Khamis, 2 Jun 2011

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Diari seorang suri rumah: Satu malam <b>di</b> KFC <b>Kok Lanas</b>

Posted: 31 May 2011 06:15 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Satu malam di KFC Kok Lanas. cerita dia akan di update kemudian hari.. so.. tengok je dulu & buat spekulasi sendiri. Posted by Norhaida at 6:15 AM. Labels: Fuzael, suka-suka ...

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


SK . <b>Jelawat</b>, Bachok, <b>Kelantan</b>

Posted: 10 May 2011 09:18 AM PDT

Ucapan penutup Penghulu bagi kursus bengkel pengoperasian LDP 2010

BismilLahirRahmanirRahimAssalamu `alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh.
Yang Berusaha
En. Sulaiman bin Daud
Penolong Pegawai PPD Pengurusan Kurikulum
PPD Bachok
Yang Berusaha
En. Rosli bin Idris
Penolong pegawai PPD Pengurusan Sekolah
PPD Bachok
Yang Berusaha
En. Zemmeri bin AbdullahPenyelaras LDP PPD Bachok
Yang dihormati
Cik Noraini bt. Mohamad
Pembantu Akauantan PPD bachok

Barisan Fasalitator
Iaitu saudara Cikgu Azam Isa, Mohd Rapi,Awang Wan Azhar Wan Ibrahim.

Saya sebagai mewakili peserta Bengkel PELAN PENGOPERASIAN 2010 LDP SECARA SCHOOL BASED pada pagi ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kehadiran Yang Berbahagia En. Sulaiman Daud Penolong Pegawai Pengurusan sekolah PPD Bachok, yang sudi hadir pagi ini bagi merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Pengoperasian 2010 LDP PPD Bachok . Dan terima kasih juga kepada En Zammeri selaku pagawai Penyelaras LDP PPD Bachok yang dapat menguruskan kursus ini dengan baik dan sempurna sehinga majlis ini berjalan dengan baik dan teratur serta budibicara , tolak ansur kerjasama dengan peserta kursus sekelian .

Saudara-saudari sekelian !

Kami juga berterima kepada pihak pengurusan LDP dan Hotel Mega View kerana dapat menyediakan berbagai jenis juadah masakan dan kuih muih yang sedap lagi lazat sehingga tidak jemu makan yang mana jarang-jarang ada dirumah kita .

Saudara , saudari sekelian !

Slot ini juga menarik kerana ada pembetangan daripada wakil kumpulan yang dapat menyampai ucapan pembentangan bengkel yang menyeronakkan iatu ustaz Rusdi yang mencuit hati semua peserta- SU LDP . serta juga penjelasan tatacara kewangan daripada Cik Noraini pembantu Akauntan PPD Bachok yang mudah difahami oleh rakan-rakan SU LDP sekelian.

Kemudahan internet juga menyeronokkan ditempat kursus ini , kita dapat membina Blog yang sempurna untuk kemudahan bersama bagi kita menghantar e-mel kepada PPD .Disini juga kemudahan mengekses internet dimana-mana saja, termasuk dibilik penginapan , tidak seperti ditempat kursus-kursus lain.

Bertambah menarik lagi slot ini disusuli dengan lawatan ke tempat-tempat sejarah di Bandar Pekan iaitu pusat Keraftangan dan Istana Sultan Pahang dan pusat membeli belah .

Dikesempatan ini, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang 3 hari 4 malam di sini.

Saya percaya tuan-tuan / puan-puan tidak sabar untuk pulang kerumah masing-masing kerana rindu dengan keluarga tersayang . Jadi sebelum mengundur diri saya ada
Sedikit pantun bagi mengakhiri ucapan ini :-

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Bunga mawar cantik berseri
Mekar disirami si embun pagi

Majlis penutup kursus LDP mengundur diri

Semuga tahun hadapan berjumpa lagi

Sekian , Wabillah hitaufiq walhidayah

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Nasuha Suhada: last day <b>di kuala krai</b> +___+

Posted: 10 Feb 2011 01:09 AM PST

assalamualaikum..

hari ni hari terakhir praktikal di hospital kuala krai. bangun pagi seperti biasa. g kerja seperti biasa. naik van pokjak warna biru. sampai dalam wad seperti biasa. take report,bedmaking,serve ubat,bla bla bla.

masa terus berlalu dan berlalu. jam lebih kurang pukul 1. puan bagi balik awal, awal 1 jam. kehkeh.

di mana ada pertemuan di situ ada perpisahan. hard to say goodbye! bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan dengan sister, stafnurse2 dan ci - puan hasbiyah dan puan aini. wuuu. lalu berlaku lah adegan mata merah berair dan hidung sokseksoksek di dalam wad rajawali. wuuu. +_____+. 3 bulan di wad rajawali. macam-macam konflik, suka dan duka dah di lalui. sayang nak tinggal wad rajawali, sebab stafnurse sangat mesra. so tidak hairan laa kalo nanges tadi pun nak menggambarkan betapa rapatnya kami degan mereka.

esok balik dahlia. so malam ni kena kemas barang2. huh.

kuala krai dalam kenangan. yey~

kami dan puan aini.

.tammat.

SUKA?KLIK LA LIKE Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


RM33 ribu bantu pembuatan seramik <b>di</b> kg Mambong | GegarKelantan.net

Posted: 04 May 2011 08:16 PM PDT

Oleh Hasnan Yahya

Datuk Takiyuddin mencuba membuat pasu dari tanah liat.

KG MAMBONG, KUALA KRAI, 5.Mei - Kesungguhan kerajaan Kelantan untuk melihat industri pelancongan sebagai punca pendapatan negeri diteruskan lagi dengan menjadikan produk berasaskan tanah liat atau lebih dikenali pembuatan seramik ditingkatkan pengeluarannya.

Kecaknaan ini dibuktikan dengan mengadakan siri lawatan ke Kampung Mambong, yang terletak di pinggir sungai Kelantan dalam jajahan Kuala Krai dengan memakan masa hampir 2 jam pergi dan balik, sebahagian Exco negeri terdiri dari Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, Abdul Fattah Mahmood, Che Abdullah Mat Nawi, Dr.Muhammad Fadzli Hassan dan Hajjah Wan Ubaidah Omar telah sempat mengunjungi kampung tersebut yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan.

Lawatan ini juga turut dihadiri oleh Adun Guchil Tuan Zamri Tuan Zakaria, Adun Mengkebang Abdul Latiff Abd.Rahman, Adun Manek Urai Mohd Fauzi Abdullah. Hadir sama Penolong Ketua Jajahan ( Pembangunan Fizikal) Mohd Zulkarnain Baharuddin, Penggawa Daerah Olak Jeram Mamat Salleh dan Penggawa Dabong Abdul Rahim Abdul Rahman.

Sebahagian produk yang dihasilkan oleh Penduduk kg Mambong

Sementara itu Datuk Takiyuddin dalam lawatan tersebut turut meluluskan sejumlah RM33 ribu bagi meningkatkan usaha pembuatan seramik dengan memberi peruntukkan pembaikian rumah rakit yang dijadikan tempat pengkalan motor sungai serta pembinaan sebuah bangsal bagi penyimpanan produk yang telah siap.

" saya berharap dengan kemudahan yang diadakan ini, industri seramik di kampung ini dapat ditingkatkan dan lebih teratur serta tidak disimpankan produk dibawah rumah seperti sekarang ini lagi"ujar beliau.

Takiyuddin juga berkata dengan kemudahan rumah rakit tersebut ia boleh menarik lebih ramai pelancong datang ke kampung Mambong bagi melihat sendiri keunikan pembuatan seramik secara tradisional ini.

Menyentuh usaha kerajaan menarik pelancong ke Kelantan, Takiyuddin berkata usaha pembuatan seramik ini boleh dibawa ke peringkat yang lebih jauh seperti menyertai pameran di peringkat nasional .

" Kerajaan bersetuju untuk membawa pengusaha seramik dari kampung Mambong ini menyertai Karnival Seni Budaya Kelantan yang akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV pada awal Julai ini"katanya lagi.

Exco Negeri bersama pembuat produk seramik

Bagi Puan Zainab Hussain,64 ketika ditemui berkata kunjungan sebahagian exco negeri ke Kampung Mambong ini amat dihargai dan tidak pernah berlaku kunjungan seperti ini dengan melibatkan ramai pembesar negeri.

" Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan negeri yang hadir hari ini dan telah meluluskan dua perkara utama iaitu penambahbaikan rumah rakit serta meluluskan pembinaan sebuah tempat penyimpanan barangan yang telah siap"ujar beliau.

Beliau yang menceburi bidang pembuatan seramik bermula semenjak usia 16 tahun lagi berkata setakat ini pihak keluarganya telah mendapat sokongan penuh dari Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai.

" Kebelakangan ini, telah ramai orang luar datang, ada juga pelajar universiti datang tengok makcik buat benda ni dan mereka amat kagum melihat hasil tangan kami di kampung Mambong ini"kata beliau lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) <b>Chiku</b>: Papan Tanda Kawasan Permainan

Posted: 11 May 2011 02:34 AM PDT

Assalammualaikum semua!

Nama saya Nurul Syazana Syhazanani Binti Aliza

Hari ini saya amat gembira kerana saya nak bawa kawan-kawan melihat apa aktiviti ibu-ibu dan bapa-bapa kawan-kawan saya di PAPN Chiku yang tercinta ini.

Pada 8 April yang lalu, PIBP telah jalankan gotong royong menyiapkan papan tanda kawasan permainan di PAPN kami. Ramai yang hadir sebagai tanda memberi sokongan terhadap aktiviti ini. Ibu saya pun ada tau!

kawan-kawan nak tengok tak gambar-gambar di sekitar aktiviti itu?

JOM LIHAT SAMA-SAMA!

 Kaum ibu sibuk membuat kerja di dalam PAPN

 Ramainya ibu-ibu yang hadir!

Tekunnya!

eh.. kat luar PAPN pula ada siapa ye?

Jom kita tengok..

 Kaum bapa sibuk menyiapkan papan untuk dipacakkan di kawasan permainan

 Bapa Putri yang ceria!

Hati-hati memaku tu..

kerjasama!

 Abah Aqil Haziq

Ini mama dan abah Shahril - sweet kan?

 Ini pula mami & abah Akif Ilham! Sweet kan?

 Tiba masa untuk mengeCAT!

 Kaum ibu dah siap ke kerja kat dalam tu?

 Jamuan ringan-ringan sahaja

Setelah penat bekerja, kita MINUM DULU!

 Sambung mengecat pula

 hampir nak siap

 Ini lah ibu saya!

 En. Zainal pun ada. Ex guard kami!

Tiba masa untuk menampal

 Masa untuk memacakkan papan tanda!

 Pacak kat sini 1

 Papan tanda Hide & Seek

 Ayah Putri & Ayah Amanina

Hasilnya...............

Lihatlah! Saya seronok bila ada papan tanda ini.

Nak klik-klik la kejap..

 

 Hide & Seek

 Saya & Aina Athira

 Gelongsor

 Kolam

 Pasir

 Pondok

Jambatan


makin cantiklah sekolah saya!




JADI........

apa yang penting???


KERJASAMA!


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Dunia Baru: Stadium Baru <b>Di Pasir Puteh</b>, Kelantan

Posted: 29 May 2011 10:25 PM PDT

Info Stadium Baru Kelantan


* Kapasiti 40,000

* Tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh

* Memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian

* Rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek

Alhamdulillah.. Setelah sekian lama peminat setia The Red Warriors menanti berita gembira ini akhirnya hari ini Menteri Besar Kelantan telah mengeluarkan kenyataan ini yang dibaca semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 18 Mei 2011..

Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini. Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium. Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri. Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti.

Cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah.

Sekian.

YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 14 Jamadil Akhir 1432H / 18 Mei 2011M

Lebih Lanjut di: http://www.ar-rifke.com/2011/05/stadium-baru-kelantan-kapasiti-40000-bakal-dibina-di-bukit-merbau-pasir-puteh.html

******

Kelantan akan bina stadium muat 40,000

sumber : Harakahdaily
KOTA BHARU, 18 Mei: Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," kata beliau.

Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium.

Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti, katanya.

Menurut Nik Aziz, cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

"Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Interaktif <b>Bunut Payong</b> | BLOG - BLOG PARTI PAS

Posted: 05 May 2011 07:03 AM PDT

KOTA BHARU, 27 April: Sejak lebih setahun lalu Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB dan Persatuan Arked Uda mendakwa saiz lot niaga di Bazar Tok Guru sempit dan mahal.

Sedangkan mereka lupa saiz lot tersebut diputus berdasar kepada kehendak persatuan kerana mahu kesemua peniaga ditempatkan di tingkat bawah.

Buktinya terkandung dalam minit mesyuarat pada 20 Januari 2010. Ketika itu persatuan diwakili Abdul Salim Ahmad dan Wan Lokman Wan Salleh.

Keluasan asal setiap lot di tingkat bawah 12 x 10 kaki persegi dan jumlah lot sebanyak 107 unit. Namun persatuan tetap mahu 415 peniaga berniaga di tingkat bawah.

Ekoran desakan itu menyebabkan kerajaan negeri mengarahkan pemaju menambah jumlah lot di tingkat bawah bagi memenuhi kehendak peniaga.

Lot tersebut akhirnya dikecilkan kepada 8 x 6 kaki persegi dan memuatkan 368 lot.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, keluasan setiap lot di tingkat bawah sudah dipersetujui wakil-wakil peniaga pada mesyuarat yang diadakan pada 20 Januari 2010.

"Sebelum itu jumlah lot di tingkat bawah memang luas iaitu 12 x 10 kaki persegi iaitu sebanyak 107 unit.

"Tetapi apabila semua peniaga mahu berniaga di tingkat bawah, jadi kita kecilkan kepada 8 x 6 kaki persegi sehingga memuatkan 368 unit.

"Inilah punca yang menyebabkan saiz lot menjadi kecil kerana kesemua peniaga mahu tingkat bawah. Dan keluasan itu sama dengan saiz lot di Pasar Lama MPKB," katanya pada persidangan media di pejabatnya hari ini.

Hadir sama dua anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Takiyuddin Hassan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Nazran Muhamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir Mustafa Salleh.

Turut dijemput hadir pada mesyuarat terseebut Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Salim Ahmad, Pengerusi Persatuan Peniaga Arked Uda, Borhan Mohd Nor dan dua lagi peniaga.

Sebelum ini Salim dilaporkan berkali-kali mendakwa saiz lot di Bazar Tok Guru sempit.

Persatuan itu juga membawa isu tersebut kepada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustafa Mohamed, namun kehendak peniaga terperap begitu sahaja, hanya sekadar mengisi ruang di halaman akhbar.

Timbalan Menteri Besar menegaskan lagi wakil peniaga terbabit bersetuju dengan keluasan 6 x 8 kaki persegi.

"Pengerusi persatuan bersetuju saiz 6 x 8 kaki persegi, dia boleh terima dan cuma beritahu mahu keselesaan.

"Dia juga ada kata tak selesa hendak hisap rokok pun tak sedap dan barang yang dijual melimpah ke luar, sedangkan kita sediakan setor di tingkat bawah," ujar Takiyuddin.

Ahmad berkata, hari ini kerajaan negeri telah putuskan untuk memberi tawaran terakhir kepada peniaga Pasar Lama MPKB dan Arked Uda untuk berpindah ke Bazar Tok Guru melalui PMBK.

Menurutnya kerajaan negeri bersetuju dan melayani hasrat peniaga-peniaga dengan tawaran harga sangat kompetitif iaitu RM63,000 di tingkat bawah dan satu Bazar Tok Guru.

Pembeli di tingkat bawah hanya perlu membayar mulai tahun kedua. Mereka dibenar berniaga secara percuma selama setahun.

Manakala pembeli di tingkat satu hanya perlu membayar pada tahun ketiga.

"Tawaran itu hanya sah sehingga 31 Mei ini dan kalau ada yang belum sempat mendaftar sehingga tarik tersebut kita beri tawaran sehingga akhir Jun depan dengan harga RM70,000.

"Selepas 31 Mei segala urusan pinjaman bank peniaga perlu mengurus sendiri," katanya.

Beliau juga berkata, mulai 1 Julai depan tiada lagi harga diskaun diberi dan peniaga ditawar pada harga asal iaitu RM92,000 di tingkat satu dan RM88,000 di tingkat bawah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Sekitar Mini Seminar <b>Di Kota Bharu</b> | Abooain.com

Posted: 11 May 2011 02:19 AM PDT

Home » Seminar & Bengkel

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Mini Seminar Asas Perniagaan Internet yang diadakan di Hotel Raudah, Kota Bharu baru-baru ini telah pun selesai. Mini Seminar anjuran Usahawan Internet Pantai Timur (UIPT) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Saya turut menyertai mini seminar ini tetapi agak terlewat sedikit tiba kira-kira 15 minit selepas majlis bermula. Para speaker nampaknya memang hebat-hebat belaka dalam berkongsi ilmu dan pengalaman mereka. Rata-rata peserta kelihatan begitu bersemangat dan tekun mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut speaker.

Para speaker yang terdiri dari Shaiful Azhan Malik, Faizul Noor, Hafiz Wasa, Peja Sukri, Son Karin, Tengku Faris dan bantu oleh rakan-rakan belakang tabir seperti Cikgu Loh, Shekh Mohd Haqimie dan emcee dihormati Mohd Firdaus serta tetamu VIP, Wan Mus dari JomHosting.

Secara keseluruhan Mini Seminar berjalan lancar dan semua memberikan yang terbaik untuk para peserta. Di bawah ini saya kongsikan beberapa gambar sepanjang majlis tersebut. Terima kasih kepada beberapa peserta yang sempat berbual-bual dan makan bersama seperti Wan Zaidi, Suhaimi, Hairil, Cikgu Ghazali dan Puan Azizah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 9% [?]

Related posts:

  1. Seminar Pakar Bisnes Internet & Bonus VIP
  2. Mini Seminar Asas Perniagaan Internet di Kota Bharu
  3. Mini Seminar Perniagaan Internet Di Kota Bharu?
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mini Seminar Asas Perniagaan Internet <b>di Kota Bharu</b> | Abooain.com

Posted: 28 Apr 2011 11:50 PM PDT

Home » Seminar & Bengkel

Assalamualaikum,

Berita baik untuk penduduk Kelantan dan Terengganu yang ingin mengetahui tentang asas Perniagaan Internet. Satu Mini Seminar akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan bertempat di Hotel Raudah. Anda akan didedahkan tentang jenis-jenis perniagaan internet yang wujud di internet ini sama ada perniagaan produk digital, perniagaan produk fizikal, perniagaan perkhidmatan mahupun perniagaan affiliate. Mini Seminar ini akan menyediakan pakar-pakar dalam bidang masing-masing untuk memberikan pendedahan secara lebih terperinci pada anda tentang jenis-jenis perniagaan online.

Kami akan dedahkan berkenaan strategi perniagaan internet yang terbukti berkesan dan mampu memberikan 'income' yang berganda setiap bulan. Ini bukan omongan kosong tetapi satu strategi yang benar-benar telah menjadikan salah seorang dari 'pakar-pakar' tersebut berjaya menghasilkan jualan di internet sehingga 4 angka dalam tempoh 4 hari. Mungkin sekali dengar macam tidak logik kan? Namun itulah realitinya, strategi tersebut memang berkesan. Anda boleh mendengar sendiri apakah strategi tersebut dan praktikkannya segera.

Mini Seminar Asas Perniagaan Internet ini akan diadakan di:

TEMPAT : Hotel Raudhah Jalan Maju, 15000 Kota Bharu
TARIKH : 7 Mei 2011 (Sabtu)
MASA : 9.00 Pagi – 5 Petang

Maklumat lanjut di:  www.impantaitimur.com

Seminar ini mendedahkan kepada anda:

1. Asas Perniagaan Internet – Penyampai saudara Faizul Noor. Beliau cukup hebat dalam membina website dan juga video bagi tujuan pemasaran internet.

2. Asas Perniagaan Produk Digital – Topik ini akan disampaikan oleh saudara Hafiz Wasa yang telah mula menjalankan perniagaan ebook sejak dari tahun 2007 lagi.

3. Asas Perniagaan Produk Fizikal – Topik ini akan disampaikan oleh 'Otai Ebay' Pantai Timur iaitu saudara Azmaharin atau lebih dikenali sebagai Son Karin.

4. Asas Perniagaan Blog – Disampaikan oleh saudara Faizal Syukri

5. Asas Perniagaan Affiliate – Saudara Tengku Faris akan berkongsikan kepada anda strategi terbukti berkesan untuk mendapat gelaran top affiliate.

Maklumat lanjut di:  www.impantaitimur.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 10% [?]

Related posts:

  1. Seminar Pakar Bisnes Internet & Bonus VIP
  2. Sekitar Mini Seminar Di Kota Bharu
  3. Mini Seminar Perniagaan Internet Di Kota Bharu?
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Fakulti Siyasah Syar&#39;iyah: Lautan Rahmat <b>di Kota Bharu</b> ...?

Posted: 22 May 2011 08:39 PM PDT

KOTA BHARU, 23 Mei: Kenyataan NGO tajaan Umno, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengutuk kerajaan negeri Kelantan membayangkan ketakutan Umno terhadap kejayaan program Munajat Anak Muda Kelantan.

Demikian kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari (gambar bawah).

Beliau mengulas laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan berita mengutuk Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang kononnya menggunakan pelajar pondok dan tahfiz.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah dilaporkan berkata bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai seorang yang bertopeng imej warak kerana sanggup memperalatkan pelajar sekolah agama di Kelantan untuk menghadiri program politik.

Fadhli berkata, hakikatnya, Umno dan Barisan Nasional gerun dengan kehadiran begitu ramai anak muda di dalam program tersebut.

Bahkan, katanya, jika Umno dan Barisan Nasional dengan segala kekuatan jentera yang ada berusaha untuk mengadakan himpunan seperti itu, ia tidak akan berjaya.

"Ini kerana budaya 'upah dan suap' yang sudah sebati dalam darah daging perjuangan mereka.

"JMM hanyalah merupakan 'budak suruhan' kepada UMNO dan hanya akan bercakap untuk kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional," kata beliau dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sepenuhnya di sini ...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Ketua Cabang PKR <b>Rantau Panjang</b> Dibicara Pada 4 Julai Ini

Posted: 09 May 2011 01:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 4 Julai ini sebagai tarikh perbicaraan kes Ketua Cabang Pakatan Rakyat (PKR) Rantau Panjang, Kelantan, Mohammad Agos Mohd Noor, yang didakwa bersubahat dengan seorang ibu tunggal untuk menerima rasuah RM50,000 berhubung pengangerahan 'Dato Diraja' daripada sebuah persatuan kerabat, tahun lepas.

Dalam prosiding sebutan semula kes itu pada Isnin, Hakim Rosbiahanin Ariffin menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa untuk kes tersebut dibicara bersama.

Abdul Razak sebelum itu memberitahu mahkamah bahawa seorang lagi Hakim Mahkamah Sesyen, Rozilah Salleh, telah membenarkan kes Mohammad Agos dipindahkan untuk dibicara bersama dengan Nor Azimah Jamaludin, 31, di hadapan Hakim Rosbiahanin.

Katanya kes Nor Azimah di Mahkamah Sesyen Shah Alam iaitu dua lagi tuduhan menerima suapan RM150,000 daripada seorang ahli perniagaan, selain dua pertuduhan pilihan menipu bagi mendapatkan anugerah yang sama, turut dibicarakan bersama.

Beliau memaklumkan seramai 10 saksi pendakwaan akan dikemukakan untuk memberi keterangan sepanjang prosiding itu.

Mohammad Agos, 52, didakwa bersubahat dengan Nor Azimah untuk menerima suapan berupa sekeping cek Public Bank Bhd bernilai RM50,000 bertarikh 7 Dis 2010 daripada Izuldin Hani Mohd Noor di Restoran McDonald, Lot 3644 dan 8081, Taman Melati, di sini, pada 8 Dis tahun lalu.

Cek itu didakwa diberikan sebagai dorongan kepada tertuduh bagi mendapatkan anugerah 'Dato' Diraja' daripada Persatuan Kerabat Diraja Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Long Yunus Negeri Kelantan.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 28(1)(C) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana satu lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mohammad Agos turut didakwa mengikut pertuduhan pilihan iaitu bersubahat dengan Nor Azimah menipu Izuldin Hani dengan memperdayakan lelaki itu untuk mempercayai bahawa Nor Azimah boleh mendapatkan anugerah 'Dato' Diraja' padahal ia tidak sah mengikut Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan.

Perbuatan itu mendorong Izuldin Hani untuk menyerahkan sekeping cek Public Bank Berhad, cawangan Jalan Raja Chulan di sini, bernilai RM50,000 bertarikh 7 Dis 2010.

Mohammad Agos didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Restoran McDonald, Taman Melati, Setapak, di sini, pada 5 petang 8 Dis tahun lepas.

Sementara itu, Nor Azimah pula didakwa menerima suapan RM50,000 dan pertuduhan pilihan iaitu menipu pada masa, tarikh dan tempat yang sama mengikut Seksyen 16(a)(A) akta tersebut dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mohammad Agos diwakili peguam Amir Khusyari Mohd Tanusi dan Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud manakala Nor Azimah diwakili peguam Mohd Nashir Hussin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


PAS Akan Tercicir <b>Kelantan</b> Dalam PRU 13 « Kickdefella

Posted: 06 May 2011 10:34 PM PDT

Muktamar PAS pertengahan tahun ini akan menyaksikan ke arah manakah para perwakilan PAS ingin membawa komitmen Parti Islam Se Malaysia bagi berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke 13 akan datang.

Tiga keputusan yang bakal menyusur. Pertama, mengekalkan tekad PAS memperjuangkan Islam sepenuhnya dan mempertahankan kedudukannya di kubu-kubu tradisinya di Negeri-Negeri Melayu. Kedua, melebarkan arus tsunami 2008 dengan meneruskan usaha meraih sokongan pemilih-pemilih bukan Melayu dan bertapak di kerusi-kerusi campuran di bandar. Atau ketiga, mengekalkan momentum 2008 disamping mempertahankan kedudukannya di kubu-kubu tradisinya di Negeri-Negeri Melayu.

Pilihan yang pertama dan ke tiga boleh mencalari komitmennya terhadap Pakatan Rakyat. Pilihan yang kedua pula boleh mengakibatkan keciciran sokongan terhadap PAS di kubu-kubu tradisinya di Negeri-Negeri Melayu.

Perwakilan PAS harus sedar, walaupun hari ini mereka menikmati jentera Pakatan Rakyat tetapi di dalam berhadapan dengan PRU13 kelak, mereka tidak lagi menikmati kekuatan maya seperti PRU12.

Hari ini kekuatan media dan media maya PAS kembali kendur seperti asalnya sewaktu PRU1999 dan PRU2004. Kekuatan media dan media maya PAS hanya tertumpu kepada pejuang-pejuang dan aktivis-aktivis parti yang dalam kata ringkas hanya mampu berhujah dengan cara totok, penuh kekerasan dan caci-maki menjurus kepada meraih sokongan dari pembaca yang sudah menyokong mereka.

Di Kelantan arus perubahan sudah mula menjadi gelombang. Penduduk di kawasan bandar dan pesisir bandar sudah mula jemu dengan kemelut yang mereka hadapi akibat kegagalan Kerajaan Negeri Pimpinan PAS menyelesaikan isu-isu asas seperti kemudahan air bersih dan sistem saliran yang baik dan kebersihan persekitaran. UMNO pula kembali menikmati sokongan yang meningkat di kerusi-kerusi tradisi mereka termasuk di kawasan-kawasan tanah rancangan yang terlepas dalam 2008.

Keputusan kajian peti-peti undi oleh PAS Kelantan sendiri menyaksikan satu pattern yang membimbangkan. PAS Kelantan sedar mereka berhadapan dengan kekalahan di Kelantan.

Nik Aziz yang putih bersih sudah tercemar dan menjadi orang biasa. Pengganti pilihan Nik Aziz, YB. Dato' Husam Musa pula tidak mungkin dapat diletakkan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri kerana tidak digemari oleh pihak Istana Kelantan yang baru. Calon popular untuk mengganti MB Kelantan itu pula, seperti YB. Dato' Ahmad Yacob dan YB. Dato' Mohammad Amar dirasai oleh Nik Aziz sebagai tidak memiliki kemampuan yang sewajarnya. Maka, di dalam keadaan begini, Nik Aziz tiada pilihan tetapi memilih untuk terus kekal sebagai tunggak PAS di Kelantan.

UMNO Kelantan mahu dua dari tiga pilihan yang ada pada PAS iaitu, sama ada Nik Aziz kekal sebagai tunggak PAS di Kelantan atau, sama ada Ahmad Yakob atau Nik Amar dipilih sebagai penyambung tradisi kepimpinan ulama' di Kelantan. Salah satu daripada 2 pilihan ini, UMNO akan senyum lega.

Tetapi, jika Husam Musa yang dipilih sebagai pengganti Nik Aziz, UMNO akan merasa kelatnya. Apa tidaknya, kebanyakan pimpinan UMNO Kelantan sendiri mengakui kelebihan Husam. Penyokong-penyokong UMNO sendiri akan menyokong Husam.

Husam sendiri berusaha keras untuk memperbaiki hubungannya dengan Istana Kelantan bagaimanapun, pihaknya mendakwa penasihat kepada Al-Sultan Kelantan sebagai penghalangnya.

Kedudukan semasa di Kelantan menyaksikan UMNO berada di dalam kedudukan selesa untuk memenangi 16 buah kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan. Ia di tambah dengan 5 kerusi yang dimenanginya pada 2004 tetapi tewas pada 2008 serta 3 kerusi yang mereka tewas kurang daripada 5% undi dalam tsunami 2008. Keseluruhannya, UMNO dilihat berpotensi memenangi minimum 24 daripada 45 kerusi DUN Kelantan. Kerusi-kerusi tersebut adalah seperti berikut,

A) Kumpulan pertama

  1. N01 Pengkalan Kubor
  2. N04 Wakaf Bharu
  3. N15 Gual Periok
  4. N16 Bukit Tuku
  5. N22 Jelawat
  6. N25 Kok Lanas
  7. N29 Selising
  8. N31 Semerak
  9. N36 Bukit Bunga

10. N37 Air Lanas

11. N38 Kuala Balah

12. N40 Guchil

13. N42 Dabong

14. N43 Nenggiri

15. N44 Paloh

16. N 45 Galas

B) Kumpunan kedua

  1. N11 Tendong
  2. N23 Melor
  3. N27 Gual Ipoh
  4. N39 Mengkebang
  5. N41 Manek Urai

C) Kumpulan ketiga

  1. N21 Perupok
  2. N34 Temangan
  3. N35 Kemuning

Sementara itu, jika arus pemilih Melayu yang dilihat mula kembali kepada UMNO di dalam beberapa siri pilihanraya kecil semenjak YAB Dato' Seri Najib Razak menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia, PAS turut berkemungkinan besar akan tercicir kerusi-kerusi berikut.

D) Kumpulan keempat

  1. N11 Chetok
  2. N12 Pengkalan Pasir
  3. N20 Tawang
  4. N24 Kadok
  5. N30 Limbongan
  6. N32 Gaal
  7. N33 Pulai Chondong

Kewibaan UMNO Kelantan di bawah pimpinan Dato' Sri Mustapa Mohamed juga dapat diukur dengan kemampuan ia mengembeling jenteranya menyakinkan pemilih bahawa Kelantan dibawahnya akan mampu memperbaiki kualiti hidup masyarakat. Jika pemilih yakin dengannya, kerusi-kerusi berikut juga boleh terus tercicir dari genggaman rapi PAS di Kelantan.

E) Kumpulan kelima

  1. N02 Kelaboran
  2. N05 Kijang
  3. N08 Tanjong Mas
  4. N09 Kota Lama
  5. N10 Bunut Payong
  6. N17 Salor
  7. N19 Demit

Ada eloknya, perwakilan ke Muktamar PAS sempat bertenang seketika dan menghayati kedudukan semasa dari perspektif yang lebih terbuka sebelum mereka membuang undi untuk menentukan arah tuju parti. Namun begitu, saya suka memetik kata-kata seorang sahabat baik dan bekas ADUN PAS Kelantan, kepada saya di dalam pertemuan baru-baru ini.

"Alo Pok Sheih, tak dok nak rusingnya kalau PAS kalah di Kelantan. Bukan kita tak biasa kalah. Bahkan ana masih yakin, PAS dan pimpinan kita lebih kuat dan lebih banyak benda yang kita buat semasa zaman kita kalah banding dengan zaman kita ada kuasa. PAS ni parti Islam, matlamat kita untuk perjuangkan Islam. Biar kalah asal kita jangan ubah matlamat kita…."

Saya hanya mampu tersenyum kagum dengan semangat tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


408 pelajar cemerlang UPSR <b>di Tanah Merah</b> dirai - Utusan Malaysia <b>...</b>

Posted: 01 Dec 2009 12:00 AM PST

408 pelajar cemerlang UPSR di Tanah Merah dirai

408 pelajar cemerlang UPSR di Tanah Merah dirai


Ikmal Hisham Abdul Aziz (barisan ketiga, kiri) bersama para pendidik dan murid-murid di majlis menghargai pencapaian cemerlang UPSR di SMK Belimbing, Tanah Merah, Kelantan, semalam.


TANAH MERAH 30 Nov. - UMNO bahagian Tanah Merah hari ini meraikan 408 murid dari sekolah-sekolah seluruh kawasan Parlimen itu yang mencatatkan kejayaan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Dalam majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing itu, Ketua UMNO Bahagian, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz menyampaikan wang tunai dan alat tulis bernilai hampir RM50,000 kepada mereka.

Majlis meraikan murid cemerlang ini merupakan tradisi yang dimulakan sejak tahun 2000 yang turut menyaksikan peningkatan jumlah calon yang cemerlang setiap tahun.

Mereka adalah sebahagian daripada 5,259 calon di Kelantan yang memperoleh pencapaian 5A tahun ini.

Pada tahun lalu, sejumlah 329 calon dalam kawasan Parlimen Tanah Merah yang mencatatkan pencapaian itu.

Turut diraikan dalam majlis itu ialah Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Tanah Merah yang baru iaitu Che Abdullah Mohd. Hadir sama Pengetua SMK Belimbing, Siti Khadijah Mohamad.

Menurut Ikmal, peningkatan pencapaian kali ini begitu membanggakan dan berharap dengan komitmen seluruh warga pendidik, ia akan berterusan pada masa depan.

''Saya juga berharap mereka ini yang akan melangkah ke sekolah menengah dapat meneruskan kecemerlangan demi masa depan mereka, keluarga dan juga bangsa.

''Inilah sebahagian daripada teras perjuangan UMNO yang tidak akan padam selama-lamanya kerana bangsa yang terdidik dan berilmu akan membantu mengangkat syiar agama dan maruah ummah,'' kata beliau kepada pemberita.

Katanya, meskipun kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan, bantuan bagi membolehkan seluruh rakyat belajar tanpa sekarang kekangan, namun, pihaknya akan sentiasa berusaha merangsang pencapaian mereka.

''Kita juga akan membekalkan beg sekolah secara percuma kepada semua murid tahun satu apabila mereka melangkah ke alam persekolahan musim depan,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Bekas tentera dakwa tanah pusaka <b>di Gua Musang</b> - Utusan Online

Posted: 05 May 2011 10:25 AM PDT

Bekas tentera dakwa tanah pusaka di Gua Musang diceroboh

Bekas tentera dakwa tanah pusaka di Gua Musang diceroboh

05/05/2011 3:22pm

KOTA BHARU 5 Mei - Seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia mendakwa tanah bergeran milik keluarganya seluas 2.4 hektar di Kampung Kijang Relai, Gua Musang, telah diceroboh sebuah syarikat swasta yang dipercayai terlibat dengan projek Ladang Rakyat.

Abdul Rahman Mohamed, 31, berkata, bahawa sejak pencerobohan di tanah pusaka itu bermula awal tahun lepas, beberapa rundingan dengan pihak syarikat telah diadakan namun gagal menyebabkan beliau melantik peguam bagi membuat tuntutan ganti rugi daripada syarikat yang didakwa milik bukan Bumiputera itu dan berpejabat di luar Kelantan.

"Tanah ini mempunyai geran atas nama bapa saya, Mohamed Noh yang meninggal dunia pada tahun 1998. Keseluruhan tanah adalah seluas 9.6 hektar tetapi syarikat ini telah menceroboh sebahagian tanah itu meskipun saya sendiri sudah beberapa kali cuba menghalang mereka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri peguamnya, Norazli Ahmad.

Abdul Rahman berkata, tanah itu sepatutnya dibahagikan antara beliau dan lapan adik-beradiknya tetapi pembahagian itu kini terjejas disebabkan pencerobohan yang berlaku.

Beliau berkata, aduan telah dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Galian Gua Musang manakala laporan polis telah dibuat pada 24 Mac lepas. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads