Rabu, 20 Julai 2011

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


mawarkuning: tawaran belajar

Posted: 18 Jul 2011 09:33 PM PDT

Hari ini aku pergi jumpe kaunselor aku di jelawat, kelantan. Bincang tentang tawaran belajar aku. Alhamdulillah aku dapat ijazah sarjana muda kejururawatan di uitm puncak alam. Jurusan ini hanya penuhi dengan golongan wanita, hanya beberapa orang saja lelaki. Ok lah tu. Nampaknya aku masih belum mencapai cita-citaku lagi. Bila agaknya impianku akan tercapai.mustahil lagi untuk aku mencapainya sekarang.  Aku sudah sedaya upaya berusaha untuk mencapai impianku namun nasib tidak menyebelahi aku lagi. Apa-apa pun segala yang dirancang oleh kita hanya Allah yang menetukannya. Mungkin aku terlalu banyak menonton cerita kartun yang mengatakan that dream will come true and when we wish something we will get it. Apa yang kita impikan mesti dapat. Bestnye kalau benda tu kenyataan.  Tapi itu hanyalah fantasi, dongeng semata-mata. Didunia ini aku kenalah sedar dan terima hakikat yang hidup ini adalah realiti bukannya dongeng. Hmm..

Dengan itu aku patut bersyukur dengan segala apa yang ku dapat. Teruskan perjuangan dan tidak menghampakan harapan umi dan abahku. Harapan mereka lagi penting dari cita-citaku. Belajar saja. Kkejar pointer tinggi insyaallah esok-esok senang dapat kerja dan akan berbakti pada umi, abah dan adik-adikku. Insyaallah...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Muslimeen United: Stadium: PAS Belum Tumbang, Stadium Sudah Tumbang

Posted: 02 Jul 2011 11:47 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai, Timbalan Perdana Menteri - Tan Sri Muhyiddin Yasin telah menjanjikan sebuah Jambatan 2 Lorong di Manek Urai yang kosnya pada ketika itu dikatakan mencecah antara 10 hingga 15 juta ...

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Interaktif <b>Bunut Payong</b> | BLOG - BLOG PARTI PAS

Posted: 18 Jul 2011 07:21 AM PDT

KOTA BHARU – Bekas pemain bola sepak negeri disarankan menubuhkan persatuan mereka sendiri bagi membolehkan segala aspek kebajikan dan juga kesusahan hidup yang mereka alami mendapat pembelaan sewajarnya.

Ahli Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, di peringkat FAM pun, pihaknya sentiasa berbincang mengenai kebajikan dan pembelaan terhadap nasib bekas pemain yang pernah menyarung jersi pasukan kebangsaan sebelum ini.

"Puncanya kita dapat kenal pasti apabila pemain bola sepak sudah bersara mereka hilang begitu sahaja tanpa khabar berita. Tidak ada satu persatuan pun ditubuhkan dapat menyatukan mereka semua.

"Di peringkat kebangsaan sekalipun tidak ada organisasi yang tersusun dapat membantu mereka. Jadi saya mengalu-alukan sebarang penubuhan persatuan bekas pemain di peringkat negeri supaya mereka boleh menyusun pelbagai program dengan baik.

"Jasa bekas pemain yang pernah menabur bakti mengharum negeri dan negara dalam bidang sukan bola sepak tidak harus dilupakan begitu sahaja. Apabila persatuan ditubuhkan, mudah bagi pihak berwajib untuk menyampaikan bantuan kepada mereka," katanya kepada media pada majlis bertemu bekas pemain bola sepak negeri Kelantan era tahun 60 hingga 70-an, semalam.

Takiyuddin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMMK) turut memuji usaha yang dilakukan bekas-bekas pemain bola sepak di negeri ini untuk menubuhkan persatuan bekas pemain dalam masa terdekat.

"Sebenarnya, ramai bekas pemain negeri ini pernah berkhidmat dengan agensi Kerajaan Negeri seperti Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam (MKPB-BRI). Macam MPKB-BRI dulu pernah menjadi johan Piala FAM, jadi mereka juga boleh menyumbang kepada persatuan.

"Alhamdulillah, malam ini mereka bersetuju menubuhkan jawatankuasa penaja dan saya sudah memberi jaminan untuk menyumbang sebanyak RM10,000 kepada mereka. Jadi dengan duit tersebut mereka boleh menguruskan aktiviti permulaan bagi persatuan mereka," katanya.

Mengenai cadangan pengurniaan anugerah kepada bekas pemain yang pernah mengharumkan nama negeri ini sebagai salah satu pengiktirafan terhadap jasa mereka selama ini, Takiyuddin turut menyokong penuh cadangan tersebut.

"Ini satu cadangan yang baik. Saya akan berbincang dengan Abdul Fattah Mahmood (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Insan, Sukan dan NGO Negeri) untuk mengemukakan nama-nama yang difikirkan sesuai dipersembahkan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V," katanya.

SINAR HARIAN Ahad 17 Julai 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


ini cerita Atiqah: Continental Cake <b>di Kota Bharu</b>

Posted: 16 Jul 2011 05:58 AM PDT

opera cake

red velvet cake

Russian Black and White cake

Italian Rainbow cake

Chocolate Indulgence cake

untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya 0147939261

atau emailkan kat atiqahkj@gmail.com

terima kasih.. :)


Terima kasih daun keladi sebab sudi baca entri ini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Maaf Sebut: Hotel <b>di</b> Kota <b>Bharu</b>

Posted: 17 Jul 2011 06:43 PM PDT

Anda plan untuk melawat Kota Bharu bersama keluarga anda tidak pun anda datang satu bas. Pasar Khatijah, Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang, Istana Jahar, Pasar Budaya, periuk belanga, toto dan bla bla sudah berada dalam kepala otak anda. Emmm, anda dah tak sabar sabar lagi. Tapi jangan dilupa malam nanti nak bermalam di mana. Takut takut nanti tido jea atas bas atau dalam kereta kerana semua hotel fully booked dan anda tidak bersedia lebih awal. Apa yang teruk lagi, anda datang waktu cuti sekolah atau cuti umum negara. Takut nanti travel to Kelantan is a nightmare not an unforgiveable moment, takde tempat nak bermalam punye pasal.

Kerana takut jadi macam tersebut nun diatas, aku rasa terpanggil untuk nak kongsi sikit pasal penginapan yang ada di Kelantan terutamanya kat Kota Bharu nih. Aku nak fokus kat Kota Bharu sahaja kerana selalunya pelancong terutamanya pelancong tempatan akan menjadikan Kota Bharu tempat bermalam. Kalau dibandingkan dengan tahun tahun lampau, hotel di Kota Bharu nie tumbuh macam cendawan selepas hujan dewasa ini. Sebut saja hotel murah, hotel bajet, hotel mahal, hotel dalam bandar sebab senang nak go around dan bla bla, boleh kata semua ada. Tak dilupakan juga guest house dan guest room.

Hotel Perdana

Renaissance Hotel, the only 5 stars at KB

GRW dan New Pacific, antara penginapan selesa

Kalau dulunya Hotel Perdana satu satunya hotel yang dikira berclass di Kota Bharu, sekarang sudah ada Hotel Renaissance yang bertaraf 5 bintang (satu-satunya di KB) dan yang tertinggi di bandar Kota Bharu. Harga semalaman boleh mencecah rm 300 dan ianya bergantung kepada jenis bilik. Selain itu ada juga New Pacific dan GRW Hotel yang bertaraf 4 bintang. Dan pada masa akan datang, Hotel Perdana bertaraf 5 bintang. Setelah dibeli oleh PNB dari PKINK, saya lihat Hotel Perdana mengalami perubahan yang ketara, kalau dulu hanya 2 tingkat, sekarang dah naik 10 tingkat. Di Wakaf Che Yeh, terletaknya Holiday Villa dalam pembinaan dan juga The Legend Ibnu Batutha yang baru tengah piling work. Kalau tak kisah jauh sikit dari Kota Bharu, boleh juga menginap di Villa Daniela yang berkonsepkan English di Pantai Kandis. Berlainan dengan Pantai Bachok, Pantai Kandis lebih senyap bebas dari kesesakan manusia dan pantai yang lebih jernih, clear water gitu.

Villa Daniela Bachok, resort mewah di Kandis

Kalau rasa tak berbaloi untuk membayar penginapan 300 400 500 dengan alasan janji ada tempat nak lelap, mencari hotel rm 100 kebawah di sekitar bandar Kota Bharu enteng sajo. Sebut saja Suria Hotel, Hotel Azam, Sabrina Court, Crystal Louge, Dynasty Inn, Hotel Temenggung, Hotel Rebana. Semuanya sekitar rm 100 tapi pastikan kena book awal awal, bukan apa, semua hotel nie biliknya terhad tak macam yang bertaraf  4 dan 5 bintang. Tambahan pula kalau cuti umum, untuk mendapat bilik kosong kat hotel yang saya sebut tadi sukar sekali. Di sekitar pasar 24 jam Wakaf Che Yeh pun terdapat banyak inn yang berpatutan contohnya Ridel Hotel yang mempunyai satu lagi hotel di tepian sungai Kelantan.Tak dilupa Tune Hotel yang baru sahaja dibuka. Bagi saya lokasinya cukup strategik. Bersebelahan dengan KB Mall dan berada di tengah tengah antara bandar Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh. Ianya selesa dan anda bayar apa yang anda guna.

Suria Hotel

Ridel Hotel

Ada juga yang berpendapat lebih bagus menyewa guest house berbanding dengan membayar harga bilik hotel kerana dengan harga yang sama, dapat memuatkan lebih ramai orang berbanding dengan bilik hotel yang meksimum pun mampu muat 3 atau 4 orang saja. Selalunya yang memilih guest house datang dalam group yang ramai, kebanyakkannya mempunyai talian saudara. Tapi kena berhati-hati sikit memilih. Kadang-kadang mungkin harganya murah tapi apa yang kita dapat sebuah guest house yang tak seberapa atau mungkin lebih teruk lagi. Sedara abang ipar yang datang ke Kota Bharu baru-baru ini memilih guest house sebagai tempat bermalam.Harganya  rm 250/hari. Apa yang saya ingat, guest house terbabit mesti terbaik kerana dirokemen oleh rakan. Rupanya tidak begitu. Dah lah bau longkang didepan menusuk kalbu, ruangnya pun agak sempit dan barangan didalam pun kira dah berusia. Terpaksalah sedara abang ipar bersama keluarga berhimpit himpit didalam ruang yang sempit. Kalau saya, saya akan rekomenkan guest house di Taman Sari, ianya rumah semi d 2 tingkat dan mampu memuatkan mungkin dalam 10 orang. Harganya pun agak berpatutan iaitu rm 200 sehari. Atau Royal Guest House mungkin menjadi pilihan. Berada di tengah tengah antara muziam diraja, masjid Muhammadi, Istana Jahar, Kampung Kraftangan dan, ianya pilihan yang amat sesuai.

Saya rasa itu sajalah yang saya boleh share serba sedikit. Apa apa pun selamat melancong ke Kelantan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT PERDANA MENTERI <b>DI MACHANG</b> 02 July 2011

Posted: 02 Jul 2011 05:58 PM PDT

[PKE] Kejuruteraan Elektrik

DOWNLOAD SOALAN PERCUBAAN SPM 2010

Sains K1, K2

Sejarah K1, K2

Biologi K1, K2, K3

Perdagangan K1, K2

Prinsip Akaun K1, K2

Bahasa Melayu K1, K2

Bahasa Inggeris K1, K2

Tasawwur Islam K1, K2

Pengajian Awam K1, K2

Fizik K1, K2, K3, Skema

Matematik K1, K2, Skema

Pengajian Elektrik K1, K2

Kimia K1, K2, K3, Skema

Pendidikan Seni Visual K1

Pengajian Mekanikal K1, K2

Mat. Tambahan K1, K2, Skema

Pendidikan Agama Islam K1, K2

  • Pages

  • SELAMAT HARI GURU

  • Latih Tubi Soalan-soalan

    Latih Tubi SPM 2011 Perak

    Fizik Paper 1

    Fizik Paper 2

    FizikPaper 3

  • Skema Jawapan PPT PMR 2011

    Matematik

    Bahasa Melayu Kertas 1 & 2

  • Radio

  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    03 di demit kelantan - Google Blog Search

    03 di demit kelantan - Google Blog Search


    ramadhan memberkati kedah « masanya memilih jalan yang lurus

    Posted: 20 Jul 2011 07:59 AM PDT

    Salam Palestin,

    Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah di atas kesungguhan dan kesepakatan mereka untuk terus melangkah ke depan di dalam melaksanakan kewajiban mereka sebagai pemerintah yang dipilih dan diberi amanah oleh rakyat Kedah untuk memimpin dan memastikan kehidupan rakyatnya ke arah yang lebih sejahtera dan diberkati Allah.

    Minggu lepas, kerajaan negeri Kedah mengumumkan satu langkah 'bersih' untuk memberi 'sengat' kepada kehadiran bulan Ramadhan yang telah termaktub kemuliaan, keberkatan dan kebersihannya di atas langit semenjak lama dulu dan mula diwartakan selepas kedatangan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam sebagai utusan Allah yang terakhir.

    Kerajaan negeri mengumumkan keputusannya menguatkuasakan larangan kepada pusat-pusat hiburan termasuk pusat karaoke dan disko beroperasi di sepanjang bulan Ramadan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

    Saya yakin semua umat Islam menyambutnya dengan baik, malah patut diiri hati oleh kerajaan-kerajaan negeri yang lain kecuali kerajaan negeri Kelantan yang telah pun mendahului semenjak dulu lagi dan semestinya merasa bangga dengan tindakan positif kerajaan negeri Kedah yang secara tidak langsung mendukung apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan itu.

    Tidak banyak yang kita dengar daripada kerajaan baru di bawah pentadbiran PAS ini yang berkait penguatkuasaan yang bersifat larangan dan pencegahan. Ia berbeza dengan negeri Kelantan di awal pemerintahannya dulu yang dilihat lebih rancak dan tegas melakukan perubahan demi perubahan ke arah pentadbiran Islam yang lebih jelas dan baik. Keadaan ini menyebabkan sesetengah pihak yang begitu bersemangat ingin melihat negeri Kedah melaksanakan Islam mudah mengkritik kerajaan Kedah yang dilihat lemah, takut dan teragak-agak.

    Apabila saya ditanya, saya selalunya akan mendengar dulu dengan baik kritikan tersebut, kemudian saya akan cuba menjawab melalui penjelasan berkaitan kaedah-kaedah umum dakwah Islamiah dan siasah syar'ieyah yang menjadi pemandu kepada perlaksanaan hukum-hukum Islam dan pengajarannya. Saya akan menyokong tindakan-tindakan kerajaan Kedah yang walaupun perlahan tetapi agak berbekas kesan dan tindak balas orang ramai terhadapnya. Perihal butir-butir perinciannya, saya serahkan kepada penanya itu merujuk dan mendapatkannya sendiri. Saya tidak rajin untuk mengetahui secara detail semua perkara kecuali berkaitan Kelantan. Itu lainlah sebab saya mudah saja memperolehi maklumatnya. Saya dok di Kelate.

    Biasanya, saya akan menyentuh mengenai konsep tadarruj atau berperingkat-peringkat di dalam perlaksanaan peraturan dan bezanya dengan pendekatan 'tadarruj palsu umno'

    Berkaitan penguatkuasaan larangan ke atas beberapa hiburan terlarang di bulan Ramadhan tersebut, beberapa persoalan timbul. Antaranya, mengapa lambat? mengapa baru sekarang sedangkan PAS telah 3 tahun mentadbir Kedah? Mengapa penguatkuasaan di bulan Ramadhan sahaja? Tidakkah larangan agama itu adalah sepanjang masa dan itulah yang dilakukan di Kelantan? Kemudian, bagaimana hak-hak non muslim di negeri tersebut? Tidakkah perlaksanaan Islam itu boleh mencetuskan rasa tidak puas hati mereka apabila ia turut mengganggu kebiasaan mereka terutamanya?

    Ya, persoalan seperti ini akan segera timbul. Itulah sifat islah, pembaikan dan ujiannya. Lihat, tidakkah enakmen hiburan tersebut telah diluluskan di zaman BN? Mengapa mereka tidak melaksanakannya sedangkan apabila mereka telah meluluskannya, sudah tentu ianya satu keperluan yang perlu dilaksanakan.

    Jawabannya adalah keberanian melaksanakan apa yang dituntut oleh ugama. BN yang diketuai Umno tidak bersedia menghadapi risiko ditolak oleh rakyat yang menyokong mereka. Mereka mengutamakan kepentingan politik berbanding tuntutan ugama mereka sendiri. Apabila PAS memulakannya, maka tempoh 3 tahun bukanlah satu kelewatan, tetapi ianya adalah perjalanan yang sederhana dan benar secara syar'ie. Apatah ianya tetap dilaksanakan ketika ramai melihat PAS tidak akan melakukannya di atas sebab yang sama sebagaimana Umno dulu. Anggapan itu ternyata salah.

    Mengapa Ramadhan sahaja? Saya yakin ia satu proses ke arah memahamkan masyarakat Islam yang telah lama diulik pembohongan Umno sehingga mereka gagal menilai di antara perlaksanaan politik Islam yang benar dan yang palsu. Ia bukan soal non Islam, bahkan umat Islam sendiri. Tempoh kemenangan di Kedah yang baru memerlukan ahli politik Islam meletakkan kefahaman rakyat di tempat yang pertama. Rakyat perlu kenal Islam, kemudian PAS sendiri setelah mereka agak asing dengan Islam yang sebenar sepanjang di bawah Umno dan BN.

    Ramadhan adalah bulan mulia dan sungguh dimuliakan oleh umat Islam seluruhnya tanpa mengira perbezaan faham politik dan sebagainya. Ia adalah madrasah untuk yang tua, apatah yang muda. Memulakan sesuatu yang baik di bulan ini akan menggamit rasa cinta dan sayang umat kepada Islam. Justeru larangan hiburan melampau untuk umat Islam di premis perniagaan adalah tepat. Saya yakin kesannya adalah begitu meyakinkan untuk kefahaman umat Islam yang sedang dirawat dan diislahkan jiwa mereka.

    Adakah ia akan berhenti setakat di bulan Ramadhan sahaja? Saya kata, tidak. Bila pula akan dilaksanakan sepanjang masa? Orang Kedah tak akan lebih tahu perihal Kelantan. Begitulah sebaliknya. Kuasa akal adalah untuk perlaksanaan dakwah Islamiyah yang lebih berhikmah menuju redha Allah.

    Ada kekecohan telah berlaku di awal pengumuman perlaksanaan enakmen tersebut di kalangan non muslim. Ia mencetuskan riak politik yang kurang enak apatah orang-orang Islam sendiri mengambil kesempatan untuk memperlekehkan usaha  PAS tersebut. PAS yang bertindak berani itu dikatakan tunduk hina pula kepada DAP. Umno yang tak pernah berani untuk Islam pula bertukar jadi hero untuk Islam. Cukup  pelik! Tetapi politik kotor begitulah..

    Seperti yang saya ulangkan kepada kawan-kawan, saya yakin kekalutan akan berakhir. Ia proses pemahaman, bukan penjahilan dan pemaksaan ke atas non muslim. Islam memaksa umat Islam kerana itulah syahadah mereka untuk menerima Allah sebagai tuhan mereka. Adapun non muslim, bagaimana pemaksaan boleh berlaku ke atas mereka? Rakyat Malaysia seluruhnya hanya boleh dipaksa oleh suara majoriti rakyatnya. Suara majoriti itulah yang menggerakkan undang-undang negara. Hari ini Islam tidak mendapat suara itu..

    Apapun, Islam sifatnya mendidik dalam semua pengajaran dan isinya. Ia membina manusia ke arah mencapai, atau setidak-tidaknya mengagungkan prinsip, sikap, akhlak dan cara hidup yang mulia. Harapan kita, seiring umat Islam, non muslim juga akan dapat diyakinkan dengan kelebihan Islam sebagai penyelesaian terbaik untuk kehidupan lebih baik di Malaysia.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    03 di tanah merah - Google Blog Search

    03 di tanah merah - Google Blog Search


    AGEN DSAI....: Ceramah Terkini Yb Saifuddin Nasution <b>Di Tanah</b> <b>...</b>

    Posted: 17 Jul 2011 10:18 AM PDT

    [unable to retrieve full-text content]Ceramah Terkini Yb Saifuddin Nasution Di Tanah Merah (video). Siapa yg Derhaka Sebenarnya-Yb Saifuddin Nasution. Dicatat oleh Agen DSAI di 1:18 AM · E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Google Buzz ...

    03 di pasir mas - Google Blog Search

    03 di pasir mas - Google Blog Search


    Empat remaja maut ketika lumba haram <b>di Pasir Mas</b> | :: cina islam <b>...</b>

    Posted: 06 Jul 2011 09:15 PM PDT

    Empat remaja maut ketika lumba haram di Pasir Mas


    5 Syaaban 1432H. [MOD] -PASIR MAS - Empat remaja yang berlumba haram maut apabila motosikal yang ditunggang mereka merempuh satu sama lain dalam kejadian di Kampung Banggol Chicha, di sini petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliludin Rahim berkata mereka ialah Mohd Amirul Afiq Baharom, 17, Raja Ahmad Muzamil Raja Mansor, 18, Mohd Fikri Mat, 19, dan Abdul Muhaimin Makhtar, 21.

    "Mereka mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan semuanya maut di tempat kejadian," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

    Katanya Mohd Fikri adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong, manakala Abdul Muhaimin pula pelajar sebuah polikteknik di sini.

    Mengulas kejadian 6.40 petang itu, Haliludin berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas motosikal Honda EX5 yang ditunggang Mohd Fikri meletup dan terbakar ketika sedang berlumba.

    Tiga lagi yang menunggang motosikal masing-masing tidak sempat mengelak mengakibatkan mereka saling merempuh, katanya.

    "Siasatan mendapati hanya Abdul Muhaimin yang mempunyai lesen memandu manakala tiga lagi tidak mempunyai lesen, sementara dua daripada mereka tidak memakai topi keledar," katanya.

    Beliau berkata laluan yang digunakan empat remaja terbabit juga belum dibuka kepada umum namun sering digunakan sebagai lokasi lumba haram oleh golongan remaja.

    Haliludin turut meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian agar tampil membantu siasatan.

    Sementara itu di Bilik Mayat Hospital Pasir Mas, hampir 200 sanak saudara dan rakan mangsa memenuhi kawasan tersebut.

    Ibu Mohd Amirul Afiq, Noraini Yaacob, ketika ditemui berkata arwah anaknya itu sentiasa keluar menunggang motosikal pada sebelah petang.

    "Pada petang semalam katanya hendak ke rumah sepupu dan tidak tahu pula begini jadinya," katanya.

    '; if(isPage || isFirstPage || isLablePage){ var pageArea = document.getElementsByName("pageArea"); var blogPager = document.getElementById("blog-pager"); if(postNum 0){ html =''; } if(blogPager){ blogPager.innerHTML = html; } } } Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    ads