Khamis, 8 Mac 2012

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jan 2012 12:00 AM PST

Xpdc ke Felda Chiku Gua Musang bahagian 1

Kali ini penceritaan agak panjang dan saya terpaksa bahagikan kepada 2 bahagian. Part 1 and part 2. Ini memandangkan banyak hari yang kami lalui dan pelbagai pengalaman yang telah ditempuhi.

Kami bergerak ke Gua Musang bermula dari Kajang, Semenyih dan seterusnya ke Ampang dan Keramat. Namun begitu dalam perjalanan ke Ampang kenderaan kami perlu singggah di Sungai Congkak Hulu Langat untuk mengambil salah seorang ahli kumpulan kami.

Sampai di Sungai Congkak untuk ambil Sani@black

Malam-malam begini takde lagi orang berkelah mandi air sungai di Sungai Congkak.

Kami selesai mengumpulkan ahli di Keramat. Tanpa membuang masa dan pada ketika itu jam menunjukkan pukul 1 pagi, kami meneruskan perjalanan menuju ke Gua Musang dengan bertukar ganti pemandu secara bergilir-gilir.

Perjalanan kami agak tidak berapa selesa kerana terlalu banyak barang dan alatan yang dibawa dan dimuatkan di dalam kenderaan. Kesemua barang dan alatan adalah penting setelah berpandukan kepada check list yang telah disediakan bagi mengelak kekurangan alatan dan membawa alatan yang salah dan tidak berguna.

Dalam xpdc ini kami telah diberikan setiap seorang ahli mempunyai tugas masing-masing. Oleh itu setiap ahli perlu bertanggungjawab kepada tugasan yang diberikan. Bro jimi adalah ketua xpdc, Shahril bertindak sebagai pemandu arah, penyelenggara alatan dan sebagai pegawai perhubungan, Sani @ black sebagai AJK kebajikan ahli dan medic, Shahrul pula urusan pengangkutan dan saya mengurus kewangan perbelanjaan sepanjang xpdc.

Berhenti berehat: Bro Jimi sedang mengeluarkan alat laser beliau untuk dipancarkan ke hutan di hadapannya. Akibatnya sesuatu yang mengerikan berlaku. Kedengaran bunyi yang menakutkan dari hutan tersebut. Bro Jimi dan saya lari bertempiaran menyelamatkan diri. (bunyi ngeri tersebut berjaya dirakam)

Sampai di Gua Musang pada subuh hari...

Sampai di Gua Musang tepat pada waktu Subuh. Kami berehat seketika sebelum memulakan aktiviti selanjutnya pada hari pertama ini. Memang mendebarkan dan menanti-nanti saat-saat apakah aktiviti yang kami akan lakukan nanti. Sementara itu Shahril sibuk berurusan dengan orang tempatan dan beberapa orang yang sudah dibuat temujanji sebelum kami berangkat ke lokasi.

Tengok la muatan barang yang kami bawa ini. Padat dan sesak. Kenderaan ini memang terbaik dan lasak. 

Menanti orang yang dijanjikan untuk berjumpa. Baru lepas sarapan pagi. Perut Kalau kosong nak buat kerja pun semua tak boleh.

Sani dan Jimi sedang berbincang mengenai strategi yang akan digunakan untuk aktitviti hari itu. Kepuasan jelas kelihatan setelah baru makan daging kambing.

Sudah sampai orang yang ditunggu-tunggu. Cuaca agak mendung dan suram. 

Hampir nak ke tengah hari barulah kami dapat pergi ke lokasi. Perjalanan agak mencabar dan berliku-liku. Hanya kenderaan yang lasak dan berani sahaja boleh melalui kawasan tersebut. Alhamdulillah kami selamat sampai di lokasi. Sampai di lokasi, keadaan air sungai agak deras sebab hujan. Tapi kami tetap harungi juga sebab sudah alang-alang sampai.

Ikuti gambar seterusnya ini. Kalau nak cerita panjang rasanya ramai yang malas nak baca. Jadi tengok gambar sambil penerangan sikit-sikit. Itu sudah memadai dan seronok.

Suasana di kawasan Felda Chiku. Ikut perancangan nak pergi ke lokasi gua. Tapi tak jadi disebabkan masa dan kos yang tidak dijangka. Insyaallah akan datang boleh pergi lagi.

Sampai di lokasi. Laluan agak becak. Keadaan selepas hujan turun.

Sani memulakan langkahnya dengan penuh bersemangat.

Keadaan air sungai yang naik dan agak deras. Tapi kami redah juga. Lepas ambil gambar ni saya terus 'gedebuk!' jatuh. Licin. Lepas tu berendam aje dalam sungai tu.

Jimi dan Shahril@Steven sedang memikirkan ape yang perlu dilakukan dengan keadaan sungai yang berarus deras.

Semua alatan penting dibawa turun dan diuji fungsinya. Maaf sebab tiada gambar dirakam semasa aktiviti dijalankan disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan dan alatan elektronik seperti kamera tidak kalis air. Dikuatiri rosak sebab terkena air. Perancangan akan datang saya akan usahakan untuk menggunakan kamera tahan lasak dan boleh masuk air.

Kami memperolehi hasil. Walaupun sedikit tapi kami menjumpainya. Kami banyak mengumpulkan pasir dan tanah untuk dibawa balik bagi kerja proses seterusnya menggunakan mesin ayak automatik atau mangkuk biru.

Selepas aktiviti, kami berehat dan makan tengah hari (dah masuk petang) sebelum check in lokasi terusnya. Di sini kami bertukar-tukar cerita dan pengalaman masing-masing.

Lama juga kami bersembang di sini sebab banyak cerita menarik. kami juga membincangkan aktiviti pada keesokan harinya nanti.

Felda Chiku: Perjalanan kami check in di kediaman Brader yang pakai kopiah gambar di atas tadi. Lupe pulak nama dia.

Kuda milik brader tu. Kuda ini pernah mengejar Sani. Mungkin tertarik dengan kemachoan Sani agaknya.

Petang itu kami menggunakan alat ini untuk mengasing emas dengan pasir. Lokasi anak sungai ini tak jauh dari kediaman kami. Hanya 50 meter.

Mengunakan kuasa bateri sahaja. Alat ini beroperasi dangan jayanya sambil diperhatikan secara beramai-ramai. Nampak tak?

Guna bateri kereta. Boleh guna bateri motor juga. Asalkan 12 volt. Jadi ianya selamat dan tiada risiko renjatan elektrik.

Brader tu sedang mandikan kudanya. Kami pun belum mandi lagi. 

Pada sebelah malam kami berpecah tidur di dua kediaman. Shahril, Sani dan Shahrul bermalam di kediaman Brader tu manakala Jimi dan saya bermalam di kediaman ayah Brader tu. Ayah Brader tu dikenali dengan nama Tok Ayah (ingat pulak name).

Berada di kediaman Tok Ayah banyak ilmu yang saya perolehi. Tok Ayah banyak bercerita dan memberikan banyak tips dan ilmu yang berguna yang boleh diamalkan.

Pada keesokan harinya, sebelum bergerak ke kolasi, Jimi dan saya mendengar sedikit taklimat daripada Tok Ayah. Dia banyak memberi petua yang boleh diamalkan dan menunjukkan banyak benda yang kami tidak ketahui.

Tok Ayah bercerita dan menunjukkan sesuatu kepada kami.

Inilah daun pokok limau hantu yang banyak khasiatnya. Tok Ayah berikat sedkit kepada kami untuk dibawa pulang. 

Sudah sarapan pagi tapi masih lagi berhenti minum-minum. Nampak tak air tuak tu? Sani melihat dengan penuh berminat. Tak minum pun. Minum air dalam botol je. Kami menunggu orang yang akan membawa kami ke lokasi lain pula.

Pada hari pertama kami banyak menggunakan alat seperti pam tangan dan mangkuk biru sahaja selain dari dulang plastik. Alat metal detector masih belum digunakan lagi. Pada hari kedua ini alat seperti metal detector dan pin pointer akan digunakan pada lokasi lain yang akan kami redah. 

Sila ikuti sambungan pengalaman kami ini pada post akan datang dengan banyak pengalaman yang lebih menarik lagi....

Full content generated by Get Full RSS.

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


BR1M: Lebih RM5 Juta Diagih | Detik Perubahan

Posted: 08 Mar 2012 07:10 PM PST

KUALA KRAI – Hampir RM5.3 juta diagih kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dari empat Dewan Undangan Negeri (Dun) di Parlimen ini, sejak penyerahan fasa pertama dimulakan 9 Februari lalu.

Ketua Pembantu Tadbir, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) jajahan ini, Mohd Baharuddin Isa berkata, jumlah setakat Ahad lalu itu membabitkan agihan bantuan sebanyak RM5,289,000 kepada 10,578 orang daripada keseluruhan 11,256 penerima.

"Baki 678 orang lagi adalah penerima yang dijemput hadir pada majlis penyerahan tetapi tidak datang, mungkin disebabkan tidak dapat cuti, berada di luar kawasan dan ada juga tidak dapat dikesan kerana berpindah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Penyelaras Dun Mengkebang, Azizzuddin Hussein menyampaikan wang tunai BR1M dari rumah ke rumah kepada tiga penerima terlantar di Mukim Keroh dan Telekong, dekat sini, semalam.

Hadir sama Pentadbir Mukim Dun Mengkebang, Che Kamaruddin Mat Nor dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Telekong, Abdullah Abu Bakar.

Mengulas sesi penyerahan di rumah, Mohd Baharuddin berkata, inisiatif diambil selepas mendapat maklum balas daripada wakil penerima atau Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) mukim terbabit.

"Bila terima maklumat penerima uzur, JPP akan hubungi Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Penyelaras Dun berkenaan untuk turun ke rumah penerima bagi menyampaikan bantuan.

"Kita nak mudahkan rakyat, dan menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar nak beri bantuan ini walaupun mereka tidak dapat hadir majlis penyerahan sebab sakit atau uzur," katanya.

Laporan akhbar sebelum ini menyatakan, seramai 15,494 penduduk Parlimen Kuala Krai layak menerima BR1M melibatkan peruntukan­ keseluruhan sebanyak RM7,747,000.

Bagi pengagihan bantuan itu, Umno bahagian ini selaku agensi pelaksana bersama JPP, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan BSN mengatur 38 majlis penyampaian dengan setiap program hanya melibatkan 500 penerima.

Sementara itu, Azizzuddin berkata, penyampaian BR1M terus ke rumah penerima itu adalah yang kedua di Dun Mengkebang selepas dua penerima di Mukim Kuala Nal dan Chenulang mendapat perkhidmatan sama, Selasa lalu.

Pada kali pertama katanya, bantuan dalam bentuk wang tunai RM500 itu disampaikan sendiri Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab Rahman dan Pegawai JPP jajahan, Mohd Daud Abu Yazid. – Sinar Harian

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


GANGGUAN BEKALAN AIR <b>DI KUALA KRAI</b> ESOK, DAERAH <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2012 01:30 AM PST

No of View :56
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

KOTA BHARU: Daerah Kuala Krai akan mengalami gangguan bekalan air esok bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang, susulan kerja penukaran paip air di Loji Tualang di sini.

Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Hazwan Hassan berkata, gangguan melibatkan Guchil 7, Taman Krai, Aur Duri, Batu Lada serta berhampiran bandar Kuala Krai.

Sementara itu, penduduk di daerah Bachok pula akan mengalami gangguan bekalan air pada Jumaat dan Sabtu ini, berikutan kerja penyelenggaraan di Loji Air Kampung Chap, katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Hazwan berkata, kerja mencuci tangki air bersih di loji rawatan terbabit akan bermula pukul 10 malam dan berakhir pada 5 pagi keesokan harinya.

Kawasan yang dijangka terjejas ialah Kampung Kuau, Padang Bual, Beris Tengah, Bekelam, Kampung Nangka, Kampung Chap, Padang Lati, Banggol Pauh, Dusun Durian, Belukar, Bator, Cherang Hangus dan Kucelong Teratak Pulai.

Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan gangguan terbabit boleh menghubungi PINTAS di talian 1300-88-2572. – BERNAMA

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Majlis Penyerahan Bangunan <b>Di</b> Bawah Pelaksanaan Kementerian <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2012 08:30 AM PST

Majlis penyerahan projek siap membina Pondok Polis dan Sebuah Rumah Berkembar Setingkat di Behrang Ulu Slim River,Perak dan Projek Siap Membina Pondok Polis Jelawat Kelantan di bawah pelaksanaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) oleh Y.B Tan Sri Mahmood bin Adam (KSU) Ketua Setiausaha kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).   

Majlis penyerahan projek siap telah diadakan di Bilik Sidang Media Aras 11,Blok D1.Turut menghadirkan diri pada majlis penyerahan projek siap di bawah pelaksanaan Kementerian Dalam Negeri yang mewakil Polis Diraja Malaysia iaitu Y.Bhg Dato' Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman dan wakil kontraktor Ibamshah Sdn.Bhd iaitu En.Awang Bin Tuah dan wakil daripada Terra Vista Engineering Sdn.Bhd iaitu En.Shamsul Aswadi bin Muhamad.

, ,

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


26 Banglo Untuk Dijual <b>Di Kok Lanas</b> | ABJ GROUP

Posted: 22 Feb 2012 09:12 AM PST

MAKLUMAT DAN BUTIRAN PROJEK

Skala Projek: 26 Unit Banglo Untuk Dijual
Lokasi: Kok Lanas (Sila Rujuk Peta Lokasi)
Landmark: Econjaya, Politeknik Kok Lanas, Pusat Matrikulasi Yang Bakal Dibuka

gambar dari sudut 45 darjah

gambarajah menunjukkan jalan utama ke tapak bakal rumah anda

MAKLUMAT KELUASAN

Keluasan Tanah: Dari 5100 hingga 6900 Kaki Persegi
Keluasan Rumah: 1544.67 Kaki Persegi

SPESIFIKASI

  • Semua Ruang Menggunakan Plaster Ceiling Termasuk Porch Kecuali Tandas
  • Semua Ruang Disediakan Kemasan Lantai Berupa Jubin Seramik & Lantai Laminate Kayu
  • Menggunakan Genting Konkrit Dengan Rangka Kekuda Kayu/ Besi
  • Pintu Mumbung Atau Pintu Panel Yang Setaraf
  • Aluminium Untuk Frame & Daun Jendela

KEISTIMEWAAN

  • Lokasi Yang Strategik Di Tepi Jalan Besar
  • Kawasan Bebas Banjir
  • Hanya 1 Minit Dari Traffic Light Econjaya Kok Lanas
  • Jalan Cantik – 100% Bertar
  • Hanya 3 Kilometer Ke Pusat Matrikulasi Yang Bakal Dibuka
  • Jarak Ke Masjid Hanya 3 Kilometer
  • Untuk Ke Pusat Membeli Belah Econjaya Dan Politeknik, Ia Hanya Mengambil Masa Antara 2 Hingga 5 Minit Sahaja

MAKLUMAT TAMBAHAN

  • Urusan Pinjaman Akan Diuruskan Oleh Pihak Pemaju (Pinjaman Bank/ Kerajaan/ Pengeluaran KWSP)
  • Walaupun Keluasan Tanah Berlainan, Harga Rumah Tetap Sama Dan Selaras. Tempah Sekarang Untuk Mengelakkan Kekecewaan.

Untuk lebih jelas, sila rujuk peta: http://wikimapia.org/23346821/ms/Taman-ABJ-Kok-Lanas

Pastikan anda download Pamphlet dan Master Plan (dalam bentuk PDF).

——————————————————————————————————————————————————

Jika Ada Sebarang Pertanyaan, Anda Boleh Terus Berhubung Dengan Pegawai Pemasaran Kami: 014-5429465 (En. Wan)

*hasil akhir mungkin berbeza dengan ilustrasi tertera

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Najib kena &#39;ejek&#39; <b>di Kota Bharu</b>

Posted: 02 Mar 2012 07:14 AM PST

Kunjungan sehari suntuk Ha Najib Razak ke Kelantan hari ini untuk melihat perkembangan Umno di tiga kawasan, Jeli, Pasir Mas dan Kota Bharu disambut dengan lambaian sepanduk dan cogankata-cogankata memperli perdana menteri itu.

Berhampiran lapangan terbangan Sultan Ismail Petra dinaikkan sepanduk berbunyi "Selamat Datang PM Ke Negeri Miskin". Kata-kata itu ditujukan kepada penghinaan Najib terhadap Kelantan yang mengatakan Kelantan negeri paling miskin berbanding dengan negeri-negeri lain.

Semasa berucap di Sabah baru-baru ini Najib mengatakan Kelantan negeri paling miskin di antara negeri-negeri di negara ini. Kata-kata itu jelas untuk menyedapkan hati rakyat Sabah yang telah ditipu hidup-hidup oleh Umno.

Semasa beliau berkunjung ke Jeli pula, Najib disambut dengan kain rentang yang dipegang berbunyi "Kami Mahukan Royalti Petroleum". Kata-kata ini merujuk kepada kengganan Najib untuk menyerahkan royaliti 5% petroleum kepada Kelantan. Rakyat Kelantan menuntut hak mereka yang dinafikan oleh zaman Mahathir Mohamad dan diteruskan oleh zaman Najib Razak.

Di dalam Fb dan blog juga meriah dengan kecaman dan ejekan kepada Najib.

Dipercaya kalau pihak berkuasa tidak bertindak merampas dan menurunkan kain-kain rentang itu jumlahnya mungkin lebih banyak dari kain rentang yang mengalu-alukan kedatangan Najib ke Kelantan. Khabarnya tidak banyak sepanduk dan kain rentang dipsang mengalu-alukan kedtaangan Najib.

Apa yang dipamirkan hari ini menjelaskan kepada Najib kenyataan beliau mengatakan Kelantan negeri miskin dimarahi dan menyinggung hati dan perasaan rakyat Kelantan. Bukan saja rakyat yang menyokong Pas tetapi penyokong Umno juga merasa terhina dengan kenyataan presiden Umno itu. Mereka menganggap Najib tidak tahu membaca kajian pendapatan perkapital rakyat negari ini.

Najib juga dalam kunjungan itu dikatakan menyampaikan bantuan wang rakyat RM500 kepada beberapa orang miskin di ketiga kawasan yang dilawati itu. Seorang penduduk di Pasir Mas menghantar SMS kepada saya berbunyi; "Kalaulah rakyat Kelantan miskin kenapa wang bantuan dari wang rakyat itu sama nilainya dengan yang diberikan kepada rakyat negeri lain?"

"Sepatutnya rakyat negeri Kelantan diberi peruntukan wang kerajaan itu sekurang-kurang RM1,500 hingga RM3,000 seorang", kata penduduk itu lagi geram. Betul juga apabila nilainya sama ini menunjukkan kadar kemiskinan rakyat Kelantan sama saja dengan kadar kemiskinan dengan Johor, Pahang, Melaka dan negeri-negeri yang dikuasai oleh BN sejak lebih 50 tahun.

Kunjungan Najib ke kawasan berkenaan dianggap sebagai tidak adil kerana Najib 'menambun' kekayaan kepada bahagian Umno yang sudah kaya. Apa yang mereka harapkan Najib ikut sama melawat ke Kuala Krai, Rantau Panjang, Tanah Merah ataupun Pengkalan Chepa. - http://www.msomelayu.blogspot.com/

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


BN Mampu Menang 30 Kawasan Sekaligus Tawan Semula <b>Kelantan</b>

Posted: 04 Mar 2012 06:51 PM PST

Kategori Utama

BN Mampu Menang 30 Kawasan Sekaligus Tawan Semula Kelantan – Mustapa

PASIR PUTEH, 5 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata jika semua pihak, jentera parti bekerja kuat tanpa ada sabotaj Barisan Nasional (BN) mampu memenangi 30 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekaligus menawan negeri itu dari tangan Pas.

Jelas beliau berdasarkan perkembangan terkini, BN mempunyai peluang mencapai kemenangan sekurang-kuranya 23 kerusi daripada sejumlah 45 DUN di Kelantan.

"UMNO  Pasir Puteh berpotensi memenangi keempat-empat kerusi DUN iaitu Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising berasaskan semakin ramai anggota Pas dan kumpulan atas pagar menyertai BN", katanya selepas berucap pada majlis ramah mesra peti undi Kampung Bukit Abal di sini malam tadi .

Katanya gandingan golongan muda, veteran UMNO dan mereka yang mempunyai pendidikan agama akan dipilih bertanding pada pilihan raya yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Pada masa yang sama beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersedia menggalas tugas untuk bertanding bagi dua kerusi iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Jeli pada pilihan raya umum ke-13 jika diarahkan pucuk pimpinan.

Jelasnya lagi beliau juga bersedia bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Jeli sahaja yang disandangnya jika dikehendaki oleh pucuk pimpinan parti.

"Saya juga bersedia untuk tidak bertanding langsung jika tidak diperlukan," katanya.

Beliau pernah bertanding bagi dua kerusi iaitu Parlimen Jeli dan DUN Air Lanas pada pilihan raya umum 1999 dan menang kedua-dua kerusi berkenaan.

"Yang penting sekarang saya akan terus berjuang bagi mempastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas Kelantan daripada Pas pada pilihan raya umum kelak," katanya.

Berita Bertarikh 5 March 2012 (4 Hari Lalu) Pada 10:51 AM

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


<b>KELANTAN</b> BENAM <b>NEGERI</b> SEMBILAN UNTUK KUKUHKAN <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2012 07:41 AM PST

Chanturu

Foto : Kelate.net

Chanturu muncul wira perlawanan  selepas berjaya menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan untuk menewaskan Negeri Sembilan dengan Jaringan 2 – 1 sekaligus membolehkan Kelantan mengukuhkan kedudukan di Persada Liga Super dengan 20 mata dalam 9 Perlawanan.

Badhri Radzi terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke 2″ selepas rembatannya terbias terkena pertahanan Negeri Sembilan dan terus menerjah jaring gol.

Gol penyamaan Negeri Sembilan hadir pada separuh masa kedua permainan minit ke 53″ selepas tandukan Shakir Ali berjaya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan harus menunggu hingga minit ke 90″ untuk menjaringkan gol kemenangan menerusi pemain lincah S.Chanturu yang berjaya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan Farizal Marlias.

Tamat Perlawanan Kelantan memperoleh 3 mata berharga di laman sendiri dengan menewaskan Negeri Sembilan 2 – 1.

Perlawanan Kelantan seterusnya ialah menentang Navibank Saigon dalam Saingan Piala AFC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 Mac 2012.

Video Gol Perlawanan – Kredit Sokernet.com

Gol Badhri Radzi - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

Gol Shakir Ali - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

Gol Kemenangan Chanturu - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


A Drop of Water in the Sea: MRSM <b>Pengkalan Chepa</b>?????

Posted: 26 Jan 2012 08:36 AM PST

Pada hari Khamis yang lepas, kami berdebar-debar untuk menerima keputusan permohonan Gem 4 ke sekolah berasrama penuh (SBP) dan MRSM. Ketika kawan-kawannya sibuk bertanya khabar, kami masih tidak merujuk ke laman Web berkenaan - suspense!
Keesokan harinya, saya pula terpaksa menjadi pengawas peperiksaan. Komputer tidak dapat dibuka. Ketika berkesempatan, saya sms Gem 1, "Kakak dapat ke SBP?". Gem 1 membalasnya,"Tak!" Saya sudah menduga jawapan itu dari mula. Malah ketika mengisi borang permohonannya, saya sentiasa berkata-kata bahawa jika Gem 4 mendapat tempat di sekolah  berasrama, maka ianya satu keajaiban. Yang membawa maksud, itu pemberian istimewa Tuhan pada hambanya yang serba daif. Kenapa? Kerana, pertama, kediaman di bandaraya - peluang tidak secerah di kampung. Kedua, persaingan sangat hebat, 34000 yang layak dengan peluang yang sedikit. Ketiga, kerana Gem 4 cuma ahli biasa - tidak ada jawatan atau penyertaan yang luar biasa! Melihatkan keinginannya yang bersungguh-sungguh untuk ke sekolah asrama, maka berkali-kali saya katakan padanya - "MINTA PADA TUHAN KAK, MINTA PADA TUHAN. SOLAT HAJAT, SOLAT MALAM, BACA YASIN". Saya juga katakan padanya berkali-kali, peluangnya amat tipis. Tapi percayalah pada Kuasa Tuhan - Kun Fa Kun - Jadi Maka Jadilah. Ia akan mengatasi segala logik akal yang ada.
Dan ketika menerima keputusan yang gagal itu, hatipun menjadi sayu. Saya pula tidak mengharapkan pada permohonan ke MRSM. Jika ke sekolah asramapun gagal, apatah lagi ke MRSM. Tapi, ketika mata mengawas gerak-geri pelajar, saya sempat berdoa,"Ya Allah, aku tahu doa ini terlalu terlambat. Keputusan ke MRSM sudah terawang-awang untuk dikeluarkan esok harinya seperti yang dijadualkan. Tapi, aku ingin juga meminta padaMu, mohon Engkau kabulkan impian anakku".
Ketika kami sibuk mengambil anak pulang ke sekolah, tiba-tiba Gem 1 menerima sms - Tahniah, permohonan anda ke MRSM berjaya bla...bla .. bla... Gem 1 pun berkata,"Apa sms ni? Tadi kata gagal (merujuk kepada kegagalan untuk ke SBP)". Dia membaca lagi. Kali  dia berkata,"Laa... untuk MRSM rupa-rupanya". Saya tidak berkata apa-apa. Terkenang sesi doa di dalam dewan tadi yang digenangi air mata. Ya Allah, Engkau ada di mana-mana. Tuhan itu ada untuk mendengar permintaan hambanya.
MRSM Pengkalan Chepa????? Ia di luar pilihan permintaan. Yang diminta, ke Kuala Kubu Baru atau Melaka atau Kulim. Semuanya atas alasan mudah untuk dikunjungi atau ada saudara mara hampir jika berlaku apa-apa kecemasan. Kami tidak ada saudara yang hampir di sana. Bagaimana? Tapi, Gem 4 tersangat gembira. Kerana Allah bukan sahaja memberinya peluang ke asrama, tetapi ke MRSM yang berprestij di antara MRSM yang ada! Alhamdullillah.
Yang pasti, beberapa hari lagi saya akan kehilangan editor dan rakan sekerja untuk satu tempoh yang lama. Buku kedua masih merangkak-rangkak mencari bahan dan haluan. Barangkali, saya perlu mengcungkil bakat Gem 5 yang seakan terpendam... Siapa tahu.

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


Pasar <b>Ketereh</b> ~ Kg Jambu Merah, Melor (KJMM)

Posted: 18 Feb 2012 08:52 PM PST

Pasar Ketereh terletak dalam DUN Kok Lanas, Parlimen Ketereh. Tanggungjawap terletak kepada Majlis Perbandaaran Kota Bharu  (MPKB). Di ketereh terdapat pejabat MPKB yang indah, bersih teratur dan sedap mata memandang.  Pasar Ketereh hanya lebih kurang o.5 km dari pejabat MPKB.
Wakil Rakyat peringkat Parlimen adalah YB Aziz Kadir yang merupakan suruhanjaya PKR Kelantan.

ads