Khamis, 15 November 2012

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Lembaran Sebuah Kehidupan: Hari Raya Haji 2012

Posted: 09 Nov 2012 01:55 AM PST


Semestinya ramai yang menantikan kedatangan hari Jumaat kerana hari Jumaat adalah penghulu segala hari. (read- waktu lunch panjang, esok dah weekend). I got so much to write about, tapi tak tertulis-tulis. Kadang bila semua benda nak tulis, tetiba jadi jammed kan. Stuck terus tak tau nak tulis apa padahal hati berkobar-kobar nak hapdate. Azam konon November ini nak hapdate hari-hari. Konon je sudah.
Okeh la... Oleh kerana janji  tahun lepas untuk update pasal Raya Haji tak tertunai, maka tahun ini harus qada hajat. 
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa sunat pada  Hari Arafah 9 Zulhijjah bersamaan hari Khamis 25 October 2012. Correct me if im wrong please.. Hari tersebut juga merupakan hari perjalanan bagi kami adik-beradik untuk pulang ke kampung halaman di Sungai Petani nun. Maka saya adalah diuji sedikit pada hari itu. Sikit ajelah. Anggap macam puasa bulan Ramadhan sudahlah. huhuhu... Padahal dalam kereta tido aje. Wohooo... sekarang sudah ada driver baru. Adik bongsu dah ada lesen, maka suruh dia drive aje. Setelah kakak saya berkahwin dan punya anak, saya sudah sukar untuk mendapat kesempatan duduk di kerusi co-driver dan tidur sepanjang perjalanan. Kalau boleh bawa lebih dari 110km/j, saya suka je nak drive. Kehkehkehkeh..... but with the speedtrap AES whatsoever, homaigod 110km/j is so damn bored!
Pabila sampai di rumah ayahanda bonda, bonda pula masak tomyam dengan sambal apatah memang la saya tak amek port kerana ini adalah menguji kesabaran dengan lebih lagi! hahaha... Di kala adik-beradik sedang menjamu selera, saya terpaksa menyisihkan diri. T__T
Raya Haji kali ini, abang sulung yang berada jauh di perantauan juga turut sama pulang. Maka complete gambar adik-beradik raya kali ini. Cumanya masih belum lengkap ahli keluarga sebab abang ipar yang kerja atas laut pula tiada. 
Sesi bermaaf-maafan dilakukan. Dapat duit raya yahoooo
kakak ipar sulung mcm beria dia mintak hampun kan... hahaha
gambar abg sulung guwe tak sempat capture.

sampai senget-senget mulut ayahanda


itu dia... omma menangis ketika memeluk anak no 3 nya
dosa apakah telah mereka lakukan?

tengok anak no-4 tu. nak mintak hampun pun gaya tense je...
ni gaya anak derhaka mintak hampun.



kasih sayang adik-beradik nan abadi

abang long family with appa omma

sis family without husband di sisi

the omma daddy with the 7 siblings





Sekian kenduri gambar. Bakal bersambung to part 2.
Happy Deepavali to all my indian friends. Im going back to my hometown this weekend. To celebrate raya and mintak hampun mintak maaf lagi~~~ 

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Adiza saidi: PAGI RAYA <b>DI MENGKEBANG</b>

Posted: 26 Oct 2012 12:30 PM PDT

selepas solat subuh aku segera bersiap ape ape yang patut. adik dan anak buah ku 
juga bersiap dengan urusan masing masing,adik ku bersiap dengan kerja jahitannya
yang belum siap tempahan jahitannya semalam. dia wajib siapkan kerana hari ni  orang
yang tempah datang ambik. sebentar lagi aku nak ke masjid untuk solat sunat  aidul  adha.
7.00 pagi aku mula bergerak ke masjid.
masjid  mengkebang selepas solat raya
                                                   possing  dalam masjid selepas solat
                                             bersama cucu saudara ,mohd naufal
                                 singgah bergambar depan rumah seorang sahabat lama.
                                                           cabang tiga pak da gusi
                                                               rumah ku berubah wajah
                                                        sungai pahi sebelah rumah ku
                                          kenangan di atas jambatan depan rumah

pukul 10.30 bersiap untuk beraya kerumah pak sedara di lembah sentosa 
singgah beraya di rumah pok wil bukit marak
rumah encik zul rakan fb yang paling aktif.

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


syafaah dan barokah: haji abdullah tahir <b>bunut payong</b> (1897 – 1961)

Posted: 15 Nov 2012 05:17 PM PST


SALAH SEORANG ULAMA BESAR NEGERI KELANTAN YANG MASYHUR ALIM DALAM ILMU FIQH. PENDIRI PONDOK BUNUT PAYONG YANG TERKENAL KE SELURUH SEMENANJUNG ITU. SEANGKATAN DENGAN HAJI ALI PULAU PISANG, HAJI YAAKUB LORONG GAJAH MATI, HAJI SAAD KANGKONG, HAJI AHMAD BATU TIGA REPEK, HAJI SALEH PEDADA DLL.
DILAHIRKAN DI KG. SIREH, KOTA BHARU PADA 20 MUHARRAM 1315 BER
SAMAAN 20 JUN 1897, BAPANYA, HAJI AHMAD BIN MOHD. ZAIN YANG BERASAL DARI KG. CHEPA, KEDAI LALAT PERNAH BERKHIDMAT SEBAGAI IMAM TUA DI MASJID LANGGAR, KOTA BHARU (BERKHIDMAT SEHINGGA 1920).
SESUDAH BERGURU SELAMA 15 TAHUN DENGAN TOK KENALI, BELIAU BELAYAR KE TANAH SUCI MAKKAH MENDALAMI PENGAJIANNYA. ANTARA LAIN MENGIKUTI KULIAH TUAN MUKHTAR BOGOR, SYEIKH SAID AL-YAMANI, SYEIKH MOHD. ALI AL-MALIKI DAN BEBERAPA TOKOH YANG LAIN LAGI.
SEKEMBALI KE KELANTAN, BELIAU DIMINTA MENYERTAI KUMPULAN TENAGA PENGAJAR HALAQAT KITAB DI MASJID MUHAMMADI, KOTA BHARU. BAGAIMANAPUN, KHIDMATNYA TIDAK LAMA KERANA PADA 1931, BELIAU MEMULAKAN KEGIATAN KEGURUANNYA SENDIRI DI BUNUT PAYONG YANG DIBERI NAMA MADRASAH AHMADIAH. MADRASAH INI KEMUDIAN TERKENAL KE SELURUH PELOSOK SEMENANJUNG MELAYU SEBAGAI PUSAT PENGAJIAN PONDOK YANG BERPRESTASI TINGGI DI KELANTAN.
DI PONDOK BUNUT PAYONG INILAH TUAN GURU HAJI ABDULLAH TAHIR MENGAJAR KITAB HINGGA KE AKHIR HAYATNYA. BELIAU TERKENAL SEBAGAI SEORANG TOK GURU YANG TEKUN MENGAJAR SERTA MENGAMALKAN DISIPLIN DIRI YANG KERAS LAGI TEGAS.
KERANA KEGIGIHANNYA YANG SEDEMIKIAN MAKA TIDAK PELIKLAH JIKA PONDOK BUNUT PAYONG BERJAYA MELAHIRKAN RAMAI MURID BERILMU TINGGI SEPERTI HJ. HUSAIN RAHIMI, HJ. NIK MAN SUNGAI BUDOR, HJ. ABDUL AZIZ PASIR TUMBOH, HJ. ISMAIL PADANG LEPAI, HJ. ABDULLAH KOK LANAS, HJ. OMAR KUBANG BEMBAN, HJ. ABDUL RAHMAN SLOW MACHANG, HJ. WOOK LUBOK CHEKOK, HJ. NOOR TELIAR, HJ. SAULAIMAN SIRAM, HJ. DAUD BUKIT BUNGA, HJ. YAAKUB KELONG, HJ. GHAZALI PULAI CHONDONG, HJ. ZAKARIA SELISING, HJ. OSMAN PERLIS, HJ. AHMAD KODIANG, HJ. YAHYA JONED GURUN, HJ. IBRAHIM BONGEK, HJ. ABDUL WAHID SUNGAI UDANG, HJ. HUSAIN UMBAI, HJ. AHMAD RELAI, HJ. HASANUDDIN BERHALA GANTANG, HJ. ISMAIL PHUKET, HJ. GHAZALI MUNDOK.
KERANA KETOKOHANNYA JUGA BELIAU DILANTIK MENGANGGOTAI JEMAAH ULAMA MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN BEBERAPA PENGGAL (SEAWAL 1932).
KEMATIAN FUQAHA' INI PADA PUKUL 7.20 PAGI SELASA 4 RABIULAWAL 1381 BERSAMAAN 15 OGOS 1961 MENYEBABKAN NEGERI KELANTAN KEHILANGAN SEORANG TOKOH ILMUAN YANG MENERANGI BUDAYA ILMU DAN DAKWAH ISLAMIAHNYA.

HTTP://RIJALMUHIBBIN.BLOGSPOT.COM/SEARCH/LABEL/ULAMAK%20KELANTAN
http://www.facebook.com/SYAFAAH.dan.BAROKAH
http://www.facebook.com/Para.Pecinta.Habaib.dan.Ulama

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


My Life full of FUN: Pertandingan Bunyi Burung <b>di Machang</b>

Posted: 04 Nov 2012 06:19 AM PST


Syok nye di Kelantan.....
Pagi Ahad, Raya Aidiladha ketiga dah bermula pertandingan suara burung.

Tempat: Medan Letak Kerete,  Restoran Nasi Kerabu
             Simpang Empat Machang Pasir Puteh
Pukul 10 pagi.
Bayaran masuk: RM 15
Pemenang pertama: Mesin Basuh
Pemenang kedua: Basikal
Pemenang ketiga: Kipas Angin.





Sambil tengok burung, sambil menjamu selera.
Nasi Campur, Ikan Patin masak pedas, Ikan bakar cecah BUDU,
Singgam ikan Kayu, dan Keli goreng.

Enak nya....
Tapi jalan jem kat dua km.....

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Sultan mahu <b>Pengkalan Chepa</b> jadi hab penerbangan « Persada

Posted: 11 Nov 2012 04:30 PM PST

KOTA BHARU: Sultan Muhammad V melahir rasa sukacita di atas kejayaan kerajaan negeri mengimbangi pembangunan fizikal dan rohani secara berterusan dalam membangunkan negeri ini.

Baginda bertitah, kerajaan negeri mewujudkan urus tadbir berteraskan konsep 'Ubudiyyah, Masu'uliyyah dan Itqan.

"Pelbagai program dilaksanakan kerajaan termasuk program 'Qiam With Me' pada Ramadan lalu.

"Pada hemat beta program itu mendapat sambutan seluruh rakyat jelata dan merupakan program julung kali diadakan di negeri ini," titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Menyembah Ucapan Tahniah dan Taat Setia di Istana Balai Besar di sini hari ini.

Program tersebut diadakan sempena perayaan ulangtahun Hari Keputeraan baginda ke-43.

Sultan Kelantan juga bertitah, usaha dalam bidang pertanian bukan semata-mata mengaut keuntungan, tetapi sebahagian ibadat bagi mendapat keredhaan Allah swt.

Oleh itu baginda berharap sumber asli seperti tanah, sungai dan laut serta kawasan tadahan hujan terus terpelihara bagi mempastikan bumi Kelantan terus subur.

Mengenai pembangunan Tok Bali titah baginda, kawasan seluas 2,600 ekar dilulus untuk pembangunan kawasan industri dan bandar baru yang membabitkan pelaburan hampir RM600 juta.

"Beta berharap pihak terbabit menaik taraf infrastruktur asas terutama jalan raya sedia ada Kota Bharu-Pasir Puteh-Tok Bali untuk menjadikan Tok Bali pelabuhan komersial.

"Beta merasa sukacita dengan perkembangan projek "Central Spine Road" sedang giat dilaksanakan di sempadan Pahang–Kelantan dan akan dibina persimpangan bertingkat di Bandar Baru Gua Musang," titah baginda.

Baginda berharap agar projek itu dipanjangkan sehingga ke Kota Bharu bagi melengkapkan rangkaian jalan raya bertaraf lebuh raya sebagaimana terdapat di negeri-negeri lain.

"Ini bagi merangsangkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri ini. Kelantan tidak harus dibiarkan ketinggalan kerana ia sebahagian daripada Malaysia," titah baginda.

Mengenai Tahun Melawat Kelantan 2012 baginda bertitah, sehingga Ogos lalu difahamkan seramai 3.4 juta pelancong berkunjung ke Kelantan.

Menurut baginda, perkhidmatan penerbangan empat kali seminggu Kota Bharu– Singapura bermula Ogos lalu dapat memacu perkembangan sektor pelancongan di Kelantan.

Sultan Kelantan mengulangi lagi supaya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dinaik taraf dan dijadikan hab penerbangan serantau ke Malaysia Timur dan negara Asean serta negara Arab.

//harakahdaily

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


.: Pas Sudah Ada 25 Kerusi Dalam Tangan

Posted: 13 Nov 2012 06:08 PM PST

ANALISA POLITIK KELANTAN                                                                              

Bila orang bertanya saya mengenai kedudukan dan peluang Pas di Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang saya menjawab begini; setakat hari ini Pas masih mampu membentuk kerajaan tetapi bukan dengan majoriti lebih 2/3 tetapi dengan majoriti tipis.

Kedudukan ini berdasarkan angka dan suasana semasa. Saya meletakkan Pas melebihi Umno dua atau tiga kerusi saja. Angka hampir sama gagah iaitu Pas 25,  Umno 20 kerusi. Saya tidak mahu menggunakan istilah status quo seperti tahun 2004. Kenapa?

Di atas kertas bagi Pas mereka mempunyai 15 kerusi yang betul-betul sedap duduk. Ini berdasarkan kepada jumlah majoriti yang diperolehi dalam pilihan raya lalu. Kalau pun undi wakil-wakil berkenaan merosot hingga 20 persen mereka masih dapat mengawal kerusi mereka.

Kerusi-kerusi itu ialah; Kelaboran (2,212), Pasir Pekan (4,516), Chempaka (4,249), Panchor (3,437), Tanjung Mas (6,112), Kota Lama (5,206), Bunut Payung (4,341), Pengkalan Pasir (2,348), Chetok (2,670), Meranti (3,135), Salor (3,232), Pasir Tumbuh (3,403),  Demik (4,799), Tawang (3,278) dan Bukit Panau (4,148).

Kerusi-kerusi ini boleh disifatkan sebagai kerusi paling selamat untuk Pas dan tidak mungkin dapat digugat oleh BN dengan perkembangan dan bentuk-bentuk kempen BN yang ada hari ini. Pas juga tidak perlu menukar atau menyalin calon-calon untuk kerusi ini kecuali ada sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Dengan kedudukan ini secara mudah Pas hanya memerlukan lapan kerusi saja untuk mendapat majoriti mudah, 23 kerusi. Lapan kerusi itu Pas boleh mengambilnya daripada kerusi-kerusi yang dimenangi dengan majoriti antara 1,000 hingga 2,000 undi.

Terdapat 12 kerusi yang dimenangi Pas dengan majoriti antara 1,000 hingga 2,000. Kerusi itu ialah Tendong (1,656), Jelawat (1,022), Melor (1,616), Kadok (1,802), Gual Ipoh (1,663), Kemahang (1,833), Limbongan (1,633), Pulai Chondong (1,535), Temangan, (1,239), Mengkebang (1,903), Manek Urai (1,352) dan Perupok (1,270).  Sebuah kerusi milik PKR, Guchil (1,000) boleh juga diambil kira.

Berdasarkan status itu Pas dengan mudah akan dapat mempertahankan kerajaan Kelantan. Ertinya paling busuk sehingga hari ini Pas akan memperolehi 25 kerusi ke atas. Sekiranya Pas dapat merampas sekurang-kurangnya tiga dari enam kerusi dimenangi Umno ini bermakna Pas akan berkedudukan selesa memperolehi 28 kerusi.

Terdapat tiga kerusi Umno yang menang dibawah 1,000 undi. Kerusi itu ialah Bukit Bunga (348), Pengkalan Kubur (100) dan Kok Lanas (550).

Pun begitu Pas tidak boleh bersedap hati. Pas perlu juga insaf dan sedar bahawa parti itu mempunyai 10 kerusi yang dimenangi dibawah 1,000 undi di mana kerusi-kerusi ini menjadi idaman utama Umno. Kerusi-kerusi berkenaan ialah; Wakaf Baharu (660), Gual Periok (733), Bukit Tuku (456), Galas (646), Selising (783), Semerak (831), Gaal (323), Kemuning (916), Air Lanas (795) dan Dabong (552). Kerusi-kerusi ini merupakan kerusi 'senak' buat Pas dan diletakkan dalam lingkungan warna kelabu.

Seandainya Umno dapat merampas kerusi-kerusi ini tanpa kehilangan enam kerusi dimiliki kini bermakna Umno akan memperolehi 15 kerusi. Pencapaian ini merupakan peningkatan kepada Umno di dalam pilihan raya nanti dan merupakan angka yang cukup munasabah buat masa ini.

Bagaimana pun harus diingat, politik itu serba mungkin dan tidak mustahil Umno dengan usaha bersungguh-sungguh akan berjaya merampas kerusi-kerusi dianggap kritikal ini. Sekiranya Pas selesa dengan keadaan hari ini, ia tidak mustahil bagi Umno yang mempunyai semangat juang lebih tinggi dari Pas mampu membuat up-set.

Justeru Pas perlu bertindak segera mengambil langkah bagi memperkukuhkan kerusi-kerusi berkenaan. Salah satu tindakan yang patut dilakukan Pas perlu menukar wakil rakyat yang ada kini kepada muka baru yang lebih dinamik dan komited dengan parti. Pas tidak perlu takut untuk mengorbankan mereka walaupun mereka dari latar belakang ustaz dan senantiasa berjubah dan tasbeh ditangan. Dalam dunia politik tasbeh tidak banyak membantu.

Wakil-wakil rakyat yang mewakil 10 kerusi 'senak' berkenaan ialah; Che Abdullah Mat Nawi (Wakaf Baharu), Abdul Fatah Haron (Bukit Tuku), Muhammad Awang (Gual Periok), Arifabillah @ Mohd Asri Ibrahim (Dabong), Wan Hassan Wan Ibrahim (Semerak), Dr Nik Mazian Nik Mohamad (Gaal), Drs Saiful Baharin Mohamad (Selising), Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (Kemuning) hendaklah ditukar dengan muka baru.

Kebetulan pula mereka itu semua bermasalah (kecuali Wan Ahmad Lutfi dan Che Abdullah), jadi elok kalau yang lain itu diusahakan tukar atau pun mereka sendiri mengangkat bendera putih untuk berundur dengan terhormat. Ternyata mereka gagal menunjukkan performance sebagai wakil rakyat yang sesuai dengan zaman ini. Sesetengahnya masalah dihadapi adalah masalah melibatkan moral.

Keperluan menukarkan calon-calon ini juga bukan saja terkira kerana majoriti yang dicapainya rendah, kurang 1,000 tetapi wakil rakyat yang selalu sakit, uzur, malas dan tidak memberi sumbangan besar kepada parti dan kerajaan juga perlu dirihatkan.

Misalnya Adun Melor Wan Ismail Wan Jusoh dan Drs Zainuddin Awang Hamat yang sakit dan bermasalah wajar dirihatkan. Abdul Halim Abdul Rahman (Chetok), Rohani Ibrahim (Tanjung Mas) yang kurang berfungsi perlu difikirkan untuk dirihatkan sama. Mereka ini perlu diberi kefahaman, agar berfikir meletakkan kepentingan parti melebihi dari kepentingan peribadi.

Kebetulan juga mereka ada yang sudah dua penggal atau lebih berkhidmat, seperti Wan Ismail, Abdul Halim, Drs Saiful Baharin, Rohani Ibrahim, Dr Nik Mazian dan Abdul Fatah Haron.

Tidak keterlaluan dikatakan kalau Pas sedia melakukan muhasabah dan membuat pembaiki ke atas calon dan wakil rakyat untuk menstabilkan Pas. Dan sekiranya gelombang ke Putrajaya melantun sampai ke segenap kampung dan ceruk di Kelantan, Umno tidak payah bermimpi untuk merampas Kelantan, kemungkin juga parti itu akan ditimpa sejarah seperti tahun 1990 di mana Umno akan gagal memperolehi satu kerusi pun di Kelantan.

Sejarah dalam kehidupan dan politik juga selalu berulang. Sebaliknya kalau Pas masih merasa complacent dengan keadaan yang ada dan terus mengambil calon berdasarkan laporan dan rekomen dari kawasan (atau dipilih secara dalaman berdasarkan kroni) tidak mustahil juga Pas boleh menangis tidak berirama dan akan berlaku istidraj politik.  [wm.kl.12:33 t/hari 13/11/12]

ads