Selasa, 17 Julai 2012

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Persoalan-Persoalan Yang Perlu Penduduk-Penduduk <b>Manek Urai</b> <b>...</b>

Posted: 06 Jul 2009 05:22 AM PDT


1. Kenapakah calon Pas bagi Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah tidak dibenarkan bercakap dengan pihak media selepas penamaan calon? Adakah beliau tidak berhak menyatakan apakah aspirasi atau cita-cita beliau untuk memajukan Manek Urai sekiranya beliau memenangi kerusi DUN? Adakah beliau dikuatiri membuat silap ketika bercakap dengan pemberita dan orang ramai? Adakah beliau sesudah dilantik menjadi ADUN (dengan keizinan Allah) hanya menjadi boneka di dalam menguruskan penduduk setempat?

2. Adakah disebabkan kecetekan pendidikannya dan pengalamannya membataskan pergaulannya? Bagaimana beliau hendak berurusan dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan agensi-agensi tertentu yang mengkehendaki beliau berbahasa English apabila beliau memenangi pilihanraya tersebut? Adakah kehidupannya selepas bergelar wakil rakyat hanya berkisar di Manek Urai sahaja?

3. Dimanakah Ketua Pembangkang berada? Kenapakah beliau tidak turut serta di dalam proses penamaan calon? Ya benar, DS Najib juga tidak berada di situ. Adakah kesibukan sebagai Ketua Pembangkang menyamai kesibukan seorang Perdana Menteri Malaysia? Oh ya, mungkin beliau sibuk menghadapi tuduhan liwatnya. Kenapakah PKR sebagai rakan gabungan haram hanya menghantar Azmin Ali, Naib Presiden PKR. Tiada kelibat Presiden PKR, tiada kelibat Timbalan Presiden PKR, tiada kelibat Pengerusi DAP dan tiada kelibat Lim & Son, mengapa?

4. Di manakah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berada? Adakah beliau yang berjawatan sebagai Timbalan Presiden Pas tidak penting di dalam PRK Manek Urai ini? Adakah Husam Musa lebih afdal berada di Manek Urai berbanding dirinya? Adakah kenyataan Mursyidul Am Pas, TG Nik Aziz Nik Mat membayangkan dendam kesumatnya kepada Nasharuddin akan dibawa hingga ke mati?:

"Saya tak tahu, tanya dialah, itu dia punya pasal".

5. Apakah secara lazim di dalam proses berkempen, calon Pas akan turut tidak dibenarkan berceramah? Mengapa? Adakah beliau kekurangan dari sudut pidato atau ceramah umum? Kelemahan ini adalah begitu ketara apabila beliau hanya bercakap tergagap-gagap tidak sampai 10 minit ketika sessi bertemu dengan warga Manek Urai yang berada di Lembah Kelang baru-baru ini.

Dan persoalan yang paling penting, adakah penduduk-penduduk Manek Urai tidak mahu berubah? Adakah mereka masih mahukan berada di dalam keadaan serba kekurangan hanya untuk memastikan retorik dan dogengan pihak Pas memomok-momokkan mereka dengan undi Pas membawa ke syurga. Kalau itu pilihan mereka, selepas pilihanraya tidak perlu menunaikan Rukun Islam yang lima kerana Mursyidul Am sudah menjanjikan syurga kepada 12,293 penduduk Manek Urai termasuk yang bukan Islam!

Nota Kaki: Apa kata diadakan forum terbuka sempena tempoh berkempen di antara dua calon ADUN Manek Urai ini berkisar tentang topik "Apa Yang Akan Saya Lakukan Sekiranya Saya Menjadi ADUN Manek Urai." Adakah Pas berani menyahut cabaran ini?

PENGUNDI BAHARU: NIK AZIZ SEMBAH GAMBAR SENDIRI...?

Posted: 17 Jul 2012 12:58 AM PDT




Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Dun Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah menegaskan poster Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai nilai komersil yang tinggi bagi menarik pengundi. Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz. - Haprakdaily
PengundiBaharu: Patutlah totok-totok PAS tampal steaker Nik Aziz di kereta. Dapat pahala.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


The Red Colony: Keita tak sabar bantu <b>Kelantan</b> menentang QPR

Posted: 17 Jul 2012 05:20 AM PDT


Janji kejutan kepada penyokong The Red Warriors berdepan QPR
Kota Bharu: Pemain import terbaru Kelantan, Keita Mandjou tidak sabar untuk membuat kejutan kepada penyokong The Red Warriors apabila berdepan dengan kelab Inggeris, QPR di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.Keita, 33, dari Guinea menandatangani kontrak perjanjian selama setahun setengah untuk membantu pasukan gergasi Pantai Timur itu dalam saingan suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), September ini.
"Bertemu dengan QPR nanti adalah persembahan pertama saya bersama The Red Warriors dan saya akan membuktikan kemampuan saya dengan menyumbang gol.
"Saya yakin tiada masalah untuk bersama pasukan hebat ini dan sudah mengenali pemain tempatan seperti Indraputra Mahyuddin, Norsharul Idlan Talaha, Mohd Daudsu Jamaluddin, Norfarhan Mohamad dan S Subramaniam ketika bersama-sama di Perak sebelum ini," katanya.
Keita berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Cabaran Sepakan Penalti Piala Kumpulan Sentosa di Kafe The Red Warriors, Kota Bharu, semalam.
Hadir sama Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Ismail Md Noor dan Pengarah Kumpulan Sentosa, Mohd Razif Razali. 
Pada sesi latihan bersama QPR Khamis ini, akan berlangsung pertandingan sepakan penalti di antara kedua-dua pasukan, The Red Warriors dan QPR, bagi merebut Piala Kumpulan Sentosa.
Sementara itu, Ismail berkata, pertandingan sepakan penalti itu julung kali diadakan dan antara tujuannya ialah bagi menguji kehebatan penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
"Lima pemain QPR akan membuat sepakan penalti ke gawang Kelantan yang dijaga Khairul Fahmi, sekali gus menguji kemampuannya mengawal pintu gol dari ditembusi pemain Liga Inggeris itu," katanya.
Beliau berkata, pada acara Khamis ini juga, KAFA akan menyediakan sebanyak 80 bola sebagai cenderahati kepada penonton bertuah yang hadir pada sesi latihan itu, yang dijangka akan bermula jam 5 petang.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Razaleigh tetap jadi “Saksi tuntutan royalti” | Royalti <b>Kelantan</b>

Posted: 07 Nov 2010 12:42 AM PDT

Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Tengku Razaleigh Hamzah tetap akan menjadi saksi berhubung tuntutan royalti minyak kerajaan negeri terhadap Petronas.

Katanya, kedudukan Ku Li sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Umno BN Dun Galas perkara yang berbeza dengan kedudukannya sebagai saksi dalam tuntutan royalti itu.

"PAS tidak akan berkompromi berhubung perkara itu, lawan tetap lawan," ujarnya ketika menjawab soalan media kemungkinan PAS akan bertolak ansur dalam pilihan raya kecil itu.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata Umno Pusat tidak yakin dengan kemampuan sendiri menyebabkan pemimpin tertinggi parti itu bertegas meletakkan Ku Li yang anggota Parlimen Gua Musang sebagai pengarah pilihan raya kecil itu.

Tambahnya, tidak sebagaimana biasa, mana-mana pilihan raya kecil akan diketuai Timbalan Presiden Umno sendiri termasuk pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

Katanya, oleh kerana Umno sendiri tidak yakin dengan peluang mereka di Dun Galas, menyebabkan mereka melantik Ku Li sebagai pengarahnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat Dewan Harian PAS negeri di JKR 10, di sini petang tadi.

Ku Li: Saya sokong Abd Aziz, royalti minyak K'tan

Ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah membuktikan bahawa calon yang dipilih BN bagi pilihan raya kecil Galas menerima sokongan daripada beliau sendiri.

Lewat malam tadi, beliau hadir menemui sekumpulan penduduk di Kampung Baru, salah sebuah daripada dua daerah mengundi dengan majoriti pengundi Cina dalam DUN Galas.

Tindakannya juga memadamkan desas-desus bahawa beliau berkecil hati dengan tindakan BN mencalonkan Abdul Aziz Yusof.

Dalam pada itu, Tengku Razaleigh yang juga pengarah pilihan raya kecil BN di Galas, turut mengambil peluang untuk menjelaskan ketidakhadiran beliau ke pusat penamaan calon hari ini, selepas berbual-bual selama kira-kira 40 minit dengan penduduk setempat di sebuah restoran.

"Sebenarnya saya tak biasa ke pejabat DO tempat menyerah kertas penamaan calon. Ramai kawan-kawan saya yang akan bersama-sama calon untuk menyerahkan kertas penamaan calon.

"Jadi saya kata elok saya berada di luar untuk bersama-sama penyokong untuk kerja kita di merata tempat ke seluruh negara berhimpun di situ. Jadi tak semestinya semua orang ke sana. Tak jadi masalah. Itu saja," jelasnya.

Beliau hanya ketawa kecil apabila diajukan pertanyaan oleh wartawan sama ada beliau berkecil hati sehingga tidak memasuki pusat penamaan calon semalam.

Turut hadir di pusat penamaan calon semalam ialah mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin lain yang pernah bersamanya ketika dalam Angkatan Perpaduan Ummah.

"Itu perkara biasalah nak cari sebab supaya nak laga-lagakan kita tapi takkan berhasil kerana calon ini calon yang saya sokong seratus peratus.

"Dia telah dipilih oleh jawatankuasa Umno bahagian semasa kita mengadakan rundingan dengan undi yang banyak sekali. Dan itulah nama yang saya kemukakan kepada Datuk Seri Najib supaya dia menentukan pilihan yang sebenar.

"Jadi dia membuat pilihan daripada apa yang diputuskan semua orang. Orang lain semua tak dapat undi seperti dia. Dia dapat undi terbanyak," kata Tengku Razaleigh yang juga ketua Umno bahagian Gua Musang.

"Kita rasa kempen kali ini seolah-olah satu pertandingan 'friendly contest' (pertandingan persahabatan). Iyalah apabila berlaku pertandingan tidak berlaku 'friendly contest' lagi barangkali tetapi bagaimanapun saya ingin anjurkan 'friendly contest' sesama kita," katanya.

"Satu hari anda bersahabat, satu hari anda jadi seteru, tapi tidak ada rugipun (kepada saya)," katanya lagi yang mesra dengan panggilan Ku Li.

Mengulas mengenai sokongannya kepada tuntutan royalti minyak oleh Kelantan, Tengku Razaleigh berkata beliau akan tetap dengan pendirian yang dinyatakan sebelum ini dalam isu tersebut.

"Penjelasan saya sudah cakap, saya rasa apa yang terpakai dalam undang-undang yang terpakai kita akan teruskan. Itulah pendapat saya," katanya lagi.

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


MOUNTDWELLER: Kes Rogol <b>Di Negeri Kelantan</b> Ttertinggi Di <b>...</b>

Posted: 17 Jul 2012 07:10 AM PDT

Aku orang Kelantan dan tinggal di Kota Bharu ni naik pening dengan kenyataan ini.
Betul ke ni?
Atau buat kenyataan dengan otak yang berserabut atau lepas minum todi kot?

Juvana Kelantan: PAS bidas polis


PAS membidas kenyataan Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman yang menuding jari kepada ibu bapa dalam isu tahap jenayah juvana di negeri pimpinan parti Islam itu yang dikatakan membimbangkan.

Naib presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata, walaupun menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membuat laporan, pihak polis tidak patut mengeluarkan kenyataan itu kerana ia berlaku bawah pengetahuan mereka.

NONE"Kalau sudah tahu (wujud jenayah), polis boleh ambil tindakan, kenapa nak salahkan (ibu bapa).

"Betullah, ibu bapa (kena buat aduan), tetapi polis dah tahu (menjadi) pihak berkuasa untuk menguatkuasa undang-undang, dia boleh ambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan.

"Polis tak boleh kata, 'kami tidak dapat nak selesaikan kerana ibu bapa tak buat laporan," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Jalaludin kelmarin yang dilaporkan berkata, pihaknya kecewa dengan sikap ibu bapa dan sekolah yang tidak melaporkan kesalahan melibatkan remaja walaupun tahap jenayah juvana negeri itu membimbangkan.

Katanya, banyak kesalahan juvana melibatkan kes rogol, perbuatan sumbang dan kecurian dalam keluarga tidak dilaporkan bagi menjaga air muka dan nama baik keluarga.|

Menurut Jalaluddin, sebanyak 186 kes juvana dilaporkan pada 2010 dengan 305 pelajar ditahan kerana melakukan kesalahan itu.

Beliau bagaimanapun berkata, terdapat penurunan sebanyak 151 kes tahun lalu, dengan seramai 229 pelajar ditahan. Manakala tahun ini terdapat 68 kes juvana.

Beliawanis MCA: Kaji semula dasar berkaitan Wanita

Sementara itu, Pengerusi Beliawanis MCA Tee Hooi Ling pula dalam kenyataannya mendesak Kelantan menilai semula dasar berkaitan wanita susulan pelbagai laporan yang mendakwa peningkatan kes rogol dan perlakuan sumbang di negeri itu.

Tee mendakwa kes rogol di negeri itu tertinggi di Malaysia dan sejak dahulu lagi ramai wanita yang menjadi mangsa pencabulan seksual dipaksa berdiam diri.

"Inilah masanya kerajaan negeri yang diterajui PAS untuk mendengar rintihan wanita dan memberi mereka keadilan terhadap apa yang mereka lalui," katanya

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


YM Paduka Ayahnda Uda: Berada <b>di perupok</b> Bachok kelantan

Posted: 09 Feb 2010 11:14 PM PST


Menjlis perkahwin Abg Long samurai bergambar ayahanda pak uda, ayahandaPutra,ayahanda Sedi Lipan ,Ayahanda Pak Nik askar,Ayahanda Lee Tanah MerahDan Kanda Udi

ads