Isnin, 8 April 2013

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 11:16 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

majlis penyampaian sijil penghargaan bai&#39;ah / new <b>...</b> - sk <b>jelawat</b> 2

Posted: 19 Mar 2013 08:09 AM PDT

SK Jelawat 2 sekali lagi dianugerahkan Sijil Penghargaan Tawaran Baru Guru Besar ( Bai'ah / New Deal ) bagi tahun 2012, selepas berjaya meraih kejayaan sulungnya pada tahun 2011. Majlis ringkas yang diadakan di Dewan Munawarrah SK Jelawat 2 ini telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah  Bachok, Tuan Hj Saupi bin Majid pada 18 Mac 2013.


Encik C.M. Sabri bin Ibrahim selaku Guru Besar SK Jelawat 2 menerima Sijil Penghargaan Bai'ah / New Deal tersebut daripada Tuan Hj Saupi bin Majid disaksikan oleh guru-guru dan murid-murid SK Jelawat 2.  
Tahniah kepada semua warga SK Jelawat 2 di atas kejayaan mencipta nama sebagai salah sebuah sekolah yang cemerlang di PPD Bachok.

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


nafi Fitnah Pembangkang, BN Tetap Bina Hospital <b>Di Bachok</b> | Detik <b>...</b>

Posted: 06 Apr 2013 10:08 PM PDT

067

Oleh RAITINI RAHMAN

BACHOK – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Ilias Hussain menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menyifatkan janji kerajaan Barisan Nasional untuk membina sebuah hospital yang dianggarkan bernilai RM120 juta sebagai satu pembohongan.

Beliau berkata, dakwaan itu adalah fitnah memandangkan hospital berkenaan akan tetap dibina di lokasi yang telah dipilih iaitu di Kampung Bator Jelawat dekat sini.

Katanya, pembinaan hospital itu mungkin akan mengambil masa kerana ia membabitkan memerlukan pelbagai proses seperti pengambilan tanah.

"Setelah selesai semua urusan itu, kita dapat menjalankan pembinaannya seperti yang dirancang bagi menjaga kesihatan penduduk. Hospital berkenaan akan dilengkapi 76 buah bilik untuk permulaannya.

"Kita gembira dengan penubuhan pusat dialisis yang akan diadakan di Bachok ia akan memudahkan penduduk yang menghidap penyakit buah pinggang mendapatkan rawatan. Ini bukti keprihatinan kerajaan pusat yang mengutamakan rakyat," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Tibi Sedunia 2013 peringkat negeri Kelantan di Pasar Jelawat, dekat sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang mengatakan pembinaan hospital dijajahan Bachok yang dirancang kerajaan pusat sebagai satu pembohongan kepada rakyat di jajahan itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, segala urusan berkaitan tanah di kawasan pembinaan hospital sudahpun selesai dan majlis pecah tanah dijangka akan diadakan dalam seminggu dua ini.

"Kerja-kerja pembinaan hospital di kawasan seluas 23.068 hektar itu akan dilakukan pada tahun ini juga. Untuk permulaan, hospital itu akan beroperasi tanpa pakar dan kita lihat perkembangan pesakit, kalau perlu kita akan adakan hospital untuk pakar," katanya.

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


majlis pelepasan pelatih kumpulan 3 siri 9/2012 <b>di kota bharu</b> <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2012 06:53 PM PDT

09 Sep 2012   –   YBhg Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi bin Awang Kechil telah merasmikan Majlis Pelepasan Pelatih PLKN Kumpulan 3 Siri 9/2012 di Kolej Polytech MARA (KPTM) Cawangan Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan yang melibatkan 999 orang pelatih untuk Zon G.

headbomb: bila hampir 5000 rakyat kelantan berhimpun <b>di kota</b> <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2013 08:49 PM PDT

atuk, ohh atuk, bangun, bangun tok, sekarang ni dekat kelantan dah lain macam tok.. apa lah perasaan pemimpin pas sekarang ek, apakah masih lagi kata... ahhhhhhhhhhhhhhhh ini semua poyo tajaan umno.. kawe tetap ghaso kelate hok pas yang punyo, mu umno tok sea dok cakak besar aaaa...

erm yelah, memang betul pas dah 23 tahun memerintah kelantan, hebat.. dan harap kesedaran wujud untuk semua rakyat malaysia, tak kira warna kulit.. KITA PATUT NYAHKAN PAKATAN RAKYAT PRU NANTI... ITU JANJI KITA SEMUA!!

KOTA BHARU - Kira-kira 5,000 rakyat di negeri ini berhimpun bagi menyampaikan memorandum bantahan berhubung isu penyelewengan tanah oleh kerajaan Pas kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar di sini semalam.

Memorandum setebal 315 muka surat itu disampaikan kepada wakil sultan, Pegawai Tadbir Istana, Zairi Abdullah yang meminta campur tangan baginda dalam menyelesaikan isu tersebut.

Terdahulu, perhimpunan yang diketuai oleh pertubuhan bukan kerajaan, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) itu bermula kira-kira pukul 10 pagi di pekarangan Istana Balai Besar.

Presiden MTRK, Azmi Ali memberitahu, memorandum tersebut mengandungi maklumat mengenai senarai syarikat luar yang menerima konsesi, peta kawasan, pendeposit yang meneroka tanah, resit dan hasil kajian Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengenai kemusnahan tanah.
ps: rasanya orang takkan marah kalau pas jadi dominan dalam pakatan, tetapi apakan daya.. pas.... erm.. korang nilaikan je lah sendiri ye.. huhu

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Janji <b>di Manek Urai</b> belum selesai | :: cina islam | 2012 ::

Posted: 18 Oct 2010 07:15 AM PDT

11 Zulkaedah 1431 H
Oleh : M Faqih

PENDUDUK di kampung Manek Urai hairan tiba-tiba dua papan iklan projek Barisan Nasional (BN) didirikan berhampiran jambatan menuju ke Kampung Manek Urai Lama.
Pada awalnya hanya di sebelah kampung baru dipasang papan tanda projek tertera gambar dacing. Tidak lama kemudian dipasang pula papan projek BN di Kampung Manek Urai Lama.

Namun papan tanda yang didirikan di Kampung Manek Urai Lama tidak tertera nama kontraktor, sedangkan di kampung baru ada nama kontraktor iaitu Salabumi (M) Sdn Bhd.

Kata orang kampung mengapa seperti tergesa-gesa sangat sehingga ada kepincangan di sana-sini. Lebih mengelikan lagi apabila rumah kontena pula diangkut ke tanah milik penduduk tidak jauh dari jambatan sedia ada Sabtu lepas.

Kemungkinan besar pemilik tanah tersebut pun belum dimaklumkan mengenai penggunaan tanahnya dijadikan tapak pejabat kontraktor.

Lebih menghairankan segala permohonan ke Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai bagi pengambilan tanah belum dibuat sehingga sekarang.

Malah difahamkan cadangan projek berkenaan juga tidak dibawa ke pejabat JKR Kuala Krai.

Menurut sumber mesyuarat mengenai cadangan membina jambatan baru yang dijanjikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Julai 2009 dibincang pada mesyuarat di JKR Kesedar di Tanah Merah, semalam.

Perbincangan itu katanya hanya melibatkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan JKR Kesedar.

Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata, jelas kelihatan projek jambatan baru di Manek Urai dibuat dalam keadaan tergesa-gesa sehingga kelihatan banyak kecacatan.

"Orang kampung sedar pada awalnya papan tanda projek pembinaan jambatan tidak dilekatkan nama kontraktor, tetapi beberapa hari kemudian baru ditampal.

"Penduduk yang tinggal berdekatan dengan projek pun belum diberitahu pengambilan tanah yang akan dibuat. Ini betul-betul projek mee segera kerana pilihan raya kecil di Galas," katanya di sini.

Bagaimanapun kata beliau sekiranya projek itu benar-benar menjadi kenyataan, ia dapat memberi keselesaan kepada penduduk kerana jalan di atas jambatan menjadi dua lorong.

Namun hairannya mengapa baru ketika kehangatan kempen pilihan raya di Galas JPP tergesa-gesa mahu memberitahu penduduk janji membina jambatan baru tetap ditunaikan.

Agak melucukan juga cadangan pembinaan kompleks sukan di Manjor yang disebut menteri sudah siap 20 peratus, rupa-rupa baru diratakan tanah.

Kerja-kerja menyodok pula baru dilakukan seminggu dua ini. Jauh sekali untuk sampai 5 peratus.

Bahan-bahan binaan seperti kayu atau besi pun tidak kelihatan. Ini keanehan yang dipamerkan Umno dalam suasana menghadapi pilihan raya kecil Galas.

Belum sempat segala janji di Manek Urai menjadi kenyataan tiba-tiba dinukil pula janji baru di Gua Musang.

Projek perumahan rakyat bernilai RM300 juta ditabur pula di Gua Musang. Projek itu dijangka akan dilancarkan Timbalan Perdana Menteri pada 24 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti, Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman berkata, sebelum menabur janji-janji baru lebih baik kerajaan pusat mempercepatkan pembinaan jambatan Sultan Yahya kedua yang sudah melewati tempoh.

Isu yang cuba digimikkan di Gua Musang hanya terbeban di bahu pengarah pilihan raya BN di Galas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Banyak pihak hairan dengan kemunculan Ku Li secara tiba-tiba.

"Mengapa tiba-tiba baru sekarang pemimpin tertinggi Umno mahu cari Tengku Razaleigh Hamzah," tulis veteran Umno, Tan Sri Abdullah Ahmad dalam sebuah akhbar baru-baru ini.

Abdullah juga menulis seorang pegawai tadbir memberitahunya, dahulu Umno berpeluang baik tetapi perkembangan muktahir dalam situasi Kelantan nampaknya tidak memihak kepada Ku Li dan Umno.

Ku Li galas beban Umno

Nampaknya percaturan Umno menghadapi pilihan raya kecil diletak sepenuhnya di bahu anggota parlimen Gua Musang.

Ada pihak berhujah taktik tersebut menjadi penyambung hayat kepada Ku Li dalam karier politik.

"Menang Ku Li di Galas bermakna masa depan politik masih ada, tetapi kalau sebaliknya, 'hayat' politiknya berakhir di situ," kata seorang penduduk dari Kampung Batu Papan.

Kampung tersebut merupakan kubu kuat Umno di Gua Musang. Namun pada pilihan raya umum Mac 2008, PAS mendapat kedudukan agak selesa dengan sokongan 54.03 peratus.

PAS mendapat kelebihan 92 undi di ketiga-tiga saluran mengundi di kubu tradisi Umno di Batu Papan.

Sedangkan sebelum itu PAS sukar menembusi kubu tersebut. Malah tenaga pengkuliah agama kerajaan negeri juga tidak mendapat ruang untuk mengajar di masjid dan madrasah kampung berkenaan.

Penempatan terbabit mempunyai kira-kira 500 rumah.

Seorang pendakwah, Mohd Zaki Mat Zin, 38 berkata, guru agama dari Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan belum mendapat ruang mengajar di kampung tersebut.

"Sehingga sekarang Unit Dakwah Halaqat tidak diberi peluang biar pun di tempat-tempat lain masalah seperti itu tidak timbul," katanya ketika ditemui sini.

Seorang warga emas Harun Majib, 67 mengakui Batu Papan menjadi kubu tradisi Umno sejak zaman berzaman.

Katanya, kawasan itu sukar ditembusi PAS kecuali pada pilihan raya umum lalu apabila Chek Hashim Sulaima menang.

"Itu merupakan satu sejarah. Pakcik melihat itu kelebihan yang ada pada Chek Hashim sehingga mudah diterima penyokong Umno," katanya.

Bagaimanapun di tujuh peti undi lain terutamanya membabitkan pengundi di kalangan Orang Asal, kekuatan PAS di bawah 40 peratus, kecuali di Unit Peti Undi (UPU) Hau.

Kekuatan PAS juga agak seimbang berbanding Umno/Barisan Nasional (BN) di UPU Kampung Pulai iaitu 47 peratus.

PAS juga mempunyai kedudukan agak selesa di kawasan pengundi bercampur Melayu dan Cina.

Umno benar-benar mengharapkan sentuhan Ku Li bagi mendapat kekuatan baru di Galas, selepas tercicir ke tangan PAS pada Mac 2008.

Malah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada Ku Li.

Sebaik sahaja Chek Hashim meninggal dunia, Muhyiddin membuat kenyataan melantik Ku Li sebagai pengarah pilihan raya BN di Galas.

Biar pun kenyataan itu melukakan perasaan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, namun dalam situasi Gua Musang, pemimpin Umno di Kuala Lumpur belajar 'melutut' semula kepada Ku Li.

Mustapa perlu menerima hakikat Gua Musang bukannya Jeli yang menjadi kubunya sejak dua penggal lalu.

Namun dalam konteks Gua Musang Mustapa perlu membisu dan hanya akur segala arahan Ku Li sebagai pengarah pilihan raya BN.

Bagaimanapun mengapa pula tiba-tiba Ku Li menafikan mempunyai hubungan dingin dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri terbabit.

Ku Li vs Mustapa

"Saya tidak ada masalah bekerja dengan Mustapa bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Galas," kata Ku Li sekembali dari bercuti di London.

Penafian Ku Li itu mengundang rasa pelik. Kata orang kalau tidak ada angin masakan pokok boleh bergoyang.

Inilah realiti yang berlaku di Kelantan sekarang. Ku Li pernah dilantik semula sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan ketika menghadapi pilihan raya umum 1999.

Namun tidak lama selepas Ku Li gagal mengulangi kejayaan merampas Kelantan pada 1978, Mustapa pula menggantikan Ku Li di Perhubungan Umno.

Peristiwa lama Mustapa 'merebut' tempat Ku Li menyebabkan luka lama berdarah kembali. Maka tidak hairanlah tiba-tiba Ku Li menyebut hubungan dengan Mustapa elok.

Kecamuknya dapat juga dilihat apabila Ku Li Isnin lalu memberitahu pucuk pimpinan Umno belum lagi membincangkan soal siapakah calon BN pada pilihan raya kecil Galas.

"Belum ada sebarang keputusan dibuat, tiada perbincangan mengenainya," kata Ku Li selepas mengadakan pertemuan dengan Najib di parlimen.

Malah katanya calon yang bakal mewakili BN akan diumumkan selepas Perhimpunan Agung Umno yang akan berakhir 23 Oktober nanti.

"Pengumuman itu akan dibuat Perdana Menteri," ujar Ku Li kepada media.

Konflik menentukan calon BN di Galas lebih ketara berbanding pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai tahun lepas.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussien memberitahu pucuk pimpinan parti menyerah kepada Ku Li untuk memutuskan sama ada bersedia menjadi calon atau sebaliknya.

Penglibatan langsung Ku Li di Galas juga memberi ruang isu royalti minyak geger semula. Namun, kata Ku Li tiada siapa berhutang dengan sesiapa pun dalam isu royalti.

"Saya ke depan dalam isu itu kerana Allahyarham Tun Abdul Razak mahu rakyat di Pantai Timur memperoleh manfaat dari pendapatan minyak," katanya.

Pusingan awal ini menampakkan isu calon menjadi stigma agak kronik bagi Umno.

Ku Li juga sedia mempertaruhkan anak didiknya iaitu setiausaha bahagian, Abdul Aziz Yusof atau Naib Ketua Pemuda Gua Musang, Zamzani Harun boleh menjadi galang ganti dirinya di Galas.

Apa yang seakan pasti Ketua Pemuda, Bazlan Baharudin atau Ketua Wanita, Datuk Hazani Mohd Nor bukan pilihan Ku Li.

Sebaliknya situasi berlainan berlaku dalam PAS. Tidak kedengaran ribut kecuali sekadar kocakan air dalam cawan.

PAS Gua Musang tidak ketandusan tokoh muda. Pemangku Yang Dipertua (YDP) kawasan, Dr Zulkifli Muhamad, 44, (kiri) Naib YDP, Husin Embong, 45, (tengah) dan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Abdullah Husien, 38 boleh menjadi pilihan terbaik.

Kesemua mereka lulusan universiti dalam dan luar negara. Dr Zulkifli lulusan perubatan Universiti Malaya. Pernah berkhidmat di Hospital Kota Bharu dan terakhirnya di Pusat Kesihatan Ciku 3. Sekarang mengendali klinik sendiri di Cikuu 3.

Hussin pula lepasan bidang kejuruteraan di England. Kini seorang ahli perniagaan yang berjaya di Gua Musang.

Ustaz Abdullah pula lepasan Universiti Al Azhar, Mesir. Selama lima tahun beliau belajar agama di Mesir. Pernah menekuni ilmu di Pondok Kandis Bachok.

Sekarang berkhidmat tenaga pengajar di Unit Dakwah Halaqat. Isterinya, Ramlah Abu Samah juga lepasan Al Azhar.

Biar apa pun calon PAS dijangka diketahui pada malam 21 Oktober ini. Ceramah perdana pengisytiharan calon tersebut turut menampil Penasihat Keadilan, Datuk seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Apa yang pasti pusingan awal memperlihatkan Umno tenggelam dengan masalah dalaman. Silap percaturan misi Umno gagal lagi di bawah Ku Li.

Harakahdaily/-


03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


ahmadmaslan.com: Melawat mangsa banjir <b>di Rantau Panjang</b>

Posted: 01 Mar 2013 07:48 AM PST

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Gambar Ceramah PENDITA <b>di</b> Kg. Delima Dun <b>Wakaf</b> <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2013 01:00 AM PDT


Rakyat Kelantan tak sabar untuk TUKAR Kelantan!1 M percaya calon BN nanti diwakili Ulama dan pengetahuan tentang agama....Insyallah Rakyat Kelantan akan menerimanya...Aminnn

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di dabong</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Mar 2013 03:11 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

DUNIA ITU: Isu sampah <b>di Dabong</b> selesai

Posted: 27 Sep 2012 11:30 PM PDT


KUALA KRAI - PEMBUKAAN tapak pelupusan sisa pepejal baru di Dabong, awal minggu ini, meletakkan Majlis Daerah Dabong (MDD) kini di landasan betul ke arah menjadikan daerah pedalaman itu sebuah penempatan yang bersih, indah dan sejahtera.

Bukan sahaja mampu menampung sampah penduduk, malah pembukaan kawasan seluas 3.6 hektar itu menamatkan usaha MDD mencari lokasi sesuai untuk dijadikan tapak pelupusan sisa pepejal kekal sejak sekian lama.

Perkhidmatan majlis daerah itu selaku pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam juga dijangka lebih efisien terutama dari segi penjimatan kos dan kepuasan pengguna.

Selain itu, pelbagai masalah berkaitan seperti tempat pembuangan sampah haram; pemandangan kurang menyenangkan; punca penyakit serta pencemaran alam sekitar dan bau diharap dapat diatasi.

Tapak lama ditutup

SETIAUSAHA MDD, Md Yani Mat Zin berkata, dengan pembukaan tapak baru itu, tapak pembuangan sampah di Jalan Sungai Sam--Dabong dan Jalan Kemubu, dekat sini, ditutup sepenuhnya.

Menurutnya, usaha mencari kawasan bagi pembinaan tapak pelupusan itu sudah lama dilakukan MDD namun kini baru berhasil disebabkan halangan tertentu seperti kekangan peruntukan dan kesesuaian lokasi.

Katanya, kejayaan menamatkan pencarian MDD selama bertahun-tahun untuk tapak pelupusan baru itu hasil sokongan banyak pihak terutama Kerajaan Negeri, pejabat tanah dan wakil rakyat.

"Kita (MDD) sudah ada tapak pelupusan sisa pepejal di Bukit Tembeling tetapi jarak dari sini (pekan Dabong) ke sana lebih kurang 55 kilometer, jadi kos pengangkutan agak tinggi.

"Sebab itu, kita perlu tapak pelupusan baru yang lebih dekat untuk sampah dari Dabong dan beberapa penempatan sekitar seperti Kemubu dan Kuala Geris," katanya.

Hanya sementara

DITANYA tapak pelupusan sampah di Jalan Sungai Sam-Dabong yang menimbulkan rungutan ramai kerana terletak di tepi laluan utama, Md Yani berkata, kawasan itu tapak sementara dan dalam proses ditutup sehingga lokasi baru ditemui.

Malahan katanya, ketika laporan akhbar menyiarkan aduan mengenai longgokan sampah di tapak lama itu pada 16 September lalu, kerja menyiapkan tapak baharu sedang berjalan.

"Sebelum ini, tidak jadi masalah kerana tapak ini jauh dari kediaman dan hanya dilalui penduduk tetapi selepas jadi jalan raya dan digunakan orang luar, baru sampah di kawasan ini jadi isu.

"Dulu memang bila musim hujan atau banjir, kita buang sampah di tapak lama tetapi dengan pembukaan tapak pelupusan baru ini, tapak lama ditutup sepenuhnya," katanya.

Kerjasama semua pihak

SUSULAN pembukaan tapak pelupusan baharu itu, Md Yani meminta penduduk dan pihak luar seperti pengusaha asrama dan pelaksana projek pembangunan di Dabong agar lebih prihatin terhadap aspek kebersihan awam.

Katanya, biar pun belum ada tindakan undang-undang diambil ke atas pihak yang membuang sampah di kawasan larangan, MDD memandang serius perbuatan itu dan tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas.

"Jika terpaksa uruskan sampah dalam jumlah banyak seperti pengusaha asrama, mereka boleh minta khidmat kami untuk bantu melupuskannya dengan sedikit caj perkhidmatan," katanya.

Menurutnya, antara lokasi dikenal pasti menjadi tempat pembuangan sampah dan sisa pepejal secara haram sebelum ini ialah di laluan utama ke Kampung Kemubu, dekat Dabong.

Mampu bertahan lama

SEMENTARA itu, tinjauan di Jalan Kemubu mendapati, masih ada pihak berdegil terus membuang sampah di kira dan kanan laluan berkenaan walaupun terdapat papan tanda larangan dipasang MDD.

Manakala, di tapak pembuangan lama yang ditutup di Kilometer 7, Jalan Sungai Sam-Dabong pula, longgokan sampah dan sisa pepejal di tepi laluan utama itu sudah dibersihkan.

Logiknya, dengan jumlah sisa pepejal diuruskan MDD tidak sampai satu tan atau 100 kilogram sehari, tapak pelupusan baru berhampiran simpang masuk ke pekan Dabong itu dilihat mampu bertahan untuk jangka masa panjang.

Sinar Harian 28 Sep 2012

BLOG KELANTAN: 03 <b>di dabong</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Mar 2013 03:14 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Eksklusif : Bandar Baru <b>Dabong</b> | :: cina islam | 2013 ::

Posted: 17 Feb 2006 07:22 AM PST

29 Syawal 1431 H
Oleh: Mr. President

Apa jadi dengan Projek ini??

Pernah disiarkan di dalam HARAKAH suatu tahun dahulu. Kenapa sekarang ini senyap sepi??? Mentang-mentang ianya di Dabong, semuanya jadi tak kena...

KUALA KRAI, 13 Feb - Dabong yang terkenal dengan keindahan Gunung Stong bakal menjadi pusat pertumbuhan utama di pedalaman Kelantan apabila sebuah bandar baru dibina di kawasan tersebut.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bandar baru itu dirancang di kawasan seluas 65 ekar yang terletak tidak jauh daripada jambatan baru Dabong - Jelawang.

Katanya, pelbagai infrastruktur bakal dibina di kawasan tersebut antaranya, masjid, pejabat-pejabat kerajaan negeri dan Persekutuan, taman perumahan, balai polis, kompleks sukan, hentian bas dan stesen minyak.

"Saya berharap cadangan untuk membina masjid dan balai polis hendak dibuat di kawasan berdekatan bagi membolehkan mereka yang ditahan di lokap boleh mendengar azan dari masjid.

"Selain itu, perlu dipastikan lokasi masjid juga tidak jauh dari stesen minyak bagi memudahkan pelancong yang singgah dapat meninjau kawasan masjid. Kita perlu fikir cara bagi membolehkan orang bukan Islam juga berminat untuk berkunjung ke masjid," katanya pada program taklimat sempena lawatan kerja ke Majlis Daerah Dabong (MDD) semalam.

Selain itu, beliau berharap pihak berkuasa tempatan mencari kaedah sesuai untuk menarik kedatangan pelancong asing yang gemarkan keindahan alam semulajadi di Dabong. Terdapat tiga lokasi pelancongan utama di Dabong iaitu Gua Ikan, Gunung Stong dan Lata Kertas.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga kesal kerana kawasan rekreasi terbabit dicemari dengan unsur-unsur vandalisme.

Hadir sama, anggota Exco kerajaan negeri, Takiyuddin Hassan,

Pengarah Perancang Bandar dan Desa, Haji Mohamad Ibrahim, Yang Dipertua MDD, Haji Mat Jusoh Hussin, Penyelia DUN Dabong, Arifabillah @ Mohd Asri Ibrahim dan ahli-ahli majlis daerah.

Pekan Dabong terletak kira-kira 150 kilometer dari Kota Bharu dan 80 kilometer dari Bandar Kuala Krai. Ia boleh dihubungi melalui jalan raya simpang tiga Kuala Krai – Gua Musang di Sungai Syam ke Dabong dan Jeli – Jelawang - Dabong.

Mohamad berkata, bandar baru dicadangkan di Dabong memandangkan kedudukan pekan lama begitu sendat dan tidak sesuai lagi dibangunkan kerana terhalang dengan Sungai Galas dan landasan kereta api.

"Kita menjangka sekiranya penduduk Dabong mencecah 25,000 orang, pekan lama yang ada sekarang tidak sesuai lagi untuk menampung

jumlah tersebut," ujarnya. Bilangan penduduknya sekarang sekitar 13,000 orang. Pada sebelah malamnya, Menteri Besar mengisytiharkan MDD secara rasmi bagi menggantikan nama lamanya Majlis Daerah Kuala Krai Selatan.


03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Mar 2013 03:53 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

TUKAR KELATE!: #TukarKelantan : 20 ribu rakyat <b>Kelantan</b> naik <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2013 06:28 AM PST


Satu perhimpunan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Kelantan yang diberi nama Perhimpunan Orang Kelantan Naik Angin telah diadakan petang tadi bertempat di padang SMK. Tengku Panglima Raja, Lemal, Pasir Mas, Kelantan.

Tema perhimpunan tersebut adalah "Rakyat tertekan, bertimbun masalah". Tetamu istimewa pada perhimpunan tersebut adalah negarawan terulung negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta isterinya Tun Dr. Siti Hasmah.

Turut hadir ke perhimpunan tersebut adalah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Dato Ibrahim Ali, Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, YB Dato Zulkifli Noordin dan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato Seri Mustapa Mohamed.

Perhimpunan tersebut dihadiri lebih 20,000 rakyat Kelantan yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu Tun Dr. Mahathir secara lebih dekat. Sesungguhnya sudah lama rakyat Kelantan menantikan kehadiran Tun Dr. Mahathir ke bumi Kelantan.

Tun Dr. Mahathir disambut meriah dengan penuh tradisi melayu Kelantan. Beliau telah disambut dengan 88 pulut semangat, 88 sireh junjung, 88 bunga dan 500 orang pendikir. Angka 88 memberi simbol kepada umur Tun yang sudah mencecah 88 tahun.


Walaupun umur beliau sudahpun 88 tahun, namun beliau masih lagi sihat dan bersemangat untuk berjuang demi negara. Sehingga sekarang, beliau masih lagi digeruni oleh pembangkang walaupun beliau sudah tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan.
Sambutan hebat rakyat Kelantan terhadap kunjungan Tun Dr. Mahathir ke Kelantan menunjukkan bahawa rakyat Kelantan sangat menghargai jasa Tun Dr. Mahathir terhadap negara.

Lihat gambar-gambar sekitar perhimpunan tersebut di bawah.

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Asal Bukan Dali muncul <b>di Pengkalan Chepa</b>

Posted: 16 Jan 2013 01:35 AM PST

PENGKALAN CHEPA: Kalau sebelum ini kita sering melihat perkataan ABU (Asal Bukan Umno), namun sekarang muncul pula ABD (Asal Bukan Dali).

Perkataan ABD ada yang dicetak pada baju t-shirt. Selain itu ada juga sepanduk yang ditulis perkataan tersebut.

Segalanya bermula 5 Januari lalu apabila lebih 50 ahli Umno daripada 23 cawangan di bahagian Pengkalan Chepa berhimpun di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra menuntut Ketua Bahagian, Datuk Dali Hussin meletak jawatan.

Turut berhimpun anggota jawatankuasa Umno bahagian berkenaan dan ketua-ketua cawangan.

Ekoran tersebar pergolakan dalaman yang semakin parah itu, Umno Pengkalan Chepa cuba pula "menyerang" PAS dengan mendakwa ada bekas muslimat PAS menyertai Umno kerana kecewa tidak mendapat apa-apa bantuan.

Beberapa nama disiarkan media baru-baru ini kononnya menyertai Umno termasuk Che Semah Che Yah, 57 dan Aminah Mahmood, 57. Mereka dikatakan menyertai Kursus Kepemimpinan dan Pembangunan Insan Wanita Pengkalan Chepa.

Ketua Penerangan PAS Pengkalan Chepa, Mohd Azmi Nor (gambar) berkata, tidak ada penyokong PAS yang hadir pada program berkenaan.

Malah katanya, orang yang mengaku sebagai penyokong PAS seperti disiarkan media baru-baru ini didapati bukan ahli atau penyokong PAS.

"PAS cawangan di sini tidak kenal makcik terbabit yang kononnya mendakwa sebagai bekas penyokong PAS.

"Apa yang kami dapati mereka ialah penyokong Umno yang diarah untuk mengakui pernah menyokong PAS bagi mengalih tumpuan pergolakan dalaman Umno Pengkalan Chepa sekarang," katanya di sini.

Sementara itu Setiausaha PAS Pengkalan Chepa, Hassan Mamat berkata, seorang wanita, Zainun Jaafar dari Kampung Pulau Gajah yang mendakwa tidak pernah dibantu kerajaan negeri dan PAS adalah tidak berasas sama sekali.

Katanya, bantuan kepada anak-anaknya diberi setiap tahun bagi meringankan bebanan keluarganya ekoran kematian suami yang juga bekas aktivis PAS di kampung terbabit.

Beliau berkata, keluarga terbabit juga diberi bantuan membaiki rumahnya yang agak besar masih dalam pembinaan sekarang. Malah Maik juga datang meninjau rumah tersebut baru-baru ini.

"Segala dakwaannya tidak berasas sama sekali. Ini seolah-olah dia tidak berterima kasih terhadap segala bantuan diberi kerajaan negeri selama ini," katanya.

Bagaimanapun beliau percaya ibu tunggal terbabit dipengaruhi pihak tertentu dengan membawa Ketua Wanita bahagian, Zarina Md Eusope datang ke rumahnya kelmarin.

Ahmad Seekers: Gerakan sabotaj parti <b>di Pengkalan Chepa</b>

Posted: 05 Jan 2013 05:41 PM PST

Wahai pemuda-pemudi Parti Lembu sekalian, dengar dan kenanglah akan nasihat orang tua-tua..
"Umno sama Umno jangan bergaduh, nanti Cina MCA akan bertepuk tangan"
Kenangkanlah akan nasihat orang-orang sebelum kamu ini..keh keh keh..pergi mampus, jahanam, KO laa Parti Lembu..
Ini adalah satu bentuk demo yang bagus walaupun seciput
Ini bukan sabotaj parti, tapi untuk menyelamatkan parti

Justeru, menyingkirkan Najib Razak pada PRU 13 nanti
bukanlah bentuk sabotaj, tapi untuk menyelamatkan parti

Ingat pemuda-pemudi Parti Lembu sekalian akan nasihat
"Umno sama Umno jangan bergaduh, nanti cina MCA bertepuk tangan"

INI BARU BETUL-BETUL DEMO

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di demit kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2013 11:54 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Kelantan</b> rintis negara berkebajikan PAS | PAS DUN <b>Demit</b>

Posted: 29 Jan 2008 01:09 AM PST

Cara Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Annuar Musa menyerang Negara Berkebajikan PAS menunjukkan BN menentang konsep menjadikan Malaysia lebih berkebajikan.
Cabaran beliau supaya PAS menunjukkan teladan sebagai negeri berkebajikan telah lama bersambut. Namun Kerajaan Negeri Kelantan tidak harus sama sekali disamakan dengan Kerajaan Persekutuan.

Membandingkan Kelantan sebagai Kerajaan Negeri berbanding Malaysia yang mempunyai kuasa Persekutuan seperti menerima cukai petroleum dan hasil cukai langsung dan tidak langsung yang lain, samalah membanding anak masih bersekolah dengan bapa yang kaya raya dengan harta pesaka di  samping pendapatan sendiri. Kerajaan Persekutuan juga menerima faedah dari khazanah minyak negara yang tidak dimiliki Kerajaan Negeri seperti Kelantan.

Kos hidup di Kelantan juga masih dikekalkan rendah di atas kejayaan pengurusan Kerajaan Negeri atau agensinya. Tarif air misalnya. Tarif  AKSB adalah yang keempat terendah di Malaysia iaitu 0.55 sen per meter padu. Bandingkan apa yang perlu di bayar penduduk Perak (73 sen), Selangor (0.77 sen), Johor (90 sen) per meter padu domestik.

BThe image agi kakitangan Kerajaan Kelantan pula mereka beryukur kerana mendapat Skim Pinjaman Perumahan, Kenderaan dan Komputer tanpa dikenakan interest. Ini menunjukkan Kelantan, negeri yang berkebajikan sekiranya dibandingkan dengan pinjaman PPTN yang dikenakan kos perkhidmatan  4 peratus.

Orang awam yang terdesak kewangannya juga merasai tempias nikmat Negeri Berkebajikan di mana Kerajaan Kelantan memperkenalkan Pajak Gadai Islam Ar-Rahn. Sistem yang dipelopori Kerajaan PAS ini berkebajikan berbanding pajak gadai berkonsepkan 'bunga' dan lesap barang  gadaian yang diamalkan sebelum ini atau masih diamalkan negeri-negeri lain.

Ini semua adalah plus faktor kepada kesejahteraan pelbagai lapisan penduduk Kelantan. Berikut adalah skim yang diperkenalkan Kerajaan Kelantan demi kesejahteraan rakyatnya:

• Skim Armalah dan Anak Yatim: Anak wanita yang kematian atau berpisah dengan suami diberikan bantuan sosio ekonomi dan bantuan kewangan.

• Skim Kesihatan Sakit Kronik: Skim ini membiayai kos kewangan bagi mereka yang menderita penyakit yang serius termasuk menampung kos pembedahan dan ubatan.

• Skim bantuan Orang Kurang Upaya: Khusus untuk OKU membeli peralatan, anggota palsu dan bantuan kewangan. Tahun 2007 seramai 1,610 OKU  seluruh Kelantan diberikan bantuan merangkumi anggota palsu, kerusi roda, motor roda tiga, alat pendengaran, komputer, mesin jahit dan kewangan.

• Skim Takaful Armalah: Skim perlindungan insuran yang pertama di Malaysia khusus untuk armalah. Untuk menjaga kebajikan golongan armalah ini, Kerajaan  Kelantan melantik Pegawai Pembangunan Armalah bagi melicinkan usaha menyampaikan bantuan. Skim khusus ini adalah  yang pertama di Malaysia.

• Skim Kifaalah: Skim khairat kematian untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Seramai 92, 803 wargaemas telah di daftarkan. Pada 2007 seramai 4,170 kes kematian dilaporkan dan keluarga menerima manfaat. Program ini kini ditiru beberapa pemerintah negeri lain termasuk Selangor.

• Skim Ladang Rakyat: Sehingga Januari 2008, seramai 3,693 peserta miskin pelbagai kaum termasuk 200 orang Asli didaftarkan di bawah skim ini. Mereka diberikan dividen dalam bentuk kewangan secara bulanan.  

• Bantuan Segera Bencana: Mangsa bencana seperti kebakaran, banjir dan
ribut  menerima bantuan sehingga RM5000 bagi membina kehidupan mereka.


Skim bakal  dilancarkan

Skim Rumah Rakyat: Percuma untuk golongan armalah, miskin dan orang tua manakala diskaun akan diberikan untuk mereka yang berpendapatan rendah. Sebanyak RM15 juta diperuntukkan setahun bermula 2008.

Jelas, Kelantan dan Malaysia berbeza di bawah Perlembagaan. Kelantan tidak mempunyai kuasa perlembagaan untuk kutipan cukai bagi menjana sumber pendapatan. Kerajaan Pusat mempunyai kuasa mengutip royalti minyak dan mengagihkan seperti kepada kepada Kerajaan Terengganu. (walaupun ditarik ketika PAS memerintah). Dalam masa singkat itupun, Kerajaan PAS Terengganu menghapuskan  cukai pintu di seluruh Terengganu dan kutipan tol di Kuala Terengganu.

Dengan track record itu kita yakin dapat membawakan konsep  Negara Berkebajikan di peringkat nasional jika rakyat  memberi peluang PAS memimpin Malaysia. Bandingkan pula dengan apa yang berlaku di bawah pemerintahan ala 'profit sharing' di bawah BN. Dengan hasil yang begitu besar sekalipun, Kerajaan BN mengenakan pelbagai caj untuk perkhidmatan kesihatan seperti ubatan, rawatan bersalin atau pembedahan yang dulunya percuma atau dikenakan bayaran minimum.

Tol dan tarif eletrik dinaikkan. Bayaran persekolahan membebankan dan kos hidup meningkat kerana kenaikan harga minyak hasil falsafah BN, 'tak naik harga minyak, Kerajaan BN bangkrap'.

Tidak ada salahnya rakyat Malaysia meneroka satu peluang hidup yang lebih berkebajikan dengan segala kekayaan yang dikurniakan Allah kepada negara kita.

BLOG KELANTAN: 03 <b>di demit kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Mar 2013 11:14 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jengka 19: Harian Metro: Hati

Posted: 18 Mar 2013 08:12 PM PDT


Uji ketangkasan peserta berkumpulan

Posted:

Bunyinya seperti aktiviti mencari harta karun yang biasa dilakukan pada hujung minggu. Bergerak dari satu stesen ke stesen lain selepas me­nyelesaikan cabaran atau misi yang disediakan.

Satu demi satu misi dilakukan hingga akhir­nya peserta yang tiba dulu di lokasi terakhir diangkat selaku juara.

Namun bagi peserta acara Running Hunt Malaysia yang diadakan sekitar ibu kota minggu lalu, bukan siapa yang tiba dulu jadi sasaran, tetapi tertumpu kepada siapa yang terakhir kekal di gelanggang permainan dengan tanda nama masih terlekat di belakang badan.

Bagi peminat program variasi Korea Selatan, Running Man, konsep pemainan 'mencabut tag nama' menjadi tarikan dan amat dinantikan peserta kerana itulah cabaran utamanya.

Foto

MEMBALING syiling dalam kuali leper menjadi misi pertama yang perlu diselesaikan peserta sebelum ke stesen berikutnya.

Foto

BEBERAPA kumpulan berlari menaiki tren LRT agar tidak diekori pasukan lain sejurus melakukan misi mereka.

Foto

ANTARA peserta Running Hunt Malaysia yang berjaya melaksanakan semua misi sebelum bergerak ke lokasi terakhir.


Biarpun sesebuah kumpulan atau individu berjaya mendahului misi sebelum itu, ia sekadar memberi kelebihan untuk bersembunyi dan menyusun strategi sebelum mencabut tag nama peserta yang tiba seterusnya.


Misi pertama dimulakan di stesen KL Sentral, di mana setiap pasukan seramai enam peserta diberikan kad klu untuk misi seterusnya. Semuanya menerima klu yang sama iaitu perlu membeli tiket tren LRT dari lokasi permulaan sehingga ke stesen KLCC.

Bagaimanapun, setiap pasukan perlu turun di setiap stesen sebelum lokasi terakhir bagi menyempurnakan misi. Di stesen Pasar Seni, peserta perlu membaling duit syiling dalam kuali leper ­dengan diberikan peluang sehingga tiga kali cubaan setiap seorang.

Jika gagal dalam cabaran ini atau mana-mana misi berikutnya, penalti dua tren dikenakan pada pasukan terbabit. Bermakna, kumpulan berkenaan perlu melepaskan dua perjalanan tren LRT sebelum boleh meloncat masuk ke tren ketiga untuk menyambung misi.

Misi diteruskan ke stesen berikutnya dan misi Cham Cham Cham ini memerlukan peserta berpaling ke arah bertentangan daripada ­'tangan kuning' yang diletakkan di depan, contohnya jika tangan menuding ke kanan, muka perlu berpaling ke kiri dan sebaliknya.

Misi ini menjurus kepada daya tumpuan penglihatan peserta, selain fokus kepada bunyi Cham Cham Cham yang dilakukan kru.

Meneka 10 perkataan atau ayat seperti yang dilakonkan (Riddles for Seconds) ­dalam tempoh dua minit pula menjadi cabaran di hentian seterusnya. Apa yang diperlukan ialah kemahiran ­salah seorang ahli kumpulan ­dalam menyampaikan ayat kepada rakannya, sama ada dalam cara lakonan, gerak tubuh atau memberikan klu berkaitan secara lisan.

Misi Twist or Twisted kemudiannya membuatkan pergerakan beberapa pasukan tergendala kerana peserta diminta menyebut sepotong ayat yang bunyinya hampir sama dalam tempoh 30 saat.

Kemuncaknya di stesen akhir apabila setiap pasukan perlu mencari kru berdasarkan klu yang diberi sebelum bergerak ke taman berhampiran Jalan Ampang untuk misi kelangsungan tag nama.

Seperti apa yang berlaku dalam program popular dibarisi nama besar Korea antaranya Yu Jae-suk, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook, Ha-ha, Lee Kwang-su, Gary dan Song Ji-hyo itu, adegan terakhir iaitu mencabut tag nama sememangnya menakutkan.

Kala setiap peserta Running Hunt Malaysia menerima kemeja-T velcro yang mempunyai tanda nama Running Man dalam tulisan Korea di belakangnya selepas pendaftaran, masing-masing asyik cuba mengoyakkannya sesama sendiri.

Menjadi peserta pertama yang dicabut tag namanya juga amat menggerunkan dan ia sememangnya saat paling diingati penulis ­sehingga ke hari ini.

Kisahnya, peserta diminta mencari seberapa banyak bola bertanda 'R' dalam tempoh ditetapkan dan pasukan penulis (Harian Metro) me­ngambil keputusan berpecah kepada tiga bagi memudahkan carian.

Kurang lima minit kami bergerak, penulis bersama seorang ahli pasukan berjaya menjumpai sebiji bola tapi disebabkan kami ralit mencari bola lain di sekitar pokok berhampiran, sekumpulan gadis bertudung mula menghampiri kami.

Semuanya menuju ke arah penulis dan seperti apa yang dilakukan dalam Running Man, penulis sedaya upaya mengelak daripada menjadi mangsa tag nama.

Beberapa kali cuba membolosi mereka, tetapi tidak berjaya hingga penulis mengambil keputusan berbaring di lantai bagi melindungi tag nama.

Dengan rakus dua gadis terus memegang kaki, dua lagi di kedua belah tangan sementara seorang gadis gempal (yang mungkin ketuanya) terus menolak tubuh penulis supaya tangannya berjaya mencangkuk leher penulis. Dengan pantas dia mencabut tag nama ­sehingga koyak kemeja-T yang dipakai lalu menampakkan sebahagian besar belakang tubuh penulis.

Mujur ia berlaku berhampiran pusat beli-belah dan kru penganjur banyak membantu kala penulis bergegas membeli kemeja-T baru.

Misi mencari bola 'R' itu bagaimanapun diubah pada saat akhir atas beberapa masalah, lalu penganjur terus membawa peserta ke tanah lapang untuk acara paling dinantikan tag nama.

Setiap pasukan boleh menurunkan seberapa ramai ahli tapi mengikut jumlah bola yang berjaya dikumpul pasukan terbabit. Seorang demi seorang tersingkir ­hinggalah berakhir dengan pertarungan sengit antara wanita dan lelaki.

Sememangnya ia pengalaman baru bagi kami. Selalunya, insiden menakutkan ini cuma dapat ditonton dalam Running Man tanpa ada perasaan takut atau bimbang kerana penonton terhibur dengan aksi serta gelagat lucu mereka.

Erik Sim Ziheng, 17, yang mewakili pasukan Race In muncul juara selepas berjaya menarik tag nama Teh Shuyi, 21, daripada pasukan Powerpuff Girl, sekali gus membolehkan kumpulannya membawa pulang hadiah utama wang RM300.

Menurut penganjur ­Running Hunt Malaysia, Cheong Wei Ling, aktiviti ini diada­kan sebagai tanda sokongan peminat Running Man di Malaysia serta memberi peluang peminat merasai pengalaman menyelesaikan misi seperti dalam program televisyen popular itu.

"Kami menganjurkannya kerana ia belum pernah diada­kan lagi meskipun Running Man mempunyai ribuan peminat di Malaysia. Penyertaan yang kami terima amat menggalakkan ­hingga perlu dipecahkan kepada dua sesi, tujuh di sebelah pagi manakala lapan pasukan pada sesi petang.

"Dengan adanya Running Hunt Malaysia ini diharap­kan peserta dapat menimba pengalaman baru dan saling menjalin hubungan baik ­sesama peminat Running Man.

"Pada masa sama, kami juga harap ia dapat menarik perhatian produksi Running Man untuk mengadakan rakaman program mereka di Malaysia selepas Thailand, China, Hong Kong, Macau dan Vietnam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/19

Berkorban demi cintakan al-Quran

Posted:

Melahirkan golongan hafiz profesional yang komited menerajui kepentingan agama, bangsa dan negara bukanlah satu tugas mudah kerana ia memerlukan sokongan dan perhatian semua pihak.

Bersandarkan kepada pepatah Melayu yang berbunyi 'jika tidak dipecah­kan ruyung, manakan dapat sagunya', sekumpulan guru yang bertugas di kelas pengajian pondok moden Darul Halim di Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang wajar dipuji kerana mengadakan pelbagai usaha untuk menambah golo­ngan cerdik pandai dalam bidang agama.

Walaupun pelajar di sekolah pondok berkenaan tidak mengharungi sesi persekolahan biasa, mereka tetap diasuh mengikut jadual yang ditetapkan setiap hari bermula waktu Subuh sehinggalah waktu tidur pada jam 11 malam.

Acuan hidup mereka sudah ditetapkan dan mereka melakukannya dengan penuh kerelaan termasuk membersihkan kawasan rumah, memasak dan mengemas serta melakukan kerja khidmat ma­syarakat di komuniti setempat di samping tugas hakiki mereka menghafaz al-Quran dan mendalami ilmu agama.


Peluang bersua muka dengan beberapa penghuni yang berusia antara 13 hingga 21 tahun itu membuktikan keazaman dan kesunggu­han pengurusan sekolah pondok moden itu dalam melahirkan 'pewaris' zaman kegemilangan tamadun Islam suatu ketika dulu.


Pelajar paling dewasa, Ahmad Husaini Ibrahim, 21, berkata, kepentingan ilmu akhirat membuatkannya nekad berpisah sementara dengan keluarga di Kampung Demit, Kubang Kerian, Kelantan.

Menurutnya, walaupun mengalami kesukaran untuk bergerak kerana tergolong dalam orang kelainan upaya (OKU), dia tetap berusaha untuk berdikari dan melakukan yang terbaik mencapai cita-citanya menjadi seorang hafiz satu hari nanti.

Ahmad Husaini tidak menafikan cabaran yang perlu dihadapi setiap hari dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar 'pondok' yang menjurus kepada usaha menghafal al-Quran sepanjang masa.

"Rutin kami bermula selepas Subuh, mengemas bilik, bersarapan dan melakukan aktiviti bebas seperti membersihkan kawasan rumah dan membasuh pakaian.

"Kelas hafazan bermula selepas Zuhur hingga Asar. Di sini, kami menghafaz secara berkumpulan dan teguran dibuat jika berlaku kesilapan ketika menghafaz," katanya.

Bekas pelajar Maahad Tok Kenali, Kota Bharu itu berkata, walaupun menghadapi kesukaran turun naik tangga kerana bilik tidurnya terletak di tingkat atas manakala kelas al-Quran di tingkat bawah, faktor itu tidak pernah menjadi penghalang untuknya bersama rakan lain dalam setiap aktiviti yang diadakan.

"Memang susah sikit tetapi saya tidak kisah selagi dapat beriadah, makan minum dan membaca al-Quran di tingkat bawah rumah dua tingkat ini," kata anak ketujuh daripada sembilan beradik itu.

Ahmad Hafizuddin Abdul Mubin, 16, berkata, walaupun pernah belajar di dua sekolah aliran agama yang turut menyediakan akademik bagi menyeimbangkan pendidikan dunia dan akhirat, anak bongsu daripada lapan beradik itu mengambil keputusan untuk berhenti dan sambung belajar di Darul Halim.

"Saya tahu tanpa kelulusan dalam bidang akademik, penghuni di sini agak sukar mendapatkan pekerjaan tetapi saya percaya rezeki di tangan Tuhan dan Dia sudah menetapkan segala-galanya untuk kita," katanya yang berasal dari FELDA Jengka 2.

Bekas pelajar Maahad Tahfiz Darul Hijrah, Jengka itu berkata, kejayaan dua abangnya, Ahmad Kamri, 28, dan Ahmad Fariduddin, 24, yang menjejakkan kaki ke Universiti al-Azhar, Mesir dan Universiti Islam Medan, Indonesia mendorong­nya belajar di Darul Halim.

"Saya bukan menolak ilmu akademik tetapi amat menyayangi bidang hafazan ini kerana mahu mendalami ilmu agama. Kami bukan saja menghafaz tetapi juga cuba memahami isi kandungan al-Quran itu sendiri.

"Tinggal sepenuh masa di sini juga mengajar kami erti kehidupan berkeluarga. Kami menguruskan keperluan sendiri, memasak, bermain dan bersukan malah turut membantu membersih­kan kawasan persekitaran rumah jiran secara sukarela," katanya yang ditugaskan menyediakan makanan kepada penghuni di situ.

Menurutnya, naskhah al-Quran mempunyai nilai yang sangat tinggi malah diabadikan sebagai khazanah terulung dalam dunia Islam dan menjadi tinggalan Nabi Muhammad SAW yang paling agung.

"Apabila kita cinta kepada al-Quran, ia akan memberi kekuatan untuk menghafalnya. Seronok belajar di sini kerana dunia kami di sini dikelilingi kitab suci al-Quran dan jiwa sentiasa dibasuhi ayat al-Quran dan menjadi pendinding dan penenang jiwa," katanya.

Bagi dua penghuni berasal dari Kemboja, Zakaria Abdullah, 17, dan Mohd Razali Zakaria, 16, kehadiran mereka di Darul Halim secara tidak langsung membantu mereka mendalami ilmu agama.

Bagi Zakaria, peluang belajar al-Quran saat paling indah dalam hidupnya kerana dapat mengetahui kandu­ngan kitab suci itu dengan lebih terperinci.

"Kami bukan setakat menghafal tetapi juga mencari maksudnya dan saya dapat membayangkan betapa indahnya menjalani kehidupan sebagai seorang Islam jika kita mengetahui isi kandungan al-Quran itu sepenuhnya.

"Walaupun baru empat bulan di sini, saya gembira dapat belajar dan melakukan aktiviti secara bersama. Secara tidak langsung dapat melupakan kerinduan kepada keluarga buat sementara waktu," kata anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

Walaupun berasal dari Phnom Penh, keluarga Zakaria sudah lama menetap di Ulu Tiram, Johor dan kehadirannya di Darul Halim secara sukarela kerana mahu menjadi seorang hafiz dan berhasrat kembali ke Kemboja untuk mengajar al-Quran satu hari nanti.

"Saya gembira di sini kerana mempunyai rakan yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain dan saling membantu jika berhadapan masalah dalam apa juga perkara," katanya.

Mohd Razali pula berkata, kehadirannya di Darul Halim berlaku secara tidak langsung apabila seorang guru agama di kampungnya, Kampung Cham mempelawanya ke Malaysia dan belajar agama.

"Saya terus bersetuju kerana tidak mahu menyusahkan keluarga yang sememangnya hidup dalam kemiskinan di sana. Saya masih belajar menyesuaikan diri dengan rakan di sini kerana kurang fasih berbahasa Melayu tetapi ia sama sekali tidak menjejaskan saya untuk menghafal al-Quran," katanya yang dibantu Zakaria menterjemahkan apa yang dikatakan.

Anak ketiga daripada tujuh beradik itu bernasib baik kerana tidak dipinggirkan rakan lain kerana kesukarannya bertutur dalam bahasa Melayu dan kini giat melatih diri untuk berbuat demikian.

"Walaupun kadangkala terbit rasa rindu dan ingin kembali ke pangkuan keluarga, saya terpaksa kuatkan semangat demi membela nasib keluarga dan berhasrat untuk bekerja sebagai guru agama apabila pulang ke kampung," kata­nya.

Pegawai Darul Halim, Mohd Farid Othman, 44, berkata, seramai 16 pelajar sedang mengikuti kelas hafazan di bawah pengawasan Ustaz Abdul Halim Mahmud, 43, yang juga seorang penghafaz al-Quran berpe­ngalaman bermula September lalu.

"Kami hanya menerima pelajar lelaki berusia antara 13 hingga 21 tahun. Di sinilah tempat tinggal mereka dan belajar setiap hari mendalami ilmu al-Quran dan menghafaz sehingga bersedia bergelar seorang hafiz.

"Kejujuran, keikhlasan dan ketekunan mereka menghafal al-Quran setiap hari secara tidak langsung dapat mendidik dan membersihkan hati nurani mereka, sekali gus dapat menghindarkan mereka daripada terbabit dengan gejala salah laku yang semakin menular dalam kalangan remaja mutakhir ini," katanya.

Menurutnya, bukan mudah untuk menarik minat golongan remaja mencintai kitab suci al-Quran dan menjadikannya sebagai 'teman setia' sepanjang hari.

"Justeru, saya hormati dan menghargai semangat juang mereka datang ke sini untuk belajar al-Quran, sekali gus membasahi bibir mereka dengan ayat al-Quran setiap hari demi merealisasikan impian menjadi penghafaz al-Quran," katanya.

Menurutnya, pihak­nya tidak meletakkan syarat tertentu tetapi pelajar yang datang ke Darul Halim mestilah benar-benar ikhlas dan mahu belajar menjadi seorang hafiz al-Quran.

"Walaupun kami me­ngenakan yuran pendaftaran dan pengajian, bagi keluarga yang tidak mampu, kami tidak memaksa mereka menjelaskannya, sebaliknya menyumbang sekadar termampu saja," katanya.

Mohd Farid berkata, Darul Halim yang membawa maksud 'Yang Maha Lemah Lembut' ditubuhkan bagi memenuhi hasrat arwah bapanya, Othman Ibrahim iaitu pengasas Yayasan Othman Ibrahim yang ditubuhkan pada 1985 dengan memberi fokus kepada pembangunan pendidikan Islam.

"Semoga hasrat arwah bapa untuk melahirkan ramai penghafaz al-Quran akan terlaksana dengan kewujudan Darul Halim ini dan mewarnai dunia cendekiawan Islam Pahang satu hari nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/19

ads