Jumaat, 6 April 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Warga emas diculik, disamun | Radio Malaysia KELANTANfm

Posted: 02 Apr 2012 06:24 PM PDT

BACHOK–Seorang warga emas terpaksa menempuh hari yang ngeri dalam hidupnya apabila dia diseret dari rumah ke sebuah kereta sebelum disamun dan akhirnya dicampak dalam semak di Kampung Kuchelong, tengah hari kelmarin.

Mek Mat Dam, 70-an berkata, sebelum diseret masuk ke sebuah kereta, dia terpaksa bergelut dengan salah seorang penyamun yang memasuki rumahnya sehingga mereka berdua terjatuh.

Melihat keadaan itu, dua lagi rakan suspek meluru ke arah Mek dan mengusungnya terus ke dalam mereka yang di parkir di jalan berdekatan rumahnya.

"Kejadian berlaku kira- kira jam 12 tengah hari kelmarin, selepas makcik baru pulang dari menjemput cucu, Mohd Afiq Fakhrul Anuar,5, di tadika berdekatan.

Sejurus tiba di rumahnya, makcik ke dapur untuk mengambil masakan tengah hari Mohd. Afiq. Ketika itu Mohd Afiq memanggil makcik mengatakan ada orang mahu berjumpa.

"Apabila makcik keluar ke ruang tamu, suspek terus meluru ke arah makcik dan mencekik leher makcik," katanya kepada Sinar Harian.

Selepas dibawa menaiki kereta tersebut, suspek mengambil semua barang kemas mangsa yang terdiri daripada seutas rantai leher, tiga utas gelang tangan, cincin dan anting-anting.

Mek berkata, barang kemas itu sememangnya dipakai setiap masa sejak dari usia mudanya sehingga kini.

"Selepas mengambil barangan tersebut, mereka berhenti di tepi jalan dan mencampakkan makcik dalam semak.

"Makcik tidak tahu di mana tetapi makcik gagahi juga berjalan sehingga bertemu sebuah kedai kopi di kampung tersebut," katanya yang kerugian bernilai RM30,000.

Mek berkata, dia kemudiannya memberitahu pekedai tersebut mengenai kejadian samun dan penduduk di Kampung Kuchelong itu menghubungi penduduk di Gunong untuk meminta bantuan sebelum dibawa pulang oleh salah seorang penduduk.

Menurut suaminya, Mat Yusof Che Lah,75, ketika kejadian dia berada di kedai kopi kira- kira 150 meter dari rumahnya, manakala, anak bongsu, Nurul Azita, 34, dan menantunya, Mat Zulkifli Mat Zin,40, yang tinggal bersama mereka keluar ke pekan Jelawat.

"Selepas cucu kami melihat neneknya dicekik dan dilarikan penyamun itu, dia terus berlari ke kedai menjual ayam untuk memberitahu orang ramai. Salah seorang penduduk yang berada di situ terus berlari ke rumah dan sempat menyergah salah seorang suspek yang cuba memasuki semula rumah kami.

Suspek dikatakan melarikan diri sejurus terkejut melihat orang ramai menyedari kejadian itu," katanya yang membuat laporan polis dibuat di Balai Polis Gunong.

Menurutnya dia percaya, suspek terdiri daripada empat lelaki termasuk pemandu kereta yang menaiki kereta Proton Inspira berwarna hitam dengan cermin gelap.

Menurutnya, ketika itu anak sulungnya, Siti Zabidah,54, yang dalam perjalanan dari pekan Jelawat berselisih dengan kereta tersebut yang dipandu laju dari arah Gunong dalam keadaan mencurigakan dan lampu kecemasan dinyalakan.

Akibat kejadian itu, keadaan Mek trauma dan demam sehingga perlu diberikan suntikan di klinik berhampiran untuk mengurangkan kesakitan pada badannya akibat bergelut dengan suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

"Kita sudah mengenal pasti suspek dan sedang memburu mereka," katanya.

sumber berita…sinar harian

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: Pemimpin Umno Kelantan Perlu Belajar Dengan <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2012 04:51 PM PDT

MSO

Satu seminar mengenai masa depan tanah rezab Melayu telah diadakan Sabtu lepas di Convention Centre KTC Kota Bharu Kelantan. Seperti mana kata Exco, Dr Mohd Fadzli Hassan semasa merasmi pembukaan seminar itu, tujuan ia diadakan untuk menjawab dan memberi penjelasan tuduhan Umno dan beberapa pemimpinnya terhadap kerajaan Kelantan yang kononnya telah mengadai dan menjual tanah rezab Melayu kepada bukan Melayu.

Cerita karut ini disiarkan secara bersiri dalam akhbar penjilat buntut beberapa hari lalu.Fitnah ini tampaknya menimbulkan kemarahan kepada pihak kerajaan kerana ia merupakan pembohongan mentah.

Tuduhan itu sesuatu yang 'sikir' telinga mendengarnya dan sesiapa pun akan merasa terkilan dan marah sekiranya apa dikatakan itu benar-benar satu realiti.

Selamanya isu tanah sensitif di Kelantan. Sebab tanah merupakah asset dan nyawa serta roh kepada mana-mana rakyat juga bukan saja rakyat Kelantan. Kerana itu pantang ada isu mengenai tanah; penjualan, pemilikan, pengambilan dan sebagainya ia akan diambil kesempatan oleh parti politik untuk dijadikan modal.

Isu mengenai tanah dan pengadaian balak ini berlaku di Kelantan sejak tahun 1959 lagi. Tetapi ia membawa keburukan (impak) besar kepada kerajaan Kelantan pada 1978. Umno menjaja Pas telah mengadaikan kawasan balak berpuluh ribu hektar di Hulu Kelantan kepada syarikat asing.

Walaupun kerajaan Pas cuba menafikan tetapi kerana isu diledak menyebabkan rakyat termakan dan akhirnya kerajaan Pas yang berusia 18 tahun tumbang.

Mengambil iktibar ke atas apa yang pernah berlaku itulah mungkin menjadikan kerajaan negeri menerusi Urusetia Kerajaan Negeri dibawah pengawalan Dr Mohd Fadzli Hassan terpanggil untuk mengadakan seminar berkenaan. Jawaban dan penjelasan terhadap isu-isu cukup sensitif begitu bukan boleh dibuat atas pentas ceramah politik. Ia perlu dibincang dalam dewan berhawa dingin secara ilmiah dan dengan akal yang teduh. Usaha Urusetia itu sepatutnya disambut sebaik mungkin.

Malangnya majlis ilmiah dan seperti itu kurang mendapat sambutan. Sikap yang tidak terliur kepada majlis ilmiah dan bersifat akademik sebegini seharusnya dikikis dari kepala rakyat Kelantan khusunya dari kalangan penggerak kerajaan dan juga merupakan mata telinga parti – lantikan politik.

Sepatutnya merekalah memenuhi dewan. Manakala anak muda pula yang rajin berkokok dan mengula isu-isu politik tampak ikut liat untuk datang ke majlis seumpama itu.

Tidak hairanlah kalau separuh dewan yang boleh memuatkan 1,500 dihadiri hanya kira-kira 100 orang sahaja. Wajah wakil rakyat juga tidak berapa ramai yang nampak. Yang pasti ialah Adun Limbongan Drs Zainuddin dan Adun Manik Urai Abe Uji.

Untuk memberi penjelasan dan membincangkan isu tanah rezab Melayu, pengajur mengundang tiga orang ahli penal; bekas Ketua Setiasuaaha Kementerian Tanah dan Koperasi, Dr Nik Mohd Zain, Pengerusi Kewangan, Pembangunan dan Kebajikan Husam Musa dan Ketua Pembangkang Dun Kelantan Mohamad Alwi bin Che Ahmad yang dilahirkan di Makkah al Mukaramah. Bagaimana pun Alwi tidak hadir kerana kesuntukan masa untuk merasmikan mesyuarat PIBG.

Ketidakhadiran Alwi itu menyebabkan beliau disifat sebagai penakut dan tidak bertanggungjawab. Seaptutnya beliau hadir untuk memberi penjelasan dan juga bukti ke atas tuduhan dilemparkan Awang Adek Hussein dan Mustapa Mohamad.

Kalaupun beliau sibuk seharusnya beliau wakil kepada mana-mana pemimpin Umno Kelantan yang galak berkokok mengenai isu berkenaan.

Barang kali benar kata pengerusi acara Cikgu Hassan ketidaksanggupan untuk Alwi datang ke seminar itu kerana gerun berdepan dengan rakyat. "Beliau juga mungkin tidak bercadang untuk menjadi MB Kelantan," kata Cikgu Hasan berseloroh disambut takbir Allahuakar. Kerana kalau beliau ada hasrat hendak jadi MB beliau akan berdepan dengan sesiapa saja di mana juga.

Tanpa kehadirian Alwi dan wakilnya Umno boleh dianggap sudah tewas di petang hari lagi.

Manakala moderator seminar itu ialah Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Bandar Baru Tunjung, Che Abdullah yang juga merupakan seorang pegawai kerajaan yang arif mengenai hal ehwal tanah. Banyak input dan pencerahan diberikan Abdullah mengenai status dan kedudukan tanah rezab Melayu Kelantan.

Begitu juga dengan Dr Nik Mohd Zain banyak memberi input dan pengetahuan berhubung dengan isu-isu pengambilan tanah dan juga akta-akta berkaitan. Dari penjelasannya pengambilan tanah atau pemilikan dan penjualan tanah bukan boleh dilakukan sewenang-wenangnya ia perlu menuruti akta yang sedia ada.

Kertas kerja bertajuk "Isu-Isu Pengambilan Tanah Rezab Melayu (TRM)" lelih lebih bersifat profesional dan bukan politik. Beberapa fakta atau perangkaan yang diberikan cukup berguna untuk semua pihak mengambil tahu dan tindakan ke atas isu-isu tanah di negara ini.

Kedua-dua ahli penal bersetuju bahawa akta tanah Kelantan (TRM) jauh lebih baik dan terpelihara (kemah) berbanding dengan akta tanah di negeri-negeri lain. Akta tanah Kelantan juga jauh lebih awal digubal berbanding dengan akta tanah di negeri lain.

Akta tanah Kelantan digubal tahun 1930, diikuti Kedah 1931, Johor 1935, Terengganu 1941. Manakala kerajaan Persekutuan sendiri mengubal akta tanah pada tahun 1960. Sementara itu 85% daripada keluasan tanah di Kelantan 1.3 juta hektar. Kedudukan ini menyebabkan Kelantan tidak perlu mewartawan tanah rezab digunakan untuk membolehkan ia diganti.

Pada pandangan Husam penggubal undang-undang tanah Kelantan menunjukkan kebijaksanaan para pentadbir tanah terdahulu dan juga sultan serta para ulama. Di mana katanya penggubal itu adil di mana semua rakyat Kelantan dapat memiliki tanah. Orang bukan Melayu diberikan tanah yang tidak digezatkan sebagai rezab Melayu.


Akta tanah Kelantan ini seharusnya difahami betukl-betul oleh mana-mana pihak yang ingin bercakap mengenainya kalau tidak menyebabkan mereka terperangkap dengan tektik sendiri untuk memburuk pihak lain.

Dikesempatan itu Husam yang lebih bercakap dalam naluri politik menjawab tuduhan Umno yang kerajan Kelantan mengadai tanah rezab kepada bukan Melayu. Hal ini dirujuk kepada apa disiarkan dan diungkitkan oleh akhbar penjilat buntut berhubung pemajuan tanah di Mengkebang di Kuala Krai.

Jelas Husam dalam enakmen tanah Kelantan ada beberapa mukim yang diletakkan sebagai kawasan bukan rezab Melayu. Antaranya ialah Galas, Pulai di Gua Musang, Mengkebang di Kuala Krai, Temangan di Machang dan seksyen 1 hingga 11 di Bandar Kota Bharu. Biasanya tanah atau kawasan penempatan orang Cina, Siam dan India telah digazetkan sebagai tanah bukan rezab Melayu.

Jadi tuduhan bahawa kerajaan Pas Kelantan gadai tanah rezab Melayu di Mengkebang ekoran penjualan projek Pelabuhan Darat kepada sebuah syarikat milik bukan Melayu tidak tidak berbangkit sebenarnya kerana tanah itu bukan rezab Melayu.

"Awang Adek kena mengaji sikit soal enakmen tanah ini," katanya. Bila mendengar kata Husam itu saya teringat kepada pandangan diberikan oleh penghulu Orang Asli yang menghuraikan bahawa di Kelantan tidak ada kawasan tanah adat. Menurutnya yang ada ialah tanah yang direzabkan oleh kerajaan kepada Orang Asli. Nampaknya mengenai anekman tanah Kelantan ini Orang Asli lebih arif dari Awang Adek Hussein.

Meskipun ada kawasan-kawasan tertentu diberikan kepada bukan Melayu tetapi sekiranya ia dimajukan 30% hartanah di situ hendak diperuntukan kepada orang Melayu. Manakala mana-mana kawasan atau tanah bukan rezab Melayu kalau ia diberikan kepada orang Melayu ia tidak akan boleh ditarik balik lagi.

Atas kedudukan dan keistimewaan anakmen tanah Kelantan itu menyebabkan kerajaan negeri menerusi Pengerusi Jawatankuasa Tanah Kelantan, Ahmad Yaacob telah mengarahkan tindakan undang-undang diambil kepada pihak yang menuduh kononnya kerajaan Kelantan telah menggadai rezab Melayu. Arahan itu wajar dan tepat kerana wajar kalau si pendusta diheret ke mahkamah untuk penganjaran.

Seminar berkenaan ternyata memberi pencerahan berhubung dengan anekmen tanah. Tetapi sayang seperti dikatakan tadi sayang seribu kali sayang tidak ada wakil Umno dan juga wartawan akhbar penjilat buntut berkenaan mengikut seminar berkenaan atau mendapat penjelasan langsung atau terus mendapat pencerahan dari pakar tanah terutamanya dari Dr Nik Mohd Zain.

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) atau nama ringkasnya SK Sri Chiku (2), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Chiku 2. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) memiliki 108 pelajar lelaki ...

SAINS: KHUTBAH hARI INI

Posted: 06 Apr 2012 06:56 AM PDT

Antara yang menarik mengenai tajuk Keluarga Bahagia Masyarakat Sejahtera khutbah Jumaat hari ialah perihalan hiruk pikuknya masyarakat islam hari ini. Setiap kaejadian dan peristiwa melanda yang dipaparkan atau tidak dipaparkan amat membimbangkan. Dari manusia yang pandai mengaku Islam dan beriman tercetuslah aneka cerita mengundang dosa kedestinasi neraka. Dari orang ternama hinggalah kepada golongan marhaem. Tipu sana tipu sini, rasuah, jenayah antara topik berbicara kini. Yang bodoh menjadi makanan yang cerdik, gara-gara tiada ada iman didada.

Maka panggilan khutbah hari ini menyeru agar setiap ketua keluarga memain peranan penting untuk membahagiakan anak keturunan mereka dengan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.Jadikan kepimpinan keluarga ini soleh dan solehah dengan menyediakan makan minum dan segala keperluan dari sumber yang halal bermutu,tempat tinggal yang baik serta berkenderaan yang baik. Ingat setiap yang baik itu tidak semestinya bernilai wang yang mahal.

Jika semua unit kecil masyarakat ini bersatus demikian maka sejahteralah masyarakat setempat.Saling hormat menghormati tiada hasad dengki iri hati dendam kesumat yang membinasa diri.

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Piala AFC: Kelantan dibenar beraksi <b>di Kota Bharu</b> | Sokernet

Posted: 14 Mar 2012 10:14 PM PDT

You are here: Home / Asean, Piala AFC / Piala AFC: Kelantan dibenar beraksi di Kota Bharu

Kelantan FA

KELANTAN kini dapat menarik nafas lega apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan perlawanan Kelantan menentang Arema Indonesia pada 4 April depan, akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, perlawanan hanya akan diadakan dengan syarat Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) melengkapkan beberapa kemudahan iaitu bilik doping, bilik kesihatan, lampu limpah, kemudahan Internet untuk media dan beberapa perkara lain.

"Perkara ini kita telah sampaikan kepada PSK dan langkah-langkah sewajarnya sedang dilaksanakan mereka.

"AFC memberi tempoh sehingga 18 Mac ini untuk melaporkan setiap persiapan ditetapkan dan sekiranya memuaskan, perlawanan pada April depan dan 8 Mei menentang pasukan Myanmar, Ayeyawady United boleh berlangsung pada sebelah malam di Kelantan," katanya.

Sebelum ini, perlawanan pertama The Red Warriors menentang Navibank Saigon terpaksa ditukar ke Stadium Nasional Bukit Jalil gara-gara kegagalan stadium di Kota Bharu yang masih dalam proses penambahbaikan.

Kelantan yang beraksi buat pertama kali dalam saingan Piala AFC berjaya memungut mata sulung selepas mengikat pasukan dari Vietnam itu dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Related posts

coded by nessus

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


rumah <b>di</b> kelantan: teres setingkat <b>di</b> MORAK <b>WAKAF BHARU</b> <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2012 07:28 AM PDT

14 unit terse setingkat di masih dlm pembinaan

lokasi
*berhampiran sek agama morak
*700mete dari jalan utama
*berhampiran taman perumahan LPT

spesifikasi bangunan
*fully tiles
*syiling kapur
*mengunakan air aksb & jalan berturap

tidak termasuk kos guaman
deposit rm1000 tanda jadi

maklumat lanjut boleh hubungi sya zaibudin mustafa 013-9395009

terima kasih




03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


BN Mampu Menang 30 Kawasan Sekaligus Tawan Semula <b>Kelantan</b>

Posted: 04 Mar 2012 06:51 PM PST

Kategori Utama

BN Mampu Menang 30 Kawasan Sekaligus Tawan Semula Kelantan – Mustapa

PASIR PUTEH, 5 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata jika semua pihak, jentera parti bekerja kuat tanpa ada sabotaj Barisan Nasional (BN) mampu memenangi 30 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekaligus menawan negeri itu dari tangan Pas.

Jelas beliau berdasarkan perkembangan terkini, BN mempunyai peluang mencapai kemenangan sekurang-kuranya 23 kerusi daripada sejumlah 45 DUN di Kelantan.

"UMNO  Pasir Puteh berpotensi memenangi keempat-empat kerusi DUN iaitu Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising berasaskan semakin ramai anggota Pas dan kumpulan atas pagar menyertai BN", katanya selepas berucap pada majlis ramah mesra peti undi Kampung Bukit Abal di sini malam tadi .

Katanya gandingan golongan muda, veteran UMNO dan mereka yang mempunyai pendidikan agama akan dipilih bertanding pada pilihan raya yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Pada masa yang sama beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersedia menggalas tugas untuk bertanding bagi dua kerusi iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Jeli pada pilihan raya umum ke-13 jika diarahkan pucuk pimpinan.

Jelasnya lagi beliau juga bersedia bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Jeli sahaja yang disandangnya jika dikehendaki oleh pucuk pimpinan parti.

"Saya juga bersedia untuk tidak bertanding langsung jika tidak diperlukan," katanya.

Beliau pernah bertanding bagi dua kerusi iaitu Parlimen Jeli dan DUN Air Lanas pada pilihan raya umum 1999 dan menang kedua-dua kerusi berkenaan.

"Yang penting sekarang saya akan terus berjuang bagi mempastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas Kelantan daripada Pas pada pilihan raya umum kelak," katanya.

Berita Bertarikh 5 March 2012 Pada 10:51 AM

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Ku Li Sebagai Menteri Besar <b>Kelantan</b> - Pelengkap Misi Gelombang <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2012 02:00 AM PDT

Bagi sesetengah pemerhati politik, kelibat Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dalam dunia politik nasional mungkin dilihat telah berakhir namun tiada siapa yang dapat menafikan pengaruh pemimpin berdarah raja itu masih memainkan peranan penting dalam arena politik tempatan negeri Kelantan. 
Menyedari pengaruh Ku Li masih berbekas di kalangan rakyat Kelantan dan kekuatan peribadinya masih berupaya menggugat kekuasaan PAS telah membawa kepada usul untuk membina hubungan mesra antara Pas negeri dengan Ku Li khususnya melalui perkongsian pandangan dalam isu royalti minyak.
Sejak itu ramai pemimpin PAS seboleh mungkin cuba mengelakkan diri daripada mengkritik atau menghentam secara terbuka keperibadian Ku Li dengan harapan langkah sedemikian mampu mempengaruhi penyokong-penyokong Ku Li untuk mendekati PAS sekaligus membantutkan percubaan UMNO untuk menawan kembali Kelantan.
Pilihanraya kecil DUN Galas tahun 2010 merupakan titik tolak penting dalam sejarah politik Kelantan khasnya UMNO apabila buat pertama kalinya semua 'warlords' UMNO negeri telah mengetepikan kepentingan masing-masing dan bersatu hati di atas semangat Gelombang Merah untuk menumbangkan penguasaan PAS. PAS yang pada mulanya begitu yakin strategik mengumpan Ku Li berkongsi pentas dalam isu royalti minyak sebelum itu akan menyebabkan UMNO mengetepikan peranan Ku Li dalam pilihanraya kecil DUN Galas bagaimanapun terpaksa berputih mata apabila perkara sebaliknya berlaku dan calon BN berjaya menawan kembali DUN tersebut dengan undi dan majoriti kemenangan yang lebih besar.
Suka atau tidak, PRK Galas menjadi saksi penting betapa pengaruh Ku Li masih berbisa dan keberkesanan peranannya dalam mengendalikan jentera pilihanraya nyata berjaya menyatukan semua kekuatan 'warlords' UMNO Kelantan yang sebelum ini kerap kali saling cah keting sesama sendiri. Mungkin mengambil teladan dari situ telah membawa kepada desas desus yang menyebut kemungkinan Ku Li diangkat sebagai calon MB mewakili BN pada pilihanraya umum akan datang yang jika benar menjadi kenyataan ianya adalah pelengkap untuk misi UMNO menawan kembali Kelantan dari PAS.
Sementelah lagi kejatuhan Kelantan ke tangan PAS pada 1990 itu sendiri banyak bersangkut paut dengan sejarah politik Ku Li semasa mengetuai gabungan pembangkang dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Sebagai orang lama dan otai politik yang sudah masak dengan sepak terajang politik, Ku Li ternyata calon MB yang tepat dan sesuai dalam usaha UMNO menandingi kekuatan PAS yang banyak bergantung kepada pengaruh peribadi Nik Aziz.
Kekuatan Ku Li tidak terhad pada pengaruh peribadinya yang dekat dengan khalayak dan sikapnya yang cakna rakyat, lebih dari itu perwatakannya yang mudah mesra dengan kawan mahupun lawan merupakan satu aset berharga yang boleh menyatukan semua pihak berkepentingan dalam UMNO Kelantan untuk fokus kepada misi menjayakan Gelombang Merah. Tambahan pula di saat kekuatan pengaruh Nik Aziz dan PAS yang kian merudum sejak kekalahan mereka di PRK Galas tempohari, sekurang-kurangnya memberi satu kelebihan tambahan kepada Ku Li untuk merintis jalan ke arah memacu kejayaan untuk UMNO menawan kembali Kelantan dari PAS.
Kesilapan akibat perpecahan dalam UMNO sekitar tahun 1988-1990 yang memberi ruang kepada PAS merampas Kelantan dari BN perlu menemui noktahnya demi kebaikan rakyat. Selama 22 tahun pemerintahan PAS dan Nik Aziz di Kelantan sudah lebih dari mencukupi bagi rakyat menilai kelemahan urus tadbir PAS dan Nik Aziz yang ternyata hanya lebih banyak retorik berbanding kerja buat bermanfaat untuk rakyat.
Ku Li sebagai Menteri Besar Kelantan adalah jawapan terbaik untuk merealisasikan hasrat Gelombang Merah, pastinya jika ianya benar menjadi kenyataan sebagaimana hangat diperkatakan ramai di negeri Cik Siti Wan kembang sekarang ini,  tentu sahaja peluang untuk menghumban PAS jauh ke dasar laut bakal terbentang luas di depan mata. - Beruang Biru.

Zanetti_be: Sarawak vs <b>Kelantan</b> Preview

Posted: 05 Apr 2012 08:27 PM PDT

 
Malam esok, sang kijang bertandang ke bumi kenyalang.Harapan seluruh Malaysia di galas, bukan saja mahu mencari 3 mata kemenangan, tapi jugak mahu menendang sang singa yang tengah berlagak sementara di tangga atas liga super..Seluruh anak buah harimau malaya mahu sang kijang menundukkan sang kenyalang.Mahu sang kijang rampas kembali maruah dan tangga atas liga super.Manakan boleh sang singa diberi peluang berlagak poyo dengan bersenang lenang di tangga atas. Malam esok Sang Kijang segar dari prestasi cemerlang 3 perlawanan sebelum ini. Sang kijang juga sudah merawat luka. Bapak Sang Kijang digantung hantu-hantu FAM yang gila kuasa. Mujur anak buah Sang Kijang tidak melatah. Perjuangan diatas padang diteruskan.

 Import sang kijang sudah tunjukkan hebat. Anak buah sang kijang yang lain juga harapnya dah sembuh. Malam esok boleh cari lagi 3 mata penuh. Bumi Kenyalang bukan satu tempat senang tapi masih boleh yakin kecapi 3 mata malam esok. Bumi Kenyalang ini lah anak buah Sang RajaGopal hanya mampu seri..Tapi anak buah Sang RajaGopal tidaklah sehebat dibandingkan dengan Sang Kijang. Anak buah Sang RajaGopal masih lagi dibuai masa silam..Tapi tidak lah lama. Rakyat jelata sudah buka mata. Bukankah Jebat ada berkata, 'Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah..Jadi selepas nie rajaGopal juga mesti disanggah ataupun melihat rakyat dilepas amuk seperti Hang Jebat atau masih adakah Hang Tuah dalam Tanah Melayu?

Berbalik kepada malam esok. Persaingan malam esok medan terbaik untuk Sang Kijang untuk buktikan, gelaran musim lepas tak akan mudah dilepaskan, lebih-lebih lagi kepada Sang Singa pengkhianat. Malam esok juga pertemuan Gergasi Merah Kuning melayan Sang Penyu. Satu pertemuan yang juga menarik.Meriahkan Bola sepak tempatan esok, kunjungi stadium.Nak harapkan Orang-orang Besar FAM ke stadium mungkin kiamat dulu dunia ini.

p/s..Sang Kijang kutip 3 mata malam esok..

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Mengembara <b>di</b> Landasan ini.: XPDC mEnDaKI GunUnG StONg <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2012 01:09 PM PST

Assalamualaikum..

Alhamdulillah selesai sudah cabaran mendaki Gunung Stong & Ayam, Dabong, Kelantan. Maaf atas kelewatan meng"update" yakni mengemaskini trip kami. Diri sering dibatasi dengan kepenatan bekerja dan menuntut ilmu yang kadangkala jatuh ke lembah kelalaian hingga hilang fokus pada penggunaan masa yang berfaedah sebaik mungkin..huhu.Maaf sebab saya juga manusia biasa.

Meskipun sudah sebulan berlalu, namun kesan atau ibrah disebalik perjalanan menjaga hubungan dengan alam ini tetap di ingatan. Tapi tak mampu nak ingat pada semua perkara. Tahniah & terima kasih buat KLKM UUM yang bertungkus lumus merancang dan melaksanakan projek ini. Juga buat teman2, fossil & Legend di atas komitmen dan tunjuk ajar yang diberikan. Juga buat Onkle Adam & Angah selaku guide merangkap penyampai maklumat alam di Dabong & Stong Ayam ini.

Dan juga sebagai rujukan saya dan sesiapa saja di masa akan datang terutama pendaki lain yang ingin menjadikan Stong Ayam sebagai lokasi pendakian seterusnya.InsyaAllah saya kongsikan di sini.

Salam kelana…..

Sebelum program :

• Book tiket bas ke Kuala Kerai(perjalanan pergi) & KTM Dabong-KL(perjalanan balik).
• Internet: Search Google map-cari destinasi Dabong, peta dan anggaran tempoh perjalanan.
Juga buat panggilan telefon untuk mendapatkan maklumat lengkap perjalanan. Zura(ex housemate), Yahya & Zurina kelas Ekonomi dulu yang masing2 berasal dari Kelantan. Dapatkan maklumat sebab pertama kali pergi Dabong.

20 januari 2012
Jumaat; Hujan pagi dan petang. Jalan di sekitar KL jem teruk berbanding jem biasa. Petang dah siap traing, berjalan kaki dari Jalan Raja laut ke Pasar Seni dalam hujan lebat dan air nak naik lebih dari buku lali. Air longkang yang busuk disapu terus ke kain baju kurung kerja. Terpaksa redah. Tunggu bas pun dengan kesedihan bas 74 tak berhenti,Tak tau bas berhenti di mana sekarang ni selepas proses pengubahsuaian bus stand Klang bermula. Last2 bas 46D juga yang bermanfaat. Tapi jem teruk. Nak patah pinggang berdiri & galas beg kerja sejam dalam bas. Tambahan training 4 transit dari rumah nak ke Hentian Putra ditambah berlari nak kejar bas pukul 10 malam.

Perjalanan jauh dan ditambah dengan perjalanan bas yang lambat gara-gara banyak kenderaan yang menggunakan laluan ke Kelantan ini semperna cuti tahun baru cina. Agus yang juga dari KL naik bas yang lain tapi sayangnya tersesat dan alami pelbagai kisah dukanya. Sedangkan saya "gamble" turun di Kuala Kerai, naik prebet pergi ke KTM dengan bayaran RM3(biasa katanya RM10). KTM ekspress Kuala Kerai- Dabong jam 8.45 pagi dengan kadar tiket RM11. Sejam perjalanan dengan melihat sungai-sungai, hutan dan dusun. 9.50 tiba di Dabong dengan kelibat peserta KLKM UUM sedia menunggu.


Kembara Gua
Kami terus menuju ke Gua Ikan dan Gua gelap. Onkle Adam dan anaknya yang kami panggil Angah selaku guide perjalanan kami. Mendengar taklimat dari Onkle Adam berkaitan gua sebelum kembara gua bermula. Sambil berjalan, Onkle Adam memberikan penerangan berkaitan pembentukan pada bahagian-bahagian gua  terutama proses pembentukan stalagtit dan stalagmit. Refresh semula maklumat yang hampir terkubur dalam ingatan selepas berhenti belajar geografi selesai PMR dahulu.huhu..itulah kesan belajar untuk exam..

Laluan sempit yang menguji keyakinan diri boleh lepas atau tak. Yakin dan belajar mengawal diri untuk tidak panik. Bak kata Onkle Adam, biasanya perempuan mudah panik bila berada dalam sesuatu situasi cemas macam nak lemas atau bahaya. Tapi berjaya lepas juga termasuk geng 5B.

Kalau ikut maklumat, tiada bas yang terus ke sini. Kalau nak menjelajah ke gua ini, kenalah naik teksi dari Kuala Kerai ke sini, tambang dalam RM60. Biasanya dah termasuk dalam pakej mendaki gunung Stong & Ayam.


Misi pendakian bermula
Sekitar 3 petang, kami menuju ke rentis Gunung Stong Ayam di kawasan air terjun Jelawang. Kami menaiki 2 van dan 1 kereta. Air terjun Jelawang dicelahan hutan gunung yang kelihatan dari jauh sedia menggamit keterujaan dan membakar diri untuk meneruskan misi ini.

Taklimat ringkas dan perjalanan pun bermula untuk menuju ke Kem Baha. Kami sempat singah sebentar di kawasan air terjun. Ambil gambar sebelum perjalanan diteruskan hingga ke Kem Baha. Alhamdulillah hampir pukul 7 malam, kami tiba di kem Baha dengan kawasan yang dah pun dipenuhi dengan pendaki-pendaki yang lain. Kerjasama setiap ahli penting. Sama-sama memberi sumbangan tenaga memasang khemah, menyediakan makanan. bagi perempuan yang nak pergi ke kawasan air, kenalah berteman.

Kem Baha menyediakan tapak perkhemahan yang luas di kawasan sebelum dan di seberang sungai. Ada juga gerai kecil menjual perlatan mendaki gunung dan khemah ala-ala restoran hutan. Surau papan yang kadangkala menjadi tempat tidur pendaki jua.

Selesai makan malam, sesi suaikenal pun dilaksanakan. Masing-masing memperkenalkan diri. Tidak kurang senior-senior berkongsi pengalaman aktiviti-aktiviti lepas. Saya juga sempat berkongsi. Antara jalan untuk meningkatkan iman adalah jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia dan seterusnya jaga hubungan dengan alam. Pentingnya proram naik gunung ini adalah memberi peluang kepada diri untuk mendekati alam. Kenal Allah swt melalui alam ciptaanNya. Tanda kekuasaanNya dan kasih sayangNya pada manusia dan makhluk lain.

Hari kedua

8.30 pagi siap2 siap dan mula bergerak menuju ke puncak. Perjalanan dijangka mengambil masa 12 jam. Daun-daun dan pohon-pohon menemani perjalanan kami. Hutan ini agak bersih. Tiada cebisan sampah yang jelas mahupun plastik penanda arah. Kami hanya melalui jalan yang sedia ada. Berehat untuk menikmati makanan tengah hari serta solat jamak asar & zohor di tepian batu sambil ditemani deruan air terjun. Sejuk air mendamaikan jiwa yang kepenatan.


Ahli-ahli senior yang menggelarkan diri mereka sbg 5B berada di belakang sementara adik-adik junior ramai yang berada di hadapan. Saya berjalan ditengah. Kami dapat lihat najis gajah di sepanjang laluan menghampiri puncak. Gajah-gajah menggunakan laluan ini dari hutan Belum untuk melalui banjaran titiwangsa menuju ke Kawasan Taman Negara Tahan.

7 malam kami tiba di Gunung Baha dan seterusnya Gunung Ayam. Cuaca dah sedia gelap, kami terus menuju ke kawasan camp site. Kadar air terhad. Masing-masing menyerahkan air yang diambil untuk kegunaan masakan. Simpan sedikit buat wudhuk subuh nanti. Selesai makan malam, kami terus melelapkan mata.

Hari ketiga

Alhamdulillah selesai cabaran Gunung Ayam. Kami bergambar di kawasan puncak. Banner rasmi KLKM dibentang untuk sesi bergambar. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Gunung Stong. Kata Amer, anak jati Kelantan yang turut serta: Gunung Stong ini dinamakan hasil dari nama batu. Stone yang di"kelantan"kan menjadi Stong. Wallahualam. Saya pun tak pasti.


Bak kata En Reimy, kem Baha ini dibuka oleh arwah En baharuddin dahulu. Banyak sumbangan dia berikan untuk kawasan gunung ini sehingga pihak kerajaan negeri memberi kebenaran kepadanya menguruskan kawasan gunung Stong Ayam ini. Maka, wujudlah Kem Baha dan juga Gunung Baha.

5 petang kami tiba di kawasan air sungai yang ditutupi dengan batu besar umpama berada dalam gua. Kami berehat melepaskan lelah dan mengambil wudhuk. Selesai solat kami teruskan perjalanan hingga tiba di Kem Baha dalam kegelapan malam. Kami melalui sungai dalam kegelapan malam. Sempat juga menyuluh air untuk melihat ikan-ikan kecil yang melihat gelagat kami meredah sungai di malam hari.Pentingnya nilai kerjasama dalam program sebegini.


Makanan malam kami agak meriah dengan sayur suhun campur, ikan masin, sambal tumis sardin, telur dadar. Semuanya gara-gara untuk menghabiskan ration dan meringankan beg.

Hari keempat
Seawal 6 pagi, kami sedia bangun. Selasai solat subuh, kami beramai-ramai merentasi air sungai untuk duduk di tebing batu sekitar air terjun untuk melihat matahari terbit, Pemandangan gunung-gunung dan bukit-bukau yang diliputi awan. Awan perlahan-lahan hilang disinar mentari. Kesan pencemaran, pemanasan global pun cukup jelas dibezakan oleh orang yang pernah datang kesini dahulu. Bak kata En Reimy, kabusnya sangat berbeza berbanding dia datang suatu ketika dahulu. Beberapa tahun yang lalu, kabus masih tebal berbanding sekarang yang semakin menipis.Moralnya, lindungi alam ini. Elakkan perkara yang boleh meningkatkan pencemaran alam.

Jarak perjalanan kem Baha dengan kaki gunung tidaklah terlalu jauh. Aktivii kami hari terakhir adalah "main air". Sebahagian yang lain yang tak main air memilih untuk memasak dan mandi di berdekatan khemah.

Kami dibawa ke kawasan air terjun yang dikatakan mempunyai 7 telaga. Telaga yang berbentuk lubang-lubang batu disekitar air terjun. Cantik sangat. Saya juga sempat merasa melawan deras untuk berada dibawah aliran air terjun. Bukan semua orang dapat merasa pengalaman begini. Anda berada di dalam /dibelakang batu dengan melihat air terjun mengalir deras turun dihadapan.


Kami juga temui spesies ketam sungai yang begitu kuat mencubit jari dengan kepitannya bila dipegang. Juga ikan kecil yang saya pun tak tahu namanya, Puas main air, kami dibawa ke kawasan air terjun yang lain. Setiap orang perlu merasa pengalaman mengelungsur batu masuk ke air. Sokongan semangat dari ahli dan peserta USM cukup menguatkan keyakinan untuk mengelungsur.

Setipa orang ada ketakutan. Takut dengan air. Takut lemas. Takut tak pandai berenang,…dan saya berusaha melawan takut dan panik itu. Saya berusaha agar mampu membina keyakinan diri bagi menghadapi cabaran dunia dengan pelbagai dugaan sifat makhluk yang pelbagai. Alhamdulillah saya dan Ida dapat mengelungsur 2 kali. Kira baiklah tu. Bukan selalunya merasa. Pengalaman mengelungur di batuan original. Bukan papan gelungsur plastik buatan seperti di Sunway Lagoon. Apa-apa pun, faktor keselamatan tetap dititik beratkan. Kami dipantau dan diajar cara mengelungsur dengan betul agar tak tercedera.

Kaedahnya, duduk lubang kecil batu. Luruskan kaki. Pastikan badan tegak dan membongkok kehadapan, bukan kebelakang. Ini bagi mengelakkan kecederaan. Kalau kita tengok, mat rempit suka membongkok badan kehadapan bila bawa motor. Tujuannya agar lagi mudah dan laju ke hadapan. samalah macam ni. Sedar-sedar badan dah masuk ke air. Makin kurang air yang percik, maka semakin betullah kaedah yang kita gunakan.

Siap-siap packing, runtuh khemah dan bersihkan kawasan camp site.Ambil gambar kenang-kenangan. Taklimat dan meneruskan perjalanan pulang. Alhamdulillah sekitar 3 petang kami sampai di kawasan air terjun di kaki gunung. Orang-orang yang berkelah di situ memandang pelik je pada kami. Pekena air 100 plus. Kami menuju ke Stesyen Keretapi Dabong. Di sini kami berpecah mengikut haluan pulang masing-masing.

Disini saya kongsikan ilmu-ilmu yang saya dapat dan sangat berguna buat kali ini. Setiap XPDC mempunyai pengalaman dan ilmu yang baru dan berbeza. Tiada istilah gunung ini susah, gunung sana senang, gunung yang ini baik berbanding dengan gunung lain..Pemandangan/view memang tak sama. Tapi, hakikatnya semua gunung ada kelebihannya tersendiri. Tak semestinya gunung yang tinggi itu mencabar berbanding gunung yang rendah..Sedikit panduan ilmu:


1. Kalau menyeberang sungai, pastikan tali beg di buka.
Tak kira tali longgar atau tak, buka sahaja ikatan beg antara kiri dan kanan. Tak kira laluan sungai cetek mahupun deras. Kemalangan tak mengira keadaan. Kalau katakan kita terjatuh dalam air, kita mudah buka beg dan terus ke tepi tebing atau batu untuk selamatkan diri. Tapi kalau tak dibuka ikatan beg di badan, kita dah boleh hanyut dan lemas dalam proses nak buka tali beg sahaja.
2. Nak mengelungsur
Badan tegak dan kaki lurus walaupun automatik kita nak baring. Pakai baju lengan panjang untuk elakkan siku atau lengan kita luka bergeser.

Bukan selalu kami dapat berkumpul dan mengenal ahli-ahli yang lebih senior. Nasihat dan jagaan mereka yang senior ni pada kami umpama jagaan seorang ayah kepada anaknya. Kami hantar Didi dan En Reimy di hentian Tanah Merah. Saya, Agus dan Abg Husin menaiki kereta menuju ke Kuala Lumpur dengan menggunakan jalan Grik. Risau lagi sesak di lebuhraya karak nanti gara-gara serentak dengan waktu orang balik KL sempena cuti. Kesian pada Abg Husin yang terlalu penat ditambah kena drive sorang-sorang. Terpaksa tidur sekejap-sekejap. Pukul 7 kami masih berada di higway.
Hampir 9 pagi sampai di KL. Siap-siap dan terus bergegas pergi kerja. Bedal la naik teksi, mahal pun tak mengapalah. Asalkan dapat sampai ofis.huhu.

Dan sedikit peristiwa sedih. Kami menerima berita kematian seorang pendaki OKU yang menuruni Gunung Stong Ayam. Dia hilang semasa perjalanan turun (hari pertama kami naik). Mayatnya ditemui dekat air. Tiada cedera di badan, Cuma sedikit calar di kaki. Berkemungkinan dia tergelincir dan lemas. Kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah buatnya...


Apa2 pun, jangan berhenti untuk mendekati alam jika anda memang cintakannya.Kalau tak mapu nak naik gunung pun, bila rindu2 hutan tu, boleh lah naik kereta pergi naik Gunung Brinchang atau Gunung Jerai. Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi baca.

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


freebooterrambo: Aktiviti Memelihara Kuda <b>Di Negeri Kelantan</b>

Posted: 09 Mar 2012 04:56 PM PST

Berkuda Adalah Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
1. Di kawasan perkampungan orang Melayu di Semenanjung Malaysia, aktiviti memelihara kuda adalah sesuatu yang tidak lazim dilakukan dan sukar dilihat di mana-mana.
2. Walau bagaimanapun, dalam tahun 2010, saya telah melihat terdapat kuda-kuda yang ditambat di tengah-tengah padang untuk meragut rumput, ketika melalui sebuah kawasan perkampungan orang Melayu di Negeri Kelantan.
3. Ketika itu, saya telah menyaksikan bagaimana salah seekor kuda yang ditambat berhampiran sebuah kawasan sawah padi yang digenangi air, telah masuk berendam di dalam petak sawah yang dipenuhi air.
4. Kelakuan kuda tersebut menarik perhatian saya kerana saya percaya tidak banyak spesies kuda yang gemar, atau mampu berkubang di dalam petak sawah padi. Tambahan pula, dengan kehadiran lintah yang banyak didapati di dalam petak-petak sawah padi.  
5. Setelah melayari internet, saya terjumpa satu pautan yang menceritakan tentang sejarah aktiviti memelihara kuda di Negeri Kelantan. Rupa-rupanya, sejarah aktiviti memelihara kuda sudah lama berlangsung di Negeri Kelantan Darul Naim. Malahan baka spesies kuda yang dipelihara di negeri tersebut, sebenarnya terdiri daripada kacukan pelbagai jenis spesies asal kuda. http://fakulti0.tripod.com/kudapadi/id5.html


03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


ROZLAN RAZALI: Karnival Generasi Y Parlimen Bachok

Posted: 04 Apr 2012 08:46 AM PDT

Karnival Genarasi Y anjuran GIATMARA dengan kerjasama UMNO Bahagian Bachok  yang akan dirasmikan oleh YB.  Dato' Dr Awang Adek Bin Haji Hussin Timbalan Menteri Keawangan Malaysia . Program akan berlangsung selama tiga hari bermula 5 April 2012  hingga 7 April  2012 bertempat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Perdana Bachok dari 8.30 Pagi Hingga 12 Tengah Malam setiap hari.

Objektif Program Gen Y adalah untuk:
  1. Merapatkan hubungan GIATMARA dengan generasi muda melalui aktiviti-aktiviti berfaedah.
  2. Memberikan pendedahan tentang latihan kemahiran GIATMARA kepada generasi muda.
  3. Menarik minat generasi muda terhadap potensi dan kerjaya dalam bidang kemahiran. 
Aturcara Aktiviti 

Khamis 5 April 2012

1. Membaiki dan membaiki pulih pendawaian elektrik di Dun Jelawat, Tawang dan Perupok Bachok melibatkan 12 buah rumah dan 2 buah rumah PBR. dalam DUN Tawang oleh Pelatih dan Kakitangan GIATMARA Bachok

2. Latihan Program 1 Malaysia Kursus Refeksologi/ Urutan bagi pemuda dan Membuat roti & Kek dan Kursus Sulaman Manik  bagi Puteri

3. Gotong Royong membersih Masjid Ar-Rahman Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Perdana Bachok dan Tanah Perkuburan Kampung Tanggok Bachok oleh Pelatih dan Kakitangan GIATMARA Bachok.

4. Majlis bacaan Yasin 

Jumaat 6 April 2012

1. Pertandingan Futsal

2. Pertandingan Sepak Takraw

3. Pameran oleh JPJ, JKJR, IKBN, KIST, MARA, KPTM, UMK, PDRM, BOMBA, AADK, RELA, HOSPITAL, FAMA, KADA, RISDA, MAXIS, CELCOM, KEMAS dan GIATMARA

4. Majlis santai bersama YB Dato' Pengerusi GIATMARA.

5. Dikir Barat

6. Pertunjukan bunga api

Sabtu 7 April 2012

1. Sukanika

2. Majlis Penutup

Cabutan bertuah disediakan. Masyarakat sekitar dijemput hadir.

 

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Majlis Daerah <b>Tumpat</b> - Jobsmalaysia2u <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2012 10:01 AM PDT


Majlis Daerah Tumpat adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuh pada 1 Januari 1979 berikutan suatukeputusan dibuat oleh Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan dalam tahun 1973 berhasrat supaya pihak-pihak berkuasa tempatan dalam Semenanjung Malaysia dibuat penyusunan semula.
UNTUK LIHAT SKALA YANG LEBIH BESAR SILA KLIK IKLAN DI ATAS

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Kunjungan Anwar ke <b>Gua Musang</b>: Kubu Umno <b>di</b> Paloh pecah

Posted: 01 Apr 2012 02:35 AM PDT

Gelombang kebangkitan rakyat Kelantan tidak dapat sesiapa tahan lagi. Pemberian wang kerajaan kepada rakyat menerusi BR1M atau pelbagai pemberian wang lain serta berbagai janji-janji molok tidak mampu memerahmenyalakan gelombang merah.

Rakyat Kelantan nampak cerdik dalam politik dan tidak mudah terbelit dengan jerat dan perangkap politik. Misalnya pemberian BR1M sebanyak RM500 tidak menyebabkan kaki rakyat Kelantan tertambat dan tidur di bawah dacing sebaliknya ia merupakan kemudahan kepada rakyat Kelantan untuk pegi ke program-progran anjuran parti Pakatan Rakyat bagi mendapat penjelasan sahih tentang politik.

BR1M tampaknya bukan memberi laba kepada UBN tetapi secara tidak langsung memberi modal untuk rakyat pergi mendengar ceramah dan penjelasan Pakatan Rakyat terhadap kezaliman berterusan UBN terhadap rakyat Kelantan sejak tahun 60.

Ini terbukti bila mana semakin hari semakin hangat dan hebat sambutan rakyat kepada program Pakatan Rakyat. Tidak kira jauh atau dekat rakyat akan berduyun-duyun mengerumini ceramah dan program dianjurkan oleh kerajaan Pas Kelantan. Makin dekat pilihan raya makin membuak dendam tak sudah rakyat Kelantan kepada UBN.

Ini bukan ombong kosong tetapi hakikat. Ia dapat dilihat dan digeruni oleh makhluk cerdik bukan saja bernama manusia tetapi lembu juga.
Kunjungan sehari suntuk bakal PM, Anwar Ibrahim ke Kelantan pada Jumaat lalu mendapat sambutan di luar dugaan. Bukan saja program di sekitar Kota Bharu, Kuala Krai atau Tumpat, tetapi program nun jauh di Hulu Kelantan serta pedalaman juga mendapat sambutan hangat.

Selain dari menggunakan kemudahan wang RM500 untuk pergi mendengar ceramah Pakatan Rakyat, tetapi sikap rakyat Kelantan juga jauh lebih terbuka dan berani menjadi penyebabkan kenapa kehangatan dan sambutan di luar dugaan itu terjadi.

Keadaan ini timbul bukan kerana apa, melainkan kerana rakyat sudah cemuh dan rimas dengan corak dan stail pentadbiran kerajaan UBN serta beberapa kezaliman dilakukan terhadap rakyat. UBN hanya memutar piring-piring klasik yang sudah diarifi oleh umum. Pemimpin UBN akan menjadi mesra rakyat dan sanggup melutut kepada rakyat beberapa bulan menjelang pilihan raya saja.

Apa yang 'bergelisar' di dalam hati orang ramai kini ialah mereka ingin melibat satu perubahan berlaku ke atas negara ini. Mereka mahu membandingkan kerajaan baru dengan kerajaan UBN. Keinginan itu bukan mereka tidak menerima UBN atau pun tidak menerima budi dan jasa-jasa UBN, tetapi mereka lebih percaya kerajaan baru yang bakal menggantikan UBN lebih praktikal. Rakyat bersikap begitu kerana mereka sudah pun mulai merangkak keluar dari tempurung bulu.

Ada beberapa faktor lain kenapa perubahan ini berlaku. Selain daripada kerajaan UBN sudah terlalu lama, sudah 54 tahun, ia juga disebabkan perubahan masa. Hari ini maklumat sudah tidak dapat ditutup lagi. Misalnya kisah lembu yang dicuri disimpan di dalam kondo juga dapat dihidu rakyat akan kehamisan kencing dan tahinya. Begitu juga dengan kisah Hasan mencuri lembu yang cakap sampai bersembur air liur sudah dikenali rakyat siapa dia itu.

Hari ini retorika bukan boleh memancing dan mempesonakan rakyat lagi. Tetapi apa yang penting ialah praktikal, rakyat mahu merasai bukan tonton dan baca. Sebab itu apa-apa yang dilaporkan oleh tv yang nretak skrin rakyat tidak mempercayainya. Mereka sanggup berjalan berpuluh batu untuk mendengar ceramah Pakatan Rakyat secara live.

Penyelewengan dilakukan kerajaan dan para kroninya tidak dapat disembunyikan lagi. Perkembangan inilah menyebabkan rakyat sudah dapat merasakan mereka tertipu kesekian lama. Bagi nasib peneroka baik di bawah Kesedar maupun Felda misalnya, mereka merasakan nasib mereka dipermainkan. Janji-janji untuk menyelesaikan masalah mereka terutama dalam menambahkan pendapatan dan memberi geran hak milik dirasakan sebagai satu persendaan semata-mata.

Justeru mereka ingin melihat dan mengujuji pula sejauh mana kerajaan baru akan datang atau kerajaan Kelantan dibawah Pas hari ini prihatin dalam hal ini dan menyelesaikan masalah mereka. Kesedar sudah lebih 30 tahun hanya berjanji untuk menyelesaikannya, tetapi sampai kini tidak ada cahaya penyelesaian. Satu juring geran tanah pun tidak diberikan kepada peneroka.

Sebaliknya kerajaan Kelantan dibawah Tok Guru Nik Aziz telah memberi janji lunas dan beberapa tindakan sudah dibuat, inilah menggembirakan nasib rakyat Hulu Kelantan yang terlibat dengan rancangan pembangunan tanah. Mereka sudah dapat merasakan keadilan dan rasa tanggungjawab kerajaan Kelantan, kalau pun tidak besar tetapi hakikatnya sudah merasai.

Sebelum ini sukar untuk merubah kepecayan dan keyakinan rakyat Kelantan yang terdiri dari peneroka di Hulu Kelantan. Mereka hanya menerima Umno sebagai satu-satu parti dan UBN sebagai kerajaan. Sogokan propaganda dan dakyah disampaikan oleh UBN hanya mereka mampu membela rakyat dan bangsa begitu mencengkam dalam minda mereka. Tetapi hari ini mereka sudah dapat menilai sendiri berapa peratus pembohongan kerajaan UBN dan berapa peratus yang benar.

Kerana itu kunjungan singkat Anwar Ibrahim ke Gua Musang mendapat smabutan diluar dugaan. Bukan saja Anwar tetapi saya sendiri tidak percaya melihat sambutan hangat rakyat atas kunjungan itu. Ini dapat dibuktikan apabila rakyat menyediakan makanan dan minum untuk rombongan Anwar. Penyediaan ikan kelah, gulai kawah dan pelbagai kueh menunjukkan kasih sayang rakyat kepada Anwar Ibrahim dan penerimaan rakyat terhadapnya. Para peneroka tidak mempercayai begitu saja terhadap dakwah disuapkan ke mulut mereka oleh Umno.

Mereka menganggap Anwar adalah hero baru yang akan membela nasib dan masa depan mereka. Sudah semestinya kalau Pakatan Rakyat diberi mandat menjadi kerajaan apa yang mereka bergantung harap itu akan selesai. Keadaan ini saya rasakan akan lebih bergemuruh lagi kalau Tengku Razaleigh Hamzah yang dianggap sebagai Raja Gua Musang akan bersatu tenaga dan fikiran untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Bermula dengan kunjungan ke Renak (Dun Nenggeri) sampailah ke Guchil dalam Parlimen Kuala Krai semuanya meriah. Dengan kapasiti yang hadir antara 2,000 hingga 5,000 sudah cukup menejalaskan bahawa sambutan kepada Pakatan Rakyat sedanag menggila di Gua Musang dan Kuala Krai.

Dan jikalah apa yang dirancangkan diizinkan Allah; Tengku Razaleigh Hamzah bertemu atau duduk sesaf dengan Anwar di Gua Musang semalam, sudah pasti Umno harus membungkus segala tikar bantal dan lenga dan lekar untuk melupai Gua Musang. Persepakatan Anwar, Tengku Razaleigh dan Tok Guru Nik Aziz akan mengulangi sejarah 1990 di mana Umno Kelantan tidak akan mendapat satu kerusi pun.

Barang kali Tuhan masih mengira belum sampai masa lagi untuk Tengku Razaleigh dan Anwar berjabat tangan di atas masjid kelmarin. Namun hari yang bertuah, saat memngembirakan pasti juga akan sampai suatu hari nanti. Satu majlis perdana di Gua Musang yang meletakkan Tengku Razaleigh Hamzah yang memperjuangkan royaliti minyya, tanah, Anwar yang membawa aspirasi baru dan Nik Aziz yang menjadi tukang memohon kepada Allah dan menjaga keselamatan Kelantan dan rakyat secara spritual perlu diadakan dalam masa terdekat ini.

Paling memberi kesan kepada kunjungan Anwar di Gua Musang ialah terhadap Dun Paloh. Semasa kunjungan itu beliau telah menerima borang kemasukan 130 ahli dan penyokong Umno ke dalam PKR. Kemasukan beramai-ramai ini adalah pertama kali berlaku di sini. Dun Paloh dianggap sebagai kuat kuat Umno di Gua Musang. Nazula Mat Diah sudah lima penggal menjadi Adun di situ.

Dengan kemasukan itu, kebenayakannya anak-anak muda dan pemegang jawatan di peringkat bahagia menyebabkan Dun Paloh akan lumpuh sama sekali. Majlis sambutan kunjungan Anwar itu diadakan tidak sampai 1 km dari rumah Nazula. Mungkin disebabkan kunjungan memberi kesan mendalam menyebakan saki baki anak cucu dan citi pemuda tahan lasak tahun 1959 membuat nakal dengan memasang kain rentang dengan kata-kata kurang manis, sebagai melemahkan semangat Anwar.

Di jalan raya juga ditabur paku payung untuk membocorkan tayar kereta Anwar dan rombongan. Namun itu tidak sedikit pun mengecutkan usus perut Anwar dan penyokong PKR dan Pas. Sebaliknya pengkhianatan itu menyebabkan rakyat merasa marah dan membuak-buakkan lagi keinginan untuk melihat UBN tumbang. Mungkin gara-gara itu ceramah Anwar di Padang Perdana dihadiri manusia lebih 35 ribu. (Laporan ini berasangan).

Kunjungan singkat Anwar itu tidak memuas hati orang ramai. Peneroka yang sebelum ini tidak pernah melihat wajah Anwar dari dekat terpaku mendengar pidato Anwar yang menjanjikan perubahan praktikal di samping menghuraikan fasal penyelewengan dan kezaliman rakyat yang selama ini ditusuk dari pengetahuan mereka.

Semasa Anwar mencerita fasal lembu Sharizat, tepukan gemuruh kedengaran dengan diseling seli laungan 'jahat', 'penyangak dan perompak wang rakyat'. Suasan ditujukkan dalam siri pertemuan itu menjelaskan hasrat dan harapan rakyat begitu besar kepada kerajaan baru akan datang. Dan bagi peneroka masalah khsus mereka ialah menyelesaikan masalah mereka yang sudah lama terawan-awanan.

Perkara paling penting buat mereka ialah untuk memiliki geran ke atas tanah yang mereka usahakan. Itu penting kerana geran itu ada nyawa dan juga roh mereka sebagai peneroka. Saya tengok apabila fasal pemilikan geran disebut ada yang menangis dan menyapu air mata gembira.

Sekiranya masalah ini dapat diberikan harapan dan sinar baru saya yakin dan percaya kesemua 2,228 orang peneroka di Felda Ciku 1, 2 dan 3 serta peneroka Kesedar di Paloh 1,2 dan akan menyokong Pakatan Rakyat.

Ikut sama dalam rombongan Anwar, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi PKR Kelantan Abdul Aziz Kadir serta para pimpinan PKR dan Pas Gua Musang. [wm.kl.12:00 t/hari 01/04/12]

ads