Pemandangan menarik ini Paksu rakamkan semasa dalam perjalanan ke Kota Bahru baru-baru ini. Mesjid yang sedang dalam kerja-kerja pengubahsuaian ini terletak di Pekan Kok Lanas, Kota Bahru, Kelantan. Menarikkan bentuk kubahnya yang boleh nampak dari jauh lagi samada kita dalam perjalanan dari Machang ke Kota Bahru atau sebaliknya.
Kali ini Paksu hanya sempat merakamkan photonya sahaja tampa singgah bersolat. InsyaaAllah dilain waktu rasanya akan dapat singgah juga untuk menjengah dekorasinya didalam dan mengerjakan solat waktu atau sunnatnya.
CATATAN RAYASemalam adalah majlis rumah terbuka Aidifitri terakhir untuk siri 1434H atau 2013M ini yang saya hadir. Ia merupakan majlis rumah terbuka anjuran Pas kawasan Kuala Krai. Lokasinya di Taman Medan, Jalan Klang Lama, sama lokasi tahun lepas. Pas kawasan Kuala Krai boleh dikatakan antara Pas kawasan yang aktif dalam mengambil 'cakna' kepada rakyat terutamanya pengundi yang berada di luar kawasan seperti Lembah Klang. Setiap tahun majlis seumpama itu diadakan.
Pas kawasan ini juga konsisten dalam menjaga dan mempedulikan pengundi. Mereka bukan saja mendekati rakyat semasa menjelang pilihan raya, tetapi boleh dikatakan sepanjang masa. Ada-ada sahaja program yang diaturkan. Kepedulian berusan tanpa mengira masa ini juga melambangkan keikhlasan Pas kawasan ini dalam menjaga rakyat.
ZAWARI Abd. Rashid (kiri) bersama-sama Juruaudit Jabatan Audit Negara Negeri Kelantan dan juga wakil dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan melihat bengkel pastri di Pengkalan Chepa, Kelantan.
KOTA BHARU 15 Ogos – Usaha penghuni Penjara Pengkalan Chepa kini mendapat pengiktirafan apabila pelbagai produk pastri keluaran mereka menerima sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Lebih 30 produk makanan yang dikeluarkan oleh institusi tersebut termasuk kek lapis Sarawak diakui mengikut piawaian dari segi pengurusan bengkel yang lebih bersih dan teratur.
Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Penolong Kanan Komisioner Zawari Abd. Rashid, berkata sijil halal tersebut dikeluarkan selepas disahkan oleh Juruaudit Jabatan Audit Negara Negeri Kelantan dan juga wakil dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK).
"Sebelum ini, institusi penjara telah mengikuti piawaian yang ditetapkan dan ternyata usaha kami selama ini membuahkan hasil selepas menerima pengiktirafan ini.
"Setiap produk yang dikeluarkan dari bengkel pastri ini terjamin kebersihannya dari segala pencemaran mahupun sebarang jangkitan penyakit," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di bengkel pastri Penjara Pengkalan Chepa, di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Wan Sani Abdul Latiff.
Zawari berkata, pihaknya menerima tempahan pada Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini kerana pengeluaran untuk sambutan perayaan itu sudah dijalankan sejak beberapa minggu lalu.
"Kek lapis Sarawak merupakan satu-satunya produk yang paling istimewa dan ia menjadi produk utama di Penjara Pengkalan Chepa selain beberapa produk makanan baru yang dikeluarkan.
"Antaranya seperti pulut bakar, pulut panggang, cucur badak, pau kacang, pau sardin, martabak mini, karipap ayam, karipap daging, roti dan donat yang boleh ditempah orang ramai," katanya.
Beliau berkata, rata-rata pelatih yang bekerja di bengkel itu mempunyai kemahiran setelah menerima tunjuk ajar sepanjang mereka menjalani pemulihan di sini.
Katanya, dengan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan antara RM40,000 hingga RM50,000 setahun, pihak penjara bersedia mengeluarkan pelbagai produk makanan sama ada untuk tempahan mahupun jualan.
"Peruntukan tersebut dapat digunakan bagi membeli pelbagai bahan mentah, seperti tepung gandum, telur, marjerin, gula, mentega dan barangan lain seperti jem nenas, coklat masakan, keju, sardin, ayam, serbuk kari dan daging kisar untuk memproses karipap.
"Dalam masa sehari, banduan dan lima pegawai penjara yang ditugaskan untuk menguruskan bengkel pastri ini mampu mengeluarkan kira-kira 10 biji kek Sarawak pelbagai perisa, kuih-muih dan puding mengikut tempahan," katanya.
Tambah beliau, pihaknya berbangga apabila kebanyakan banduan yang bekerja dalam bengkel pastri itu menunjukkan sikap rajin dan bersedia untuk mempelajari kemahiran membuat pelbagai jenis kek dan kuih-muih.
"Ini selaras dengan hasrat Jabatan Penjara Malaysia untuk melahirkan penghuni penjara yang memiliki sekurang-kurangnya satu kemahiran sebagai bekal yang dapat digunakan sebaik sahaja dibebaskan kelak," katanya. – UTUSAN