepi padang sambil meragut-ragut rumput bersama kawanan kambing yang lain di waktu petang. Sekiranya dia berkawanan, aku akan kata, 1 kawanan yang sedap. Haish... sambil menaip ni pun dah kecur air liur terbayangkan kambing.
Sewaktu zaman muda remajaku, di zaman aku dan teman-teman masih belum pasti akan masa depan, - kawin dengan siapa, anak berapa orang, di saat kami hanya memikirkan.. ok... lepas ni apa nak buat? lepas ni nak pergi mana? - kami akan berkumpul boleh dikatakan tiap hari makan malam bersama. 
Antara port kegemaran kami waktu itu adalah Nasi Lemak and Char Koew Teow Mali di Taman Bunga Raya.  Kami menghurung Mali hampir setiap malam. Sejak dari zaman menghidang dari meja ke meja hinggalah sekarang harus layan diri, saat dia masih belum ada cawangan di Danau Kota.. Style pelayan dia masih sama. Ada seorang yang biasa jaga cashier. Manis wajahnya. sentiasa senyum. Yang lain-lain? Hampeh sikit. Hahahhaha... Tapi mereka cekap dan pantas. Tak kisahla nak muka macam bagus or macam sombong, tapi mereka pantas di kaunter. Tak perlu tunggu lama. (itu dulu..zaman kami melepak sana. sekarang dah tak sure macam mana)
Waktu cawangan buka di Danau Kota, pekerja-pekerja kaunter mereka juga macam style sombong gitu. ehh...kena train macam ni ke diorang ni? Tapi waktu aku pergi masa itu, perkhidmatannya tobat lembap bikin aku panas hati. Tak macam Mali, Taman Bunga Raya. Aku dah lama tak pergi cawangan Danau Kota. Sekarang tak tau macam mana. 
Jadi antara dua tempat ini, masih aku pilih ke Mali, Taman Bunga Raya (TBR).
Kat Mali TBR ni ada sorang makcik ni jual satay. Selain makan nasik lemak n koew toew, kami akan order dengan makcik ni satay. Keistimewaan makcik ni, dia ada satay kambing. Kami yang gila kambing ni, memang biasanya akan order satay kambing dengan makcik ni. Biasanya sorang 4 cucuk. Satay kambing dia memang terbaekkk... Lemak-lemak gittew.
Setelah few of us dah berkahwin ni, kami jarang lagi lepak di situ. Baru-baru ini rindu dengan satay kambing makcik itu, kami decide untuk gathering dah buat port luck bertema Mali. Aku ditugaskan untuk cari makcik itu dan order satay kambing dengan dia. Malangnya, setelah 2 hari pemantauan ke atas Mali TBR, aku gagal menemui makcik itu. 
Mana lagi nak cari satay kambing eyh???

BLOG KELANTAN: 03 <b>di chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2013 11:10 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Mar 2013 11:48 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Lembaran Sebuah Kehidupan: Susu Anlene

Posted: 13 Mar 2013 09:34 PM PDT


Menghairankan bagaimana makanan pertama yang masuk ke dalam badan kita adalah susu tetapi apabila sudah dewasa kelak, sudah lupa macam mana nak minum susu. Macam geli dan loya pula tekaknya untuk meminum sebuah gelas yang mengandungi susu. 
Ya... aku adalah antara manusia itu. Entah mengapakah terjadinya fenomena itu. Siapa boleh terangkan, angkat tangan...
Seperti yang diwar-warkan dalam tv dan iklan yang kompem akan menyatakan produk mereka adalah terbagus dan terlaris dalam pasaran, Anlene adalah satu-satunya iklan yang menekankan tentang pengambilan susu untuk kalsium yang perlu dibekalkan kepada badan kita. Aidid Marcelo dan famili pun minum Anlene katanya.
Kerana telah berada dalam usia awal 30-an, maka dengan ini aku harus disiplinkan diri mengambil pemakanan sihat. Pemakanan sihat la sangat~~ susu je pun... Hahahaha... Sebenarnya sebelum ni pun dah ada war-warkan konon nak ambik Anlene dan jadi disiplin. Cita-cita terkulai layu di tasik madu. Anlene tersebut telah tamat tarikh dan bungkusannya tidak dibuka pun. Kahkahkah... 
Maka dengan ini, saya try beli Anlene bungkusan kecik dahulu. Beli di pasaraya bawah area rumah je. RM6.70. Trial pack ah ni. Pagi tadi, instead of minum nescafe macam biasa, aku minum Anlene pule. Istikamah ka? We wait and see la...
haruslah perasa coklat...

Pelajar Tingkatan Empat Dijumpai Mati Tergantung - Anak Jati Malaya

Posted: 19 Mar 2013 08:05 AM PDT


"Saya dakap seerat-eratnya sebaik melihat dia (arwah) tergantung, dengan harapan dia masih selamat, tetapi meninggal dunia beberapa minit selepas itu." kata Che Mat Daud, 65, bapa kepada pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chiku 2, yang mati tergantung, petang kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang di rumahnya di Tanah Rancangan Felda Chiku 2, ketika pelajar tersebut berada dalam bilik tidur seorang diri.
Che Mat berkata, dia menyedari kejadian berkenaan ketika terdengar jeritan kuat daripada abang mangsa, Mohamad, 22, yang terkejut melihat adiknya tergantung dalam bilik tidur.
Katanya, ketika itu dia baru pulang dari bekerja sebagai tukang rumah dan mangsa bersama abangnya sahaja yang berada di rumah.
"Saya pulang dari kerja, terus menunaikan solat Asar dan keluar semula dari rumah untuk membersihkan kereta sambil memeriksa bateri kerana ingin ke luar lagi.
"Ketika sedang melakukan kerja, saya terdengar suara kuat abang mangsa yang menjerit, lalu saya bergegas naik ke rumah menuju ke bilik," katanya.
Menurut Che Mat yang juga peneroka Felda, hanya beberapa minit selepas dia memotong tali yang menjerut leher anaknya, terus meninggal dunia dan gagal diselamatkan.
"Setahu saya, dia (arwah) tidak bercinta dengan mana-mana budak perempuan hingga sanggup bertindak demikian, tetapi yang saya tahu dia berkeadaan muram selepas kemalangan jalan raya sejak lima bulan lalu," katanya.
Che Ma berkata, arwah pernah terbabit dengan kemalangan jalan raya apabila motosikal ditunggangi dirempuh sebuah kereta dan kepalanya terhantuk di permukaan jalan.
"Bermula dari situ, dia anak bongsu daripada 13 beradik, tidak lagi ceria dan kerap berkurung dalam bilik, tetapi dia memang bersedia untuk bersekolah semula di tingkatan lima apabila persekolahan dibuka Januari ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan motifnya dalam siasatan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Rancangan Felda Chiku 2, pagi semalam. – SINAR HARIAN

BLOG KELANTAN: 03 <b>di chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Apr 2013 11:07 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2013 11:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Lembaran Sebuah Kehidupan: Kuku <b>di</b> jemariku

Posted: 18 Feb 2013 12:39 AM PST


Aicewah... Nak tulis jemari runcing kang, kena cop stamp kat muka plak. memang idok le jari aku runcing. sikit je lagi macam  jari jantan. jari adik-adik jantan aku lebih runcing dan ayu dari jari-jemari aku. memang rasa nak kerat-kerat je jari mereka dan amek plaster pada jari sendiri.  
Beginilah progress kuku di jemariku ini. Kejadian berlaku sekitar Oktober (link). sikit lagi dah boleh tanggal. Sekarang tinggal 1 bahagian aje yang masih melekat, menyukarkan untuk aku mengopeknyer sehingga terbuka terus.

sebelah sini (kiri) yang boleh dikatakan sepenuhnya dah boleh terangkat terus.
bahagian tengah yang aku dah try korek-korek sikit supaya dia tertanggal cepat sikit.
bahagian kanan yang aku tak berjaya korek. masih attach dgn kuku baru. 
ni kalau aku tersalah sauk kuku ni, mau menjerit aku dibuatnya....
see... aku tolak sikit ke atas kuku tu dengan jemariku maka ternampak dia sudah boleh terangkat. kalau angkat lagi dan terus backflip kuku tersebut, maka patahla ia. tapi daku tak setabah itu. wuuuuuuuuuuuuuuu~~~~
Oleh kerana hati pun taklah secekal mana nak korek jugak kuku tu, maka biarlah ia berlaku secara semulajadi. tak perlu sebarang paksaan... harap-harap time kuku baru dah cantik naik, sudah tiba lah masanya untuk aku disarungkan cincin secara rasminya. Boleh nampak cantik di dalam gambar. Amin......

siapa punya kawasan balak 10526 ekar <b>di</b> relai - Labun Cikgu Lin

Posted: 18 Dec 2012 12:03 AM PST

Aku nak cakap lebih-lebih nanti kena saman pulak .... habis pencen aku.
Oleh itu, BACA, SELIDIK, TELITI dan FIKIRLAH SENDIRI.
PAKATAN PEMBANGKANG BOLEH

this is my story...: Zuwarie dan Sarah <b>di Chiku</b> 02, Gua Musang <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2011 09:19 AM PDT

BLOG KELANTAN: 03 <b>di chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Feb 2013 11:12 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

siapa punya kawasan balak 10526 ekar <b>di</b> relai - Labun Cikgu Lin

Posted: 18 Dec 2012 12:03 AM PST

Aku nak cakap lebih-lebih nanti kena saman pulak .... habis pencen aku.
Oleh itu, BACA, SELIDIK, TELITI dan FIKIRLAH SENDIRI.
PAKATAN PEMBANGKANG BOLEH

BLOG KELANTAN: 03 <b>di chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Dec 2012 11:10 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

sekupangdua: SEPERTI YANG DIJANGKA, PAS AKHIRNYA IKUT <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2012 09:38 PM PST

Seperti yang dijangka memang PAS yang menjadi pencacai kepada DAP akan disuruh menyerang Dato Hamidah Osman bila beliau membuat pendedahan terhadap Rasuah Politik semasa Sidang Dun baru- baru nie, Nyata pendedahan nie tidak terjawab dengan pelbagai dokumen bukti seperti yang Dato Hamidah dedahkan termasuk semakan di SSM bila tertera nama Dua pupu nie terpampang menjadi pemilik syarikat mendapat eset lebih 10 526 ekar tanah di Gua Musang. 
Ternyata seperti yang kita telah agak bagaimana kesudahannya, PAS sekali lagi dilembukan, manakan tidak kalau kita selidiki tentu terjawab bila mana Kes Tanah tersebut yang sebenarnya bukan ada kaitan dengan PAS pun, ia sebenarnya diantara Dato Hamidah dan Dua Sepupu Di A Pig xsebagai pemegang saham terbesar dan pemilik Upayapadu.  
Penyewa rumah yang mahu dijadikan tempat ceramah tersebut yg dimilik Cikgu Nazri (bekas AJK UMNO Gopeng yang dibuang kerana kes salahguna Dana Parti) begitu kecewa bila laman rumah yang disewa dijadiakan tapak Ceramah PAS Lembu De A Pig , beliau terus membuat laporan POLIS ekoran perancangan Jahat PAS yang angguk akur dengan Kedua-dua Big Boss yang memgecewakan rakan PAS sendiri yang kehilangan tanah yang diusahakan mereka.  
Kali ini ada perancangan yang dirancangkan dengan menglembukan PAS. bukan kita tak tau kemelut  isu nie  yang sebenarnya antara Hamidah dengan Taukey Upayapadu, kenapa pulak PAS batu gajah beriya-iya nak buat ceramah berhampiran Kediaman Hamidah nie? Kononnya nak buat cermah penjelasan terhadap isu Tanah dan upayapadu, Apa pulak kaitan dengan PAS melainkan dari PAS  rancangan ini diarahkan oleh bukan Pemimpin PAS sendiri supaya PAS dilembukan, Siapa pulak berdendam dengan Hamidah bila pendedahan dibongkar?       
Sudah tentu ada kuasa Besar dari Di A Pig megerahkan supaya PAS dilembukan, atas dasar apa yang  rasanya berkaitan?.. Termakan BUDI? untuk Balas dendam? sudah terasa Parti makin hancur, menduga tak kan menang PRU ataupun memang azali kaki angguk dan taraf pencacai? Kenapa PAS pulak yang kelam kelibut tak tentu arah nak buat ceramah dan macam kata orang perak, Berguling lentang ngelusir bergulung pering (tak tentu arah dan kelam kabut). kenapa tak DAP jer  yang buat? kenapa nak serang sedekat yang boleh dengan rumah Hamidah? Ini membuktikan bagaimana PAS hanya layak sekadar cacaian yg dilembukan... Rakyat sudah bijak dengan niat jahat komer yop!
Bertambah pelik bila PAS tak lansung membela saudara mereka sendiri di Chiku, Gua Musang yang telah lama ahli PAS usahakan pelbagai tanaman dari dulu yang kini tiba-tiba menjadi milik orang lain pulak, orang luar pulak tu... secara logiknya dan diterima akal dema mungkin diantara yang kecewa dengan pimpinan bila tanah yg diusahakan diambil alih dan diberikan kepada kafir yang bukan orang asal disini, apakah kerana terletak di Gua Musang yang menjadi kubu kuat kepada BN ( Tengku Razaligh ) PAS tidak rasa rugi dengan kehilangan seluas tanah tersebut?
Tanah yg diusahakan diambil alih? @ PAS chiku
Pas kalau sepatutnya mahu membela, bela lah mereka yang terinaya di Chiku, Gua Musang apatah lagi tanah tersebut yang diusahakan oleh saudara separti mereka, Perjuangkanlah hak saudara kamu, setidak-tidaknya kembalikan hak mereka semula demi prinsip parti,macam nie ke yang dikatakan sebagai kearah berkebajikan? ataupun ' sudah tukar' kepada rakyat kena berkebajikan kepada pemimpin terus mewah, kalau sejengkal dua tak ler kisah sangat, ini kalau dihitung guna jari tangan dan kaki pun perlu ada lebih seribu orang yang sempurna dan tidak cacat kurang jari tangan ataupun  kaki. Ceramahlah hingga kesubuh safie setiap hari,tak da sapa nak marahpun... 

Pemimpin PAS Chiku Gua Musang, ustaz Zulkifli dan ketua pemuda Pas Dun Paloh, Ustaz Rizuan Ali adalah antara individu yang paling kecewa  apabila mendapat tahu tanah ini sudah diserahkan kepada pemimpin cina DAP Perak.
Tanah ini mereka telah usahakan sejak tahun 1990 oleh penyokong PAS di mukim Relai, Gua Musang terpaksa diserahkan kepada DAP dalam rundingan sulit antara DAP dan PAS. 
 Seperti dalam pendedahan blogger Sungai Rapat Online (KLIK)  bagaimana PAS Batu Gajah di Lembukan oleh Di A Pig buat ceramah bantu DAP sekalipun Ahli PAS  Chiku Gua Musang yg sebenarnya terinaya oleh Di A Pig . blogger SRO dalam pendedahannya berkata :  di Lembukan oleh Di A Pig buat ceramah bantu DAP sekalipun Ahli PAS Ch iku Gua Musang yg sebenarnya terinaya oleh Di A Pig . blogger SRO dalam pendedahannya berkata : 
PAS cuba mengadakan ceramah paling hampir dengan rumah Hamidah berkenaan isu Satu laporan polis telah  dibuat oleh penduduk kampung Seri Indah terhadap penganjur ceramah dan demonstrasi yang akan dibuat berdekatan dengan rumah YB Dato Hamidah Osman. Matlamat mereka adalah untuk membalas dendam terhadap YB Dato Hamidah Osman di atas pendedahan yang dibuat.
Laporan polis ini membolehkan pihak polis menyiasat samada ceramah dan demonstrasi yang bakal diadakan berdekatan dengan rumah YB Dato Hamidah ada kaitan dengan pendedahan dalam sidang Dun Perak baru-baru ini iaitu mengenai pemilikan tanah sebanyak 10,526 ekar oleh pemimpin cina DAP Perak.
Difahamkan Ketua Pas cawangan Kampung Sungai Rokam Haji Ali bin Hussain merupakan  penggerak utama ceramah ini dan akan menjemput bekas AJK Umno bahagian Gopeng yang telah dipecat kerana menyalahgunakan wang parti dan kedudukannya iaitu Nazri Nordin atau cikgu Nazri. 
Kemungkinan Ali Hussain telah diarahkan berbuat demikian oleh pemimpin cina DAP tersebut, kerana semalam Ali Hussain dilihat berjumpa dengan pemimpin cinha DAP tersebut.
Rumah yang bakal menjadi pentas ceramah adalah rumah cikgu Nazri yang telah disewakan kepada seorang penyewa iaitu en. Lokman. En Lokman sendiri telah membuat laporan polis kerana tidak membenarkan rumah yang diduduki olehnya menjadi pentas ceramah dan fitnah.
Disebelahnya pula adalah rumah Mak Mertua Haji Baharom ahli Pas seumur hidup yang dibicara atas tuduhan telah merasuah pegawai pejabat daerah dan tanah Batu Gajah bagi mendapatkan kawasan pasir untuk dijual seperti yang didedahkan oleh Sungai Rapat Online disini

 Seperti dalam pendedahan blogger Sungai Rapat Online (KLIK)  bagaimana PAS Batu Gajah di Lembukan oleh Di A Pig buat ceramah bantu DAP sekalipun Ahli PAS Chiku Gua Musang yg sebenarnya terinaya oleh Di A Pig . blogger SRO dalam pendedahannya berkata : 
PAS cuba mengadakan ceramah paling hampir dengan rumah Hamidah berkenaan isu Satu laporan polis telah  dibuat oleh penduduk kampung Seri Indah terhadap penganjur ceramah dan demonstrasi yang akan dibuat berdekatan dengan rumah YB Dato Hamidah Osman. Matlamat mereka adalah untuk membalas dendam terhadap YB Dato Hamidah Osman di atas pendedahan yang dibuat.
Laporan polis ini membolehkan pihak polis menyiasat samada ceramah dan demonstrasi yang bakal diadakan berdekatan dengan rumah YB Dato Hamidah ada kaitan dengan pendedahan dalam sidang Dun Perak baru-baru ini iaitu mengenai pemilikan tanah sebanyak 10,526 ekar oleh pemimpin cina DAP Perak.  
Difahamkan Ketua Pas cawangan Kampung Sungai Rokam Haji Ali bin Hussain merupakan penggerak utama ceramah ini dan akan menjemput bekas AJK Umno bahagian Gopeng yang telah dipecat kerana menyalahgunakan wang parti dan kedudukannya iaitu Nazri Nordin atau cikgu Nazri. 
Kemungkinan Ali Hussain telah diarahkan berbuat demikian oleh pemimpin cina DAP tersebut, kerana semalam Ali Hussain dilihat berjumpa dengan pemimpin cinha DAP tersebut.
Rumah yang bakal menjadi pentas ceramah adalah rumah cikgu Nazri yang telah disewakan kepada seorang penyewa iaitu en. Lokman. En Lokman sendiri telah membuat laporan polis kerana tidak membenarkan rumah yang diduduki olehnya menjadi pentas ceramah dan fitnah.
Disebelahnya pula adalah rumah Mak Mertua Haji Baharom ahli Pas seumur hidup yang dibicara atas tuduhan telah merasuah pegawai pejabat daerah dan tanah Batu Gajah bagi mendapatkan kawasan pasir untuk dijual seperti yang didedahkan oleh Sungai Rapat Online disini
Haji Baharom juga menjadi agen ceramah yang akan diadakan pada 26 Dis 2012. Haji Baharom membenci kerajaan kerana beliau ditahan dan dibicara atas tuduhan rasuah.
Penceramah pada majlis itu nanti Nazri Nordin yang juga memegang lesen orang gila (Pesakit Mental) 
 Menurut SRO lagi...   Orang kampung Seri Indah amat berharap  pihak Polis tidak akan memberi sebarang Ceramah Fitnah  PAS yang lansung tiada kaitan dengan PAS dan Kaw Gopeng  sendiri dan rakyat faham  semuanya dilakukan dengan Arahan dari seseorang untuk melembukan PAS sendiri. Paling membuatkan mereka marah bila yang hadir  kebanyakannya adalah orang luar yang diimport utk meramaikan serta tentunya menggangu kententeraman penduduk kampung selain pastinya mengakibatkan kawasan kampung akan kotor dan bakal berlaku banyak kerosakan serta kemusnahan kampung  
Penduduk juga berharap Pihak Polis bertindak dengan orang Luar yang menjadi dalang menggerakkan ceramah bodoh ini adalah Haji Ali bin Hussain @ Bloggers Al Husyn @ bloggers KM (Kencin Manith)   yang menetap di Kampung Sungai Rokam.  Haji mangkok ini juga pernah mencetus pergaduhan di Kampung Ara Payung dengan memasuki kawasan ceramah YB Dato Hamidah Osman dan buat provokasi @ Sungai Rapat Online    

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Apr 2013 09:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Mar 2013 09:37 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Sekolah Kebangsaan <b>Bunut Payong</b>, Kota Bharu,Kelantan: Jamuan <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2013 09:29 PM PST

 Ucapan terakhir dari Puan Yusnee Yusoff..
 Sumbangan dari pihak sekolah ke Pn. Yusnee Yusoff
 Mantan PK Ko memberi ucapan ringkas..
 Majlis Perpisahan buat Pn. Yusnee Yusoff kerana telah dinaikkan pangkat
sebagai Pensyarah Akademik di IPG Kampus Kota Bharu mulai 16.12.2012 setelah 11 tahun berkhidmat di SK Bunut Payong..
 Cenderahati untuk mantan PK KO..

Pengundi Hantu Gimik Politik Pakatan | Detik Perubahan

Posted: 23 Mar 2013 08:34 PM PDT

imagesKOTA BHARU – Istilah pengundi hantu adalah satu gimik politik pihak pembangkang memandangkan apa yang disuarakan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, hanya dihebahkan melalui media menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, hakikat sebenarnya, apa yang terjadi terhadap pengendali blog pro-Umno Papagomo yang dikategorikan sebagai pengundi hantu dan mempunyai dua nombor kad pengenalan itu ia merupakan satu kesilapan.

"Sudah tentu dalam apa juga sistem sekalipun mesti ada silap, namun kesilapan itu hanyalah satu hal yang kecil, malah pemilik nama Wan Muhammad Azri Wan Deris juga mengaku dirinya, tidak mempunyai kaitan dengan Papagomo dan bukan penulis blog terbabit.

"Jadi saya saya rasa istilah pengundi hantu tidak wujud seperti yang didakwa pembangkang," katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri majlis menyambut menantu pasangan adik beradik, Suhaizan Abdullah dan Raimi Abdullah yang melangsungkan majlis perkahwinan serentak dengan pasangan masing-masing di rumah keluarga mereka di Bunut Payong semalam.

Fatmi berkata, tahun demi tahun pengundi-pengundi berhijrah ke kawasan luar menyebabkan ramai pengundi baru datang dan pergi, maka ada di antara pimpinan kawasan tidak mengenali pengundi-pengundi di kawasan mereka, maka wujudlah istilah pengundi hantu.

"Ia hanya dijadikan sebagai satu usaha pihak pembangkang untuk meyakinkan rakyat bahawa terdapat ketirisan yang berlaku dalam SPR yang sepatutnya tidak dipersoalkan memandangkan badan terbabit mempunyai kewibawaan sendiri sebagai pengendali urusan pilihan raya.

"SPR ini satu badan yang cekap serta efisien dan merupakan pihak yang boleh diharap, jadi dengan hanya satu dua kesilapan kecil kita tidak boleh menuding jari terhadap mereka memandangkan segala yang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan dalam kerajaan," katanya.

Sementara itu ditanya mengenai persiapan Barisan Nasional (BN) dalam PRU13, beliau berkata BN kini giat membuat persiapan PRU termasuk di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) hingga ke cawangan dengan begitu rapi.

"Semua jentera sudah bersiap sedia dan keadaan ini merupakan satu persiapan di seluruh negara dan kita tidak mempunyai sebarang masalah memandangkan sambutan terhadap BN di Kelantan amat menggalakkan.

"Ia dapat dibuktikan melalui ceramah-ceramah BN dan Umno yang mendapat sambutan menggalakkan berbanding ceramah Pas yang kurang mendapat sambutan.

"Keputusan PRU membayangkan apa yang berlaku sebelum pilihan raya itu, jadi pada tahun ini, saya yakin BN akan menang dan mengambil alih tampuk pimpinan di Kelantan yang sudah lama memerintah namun masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki sejak 23 tahun diperintah Pas. – Sinar Harian

Perjalanan Hidup Ulamak Kelantan - Pusat Rawatan Islam Darul Naim

Posted: 05 Jan 2013 12:04 AM PST



               HAJI ABDULLAH TAHIR BUNUT PAYONG (1897-1961)
Salah seorang ulama' besar negeri Kelantan yang masyhur  alim dalam ilmu fiqh. Pendiri Pondok Bunut Payong yang terkenal di seluruh semenanjung itu. Seangkatan dengan Hj. Ali Pulau Pisang, Hj. Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj. Saad Kangkong, Hj. Ahmad Batu Tiga Repek,  Hj. Salleh Pedada dll.
Dilahirkan di Kg. Sireh, Kota Bharu pada 20 Muharram 1315 bersamaan 20 Jun 1897. Bapanya, Hj. Ahmad bin Mohd Zain yang berasal dari Kg.Chepa,Kedai Lalat pernah berkhidmat sebagai imam tua di Masjid Langgar, Kota Bharu (berkhidmat sehingga 1920)
Sesudah berguru selama 15 tahun dengan Tok Kenali, beliau belayar ke tanah suci Makkah untuk mendalami pengajiannya. Antara lain mengikuti kuliah Tuan Mokhtar Bogor, Sheikh Said al-Yamani, Sheikh Mohd Ali al-Maliki dan beberapa tokoh yang lain lagi.
Sekembali ke Kelantan, beliau diminta menyertai kumpulan tenaga pengajar Halaqat Kitab di Masjid  Muhammadi, Kota Bharu. Bagaimanapun, khidmatnya tidak lama kerana pada 1931, beliau memulakan kegiatan keguruannya sendiri di Bunut Payong yang di beri nama Madrasah Ahmadiah. Madrasah ini kemudian terkenal ke seluruh pelosok semenanjung Melayu sebagai  pusat pengajian pondok yang berprestasi tinggi di Kelantan.
Di pondok Bunut Payong inilah Tuan Guru Hj. Abdul Tahir mengajar kitab hingga ke akhir hayatnya. Beliau terkenal sebagai seorang tok guru yang tekun mengajar serta mengamalkan disiplin diri yang tegas.
Kerana  kegigihannya yang sedemikian, maka tidak  peliklah jika Pondok Bunut Payong berjaya melahirkan ramai murid  berilmu tinggi seperti Hj. Hussain Rahimi, Hj. Nik Man Sg. Budor, Hj. Abdul Aziz Pasir Tumbuh, hj. ISMAIL Padang Lepai,  Hj. Abdullah Kok  Lanas,  Hj. Omar Kubang Bemban, Hj. Abdul Rahman  Slow Machang, Hj. Wook Lubok Chekok, Hj. Noor  Teliar, Hj. Sulaiman Siram, Hj. Daud Bukit Bunga, Hj. Yaakub Kelong, Hj. Ghazali Pulau Chondong,Hj.  Zakaria Selising, Hj. Osman Perlis, Hj. Ahmad Kodiang,  Hj. Yahya joned Gurun,  Hj. Ibrahim Bongek, Hj. Abdul Wahid Sungai Udang, Hj. Hussain Umbai, Hj.  Ahmad Relai, Hj. Hasanuddin Berhala Gantang, Hj.  Ismail Phuket, Hj. Ghazali Mundok.
Kerana ketokohannya juga beliau dilantik menganggotai Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam Kelantan beberapa penggal (seawal 1932).Kematian fuqaha' ini pada pukul 7.20 pagi Selasa 4 Rabiulawal 1381 bersamaan  15 Ogos 1961 menyebabkan negeri Kelantan kehilangan seorang  tokoh ilmuan yang menerangi budaya ilmu dan dakwah Islamiahnya.
                Kawasan Tanah Perkuburan Bunut Payong, Sebelah Belakang Masjid Mukim Bunut Payong                                          Kubur Allahyarham Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payong Barisan Ahli Jemaah Ulama' Majlis pada tahun 1964 (Juga antara anak murid Tuan Guru Hj Abdullah Tahir    Bunut Payong seperti Tuan Guru Hj Husein Rahimi, Tuan Guru Hj Abdul Aziz, Pondok Pasir Tumboh,
                                           Tuan Guru Hj Ghazali Pulau Chondong dll)
          Kubur Tuan Guru Hj Husein Rahimi, Anak Menantu  & Anak Murid
                           Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payong
   Kubur Hjh Che Som, iaitu Anak Perempuan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir     Bunut Payong & juga Isteri Kepada Tuan Guru Hj Husein Rahimi

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Dec 2012 03:31 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kejatuhan PAS & PR Bermula Dari Selatan

Posted: 28 Nov 2012 07:54 PM PST

Lebih tiga tahun lalu yakni pada 14 Julai 2009 seluruh negara tertumpu pada satu pertarungan sengit membabitkan pertembungan satu lawan satu diantara BN dan PAS dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manek Urai, Kuala Krai Kelantan.

Persaingan sengit yang berpusat di Selatan Kelantan itu walaupun berpihak kepada PAS namun kemenangan yang diperolehinya terlampau tipis hanya dengan kelebihan 65 undi sahaja berbanding 1,352 undi majoriti yang PAS perolehi pada PRU 12 2008.

Bermula dari situ gema kebangkitan Gelombang Merah semakin dirasai sementara di masa yang sama riak resah kerisauan semakin mencengkam kepimpinan PAS di Kelantan.

Kira-kira empat bulan kemudiannya atau lebih tepat lagi pada 4 November 2009, sekali lagi Selatan Kelantan menjadi pentas tumpuan ramai apabila berlaku pertembungan kali kedua membabitkan BN dan PAS, kali ini berlangsung di DUN Galas, Gua Musang.

Semasa PRK Manek Urai PAS hanya sekadar menang nyawa-nyawa ikan, di PRK DUN Galas pula berikutan semarak Gelombang Merah yang dipelopori UMNO semakin mendapat tempat di hati rakyat, akhirnya menyebabkan PAS tewas terduduk dengan majoriti 1,190 undi.

Kebetulannya baik di PRK Manek Urai mahupun Galas yang lokasinya terletak di Selatan Kelantan ini, kedua-duanya menyaksikan undi sokongan untuk PAS semakin merosot sekalipun jentera pilihanrayanya didokong kuat oleh jentera PR dari PKR dan DAP.

Manakala di pihak BN pula jelas menunjukkan peningkatan undi sokongan yang amat ketara berikutan kembalinya sebahagian penyokong UMNO yang sebelumnya berpaling tadah pada PRU 2008 disamping meningkatnya kesedaran rakyat terhadap kelemahan urus tadbir Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.

Satu perkara yang agak menarik, kejatuhan PAS di Kelantan pada akhir dekad 70-an dulu juga bermula dari Selatan Kelantan berikutan kebangkitan rakyat negeri ini membantah pelbagai penyelewengan konsesi kayu balak yang telah dilakukan oleh pemimpin PAS dan kroni mereka.

Antaranya termasuklah melibatkan tanah seluas 350,000 ekar tanah di yang digadaikan kepada syarikat Timber & Mine dari Singapura untuk tujuan pembalakan.

Selain itu, faktor protes oleh penyokong bekas MB PAS Kelantan, Muhammad Nasir yang di pecat dari PAS kerana sikap mesranya dengan pemimpin UMNO pula kemudiannya menambah parah yang akhirnya menyumbang kepada kembalinya BN menguasai Kerajaan Negeri.

Jika dilihat pada senario di atas, kelihatan coraknya hampir sama. Tidak mustahil kejatuhan PAS di Kelantan akan bermula dari Selatan dengan mengambil semangat kebangkitan rakyat sebagaimana diterjemahkan dalam PRK Manek Urai dan Galas.

Sementelah lagi, sebahagian besar rakyat Kelantan semakin sedar kewujudan utama Ladang Rakyat di Gua Musang dan Kuala Krai yang membabitkan keluasan tanah lebih 80,000 ekar sebenarnya berkait rapat dengan konsesi pembalakan yang hanya menguntungkan syarikat Cina DAP dan Cina Singapura yang mempunya hubungan rapat dengan kepimpinan PAS Kelantan.

Sementara itu, dalam konteks politik nasional pula, tika ini PR kelihatan begitu memfokuskan tumpuan mereka ke arah selatan tanahair yakni Johor dengan andaian mereka berpeluang memperalatkan masyarakat Cina untuk menyokong PR dalam PRU 13.

Namun melihatkan kesepaduan sokongan yang diterjemahkan oleh rakyat Johor semasa PRK DUN Tenang di mana menyaksikan undi sokongan untuk BN dari majoriti orang Melayu Islam, Cina dan India semakin meningkat naik, jelas sekali PR bakal menghadapi kesukaran untuk mengekalkan 7 kerusi yang mereka miliki apatah lagi menawan kerusi lain.

Di antara Kelantan dan Johor pula, kedua-dua negeri ini menampilkan satu percanggahan pendirian PR yang ketara di mana, mereka sepakat menyokong pembinaan kilang Petrokimia yang disarankan dibina di Bachok Kelantan, sedangkan di Johor pula pakatan pembangkang begitu lantang menentang pembinaan kilang Petrokimia di Pengerang atas nama penjagaan alam sekitar dan tanah rakyat

Kontradiks sebegini menampakkan agenda perjuangan PR lebih banyak menambah keraguan besar dalam fikiran rakyat apatah apabila ia dilakukan oleh kepimpinan PR dan NGO proksinya hasil dari pembiayaan dan hasutan kiasu Singapura.

Johor adalah nadi kekuatan UMNO dan jantung hati BN malah budaya rakyatnya agak berbeza walau berlainan agama dan bangsa, lagi kuat ia diasak lagi rapat kesepaduan rakyat menentang anasir adu domba pembangkang, sebagaimana dibuktikan melalui PRK DUN Tenang.

Baik senario Selatan Kelantan mahupun Selatan tanahair yang membabitkan negeri Johor, kedua-duanya juga berkongsi satu rumusan, kejatuhan PAS di Kelantan dan kemusnahan PR pada PRU 13 tidak syak lagi akan bermula dari Selatan.

ads