Selasa, 5 Mac 2013

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Iklan <b>di</b> Mudah PERCUMA – Senang, Tak Perlu Daftar » Blog <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2013 11:55 PM PST

Salam semua, Laman web ini akan dilancarkan tidak lama lagi. Kami memberikan perkhidmatan promosi dan pengiklanan secara online, percuma untuk anda semua. Pengiklanan di sini adalah PERCUMA Anda dikenakan RM10.00 untuk pilihan Feature on Homepage Anda dikenakan RM10.00 untuk pilihan Feature in Category Pembayaran adalah melalui PayPal


03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Terkini! Fatwa Terbaru Umno Dijumpai <b>Di Kota Bharu</b> - Kerabu <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2013 10:27 PM PST


Nik Abdul Aziz Nik Mat

[admin] Fatwa yang selalu geng "syaitan yang dikenali" sebut-sebutkan dan bisik-bisikkan di telinga orang-orang awam.

Foto di ambil di Kedai Baru, Kota Bharu

Artikel berkaitan POLITIK

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Eksklusif : Bandar Baru <b>Dabong</b> | :: cina islam | 2013 ::

Posted: 17 Feb 2006 07:22 AM PST

29 Syawal 1431 H
Oleh: Mr. President

Apa jadi dengan Projek ini??

Pernah disiarkan di dalam HARAKAH suatu tahun dahulu. Kenapa sekarang ini senyap sepi??? Mentang-mentang ianya di Dabong, semuanya jadi tak kena...

KUALA KRAI, 13 Feb - Dabong yang terkenal dengan keindahan Gunung Stong bakal menjadi pusat pertumbuhan utama di pedalaman Kelantan apabila sebuah bandar baru dibina di kawasan tersebut.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bandar baru itu dirancang di kawasan seluas 65 ekar yang terletak tidak jauh daripada jambatan baru Dabong - Jelawang.

Katanya, pelbagai infrastruktur bakal dibina di kawasan tersebut antaranya, masjid, pejabat-pejabat kerajaan negeri dan Persekutuan, taman perumahan, balai polis, kompleks sukan, hentian bas dan stesen minyak.

"Saya berharap cadangan untuk membina masjid dan balai polis hendak dibuat di kawasan berdekatan bagi membolehkan mereka yang ditahan di lokap boleh mendengar azan dari masjid.

"Selain itu, perlu dipastikan lokasi masjid juga tidak jauh dari stesen minyak bagi memudahkan pelancong yang singgah dapat meninjau kawasan masjid. Kita perlu fikir cara bagi membolehkan orang bukan Islam juga berminat untuk berkunjung ke masjid," katanya pada program taklimat sempena lawatan kerja ke Majlis Daerah Dabong (MDD) semalam.

Selain itu, beliau berharap pihak berkuasa tempatan mencari kaedah sesuai untuk menarik kedatangan pelancong asing yang gemarkan keindahan alam semulajadi di Dabong. Terdapat tiga lokasi pelancongan utama di Dabong iaitu Gua Ikan, Gunung Stong dan Lata Kertas.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga kesal kerana kawasan rekreasi terbabit dicemari dengan unsur-unsur vandalisme.

Hadir sama, anggota Exco kerajaan negeri, Takiyuddin Hassan,

Pengarah Perancang Bandar dan Desa, Haji Mohamad Ibrahim, Yang Dipertua MDD, Haji Mat Jusoh Hussin, Penyelia DUN Dabong, Arifabillah @ Mohd Asri Ibrahim dan ahli-ahli majlis daerah.

Pekan Dabong terletak kira-kira 150 kilometer dari Kota Bharu dan 80 kilometer dari Bandar Kuala Krai. Ia boleh dihubungi melalui jalan raya simpang tiga Kuala Krai – Gua Musang di Sungai Syam ke Dabong dan Jeli – Jelawang - Dabong.

Mohamad berkata, bandar baru dicadangkan di Dabong memandangkan kedudukan pekan lama begitu sendat dan tidak sesuai lagi dibangunkan kerana terhalang dengan Sungai Galas dan landasan kereta api.

"Kita menjangka sekiranya penduduk Dabong mencecah 25,000 orang, pekan lama yang ada sekarang tidak sesuai lagi untuk menampung

jumlah tersebut," ujarnya. Bilangan penduduknya sekarang sekitar 13,000 orang. Pada sebelah malamnya, Menteri Besar mengisytiharkan MDD secara rasmi bagi menggantikan nama lamanya Majlis Daerah Kuala Krai Selatan.


03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Homestay <b>di Pengkalan Chepa</b>, Kota Bharu | Bayam Print & Design

Posted: 18 Feb 2013 09:37 PM PST

This slideshow requires JavaScript.

Kami ada menyediakan sebuah rumah penginapan homestay di Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Lokasi betul-betul di belakang penjara Pengkalan Chepa dan hanya beberapa minit sahaja dari airport.

Harga adalah RM250. Rumah 1 tingkat, end lot yang mempunyai laman rumah yang sangat luas untuk akviti bbq, santai dan sebagainya. 3 bilik tidur, 2 bilik mandi. Aircond & water heater disediakan. Fully furnished.  Toto, tilam dan bantal ekstra juga disediakan.

Sila hubungi 018-9741070 (KL) atau 019-9834363 (KB) untuk tempahan.

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Gempar!!! Penemuan Terowong Rahsia 100km <b>Di</b> Palekbang <b>...</b>

Posted: 03 Dec 2012 10:01 AM PST



Gempar..!! Hangat diperkatakan mengenai lubang rahsia yang dikatakan sebagai terowong purba yang pernah digunakan olen Jepun sepanjang hampir 100km bawah tanah di Palekbang, Kelantan ketika ini..Penemuan terowong purba bawah tanah di Palekbang, Tumpat, Kelantan ini mengejutkan kerana ia mungkin merungkai landskap sejarah baru yang tidak diketahui diketahui sebelum ini..Apa sebenarnya rahsia disebalik penemuan terowong Palekbang, Tumpat, Kelantan ini ?
 berdasarkan kenyataan yang diambil dari Facebook


Melalui perkhabaran yang diterima, terowong ini pada mulanya dijumpai oleh beberapa pekerja kontraktor ketika kerja-kerja pembinaan dijalankan disana..Dikatakan terowong Palekbang Tumpat yang dijumpai ini mungkin mengubah landskap sejarah yang tidak pernah terungkai selama ini dan masih menjadi misteri..

Masyarakat sekitar kawasan Palekbang Tumpat dan Kelantan khususnya yang mengetahui tentang terowong bawah tanah ini dikatakan mula menjenguk tempat penemuan terowong yang mungkin dibina telah lama dahulu tapi tidak diketahui sebelum ini..

Pihak berkuasa tempatan, polis, tentera mula mengawal rapi tempat penemuan terowong purba misteri yang ditemui di sana buat masa ini..

Melalui info yang diterima terowong Palekbang Tumpat, Kelantan ini dikatakan:

Merentasi Sungai Kelantan (panjangnya dikatakan hampir 100km)
Sebagai kubu bawah tanah yang pernah digunakan oleh tentera Jepun dahulu
Kota purba Raja Siam yang mengandungi harta karun
Tempat simpanan emas yang digunakan oleh kerajaan melayu purba

Dikatakan pihak bomba Malaysia masih lagi menjalankan kerja-kerja menyedut air untuk dikeluarkan dari terowong tersebut bagi memudahkan kerja-kerja dijalankan oleh pihak bertanggungjawab ketika ini..
Pihak dari Jabatan Arkeologi hanya dapat memasuki sebahagian sahaja dalam terowong tersebut kerana laluan terowong ini di penuhi air..
Dijangkakan juga kepanjangan terowong ini boleh mencecah hingga ke Tak Bai, Siam..
FB Kelab Pencinta Sejarah Kelantan
 

  
Terowong Bawah Tanah yang dipercaya dijumpai oleh kontraktor ini adalah kawasan "pat dahat"..dimana terowong ini digunakan oleh sebilangan tentera jepun untuk menyerang tanah melayu kelantan..melalui bawah terowong ini juga, tentera jepun membawa segala peralatan perang dan radar serta harta untuk ke sesebuah markas. Tetapi tentera jepun bukan keseluruhan melalui kawasan "pat dahat" itu..pada masa
 ini kawasan dan persekitaran terowong seluas "pintu rumah" dan keadaan geografi pada tahun 1930-1945 tidak seperti hari ini. KPSK menggambarkan "pat dahat" daripada sumber yang pernah bekerja di lapangan terbang Lalang Luas, Machang dan Gong Kedak. Jadi apa yang kita lihat hari ini mungkin bukan pintu utama nak masuk ke dalam terowong. Sebab ada yang pernah masuk dalam terowong seperti ini di Gong Kedak pada tahun 1970an akhirnya keluar dalam keadaan mendukacitakan.
 




sebab ambo pernah kato di KPSK bahawa suatu ketika dahulu Kelantan ni pernah berlaku satu peristiwa di mana "ghaibnya" kerajaan Chermin, "ghaibya" kerajaan Cik Siti Wan Kembang, "ghaibnya" kerajaan Raja Kumar di Pulau Sabar ( sejajar dengan Palekbang hari ini, lokasi sudah jadi Sungai Kelantan separuhnya ) adalah kesinambungan gapo berlaku hari ini..Palekbang hari ini adalah asalnya separuh Kerajaan Kelantan Purba..Kerajaan Raja Kumar di Pulau Sabar dan segala harta jepun di bawa dari markas utama dan sementara Siam ke Tanah Melayu xkan bawok naik kapal laut..mesti melalui darat..ko guana..??? tepuk amai amai belalang kupu kupu..tepuk ramai ramai nanti antara kita dapat tahu.
 



Jadi xhairanlah kalu Palekbang ni ada kontraktor napok lubang dale air..dan dalam lubang tuh penuh dengan air..dan bomba pun sedup nak suruh kering air, nak masuk dale lubang nak cari "pade bola", logik ko akal dale terowong ada pade bola..semuanya bare mistik belako..lagumana kalu lube ni ada arus sapa ko Kuala Takbai..????xkan nak suruh kering air dale tuh, amik masa belako tuh..kemungkinan kebangkitan kerajaan 2 raja bersaudara akan timbul dale masa terdekat..
Sumber daripada: FB This is Kota Bharu

Kawasan larangan di Palekbang dimana tempat dikatakan terdapat penemuan sesuatu yang misteri di tapak bersejarah bekas pelabuhan Palekbang. Kelihatan kerja-kerja membersih giat dijalankan oleh beberapa orang petugas . Sementara di kawasan lapang berhampiran pam pasir Hj. Manaf kelihatan lebih sepuluh orang berkhemah dan mungkin sedang merancang sesuatu.

terdapat sebuah lubang yang kelihatan agak dalam seperti sebuah telaga lama atau terowong yang sebelum ini mungkin tertimbus .

Apapun tempat tu dapat dilihat dengan mata sendiri petang ni. Yang perlu dikorek bukan sekadar terowong tetapi juga sejarah masa silam Palekbang yang suatu ketika dulu dikhabarkan pernah menjadi sebuah bandar pelabuhan.

Mungkin jawapan tepat boleh diberikan oleh penduduk sekitar kawasan tersebut atau tunggu sehingga penemuan terowong Palekbang Tumpat, Kelantan ini diumumkan secara rasmi oleh pihak bertanggungjawab..Apapun kita tunggu dan lihat..


Share Share entry ini di Facebook

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


Tarikh Kemaskini v4.4 Tarikh Kemaskini v4.4 - Majlis Daerah <b>Ketereh</b>

Posted: 08 Jan 2013 12:00 AM PST

Pada 8 Januari 2013 bersamaan 25 Safar 1434H telah diadakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan dan Seminar Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan Tahun 2013. Majlis telah diadakan di Hotel Grand Riverview dan telah dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Negeri Kelantan.

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan dan Seminar Ahli-Ahli Majlis PBT Negeri Kelantan Tahun 2013  Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan dan Seminar Ahli-Ahli Majlis PBT Negeri Kelantan Tahun 2013

Sila klik disini untuk melihat gambar sekitar Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan

ads