Isnin, 23 April 2012

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


SAINS: kEBERADAAN BERSAMA MENYAMBUT YB TIMB <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 09:56 AM PDT

Pagi Sabtu yang bari lalu, jam 8.30  hadir dan bersama di aipport  p\Pengkalan Chepa beberapa pegawai yang diketuai oleh Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan untuk menyambut ketibaan Y.B. DR. HAJI MOHD. PUAD ZARKASHI Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Beliau akan ke Chiku untuk satu majlis di sana

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Muhyiddin Lulus RM500,000, Baik Pulih Bangunan Pasar <b>Jelawat</b> <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 09:48 PM PDT

BACHOK – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, meluluskan peruntukan segera sebanyak RM500,000 untuk membaik pulih bangunan Pasar Jelawat di sini, bagi memberi keselesaan kepada lebih 100 peniaga kecil yang berniaga di pasar itu.

Muhyiddin meluluskan peruntukan itu ketika melakukan tinjauan mesra hampir 30 minit di pasar tersebut, sempena lawatan kerja sehari beliau ke Kelantan hari ini.

Sebaik tiba pukul 9.30 pagi di pasar itu, Timbalan Perdana Menteri yang turut diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai.

Muhyiddin turut bersarapan pagi di sebuah warung dalam pasar tersebut, bersama orang ramai yang begitu gembira dapat bersua dan bersalaman dengan beliau yang juga Menteri Pelajaran.

"Peruntukan segera RM500,000 ini menunjukkan keprihatinan kerajaan pusat terhadap nasib peniaga kecil di sini," kata Awang Adek, yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok ketika mengumumkan peruntukan itu, di hadapan peniaga dan orang ramai di pasar itu.

Para peniaga dan orang ramai terus bertepuk tangan gembira sebaik mendengar pengumuman itu.

Sementara itu, pemilik warung makanan Che Bidah Mamat, 70, melahirkan rasa bertuah atas kesudian Muhyiddin sarapan pagi di warungnya.

"Mak cik rasa terharu dan sedikit terkejut dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri," katanya.

Seorang peniaga keropok, Zaiton Donek, 50, berkata, beliau tidak menyangka Muhyiddin sempat membeli tiga kilo keropok ikan di gerainya.

Beliau yang berasal dari Kampung Pantai Melawi dekat sini berkata, ini pertama kali beliau melihat seorang pemimpin nombor dua negara melakukan lawatan di pekan Jelawat.

Seorang lagi peniaga, Tan Bee Te, 37, pula berharap dengan kehadiran Muhyiddin akan memberi nafas baru ke arah pembangunan di Bachok.

Beliau yang menjalankan perniagaan jam dan telefon bimbit berkata jika Bachok dibangunkan seiring dengan negeri lain, beliau percaya perniagaannya yang kini hanya mencatatkan RM500 hingga RM600 jualan sehari akan meningkat.- Bernama

Shafie Nor: Timbalan Perdana Menteri lawat <b>Kelantan</b> Selasa ini

Posted: 22 Apr 2012 04:08 AM PDT

KOTA BHARU, AHAD, 22 April, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan kerja sehari ke Kelantan pada Selasa ini.
Jabatan Penerangan dalam satu kenyataan memberitahu, pada lawatan kali ini, Timbalan Perdana Menteri akan melakukan walk-about di Pasar Jelawat Bachok.
Timbalan Perdana Menteri kemudiannya dijadual merasmikan Himpunan Usahawan Mikro, Kredit dan Sederhana Negeri Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Perdana, Tangok, Bachok.
Pada majlis tersebut, Muhyiddin dijadual akan melancarkan Dana Patuh Syariah untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan menyampaikan cek kepada penerima Dana Usahawan Kecil Dinamik. - UTUSAN

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Homestay Anjung Meriam <b>di Wakaf Bharu</b> : Semua Homestay

Posted: 20 Apr 2012 10:40 PM PDT

Anjung Meriam Homestay
lokasi di Wakaf Bharu
7km dr Kota Bharu, 15km dr Pengkalan Kubor. Jugatidak jauh dengan Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang,shoping complex.
berdekatan dengan pelbagai kemudahan
RM170 semalaman (per day)
-3 bilik tidur yang besar
-3 ruang tamu yang luas
-2 bilik air yang selesa
-dapur yang lengkap dengan peralatan dapur
-parkir kereta yang luas dan berbumbung
-halaman yang luas dan nyaman
-lengkap dengan perabot dan peralatan
-mempunyai penghawa dingin (aircond)

Kami juga menyediakan perkhidmatan sewa kereta

sila hubungi halim: 010-9280950
farid: 013-4608718

!!TEMPAHAN AWAL DIBUKA SEKARANG!!

Contact farid

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


program khidmat masyarakat <b>di Gaal</b>, <b>Kelantan</b> - rahmat&#39;s FotoPage <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2005 04:00 PM PST

[unable to retrieve full-text content]program khidmat masyarakat di Gaal, Kelantan - rahmat's FotoPage. Photo blogging made easy - fotopages.com.

RM15.6 juta tingkatkan air <b>di</b> Pasir Puteh <b>...</b> - Gegar <b>Kelantan</b>.net

Posted: 15 Nov 2011 12:24 AM PST

Oleh : Hasnan Yahya

Pecah Tanah disempurnakan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

PASIR PUTEH ( Gaal ), 15.Nov – Kesungguhan kerajaan melalui Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mengatasi permasalahan air di jajahan Pasir Puteh semakin menampakkan hasilnya apabila terlaksananya projek Menaik Taraf Loji Wakaf Bunut.

Perasmian pecah tanah telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini, turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar Mejar(B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, Empat Adun dalam Parlimen Pasir Puteh,(Gaal, Limbongan, Selising dan Semerak ), Pengurus Besar AKSB Ir.Hanapi Mahmud.

Datuk Md Anizam ketika berucap di masjid Wakaf Bunut berkata pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan negeri dalam usaha untuk menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat negeri ini, namun disebabkan berlakunya pertukaran kerajaan tahun 1990, Kerajaan Persekutuan telah menyekat peruntukkan untuk Kelantan menyeliakan pembangunan air.

" Begitu juga dalam usaha kerajaan memohon sejumlah RM300 juta dalam RMK 10, namun hanya diluluskan sejumlah RM90 juta sahaja dan kita terpaksa berhati-hati dalam menguruskan sejumlah wang yang sedikit ini"ujar beliau.

Pembinaan telaga Jejari tersebut boleh menampung sejumlah 25 MLD sehari dan kos yang terlibat ialah RM 5.6 juta sementara itu kos pembinaan loji adalah RM10juta yang akan meningkatkan kapasiti air dari 11MLD kepada 14MLD.

Tuan Guru Datuk Abdul Aziz menjawab soalan media

Md Anizam juga berkata sehingga kini sudah terdapat empat Telaga Jejari yang telah diguna pakai iaitu di Jajahan Jeli ( Kampung Layat Jeli, Air Lanas, Stong dan Kuala Balah ).

Penggunaan teknologi Jerman ini adalah yang terbaik dan boleh menjimatkan kos penyelenggaraan apabila digunakan kerana ia mengambil air dibawah tanah dan akan berlakunya kejernihan air yang amat sesuai diguna pakai.

Sementara itu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz ketika di sidang akhbar berkata rakyat Kelantan seharusnya bersyukur di atas anugerah air dari Allah dan diharapkan dapat dimenafaatkan sebaik mungkin.

" Saya juga ingin menegaskan gangguan bekalan air di Kelantan bukan sahaja terletak di bahu AKSB kerana faktor terputusnya bekalan elektrik juga adalah punca utama dalam masalah gangguan bekalan air, Rakyat seharusnya faham apabila bekalan letrik putus, air dalam tangki semakin susut dan untuk memenuhkan semula bekalan air ia memerlukan 5 hingga 6 jam" katanya lagi.

Menyentuh ada tohmohan yang mengatakan kegagalan pengurusan menyebabkan berlakunya masalah air di Kelantan, Nik Abdul Aziz menafikan kerana proses penambahbaikan bekalan air memerlukan sejumlah wang yang besar dan Kelantan sering dinafikan hak untuk bantuan dalam bentuk kewangan dan ini boleh membantutkan usaha peningkatan bekalan air kepada rakyat.

" Rakyat negeri ini perlu sedar yang demokrasi di negara kita ini sangat-sangat tempang, Sekiranya kerajaan Pusat mengerti bahawa Islam memberi hak kepada semua pihak, tetapi sehingga sekarang peruntukkan kewangan amat terhad, malah dalam bentuk pinjamanpun amat terhad"kata beliau lagi.

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Untuk Rakyat: ARTIKEL TERPILIH : <b>Kelantan Negeri</b> Termiskin

Posted: 18 Apr 2012 11:03 PM PDT

                       Antara Bangunan-Bangunan Tinggi di Negeri Termiskin, Kelantan Darul Naim

Negeri miskin seperti Kelantan cuma ada 4 cawangan Mydin. Satu gedung wholesale Hypermarket di Kubang Kerian, Kemudian dua buah di dalam bandar kota Bharu iaitu Wholesale Emporium dan satu lagi wholesale textile. Cawangan seterusnya di kawasan bebas cukai Rantau Panjang. Tak dapatlah nak bandingkan jumlah yang lebih banyak di negeri-negeri lain. Pengunjung-pengunjungnya dari pukul 8 pagi sampai 10 malam tak pernah putus. Mereka bukan window shopping. Mereka beli barang. Kebanyakannya penuh satu atau dua troli dan selalunya bayar secara cash.

Negeri Kelantan yang dikatakan miskin ini cuma ada 13 cawangan KFC (Kentucky Fried Chicken). Ya hanya tiga belas  cawangan  sahaja  termasuk  di Gua Musang. Jika nak dibandingkan dengan negeri-negeri lain memanglah kalah jumlah ini. Tetapi pelik jugak kan, dari kawasan hilir sehingga ke hulu Kelantan ada KFC. Ish..ish..ish … Orang kampung ataupun orang bandar pun makan KFC ya. (oghe Kok Lanas suruh chemek masok – di Kok Lanah pung ado KFC jugok) Tetapi hakikatnya berapa jumlah KFC di Kelantan atau di tempat lain bukan pengukur kekayaan ataupun kemiskinan. Setuju atau tidak? Tok kiro lagi rangkaian KFC anok Kelate kita, ado banyok outlet dia. Nama gappo doh. Bakpo tok telitas ni. Kedai hok jual aye serupo KFC tu.
Sebab termiskin jugalah hanya ada satu sahaja outlet Tutti Frutti di Kota Bharu iaitu corner lot di deretan kedai berhampiran dengan Taman Tg Anis. Agak-agaknya lepas-lepas beriadah, main ayun dengan anak-anak, orang Kelantan yang miskin ni bawa anak mereka pergi rasa semangkuk dua tutti frutti. Macam dulu-dulu lah, lepas main 'de-cok' ataupun letih 'berambat' kita pergi pekena ABC semangkuk. Mungkin boleh rujuk keuntungan dan bandingkan keuntungan dan service tutti frutti di Kelantan dan lain-lain negeri. Mungkin kita boleh dapat sesuatu yang mengejutkan? Al-maklumlah negeri termiskin manalah mampu rakyatnya nak makan semangkuk tutti frutti ini. Kan lebih baik beli nasik atau kuih? Selidik dulu baru kita akan sama-sama tahu nanti. (oghe kube kerian royat, dekat rumoh dio ado so lagi tutti frutti)
Begitulah juga memang sedikit sahaja jumlah restoren makanan segera McDonald di negeri ini. Ya, hanya ada tiga sahaja McDonald di Kelantan dan ke semuanya terletak dalam bandar Kota Bharu. Cumanya yang menghairankan bagaimana dan mengapakah salah satunya terletak di Wakaf Che Yeh. Wakaf Che Yeh bukan bandar. Wakaf Che Yeh juga bukan ibu kota. Ia cuma terletak di kawasan 'wakaf' sahaja yang asalnya tempat pasar tani dan pasar borong. Bagi orang-orang Kelantan mereka tahu apa ertinya Wakaf ini.
Agaknya mengapakah sebuah francais restoren fast food terkemuka dunia ambilkira sebelum membuka restoren ini di Wakaf Che Yeh dan lain-lain tempat di negeri yang miskin ini.
Negeri Kelantan ini hanya ada beribu-ribu kedai makan dan kopi sahaja di setiap jajahan negeri. Nasib baik hidup kedai-kedai ini sebab ada pelanggan setia dan pelancong yang sudi singgah sekali-sekala. Tetapi kita tidak nafi ada yang gulung tikar. Pelik bukan? Walaupun tengah-tengah gawat dan barang naik, asyik ada pertambahan restoren saja di negeri ini. Kopitiam tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kedai merpati pula tetap utuh macam biasa. (kedai merpati – istilah merujuk kepada kedai kopi/nasik etc. – bukan jual burung merpati. Panjang kalau nak dijelaskan di sini)
Oh ya, miskinnya rakyat Kelantan boleh dilihat dari kedai-kedai nasik berlauk di pagi hari. Ambil satu saja contoh kedai di Paloh Pintu Geng ataupun di Batu 2 jalan Kuala Krai. Tak kurang 500 -800 sahaja nasik yang terjual oleh kedai yang buruk dan nasiknya tak boleh jual mahal-mahal sekitar 2.00-2.50 sahaja sebungkus sebab orang Kelantan kan miskin. Ini cuma pendapatan sehari penjual nasik atau kedai kopi. Kesiankan pendapatan sehari penjual nasik belauk ni cuma dalam 1000-2000 sahaja sehari. Apabila jam 10 atau 11 pagi mereka sudah terpaksa tutup kedai. Kesian sungguh.
Kalau peniaga-peniaga wanita Kelantan pula, mereka tak reti nok 'nyepe' duit bila dapat hasil niaga. Mereka selalu sahaja pergi kedai emas dan beli barang mas. Tak percaya tengok gelang-gelang yang mereka pakai. Mula-mula seurat sahaja tali tangan emas yang mereka pakai. Lepas-lepas itu nampak bertambah 5-6 urat cukup setahun. Memanglah mereka ini, asyik perhabiskan duit beli emas sahaja. Beli yang mahal dan juga yang murah-murah. Tapi Chemek tidak pasti harga cincin, gelang, tali rantai yang mereka pakai itu ada atau tidak yang mencecah puluhan juta harganya.
Penyakit beli emas ini bukan hanya di kalangan peniaga wanita malah di kalangan pekerja-pekerja pejabat, kakitangan kerajaan atau bukan kerajaan malah suri-suri rumah. Sudahlah harga emas tak pernah turun. Makin hari makin naik. Makin hari makin naik. Kenapalah mereka ini asyik beli emas-emas itu? Bukankah rakyat Kelantan ini miskin.
Bulan puasa pun biasa sahaja di Kelantan. Orang berniaga cuma lebihlah dari bulan-bulan yang sekala. Kedai ayam percik mungkin dapat jual 200-400 ekor ayam percik sahaja sehari. Kalau lebih dari itu adalah 4-5 tempat ayam percik yang exceptional dapat jual lebih banyak ratus lagi dari yang lain. Satu perangan (perange) hanya terjual RM10-12 sahaja. Jadi income sehari tak byk mana. Kira-kira pendapatan sebulan penjual ayam percik ini biasa-biasa sahaja untuk banding dengan pemilik restoren atau kedai-kedai yang hebat di luar Kelantan.
Pelik juga jika kita perhati betul-betul. Masuk sahaja Bulan Ramadan, tiba-tiba sahaja ramai orang miskin di Kelantan ini. Ada yang bukan asal dari negeri Kelantan pun. Tapi bulan Ramadan memang menjadi lokasi 'percutian' mereka. Memginap di rumah tumpangan ataupun masjid, mereka muncul di negeri ini setahun sekali. Kalau pihak media nak fokus berita, pergi sahaja Masjid Muhammadi dan buat khemah di situ dari awal Ramadan sehingga akhir bulan. Tapi janganlah ambil gambar atau video separuh-separuh. Ataupun buat liputan separuh jalan. Tak aci lah kalau begitu.
Ikut orang-orang miskin ini menagih simpati ke satu rumah sehingga rumah yang lain. Tanya mereka berapa puluh rumah mereka pergi sehari. Tanya berapa mereka dapat setiap hari di bulan Ramadan. Tanya mereka berapa kilo gula dan berapa gantang beras mereka dapat setiap hari di bulan Ramadan. Tanya jugak berapa banyak rumah yang mereka ulang pergi sampai 2-3 sepanjang bulan yang mulia itu dan berapa ramai orang Kelantan yang tidak membiarkan mereka pulang dengan tangan kosong pada hari itu. Tunggu dan lihat di akhir-akhir Ramadan, apabila orang-orang 'miskin' yang cari mereka yang 'lebih miskin ini' di hadapan masjid-masjid di Kelantan dan kampung-kampung terutamanya sehari dua menjelang hari raya. Tentu anda akan terpegun dengan kuasa memberi di kalangan 'orang-orang miskin' ini.
Tak payah tambah-tambah cerita jugak apabila anok-anok Kelate di perantauan balik untuk berhari raya. 'Jam' penuh jalan sebelum masuk negeri Kelantan. Tak cukup satu line jalan jadi dua tiga line. Semua nak balik. Samada ikut jalan biasa ataupun jalan lama. Yang ikut jalan lama kuatkan iman dan pasang lampu tinggi-tinggi. Nak buang air pun tahan sebab jalan gelap dan sunyi. Berbonggol-bonggol. Nasib baik ada kumpulan-kumpulan lembu yang menunggu sepanjang jalan. Adalah juga makhluk Allah buat peneman di tepi-tepi jalan.
Tak masuk tiket bas dan keretapi mula dan habis dijual sebelum bulan puasa lagi. Tak usah kira jumlah gerabak tambahan dan jumlah bas tambahan yang masuk dan keluar kosong. Agak-agak kalau ada bot, kapal layar untuk balik ke negeri termiskin ini, mesti penuh dengan rakyat Kelantan.
Apakah ini petanda Kelantan tiada peluang pekerjaan apabila anak Kelantan bekerja di luar negeri Kelahiran mereka? Sebab memang sungguh pun ramai anak Kelantan bekerja di luar Kelantan. Apa agaknya jawapan orang negeri lain contohnya kita tanya orang Selangor, Sabah, Johor, Perak, Negeri sembilan ataupun Kuala Lumpur yang bekerja di Kelantan, 'dekat negeri awak tak ada peluang kerja kah sampai kena datang berkhidmat di Kelantan? Atau kita tanya orang Johor yang kerja di KL dan perak. Orang Perlis yang kerja di Penang. Orang Pekan yang pergi kerja di Putrajaya. Mesti mereka akan kata, sudah tertulis rezekinya berada di negeri-negeri itu.
Apabila sembahyang dua hari raya, nampak sangat makin miskin negeri Kelantan ini. Masjid-masjid sempit dan ruang tak cukup nak menampung ahli qaryah yang ramai. Air-cond dan kipas yang sedia ada sudah tidak memadai untuk memberi kenyamanan kepada jemaah yang solat. Walaupun sudah beberapa kali masjid ataupun surau yang sedia ada dibesarkan dan di-renovate. Masih juga tidak cukup ruang. Dengan hanya bertikar, berbumbungkan langit dan berkipaskan kertas surat khabar, mereka terpaksa solat walaupun matahari sedang memancar ataupun hujan turun renyai-renyai. Sayup-sayup sahaja kedengaran suara imam ataupun pemimpin negeri membaca doa dan pujian-pujian kepada Hanya Allah Yang Maha Kaya.
Ya Allah, jadikanlah Negeri Kami Negeri Beragama
Tempat Istirehat Orang-Orang Miskin Dan Memerlukan
1) Pasaraya dan emporium Mydin telah dibuka di banyak tempat di Kelantan dan negeri lain di mana ia membuka peluang pekerjaan dan keuntungan kepada banyak pihak – termasuklah mereka yang berada di luar Kelantan. Dari segi sejarah penubuhannya ia bermula di Kota Bharu, Kelantan. Menurut wikipedia, pengasasnya berasal dari Penang. 
Mydin Mohamed Holdings Berhad had its humble beginnings back in 1957 in the same year that Malaysia got its independence. The founder, Mr. Mydin Mohamed was a keen trader. His First shop was in Kota Baru, Kelantan where he catered to the needs of the Indian Muslim community. Following his success in Kelantan, he decided to open another branch in the heart of Kuala Lumpur at the Masjid Jamek area. From there on, through sheer hard work and keen business acumen, there was no turning back. (source)
* agaknya mengapa Mydin bercadang membuka cawangan terbesar dan terbaru ini di negeri termiskin?
Mydin Mohamed Holdings Bhd. to Build Its Biggest Hypermart in Kota Baru
MYDIN Mohamed Holdings Bhd plans to build its biggest hypermarket in the country at the Tunjong new township in Kota Baru soon. The MYR 200 million hypermarket, expected to be completed by 2012 will be built on a 7.2 hectare site about five kilometres from the town centre. Mydin also targets to set up hypermarkets in Johor Baru, Ipoh, Kuantan and Kuala Terengganu by as early as next year. (source – investing)
2) Tutti Frutti Kota Bharu – sewaktu mula-mula dibuka tahun lepas hanya mendapat keuntungan RM3,000 SEHARI pada hari Jumaat dan Sabtu. (laporan Bernama)
3) Penerbangan Mas dari KL-KBR melalui KLIA ada 5 kali. Penerbangan Mas dari Pengkalan Chepa ke KLIA ada 5 juga. Jumlahnya ialah 10.
Manakala penerbangan dari airport Sultan Abdul Aziz, Subang ke Kota Bharu ada 6 penerbangan. Begitu juga penerbangan dari Pengkalan Chepa ke Subang. Jadi jumlahnya pada hari ini 12.
Di mana chemek dapat info ini? Mudoh saja. Maklumat di hujung jari. Buka website Malaysia airline lepas itu semak di link e-timetable. Siap bulih kita check juga penerbangan Dan jumlah penerbangan ke negeri-negeri lain yang kaya seperti Pahang, Johor dan lain-lain. Boleh pakat-pakat kira buat perbandingan penerbangan ke Kelantan dengan negeri-negeri kaya yang Ada airport. Ada juga negeri yang kaya tapi tak dok airport.
Tapi bakpo negeri yang dikatakan miskin ada epot dan kapa terbe banyak turun naik? now everyone can fly kato airasia. Oghe miskin pun bulih naik kapa terbe.
Kalau sebut airasia lagi best. Ada sampai 16 penerbangan sehari keluar masuk.


03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


Adun PAS <b>Perupok</b>???Errr macam mana pulak <b>...</b> - ISLAM FOR ALL....

Posted: 28 Feb 2012 07:43 PM PST

Adun PAS Perupok??? Errr macam mana pulak kita nak tentukan ini adalah Gambar Adun PAS Perupok? Rileks…..segala galanya akan di bongkarkan!!! Gambar yang pastinya Hangat Pecah Panggung lah beb gua cakap lu, emmm jangan kita lupa setiap yang di lakukan Adun perupok di lihat oleh masyarakat dan Takdir Allah yang maha Besar telah memberikan kami peluang untuk memperolehi Bukti bahawasanya Adun PAS Perupok memang Kaki Tino!!! Gambar SEBENAR Milik Adun PAS Perupok Akan kita Sebarkan walaupun mendapat tentangan dari pelbagai pihak yang cuba membayar Kami team Nadi Rakyat agar isu Adun PAS Perupok ini di diamkan dan di Halalkan. Kami Team Nadi Rakyat juga sudah bersiap sedia di atas segala kemungkinan yang berlaku sebagaimana isu Adun PAS Selising yang telah cuba melakukan tindakan luar batasan dengan melanggar dan Menetak Ustaz Saidi Saksi yang menangkap nya Berkhalwat di atas kereta Api. Sampai ke hari ini juga tidak ada tindakan yang di ambil oleh Adun PAS Selising dalam mengheretUstaz Saidi dan Kami team Nadi Rakyat ke Mahkamah…awat jadi lagu tu? Takut Pendedahan akan terus di bongkarkan? Kita ada Undang Undang. So jika nak Lawan maka Kita Lawan di Mahkamah!!! Siap Sedia Wahai Pejuang Pejuang Cyber Pro Kerajaan, Kita Akan BONGKAR Satu Lagi Siri MAKSIAT Yang DI Lakukan Pemimpin PAS. Buat Pejuang Cyber Pakatan Haram Terutama PAS, Sila Balas Pendedahan Kami Ini Jika Kami FITNAH. Namun Sebelum Menyerang Seeloknya Bertanyakan Kepada Adun PAS Perupok Akan Kebenarannya. Psssttt..Dasyat gambar nye….hebat juga Puak PAS ni…Rakus dan Gila Seks!!! Advertisement Share this: Facebook Twitter LinkedIn Email Print Like this: Like Be the first to like this post. Posted by Terompah Besi ™ on February 19, 2011 in Isu Politik. Leave a Comment About Terompah Besi ™ Socialize themselves to the local community, approachable and were brought to talk. Like to help those who need help and assistance and indirectly involved in the body of volunteers. Follow on Facebook. https://www.facebook.com/terompahbesi and Twitter: @terompahbesi or TB BlackBerry Messenger PIN No: 2268089C - Always Be Connected OnLine. View all posts by Terompah Besi ™ »

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Kunjungan Anwar ke <b>Gua Musang</b>: Kubu Umno <b>di</b> Paloh pecah

Posted: 01 Apr 2012 02:35 AM PDT

Gelombang kebangkitan rakyat Kelantan tidak dapat sesiapa tahan lagi. Pemberian wang kerajaan kepada rakyat menerusi BR1M atau pelbagai pemberian wang lain serta berbagai janji-janji molok tidak mampu memerahmenyalakan gelombang merah.

Rakyat Kelantan nampak cerdik dalam politik dan tidak mudah terbelit dengan jerat dan perangkap politik. Misalnya pemberian BR1M sebanyak RM500 tidak menyebabkan kaki rakyat Kelantan tertambat dan tidur di bawah dacing sebaliknya ia merupakan kemudahan kepada rakyat Kelantan untuk pegi ke program-progran anjuran parti Pakatan Rakyat bagi mendapat penjelasan sahih tentang politik.

BR1M tampaknya bukan memberi laba kepada UBN tetapi secara tidak langsung memberi modal untuk rakyat pergi mendengar ceramah dan penjelasan Pakatan Rakyat terhadap kezaliman berterusan UBN terhadap rakyat Kelantan sejak tahun 60.

Ini terbukti bila mana semakin hari semakin hangat dan hebat sambutan rakyat kepada program Pakatan Rakyat. Tidak kira jauh atau dekat rakyat akan berduyun-duyun mengerumini ceramah dan program dianjurkan oleh kerajaan Pas Kelantan. Makin dekat pilihan raya makin membuak dendam tak sudah rakyat Kelantan kepada UBN.

Ini bukan ombong kosong tetapi hakikat. Ia dapat dilihat dan digeruni oleh makhluk cerdik bukan saja bernama manusia tetapi lembu juga.
Kunjungan sehari suntuk bakal PM, Anwar Ibrahim ke Kelantan pada Jumaat lalu mendapat sambutan di luar dugaan. Bukan saja program di sekitar Kota Bharu, Kuala Krai atau Tumpat, tetapi program nun jauh di Hulu Kelantan serta pedalaman juga mendapat sambutan hangat.

Selain dari menggunakan kemudahan wang RM500 untuk pergi mendengar ceramah Pakatan Rakyat, tetapi sikap rakyat Kelantan juga jauh lebih terbuka dan berani menjadi penyebabkan kenapa kehangatan dan sambutan di luar dugaan itu terjadi.

Keadaan ini timbul bukan kerana apa, melainkan kerana rakyat sudah cemuh dan rimas dengan corak dan stail pentadbiran kerajaan UBN serta beberapa kezaliman dilakukan terhadap rakyat. UBN hanya memutar piring-piring klasik yang sudah diarifi oleh umum. Pemimpin UBN akan menjadi mesra rakyat dan sanggup melutut kepada rakyat beberapa bulan menjelang pilihan raya saja.

Apa yang 'bergelisar' di dalam hati orang ramai kini ialah mereka ingin melibat satu perubahan berlaku ke atas negara ini. Mereka mahu membandingkan kerajaan baru dengan kerajaan UBN. Keinginan itu bukan mereka tidak menerima UBN atau pun tidak menerima budi dan jasa-jasa UBN, tetapi mereka lebih percaya kerajaan baru yang bakal menggantikan UBN lebih praktikal. Rakyat bersikap begitu kerana mereka sudah pun mulai merangkak keluar dari tempurung bulu.

Ada beberapa faktor lain kenapa perubahan ini berlaku. Selain daripada kerajaan UBN sudah terlalu lama, sudah 54 tahun, ia juga disebabkan perubahan masa. Hari ini maklumat sudah tidak dapat ditutup lagi. Misalnya kisah lembu yang dicuri disimpan di dalam kondo juga dapat dihidu rakyat akan kehamisan kencing dan tahinya. Begitu juga dengan kisah Hasan mencuri lembu yang cakap sampai bersembur air liur sudah dikenali rakyat siapa dia itu.

Hari ini retorika bukan boleh memancing dan mempesonakan rakyat lagi. Tetapi apa yang penting ialah praktikal, rakyat mahu merasai bukan tonton dan baca. Sebab itu apa-apa yang dilaporkan oleh tv yang nretak skrin rakyat tidak mempercayainya. Mereka sanggup berjalan berpuluh batu untuk mendengar ceramah Pakatan Rakyat secara live.

Penyelewengan dilakukan kerajaan dan para kroninya tidak dapat disembunyikan lagi. Perkembangan inilah menyebabkan rakyat sudah dapat merasakan mereka tertipu kesekian lama. Bagi nasib peneroka baik di bawah Kesedar maupun Felda misalnya, mereka merasakan nasib mereka dipermainkan. Janji-janji untuk menyelesaikan masalah mereka terutama dalam menambahkan pendapatan dan memberi geran hak milik dirasakan sebagai satu persendaan semata-mata.

Justeru mereka ingin melihat dan mengujuji pula sejauh mana kerajaan baru akan datang atau kerajaan Kelantan dibawah Pas hari ini prihatin dalam hal ini dan menyelesaikan masalah mereka. Kesedar sudah lebih 30 tahun hanya berjanji untuk menyelesaikannya, tetapi sampai kini tidak ada cahaya penyelesaian. Satu juring geran tanah pun tidak diberikan kepada peneroka.

Sebaliknya kerajaan Kelantan dibawah Tok Guru Nik Aziz telah memberi janji lunas dan beberapa tindakan sudah dibuat, inilah menggembirakan nasib rakyat Hulu Kelantan yang terlibat dengan rancangan pembangunan tanah. Mereka sudah dapat merasakan keadilan dan rasa tanggungjawab kerajaan Kelantan, kalau pun tidak besar tetapi hakikatnya sudah merasai.

Sebelum ini sukar untuk merubah kepecayan dan keyakinan rakyat Kelantan yang terdiri dari peneroka di Hulu Kelantan. Mereka hanya menerima Umno sebagai satu-satu parti dan UBN sebagai kerajaan. Sogokan propaganda dan dakyah disampaikan oleh UBN hanya mereka mampu membela rakyat dan bangsa begitu mencengkam dalam minda mereka. Tetapi hari ini mereka sudah dapat menilai sendiri berapa peratus pembohongan kerajaan UBN dan berapa peratus yang benar.

Kerana itu kunjungan singkat Anwar Ibrahim ke Gua Musang mendapat smabutan diluar dugaan. Bukan saja Anwar tetapi saya sendiri tidak percaya melihat sambutan hangat rakyat atas kunjungan itu. Ini dapat dibuktikan apabila rakyat menyediakan makanan dan minum untuk rombongan Anwar. Penyediaan ikan kelah, gulai kawah dan pelbagai kueh menunjukkan kasih sayang rakyat kepada Anwar Ibrahim dan penerimaan rakyat terhadapnya. Para peneroka tidak mempercayai begitu saja terhadap dakwah disuapkan ke mulut mereka oleh Umno.

Mereka menganggap Anwar adalah hero baru yang akan membela nasib dan masa depan mereka. Sudah semestinya kalau Pakatan Rakyat diberi mandat menjadi kerajaan apa yang mereka bergantung harap itu akan selesai. Keadaan ini saya rasakan akan lebih bergemuruh lagi kalau Tengku Razaleigh Hamzah yang dianggap sebagai Raja Gua Musang akan bersatu tenaga dan fikiran untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Bermula dengan kunjungan ke Renak (Dun Nenggeri) sampailah ke Guchil dalam Parlimen Kuala Krai semuanya meriah. Dengan kapasiti yang hadir antara 2,000 hingga 5,000 sudah cukup menejalaskan bahawa sambutan kepada Pakatan Rakyat sedanag menggila di Gua Musang dan Kuala Krai.

Dan jikalah apa yang dirancangkan diizinkan Allah; Tengku Razaleigh Hamzah bertemu atau duduk sesaf dengan Anwar di Gua Musang semalam, sudah pasti Umno harus membungkus segala tikar bantal dan lenga dan lekar untuk melupai Gua Musang. Persepakatan Anwar, Tengku Razaleigh dan Tok Guru Nik Aziz akan mengulangi sejarah 1990 di mana Umno Kelantan tidak akan mendapat satu kerusi pun.

Barang kali Tuhan masih mengira belum sampai masa lagi untuk Tengku Razaleigh dan Anwar berjabat tangan di atas masjid kelmarin. Namun hari yang bertuah, saat memngembirakan pasti juga akan sampai suatu hari nanti. Satu majlis perdana di Gua Musang yang meletakkan Tengku Razaleigh Hamzah yang memperjuangkan royaliti minyya, tanah, Anwar yang membawa aspirasi baru dan Nik Aziz yang menjadi tukang memohon kepada Allah dan menjaga keselamatan Kelantan dan rakyat secara spritual perlu diadakan dalam masa terdekat ini.

Paling memberi kesan kepada kunjungan Anwar di Gua Musang ialah terhadap Dun Paloh. Semasa kunjungan itu beliau telah menerima borang kemasukan 130 ahli dan penyokong Umno ke dalam PKR. Kemasukan beramai-ramai ini adalah pertama kali berlaku di sini. Dun Paloh dianggap sebagai kuat kuat Umno di Gua Musang. Nazula Mat Diah sudah lima penggal menjadi Adun di situ.

Dengan kemasukan itu, kebenayakannya anak-anak muda dan pemegang jawatan di peringkat bahagia menyebabkan Dun Paloh akan lumpuh sama sekali. Majlis sambutan kunjungan Anwar itu diadakan tidak sampai 1 km dari rumah Nazula. Mungkin disebabkan kunjungan memberi kesan mendalam menyebakan saki baki anak cucu dan citi pemuda tahan lasak tahun 1959 membuat nakal dengan memasang kain rentang dengan kata-kata kurang manis, sebagai melemahkan semangat Anwar.

Di jalan raya juga ditabur paku payung untuk membocorkan tayar kereta Anwar dan rombongan. Namun itu tidak sedikit pun mengecutkan usus perut Anwar dan penyokong PKR dan Pas. Sebaliknya pengkhianatan itu menyebabkan rakyat merasa marah dan membuak-buakkan lagi keinginan untuk melihat UBN tumbang. Mungkin gara-gara itu ceramah Anwar di Padang Perdana dihadiri manusia lebih 35 ribu. (Laporan ini berasangan).

Kunjungan singkat Anwar itu tidak memuas hati orang ramai. Peneroka yang sebelum ini tidak pernah melihat wajah Anwar dari dekat terpaku mendengar pidato Anwar yang menjanjikan perubahan praktikal di samping menghuraikan fasal penyelewengan dan kezaliman rakyat yang selama ini ditusuk dari pengetahuan mereka.

Semasa Anwar mencerita fasal lembu Sharizat, tepukan gemuruh kedengaran dengan diseling seli laungan 'jahat', 'penyangak dan perompak wang rakyat'. Suasan ditujukkan dalam siri pertemuan itu menjelaskan hasrat dan harapan rakyat begitu besar kepada kerajaan baru akan datang. Dan bagi peneroka masalah khsus mereka ialah menyelesaikan masalah mereka yang sudah lama terawan-awanan.

Perkara paling penting buat mereka ialah untuk memiliki geran ke atas tanah yang mereka usahakan. Itu penting kerana geran itu ada nyawa dan juga roh mereka sebagai peneroka. Saya tengok apabila fasal pemilikan geran disebut ada yang menangis dan menyapu air mata gembira.

Sekiranya masalah ini dapat diberikan harapan dan sinar baru saya yakin dan percaya kesemua 2,228 orang peneroka di Felda Ciku 1, 2 dan 3 serta peneroka Kesedar di Paloh 1,2 dan akan menyokong Pakatan Rakyat.

Ikut sama dalam rombongan Anwar, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi PKR Kelantan Abdul Aziz Kadir serta para pimpinan PKR dan Pas Gua Musang. [wm.kl.12:00 t/hari 01/04/12]

ads