Isnin, 27 Februari 2012

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Rumah Teres 2 tingkat corner lot <b>di Kok Lanas</b> : Semua Homestay

Posted: 08 Feb 2012 06:40 PM PST

Salam..
-Rumah Teres 2 tingkat,mempunyai 4 bilik tidur,3bilik air,Corner lot,di Kok Lanas di bawah projekP.M.B.K Negeri Kelantan,ada ruang tanah yangluas,rumah yang cantik,selesa dan tempat yangtersangat strategik untuk disewakan.
-Disini saya iklankan kepada sesiapa yang berminatuntuk menyewa rumah tersebut untuk dijadikanTaska/Pusat Asuhan atau juga boleh disewakan untukstudent-student,dan juga Homestay di kawasantersebut.
-Lokasi rumah tersebut berhampiran denganPoliteknik jarak 1Km,Kolej Komuniti 500meter,Kemdesa Tentera lebih kurang 2Km,dan terdapat banyakkemudahan dikawasan tersebut dan selamatseperti,Balai Polis kok Lanas,Klinik,Bank,Pasaraya,KFC,Pizza Hut,dan pelbagai lagi.

Deposit:2 bulan,elektrik,air Rm500

-Untuk sebarang pertanyaan lanjut bolehlahmenghubungi:
Afendy:017-9449482
Aziem:012-9297772

Contact kok lanas

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Mat Sabu pulih semangat penduduk <b>Manek Urai</b>

Posted: 21 Feb 2012 02:56 AM PST

KUALA KRAI, 21 Feb: Peristiwa cemas penduduk di Dun Manek Urai pada Julai 2009, diserang umpan kebendaan kini semakin dilupakan.

Sebaliknya hari ini mereka bangkit mengumpulkan semula kekuatan lama, ketika PAS hanya tinggal dua kerusi Dun pada pilihan raya umum 1978 di Kelantan.

Ketika itu PAS hanya bertahan di Dun Manek Urai dan Sering (Panchor).

Longgokan duit dikatakan diangkut menggunakan helikopter ditabur menjelang hari pengundian pada 14 Julai 2009, menambah semangat penduduk bagi mempertahankan PAS.

Semangat lama dibangkit kembali apabila ramai penduduk memenuhi program Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di padang Majlis Daerah Dabong di Manek Urai Lama petang semalam.

Semangat berkobar-kobar turut dipamerkan anak muda apabila seramai 100 belia menyambut dan mengiringi kedatangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ke program berkenaan.

Perarakan motosikal kapcai sejauh dua kilometer dengan mengibarkan bendera hijau seperti menenggelamkan aura kedatangan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Manek Urai Baru dua minggu lalu.

Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata, berbeza jauh apabila rakyat datang beramai-ramai tanpa perlu diangkut pada program yang diadakan di Markas PAS Kampung Manek Urai Lama.

"Berbeza dengan kehadiran TPM apabila guru-guru dan kakitangan kerajaan pusat dikerah hadir sehingga pelajar dibenarkan pulang awal pada hari berkenaan.

"Kita boleh lihat sendiri dua situasi yang berbeza. Saya nampak rakyat di Dun Manek Urai bangkit semula selepas mereka dikejutkan pada pilihan raya kecil lebih dua tahun lalu," katanya ketika ditemui di program berkenaan.

Menurutnya kedatangan Timbalan Presiden PAS seperti memulihkan semula semangat penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dun Manek Urai.

Program Pemimpin Bersama Rakyat dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri bermula jam 3 petang. Hadir pegawai penerangan urusetia terbabit, Norhashimah Deraman.

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Homestay <b>di Pengkalan Chepa</b> : Semua Homestay

Posted: 27 Jan 2012 10:40 AM PST

Kasih Teratai Homestay

Lot 4363 , Taman Sri Setia , Pengkalan ChepaKelantan.

Lengkap dengan peralatan rumah dan perkasasmemasak,setarika dan seliumut serta bantaltambahan disediakan. muat untuk 2-3 keluarga

Terletak di kawa. perumumahan yang berkejirananbaik. Bermpiran dengan kedai makan , kedaiserbanika 7 E, stesen Minyak.

Jarak perjalanan :

5 minit ke UMK & bandar pengkalan Chepa
8 minit ke Airport
15 minit ke kota Bharu
30 minit ke pasar wakaf Che Yeh

kadar sewa :
1 hari 1 malam RM 160

sekiranya melebihi 3 hari penginapan , hargadiskaun akan diberikan.

Contact Mariana Muhammad

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


Siti Zailah | Home: Ceramah <b>Di</b> Kg Sokor <b>Tanah Merah</b>

Posted: 26 Feb 2012 07:10 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Ceramah Di Kg Sokor Tanah Merah · AMANAT PIMPINAN MENJELANG PRU13 PARLIMEN BALING · MAJLIS MAULIDURASUL DI KG.TASEK DAN SUMBANGAN KEPA... PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT DI SEK. AGAMA ...

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


PPP Mahu Tanding <b>Di Pasir Mas</b> | Detik Perubahan

Posted: 21 Feb 2012 06:34 PM PST

Datuk Nik Sapeia Nik Yusof

KOTA BHARU – Parti Progresif Penduduk (PPP) menawarkan diri meletakkan calon parti itu di Parlimen Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) ini bagi mewakili Barisan Nasional (BN).

Naib Presidennya, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof berkata, beliau akan memohon kepada Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berhubung cadangan itu.

Menurutnya, parti itu mempunyai calon anak tempatan yang sesuai untuk bertanding di Parlimen itu, selain berlatar belakangkan seorang ulama.

"Kita menawarkan diri bertanding di Pasir Mas sebagai wakil BN. Kita akan kemukakan permohonan kepada Presiden dan Pengerusi BN untuk mendapatkan kelulusan.

"Saya hendak maklumkan PPP mempunyai seorang calon bertaraf ulama di Parlimen itu yang kita jangka dia cukup disenangi pengundi di situ. Tambahan pula calon ini pernah berkhidmat di daerah itu," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengumumkan akan bertanding pada PRU ke-13 ini, namun belum menetapkan kawasan yang akan ditandinginya.

Nik Sapeia yang juga Pengerusi PPP Kelantan menyangkal dakwaan beliau hendak meletakkan calon di situ kerana ingin bersaing dengan Ibrahim berikutan kes mahkamah yang dihadapinya sebelum ini.

Katanya, cadangan itu tidak ada kena mengena dengan Ibrahim, sebaliknya selaras dengan Kelantan yang akan menjadi pusat ilmu pengajian Islam terkenal menerusi barisan ulama kelahiran negeri itu.- Sinar Harian

ads